RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

  Mata Pelajaran : Matematik Tahun Dua Aman Tajuk : Pecahan Masa : 60 minit Standard Kandungan : 6.1 Standard Pembelajaran : 6.1 ( iii)

Objektif Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid

  dapat:

  a. Melorek gambarajah mengikut pecahan yang diberi.

  Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran:

  1. Murid membuat pemerhatian terhadap sebiji oren yang dipotong kepada 4 bahagian.Rangsang murid untuk memberi jawapan seperti, suku, setengah dan satu daripada empat bahagian.

  2 Murid membuat lipatan kertas yang mempunyai bahagian yang sama dan mewarnakan satu bahagian. Murid tunjuk lipatan kertas dan sebutkan pecahan tersebut.

  3. Murid dibahagikan kepada enam kumpulan dan diberi beberapa keping kertas berwarna dalam pelbagai bentuk. Guru menunjukkan kad pecahan dan setiap kumpulan membuat lipatan dan mewarnakan bahagian berdasarkan pecahan tersebut.

  4. Murid diberi sehelai lembaran kerja dan melorekkan gambarajah berdasarkan pecahan yang diberi.

  Pedagogi:

  Perbincangan, Demontrasi, Konstektual

  Elemen Merentas Kurikulum (EMK):

  Kreativiti (melipat kertas)

  Nilai dan Sikap: Bekerjasama, prihatin dan menghargai masa. Bahan Bantu Belajar:

  Bahan konkrit(oren, kek), pensel warna, kad pecahan, lembaran kerja

  Pentaksiran:

  Lembaran kerja

  28/36 murid mencapai objektif pembelajaran. Murid yang belum menguasai dibimbing melalui aktiviti pengukuhan. Murid yang sudah menguasai diberi aktiviti pengayaan.