BAB III KONSEP DAN KERANGKA TEORI KAJIAN AYAT PERINTAH

(1)

BAB III

KONSEP DAN KERANGKA TEORI KAJIAN AYAT PERINTAH BAHASA MELAYU

Perbincangan tentang ayat perintah bahasa Melayu telah ditulis dalam buku-buku ilmiah dan tesis. Dalam jurnal-jurnal dan majalah-majalah setakat ini ditemui hanya dibincangkan secara ringkas sahaja. Oleh itu jumlahnya agak kurang jika dibandingkan dengan kajian ayat-ayat bahasa Melayu yang lain seperti ayat penyata. Terdapat beberapa orang ahli akademik dan pengkaji bahasa yang telah mengupas ayat perintah secara khusus atau sampingan. Antara mereka ialah pendeta Za’ba, Asmah Hj. Omar , Arbak Othman, Abdullah Hassan dan Raminah Hj Sabran . Konsep yang dikemukakan terhadap ayat perintah adalah hampir sama oleh para pengkaji bahasa. Bagaimanapun hanya segelintir pengkaji yang membahagikan ayat perintah kepada jenis-jenisnya iaitu Asmah Haji Omar, Arbak Othman, Abdullah Hassan, pendeta Za’ba dan Raminah Hj Sabran . Penjenisan yang diberi terhadap ayat perintah terdapat sedikit kelainan antara satu sama lain. Ayat jenis ini dapat dibahagikan kepada jenis-jenis menurut sistem-sistem yang berlaku dalam strukturnya dan intonasi mengujarkannya.


(2)

Jenis- jenis Ayat Perintah

Ayat perintah dapat dibahagikan kepada beberapa jenis. Kebanyakan pengkaji bahasa mengkategorikan ayat perintah kepada empat jenis . Ayat perintah terdiri daripada ayat suruhan, ayat permintaan atau permohonan, ayat silaan, ayat harapan dan ajakan. (Asmah Hj. Omar )

Ayat perintah menggunapakai sesuatu yang diucapkan dengan intonasi perintah suruhan. (Arbak Othman 1984 : 262 ). Ayat perintah boleh terdiri daripada satu perkataan tetapi dengan syarat pendengar dapat memahami walaupun subjek atau predikatnya tidak disebut dengan jelas. ( Raminah Hj . Sabran : 1984 ; 193 )

Ayat perintah memerlukan gerak balas yang berupa tindakan. Perintah ditujukan kepada orang orang kedua . Bagaimanapun ada juga yang melibatkan orang pertama dan ketiga. Perintah dibahagikan kepada subsistem iaitu perintah eksklusif dan perintah inklusif. Perintah eksklusif hanya ditujukan kepada orang kedua . Perintah eksklusif diperincikan kepada eksklusif positif ( kasar dan halus ) dan negatif. Jenis ayat perintah yang digolongkan dalam perintah eksklusif positif kasar adalah ayat suruhan atau arahan manakala ayat permintaan dan ayat silaan diletakkan di bawah perintah eksklusif halus. Ayat perintah inklusif dibahagikan kepada jenis ayat harapan dan ajakan.


(3)

Secara umumnya ,berdasarkan pendapat dan pandangan beberapa orang pengkaji dan ahli bahasa Melayu, ayat perintah dapat dibahagikan kepada :

1. AYAT SURUHAN

Asmah Hj. Omar ( 1986 : 405 ) melihat ayat suruhan terdiri dari struktur ( subjek ) – Predikat – ( Objek ) – ( Ajung ). Penulisan struktur ini menunjukkan bahawa yang wajib ialah predikat dan unsur lain tidak wajib. Subjek diisi oleh ganti nama kedua. Contoh ayat :

1. a. Keluar dari sini.

b. Kamu keluar dari sini. (S – KGN 2 ) 2. a. Tutup pintu itu.

b. Kamu tutup pintu itu. ( S – KGN 2 )

Jika fokus dalam ayat-ayat itu jatuh pada predikat, dan partikel penegas –lah boleh diletakkan sesudah fokus itu. Contoh ayat :


(4)

3 a. Keluarlah dari sini. b. Kamu keluarlah dari sini

Jika fokus jatuh pada subjek, maka ayat hanya boleh terdapat dalam struktur Subjek – Predikat Nama. Pengwujudan ayat adalah dengan cara memindahkan Predikat kepada bentuk klausa relatif dengan penyelaan yang. Contoh – contoh ayat ;

4. a. Kamulah yang keluar dari sini, bukan saya. b. Kamulah yang menutup pintu itu, bukan dia.

Ayat suruhan juga dikenali dengan nama ayat perintah betul. Ayat ini biasanya dibuat dengan tujuan untuk melafazkan suruhan atau paksaan atau yang bertentangan dengan tegahan. Dalam situasi yang formal , ayat jenis ini boleh digunakan dengan subjeknya dikekalkan, manakala dalam situasi bersahaja subjeknya digugurkan. Ayat suruhan lazimnya menggunakan perkataan jangan untuk tegahan dan kata partikel –lah pada predikatnya untuk maksud suruhan. ( Arbak Othman ; 1985 : 263). Contoh-contoh ayat :

1. Makanlah nasi itu! 2. Berjalanlah !


(5)

Ayat suruhan merupakan ayat perintah yang sebenarnya, iaitu ayat yang di dalamnya terkandung suruhan atau perintah yang harus dilaksanakan oleh orang yang menerima pertuturan. Biasanya ayat suruhan tidak dimulakan dengan subjek sebaliknya kata kerja diletakkan di awal ayat. (Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam 1984 : 193 ). Contoh - contoh ayat :

9. Tutup pintu itu ! 10.Duduk diam !

11.Siapkan segera kerja ini !

Sebahagian ayat perintah (Abdullah : Ayat Arahan ) tidak mengandungi subjek tetapi dianggap betul. Subjek boleh tidak perlu disebut kerana sudah jelas diketahui. (Abdullah Hassan ( 1994 : 302 ) Contoh :

15 a Hentak kaki ! b. Hentak kaki kamu !

16 a. Silalah masuk ke dalam. b. Silalah tuan masuk ke dalam.


(6)

17 a. Tempat bertanya. b. Tempat orang bertanya.

2. AYAT PERMINTAAN

Ayat permintaan atau permohonan merupakan perintah halus yang ditujukan kepada orang kedua dan dapat dibahagikan kepada permintaan langsung dan permintaan tidak langsung. (Asmah Hj. Omar 1986 : 408 ) Permintaan atau permohonan langsung dilahirkan oleh dua struktur iaitu :

(a) Perm – predikat – (objek ) – ( Ajung )

(b) Ayat kompleks tak setara dengan objek klausa.

Dalam struktur (a), Perm diwakili oleh kata permintaan tolong . Dalam ayat permintaan jenis ini, perkataan tolong boleh digabungkan dengan partikel penegas lah . Kata kerja dalam struktur ini tidak boleh mengambil awalan me-. Jika diambil juga , ayat tersebut tidak wujud sebagai ayat permintaan. Contoh-contoh ayat :


(7)

i. Tolong buka pintu itu. (AP)

ii. Tolong perlahankan radio itu. (AP ) iii. Tolonglah buka pintu itu. (AP)

iv. Tolonglah perlahankan radio itu. (AP) v. *Tolong membuka pintu itu. ( BAP)

vi. *Tolong memperlahankan radio itu. (BAP )

Permintaan / permohonan langsung yang diwujudkan oleh ayat kompleks setara adalah halus dan formal. Struktur ayat terdiri daripada struktur Subjek (KGND 1)– Predikat – Objek ( klausa subordinat ). Syarat mesti ada pada klausa subordinat adalah subjeknya diisi oleh KGND orang kedua. Contoh-contoh ayat :

i. Saya minta tuan serahkan gambar-gambar itu. ii. Saya mohon tuan menandatangani borang ini.

Permintaan / Permohonan Tak Langsung adalah bersifat tidak ketara sama ada dari segi struktur ayatnya mahupun dari segi perbendaharaan kata. Jenis ayat yang mendukung permintaan / permohonan tak langsung ini adalah ayat tanya. Fokus utama adalah kata kerja modalitas boleh . subjek ayat adalah diri kedua. Permintaan / permohonan ini paling halus. Contoh-contoh ayat :


(8)

i. Bolehkah tuan semak ini ? ii. Bolehkah puan tunggu sebentar ?

Ayat permintaan biasanya menggunakan perkataan-perkataan seperti pohon, minta dan tolong sebagai bahagian dari predikat (Raminah Hj Sabran 1986 : 193). Contoh-contoh ayat :

i. Saya minta tuan-tuan jangan balik lagi hari ini. ii. Saya minta kamu semua tunggu di luar.

iii. Tolonglah saya, saya tidak berdaya lagi ! iv. Dia berdoa agar anaknya cepat sembuh.

3. AYAT SILAAN

Ayat silaan bertujuan mempersilakan atau menjemput seseorang . Ayat ini dikenali juga sebagai ayat ajakan iaitu ayat yang membawa maksud mempelawa atau mengajak seseorang supaya membuat sesuatu.(Arbak Othman ). Ayat ini memakai perkataan-perkataan seperti sila, jemput, baik mari dan sebagainya. Ayat ajakan boleh


(9)

i. Sila duduk ! ii. Mari masuk ! iii. Marilah ikut saya !

iv. Baiklah kita jangan bercakap !

Ayat silaan atau pelawaan didukung oleh struktur Sil – Predikat – (objek ) – ( Ajung ). Gatra (Sil ) diisi oleh kata silaan iaitu sila, silakan, jemput. Silaan ini ditujukan kepada orang kedua. Fokus ayat silaan adalah pada kata silaan itu sendiri . Kata silaan dapat dikuatkan lagi dengan penggunaan partikel lah. (Asmah Hj. Omar 1986 : 410 ).

Ayat silaan sebagai ayat perintah inklusif yang dibahagikan kepada dua iaitu ayat harapan dan ayat ajakan. Harapan seperti yang dinyatakan dalam ayat mengandungi kata harapan. Struktur ayat Har – (Subjek) – Predikat – ( Objek )- ( Ajung ) dengan syarat gatra harapan ( Har ) diisi oleh satu kata harapan moga-moga, semoga, mudah-mudahan dan subjek disi oleh diri pertama, kedua dan ketiga. Partikel penegas –lah tidak digunakan. Contoh-Contoh ayat :

i. Moga-moga saya lulus. ii. Semoga mereka selamat.


(10)

4. AYAT LARANGAN

Ayat Larangan ialah ayat yang menggunakan kata larangan seperti jangan, usah, atau tak usah sebelum kata kerja dengan tujuan menegah seseorang melakukan sesuatu. (Nik Safiah Karim et. al 1995 : 430 ). Ayat yang mendukung modus larangan ini terdiri daripada struktur Lar – (subjek) – Predikat – (Objek) – (Ajung ). Gatra larangan diisi oleh jangan, usah, tidak usah, atau tak usah. Kata partikel lah dapat digunakan dalam predikat ayat. (Asmah Hj. Omar 1986 : 410 )

Arbak Othman ( 1984 : 263 ) dan Raminah Hj. Sabran ( 1986 : 194 ) menamakan ayat larangan ini sebagai ayat tegahan. Apabila ayat larangan menggunakan bentuk akhiran –lah pada predikatnya, maka akan membawa maksud suruhan. Ayat tegahan adalah sejenis ayat perintah yang di dalamnya terkandung maksud melarang atau menegah seseorang dari melakukan sesuatu. Ayat ini memakai kata-kata tegahan seperti jangan dan usah. Contoh - contoh ayat :

i. Jangan tidur ! ii. Janganlah tidur


(11)

iii. Jangan memandai-memandai ! iv. Janganlah memandai-mandai !

Kesimpulan

Huraian dan penjelasan yang dikemukakan kepada kita bahawa ayat perintah dalam bahasa Melayu dapat digolongkan mengikut jenis-jenis tertentu. Kriteria penggolongan berdasarkan fungsi dan tujuan ayat yang dilafazkan atau ditulis. Penjenisan ayat perintah berasaskan jenisnya boleh digunakan sebagai bahan kajian seterusnya. Perincian dan penelitian tidak hanya tertumpu terhadap penjenisan ayat sahaja, malahan turut mencakupi aspek yang lebih luas seperti penganalisisan makna dari sudut nahuan mahupun berasaskan faktor bukan linguistik seperti konteks, situasi dan sebagainya. Perkara ini perlu ditegaskan kerana pelbagai andian dan huraian dapat dikupas berdasrkan ayat-ayat tersebut dari sudut semantik dan pragmatik. Sesuatu ayat tidak mungkin dapat menerangkan maksud sebenar yang didukungnya melainkan usaha mendalami ayat tersebut berdasarkan pelbagai sudut dengtan terperinci . Dapatan yang diperoleh membolehkan kita memahami realiti makna sesuatu ayat di samping


(1)

17 a. Tempat bertanya. b. Tempat orang bertanya.

2. AYAT PERMINTAAN

Ayat permintaan atau permohonan merupakan perintah halus yang ditujukan kepada orang kedua dan dapat dibahagikan kepada permintaan langsung dan permintaan tidak langsung. (Asmah Hj. Omar 1986 : 408 ) Permintaan atau permohonan langsung dilahirkan oleh dua struktur iaitu :

(a) Perm – predikat – (objek ) – ( Ajung )

(b) Ayat kompleks tak setara dengan objek klausa.

Dalam struktur (a), Perm diwakili oleh kata permintaan tolong . Dalam ayat permintaan jenis ini, perkataan tolong boleh digabungkan dengan partikel penegas lah . Kata kerja dalam struktur ini tidak boleh mengambil awalan me-. Jika diambil juga , ayat tersebut tidak wujud sebagai ayat permintaan. Contoh-contoh ayat :


(2)

i. Tolong buka pintu itu. (AP)

ii. Tolong perlahankan radio itu. (AP ) iii. Tolonglah buka pintu itu. (AP)

iv. Tolonglah perlahankan radio itu. (AP) v. *Tolong membuka pintu itu. ( BAP)

vi. *Tolong memperlahankan radio itu. (BAP )

Permintaan / permohonan langsung yang diwujudkan oleh ayat kompleks setara adalah halus dan formal. Struktur ayat terdiri daripada struktur Subjek (KGND 1)– Predikat – Objek ( klausa subordinat ). Syarat mesti ada pada klausa subordinat adalah subjeknya diisi oleh KGND orang kedua. Contoh-contoh ayat :

i. Saya minta tuan serahkan gambar-gambar itu. ii. Saya mohon tuan menandatangani borang ini.

Permintaan / Permohonan Tak Langsung adalah bersifat tidak ketara sama ada dari segi struktur ayatnya mahupun dari segi perbendaharaan kata. Jenis ayat yang mendukung permintaan / permohonan tak langsung ini adalah ayat tanya. Fokus utama adalah kata kerja modalitas boleh . subjek ayat adalah diri kedua. Permintaan / permohonan ini paling halus. Contoh-contoh ayat :


(3)

i. Bolehkah tuan semak ini ? ii. Bolehkah puan tunggu sebentar ?

Ayat permintaan biasanya menggunakan perkataan-perkataan seperti pohon, minta dan tolong sebagai bahagian dari predikat (Raminah Hj Sabran 1986 : 193). Contoh-contoh ayat :

i. Saya minta tuan-tuan jangan balik lagi hari ini. ii. Saya minta kamu semua tunggu di luar.

iii. Tolonglah saya, saya tidak berdaya lagi ! iv. Dia berdoa agar anaknya cepat sembuh.

3. AYAT SILAAN

Ayat silaan bertujuan mempersilakan atau menjemput seseorang . Ayat ini dikenali juga sebagai ayat ajakan iaitu ayat yang membawa maksud mempelawa atau mengajak seseorang supaya membuat sesuatu.(Arbak Othman ). Ayat ini memakai perkataan-perkataan seperti sila, jemput, baik mari dan sebagainya. Ayat ajakan boleh


(4)

i. Sila duduk ! ii. Mari masuk ! iii. Marilah ikut saya !

iv. Baiklah kita jangan bercakap !

Ayat silaan atau pelawaan didukung oleh struktur Sil – Predikat – (objek ) – ( Ajung ). Gatra (Sil ) diisi oleh kata silaan iaitu sila, silakan, jemput. Silaan ini ditujukan kepada orang kedua. Fokus ayat silaan adalah pada kata silaan itu sendiri . Kata silaan dapat dikuatkan lagi dengan penggunaan partikel lah. (Asmah Hj. Omar 1986 : 410 ).

Ayat silaan sebagai ayat perintah inklusif yang dibahagikan kepada dua iaitu ayat harapan dan ayat ajakan. Harapan seperti yang dinyatakan dalam ayat mengandungi kata harapan. Struktur ayat Har – (Subjek) – Predikat – ( Objek )- ( Ajung ) dengan syarat gatra harapan ( Har ) diisi oleh satu kata harapan moga-moga, semoga, mudah-mudahan dan subjek disi oleh diri pertama, kedua dan ketiga. Partikel penegas –lah tidak digunakan. Contoh-Contoh ayat :

i. Moga-moga saya lulus. ii. Semoga mereka selamat.


(5)

4. AYAT LARANGAN

Ayat Larangan ialah ayat yang menggunakan kata larangan seperti jangan, usah, atau tak usah sebelum kata kerja dengan tujuan menegah seseorang melakukan sesuatu. (Nik Safiah Karim et. al 1995 : 430 ). Ayat yang mendukung modus larangan ini terdiri daripada struktur Lar – (subjek) – Predikat – (Objek) – (Ajung ). Gatra larangan diisi oleh jangan, usah, tidak usah, atau tak usah. Kata partikel lah dapat digunakan dalam predikat ayat. (Asmah Hj. Omar 1986 : 410 )

Arbak Othman ( 1984 : 263 ) dan Raminah Hj. Sabran ( 1986 : 194 ) menamakan ayat larangan ini sebagai ayat tegahan. Apabila ayat larangan menggunakan bentuk akhiran –lah pada predikatnya, maka akan membawa maksud suruhan. Ayat tegahan adalah sejenis ayat perintah yang di dalamnya terkandung maksud melarang atau menegah seseorang dari melakukan sesuatu. Ayat ini memakai kata-kata tegahan seperti jangan dan usah. Contoh - contoh ayat :

i. Jangan tidur ! ii. Janganlah tidur


(6)

iii. Jangan memandai-memandai ! iv. Janganlah memandai-mandai !

Kesimpulan

Huraian dan penjelasan yang dikemukakan kepada kita bahawa ayat perintah dalam bahasa Melayu dapat digolongkan mengikut jenis-jenis tertentu. Kriteria penggolongan berdasarkan fungsi dan tujuan ayat yang dilafazkan atau ditulis. Penjenisan ayat perintah berasaskan jenisnya boleh digunakan sebagai bahan kajian seterusnya. Perincian dan penelitian tidak hanya tertumpu terhadap penjenisan ayat sahaja, malahan turut mencakupi aspek yang lebih luas seperti penganalisisan makna dari sudut nahuan mahupun berasaskan faktor bukan linguistik seperti konteks, situasi dan sebagainya. Perkara ini perlu ditegaskan kerana pelbagai andian dan huraian dapat dikupas berdasrkan ayat-ayat tersebut dari sudut semantik dan pragmatik. Sesuatu ayat tidak mungkin dapat menerangkan maksud sebenar yang didukungnya melainkan usaha mendalami ayat tersebut berdasarkan pelbagai sudut dengtan terperinci . Dapatan yang diperoleh membolehkan kita memahami realiti makna sesuatu ayat di samping menyediakan ruang yang lebih luas dalam mengkaji dan mendalami jenis-jenis ayat Bahasa Melayu.