Pengawalatur Pertumbuhan

2.6 Pengawalatur Pertumbuhan

2.6.1 Pengenalan

Pengawalatur pertumbuhan merangkumi hormon iaitu bahan semula jadi yang dihasilkan oleh tumbuhan serta bahan kimia sintetik yang digunakan untuk menghasilkan kesan yang serupa dengan hormon semula jadi bagi mengawal gerak balas pertumbuhan tumbuhan. Pengawal pertumbuhana adalah : # bahan kimia yang sintetik seperti IBA (asid indolbutirik) dan Ethrel # hormon semula jadi yang diekstrak daripada tisu tumbuhan seperti IAA (asid indo-asetik) dan

asid giberelik. Pengawalatur pertumbuhan hanya diperlukan dalam kuantiti yang kecil untuk mendapatkan hasil perubahan pertumbuhan yang ketara. Kepentingan pengawalatur pertumbuhan ialah :

 Penggunaan pengwalatur pertumbuhan seperti racun rumput 2,4-D dan 2,4,5-T  Mengawal beberapa proses fisiologi tumbuhan seperti aruhan pendebungaan dan

pengeluaran buah, percambahan biji benih dan pembiakan tumbuhan  Dalam bidang florikultur, ia digunakan sebagai perencat pertumbuhan berbunga supaya

lebih rendah atau untuk menghasilkan populasi tumbuhan yang lebih tinggi.  Pengkulturan tisu tumbuhan  Pengawalan pengeluaran pucuk sisi tanaman.

2.6.2 Kesan Pengawalatur Pertumbuhan

Pengawalatur pertumbuhan terdiri daripada lima jenis hormon iaitu : a.Auksin b.Sitokinin

c. Asid giberelik d.Etilena e.Perencat pertumbuhan

Auksin

Auksin adalah bahan pengawaltur pertumbuhan yang menyebabkan pemanjangan sel. Asid indol asetiik (IAA) adalah auksin semula jadi dihasilkan oleh tisu meristem aktif. Auksin sintetik seperti asid naftalena asetik (NAA) digunakan sebagai hormon pengakaran. Kesan auksin ke atas tumbuhan :

i. Pertumbuhan kearah sumber cahaya (fototropisme) Pertumbuhan batang ke arah cahaya adalah disebabkan oleh pertumbuhan sel yang

lebih cergas di bahagian pucuk yang terlindung daripada cahaya.

ii. Pertumbuhan akar ke arah graviti (geotropisme) Pertumbuhan akar ke arah graviti disebabkan oleh pengumpulan auksin di bahagian

bawah bawah

iii. Kedominan apeks Kedominan apeks disebabkan oleh penghasilan auksin yang lebih oleh mata tunas pada hujung pucuk yang dinamakan mata tunas apeks. Auksin yang dihasilkan itu akan merencatkan pertumbuhan mata tunas sisi. Apabila mata tunas apeks itu dibuang,

kesan auksin yang dihasilkan oleh mata tunas apeks sudah tiada, maka mata tunas sisi akan tumbuhan lebih cepat.

iv. Pembentukan bunga Pembentukan bunga dipengaruhi oleh auksin dan giberelin. Auksin merencatkan pembentukan bunga tetapi giberelin boleh mengaruh pembentukan bunga.

v. Kejadian dan pembentukan buah Tanaman famili Solanacea seperti tomato dan terung boleh menghasilkan buah tanpa biji (seedless) jika dirawat dengan auksin. vi. Pembentukan akar adventitius Apabila keratan batang dirawat dengan kepekatan auksin yang tinggi ia akan merangsang pembahagian sel dan seterusnya pembentukan akar.

Sitokinin

Sitokinin yang terdapat dalam akar, buah muda dan biji benih merangsang pembahagian sel.

Sitokinin banyak digunakan dalam pengkulturan tisu untuk menghasilkan bahan-bahan tanaman. Sitokinin berinteraksi dengan pengawalatur pertumbuhan lain untuk

menghasilkan pertumbuhan tertentu.

Asid giberelik (GA) atau giberelin

Asid giberelik berperanan menggalakkan pembahagian sel, pemanjangan sel, mengatasi kedominan biji benih dan percambahan biji. Biji benih yang sukar bercambah boleh dirawat dengan menggunakan larutan adid giberelik (GA).

Etilena

Etilena berbentuk gas dalam keadaan semula jadi. Gas etilena dihasilkan apabila tumbuhan mengalami ketegangan, kepekatan bahan ini meningkat dalam tisu daun tua menyebabkan daun gugur. Etilena juga terdapat dalam daun, batang, akar, bunga dan biji benih. Etilena dihasilkan oleh buah yang masak.

Perencat pertumbuhan

Asid absisik (ABA) adalah sejenis perencat pertumbuhan semula jadi. ABA menyebabkan kodormanan biji benih dan menghalang biji benih daripada bercambah serta keguguran

daun, buah dan bunga. Penggunaan bahan ini juga menyebabkan liang stoma tertutup.

2.6.3 Penggunaan Pengawalatur

Pengawalatur digunakan secara meluas dalam industri pertanian. Di antara aktiviti pertanian yang berpotensi mengaplikasikan pengetahuan ini ialah:

a.Aruhan pembungaan

Seringkali pembungaan tanaman di Malaysia tidak menentu. Penggunaan pengawalatur yang mengandungi auksin dapat membantu mempengaruhi pembungaan seperti sesetengah pokok hiasan dan mangga. Pendekatan ini telah memberi peluang dalam industri hortikultur semasa musim perayaan.

b.Pengurusan tapak semaian

Perencat pertumbuhan digunakan dalam merawat anak benih bagi mengawal pertumbuhan supaya semasa pengubahan dapat disesuaikan mengikut keadaan. Perencat pertumbuhan seperti Alar, B-9 dan maleik hidrazid digunakan untuk merencat tanaman hiasan.

c.Penghasilan tumbuhan rendah

Pokok hiasan lazimnya dibiarkan tumbuh besar. Dalam keadaan tertentu bahan pengawalatur pertumbuhan digunakan pada tanaman hiasan bagi menghasilkan

tanaman rendah untuk memenuhi permintaan pasaran.

d.Pengurangan kos pemangkasan

Biasanya pemangkasan dilakukan secara fizikal. Penggunaan bahan perencat pertumbuhan mengawal pertumbuhan dahan dan ini boleh mengurangkan kos pemangkasan.

Bahan kimia sintetik

Jenis Pengawalatur Kesan pertumbuhan

Auksin

Asid Naftalena Asetik (NAA) # Mempengaruhi kedominan apeks Asid Indol-butirik (IBA)

# Menggalakkan pengeluaran akar # Menyebabkan keluruhan daun

Giberelin Asid

yang # Menggalakkan pembahagian sel diekstrakkkan

tulen

# Menggalakkan pemanjangan sel Seperti GA 3 dan GA 7 # Mengatasi kedormanan biji benih serta

percambahan biji benih

Gas Etilena Ethepon, Ethrel

# Agen pemasakan tisu # Menggalakkan keluruhan daun dan buah

Sitokinin Benziladenina # Mempengaruhi pembahagian sel # Mempengaruhi perkembangan mata tunas # Mengawal proses tua

Perencat Alar, B-9, maleik hidrazid

# Mengawal proses tua

Pertumbuhan # Mengurangkan pertumbuhan tampang # Merangsangkan pengeluaran buah

Penggunaan hormon/bahan kimia sintetik

Hormon/ Pengawalatur Pertumbuhan Kegunaan

Gas Etilena @ Boleh mempercepatkan kemasakan buah @ Meningkatkan hasil buah nanas @ Ethepon boleh disapu pada tapak torehan untuk

menambahkan penghasilan lateks getah Asetilena

@ Terhasil apabil air dicampur kepada kalsium karbida @ Kerap digunakan dalam proses memeram buah-

buahan

NAA @ Membantu pembungaan pada pokok mangga

@ Mempercepatkan pengakaran pada keratan 2,4-D dan 2,4,5-T

@ Pada kepekatan yang rendah mampu menambahkan

pengeluaran lateks getah @ Digunakan sebagai racun rumpai Perencat Pertumbuhan

@ Mengawal pertumbuhan anak benih supaya masa pengubahan disesuaikan dengan keadaan @ Merencatkan pokok untuk menghasilkan tumbuhan

yang rendah

BAB 1 : FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TUMBESARAN DAN PENGELUARAN TERNAKAN

1.1 Pengenalan

Keperluan pengeluaran ternakan yang berbeza memerlukan cara pengurusan yang berbeza. Tumbesaran dan pengeluaran haiwan sangat bergantung kepada iklim, corak permakanan, taraf kesihatan dan baka. Pemakanan yang lengkap sangat diperlukan untuk mengekalkan kesihatan, memenuhi keperluan tumbesaran, pengeluaran dan pembiakan. Selain pengurusan makanan, pengurusan kesihatan yang sistematik dapat mengurangkan kadar kematian, menghasilkan pengeluaran yang tinggi dan mengurangkan kos pengeluaran. Ternakan hendaklah dipilih daripada baka yang cepat membesar dan kuantiti hasil tinggi, resistan terhadap penyakit, cepat mengeluarkan hasil dan toleran terhadap persekitaran.

1.2 Iklim

1.2.1 Unsur iklim Suhu, hujan atau kelembapan dan cahaya adalah unsur-unsur iklim yang mempengaruhi ternakan.

Suhu

Purata suhu badan kebanyakan ternakan adalah antara 36°C hingga 41°C dan berbeza-beza mengikut jenis ternakan serta aktiviti yang dilakukan. Pada suhu yang terlalu rendah, ternakan tidak dapat mengawal keseimbangan suhu badannya dan ini akan menganggu semua proses metabolisme dalam badan ternakan. Ternakan akana mati kesejukkan atau kepanasan.

Kelembapan

Pertumbuhan dan pengeluaran ternakan yang optimum memerlukan kelembapan yang berbeza- beza mengikut jenis dan sepsis ternakan. Pada kelembapan yang terlalu rendah ternakan akan kehilangan air dari badanya (pengwapan). Pada kelembapan yang terlalu tinggi pula wap air di udara akan disedut semasa pernafasan. Paru- paru akan dipenuhi wap air yang menganggu proses pernafasan ternakan.

Cahaya

Cahaya memainkan peranan yang kecil sahaja dalam pertumbuhan dan pengeluaran ternakan iaitu dalam aspek pembiakan ternakan. Keberkesanan cahaya ke atas ternakan bergantung kepada intensiti dan tempoh siang dan malam. Kesan pancaran cahaya amatahari bergantung kepada faktor seperti keluasan bahagian badan ternakan yang terdedah kepada cahaya matahari, tempoh pendedahan, warna dan tebal bulu badan ternakan.

1.2.2 Kesan iklim ke atas Pengeluaran Ternakan

Himpitan iklim adalah keadaan alam yang boleh menyebabkan gangguan keseimbangan fisiologi ternakan. Terdapat dua kesan iklim ke atas pengeluaran ternakan iaitu :

1. Kesan himpitan iklim secara langsung ke atas pengeluaran ternakan. 2. Kesan himpitan secara tidak langsung ke atas pengeluaran ternakan

Kesan himpitan iklim secara langsung ke atas pengeluaran ternakan a. perlakuan semasa meragut

Suhu yang tinggi dan pancaran matahari yang terik mengurangkan selera makan dan ketahanan badan ternakan semasa meragut. Ini menyebabkan jangka masa meragut ternakan akan berkurangan.

b. pengambilan makanan

Peningkatan suhu persekitaran akan menyebabkan ternakan mengambil air belebihan berbanding makanan. Pada suhu rendah ternakan akan menambahkan pengambilan makanan untuk memenuhi keperluan kenaikan kadar metabolisme tubuh.

c. Tumbesaran

Suhu persekitaran yang menurun, ternakan perlu menggunakan makanan yang diambil untuk bekalan haba tubuh. Penukaran makanan kepada simpana lemak dan pembentukan rangka tubuh akan berkurangan, kadar tumbesaran akan terjejas. Apabila suhu meningkat ternakan akan mengalami tekanan haba yang menyebakan kurang selera makan. Ini akan mengurangkan kadar tumbesaran ternakan.

d. Pengeluaran hasil

Suhu persekitaran 20 - 34°C dan kelembapan 60 - 98% mempengaruhi pengeluaran hasil ternakan. Peningkatan suhu persekitaran akan menyebabkan tekanan dan akibatnya proses fisiologo tubuh terganggu yang boleh mempengaruhi pengeluaran ovum, pembentukan cengkerang dan penghasilan susu.

e. Pembiakan

Suhu persekitaran yang tinggi akan menjejaskan kesuburan ternakan, kematian embrio dan merencatkan janin. Keadaan lembap akan memudahkan anak ternakan yang baru dilahirkan menghidapi gangguan sistem pernafasan.

Kesan himpitan secara tidak langsung ke atas pengeluaran ternakan a. Penghasilan bahan makanan ternakan

Taburan hujan yang tinggi akan menggalakkan pertumbuhan foraj yang banyak dan subur di padang ragut. Ini akan membekalkan makanan yang banyak kepada ternakan. Iklim yang lembap pula akan menggalakkan pertumbuhan kulat (Aspergillus flavus) pada maakanan ternakan dan jika ternakan termakan makanan yang dicemari oleh kulat ini ternakan akan mengalami keracunan alatoksin.

b. Serangan parasit dan penyakit ternakan

Suhu dan kelembapan yang tinggi sering menimbulkan jangkitan mikrob pada ternakan. Taburan hujan yang tinggi pula menggalakkan pembiakan parasit dalam dan ini boleh menyerang sistem pencernaan ternakan semasa meragut.

c. Pengendalian dan penyimpanan hasil ternakan

Hasil ternakan seperti susu, daging dan telur perlu disimpan pada suhu dan kelembapan yang sesuai supaya tidak rosak. Apabila kelembapan udara tinggi, mikroogranisma akan membiak dan menjalankan proses penapaian kesannya susu dan daging segar akan busuk atau berkulat.

Cara mengurangkan kesan himpitan iklim

Tekanan akibat himpitan iklim dapat dikurangkan melalui : 1. mengadakan perumahan yang sempurna 2. menanam pokok naungan 3. mengamalkan ragutan pada waktu malam 4. memilih baka yang toleran terhadap haba 5. memberi makanan bernutrien tinggi

Mengadakan perumahan yang sempurna

Perumahan yang sempurna melindungi ternakan daripada iklim melampau seperti suhu, hujan, tiupan angina, cahaya matahari dan kelembapan, serangan musuh, mengawal pemberian makanan, mengawal penyakit dan parasit, memgawal pergerakkan, mengawal pembaian secara bebas dan memudahkan rawatan. Ciri sistem perumahan yang sempurna ialah

a. ruang lantai yang mencukupi b. pengaliran udara dalam reban c. kedudukan banguanan dengan prasarana d. bekalan cahaya e. mudah dibersihkan

Menanam pokok naungan

Tekanan haba dapat dikurangkan melalui penanaman pokok naungan terutama yang mempunyai

knopi besar di kawasan meragut. Selain melindungi pancaran terik matahari, pokok akan membebeaskan oksigen dan memberikan teduhan semasa ternakan berehat.

Mengamalkan ragutan waktu malam

Pada waktu malam, suhu sekitar lebih sejuk ini akan mengurangkan tekanan semasa haiwan Meragut. Justeru ternakan meragut lebih banyak berbanding pengambilan air. Tumbesaran Ternakan lebih baik kerana kesan himpitan iklim telah dapat dikurangkan.

Memilih baka yang toleran haba

Pemilihan baka yang tahan tekanan haba boleh dihasilkan daripada kacukan baka tempatan dengan baka iklim sederhana. Contoh baka Kedah – Kelantan dikacukan dengan baka Frisien. Anak yang dihasilkan mewarisi ciri ketahanan tekanan haba ( diwarisi dari baka Kedah – Kelantan ) dan pengeluaran susu yang lebih tinggi ( diwarisi dari baka Frisien ).

Memberi makanan bernutrien tinggi

Lazimnya setiap ternakan memerlukan karbohidrat, mineral, vitamin dan protein. Oleh itu makanan yang diberi mestilah mengandungi semua unsur pemakanan yang diperlukan dengan kadar yang seimbang, formulasi makanan sesuai dengan peringkat umur ternakan

1.3 Pemakanan

Peakanan seimbang ialah pemberian sajaian makanan yang mengandungi semua kelas makanan yang diperlukan oleh haiwan dalam kuantiti dan kadar yang betul untuk keperluan tenaga dan fisiologi tubuh.

Perumusan makanan hendaklah berasaskan kos bahan yang murah, kemampuan meningkatkan pencapaian ternakan dan kandungan bahan kering. Faktor yang perlu dipertimbangkan semasa membuat satu rumusan pemakanan ialah a. kandungan nutrien dalam bahan makanan b. keperluan harian untuk sesuatu nutrien c. jumlah makanan yang diambil d. prestasi ternakan.

1.3.1 Kepentingan pemakanan 1. Mengekalkan kesihatan

Tiga faktor penting berkait dengan taraf kesihatan ternakan ialah agen penyakit, persekitaran dan pemakanan. Ternakan memerlukan semua kelas pemakanan dalam kadar dan kuantiti yang betul untuk mengelakkan keadaan hiper atau hipo. Air dan lemak diperlukan untuk membantu mengawal suhu badan ternakan. Air, mineral dan vitamin sangat diperlukan kerana semua makanan ini adalah komponen yang mempengaruhi tindakbalas kimia biokimia tubuh.

2. Memenuhi keperluan pertumbuhan

Pertumbuhan ialah pertambahan saiz tubuh atau pertamabahan sabarang bahagian yang terlibat dalam pembesaran. Proses pertumbuhan amat memerlukan karbohidrat, protein, kalsium, kuprum, zink dan pelbagai vitamin. Lemak membantu pembentukan lapisan baru pada kulit, kalsium membantu pembentukan tisu tulang, natrium dan air membantu pembentukan bahan interselular

3. Memenuhi keperluan pengeluaran dan pembiakan.

Pengeluaran susu memerlukan karbohidrat, protein, kalsium dan fosforus dalam kuantiti yang lebih daripada biasa. Fosforus yang mencukupi dalam diet ruminant akan mempercepatkan umur kematangan seks, mengatur kedatangan estrus dengan teratur, mempercepatkan kebuntingan, menambah kesuburan.

1.3.2 Kelas makanan

Kelas makanan terdiri daripada karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan mineral, air dan bahan aditif. Karbohidrat, protein dan lemak diperlukan dengan banyak untuk memberi tenaga dan keperluan tumbesaran. Vitamin dan mineral hanya diperlukan dalam kuantiti yang sedikit .

1. Karbohidrat

Karbohidrat adalah sebatian organik yang terdiri daripada unsur karbon, nitrogen dan oksigen. Karbohidrat diperlukan untuk memberi tenaga dalam menjalankan aktiviti fizikal dan fungsi badan, tumbesaran dan pengeluaran susu. Sumber karbohidrat didapati daripada gula, molasses dan kanji. Kekurangannya menyebabkan kadar tumbesaran terencat, berat badan menurun, pembiakan terganggu, tempoh pengeluaran susu pendek, toleransi terhadap parasit dan penyakit merosot

2. Lemak Lemak merupakan sebatian organik kompleks yang terdiri daripada unsur karbon, hydrogen dan oksigen. Sangat diperlukan sebagai sumber tenaga, sumber makanan simpanan, pembentukan tisu di bawah kulit sebagai penebat haba dan sebagai pelarut bagi vitamin A, D, E dan K. Sumber lemak boleh didapati daripada minyak dan daging hancur. Kekurangan lemak menyebabkan ternakan letih lesu, kurus, tidak tahan sejuk .

3. Protein

Protein adalah sebatian kompleks yang terdiri daripada unsur karbon, hydrogen, nitrogen, Sulfur dan kadangkala mengandugi fosforus dan ferum. Protein diperlukan bagi pembinaan otot, pemulihan tisu, tumbesaran badan dan

pengeluaran Susu,membentuk enzim dan antibody, hormon dan hemoglobin bagi sistem imun tubuh, juga merupakan pembekal tenaga. Sumber protein boleh didapati daripada kacang soya, kacang panjang, daging hancur dan

ikan. Kekurangannya menyebabkan marasmus (kurus dan lemah ), peka kepada aflatoksin, terencat Tumbesaran, kecekapan penukaran makanan menurun dan rendah kadar pembiakan.

4. Mineral

Mineral merupakan bahan tak organik untuk menjalankan fungsi badan dengan sempurna. Mineral terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu garam mineral yang terkandung dalam tisu badan, garam terlarut dalam bendalir badan dan garam mineral dalam tulang dan gigi. Sumber mineral boleh didapati dalam dua bentuk iaitu campuran atau batu garam. Campuran yang biasa diberi mengandungi Tricalsium phosphate (TCP), trace elemen dan garam biasa.

5. Vitamin

Vitamin ialah sebatian organik yang mengandungi unsur karbon, hydrogen dan oksigen. Vitamin dikelaskan kepada larut lemak dan larut air. Vitamin larut lemak ialah vitamin A, D,

E dan K. Vitamin B kompleks dan C adalah vitamin larut air. Sumber vitamin boleh terbina sendiri dalam badan ternakan ( vitamin B kompleks dan K )

dan melalui pemberian makanan. Setiap vitamin mempunyai fungsi tersendiri dan kekurangannya menyebabkan fungsi

badan terganggu.

6. Air

Air berfungsi sebagai pelarut dan pengangkut bahan-bahan ke seluruh anggota badan. Air diperlukan untuk mengawal suhu badan, perjalanan dan pengambilan zat oleh badan, pengeluaran susu, tindakbalas biokimia dan membantu kesegaran sel badan. Haiwan ternakan boleh bertahan tanpa bekalan air dalam tempoh 24 jam. Sumber air boleh didapati daripada bekalan air bersih yang disediakan untuk diminum

atau

melalui air yang terkandung dalam makanan seperti rumput basah Kehilangan air daripada badan haiwan berlaku melalui urin, tinja, perpeluhan, pernafasan, pengeluaran telur dan susu.

7. Aditif

Aditif ialah bahan bukan nutrien yang ditambahkan ke dalam formulasi makanan ternakan. Aditif terbahagi kepada kumpulan:

a. Antibiotik dan probiotik b. Antioksidan dan antikulat c. Vitamin dan mineral d. Agen pewarna, pigmen dan hormon.

1.3.3 Sistem Pencernaan

Pencernaan ialah satu proses penguraian bahan makanan daripada bentuk kasar kepada bentuk yang mudah diserap oleh sel haiwan. Proses penguraian makanan ini melibatkan aktiviti mekanikal (pengunyahan dan gerak peristalsis usus ), aktiviti kimia ( tindakbalas enzim untuk menukarkan bahan makanan) dan aktiviti mikrob ( proses fermantasi mikrob untuk menghasilkan protein, vitamin dan tenaga). Struktur sistem pencernaan haiwan dapat dikelaskan kepada dua kelas iaitu haiwan ruminan dan haiwan bukan ruminan.

Sistem pencernaan ruminan

Haiwan ruminan ialah haiwan yang meluahkan semula makanan daripada perut ke dalam mulut untuk dikunyah berulangkali. Perut haiwan ruminan terbahagi kepada empat ruangan iaitu rumen, retikulum, omasum dan abomasum.

1. Rumen

Bahagian perut yang terbesar. Apabila makanan ditelan makanan ini akan disimpan di dalam rumen. Makanan yang disimpan ini akan menjalani proses fermantasi (selulosa) menghasilkan protein dan vitamin.

2. Retikulum

Organ pencernaan yang menyimpan air yang diminum oleh ternakan ruminan. Cecair di dalam reticulum digunakan untuk membasahkan bahan makanan supaya memudahkan regurgitasi atau pemuntahan bahan makanan belum cerna ke dalam mulut untuk dikunyah. Retikulum juga memisahkan bahan makanan kasar supaya tidak memasuki omasum.

3. Omasum

Organ pencernaan yang menyimpan bahan makanan yang telah dikunyah halus dan ditelan. Di dalam omasum bahan makanan yang masih kasar diasingkan supaya tidak dapat memasuki abomasum digaul sehingga sebati dan air dalam bahan makanan tersebut diserap semula.

4. Abomasum

Merupakan perut sebenar kerana proses pencernaan yang sebenar berlaku di dalamnya. Abomasum mengeluarkan asid hidroklorik, enzim pepsin dan rennin. Asid hirdoklorik digunakan untuk membunuh bacteria dan protozoa yang menganggu fungsi tubuh. Enzim pepsin memangkin hidrolisis protein kepada polipetida. Enzim rennin membantu menguraikan susu.

Sistem pencernaan bukan ruminan

Organ sistem pencernaan bukan ruminan terdiri daripada paruh, esophagus, tembolok, proventrikulus, hempedal, duodenum, usus, sekum dan kloaka. Ayam menggunakan paruh untuk mematuk makanan. Air liur di dalam mulut akan membasah dan melembutkan makanan. Enzim ptyalin dalam air liur menukarkan kanji kepada gula. Melalui esophagus makanan yang ditelan disimpan sementara di dalam tembolok sebelum dihantar ke dalam proventrikulus (perut sebenar). Pada hujung proventrikulus terdapat hempedal yang mempunyai dinding yang kasar dan berotot untuk mengisar makanan kepada butiran halus seterusnya di disalurkan ke usus untuk dicerna. Proses pencernaan dilakukan oleh tindakan enzim yang dirembeskan oleh kelenjar pada dinding usus, rembesan pankreas dan hempedu. Bahan tidak dicerna dikumpulkan di dalam sekum sebelum dikeluarkan sebagai tinja melalui kloaka.

1.3.4 Bahan Makanan Ternakan

Makanan ternakan boleh diberikan dalam bentuk kering, segar dan berkelembapan tinggi (high moisture). Sumber makanan ternakan dapat digolongkan kepada foraj dan kosentrat

Foraj

Foraj ialah tumbuhan hijau yang menjadi bahan makanan untuk ternakan ruminan. Foraj terdiri daripada rumput ternak, kekacang, tumbuhan renik dan rumpai.

1. Kekacang

Kekacang mengandungi protein dan mineral yang lebih tinggi berbanding rumput ternak kerana keupayaannya mengikat nitrogen daripada udara. Ini menjadikan kekacang sangat sesuai sebagai makanan kerana dapat meningkatkan aktiviti mikrob dalam sistem pencernaan. Contoh kekacang ialah Centro, Stylo, petai belalang, Desmo dan Calapo.

2. Rumput ternak

Merupakan suber makanan ruminan yang murah dan bermutu. Pemilihan rumput ternak yang sesuai mestilah mengandungi protein, mineral dan tenaga yang tinggi, kandungan serabut rendah, bebas daripada unsur keracunan, duri, daun yang tajam dan rasa yang tidak digemari ternakan. Rumput ternak terbahagi kepada jenis kelompok (Guinea, Napier dan Setaria ) dan jenis menjalar (African Star, Digitaria, Para dan Signal).

Foraj boleh dimakan oleh ternakan secara pastura atau foder.

1. Pastura

Pastura ialah rumput bermutu tinggi yang ditanam untuk diragut. Kadar muatan (bilangan ternak

yang optimum untuk seuatu kawasan ragutan) adalah sangat penting untuk mengawal pertumbuhan dan pengeluaran ternakan. Pengamalan ragutan pusingan dan pembajaan juga dapat mengawal pertumbuhan rumput

ternak. Untuk mengekalkan mutu nutrien rumput ternak perlu satu program pembajaan.

3. Foder

Foder ialah rumput atau tumbuhan bermutu tinggi yang ditanam untuk dipotong dan diangkut. Foder boleh diberikan dalam bentuk segar atau awetan. Foder awetan terdapat dalam bentuk :

a. rumput kering

disediakan secara menjemur atau menggunakan pegering tiruan (mengurangkan kandungan air suaya rumput tahan disimpan lama)

b. silaj

foder yang tinggi kandungan airnya diperam dalam keadaan anaerob menggunakan silo. Mutu silaj dipengaruhi oleh udara, panjang keratin, kandungan air dan kandungan gula dalam rumput.

Mutu silaj yang baik adalah seperti berikut : i. nilai pemakanan hampir menyamai bahan asal ii. berwarna hijau kekuningan iii. pH kurang daripada 4.5

iv. disukai ternakan.

Konsentrat

Konsentrat ialah makanan ternakan yang mengandugi fiber yang rendah tetapi tinggi nutriennya. Konsentrat didapati daripada bijirin, sisa industri, sisa makanan dan bahan tambahan makanan.,Konsentrat diberikan dalam bentuk until, wafer, kiub atau serbuk. Konsentrat hendaklah ditambah dengan molas untuk meningkatkan selera dan nilai pemakanan.

Rumput baik pilih

Rumput pastura yang sesuai ditanam dipilih berdasarkan ciri berikut :

1. Pengeluaran hasil yang tinggi

Oleh kerana kos makanan dianggarkan sebanyak 70% daripada kos keseluruhan maka bekalan rumput yang berterusan adalam sumber makanan yang paling murah. Penternak mestilah menguatamakan rumput yang memberikan hasil tertinggi seperti Napier dan

Guinea.

2. Nilai nutrien yang tinggi

Penanam rumput yang membekalkan tenaga metabolisme yang tinggi dan kaya dengan nutrien hendaklah diutamakan.

3. Kadar tumbesaran dan pertumbuhan semula cepat

Pertumbuhan semula yang cepat membolehkan sistem ragutan secara pusingan dapat diamalkan dengan sempurna oleh penternak.

4. Cepat tindakbalas terhadap baja nitrogen

Kadar cepat tindakbalas nitrogen ini membolehkan ternakan mendapat bekalan nitrogen yang mencukupi untuk membantu pertambahan berat badan ternakan.

5. Jenis Saka

Pemilihan pastura jenis saka penting supaya kos penanaman semula dan amsa menunggu untuk pastura matang dapat dikurangkan, hasil juga boleh dipungut berterusan dan ini menjamin bekalan

yang sentiasa ada dan mencukupi.

6. Ketahanan tinggi

Rumput yang baik mestilah tahan suhu tinggi, keadaan kering, dipijak, diragut, kelembapan tinggi dan serangan perosak. Rumput yang tahan faktor itu akan mempunyai kemandirian yang tinggi.

7. Kecernaan yang baik

Kandungan air dan struktur tisu lembut yang ada di dalam foraj memudahkan pencernaan oleh haiwan. Kandungan lignin yang minimum juga memudahkan rumput dicerna.

8. Kadar daun kepada batang tinggi

Daun adalah bahagian yang paling digemari ternakan kerana ia rapuh dan mudah diragut berbanding bahagian batang.

9. Digemari ternakan

Rumput yang digemari ternakan mempunyai daun yang lembut, segar, berperisa dan disukai oleh ternakan serta rapuh untuk memudahkan pengunyahan.

1.3.5 Catuan Makanan Ternakan

Catuan makanan ternakan ialah pemberian makanan yang mengandungi semua kelas makanan mengikut keperluan dan kuantiti yang betul. Keperluan terhadap formulasi makanan bergantung kepada bentuk pengeluaran, peringkat umur, jenis baka dan persekitaran. Dalam menentukan satu formulasi makanan, sumber makanan yang diberi mestilah dikira dari segi tenaga metabolisme, kandungan protein, mineral dan aditif, kebolehdapatan dan kos penyediaan. Selain catuan makanan ternakan, makanan tambahan juga sangat diperlukan. Makanan tambahan perlu diberi mengikut peringkat pengeluaran ternakan seperti :

 betina sedang bunting  betina sedang menyusukan  penggemukan  penjantan yang sering digunakan  anak yang baru cerai susu

Nisbah penukaran makanan

Nisbah penukaran makanan (NPN) ialah unit pengeluaran yang diperolehi daripada satu unit pengambilan makanan. Bagi ternakan daripada baka yang baik, makanan yang diambil dapat ditukarkan kepada pertambahan berat badan dengan cekap. Kualiti makanan yang baik juga dapat menukarkan pertambahan berat dengan cekap. Tujuan mengira nisbah penukaran makanan ialah untuk mengetahui taraf ekonomik sesuatu ternakan. Pada satu peringkat umur ternakan, jumlah makanan yang diberi tidak banyak mendatangkan perbezaan pada pertambahan berat badan

NPM = Jumlah makanan diberi ------------------------------- Jumlah pertambahan berat badan

Contoh pengiraan Berat permulaan = 1.0 kg Berat akhir = 1.2 kg Berat makanan diberi = 450 g NPM = 450

200 = 2.25 Ini bermakna 2.25 g makanan dapat ditukarkan kepada daging sebanyak 1 g

1.4 Kesihatan

Kesihatan sangat penting untuk tumbesaran, pengeluaran dan pembiakan. Sihat dapat diertikan sebagai keupayaan badan menjalnkan fungsi tubuh dan mengekalkan kesimbangan badan. Kesihatan dipengaruhi oleh pemakanan, pathogen dan parasit, genetik, keracunan dan persekitaran.

1.4.1 Kepentingan Kesihatan Ternakan 1. Mengurangkan kadar kematian

Ternakan di peringkat anak masih belum mempunyai antibodi yang kuat untuk melawan pelbagai pathogen, parasit dan gangguan persekitaran. Oleh itu kesihatan sangat perlu dijaga supaya kadar kematian ternakan dapat dikurangkan. Amalan sanitasi dapat memastikan ternakan terhindar daripada penyakit dan wabak.

2. Mencapai keupayaan tumbesaran dan pengeluaran yang maksimum

Ternakan yang sihat dapat menukarkan makanan kepada tenaga lemak dan susu. Penukaran bentuk ini penting untuk tumbesaran dan pengeluaran yang maksimum.

3. Mengelakkan jangkitan penyakit dari ternakan lain

Sistem perkumuhan, sistem limfa dan antibodi berfungsi dengan baik hanya pada ternakan yang sihat. Oleh itu kesihatan penting untuk mengelakkan jangkitan penyakit.

4. Mendapatkan keupayaan penukaran makanan yang optimum

Makanan yang diambil oleh ternakan perlu dicerna dan diserap oleh badan untuk ditukar kepada keperluan tubuh. Dalam keadaan tidak sihat seperti cirit birit, segala makanan yang diambil akan keluar semula sebagai najis. Ini menandakan ternakan tidak upaya membuat penukaran makanan.

1.4.2 Penyakit Ternakan

1. Tiada selera makan 2. Cirit birit 3. Suhu badan tinggi 4. Mata kuyu dan berair 5. Tidak aktif 6. Pengeluaran berkurangan 7. Bulu kasar dan kusut 8. Penurunan berat badan

Tiada selera makan

Tanda tiada selera makan perlu dikenal pasti untuk mengesan serangan penyakit yang sedang dialami. Jika simtom tiada selera makan disertai dengan cirit atau sebarang pengeluaran mukus Tanda tiada selera makan perlu dikenal pasti untuk mengesan serangan penyakit yang sedang dialami. Jika simtom tiada selera makan disertai dengan cirit atau sebarang pengeluaran mukus

Cirit birit

Cirit birit ialah pembuangan tinja yang kerap ataupun perkumuhan tinja yang lembut atau cair. Cirit birit berlaku akibat pemakanan tidak sesuai, pencemaran peralatan dan sumber makanan atau minuman, jangkitan cacing, radang usus disebabkan bacteria, virus atau protozoa dan

keracunan makanan.Ternakan akan lemah, lesu, hilang selera makan dan sakit abdomen.

Suhu badan tinggi

Suhu maksimum badan normal pada ternakan ayam ialah 43 °C, kambing 40.5 °C dan lembu 39.5 °C. Jika suhu melebihi paras tersebut ternakan akan mengalami keadaan demam dengan suhu badan tinggi. Pengesanan kenaikan suhu badan boleh dilakukan dengan memasukkan thermometer ke dalam dubur atau meletakkannya di celah kepak.

Mata kuyu dan berair

Apabila mata ternakan kuyu atau mengeluarkan mukus yang melebihi paras biasa menandakan ternakan sedang sakit. Ternakan yang sihat mempunyai mata yang bersinar.

Tidak aktif

Jika ternakan sering duduk atau baring, sukar berjalan atau berjalan dalam keadaan tidak seimbang dan sering tertinggal daripada kumpulannya, ini menunjukkan ternakan tersebut sedang sakit. Gangguan ini akan menyekat pergerakkanya dan menjadikan ternakan tidak aktif.

Pengeluaran hasil berkurangan

Pengeluaran susu, telur atau keupayaan membuat kerja yang menurun adalah simtom ternakan sakit. Simtom ini dapat dikesan jika penternak membuat catatan pengeluaran harian.

Bulu kasar dan kusut

Ternakan yang sihat mempunyai bulu yang kemas, berkilat dan bersih. Ternakan yang mempunyai bulu yang kusut dan kasar biasanya mengalami gangguan jangkitan cacing atau kekurangan mineral dalam makanan.

Penurunan berat badan

Penurunan berat badan dapat dikesan apabila timbangan dibuat dan dicatatkan. Penurunan berat badan yang berterusan atau mendadak menandakan ternakan sedang sakit.

Punca penyakit ternakan 1. Serangan pathogen dan parasit

Parasit ialah organisma yang menumpang hidup dan mendapat faedah daripada perumah. Parasit terdapat dalam dua bentuk iaitu Endoparasit dan Ektoparasit.

a. Endoparasit Endoparasit ialah organisma yang hidup dalam badan ternakan terutama pada sistem pencernaan. Endoparasit boleh menyerang usus, hati, peparu, pembuluh darah dan sistem pencernaan ternakan.

Terdapat empat kumpulan endoparasit yang sering menyerang ternakan ruminan iaitu :

i. nematod seperti Hemonchus contortus ii. sestod (cacing pita) seperti Hemoniesia expansa iii. trematod seperti Faciola sp

iv. protozoa seperti koksidia dari sepsis Eimeria zurnii b. Ektoparasit Ektoparasit pula ialah organisma yang terdapat pada kulit dan memudaratkan ternakan yang dijangkiti. Antara kesan jangkitan ektoparasit ialah berat badan menurun. Patogen ialah mikroorganisma yang hidup secara pasif pada ternakan. Contoh patogen ialah bacteria, virus, protozoa dan kulat.

2. Kekurangan nutrien

Kekurangan nutrien akan menyebabkan kurang daya ketahanan badan dan akhirnya menyebabkan penyakit. Ternakan memerlukan makronutrien dalam jumlah yang lebih besar berbanding mikronutrien.

3. Kecederaan fizikal

Kecederaan fizikal disebabkan oleh : a. pemangasaan sejenis b. serangan binatang liar c. terjatuh d. tertusuk benda tajam

Kecederaan fizikal yang biasa dialami ialah luka kulit luar. Ternakan yang mengalami kecederaan

fizikal yang tidak serius perlu diasingkan daripada kumpulan sehingga sembuh.

4. Kecacatan kongenital

Kecacatan konginetal atau cacat sejak lahir meliputi kecacatan bentuk tubuh, bilangan anggota yang abnormal dan kebutaan. Kecacatan konginetal juga disebabkan oleh kekurangan vitamin, mineral dan mutasi kromosom semasa peringkat janin. Ternakan ini tidak ekonomik untuk diternak dan perlu dihapuskan.

5. Pencemaran makanan dan minuman

Makanan dan minuman yang tercemar boleh mendatangkan pelbagai penyakit kepada ternakan. Pencemaran makanan boleh disebakan oleh bahan beracun semula jadi seperti keracunan mimosin, hydrogen sianida dan oksalat atau anasir luar.

Pencegahan dan pengawalan penyakit

Penyakit perlu dicegah dan dikawal supaya tidak merebak dan menjadi wabak. Langkah pencegahan dan pengawal penyakit yang boleh diambil ialah :

1. Kuarantin

Kuarintin ialah menahan sementara atau mengasingkan ternakan yang dibawa masuk daripada negara asing ke dalam satu tempat khas untuk mencegah kemasukan penyakit eksotik ke Malaysia. Antara penyakit eksotik yang sangat dilindungi ialah antraks, rabies, rinderpest, equine ensefalitis dan sebagainya. Kuarantin dijalankan ke atas semua jenis haiwan import kecuali daripada negara Brunei, Singapura, United Kingdom, Eire, Northern Ireland, Australia dan New Zealand. Bidang kuasa kuarantin dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan, Kementerian Pertanian Malaysia.

2. Penghapusan

Jika serangan agak kronik ternakan yang dijangkiti penyakit perlu dihapuskan. Penghapusan dilakukan secara membunuh dan bangkai ditanam atau dibakar dalam insinerator bagi mengelakkan patogen merebak kepada ternakan lain.

3. Pemvaksinan

Pemvaksianan ialah pemberian vaksin kepada ternakan. Vaksin ialah suatu bahan antigen yang digunakan untuk merangsang perkembangan antibody bagi memberikan keimunan terhadap penyakit tertentu. Vaksin dihasilkan daripada kultur bacteria atau virus yang telah hilang kemudaratannya tetapi sifat antigen masih dikekalkan. Pemvaksinan boleh dijalankan secara :

a. pemberian melalui mulut b. calaran pada otot c. suntikan subkuteneus d. dicampur dalam makanan

Pemvaksinan digunakan untuk mengawal : a. penyakit kuku dan mulut b. Salmonelosis c. Brucelosis d. Puru e. Sampar f. Bronkitis

4. Penggunaan baka yang resistan

Setiap baka ternakan mempunyai ketahanan tersendiri terhadap iklim, patogen dan parasit. Jika baka import hendak digunakan, sebaiknya baka ini dikacukkan dengan baka tempatan untuk menghasilkan baka yang resistan kepada halangan yang sedia ada.

5. Pengawalan vektor

Vektor ialah organisma seperti lalat, tikus, lipas dan burung yang membawa mikroorganisma berparasit. Akibatnya penyakit akan berjangkit daripada seekor ternakan kepada ternakan yang lain atau kepada manusia. Kawalan vektor dijalankan dengan mengamalkan sanitasi, reban yang tertutup dan semburan ubat pencegah.

6. Amalan sanitasi

Amalan sanitasi atau menjaga kebersihan hendaklah dilakukan pada peringkat sebelum memasukkan ternakan, semasa menternak dan selepas musim menternak

a. Sebelum memasukkan ternakan Reban, peralatan dan ruang yang boleh dijadikan perumah oleh parasit atau patogen hendaklah dibersihkan. Selepas dibersihkan jalankan program pembasmian kuman. b. Semasa menternak Reban sentiasa bersih daripada tinja, air kencing atau sisa makanan. Air kencing dan tinja haiwan akan membebaskan gas ammonia dan hydrogen sulfid yang boleh menganggu sistem pernafasan. Sisa makanan juga boleh menarik perhatian haiwan pembawa penyakit seperti tikus dan lalat. c. Selepas musim menternak Bersihkan reban daripada tinja, sisa makanan dan kotoran lain. Peralatan yang telah digunakan, dibersihkan dan disimpan dalam satu tempat simpanan.

7. Penakaian

Penakaian ialah pengasingan ternakan berpenyakit daripada kelompok ternakan (mengelakkan penyakit berjangkit).

8. Pemberian makanan seimbang

Makanan yang diberikan mestilah mengandungi semua kelas makanan dalam kuantiti yang betul. Apabila ternakan mendapat semua zat makanan yang diperlukan, tubuh badannya akan dapat menghasilkan antibody untuk melawan penyakit.

Bahan untuk merawat penyakit

Ternakan yang sakit perlu menerima rawatan dengan segera. Tindakan ini boleh mengelakkan penyakit ternakan daripada menjadi kronik dan mengakibatkan kematian. Kaedah rawatan meliputi :

1. Antiseptik

Antiseptik merupakan bahan kimia yang memusnah atau merencatkan pertumbuhan bacteria penyebab penyakit. Antiseptik digunakan secara luaran dan dalaman. Antiseptik luaran digunakan untuk merawat luka atau kudis (iodin dan benzyl benzoate). Antiseptik dalaman pula digunakan untuk merawat infeksi usus dan urinary.

2. Antibiotik

Antibiotik ialah sebatian kimia hasil fermentasi mikrob seperti kulat dan bacteria bagi tujuan menghalang pertumbuhan mikrob lain. Antibiotik digunakan sebagai dadah terapi, mengawal atau merendahkan jangkitan penyakit yang teruk dan bahan penggalak pertumbuhan ternakan. Antibiotik boleh diberikan secara suntikan atau sebagai bahan aditif dalam makanan.

3. Racun cacing

Racun cacing atau anthehelmintik perlu diberikan bagi kawalan serangan cacing terhadap ternakan khasnya yang meragut bebas. Contoh seperti albendazol, fenbendazol, ivermektin dan levamisol. Terdapat lima kaedah pemberian iaitu :

a. pemberian secara mulut

Dilakukan sebelum musim hujan, awal musim kemarau, ternakan bunting 4 bulan dan anak berumur 4-6 minggu. Alat yang digunakan ialah “drenching gun” dan kaedah ini sesuai bagi perladangan komersial dalam sistem “feed lot”.

b. suntikan melalui kulit atau otot

Alat yang digunakana ialah jarum suntikan yang diisi dengan racun cacing.

c. Aditif dalam bahan makanan

Racun cacing atau vaksin pencegah cacing dicampurkan dalam bahan makanan ternakan. Aditif akan dicampur ke dalam konsentrat bagi tujuan mengelakkan kerosakkan, menambah vitamin dan mineral serta mengawal jangkitan penyakit.

d. Genut

Genut yang mengandungi racun cacing diikat pada pokok dalam kawasan ternakan meragut. Ternakan akan menjilat genut untuk mendapatkan garam dan pada masa yang sama menelan racun cacing. Kaedah ini sesuai digunakan bagi kawasan sistem ekstensif dan perladangan komersial.

e. Kapsul lepas lambat

Racun cacing yang terkandung dalam kapsul diberikan melalui mulut dan masuk ke dalam sistem pencernaan ruminan. Kapsul akan hadam dan racun cacing yang terkandung di dalamnya akan membunuh cacing secara perlahan.

f. Racun parasit luar

Racun parasit luar ialah bahan kimia ayang digunakan untuk mengawal dan membunuh endoparasit . Penggunaan racun parasit luar boleh dilakukan secara :

i. semburan ii. celupan iii. sapuan

iv. suntikan v. mandian Contoh racun parasit luar ialah Retenone, benzyl benzoate, Asuntol dan BHC (benzin Heksaklorida).

1.5 Genetik

Genetik ialah kajian tentang baka dan ciri organisma diwarisi. Ciri yang boleh diwarisi terkandung di dalam gen. Gen ialah sebahagian juzuk daripada sel dalam benda hidup yang menentukan baka. Apabila sepasang ternakan menjalani program pembiakbakaan, anak yang akan dilahirkan mengandungi gen kedua-dua induknya.

1.5.1 Ciri Ternakan yang Dikehendaki

Pembiakbakaan ternakan dilakukan untuk memperoleh ternakan yang mempunyai ciri-ciri yang dikehendaki. Antara ciri-ciri ternakan yang dikehendaki ialah :

1. Cepat membesar

Ternakan perlu membesar dalam masa yangs ingkat. Ini dapat mengurangkan kos makanan dan penjagaan. Ciri ini juga membolehkan ternakan cepat dipasarkan dan tempoh pusingan penternakan disingkatkan.

2. Cepat megeluarkan hasil

Ciri ternakan yang baik adalah cepat mengeluarkan hasil seperti susu, daging dan telur. Contoh lembu tenusu akan mula mengeluarkan hasil susu selepas beranak pertama. Tempoh masa beranak pertama dan selang masa beranak yang singkat menunjukkan lembu ternakan yang dikehendaki.

3. Berupaya melahirkan banyak anak

Keupayaan melahirkan banyak anak, kadar bunting, peratus kematian anak semasa dilahirkan rendah dan tempoh bunting semula yang cepat ciri baka baik yang perlu dipertimbangkan.

4. Hasil tinggi

Hasil yang tinggi meliputi pengeluaran daging, susu atau telur. Baka yang menghasilkan berat dewasa yang tinggi akan menjadi keutamaan pilihan.

5. Hasil berkualiti

Hasil karkas (meliputi bahagian yang boleh dimakan, nisbah daging dengan tulang dan jumlah daging yang dihasilkan) yang tinggi adalah ciri yang perlu diutamakan. Contoh hasil telur yang berkualiti dapat ditentukan melalui ciri luaran dan mutu isi telur.

6. Kecekapan penukaran makanan yang baik

Ternakan yang mempunyai kecekapan penukaran makanan yang baik secara tidak langsung telah menjimatkan kos pengeluaran penternak. Ini kerana makanan ditukarkan kepada bentuk hasil seperti telur, daging dan susu.

7. Resistan terhadap penyakit

Baka ternakan yang baik semestinya resistan terhadap penyakit terutamanya penyakit yang disebakan oleh serangan parasit. Baka Brahaman, LID dan Draughtmaster baka yang resistan terhadap endoparasit.

8. Toleran terhadap persekitaran

Tekanan persekitaran seperti pancaran cahaya matahari yang berlebihan, tekanan haba serta suhu dan kelembapan tinggi memerlukan baka tertentu untuk diternak. Contoh baka kambing Saanen toleran terhadap cahaya matahari berlebihan, baka lembu Kedah-Kelantan toleran terhadap suhu dan kelembapan tinggi.

1.5.2 Memperbaiki Baka yang Sedia Ada

Dalam usaha memperbaiki baka yang sedia ada, terdapat dua kaedah pembiakbakaan yang lazim digunakan oleh penternak. Kaedah tersebut ialah :

1. Pembiakbakaan kacuk

Pembiakbakaan kacuk ialah pembiakan antara ternakan daripada dua baka yang berlainan. Contoh lembu baka Bos indicus dikacukkan dengan baka Bos taurus untuk mendapatkan genotip gabungan daripada kedua-dua baka. Kelebihan pembiakbakaan kacuk ialah :

a. menghasilkan anak yang mempunyai pencapaian yang lebih baik daripada induk b. menghasilkan anak yang mempunyai tahap kecergasan yang lebih tinggi berbanding purata prestasi induk. Keadaan ini dipanggil heterosis c. mempunyai ciri kemandirian yang lebih tinggi.

2. Pembiakbakaan seturunan

Pembiakbakaan seturunan ialah pengawanan antara ternakan yang mempunyai hubungan kekeluargaan yang rapat untuk mendapatkan genotip asal keturunannya. Hasil daripada pembiakbakaan seturunan, anak akan mewarisi 50% genotip F1, 75% genotip induk pada generasi F2, 87.25% genotip induk pada generasi F3, 93.7% genotip induk pada generasi F4. Akhirnya 98.87% genotip pada generasi F5. Kelebihan pembiakbakaan seturunan ialah :

a. mengekalkan ciri dalaman baka

Setelah kacukan seturunan sebanyak lima generasi genotip asal hampir diperolehi secara tidak langsung ciri dalaman baka telah dapat dikekalkan

b. mewujudkan satu kumpulan yang mempunyai ciri luaran yang seragam

Melalui pembiakbakaan seturunan generasi F5 mempunyai ciri luaran seragam kerana genotip yang terkandung adalah menyamai antara satu sama lain

Kekurangan pembiakbakaan seturunan ialah :

a. pengurangan kecergasan

Oleh kerana pembiakan ini melibatkan keluarga rapat, anak daripada generasi berikutnya mengandungi genotip yang resesif. Gen resesif ini akan menyebabkan pengurangan kecergasan terhadap anak-anak yang dilahirkan.

b. penurunan keupayaan membiak

Pembiakbakaan seturunan juga akan menyebabkan keupayaan membiak yang semakin menurun. Fenomena ini disebabkan oleh gen yang diwarisi oleh anak pada generasi berikutnya.

1.5.3 Pembiakan Ternakan

Haiwan mempunyai sistem pembiakan yang berlainan berdasarkan jantina. Haiwan jantan menghasilkan sperma dan betina menghasilkan ovum.

Sistem pembiakan jantan

Organ Fungsi Testis

Mengeluarkan sperma melalui proses spermatogenesis Mengeluarkan hormone testoteran

Skrotum Pelindung, penahan dan pengawal suhu testis Epididimis

Menatang, memekat dan menyimpan sperma Sebagai saluran keluar sperma daripada testis

Vas deferens Sebagai salur keluar sperma daripada epididimis Pundi sperma

Mengeluarkan bendalir yang melindungi dan memudahkan pergerakan sperma

Kelenjar prostat

Mengeluarkan bendalir yang mengandungi mineral

Kelenjar Cowper Mengeluarkan bendalir untuk membersihkan ureta Uretra

Saluran keluar semen Zakar

Menyalurkan semen ke dalam organ pembiakan betina

Sistem pembiakan betina

Organ Fungsi Ovari

Mengeluarkan ovum Mengeluarkan hormon estrogen dan progestron

Oviduktus Menghubungkan uterus dengan ovari Menerima ovum

Tanduk rahim

Tempat ovum yang tersenyawa bergerak ke uterus

Uterus Menyalurkan sperma ke tempat persenyawaan Menampung perkembangan zaigot Menyediakan nutrien untuk perkembangan zaigot Merembes hormone prostaglandin

Serviks Menyalurkan sperma ke dalam uterus Saluran kelahiran anak Mengeluarkan lender semasa estrus Tempat pemancutan semen Menghindari jangkitan kuman daripada faraj semasa bunting

Faraj Menyalurkan semen Saluran kelahiran

Vulva Mengelilingi bukaan faraj dan uretra

Tanda biang

Biang atau estrus ialah fasa kesediaan betina untuk dikahwini. Tanda estrus pada lembu betina dapat dikesan melalui perlakuan dan keadaan faraj. Tanda biang yang diperlihatkan melalui pelakuan ialah :

1. Membenarkan dirinya dipanjat Pada kebiasaannya pada peringkat kemuncak estrus, lembu akan berdiri setempat dan membiarkan dirinya di panjat.

2. Kerap kencing Lembu betina akan kerap kencing walaupun kuantiti urinya sedikit. 3. Sentiasa menegakkan ekor Lembu yang estrus akan kerap menegakkan ekornya. 4. Mengasingkan diri Lembu yang estrus akan mengasingkan diri daripada kumpulannya 5. Kurang selera makan Selera makan lembu estrus akan berkurangan sehingga peringkat akhir estrus. 6. Gelisah dan membising

Lembu yang estrus akan kelihatan gelisah dan sentiasa membising memanggil pasangannya.

Tanda biang yang diperlihatkan melalui keadaan faraj ialah : 1. Pengeluaran mukus

Lendir atau mukus akan sentiasa meleleh keluar daripada faraj dan bertukar menjadi pekat. 2. Vulva merah dan bengkak Vulva lembu yang estrus akan menjadi merah dan membengkak

Teknik pembiakan

Haiwan dapat dibiakan secara in-vivo atau in-vitro. In-vitro ialah kaedah pembiakan yang menggunakan radas makmal dan boleh dilakukan di luar uterus. Pembiakan secara in-vitro memerlukan kepakaran manusia untuk melakukannya. Teknik pembiakan in-vitro merangkumi permanian beradas, pemindahan embrio dan persenyawaan luar-pemindahan embrio (IVF-ET).

Teknik pemindahan embrio

Teknik pemindahan embrio ialah embrio dipindahkan daripada penderma terpilih dan dimasukkan ke dalam uterus penerima untuk dibuntingkan.

Teknik IVF-ET

Teknik IVF-ET ialah oosit diambil daripada uterus dan disenyawakan di dalam makmal. Setelah berkembang, embrio akan dimasukkan ke dalam uterus betina terpilih untuk dibuntingkan.

Pengawanan semula jadi

Pengawanan semula jadi atau in-vivo ialah penjantan dan betina induk dibiarkan bersama semasa tempoh estrus untuk menghasilkan kehamilan. Kaedah ini mempunyai beberapa kelebihan dan kelemahan.

Kelebihan a. Tidak memerlukan kepakaran manusia

Kepakaran manusia tidak diperlukan untuk menjalankan proses permanian kerana pejantan dan betina akan melakukannya sendiri.

b. Penternak tidak perlu mengesan estrus

Pejantan akan mengesan lembu betina yang estrus dan terus menjalankan pengawanan semula jadi.

Kelemahan a. Baka pejantan terpilih sukar ditentukan

Oleh kerana pengawanan semula jadi ini tiada pengawasan baka pejantan terpilih yang dikehendaki adalah sukar untuk ditentukan.

b. Kadar pejantan dengan betina terhad

Kemampuan sekor pejantan untuk mengawan dengan betina adalah terhad mengikut faktor masa. Pejantan diperlukan dengan banyak jika bilangan betina adalah banyak.

c. Boleh menimbulkan kerakusan pejantan yang menyebabkan kecederaan betina

Pengawanan semula jadi boleh menjadikan pejantan rakus dan mengakibatkan kecederaan kepada induk betina.

d. Seekor pejantan hanya dapat melakukan proses permanian pada seekor betina pada

satu masa. Jika bilangan betina banyak proses pemanian semula jadi memerlukan masa yang panjang

e. Data pembiakan sukar ditentukan

Oleh kerana pejantan bebas bergaul dengan induk betina, pengawanan semula jadi berlaku dengan bebas dan data pembiakan sukar ditentukan

f. Penghasilan baka baru memerlukan kos yang tinggi terutama melibatkan baka luar negeri

Penternak perlu menanggung kos untuk membeli, membawa dan meyelenggara baka pejantan import.

Permanian beradas

Permanian beradas ialah satu kaedah pembiakan dengana cara menyuntik semen daripada pejantan terpilih ke dalam uterus induk terpilih dengan menggunakan alat khas seperti pistolette / French Gun. Permanian beradas memberi banyak kelebihan, antaranya ialah :

a. Data pembiakan dapat dikumpul dengan berkesan

Anak yang dilahirkan dapat dikenalpasti keturunannya dan sifat-sifat yang dikehendaki juga dapat ditentukan.

b. Baka baru dapat dihasilkan dengan lebih mudah dam murah

Oleh sebab semen boleh didapati secara beku, semen dari pejantan terpilih yang mungkin didapati di luar negara dapat disuntik ke uterus betina tempatan.

c. Mengurangkan masalah kecederaan induk betina akibat kerakusan baka pejantan d. Kos pengenadalian murah

Melalui kaedah ini, baka pejantan tidak perlu disimpan, hanya memadai menyimpan semen beku. e. Penggandaan pembiakan lebih cepat berlaku. Semen beku daripada seekor pejantan dapat disuntik kepada beberapa ekor betina pada satu- satu masa.

Walaupun begitu teknik ini masih mempunyai kelemahan, antaranya ialah :

a. Memerlukan kemahiran teknik menyuntik

Kemahiaran ini faktor penentu kejayaan kaedah ini. b. Memerlukan kemahiran memerhatikan estrus. Esterus berlaku dalam tempoh yang singkat antara 8 hingga 12 jam.

c. Sesetengah kecacatan baka pejantan hanya dapat dikesan setelah semennya digunakan untuk beribu betina.

Amalan permanian beradas melibatkan dua proses utama iaitu persediaan semen dan penyuntikan semen. Penyediaan semen melibatkan beberapa langkah iaitu :

1. Penyediaan semen

Semen ialah lendir yang dipancutkan oleh pejantan semasa ejakulasi. Semen berwarna kekuningan, likat dan terdiri daripada dua bahagian iaitu bahagian bersel (sperma) dan bahagian cecair. Kuantiti semen bagi setiap ejaklulasi bergantung kepada jenis haiwan, tahap kesuburan dan tahap kesihatan.

a. Mengumpul semen

Terdapat dua acara mengumpul semen daripada pejantan terpilih i. mengurut Pengumpul semen perlu memasukkan tangan ke dalam usus hujung dan mengurut pundi sperma sehingga ejakulasi berlaku. Teknik mengurut kelenjar vaskular sesuai untuk

ternakan keceil seperti ayam ii. Menggunakan faraj palsu Faraj palsu terdiri daripada suatu silinder getah keras berukuran 35 hingga 40 cm.Pada bahagian dalamnya disaluti dengan lapisan getah lembut. Pada satu hujung faraj palsu disediakan silinder pengumpul.

Faraj palsu perlu dipam sehingga saiznya sesuai dengan saiz zakar pejantan. Air suam 42°– 45 ° C diisikan supaya suhu dalam faraj palsu menyamai suhu dalam faraj.

iii. Diagnos mutu semen Diagnos ialah proses mengenal pasti kualiti semen dan dapat dikesan melalui : a. pemeriksaan status kualiti fizikal semen  sukat isipadu semen yang dikumpulkan

 bandingkan warna semen - terima semen berwarna kelabu, putih, krim dan kuning  uji kelikatan semen- terima semen yang alirannya sederhana perlahan, perlahan dan

sangat perlahan  uji kandungan pencemaran

 periksa morfologi sperma- terima sperma normal b. mengira peratus sperma hidup

 pemeriksaan dan penilaian motaliti semen hidup sperma pada suhu 37 °C  pemeriksaan dan penilaian motaliti semen pada suhu 4 °C  pemeriksaan dan penilaian motaliti semen beku

b. mencairkan semen

Semen yang telah dikumpul perlu dicairkan sebelum disimpan atau disuntik kepada induk betina. Tujuan mencairkan semen ialah untuk mendapatkan isipadu semen yang lebih banyak dan cairan yang sesuai untuk permanian. Semen yang dicairkan dengan menggunakan bahan seperti : @ pencair sitrat kuning telur @ pencair posfat kuning telur @ susu segar @ santan kelapa Pemilihan bahan yang digunakan sebagai pencair adalah berdasarkan : # berdaya mengekalkan keupayaan persenyawaan bagi jangka masa lama # mudah dan murah untuk disediakan # mudah didapati # tidak memberi kesan negatif terhadap induk betina

i. Bancuhan dengan karioawetan Semen yang diterima mestilah melebihi 115.6 juta sperma bagi setiap satu ml. Oleh itu

semen perlu dicairkan dengan bahan khas supaya setiap straw semen terisi 0.25 ml atau 0.5 ml semen yang mengandungi 23 juta sperma. Semen disukat menggunakan alat hemositometer.

c. Menyimpan semen

i. Mengisi semen ke dalam straw Semen boleh diisi ke dalam straw secara manual, semi automatik dan automatik. Straw yang telah diisi dicetak pengenalannya seperti nama pejantan, no kod pejantan, tarikh

pengeluaran. ii. Kariobekuan dalam cecair nitrogen Semen yang telah diisi ke dalam straw dimasukkan ke dalam blok aluminium dan direndam dalam cecair nitrogen yang bersuhu -120 °C selama sembilam minit. Selepas semen membeku keluarkan dan simpan dalam tangki nitrogen yang bersuhu -196°C.

d. Penyuntik semen

Penyuntikan semen ialah proses memasukkan semen ke dalam serviks. i. Pemilihan induk betina Induk betina yang dalam keadaan estrus dikenal pasti Kemudian induk itu dipasungkan. ii. Mengenyah beku semen

Proses mengenyah beku ialah proses mengeluarkan semen sejukbeku daripada tangki cecair nitrogen dan dibiarkan semen dalam straw mencair semula. Proses ini dilakukan dengan merendam semen beku ke dalam air suam bersuhu 35 °C. Selepas semen cair, masukkan

straw ke dalam pistolette iii.Menyuntik semen ke dalam serviks  Masukkan tangan kiri ke dalam dubur lembu betina sehingga kedudukan serviks

dapat dikesan

 Apabila kedudukan serviks telah dikenal pasti rasa dengan jari kedudukan uterus dan tanduk uterus  Bersihkan bibir faraj

 Masukkan pistolette ke dalam faraj menggunakan tangan kanan dengan kecondongan 30 ° sehingga hujung pistolette terkena serviks  Suntik semen perlahan-lahan ke bahagian uterus dan bahagian tengah serviks  Bersihkan semua peralatan selepas diguna

 Lepaskan lembu daripada pasung dan beri makanan kepadanya.