58
Strategi pelaksaan Dasar Pandang ke Timur ialah
i Perubahan Struktur
ii Perubahan Sikap
iii Latihan dan Kursus
Perubahan Struktur melibatkan pengunaan kad perakam waktu bekerja, pengunaan
tanda nama, Fail meja dan manual prosedur kerja dan yang terakhir ialah konsep perkhidmatan kaunter; untuk memudahkan akses kepada pelbagai perkhidmatan pada
satu tempat, contoh : Pos Malaysia Sdn.Bhd.
Perubahan sikap pula melalui Skim Perkhidmatan Ccemerlang, konsep
Kkepimpinan melalui tauladan dan sikap bersih, cekap dan amanah.
Latihan dan kursus pula memberi peluang kepada para pekerja untuk menimba ilmu
dan pengalaman di Negara Jepun melalui skim Latihan Pperindustrian dan teknikal. Para pelajar pula mendapat pendidikan dari negara matahari terbit itu dibawah skim
Latihan Akademik.
Kesan Dasar Pandang ke Timur yang di cetuskan oleh Tun Dr.Mahathir ini, memberikan kesan positif kepada pembangunan negara dimana peningkatan mutu
pekerjaan yang lebih sistematik melalui sistem kad perakam waktu kerja, fail meja dan manual prosedur kerja. Disamping itu juga, peningkatan peluang pekerjaan di
Malaysia meningkat apabila syarikat dari Negara Jepun dan Korea membuat pelaburan dan membuka kilang di Malaysia, seperti Mitsubishi, Honda, Yamaha,
Nissan, Panasonic.
2. PENSWASTAAN
Dasar penswastaan dilancarkan pada tahun 1983 selepas dasar pensyarikatan oleh Tun Dr.Mahathir Mohamad. Dasar ini merujuk kepada syarikat yang dipunyai oleh
kerajaan Malaysia yang diswastakan oleh kerajaan Malaysia. Dasar ini diperkenalkan
59
untuk meningkatkan kecekapan dan meningkatkan daya saing syarikat terbabit. Melalui dasar penswastaan ini, pihak kerajaan tidak perlu mencari dana luar untuk menolong
syarikat ini tetapi pelabur tempatan boleh membuat pelaburan mereka di syarikat-syarikat terbabit. Selain dari itu, CEO dan kakitangan akan lebih bertanggungjawab kerana
syarikat itu milik mereka di mana terdapat syer untuk setiap individu di dalamnya. Semasa dasar penswastaan dilaksanakan, sejumlah saham diberikan kepada CEO dan
semua staf kakitangan secara percuma atau saham istimewa. Program penswastaan telah memainkan peranan penting dalam mempercepatkan pertumbuhan ekonomi menerusi
pelabuaran yang lebih besar dan seterusnya membawa kepada pengembangan sektor korporat. Pertumbuhan ini juga berlaku menerusi peningkatan kecekapan kerana lebih
banyak output dapat dihasilkan melalui penggunaan sumber yang lebih kecil. Program penswastaan ini, telah memberi kesan gandaan kepada ekonomi Malaysia. Pemilikan
Bumiputera juga telah berjaya ditingkatkan menerusi program penswastaan entiti Kerajaan secara MBO. Menerusi Dasar ini, bilangan usahawan Bumiputera yang terlibat
telah meningkat selaras dengan matlamat untuk mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera. Dasar penswastaan ini juga membolehkan rakyat
Malaysia mempelajari dan mendapat teknologi dan kepakaran baru melalui penyertaan bersama dengan pemegang ekuiti asing dan penyediaan khidmat perunding bagi
meningkatkan kecekapan pengurusan syarikat. Ini membolehkan rakyat Malaysia dengan sendirinya mengendali dan menguruskan teknologi baru dalam bidang tertentu dan ini
dapat meningkatkan kecekapan dan produktiviti. Pelaksanaan Dasar penswastaan dipertingkatkan menerusi strategi berikut:
i. Memperluaskan dan mempertingkatkan peranan syarikat yang diswastakan bagi
memenuhi matlamat sosioekonomi. ii.
Menggalakkan usaha penyelidikan dan pembangunan RD oleh syarikat besar yang diswastakan bagi memudahkan proses pemindahan teknologi dilakukan.
iii. Penggunaan bahan tempatan digalakkan secara meluas bagi memastikan industri
dan perkhidmatan tempatan terus berkembang. iv.
Memperluaskan penglibatan kaum Bumiputera dalam pengurusan syarikat serta pelaksaan rangkaian pemasaran dan program pembangunan vendor.
60
v. Memperbaiki rangka kerja badan untuk kawal-selia bagi memastikan
keberkesanannya. vi.
Memantapkan mekanisma pengesanan dan penilaian prestasi syarikat yang diswastakan.
vii.
Lebih banyak syarikat tempatan yang telah diswastakan digalakkan untuk mengambil bahagian dalam projek penswastaan di luar negara.
Diantara syarikat yang mengalami Dasar Penswastaan ini ialah i.
Jabatan Telekom Malaysia kepada
Telekom Malaysia Berhad TM
ii. Lembaga Lebuhraya Malaysia kepada
PLUS Expressway Berhad Projek Lebuhraya Utara Selatan
iii. Lembaga Letrik Negara kepada
Tenaga Nasional Berhad TNB
iv. Jabatan Perkhidmatan Pos Malaysia kepada
Pos Malaysia
v. Jabatan Penerbangan Awam
DCA
kepada
Malaysia Airports Berhad
vi. Lembaga Pelabuhan Klang kepada
Kelang Multi Terminal Sdn Bhd, North Port Malaysia Berhad and West Port Malaysia Sdn Bhd
vii. Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang Penang Port Commission kepada
Penang Port Sdn Bhd
viii. Lembaga Pelabuhan Johor kepada
Johor Port Berhad
ix. Keretapi Tanah Melayu kepada
Keretapi Tanah Melayu Berhad KTMB
3. PERUSAHAAN OTOMOBIL NASIONAL SDN. BHD. PROTON