AYAT SURUHAN BAB III KONSEP DAN KERANGKA TEORI KAJIAN AYAT PERINTAH

Secara umumnya ,berdasarkan pendapat dan pandangan beberapa orang pengkaji dan ahli bahasa Melayu, ayat perintah dapat dibahagikan kepada :

1. AYAT SURUHAN

Asmah Hj. Omar 1986 : 405 melihat ayat suruhan terdiri dari struktur subjek – Predikat – Objek – Ajung . Penulisan struktur ini menunjukkan bahawa yang wajib ialah predikat dan unsur lain tidak wajib. Subjek diisi oleh ganti nama kedua. Contoh ayat : 1. a. Keluar dari sini. b. Kamu keluar dari sini. S – KGN 2 2. a. Tutup pintu itu. b. Kamu tutup pintu itu. S – KGN 2 Jika fokus dalam ayat-ayat itu jatuh pada predikat, dan partikel penegas –lah boleh diletakkan sesudah fokus itu. Contoh ayat : 39 3 a. Keluarlah dari sini. b. Kamu keluarlah dari sini Jika fokus jatuh pada subjek, maka ayat hanya boleh terdapat dalam struktur Subjek – Predikat Nama. Pengwujudan ayat adalah dengan cara memindahkan Predikat kepada bentuk klausa relatif dengan penyelaan yang. Contoh – contoh ayat ; 4. a. Kamulah yang keluar dari sini, bukan saya. b. Kamulah yang menutup pintu itu, bukan dia. Ayat suruhan juga dikenali dengan nama ayat perintah betul. Ayat ini biasanya dibuat dengan tujuan untuk melafazkan suruhan atau paksaan atau yang bertentangan dengan tegahan. Dalam situasi yang formal , ayat jenis ini boleh digunakan dengan subjeknya dikekalkan, manakala dalam situasi bersahaja subjeknya digugurkan. Ayat suruhan lazimnya menggunakan perkataan jangan untuk tegahan dan kata partikel –lah pada predikatnya untuk maksud suruhan. Arbak Othman ; 1985 : 263. Contoh-contoh ayat : 1. Makanlah nasi itu 2. Berjalanlah 3. Jangan termenung saja 40 Ayat suruhan merupakan ayat perintah yang sebenarnya, iaitu ayat yang di dalamnya terkandung suruhan atau perintah yang harus dilaksanakan oleh orang yang menerima pertuturan. Biasanya ayat suruhan tidak dimulakan dengan subjek sebaliknya kata kerja diletakkan di awal ayat. Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam 1984 : 193 . Contoh - contoh ayat : 9. Tutup pintu itu 10. Duduk diam 11. Siapkan segera kerja ini Sebahagian ayat perintah Abdullah : Ayat Arahan tidak mengandungi subjek tetapi dianggap betul. Subjek boleh tidak perlu disebut kerana sudah jelas diketahui. Abdullah Hassan 1994 : 302 Contoh : 15 a Hentak kaki b. Hentak kaki kamu 16 a. Silalah masuk ke dalam. b. Silalah tuan masuk ke dalam. 41 17 a. Tempat bertanya. b. Tempat orang bertanya.

2. AYAT PERMINTAAN