Masa Depan Guru sebagai Pakar Rujuk

Guru mendidik kita dengan sabar, tanpa menghiraukan rupa, bangsa dan agama. Di mana pun mereka berada, tugas mendidik ini tidak pernah ditinggalkan. Matlamat utamanya menjadikan kita manusia yang berilmu, boleh berdikari dan mempunyai masa depan yang cemerlang. Di samping menyampaikan ilmu, guru juga membentuk sikap dan sahsiah pelajar. Kita diminta mempamerkan tingkah laku yang diterima oleh masyarakat dan positif, bukan tingkah laku yang anti sosial. Pelbagai teknik pengurusan tingkah laku digunakan untuk memastikan tingkah laku yang diingini diikuti oleh pelajar. Kita diajar memberi salam apabila berjumpa, mengucapkan terima kasih apabila menerima sesuatu, mengetuk pintu sebelum masuk dan meminta izin apabila ingin keluar dari kelas. Semua tindakan guru ini adalah untuk menjadikan kita insan yang baik. Bukankah ini satu ibadat?

2.1.4 Masa Depan

Negara a A Agen Perubahan Agen perubahan dalam konteks ini adalah sumber ilmu kemahiran dan pendirian. Sekolah Rendah, Menengah, Teknik dan Vokasional, universiti dan kolej berperanan sebagai agen perubahan yang menawarkan asas-asas ilmu UPSR, PMR, SPM, STPM dan juga pelbagai kursus perguruan, teknologi maklumat, perniagaan, kejuruteraan dan sebagainya. Guru dianggap sebagai agen perubahan. Pusat Perkembangan Kurikulum bertanggungjawab dalam menggubal kurikulum baru tetapi siapakah yang melaksanakannya kalau bukan guru? b M Mobiliti Sosial Anjakan sosial boleh berlaku disebabkan tahap ilmu yang dimiliki seseorang individu Rajah 2.3. Pernahkah anda mendengar seorang anak nelayan menjadi doktor? Seorang anak buruh kasar menjadi peguam? Seorang anak penoreh getah menjadi jutawan? Itulah yang dimaksudkan sebagai mobiliti sosial. Mobiliti sosial meningkatkan gaya hidup. Guru adalah pencorak masa depan negara. Adakah anda bersetuju dengan kenyataan ini? AKTIVITI 2.3 Rajah 2.3: Anjakan sosial disebabkan oleh tahap ilmu akan meningkatkan gaya hidup Kedua-dua faktor ini iaitu ilmu dan mobiliti sosial menyumbang kepada peningkatan gaya hidup. Peranan guru sebagai agen perubahan membantu pelajar untuk mencapai tahap sosio-ekonomi yang baik melalui mobiliti sosial. Adakah anda bersetuju dengan kenyataan ini?

2.1.5 Guru sebagai Pakar Rujuk

Mari kita renung sejenak pengalaman kita sebagai pelajar dahulu. Kepada siapakah kita pergi untuk mendapatkan bantuan jika menghadapi masalah dalam bidang akademik, terutamanya jika ibu bapa tidak mampu membantu menyelesaikannya? Pelajar sering kali merujuk guru untuk menyelesaikannya Rajah 2.4. Rajah 2.4: Peranan guru sebagai pakar rujuk a D Disiplin Ilmu Pelajar merujuk kepada guru untuk mendapatkan bantuan di dalam perkara-perkara berikut: i Cara belajar yang berkesan; ii Masalah akademik; iii Masalah pembelajaran; iv Masalah dalam komunikasibahasa; dan v Memilih mata pelajaran yang sesuai untuk diambil. b K Kemahiran Di dalam pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kemahiran amali, guru menjadi pakar rujuk yang utama. Contohnya, di dalam mata pelajaran Sains, Kemahiran Hidup, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Vokasional dan Teknikal dan lain-lain lagi. Guru juga dirujuk untuk meningkatkan kemahiran belajar yang merangkumi kemahiran berikut: i Kemahiran mencatat nota membuat peta minda; ii Kemahiran membaca; dan iii Kemahiran mengingat. c K Kaunseling dan Kerjaya Kita sering kali berjumpa dengan guru untuk mendapatkan khidmat kaunseling terutamanya bila menghadapi masalah peribadi seperti pertelingkahan dalam keluarga, masalah kecelaruan personaliti, masalah dalam hubungan dengan rakan sebaya dan seumpamanya. Apakah yang kita harapkan daripada guru-guru ini? Guru-guru kaunseling membantu kita membuat keputusan yang tepat supaya dapat mengurangkan stres dan meminimumkan dilema. Apabila hampir meninggalkan alam persekolahan, sekali lagi kita menghadapi dilema untuk memilih bidang yang sesuai dengan cita-cita dan kelayakan yang kita perolehi. Kali ini guru pakar di dalam bidang ini sangat diperlukan sebagai pakar rujuk. d P Pengurusan Diri Bantuan guru diperlukan dalam pengurusan diri. Kebanyakan pelajar didapati kurang mahir di dalam aspek ini yang meliputi: i Jadual belajar; ii Teknik belajar berkesan; iii Pengurusan masa; dan iv Meningkatkan daya ingatan. CIRI-CIRI GURU YANG BAIK Sekarang, mari kita lihat ciri-ciri guru yang baik. Guru yang baik harus mempunyai ciri-ciri seperti berikut: a B Berpengetahuan dan Mahir dengan Apa yang Diajar i Pakar mata pelajaran yang diajarkan. ii Bersedia untuk menerima ilmu baruterkini. iii Mahir dalam pedagogi pengajaran dan pembelajaran. iv Kemahiran menerangkan, menyoal dan menguruskan bilik darjah. b H Harapan yang Tinggi terhadap Pencapaian Pelajar i Mengekalkan jangkaan baik terhadap sosial dan pencapaian pelajar. ii Bertanggungjawab dan boleh berdikari. c T Tingkah Laku Positif terhadap Pelajar i Menyelitkan unsur kecindan dalam pengajaran. ii Pelajar seronok belajar. iii Mengenali pelajar melalui interaksi di dalam kelas. 2.2 d B Berurusan Secara Adil i Memberi panduan yang jelas untuk setiap tugasan yang diberi. ii Membimbing secara lembut untuk membantu pelajar mencapai tingkah laku yang dikehendaki. iii Konsisten apabila menguruskan tingkah laku pelajar. e P Pujian yang Diberi Menampakkan Keikhlasan i Tekal dalam menilai tugasan pelajar. ii Menegur kesilapan pelajar dengan cara memberi motivasi. f H Hormat dan Bertolak Ansur dengan Pelajar i Elakkan daripada menengking atau memalukan pelajar. ii Unsur paralinguistik digunakan untuk mendapatkan perhatian pelajar. iii Menyelidikmenerima alasan yang diberi. g K Kesedaran terhadap Objektif Pengajaran i Bertanggungjawab terhadap pencapaian objektif. ii Tahu apa yang hendak dicapai di akhir pengajaran. h R Rancangan Pengajaran yang Berstruktur i Pengajaran dari senang kepada susah. ii Proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar. i M Mempunyai Objektif Jangka Panjang i Membimbing pelajar yang memerlukan bantuan. ii Merangka program yang membantu mengembangkan kemahiran pelajar. iii Menjelaskan apa yang seterusnya akan dipelajari. Effective teachers know their goals and try to achieve these goals Hedges and Papritan, 1987; OÊBrien and Pulliam, 1984; and Tobin and Fraser, 1984 . j M Menggunakan Pelbagai Strategi Pengajaran i Strategi pengajaran dan pembelajaran dipelbagaikan. ii Unsur-unsur kecindan dan hiburan diselitkan semasa mengajar. iii Libatkan pelajar-pelajar yang berbakat untuk sesi tunjuk cara atau mengajar rakan sebaya. iv Ambil kira mood semasa pelajar untuk memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang akan dilaksanakan. k B Bersemangat Teachers show enthusiasm through movement, gesture and voice inflections Rosenshine and Furst, 1971. i Betul-betul bersemangat bukan dibuat-buat. ii Bertujuan untuk pelajar seronok dan turut bersemangat untuk belajar. iii Memberi galakan atau motivasi kepada pelajar untuk berjaya. iv Tunjukkan guru berminat dengan pencapaian pelajar. l K Kesedaran terhadap Perkembangan Individu i Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi perkembangan individu seperti: x Pengaruh genetik; x Perbezaan fizikal; x Perbezaan kognitif; x Perbezaan emosi; x Pengaruh keluarga; x Pengaruh rakan sebaya; x Kebudayaan dan kepercayaan; x Sumber dan teknologi; dan x Guru dan sekolah. ii Guru perlu mempunyai kesedaran terhadap kualiti pelajar. Sebahagian besar pelajar amat memerlukan bimbingan yang lebih daripada guru berbanding dengan yang lain. iii Perancangan aktiviti perlu mengambil kira keupayaan pelajar. iv Cuba mempengaruhi pelajar secara positif dengan menggalakkan setiap individu ke arah mencapai kejayaan. m S Strategi Melayan Pelajar Berdasarkan Perbezaan Individu „Effective teachers have been found to tailor teaching to studentsÊ needs by using techniques which suit the learner‰ Demmon-Berger, 1986 „These techniques include using different instructional modes, providing extra works for the more able pupils and doing remediation out of class time thus allowing students to work at their own rate‰ Tobin and Fraser, 1984 i Pastikan keperluan asas pelajar telah dipenuhi. ii Setiap pelajar berbeza dari segi intelek, jasmani, rohani, emosi, pengalaman, minat dan bakat. iii Kadar kebolehan menerima pendidikan berbeza antara individu. iv Pelbagai strategi dan pendidikan digunakan dalam melaksanakan proses pemulihan dan pengayaan. v Pengajaran secara individu, kumpulan kecil, berpasangan atau kelas. n P Pengurusan Berkesan i Guru mengamalkan pengurusan diri yang baik. ii Pelajar sentiasa diingatkan semasa pengajaran pembelajaran berkenaan tugasan mereka. iii Pastikan semua pelajar dilibatkan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk mengelakkan masalah disiplin. iv Menggunakan pemantauan secara berkesan ke atas pencapaian pelajar. v Menyediakan maklum balas. vi Menggunakan teknik pengurusan tingkah laku yang berkesan: x Memuji tingkah laku baik yang dipamerkan. x Pelajar bertanggungjawab ke atas tingkah laku sendiri. x Tindakan guru sentiasa konsisten dan demokratik. x Uruskan tingkah laku bukan pelajar. Apa yang dibincangkan di atas dirumuskan di dalam Jadual 2.1 berikut. Jadual 2.1: Rumusan Berkaitan Ciri-ciri Guru yang Baik Kategori E Elemen Atribut Personal x Mahir dengan apa yang diajar x Sikap positif terhadap pelajar x Adil bila berurusan dengan pelajar x Menghormati pelajar x Bersemangat Persekitaran Pengajaran dan Pembelajaran x Galakan positif atas kerja-kerja pelajar x Strukturkan rancangan pengajaran x Pelbagaikan strategi pengajaran x Pengurusan berkesan Jangkaan Guru x Jangkaan tinggi terhadap pelajar x Berhati-hati dengan objektif pengajaran x Objektif jangka panjang Mengambil Kira Perbezaan Individu x Mengambil kira perkembangan individu x Melayan keperluan individu

2.2.1 Guru Seorang yang Penyayang