Dihormati Masyarakat Tugas Guru sebagai Ibadat

2.1.2 Dihormati Masyarakat

Rajah 2.2: Mengapa kita harus menghormati cikgu Cuba anda lihat Rajah 2.2 di atas. Anda telah melihat beberapa sebab yang diberi oleh pelajar mengapa mereka menghormati guru mereka. Golongan guru harus dihormati bukan sahaja oleh pelajar malah seluruh masyarakat. Merekalah pembentuk bakal pemimpin-pemimpin negara kita. Bincangkan bagaimanakah kemahiran berikut membantu guru menjadi seorang profesional. a Kemahiran merancang dan mengurus; b Kemahiran menilai dan menyoal; c Kemahiran membuat kajian; d Kemahiran berkomunikasi; e Kemahiran mengendalikan aktiviti luar bilik darjah; f Kemahiran menjalin hubungan sesama manusia; dan g Kemahiran menyelesaikan masalah. AKTIVITI 2.1 Para guru akan lebih dihormati oleh masyarakat sekiranya melakukan perkara- perkara yang disebutkan di bawah: a Melibatkan diri dengan aktiviti setempat aktiviti masjidkeagamaan, gotong-royong, ziarah yang sakit atau kematian, perkahwinan dan lain- lain. b Menjalinkan hubungan rapat dengan pelajar Mengenali ibu bapa mereka dan menghubungi keluarga untuk berkenalan secara lebih rapat. c Sensitif dengan budaya setempat dan adat resam. d Mengalakkan ibu bapa pelajar menghubungi guru untuk mendapatkan maklumat berkenaan anak mereka. e Ikhlas sama ada bila memuji ataupun menegur tingkah laku pelajar. f Empati dengan latar belakang pelajar. g Mempunyai kemahiran interpersonal yang tinggi.

2.1.3 Tugas Guru sebagai Ibadat

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. ‰Sesungguhnya Allah S.W.T. dan para malaikat- Nya begitu juga penghuni langit dan bumi, sehingga semut yang berada di lubangnya dan ikan di lautan, semuanya memohon rahmat bagi orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang ramaiÊ. Apakah perasaan anda apabila membaca ayat di atas? Kita harus ingat akan mulianya kerja sebagai seorang guru. Tugas utama guru adalah menyampaikan ilmu. Guru bertanggungjawab mengubah seseorang individu daripada tidak tahu kepada tahu dari segi ilmu, kemahiran dan sikap. Bukankah ini suatu ibadat? Latihan sumbang saran: Bincangkan langkah-langkah yang boleh menaikkan martabat guru di mata masyarakat. AKTIVITI 2.2 Guru mendidik kita dengan sabar, tanpa menghiraukan rupa, bangsa dan agama. Di mana pun mereka berada, tugas mendidik ini tidak pernah ditinggalkan. Matlamat utamanya menjadikan kita manusia yang berilmu, boleh berdikari dan mempunyai masa depan yang cemerlang. Di samping menyampaikan ilmu, guru juga membentuk sikap dan sahsiah pelajar. Kita diminta mempamerkan tingkah laku yang diterima oleh masyarakat dan positif, bukan tingkah laku yang anti sosial. Pelbagai teknik pengurusan tingkah laku digunakan untuk memastikan tingkah laku yang diingini diikuti oleh pelajar. Kita diajar memberi salam apabila berjumpa, mengucapkan terima kasih apabila menerima sesuatu, mengetuk pintu sebelum masuk dan meminta izin apabila ingin keluar dari kelas. Semua tindakan guru ini adalah untuk menjadikan kita insan yang baik. Bukankah ini satu ibadat?

2.1.4 Masa Depan