vi Menggunakan teknik pengurusan tingkah laku yang berkesan: x Memuji tingkah laku baik yang dipamerkan.
x Pelajar bertanggungjawab ke atas tingkah laku sendiri. x Tindakan guru sentiasa konsisten dan demokratik.
x Uruskan tingkah laku bukan pelajar. Apa yang dibincangkan di atas dirumuskan di dalam Jadual 2.1 berikut.
Jadual 2.1: Rumusan Berkaitan Ciri-ciri Guru yang Baik Kategori
E Elemen
Atribut Personal x Mahir dengan apa yang diajar
x Sikap positif terhadap pelajar x Adil bila berurusan dengan pelajar
x Menghormati pelajar x Bersemangat
Persekitaran Pengajaran dan Pembelajaran
x Galakan positif atas kerja-kerja pelajar x Strukturkan rancangan pengajaran
x Pelbagaikan strategi pengajaran x Pengurusan berkesan
Jangkaan Guru x Jangkaan tinggi terhadap pelajar
x Berhati-hati dengan objektif pengajaran x Objektif jangka panjang
Mengambil Kira Perbezaan Individu
x Mengambil kira perkembangan individu x Melayan keperluan individu
2.2.1 Guru Seorang yang Penyayang
Menurut Ibn Khaldun, kanak-kanak harus dididik dengan penuh kasih sayang, lemah lembut dan bertimbang rasa. Mereka tidak harus dilayan dengan cara
kekerasan. Kekerasan akan membentuk kanak-kanak mereka menjadi pemalas, pembohong, tidak berperikemanusiaan dan berlagak. Kesannya mereka akan
mula menyembunyikan perkara sebenar sebagai langkah menyelamatkan diri dan amalan mencipta tipu helah akan menjadi kebiasaan.
Hubungan baik antara guru dan murid adalah perkara yang sangat penting diberikan keutamaan. Hubungan yang wujud perlu berasaskan rasa hormat
menghormati, sayang menyayangi dan mengambil berat antara satu dan lain. Guru perlu menunjukkan kasih sayang dan hormat terhadap pelajar untuk
memastikan mereka berupaya: a Membina perhubungan yang sihat berasaskan kepercayaan bersama serta
menghormati orang dewasa, rakan sebaya, seterusnya boleh mematuhi peraturan dalam kumpulan;
b Memahami dan menghormati perbezaan budaya bangsa; dan c Mengetahui peranan dan tanggungjawab sosial dalam pergaulan.
2.2.2 Guru Seorang yang Penyabar
Bidang perguruan adalah bidang tugas yang amat mencabar. Semasa menjalankan tugas kita bukan sahaja akan berhadapan dengan pelajar malahan
juga banyak pihak lain yang turut terlibat. Penglibatan banyak pihak dalam pengurusan melaksanakan tugas hakiki seorang guru sangat menuntut nilai
kesabaran. Arahan: Tambahkan ruangkan debit dan kredit ke dalam Akaun Bank
Emosi Guru Penyayang. Bil
Debit Kredit
1. Membelai Menengking
2. Memujuk Membeliakkan mata
3. Mesra Menjerit
4. 5.
6. 7.
8. 9.
AKTIVITI 2.4
Kerjaya perguruan ini melibatkan interaksi dengan: a Pelajar;
b Ibu bapa atau penjaga; c Rakan sejawat;
d Pentadbir sekolah; e Pentadbir di peringkat daerah dan negeri;
f Pentadbir di peringkat pusat; dan
g Kementerian Pelajaran Malaysia. Di dalam bilik darjah kita berhadapan dengan pelbagai kerenah pelajar. Pelajar
kita ini datangnya dari pelbagai latar belakang, berbeza dari segi fizikal, emosi, pengalaman dan sebagainya. Keperluan mereka juga berbeza.
Semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung, sebagai guru kita perlu menggunakan pelbagai strategi dan kaedah pengajaran untuk memenuhi
keperluan mereka yang berbeza itu. Pelbagai aktiviti hendaklah dirancang terlebih dahulu supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat menarik
minat pelajar dan proses tersebut menjadi lebih berkesan. Seandainya strategi ataupun kaedah pertama gagal menarik perhatian pelajar,
kita tidak harus cepat berputus asa. Guru boleh mengaplikasi pelbagai lagi strategi pengajaran yang lain.
Melayani perbezaan individu pelajar: a Menyelaraskan kurikulum sesuai dengan keperluan dan minat;
b Menyediakan alat bantu mengajar yang dapat membantu pembelajaran; dan
c Menyediakan persekitaran yang dapat membantu perkembangan potensi. Kesabaran kita adakalanya diuji dengan masalah disiplin atau masalah tingkah
laku pelajar di dalam bilik darjah yang mungkin timbul secara tidak diduga. rujuk Rajah 2.5.
Rajah 2.5: Masalah-masalah tingkah laku pelajar
2.2.3 Guru Seorang yang Komited