Bab 5 ISU-ISU KONTEMPORARI TAMADUN ISLAM
C TU 5 5 1 :: TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA
99 | C
TU 5 5 1
Ba b 5 :: Isu-Isu Ko nte m p o ra ri Ta m a d un Isla m
100 | C

101 | C

102 | C

Di akhir bab ini, pelajar dapat
1. Mengetahui senario dunia hari ini yang melihatkan
bagaimana kuasa Barat menguasai dunia.
2. Mendalami
peranan
dan
kuasa
Barat
dalam
hubungannya dengan negara-negara Islam.
3. Memahami kedudukan negara-negara Asia dan
Islam pada hari ini khususnya selepas kejatuhan
kerajaan Islam.
4. Memahami gerakan dasar hegemoni Barat dan
globalisasi barat serta merancang strategi bagi
mengatasinya.
103 | C

Abad ke-20 membawa kepada bermulanya perkembangan pesat sains dan teknologi
maklumat yang luar biasa. Kepesatan yang begitu cepat dan canggih ini berjaya
menciptakan peradaban moden
yang
menjanjikan pelbagai kemajuan
dan
kemudahan, sekaligus memenuhi segala tuntutan arus kemodenan.
Pelbagai alat sains dan teknologi maklumat berjaya dihasilkan dan kehidupan
manusia bertambah mudah dengan segala kecanggihan ini. Namun, dalam manusia
leka dengan limpahan kemewahan dan kemajuan ini, penghujung abad ke-20 juga
telah diwarnai oleh pelbagai bencana dan kemelut yang meresahkan hampir semua
bidang kehidupan sosial, politik, ekonomi dan sebagainya yang juga sedikit
sebanyak berpunca dari kecanggihan teknologi maklumat serta sains teknologi
ciptaan manusia.
Abad 21 telah pun berada di hadapan kita, seiring dengan kelajuan proses
globalisasi dan dukungan kuat teknologi maklumat dan revolusi komunikasi yang
menjadikan kehidupan manusia semakin pantas dan kompleks.
Namun, di sebalik kehidupan manusia yang pantas dan serba canggih ini, kita
menyaksikan kemelut kemanusiaan pada saat kritikal dan tragis, wabak penyakit
yang menular, terrorisme global, perang saudara yang berterusan dan pelanggaran
hak asasi manusia. Sana-sini dipaparkan di dalam media cetak dan elektronik
kehidupan manusia semakin tragis dengan semakin hebatnya arus kemodenan
dunia.
Fenomena yang disebut sebagai hegemoni Barat ini ialah apabila Barat
menggunakan kuasanya sebagai kuasa terbesar dunia untuk menguasai politik,
ekonomi, budaya, pemikiran, teknologi dan lain-lain. Dan yang paling dahsyat
apabila Barat menggunakan kuasa tenteranya untuk menguasai negara yang tidak
sehaluan dengannya. Sebagai kesannya, tindakan membalas dendam secara keras
juga tidak dapat dibendung lagi dan disinilah timbul isu keganasan dan terrorisme
yang selalunya ditujukan kepada pejuang Islam.
104 | C

5 .1 DEFINISI HEGEMONI
Istilah hegemoni berasal daripada istilah Yunani, hegeisthai (to lead). Konsep
hegemoni banyak digunakan oleh ahli sosiologi untuk menjelaskan fenomena
terjadinya usaha untuk mempertahankan kekuasaan oleh pihak penguasa.
Perkataan hegemoni dalam perkataan Inggeris hegemony membawa makna
pengaruh atau penguasaan. Perkataan hegemoni dalam kamus bermaksud
pengaruh atau dominasi sesebuah negara atas negara-negara lain. Pengaruh dan
dominasi ini merangkumi pelbagai sudut seperti politik, ekonomi, sosial, budaya,
ketenteraan, pendidikan, perundangan dan sebagainya .
Hegemoni boleh didefinisikan sebagai "hegemony is the dominance of one group
over other groups, with or without the threat of force, to the extent that, for instance,
the dominant party can dictate the terms of trade to its advantage; more broadly,
cultural perspectives become skewed to favor the dominant group. Hegemony
controls the ways that ideas become 'naturalized' in a process that informs notions of
common sense."
Secara jelas hegemoni sebenarnya bermaksud dominasi oleh satu kelompok
terhadap kelompok lainnya, dengan atau tanpa ancaman kekerasan, sehingga ideaidea yang diketengahkan oleh kelompok dominan terhadap kelompok yang
didominasi diterima sebagai sesuatu yang wajar (common sense).
Dalam hegemoni, kelompok yang mendominasi berhasil mempengaruhi kelompok
yang didominasi untuk menerima nilai-nilai moral, politik dan budaya dari kelompok
dominan (kelompok yang berkuasa). Hegemoni juga boleh diterima sebagai sesuatu
yang wajar, sehingga ideologi kelompok dominan dapat disebarkan dan dipraktikkan.
Nilai-nilai dan ideologi hegemoni ini diperjuangkan dan dipertahankan oleh pihak
dominan sehingga pihak yang didominasi taat terhadap kepimpinan kelompok
penguasa.
105 | C

Gerakan Hegemoni Barat
Perluasan pengaruh atau hegemoni telah digunakan oleh Barat sebagai dasar untuk
mewujudkan negara sekutu atau hubungan satelit dalam meluaskan jaringan
pengaruhnya. Fenomena ini dianggap sebagai satu bentuk penjajahan baru
berasaskan
kepada
kesempurnaan
pembentukan
proses
demokrasi
dan
mewujudkan kebebasan. Barat yang diketuai oleh Amerika Syarikat dan sekutunya
telah menjalankan pelbagai agenda hegemoni untuk mendominasi dunia khususnya
negara bukan Barat dengan polisi-polisi yang mereka pegang:
a.
Usaha Barat mengekalkan keunggulan militari melalui dasar dan perjanjian
senjata nuklear, biologikal dan kimia yang ternyata berat sebelah.
b.
Usaha mempromosikan hak asasi manusia dan demokrasi ala-Barat
c.
Menjaga integriti negara bangsa Barat dengan menyekat kebanjiran imigran
ke Barat.
Hegemoni Barat ini mudah tersebar luas di kalangan masyarakat luar Barat kerana
mereka menguasai teknologi komunikasi. Pendominasian dalam komunikasi ini
termasuk bahasa komunikasi luas dunia di mana bahasa Inggeris iaitu bahasa utama
peradaban Barat telah berjaya dinobatkan sebagai bahasa komunikasi dunia. Segala
urusan pengantarabangsaan dalam semua aspek politik, ekonomi dan sosial
menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama. Barat juga mampu
mendominasi dunia dengan polisi-polisi mereka kerana mereka jugalah yang
menguasai ekonomi dunia. Sistem perbankan antarabangsa dunia seperti Dana
Kewangan Antarabangsa (IMF) dan World Bank adalah di bawah penguasaan
mereka. Barat khususnya Amerika Syarikat mengawal mata wang di mana US Dollar
dijadikan pengukur nilai mata wang dunia.
Satu lagi cara yang dilakukan oleh Barat dalam mengukuhkan hegemoninya ke atas
dunia ialah dengan memomokkan idea Islam ganas, ekstrim, fanatik, tiada toleransi
dan Islamlah yang bertanggungjawab atas segala keganasan dunia hari ini. Perang
terhadap pengganas adalah 'modal baru' Barat bagi menindas negara-negara Islam
pada hari ini. Penjajahan bentuk baru ini telah bermula selepas bermulanya perang
ekonomi, intelektual, diplomatik, budaya dan ideologi. Penjajahan atau dikenali
sebagai neo-kolonialisme ini sedang menuju kemuncaknya apabila Amerika telah
menggerakkan kuasa ketenteraannya dengan begitu meluas. Ini jelas terbukti
selepas berlakunya serangan 11 September 2001 yang meruntuhkan World Trade
Centre di Amerika Syarikat apabila Barat terus menuduh kumpulan Islam al-Qaeda di
106 | C

bawah pimpinan Osama ben Laden sebagai kumpulan yang bertanggungjawab
merancang serangan tersebut. Kesannya, Amerika telah menggerakkan kuasa
ketenteraannya di bumi Asia Barat dengan alasan ingin menghapuskan kumpulan
pengganas ini.
Perluasan Hegemoni Melalui Dasar Luar Amerika Di Asia
Amerika Syarikat tidak pernah bebas daripada kecurigaan yang menjadi titik hitam
dalam diri mereka khususnya terhadap negara-negara di Asia. Ini kerana dalam
sejarah dunia, tidak ada mana-mana negara di benua lain yang sehebat negaranegara di Asia yang menentang dasar penjajahan dan kolonialisme Barat.
Dan dalam masa yang sama Amerika Syarikat begitu gigih menentang imperialisme
dan percubaan kuasa-kuasa lain dalam meletakkan pengaruh politik mereka di
kawasan Asia. Amerika Syarikat mampu memperoleh jajahan secara paksa
sebagaimana yang pernah dibuktikan dengan merampas Filipina daripada Sepanyol.
Selepas berakhirnya Perang Dingin, ruang lingkup dalam mentadbir dasar luar
Amerika Syarikat semakin meluas. Para pengkaji hubungan antarabangsa
mendapati peraturan yang menentukan rentak tari hubungan Amerika Syarikat
dengan
negara-negara
lain
telah
mengalami
perubahan
pesat.
Hubungan
antarabangsanya bukan lagi sekadar mencakupi perhubungan serantau malah
merentasi sempadan. Jangkauannya menjadi global atas dasar globalisasi dunia
tanpa sempadan yang diamalkannya.
Hegemoni iaitu perluasan pengaruh ke atas negara lain telah digunakan oleh
Amerika Syarikat sebagai dasar untuk mewujudkan negara sekutu atau hubungan
satelit dalam meluaskan jaringan pengaruhnya. Walaupun globalisasi memendekkan
tindakan ketenteraan, ia telah membawa Amerika Syarikat ke mercu dengan elemen
globalisasi yang menghakis kecekapan dan kadaulatan sesebuah negara. Amerika
juga pernah menyatakan kebimbangannya dengan kebangkitan China dari aspek
ekonomi
dan
ketenteraan.
China
dengan
pasaran
domestiknya
sentiasa
menimbulkan kecemburuan Amerika Syarikat untuk menembus pasarannya.
Dalam melaksanakan dasar luarnya, Amerika Syarikat sering menggunakan prinsip
hak asasi manusia sebagai pendekatannya dan sering menghukum negaranegara
lain dengan membatalkan bantuan yang diberikannya dalam usaha mempengaruhi
107 | C

negara-negara berkenaan supaya lebih berperikemanusiaan terhadap rakyatnya
sendiri. Pemberian bantuan ekonomi kepada negara-negara bermasalah seperti
Indonesia, Mexico dan Korea melalui Dana Kewangan Antarabangsa (IMF)
sebenarnya percubaan Amerika Syarikat dalam meluaskan hegemoninya melalui
liberalisasi pasaran
Amerika Syarikat sebagai satu kuasa besar atau sebagai ketua polis dunia dan
antarabangsa
akan
terus
melanjutkan
tradisi
dasar
luarnya
yang
menguntungkannya, sama ada dari segi ekonomi, politik, keselamatan dan apa
sahaja yang boleh menjamin kelangsungan hegemoninya. Cita-cita sejagat seperti
hak asasi manusia, demokrasi dan keadilan yang sering dilaungkan hanyalah
sebagai retorika kosong yang merendahkan lagi nilai kemanusiaan (K.S Nathan,
1987 : 45).
5 .2
DEFINISI G LO BA LISA SI
Globalisasi yang dipelopori oleh Barat sebenarnya membawa kepada pelbagai
definisi dan penafsiran dari berbagai sudut pandangan. Definisi umum yang
dipegang oleh sebahagian daripada kita menafsirkannya sebagai proses pengecilan
dunia atau menjadikan dunia sebuah perkampungan yang kecil. Sebahagian kita
yang lain menafsirkannya sebagai usaha menyatukan masyarakat dunia dari segi
gaya hidup dan budaya.
Motif globalisasi adalah untuk meletakkan dunia ini di bawah satu unit yang sama
dan seragam di mana semua negara dunia ini menggunapakai satu undang-undang
globalisasi yang sama. Ia adalah satu proses untuk meletakkan dunia di bawah satu
kuasa tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara.
Melalui proses ini, kesannya dunia tidak lagi mempunyai sempadan sebagaimana
yang terpapar dalam peta dunia bahkan ruang udara dan langit sesebuah negara itu
terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi
pelbagai perantaraan media komunikasi seperti internet, media elektronik dan
teknologi siber. Perkembangan ini secara positifnya membolehkan perhubungan di
antara negara dan sesama manusia dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat
tanpa melibatkan perbelanjaan yang banyak.
108 | C

Menurut Kamus Dewan (Dewan Bahasa dan Pustaka, 1986), global bermaksud
mengenai dunia seluruhnya atau pada keseluruhannya dan pada umumnya.
Globalisasi pula didefinisikan sebagai fenomena yang menjadikan dunia mengecil
dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi
maklumat. Cendekiawan Barat secara umumnya memberi takrifan globalisasi
sebagai satu proses kehidupan yang serba luas merangkumi segala aspek
kehidupan seperti politik, sosial dan ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat
manusia secara milik bersama.
Umumnya, globalisasi ialah suatu proses membuka keadaan, yang pada umumnya
dapat difahami sebagai proses di mana sempadan negara-negara semakin runtuh
dan seluruh alam buana ini semakin berubah menjadi satu unit. Di dalam unit global
ini, hubungan adalah cepat dan rapat. Keadaan ini dikaitkan dengan perkembangan
teknologi elektronik yang berkembang dengan pesatnya. Globalisasi adalah satu
tatacara orde baru dunia yang dikatakan akan menggantikan sistem dunia dewasa
ini. Melalui globalisasi, dunia dilihat tiada batasan sempadan (borderless world),
ketelusan (transparent), internationalism dan lain-lain lagi yang menjurus kepada
persaingan yang drastik dalam apa jua keadaan. Dunia dilihat sebagai satu
fenomena di mana semua penduduknya mempunyai hak dan keistimewaan masingmasing dalam semua bidang kehidupan
Secara komprehensif, globalisasi juga didefinisikan sebagai suatu himpunan
pengaliran global berbagai-bagai jenis objek yang melibatkan pelbagai bidang aktiviti
manusia. Objek yang diglobalisasikan boleh jadi fizikal dan bukan fizikal, sama ada
dalam bentuk maklumat, idea, nilai, institusi atau sistem. Himpunan proses
pengaliran global ini dan bidang aktiviti manusia yang terlibat berkait dan
bergantungan sifatnya
Pengaruh Globalisasi Terhadap Peradaban
Setelah membincangkan tentang definisi globalisasi, jelas bahawa globalisasi ini
merujuk kepada kehidupan yang lebih meluas merangkumi pelbagai isu dan aspek
termasuk di dalamnya ekonomi, politik, budaya dan sosial. Setiap isu globalisasi
yang disentuh ada membawa kepada kebaikan dan pada masa yang sama
membawa kepada keburukan. Isu-isu inilah yang memberi sedikit sebanyak kesan
kepada peradaban manusia dari segala aspek.
109 | C

Banyak pihak di dunia ini sedang menilai buruk baiknya globalisasi terutamanya
globalisasi ekonomi. Chandra Muzaffar dalam Osman Bakar (2004), menyatakan
bahawa terdapat lapan aspek positif globalisasi:
1. Peranan
pelaburan
asing
(FDI)
dalam
mewujudkan
pekerjaan
dan
mengurangkan kemiskinan di sebilangan negara.
2. Peningkatan mobiliti sosial dan pengukuhan kelas menengah.
3. Peluang yang lebih luas untuk mendapatkan maklumat dan
ilmu
pengetahuan kerana teknologi baru komunikasi dan maklumat.
4. Komunikasi yang lebih mudah dan juga murah.
5. Peluang yang lebih luas untuk manusia dari berbagai-bagai kumpulan etnik,
budaya dan agama berinteraksi.
6. Peluang lebih luas untuk menzahirkan simpati dan rasa ketidakkemanusiaan
mereka terhadap mangsa-mangsa pelbagai jenis bencana alam dan tragedi
buatan manusia di seluruh dunia.
7. Penonjolan
idea-idea
dan
amalan
pemerintahan
yang
baik
seperti
pertanggungjawaban awam, peraturan undang-undang dan hak-hak asasi
manusia.
8. Penonjolan hak-hak asasi kaum wanita.
Jika diperhatikan, maka sebahagian besar manfaat globalisasi adalah yang berkaitan
dengan dimensi ekonomi manakala bakinya berkaitan dengan dimensi politik dan
sosial. Dari segi keburukan globalisasi pula, tiga belas perkara yang disenaraikan
oleh Chandra dalam Osman Bakar (2004) ialah
1. Kualiti
alam
sekitar
yang
semakin
mementingkan faktor keuntungan.
110 | C
TU 5 5 1
merosot
sebagai
akibat
terlalu

2. Pembangunan yang tidak seimbang dan jurang perbezaan ekonomi yang
semakin melebar antara kawasan-kawasan di sesebuah negara dan antara
sektor-sektor ekonomi.
3. Pengabaian keperluan asas hidup di kalangan rakyat termiskin di banyak
negara terutamanya di negara-negara selatan.
4. Modal jangka pendek yang keluar masuk pasaran seperti kilat sebagai akibat
amalan baru yang menjadikan wang sendiri sebagai komoditi keuntungan.
5. Pengangguran yang semakin memburuk dan jurang perbezaan pendapatan
yang semakin melebar di negara-negara utara sendiri.
6. Penyebaran budaya pengguna yang bertentangan dengan tuntutan nilai nilai
kerohanian dan moral yang murni dan yang merendahkan martabat
keinsanan manusia.
7. Kecenderungan ke arah pembentukan suatu budaya global yang homogen
menerusi peranan yang dimainkan oleh perbadanan transnasional dan media
komunikasi global.
8. Penyebaran budaya pop Amerika yang" menyegarkan pancaindera dan
mematikan roh" .
9. Kecenderungan pusat-pusat pengajian tinggi untuk memberi keutamaan
kepada kursus-kursus ilmu pengurusan dan teknik dengan mengabaikan
kursus-kursus ilmu kemanusiaan dan kemasyarakatan.
10. Pembanjiran maklumat yang tidak berguna.
11. Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah memanipulasikan isu-isu
demokrasi dan hak-hak asasi manusia untuk mendominasi politik dunia.
12. Pengantarabangsaan jenayah yang menyukarkan jenayah dibendung.
13. Pengantarabangsaan penyakit.
111 | C

Isu-Isu Globalisasi
Media
Globalisasi yang diperkenalkan oleh Barat menjadikan media komunikasi sebagai
alat utama yang mampu menyebarluaskan segala maklumat. Oleh kerana Barat
menguasai media komunikasi dunia, segala berita dan maklumat yang disiarkan di
seluruh dunia adalah lebih berpihak kepada mereka dan menindas mana-mana
negara yang tidak bersekongkol dengan mereka khususnya negara-negara Islam.
Ilmu dan maklumat dengan mudah boleh diakses oleh sesiapa sahaja di dunia ini
dengan kecanggihan teknologi internet dan komputer.
Barat sebagai pengasas alat komunikasi dunia dengan sendirinya mampu menjadi
kuasa pertama yang mampu menghasilkan banyak syarikat-syarikat gergasi media
cetak dan media elektronik. Kerana media di bawah kawalan mereka, segala berita
dan maklumat tentunya menyebelahi mereka dan sebaliknya menindas musuhmusuh mereka. Misalnya, agensi berita antarabangsa terutamanya dari Amerika
Syarikat menentukan dengan meluasnya bagaimana maklumat tentang peristiwa
antarabangsa diolah dan dipersembahkan kepada masyarakat dunia. Sesuatu
peristiwa itu diolah dan ditafsirkan oleh mereka bagi memperoleh kepentingankepentingan tertentu.
Kesan terburuk globalisasi media yang dirasai oleh masyarakat Muslim di Malaysia
khususnya dan penduduk dunia lain umumnya ialah kebanjiran maklumat yang tidak
berguna. Islam hakikatnya adalah agama yang menekankan kecintaan kepada ilmu
dan hikmah dan memandang serius kepada lambakan maklumat yang tidak berguna.
Kita tahu bahawa lambakan maklumat yang tidak berguna ini amat mudah diakses
dengan kecanggihan teknologi maklumat terkini. Kerana itu, maklumat yang tidak
benar dan tidak berguna ini sukar untuk dibendung daripada terus mengalir ke dalam
masyarakat kita. Apa yang merisaukan ialah fenomena kebanjiran maklumat yang
tidak berguna ini kerana maklumat sebegini mudah menarik minat anak-anak muda
dan remaja yang sedang meningkat naik.
112 | C

Ekonomi
Globalisasi ekonomi ialah antara dimensi globalisasi yang mampu memberi kesan
secara tidak langsung kepada globalisasi dimensi lain. Globalisasi ekonomi ialah
satu kod undang-undang ekonomi seragam yang diamalkan dan digunapakai oleh
seluruh masyarakat dunia. Ia membawa kepada penghapusan halangan ekonomi
antara sebuah negara dengan negara lain pada kadar yang amat pantas
terutamanya dalam tiga aspek utama ekonomi iaitu perdagangan, kewangan dan
pelaburan. Globalisasi berlaku dalam ketiga-tiga aspek ini apabila dasar-dasar
kerajaan yang mengawal ekonomi asing daripada mempengaruhi ekonomi tempatan
semakin longgar dan ekonomi tempatan terpaksa mengikut rentak ekonomi asing
yang akhirnya meminggirkan ekonomi tempatan. Ia berlaku dengan mudah akibat
perubahan teknologi di mana wang boleh dipindahkan, mata wang diniagakan dan
saham boleh dibeli dengan mudah.
Dalam globalisasi ekonomi, pasaran saham diglobalkan dengan pelabur-pelabur
asing boleh membawa wang keluar dan masuk dari sesebuah pasaran. Dengan
kadar mata wang yang tidak tetap dan pasaran modal terbuka, spekulasi mula
muncul dan membawa kepada manipulasi mata wang dan saham. Ia kemudiannya
membawa kepada peranan tiga buah institusi yang benar-benar menyebarkan
globalisasi iaitu Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Bank Dunia dan Pertubuhan
Perdagangan Sedunia (WTO) .
Dalam globalisasi ekonomi, telah berlaku peningkatan dalam kebergantungan
perniagaan terhadap ekonomi. Firma-firma dan perniagaan terus meningkat dan
berlakunya peningkatan dalam pelaburan asing secara langsung di dalam aktiviti
ekonomi sesebuah negara. Globalisasi ekonomi dapat dilihat melalui perluasan
perusahaan melampui sempadan negara.
Globalisasi ekonomi mampu membawa kepada pelbagai krisis dan spekulasi
pasaran. Serangan para spekulator telah mengakibatkan nilai mata wang
sesetengah negara jatuh merudum berbanding dengan Dollar Amerika. Umpamanya
kita menyaksikan pada 2 Julai 1997 bermulanya krisis ekonomi Asia di mana Baht
Thai jatuh begitu teruk, diikuti dengan Korea Selatan, Indonesia dan Malaysia. Usaha
penyelesaian secara tradisional oleh Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) kepada
beberapa buah negara yang ditimpa krisis juga menemui kegagalan .
113 | C

Politik
Globalisasi politik juga telah tersebar luas ke seluruh dunia dengan kehebatan
penawaran ilmu dan teknologi komunikasi yang mampu menyebarluaskan segala
maklumat. Untuk itu, kita perlu menghadapi cabaran penyebaran idea-idea dan
fahaman politik yang salah seperti demokrasi ala Barat, pluralisme dan hak-hak
asasi manusia.
Salah satu isu terpenting dalam dimensi politik globalisasi ialah fenomena
'deterritorialization' (penyalahwilayahan) iaitu satu proses dan tindakan politik yang
melintasi perbatasan wilayah negara. Dalam melaksanakan kuasa, terdapat
penggunaan pemaksaan dan pemantauan secara sistematik melalui badan-badan
berkuasa seperti tentera, polis dan sebagainya. Terdapat idea mengenai demokrasi
dan hak asasi manusia yang dianggap prinsip sejagat yang mesti diterima oleh
seluruh umat manusia. Penyebaran idea ini diterajui oleh Amerika Syarikat
Kemerdekaan sesebuah negara pada masa kini tidak mempunyai makna yang besar
selain daripada tampuk pemerintahan diserahkan kepada masyarakat tempatan.
Namun hari ini, politik antarabangsa didominasi sepenuhnya oleh beberapa buah
negara kuasa besar (super power) yang secara tidak langsung menggambarkan
dominasi dunia Barat. Kita lihat sahaja contohnya di Iraq pada hari ini. Amerika
Syarikat yang mendominasi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB) dengan kuasa vetonya bersama-sama dengan negara Rusia, United
Kingdom dan Perancis telah campur tangan dalam politik dalaman Iraq.
Boleh dikatakan dalam hampir semua persengketaan wilayah dan antarabangsa
sama ada di Somalia, Bosnia-Herzegovina, Palestin, Kashmir, Iraq dan lain-lain,
Amerika Syarikat telah terlibat secara langsung dengan menggambarkan diri mereka
sebagai 'polis dunia'. Kedudukan Amerika Syarikat sebagai sebuah kuasa besar
dunia yang tidak boleh ditandingi adalah disebabkan kekuatan ketenteraan dan
militarinya. Setelah berakhirnya Perang Dingin dan dengan kejatuhan Soviet Union,
Amerika Syarikat telah muncul satu-satunya kuasa besar dunia yang tidak boleh
ditandingi .
114 | C

Budaya
Pada hari ini, dunia Barat terutama Amerika Syarikat telah membanjiri dunia dengan
pengeksportan budayanya. Berlaku pertukaran dan pernyataan simbol yang
mencerminkan kehidupan manusia dari segi gaya hidup, kepercayaan, citarasa, dan
lain-lain dari Barat ke dunia luar. Ia dilahirkan secara material dan bukan material
dalam kehidupan individu dan kelompok iaitu satu fenomena yang sudah melepasi
perbatasan negara. Kebudayaan merupakan cara hidup seharian manusia dalam
sesebuah masyarakat atau organisasi. Antara cabaran globalisasi yang perlu
diperbahaskan adalah cabaran ke atas aspek sosial budaya. Ia adalah satu
persoalan yang sangat kritikal kerana sesudah terlerainya benteng sosio-budaya
sesuatu kelompok masyarakat dapat disempurnakan maka segala usaha bagi
mengatasi masalah lain adalah lebih mudah.
Golongan muda sebahagian besarnya sudah terheret di dalam proses globalisasi
sosio-budaya. Melalui pelbagai saluran, golongan belia akan menjadi dan terus
menjadi
sasaran
utama
globalisasi
yang
didalangi
oleh
syarikat-syarikat
multinasional dan transnasional. Sesungguhnya tidaklah sesuatu yang mengejutkan
apabila sistem sosio-budaya masyarakat muda kini sudah dirungkai sehingga segala
nilai tradisi kita sedang melalui proses penghakisan yang amat ketara. Dalam
keghairahan untuk mengejar gaya hidup ala Barat, anak-anak muda ini secara
umumnya kini sudah tidak merasa bersalah dengan gaya peniruan secara bulat
budaya hidup barat .
Pengamatan yang jelas dapat membuktikan fenomena ini adalah menerusi kesankesan globalisasi budaya di bawah :
1. Budaya Makan : Pelbagai jenis makanan Barat telah dapat dinikmati dan
semakin popular di seluruh dunia. Makanan Jepun pun sudah boleh diterima
oleh masyarakat Malaysia. Spaghetti, pasta, minuman bergas seperti Coca
Cola tidak hanya boleh didapati di Barat malahan di seluruh dunia.
2. Budaya Fesyen : Anak-anak muda semakin ghairah mengikuti segala
perubahan fesyen yang berlaku di Barat. Jenama-jenama alat solek seperti
Maybeline, Christian Dior dan jenama pakaian seperti Versace, Bonia, Padini
menjadi pilihan generasi muda walaupun mahal harganya (Azhar Hj. Mad
Aros et aI, 2000 : 84).
115 | C

3. Budaya Kerja : Syarikat pengeluaran di era globalisasi juga terdiri daripada
berbilang kaum dari negara-negara di dunia. Umpamanya, syarikat Espirit di
mana ketua grafiknya dari Jepun, juru gambarnya dari Itali, arkiteknya dari
Perancis dan Itali.
4. Budaya Hidup : Majlis-majlis sosial yang menonjolkan acara-acara ala barat
serta dunia lakonan dan pembikinan filem cara barat. Di samping itu,
masyarakat dunia hari ini lebih terdedah kepada budaya hidup yang
menggunakan produk rokok yang menajakan budaya hidup barat.
5. Budaya Muzik dan Hiburan : Muzik jazz, rock, disco dan yang terkini muzik
'black metal' telah mula menguasai dunia. Tempat hiburan seperti Disneyland
juga diadakan di luar dari negara Amerika. Contohnya, di Jepun dengan
panggilan Tokyo Disneyland (1987) dan di Marne-La-Valle di Paris dengan
panggilan Euro Disneyland (1992)
6. Budaya Bahasa: Bahasa Inggeris adalah alat perhubungan dan komunikasi
terpenting antarabangsa dan digunakan secara global. Ini menunjukkan
kejayaan
globalisasi
bahasa
yang
diterajui
oleh
Amerika.
Terdapat
penyebaran budaya konsumer Amerika Syarikat ke seluruh dunia, satu
proses yang disebut sebagai ' McDonaldisation of Society'. Untuk mencapai
maksud itu, budaya konsumer perlu disebarkan seluas-Iuasnya supaya lahir
penyeragaman budaya dan gaya hidup.
5 .3
KESA N
PERKEM BA NG A N
KO NTEM PO RA RI
KEPA DA
M A SYA RA KA T DA N NEG A RA
Gelombang globalisasi kontemporari adalah yang terbesar dan terkuat pernah
melanda dunia. Pengaruhnya sungguh besar dan luas sehingga ia meliputi semua
bidang peradaban. Demi menjamin proses pembinaan peradaban di negara ini di
atas landasan kerohanian dan moral yang dituntut oleh Islam dan agama-agama lain
berterusan tanpa banyak terjejas, kita dipanggil untuk menilai buruk baik fenomena
globalisasi ini dengan lebih teliti lagi.
Cabaran globalisasi kini memerlukan pembentukan generasi muda yang berdaya
tahan melalui ilmu dan kemahiran. Berdasarkan beberapa aspek dan isu globalisasi
116 | C

yang telah dibicarakan, dapatlah dikatakan bahawa dunia hari ini sedang
menghadapi satu cabaran dan perubahan yang sangat hebat yang belum pernah
berlaku pada abad-abad sebelumnya. Cabaran globalisasi dan implikasinya terhadap
ekonomi, budaya, teknologi dan politik adalah luas dan mempunyai kesan yang
positif dan negatif. Penerimaan terhadap perubahan haruslah difikirkan dan diterima
secara positif dan membina untuk kemajuan diri, keluarga, agama, bangsa dan
negara.
Kebaikannya
perlu
dimakmurkan
dan
dimanfaatkan
oleh
semua
rakyat.
Keburukannya perlu dihindari dan diatasi sebaik mungkin. Untuk berjaya, kita perlu
menggunakan segala kekuatan dan kekayaan yang ada pada kita, terutamanya
kekayaan daIaman (inner riches) yang terdapat dalam agama dan tradisi kita baik
yang berupa kerohanian mahu pun yang berupa intelektual atau keilmuan.
Globalisasi yang membawa mesej kesejagatan, merentasi sempadan negara dan
yang menggambarkan kerjasama, sokongan dan perpaduan antara negara dan
antarabangsa sewajarnya perlu diberi nafas baru agar manfaatnya turut sarna
dinikmati oleh negara-negara kecil, bukannya sekadar menguntungkan negaranegara maju.
117 | C

Pad a hari ini, kita berada pada zaman di mana proses penyeragaman yang amat
ketara sedang berlangsung. Akibat dari apa yang dikatakan sebagai globalisasi, kita
amat pasti bahawa hampir segala aspek dalam kehidupan kita ini tidak akan terlepas
dari disentuh oleh konsep globalisasi. Hampir semua aspek kehidupan kita sedang
menjalani proses globalisasi yang sebenarnya adalah untuk mengheret diri kita ke
dalam suatu sistem hidup yang diseragamkan di seluruh dunia.
Tidak ada aspek kehidupan yang tidak disentuh oleh proses globalisasi. Tidak ada
sektor pembangunan dan kemajuan sesebuah negara yang sepi dari sentuhan
globalisasi. Namun begitu, dalam keghairahan untuk diglobalkan sarna ada dalam
bidang ekonomi, sosial dan politik, kita jangan sekali-kali terputus dari budaya dan
akar sejarah kita sendiri. Kita perlu ada pegangan kita sendiri agar kita tidak mudah
tertipu dengan laungan keadilan dan kesamarataan universal yang ternyata palsu.
118 | C

No ta
119 | C

120 | C