PERMOHONAN TUNTUTAN TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN LAIN-LAIN

M.S. 79 7.3.3. Anak dibayar sekiranya belum berkahwin pada tarikh kematian pegawai sehingga: i. berumur 21 tahun atau berkahwin mana yang lebih awal; dan ii. tamat ijazah pertama sekiranya masih belajar termasuklah anak yang berumur melebihi 21 tahun di bawah tanggungan pegawai semasa kematiannya. Anak yang hilang kelayakan untuk menerima bayaran kerana telah mencapai umur 21 tahun, layak disambung bayaran sekiranya melanjutkan pengajian di peringkat ijazah pertama dengan syarat pengajian tersebut bermula dalam tempoh setahun dari tarikh beliau menamatkan pengajian di peringkat sebelumnya. Penyambungan bayaran berkuat kuasa dari tarikh beliau menyambung pengajian. 7.3.4. Anak yang terencat akal atau cacat anggota dan tidak berupaya menanggung dirinya sendiri dibayar selagi tidak berupaya menyara kehidupannya. 7.3.5. Ibu dan bapa menerima bayaran seumur hidup. 7.4. Sekiranya pegawai meninggal dunia sebelum pembayaran dilaksanakan, bayaran akan dibuat kepada warisnya berdasarkan tafsiran pekeliling ini. 7.5. Jika mana-mana waris meninggal dunia sebelum pembayaran dilaksanakan, bayaran yang sepatut diterima olehnya akan dibahagi sama rata kepada waris lain yang masih hidup. 7.6. Panel Pegawai mempunyai kuasa untuk menentukan kelayakan penerima bayaran dan agihan bayaran sekiranya terdapat pertindihan tuntutan.

8. PERMOHONAN TUNTUTAN

8.1. Permohonan bayaran Skim Ex-Gratia Bencana Kerja hendaklah dibuat melalui borang permohonan seperti di Lampiran C1 . 8.2. Prosedur kerja bagi permohonan tuntutan Skim Ex-Gratia Bencana Kerja adalah seperti berikut: 8.2.1. permohonan bagi kes HUK seperti di Lampiran D1 ; dan 8.2.2. permohonan bagi kes kematian seperti di Lampiran E . M.S. 89

9. TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN

9.1. Ketua Jabatan hendaklah: 9.1.1. memastikan pegawai yang ditimpa bencana kerja atau warisnya dimaklumkan mengenai Skim ini dan mendapatkan maklumat dokumen berkaitan; 9.1.2. mendapatkan laporan sosial mengenai kebergantungan duda daripada JKM seperti di Lampiran F , jika berkaitan; 9.1.3. mengemukakan permohonan kepada JKN untuk menubuhkan Lembaga Perubatan Lembaga Perubatan Khas bagi mendapatkan taksiran HUK menggunakan format seperti di Lampiran D2 ; 9.1.4. mengemukakan permohonan Skim Ex-Gratia Bencana Kerja bagi pihak pegawai waris yang lengkap dengan segera ke Perbendaharaan; dan 9.1.5. memastikan kelulusan bayaran direkodkan dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan pegawai berkenaan.

10. LAIN-LAIN

10.1. Tertakluk kepada penerimaan pihak berkuasa masing-masing, peraturan di bawah pekeliling ini dipanjangkan kepada anggota Perkhidmatan Tentera, Polis dan Bomba dengan kos pembiayaan dan urusan mengenainya hendaklah ditanggung dan diuruskan oleh agensi masing-masing. 10.2. Pekeliling ini tidak terpakai bagi pegawai bukan warganegara. 10.3. Pegawai yang dilindungi Skim Bencana Pekerjaan PERKESO atau skim lain yang memberi perlindungan yang serupa atas caruman Kerajaan, tidak layak dipertimbangkan faedah di bawah Skim ini. 10.4. Pegawai lantikan tetap sebelum 1 Januari 2001 diberi pilihan sama ada memilih Skim Ex-Gratia Bencana Kerja melalui Pekeliling ini atau Skim Ex-Gratia di bawah 1Pekeliling Perbendaharaan 1PP WP 6.2. Pilihan ini boleh dibuat bagi kes HUK manakala dalam kes kematian, keluarga pegawai secara automatik akan mendapat faedah di bawah pekeliling ini. 10.5. Bencana yang berlaku sebelum 1 Januari 2001 adalah tertakluk kepada peraturan di bawah 1PP WP 6.2. M.S. 99 LAMPIRAN M.S. 11 Lampiran A1 FORMULA BAYARAN SKIM EX-GRATIA BENCANA KERJA BAGI BENCANA YANG BERLAKU MULAI 1 JANUARI 2001 HINGGA 30 JUN 2015

1. HILANG UPAYA KEKAL HUK Tahap HUK