AYAT PERMINTAAN BAB III KONSEP DAN KERANGKA TEORI KAJIAN AYAT PERINTAH

17 a. Tempat bertanya. b. Tempat orang bertanya.

2. AYAT PERMINTAAN

Ayat permintaan atau permohonan merupakan perintah halus yang ditujukan kepada orang kedua dan dapat dibahagikan kepada permintaan langsung dan permintaan tidak langsung. Asmah Hj. Omar 1986 : 408 Permintaan atau permohonan langsung dilahirkan oleh dua struktur iaitu : a Perm – predikat – objek – Ajung b Ayat kompleks tak setara dengan objek klausa. Dalam struktur a, Perm diwakili oleh kata permintaan tolong . Dalam ayat permintaan jenis ini, perkataan tolong boleh digabungkan dengan partikel penegas lah . Kata kerja dalam struktur ini tidak boleh mengambil awalan me-. Jika diambil juga , ayat tersebut tidak wujud sebagai ayat permintaan. Contoh- contoh ayat : 42 i. Tolong buka pintu itu. AP ii. Tolong perlahankan radio itu. AP iii. Tolonglah buka pintu itu. AP iv. Tolonglah perlahankan radio itu. AP v. Tolong membuka pintu itu. BAP vi. Tolong memperlahankan radio itu. BAP Permintaan permohonan langsung yang diwujudkan oleh ayat kompleks setara adalah halus dan formal. Struktur ayat terdiri daripada struktur Subjek KGND 1– Predikat – Objek klausa subordinat . Syarat mesti ada pada klausa subordinat adalah subjeknya diisi oleh KGND orang kedua. Contoh-contoh ayat : i. Saya minta tuan serahkan gambar-gambar itu. ii. Saya mohon tuan menandatangani borang ini. Permintaan Permohonan Tak Langsung adalah bersifat tidak ketara sama ada dari segi struktur ayatnya mahupun dari segi perbendaharaan kata. Jenis ayat yang mendukung permintaan permohonan tak langsung ini adalah ayat tanya. Fokus utama adalah kata kerja modalitas boleh . subjek ayat adalah diri kedua. Permintaan permohonan ini paling halus. Contoh-contoh ayat : 43 i. Bolehkah tuan semak ini ? ii. Bolehkah puan tunggu sebentar ? Ayat permintaan biasanya menggunakan perkataan-perkataan seperti pohon, minta dan tolong sebagai bahagian dari predikat Raminah Hj Sabran 1986 : 193. Contoh-contoh ayat : i. Saya minta tuan-tuan jangan balik lagi hari ini. ii. Saya minta kamu semua tunggu di luar. iii. Tolonglah saya, saya tidak berdaya lagi iv. Dia berdoa agar anaknya cepat sembuh.

3. AYAT SILAAN