M.S. 49
3.1.10. ‘Tugas rasmi’ bermaksud:
i. tugas jawatan;
ii. tugas-tugas berkaitan urusan pejabat; iii. semasa menjalani aktiviti kursus; dan
iv. menghadiri peperiksaan perkhidmatan awam yang
melibatkan urusan pengesahan perkhidmatan, kenaikan pangkat dan tugas hakiki pegawai.
3.1.11. ‘Waris’ bermaksud:
i. balu duda dan anak; atau
ii. ibu bapa, jika tiada balu duda dan anak.
4. LIPUTAN SKIM
4.1. Faedah yang diberi di bawah Skim ini hanya bagi bencana kerja
yang mengakibatkan kematian atau HUK sahaja.
4.2. Liputan Skim Ex-Gratia Bencana Kerja adalah berdasarkan tarikh
berlakunya bencana seperti berikut:
Tarikh Bencana Liputan Skim
1 Januari 2001 hingga
30 Jun 2015 Bencana kerja, termasuk:
i. semasa dalam perjalanan lazim dan
munasabah pergi balik dari tempat kediaman ke tempat bertugas;
ii. semasa dalam perjalanan ke mana- mana tempat untuk bertugas rasmi
berkursus; dan
iii. semasa waktu rehat rasmi atau waktu rehat yang dibenarkan.
M.S. 59
Tarikh Bencana Liputan Skim
Mulai 1 Julai 2015
Bencana kerja, termasuk: i.
semasa dalam perjalanan lazim dan munasabah pergi balik dari tempat
kediaman ke tempat bertugas;
ii. semasa dalam perjalanan ke mana- mana tempat untuk bertugas rasmi
berkursus; iii. semasa waktu rehat rasmi atau waktu
rehat yang dibenarkan; iv. perjalanan pergi balik dari tempat
kediaman ke pekan berdekatan untuk mendapatkan
perkhidmatan dan
keperluan asas harian, khusus bagi pegawai yang berkhidmat di lokasi yang
disenaraikan layak
untuk dibayar
Bayaran Insentif Pedalaman atau Elaun Khas Mengikut Lokasi dan Tahap
Kesusahan; dan
v. penyertaan dalam
aktiviti sukan
termasuk perjalanan di peringkat antarabangsa,
kebangsaan, kementerian dan di peringkat ibu
pejabat jabatan.
5. KUASA MENIMBANG DAN MELULUSKAN PERMOHONAN
5.1. Kuasa menimbang dan memutuskan permohonan Skim Ex-Gratia
Bencana Kerja adalah Panel Pegawai yang dilantik oleh Perbendaharaan.
Panel Pegawai
boleh meminda
atau membatalkan keputusan terdahulu berdasarkan maklumat-
maklumat baharu yang dikemukakan. 5.2.
Panel Pegawai boleh memutuskan permohonan bagi perkara- perkara yang tidak dinyatakan secara jelas dalam pekeliling ini.
M.S. 69
6. PENUBUHAN LEMBAGA PERUBATAN RAYUAN
6.1. Urus setia Skim Ex-Gratia Bencana Kerja boleh mengemukakan
permohonan kepada Jabatan Kesihatan Negeri JKN untuk menubuhkan Lembaga Perubatan Rayuan sekiranya terdapat
pertikaian ke atas taksiran HUK yang ditetapkan.
7. KADAR FORMULA DAN SYARAT BAYARAN