HUBUNGAN RIYȂḌOH DAPAT MENINGKATKAN KUALITAS HAFALAN

J. HUBUNGAN RIYȂḌOH DAPAT MENINGKATKAN KUALITAS HAFALAN

  Setelah selesai membincangkan tentang “Konsep Riyȃḍoh” dan “Kaedah Hafalan” dalam bab yang lepas, penulis akan coba mengaitkan bagaimana riyȃḍoh dapat membantu meningkatkan kualitas hafalan. Sebagaimana yang telah dibincangkan dalam bab dua tentang konsep riyȃḍoh, ada menerangkan bahwa riyȃḍoh mempunyai banyak faedah. Suka penulis menyebut sekali lagi faedahnya secara ringkas. Antaranya adalah mampu menyehatkan tubuh badan orang yang melakukan aktivitas riyȃḍoh, mencerdaskan minda, memberikan daya tumpuan yang baik dan sebagainya. Secara keseluruhannya, riyȃḍoh mampu menjadikan metobolisma tubuh badan seseorang itu pada tahap yang memuaskan. Jika dilihat dari sudut hafalan pula, proses untuk menghafal memerlukan kepada satu daya tumpuan dan daya fokus yang cukup tinggi. Daripada perkaitan ini penulis mengungkapkan bahwa secara tidak langsung raidah mampu meningkatkan kualitas hafalan.

  Berdasarkan pendapat penulis, disebabkan itu menghafal di usia anak-anak lebih mudah terkesan berbanding dengan menghafal di usia yang lebih dewasa. Daya fokus di usia kanak-kanak lebih tinggi berbanding orang dewasa karena kanak-kanak umumnya tidak perlu memikirkan banyak perkara berbanding orang dewasa yang perlu memikirkan banyak perkara.

  Jika kita perhatikan dalam kebanyakan penulisan buku yang membicarakan tentang langkah-langkah manghafal Alquran, kebanyakan penulis Jika kita perhatikan dalam kebanyakan penulisan buku yang membicarakan tentang langkah-langkah manghafal Alquran, kebanyakan penulis

  Sebagaimana yang telah diketahui, waktu yang dikatakan sesuai untuk melakukan aktivitas riyȃḍoh yalah pada waktu awal pagi dan petang ketika lapang. Dalam sebuah majalah Arab “MUJTAMA”, ada menyatakan bahwa riyȃḍoh jika dibiasakan pada waktu petang dalam lingkungan waktu 5.45 hingga

  6.45 sore. Setelah seharian belajar dan menghafal, lebih baik kita meluangkan sedikit waktu pada waktu petang untuk memberi dan menunaikan hak kepada badan kita dengan beriyȃḍoh. Riyȃḍoh pada waktu sore, menjadikan seseorang itu mendapatkan tidur yang nyenyak pada waktu malam. Tidur yang tidak mendapat sebarang gangguan akan memberikan istirahat yang cukup kepada otak. Setelah terjaga daripada tidur pada waktu pagi, seseorang akan lebih bersemangat dan rasa lebih segar disebabkan otak telah mendapat istirahat yang secukupnya.

  Sekiranya seseorang itu hanya menghafal tanpa ada ruang untuk dirinya berhibur dan bermain, maka mindanya akan menjadi lemah untuk menerima sebarang maklumat. Minda dan pemikiran kita boleh diibaratkan seperti mesin, jika terus menggunakannya tanpa henti, lama kelamaan mesin itu akan rosak. Begitu juga dengan otak dan minda kita. Dirujuk kepada faedah riyȃḍoh dari segi Sekiranya seseorang itu hanya menghafal tanpa ada ruang untuk dirinya berhibur dan bermain, maka mindanya akan menjadi lemah untuk menerima sebarang maklumat. Minda dan pemikiran kita boleh diibaratkan seperti mesin, jika terus menggunakannya tanpa henti, lama kelamaan mesin itu akan rosak. Begitu juga dengan otak dan minda kita. Dirujuk kepada faedah riyȃḍoh dari segi

  Sewaktu melakukan aktivitas riyȃḍoh, 50 daripada darah kita memasuki otot dan jantung akan terus mengepam darah ke seluruh badan kita. Diafragma kita juga terus mengembang dan menguncup untuk menarik oksigen ke dalam paru-paru serta membuang gas karbon dioksida dan wap air daripadanya. Apabila oksigen telah dihantar ke bahagian jantung dan otak, proses ini akan membuatkan seseorang itu akan rasa lebih bertenaga dan kurang mengantuk apabila melakukan sesuatu aktivitas. Inilah antara faedah yang dapat penulis kesan apabila melakukan aktivitas riyȃḍoh pada waktu petang. Oleh sebab itu sebagai pendokong Kalamullah kita seharusnya pintar menjaga kesehatan sekaligus menjaga hafalan. Bab kata pepatah, “otak yang cerdas datang daripada tubuh badan yang sehat.” Anggota tubuh badan seseorang memainkan peranan yang penting untuk memperlihatkan kecemerlangan pemikiran seseorang.

  Sememangnya kita memerlukan kaedah yang khusus untuk mempelajari, membaca dan menghafal Alquran. Apa yang penting yalah cara atau kaedah untuk mengulang ayat-ayat Allah s.w.t yang telah dihafal. Tanpa mengulang secara bersistematis dan penjagaan yang rapi terhadap apa yang telah dihafal sudah tentu ia akan lebih susah diingat semula, mungkin ia akan lebih susah diingat daripada menghafal seperti kali pertama.