Konsep Kemahiran Profesional Keguruan

Di dalam topik ini, kita akan membincangkan tentang guru sebagai profesion yang mulia. Ini meliputi bagaimana menjadikan guru dihormati masyarakat, menjadikan tugas guru sebagai satu ibadat dan menjadikan guru sebagai pakar rujuk. Guru dikatakan sebagai pembentuk masa depan negara. Oleh itu, nilai- nilai murni perlu diamalkan supaya guru boleh menjadi role model kepada pelajar. KONSEP: GURU PROFESION MULIA Guru bertanggungjawab dalam usaha memperkembangkan potensi pelajar. Setiap individu pasti pernah melalui sejarah hidup sebagai seorang pelajar. Dalam melayari pengalaman tersebut pastinya terselit kenangan manis tentang salah seorang daripada guru-gurunya. Mengapakah kita masih mengenang guru-guru itu? Hal ini pastinya kerana pengalaman positif yang pernah kita lalui bersamanya ketika itu. Seorang guru yang telah mendorong kita sehingga berjaya di dalam pelajaran dan menjadikan siapa diri kita hari ini tentulah merupakan seorang insan yang mulia. Sila baca contoh ini. Seorang kawan anda hampir putus asa kerana gagal di dalam peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia yang didudukinya. Seorang guru yang begitu prihatin telah membimbingnya dan mendorongnya secara berterusan. Akhirnya beliau mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan sebenar.

2.1.1 Konsep Kemahiran Profesional Keguruan

Guru adalah golongan yang mempunyai kemahiran profesional. Tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan kemahiran profesional itu? Kemahiran profesional adalah sekumpulan kemahiran yang diperoleh melalui pengalaman melaksanakan kajian dan melalui latihan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Kemahiran tersebut merupakan satu keperluan untuk menjalankan tugas dengan cekap dan sempurna. Ciri-ciri profesional yang terdapat dalam bidang perguruan adalah seperti berikut: a Mempunyai latihan ikhtisas dalam perguruan; b Mempunyai autonomi dalam menentukan kaedah mengajar; 2.1 c Menjadi ahli kesatuan dan mempunyai kod etika; d Perkhidmatan adalah penting kepada negara; dan e Guru adalah pakar dalam pendidikan. Rajah 2.1 menunjukkan sifat dan kualiti profesional keguruan. R Rajah 2.1: Sifat dan kualiti profesional keguruan Perbincangan seterusnya adalah berdasarkan tulisan Parkay Stanford 1995, ms. 443-447. Menurut beliau, terdapat empat ciri guru yang profesional: a T Tingkah Laku Profesional i Reflection-in-action : Menjalankan refleksi atas tindakan diri yang boleh menyebabkan kegagalan pelajar. ii Kesanggupan menjadi mentor kepada sekumpulan pelajar. b P Pembelajaran Sepanjang Hayat Lifelong Learning i Dedikasi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran dan mata pelajaran yang diajar. ii Menyahut peluang untuk mendapatkan ilmu dan kemahiran baru. iii Kesediaan belajar ke peringkat yang lebih tinggi. c P Penurunan Kuasa Guru Teacher Empowerment i Membuat keputusan berkenaan dengan kurikulum yang akan dilaksanakan untuk memenuhi keperluan pelajar. ii Mengalu-alukan peluang untuk membuat keputusan yang secara langsung memberi kesan ke atas kerja mereka. iii Peluang memilih buku teks untuk kegunaan sekolah dan membangunkan kurikulum. d P Penglibatan di dalam Profesion i Dipamerkan menerusi tingkah laku yang profesional. ii Menyedari peranan mereka sangat penting di dalam bidang pendidikan. Guru mempunyai beberapa kemahiran keguruan yang tidak dipunyai oleh orang biasa, seperti kemahiran: Mari kita melihat dengan terperinci tentang kemahiran belajar dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. a Belajar; b Berfikir secara kritis dan kreatif; c Merancang dan mengurus; d Menilai dan menyoal; e Membuat kajian; f Berkomunikasi; g Mengendalikan aktiviti luar bilik darjah; h Menjalin hubungan sesama manusia; dan i Menyelesaikan masalah. a Kemahiran Belajar Kemahiran belajar ialah suatu kecekapan atau keupayaan seseorang untuk mengumpul, memproses dan merumus maklumat. Kombinasi pelbagai kaedah digunakan agar pembelajarannya berkesan. Kemahiran belajar meliputi kemahiran: i Membaca; ii Mencatat nota; iii Mengingat; iv Mendengar; v Menginterpretasi bahan; dan vi Mengurus masa. b Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif Kemahiran berfikir sangat penting kepada setiap profesional. Ia digunakan untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dengan bijaksana. Terdapat beberapa jenis pemikiran. Antaranya adalah: i Konvergen Hanya satu jawapan sahaja yang betul. Jawapan terbaik bagi soalan atau masalah yang diberi telah dikenal pasti. Contoh: x Menjawab soalan Matematik; dan x Mencari jawapan kepada satu uji kaji Sains. ii Divergen Banyak jawapan yang boleh diterima untuk sesuatu penyelesaian masalah. Contoh: Berikan kegunaan kertas kepada manusia. x Menulis, melukis, menutup makanan, membungkus; dan x Sumber ekonomi kitar semula: jual surat khabar lama. iii Induktif Satu bentuk penaakulan yang dimulakan dengan contoh yang khusus kemudian membuat generalisasi. Contoh: iv Deduktif Bermula dengan generalisasi kemudian menuju kepada contoh- contoh yang spesifik. v Kreatif Kebolehan menyusun maklumat untuk menghasilkan yang baru dan asli. Contoh: x Mencipta puisi dari satu gambaran kehidupan yang diberi; x Melukis suatu pemandangan daripada satu bahan bacaan; dan x Memberikan satu idea baru untuk penyelesaian masalah. vi Membina Keupayaan menghasilkan sesuatu benda maujud. Contoh: x Mereka cipta satu pelan kedudukan sebuah bangunan. vii Kritis Dapat menilai sesuatu objek atau situasi dengan bernas. Contoh: x Menghujah; x Memberikan pendapat; dan x Membuat pertimbangan. viii Celik Akal Kebolehan mengamati atau menilai sesuatu masalah dan mengaitkannnya dengan situasi lain. ix Penaakulan Proses mental yang paling tinggi merangkumi: x Mengingat; x Memproses; x Mengurus maklumat; dan x Membuat rumusan.

2.1.2 Dihormati Masyarakat