Nota sains pertanian tg pertanian tg

BAB 1 : PERTANIAN DI MALAYSIA Pengenalan

Pertanian merupakan kegiatan mengusahakan sesuatu kawasan untuk memperolehi hasil tanaman dan ternakan secara maksimum. Kini hasil pertanian merupakan bahan eksport dan bahan mentah yang sangat penting untuk industri pembuatan. Sektor estet adalah bercorak komersial, berorientasikan eksport dan diuruskan dengan baik. Hampir 60% kawasan pertanian di negara diusahakan oleh pekebun kecil namun sektor itu masih kurang maju. Sektor pertanian dijangka bersifat dinamik melalui penggunaan teknologi tinggi dan terkini.

1.1 Kepentingan Pertanian Di Malaysia

1.1.1 Pengeluaran bahan makanan

Pertanian merupakan sektor yang membekalkan makanan kepada negara untuk : @ memenuhi keperluan bekalan makanan penduduk @ mengurangkan kos mengimport bahan makanan @ memenuhi keperluan keselamatan negara

1.1.2 Pengeluaran bahan mentah

Sektor pertanian mengeluarkan pelbagai bahan mentah untuk diproses oleh industri-industri lain

1.1.3 Pendapatan eksport

Jualan hasil getah, kelapa sawit, koko serta hasil-hasil pertanian lain kepada negara-negara luar membolehkan negara menambah pendapatan wang asing

1.1.4 Peluang pekerjaan

Peluang pekerjaan dalam sektor pertanian melibatkan ramai tenaga mahir yang terlatih dalam bidang penyelidikan dan pembangunan.

1.2 Tanaman dan Ternakan di Malaysia

1.2.1 Jenis tanaman

a. getah Merupakan tanaman yang membekalkan bahan mentah kepada industri pembuatan produk getah dan industri perabut. Kawasan utama penanaman getah ialah di kaki bukit dan tanah pamah beralun di sekitar pantai barat negeri Perak, Johor, Pahang dan Perlis, pantai barat Sabah dan kawasan lereng bukit dan lembah sungai negeri Serawak

b. koko Malaysia merupakan pengeluar koko keempat terbesar dunia. Tanaman koko mempunyai masa depan yang cerah dengan penggunaan klon berhasil tinggi dan amalan agronomi yang teratur dan tanah yang sesuai. Antara kawasan utama tanaman koko negara ialah di Bagan Datoh di Hilir Perak, Kuala Selangor dan Sabak Bernam, Sandakan dan Tawau Sabah.

c. Kelapa sawit Tanaman ini diperkenalkan di Malaysia adalah untuk mengurangkan pengantungan kepada tanaman getah dan ia merupakan sumber pendapatan negara yang penting. Antara kawasan utama kelapa sawit di Malaysia ialah Rancangan Johor Tenggara dan Johor Selatan, Jengka di Pahang, Terengganu Tengah , Sandakan, Lahad Datu dan Tawau Sabah

d. Kelapa Hampir 96% daripada kawasan kelapa di Malaysia diusahakan oleh pekebun kecil. Antara kawasan utama kelapa di Malaysia adalah Sabak Bernam Selangor, Teluk Intan Perak, Kuching dan Mukah Serawak dan Lahad Datu, Tawau dan Kudat Sabah.

e. Padi Merupakan tanaman makanan terpenting negara. Kawasan penanaman padi meliputi kawasan kaki bukit dan tanah pamah yang beralun di sekitar pantai barat Semenanjung seperti Johor, Perak, Pahang dan Kedah-Perlis, pantai barat Sabah dan kawasan lereng bukit serta lembah sungai di Serawak.

f. Sayur-sayuran Kebanyakan kebun sayur diusahakan oleh pekebun kecil. Sayur-sayuran yang memerlukan iklim sederhana di tanam di Cameron Highlands

g. Buah-buahan Sektor penanam buah-buahan mempunyai potensi kerana mempunyai permintaan yang tinggi untuk pasaran tempatan dan eksport. Durian merupakan buah yang paling bayak diusahakan. Antara kawasan utama ialah durian di Parit, Batu Kurau, Bukit Gantang Perak, Rambutan di Pulai Pinang dan Muar Johor, limau bali di Ipoh Perak.

h. Teh Teh boleh dikelaskan kepada teh tanah pamah dan teh bukit. Estet teh tanah pamah terletak di Johor, Bukit Cheding dan Banting. Teh bukit pula diusahakan di Cameron Highlands, Kundasang dan Ranau Sabah.

i. Tebu Kawasan penanaman utama tebu ialah di Kedah dan Perlis. Perusahaan tebu negara tidak meluas kerana faktor iklim

j. Kopi Kopi Robusta terdapat di Kedah manakala kopi Arabica ditanam meluas di Cameron Highlands. Tiga kopi yang diusahakan secara komersial ialah kop[i Arabica, Kopi Liberica dan kopi Robusta.

k. Bunga-bungaan Dikenali juga sebagai florikultur. Industri ini merangkumi pengeluaran orkid dan tanaman hiasan di tanah rendah. Perkembangan industri ini bergantung pada pengaplikasian keadah pertanian berteknologi tinggi serta kemudahan pengendalian dan pengangkutan. Cameon Highlands banyak ditanam tanaman bunga iklim sederhana, orkid pula banyak di dataran rendah Johor, Perak dan Selangor.

1.2.2 Ternakan

Penjana pertumbuhan ekonomi yang ketiga penting di negara ini.

a. Lembu dan Kerbau Malaysia terpaksa mengimport sebahagian besar daging dan susu kerana pengeluarannya tidak mencukupi. Kawasan utama lembu dan kerbau diternak ialah Kedah, Kelantan, Sabah dan Pahang a. Lembu dan Kerbau Malaysia terpaksa mengimport sebahagian besar daging dan susu kerana pengeluarannya tidak mencukupi. Kawasan utama lembu dan kerbau diternak ialah Kedah, Kelantan, Sabah dan Pahang

c. Ayam dan itik Kawasan ternakan ayam utama ialah Seberang Perai Pulau Pinang, Selangor dan Johor. Penternak swasta mengusahakan secara besar-besaran dengan menggunakan teknologi yang moden. Malaysia telah mengeluarkan daging ayam dan telur yang melebihi dari keperluan.

d. Khinzir Kawasan pengeluaran khinzir yang penting terletak di Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor. Industri khinzir ialah perusahaan ternakan yang kedua penting di Malaysia. Pengeluarannya melebihi dari keperluan dan hasil selebihnya dieksport ke Singapura

1.2.3 Faktor yang mempengaruhi taburan tanaman dan ternakan di Malaysia

a. faktor iklim

Malaysia mempunyai iklim tropika dengan suhu yang tinggi dan hujan sepanjang tahun. Tanaman beriklim sederhana terpaksa diimport untuk memenuhi permintaan Keadaan topoggrafi juga mempengaruhi suhu misalnya seperti Cameron Highlands. Ternakan yang diternak pula terdiri dari jenis yang sesuai untuk kawasan tropika.

b. Faktor perkembangan sejarah

Sebelum penjajah tanaman diusahakan untuk sara diri. Selepas merdeka pelbagai tanaman diusahakan. Imigran Cina telah membawa masuk ayam dan khinzir dan imigran India membawa masuk lembu LID ke pantai barat Semenanjung Malaysia

c. Faktor ekonomi

Pasaran dan infrastruktur merupakan faktor ekonomi yang mempengaruhi taburan tanaman dan ternakan. Kemudahan pasaran dan infrastruktur yang baik telah menggalakkan usaha penanam dan ternakan berorientasikan eksport

d. Faktor dasar kerajaan

Selepas merdeka kerajaan telah mengatur beberapa rancangan pembangunan untuk pertanian. Dasar Pertanian Negara (DPN) telah diwujudkan @ DPN Pertama ( 1984-1992) @ DPN Kedua ( 1992 – 1998 ) @ DPN Ketiga ( 1998 – 2010)

Objektif utama DPN3 adalah untuk memaksimumkan pendapatan melalui penggunaan sumber secara optimum dalam sektor pertanian.

1.3 Trend Pertanian di Malaysia

1.3.1 Mempelbagaikan tanaman dan ternakan

Bermatlamat untuk mengelakkan negara bergantung pada satu jenis tanaman atau ternakan sebagai punca pendapatan. Faedah mempelbagaikan tanaman dan ternakan ialah

a. menambahkan dan mempelbagaikan sumber-sumber makanan

b. menambahkan pendapatan petani yang dahulunya hanya bergantung pada beberapa jenis tanaman atau ternakan sahaja.

c. Mempelbagaikan ekonomi negara dan meluaskan pasaran hasil pertanian Kerajaan melalui kementerian dana agensi-agensi turut berperanan memberikan sokongan untuk memodenkan sektor pertanian dan ini dapat membantu mempelbagaikan pengeluaran tanaman dan ternakan negara.

1.3.2 Pertanian berorientasikan eksport dan komersial

Peningkatan dalam nilai sumbangan eksport bahan pertanian terhadap eksport Malaysia bertambah dari tahun ke tahun. Sumbangan eksport tanaman utama seperti getah, kelapa sawit dan koko telah berkurangan tetapi eksport buah-buahan dan sayuran semakin berkembang dan mempunyai potensi. FAMA dan MARDI turut berperanan memajukan sektor eksport buah-buahan dan sayuran tempatan. Pasaran antarabangsa untuk bunga-bungaan seperti orkid, kekwa dan orkid sentiasa terbuka luas.

1.3.3 Hubung kait Pertanian dengan pelancongan

Agrotourism merupakan program pelancongan berasaskan pertanian. Program tinggal bersama keluarga ( Homestay dan Farmstay) semakin digemari ramai di samping kolam memancing dan hutan rekreasi. Antara kaedah yang boleh digunakan untuk memajukan sektor agrotourism ialah :

a. menyediakan ladang komersial supaya pelancong melihat sendiri cara ladang tersebut diusahakan.

b. jalan raya perlu dibina merentasi kawasan ladang agar pelancong dapat melihat ladang yang diusahakan dalam perjalanan.

c. memperbanyakan muzium atau tanaman pertanian

d. meningkatkan promosi bagi memperkenalkan pusat agrotourism

1.3.4 Hubung kait pertanian dengan landskap

Landskap bermaksud pemandangan di atas daratan termasuk bentuk muka bumi, bangunan, jalan raya dan tumbuh-tumbuhan. Pelandskapan pula merujuk kepada kegiatan meracang, mereka bentuk, melaksanakan dan menguruskan landskap untuk tujuan rekreasi, keselesaan dan keselamatan manusia. Kawasan yang diusahakan untuk pertanian bukan sahaja mampu memberikan hasil yang lumayan tetapi jika dirancang dengan baik kawasan itu akan mempunyai nilai estetika tersendiri.

1.3.5 Ladang kontrak

Ladang kontrak merujuk kepada perladangan secara perjanjian melibatkan dua pihak iaitu pembekal dan pengusaha. Pihak pembekal akan membantu menyediakan modal manakala pihak pengusaha akan membekalkan hasil yang dikehendaki. Perladangan secara kontrak diamalkan apabila sesuatu hasil pertanian mengalami perubahan harga yang kerap atau kos pengeluaran hasil terlalu tinggi.

1.3.6 Penggabungan ladang kecil

Sistem pewarisan harta serta keluasan kawasan yang terlalu kecil telah dikenalpasti sebagai punca wujudnya pekebun-pekebun kecil. Pelebun kecil tidak mampu untuk :

a. mengusahakan penanaman komoditi atau penternakan haiwan

secara besar-besaran

b. mengamalkan teknologi terkini tidak berkesan.

c. tenaga buruh yang digunakan juga tertumpu kepada ahli-ahli keluarga secara sampingan sahaja. Pendekatan ladang kelompok, ladang-ladang kecil digabungkan, agensi pertanian mengendalikan pelbagai aktiviti termasuk pembajakan dan input pertanian sementara ahli pula bertanggungjawab menjaga dan menguruskan tanamannya

1.3.7 Perhutani ( Agroforestry)

Perhutani merupakan pendekatan yang melibatkan kegiatan pertanian dan perhutanan sebagai dua kegiatan yang serasi dan saling melengkapi. Pendekatan perhutani bertujuan untuk memberi perhatian kepada masalah kekurangan sumber termasuk tanah, buruh dan bahan mentah. Ini bermakna intergrasi perhutanan dan pertanian akan membentuk asas pengeluaran yang lebih luas contoh tanaman selangan rotan dalam kebun getah.

1.4 Isu Pertanian di Malaysia

Pertanian di Malaysia sentiasa terdedah kepada isu-isu yang boleh mempengaruhi perkembangannya. Terdapat pelbagai isu yang terpaksa dihadapi oleh sektor pertanian di negara ini.

1.4.1 Produktiviti

Produktiviti diertikan sebagai kecekapan menggunakan input-input pengeluaran untuk mengeluarkan hasil yang paling maksimum. Antara kekangan dalam usaha meningkatkan sektor pertanian di Malaysia ialah :

a. sektor pertanian tidak diusahakan dengan cekap

b. daya pengeluaran yang rendah

c. saiz ladang yang terlalu kecil

d. kurang penggunaan teknologi yang lebih berkesan

e. perubahan cuaca dan iklim Langakah-langkah untuk mengatasi kekangan di dalam produktiviti adalah melalui :

a. ladang kelompok

b. perladangan campuran b. perladangan campuran

c. penggunaan teknologi klon-klon tanaman yang dihasilkan dari kultur tisu menghasilkan lebih banyak bahan penanaman dalam masa yang singkat

1.4.2 Ketidakstabilan harga

Harga yang tidak stabil merupakan masalah yang sentiasa dihadapi oleh sektor pertanian. Kos pengeluaran yang semakin meningkat turut membebankan para peternak.Manakala bekalan yang berlebih di pasaran pula menyebabkan ketidakstabilan harga. Langkah mengatasi ketidakstabilan harga ialah :

a. memproses hasil tanaman

b. agensi kerajaan membeli hasil berlebihan

c. menghapuskan penggunaan orang tengah

d. memperkenalkan harga minimum terjamin

e. mencari bahan alternatif tempatan untuk makanan ternakan

1.4.3 Penyebaran dan pengamalan teknologi baru

Amalan tradsional dalam pengeluaran pertanian kurang cekap menghalang unsaha negara mencapai paras sara diri bagi tanaman utama khasnya padi. Antara contoh teknologi terkini dalam pengeluaran pertanian di negara kita ialah:

a. pertanian persekitaran terkawal

b. penanaman sayur-sayuran secara hidroponik

c. amalan teknologi tabor terus benih padi dan jentuai yang menjimatkan sumber manusia

d. mengamalkan pengurusan perosak bersepadu( Intergrated Pest Management )

e. nelayan laut dalam menggunakan “fish finder” dan alat mengesan melalui satelit

f. penanaman sayur-sayuran menggunakan kaedah fertigasi.

1.4.4 Pendidikan dan latihan

Pendidikan dan latihan penting dalam menghasilkan sumber tenaga manusia yang mahir, cekap dan berkualiti. Segala penemuan baru, pemindahan teknologi terkini serta perubahan dalam perusahaan pertanian tidak boleh berlaku sekiranya pendidikan dan latihan yang sesuai tidak diadakan oleh agensi kerajaan

1.4.5 Penghijrahan penduduk

Penghijrahan merupakan satu proses pergerakan penduduk daru tempat ke satu tempat yang lain. Penghijrahan penduduk khasnya golongan remaja ke kawasan bandar telah menyebabkan banyak perusahaan pertanian tidak dapat dijalankan dengan berkesan. Antara langkah-langkah untuk mengatasi ialah :

a. membawa industri yang lazimnya dijalankan di bandar ke desa-desa

b. menggalakkan lebih ramai belia yang berkelulusan dan terlatih masuk ke desa untuk mengusahakan kawasan pertanian

1.4.6 Pencemaran alam sekitar

Pencemaran yang berpunca daripada aktiviti pertanian turut menjadi isu pertanian di Malaysia. Kerja membersihkan kawasan pertanian jika tidak dirancang dengan rapi boleh menyebabkan pencemaran. Penggunaan racun mahluk perosak juga telah dikenalpasti sebagai salah satu punca pencemaran alam sekitar. Langkah-langkah yang telah digunakan untuk mengurangkan penggunaan racun perosak :

a. penggunaan rumah jaring kalis serangga

b. menggunakan kawalan serangga secara bersepadu

c. menggunakan cara kawalan biologi

d. menanam tanaman secara organik

1.4.7 Kekurangan buruh

Sejumlah 61% dari jumlah pekerja di sektor pertanian terdiri daripada warga tempatan manakala selebihnya adalah rakyat asing. Ini disebabkan kebanyakan penduduk tempatan tidak berminat bekerja di ladang. Langkah-langkah mengatasi kekurangan buruh adalah seperti berikut :

a. penggunaan teknologi baru

b. penggunaan mekanisasi aldang

c. aplikasi penggunaan bioteknologi

d. pertanian persis

1.5 Peranan Institusi Dalam Pembangunan Pertanian

Institusi pertanian ditubuhkan adalah untuk membantu dalam memajukan dan memperkembangkan sektor pertanian negara. Peranan institusi kerajaan dan swasta dalam pembangunan pertanian adalah

a.menyediakan infrastruktur

seperti sistem pengairan dan saliaran, sistem jalan raya, bekalan elektrik dan air ( Jabatan Pengairan dan Saliran JPS, JKR, FELDA )

b. menjalankan penyelidikan dan pembangunan

terhadap beberapa masalah seperti pengeluaran, lepas tuai dan aktiviti hiliran seperti pemprosesan, penyimpanan, pembungkusan dan pengangkutan (MARDI,RRIM )

c.memberi khidmat nasihat dan latihan

seperti lawatan dan latihan yang dijalankan oleh agensi pengembangan pertanian ( Jabatan Pertanian, LPP, RISDA )

d. menyediakan peluang pekerjaan

antaranya sebagai penyelidik, pegawai pengembangan, perunding, juruteknik pertanian, agensi pemasaran ( MARDI, LPP, Jabatan Perkhidmatan Haiwan, FELCRA )

e.menyediakan bantuan kewangan

memberi khidmat kredit kepada petani ( Bank Pertanian Malaysia, Jabatan Pertanian, LPP, RISDA )

f. membuat penyeliaan

menentukan bahawa petani mematuhi prosedur dan undang-undang yang berkaitan dengan pertanian seperti kawalan penggunaan racun kimia, pencegahan penyakit dan pemeriksaan mutu hasil pertanian ( Jabatan Pertanian, MPOB ( Lembaga Minyak Sawit Malaysia, LGM ( Lembaga Getah Malaysia).

BAB 2 : FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERTUMBUHAN DAN HASIL TUMBUHAN

2.1 Pengenalan

Tumbuhan bergantung kepada banyak faktor untuk tumbuh dengan baik dan mengeluarkan hasil secara maksimum.

Tanah

Iklim Genetik

Faktor-faktor yang

Biosis Mempengaruhi pertumbuhan Pengawalatur

dan penghasilan tumbuh- pertumbuhan

tumbuhan

2.2 Iklim

Taburan tumbuhan dipengaruhi oleh keadaan persekitaran khasnya iklim sesuatu kawasan. Faktor iklim yang tidak sesuai akan menghadkan pertumbuhan tanaman. Terdapat empat unsur iklim iaitu :

Cahaya memberi kesan terhadap pertumbuhan dan hasil tumbuhan. Proses yang terlibat ialah

a. fotosintesis

b. kefotokalaan

Fotosintesis

Fotosintesis merupakan satu proses tumbuhan menghasilkan karbohidrat daripada karbon dioksida, air dan tenaga cahaya matahari. Proses ini berlaku dalam kloroplas yang mengandungi pigmen hijau dinamakan klorofil. Tanpa fotosintesis semua benda hidup khasnya haiwan tidak boleh hidup. Fotosintesis sebenarnya terdiri daripada dua peringkat :

a. tindakbalas cahaya

b. tinmdakbalas gelap

Tindakbalas cahaya

Tindak balas cahaya memerlukan cahaya matahari dan berlaku dalam kloroplas. Tenaga matahari yang diserap memecahakan molekul air untuk menghasilkan molekul oksigen dan atom hidrogen.

Tindak balas gelap

Tindak balas gelap berlaku tanpa cahaya dala kloroplas dan terdiri daripada beberapa turutan tindak balas yang dinamakan Kitar Celvin

Kadar fotosintesis dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti keamatan cahaya, gelombang cahaya dan suhu. Keamatan cahaya atau suhu yang bertambah akan

meningkatkan kadar fotosintesis sehingga satu had. Gelombang cahaya biru dan merah diserap dengan lebih berkesan oleh klorofil dan digunakan sebagai tenaga dalam tindak balas cahaya.

Kefotokalaan

Kefotokalaan ialah reaksi tumbuhan terhadap perbezaan tempoh siang dan malam. Tiga jenis tumbuhan yang sensitif terhadap kefotokalaan

a. tumbuhan tempoh siang pendek

orkid Phaleonopsis, ubi keledek, nanas, padi, kacang soya dan pokok kekwa (Chrysanthemum). Tumbuhan tempoh siang pendek berbunga sekiranya tempoh siang pendek kurang 12 jam. Jika ia menerima lebih 12 jam tumbuhan akan tetap tampang

b. tumbuhan neutral terhadap tempoh siang

jagung dan kebanyakan tanaman tropika

c. tumbuhan tempoh siang panjang

pokok jarak, ubi kentang dna gandum Tumbuhan tempoh siang panjang berbunga jika tempoh siang melebihi 12 jam sehari.

Faktor-faktor yang mempengaruhi penerimaan cahaya oleh tumbuhan

1. Keluasan permukaan daun

Lebih luas permukaan daun didedahkan kepada cahaya matahari maka lebih banyak sel daun dapat menjalankan fotosintesis

2. Susunan daun

Susunan daun yang lebih tegak membolehkan lebih banyak daun terdedah kepada cahaya matahari.

3. Topografi

Topografi merujuk kepada keadaan bentuk muka bumi yang tidak rata atau tinggi rendah. Tumbuhan yang tumbuh di bahagian gunung atau bukit yang terdedah terus kepada cahaya matahari akan menerima lebih banyak cahaya.

4. Naungan

Sesetengah tumbuhan tidak boleh didedahkan terus kepada cahaya matahari. Cahaya yang diterima oleh tumbuhan dapat dikurangkan dengan :

a. meletakkan tumbuhan dalam bangsal yang mempunyai bumbung diperbuat dari jaring hitam

b. kayu-kayu panjang yang disusun rapat pada jarak tertentu

Kaedah mendapatkan penggunaan cahaya yang optimum

1. Memilih tapak yang sesuai

Kawasan tanaman yang paling sesuai ialah tapak yang rata, terbuka dan mempunyai saliran air yang baik.

2. Menanam pada jarak yang sesuai

Tanaman hendaklah ditanam pada jarak dan corak yang sesuai supaya kawasan tanah yang terhad dapat digunakan secara maksimum dan dapat mengurangkan persaingan antara pokok yang ditanam Beberapa jenis corak penanaman adalah seperti berikut :

a. Sistem segi empat Amalan ini sesuai untuk menanam pokok yang besar. Berdasarkan corak a. Sistem segi empat Amalan ini sesuai untuk menanam pokok yang besar. Berdasarkan corak

b. Sistem segi tiga Sistem ini lebih ekonomikal kerana dapat menapung 15% lebih pokok berbanding segi empat. Dalam sistem ini jarak di antara pokok yang terletak di sudut segi tiga adalah sama.

c. Sistem siku keluang Sistem ini terdiri daripada pokok utama ditanam pada penjuru empat segi dengan sepohon pokok sementara di tengah segi empat. Apabila pokok utama bertambah besar, pokok sementara boleh ditebang.

3. Menyediakan sokongan

Sokongan disediakan untuk tumbuhan yang mempunyai batang lembut. Jenis sokongan yabg biasa digunakan adalah seperti:

a. sokongan kayu tunggal (lada hitam )

b. sokongan kayu junjung (kacang panjang)

c. sokongan jenis berpara (peria)

d. sokongan jenis berpagar (tomato)

4. Mengawal rumpai

Rumpai ialah tumbuhan yang tidak diingini tumbuh bersama tumbuh- tumbuhan yang ditanam. Rumpai akan bersaing dengan tanaman untuk mendapatkan cahaya dan nutrien.

5. Membekalkan cahaya tiruan

Cahaya tiruan digunakan untuk menggantikan cahaya matahari. Ia digunakan apabila cahaya semula jadi tidak mencukupi atau tidak sesuai dari segi intensiti dan jangka masa penyinaran. Sumber cahaya tiruan yang biasa digunakan ialah lampu pijar dan lampu pendarfluor. Perbezaan lampu pijar dan lampu pendarfluor

Lampu Pijar Lampu Pendarfluor

# Menghasilkan spectrum # Lebih daripada 15% tenaga elektrik cahaya

yang dibekalkan ditukar kepada yang mengandungi warna biru

cahaya

hingga inframerah # Tinggi dalam gelombang biru dan # Lampu ini tidak cekap kerana

menggalakkan pertumbuhan daun hanya 5% daripada tenaga

yang dihasilkan elektirk yang dibekalkan ditukar kekurangan kepada

Cahaya

warna merah dan inframerah diperlukan

cahaya

yang

# Sesuai untuk pertumbuhan anak oleh tanaman

benih

6. Menanam tanaman selingan

Tanaman selingan ditanam bersama tanaman utama di antara ruang- ruang pokok-pokok utama sebelum hasil diperolehi.

7. Mencantas

Mencantas ialah membuang bahagian tumbuhan yang tidak diperlukan. Ini bertujuan untuk membenarkan lebih banyak cahaya diterima oleh bahagian tumbuhan yang sebelum ini ternaung.

2.2.2 Suhu

Suhu penting kepada tumbuhan kerana semua proses fisiologi yang berlaku pada tumbuhan dipengaruhi oleh suhu.

Kesan Suhu Terhadap Pertumbuhan dan hasil Tanaman

1. Percambahan biji benih

Suhu yang terlalu rendah atau terlalu tinggi daripada suhu optimum akan menganggu percambahan biji benih. Ini kerana kebanyakan tindak balas tumbuhan melibatkan enzim-enzim khusus, di mana kadar tindak balas enzim- enzim itu dipengaruhi oleh suhu. Percambahan biji benih juga dipengaruhi oleh faktor ketersediaan air, oksigen dan keadaan persekitaran yang gelap.

2. Transpirasi

Transpirasi ialah kehilangan air melalui proses penyejatan daripada tumbuhan. Proses ini dipengaruhi oleh cahaya, kelembapan udara, suhu, tiupan angin dan ketersediaan air dalam tanah. Apabila suhu meningkat pada waktu siang kadar transpirasi akan meningkat.

3. Kualiti hasil tumbuhan

Suhu yang rendah mengurangkan respirasi dan aktiviti enzim. Kesannya hasil tanaman dapat disimpan lebih lama. Suhu yang terlalu tinggi boleh menyebabkan kadar respirasi melebih kadar fotosintesis. Ini menyebabkan makanan yang dihasilkan melalui proses fotosintesis akan hilang memalui respirasi.

4. Fizikal tumbuhan

Suhu yang terlalu tinggi atau terlalu rendah akan mebantutkan pertumbuhan tanaman. Suhu yang terlalu tinggi akan menyebabkan kecederaan seperti bentuk buah yang tidak normal, buah yang melecuh, mata tunas atau buah tidak akan berkembang dengan sempurna.

Kaedah Untuk Mendapatkan Suhu Yang Sesuai

1. Memilih tapak

Kawasan tinggi mempunyai suhu yang lebih rendah berbanding dengan kawasan

pamah. Bagi setiap ketinggian 100 meter suhu akan turun sebanyak 0.6 °C. Kawasan Cameron Highlands dipilih sebagai kawasan untuk menanam

tanaman seperti teh , kubis dan kubis bunga yang memerlukan suhu rendah.

2. Menyediakan naungan

Naungan boleh mengurangkan kesan peningkatan suhu akibat pancaran matahari yang terik. Antara contoh naungan yang biasa disediakan ialah :

a. jaring hitam yang digunakan untuk menaungkan tumbuhan yang tidak tahan matahari terik a. jaring hitam yang digunakan untuk menaungkan tumbuhan yang tidak tahan matahari terik

c. Bumbung yang diperbuat daripada kayu-kayu panjang yang disusun rapat mengikut peratus sekatan cahaya yang diperlu. Sesuai untuk keratan yang belum berakar atau anak pokok yang baru diubah.

3. Menyediakan sungkupan

Apabila bahan sungkupan diletak di atas tanah, permukaan tanah terlindung daripada pancaran cahaya matahari terus. Ini secara langsung mengurangkan

kesan pemanasan permukaan tanah oleh cahaya matahari ( mengurangkan kehilangan air daripada tanah).

2.2.3 Hujan

Hujan merupakan sumber air untuk aktiviti pertanian. Hujan yang turun tanpa henti atau banjir berkemampuan merosakkan tanaman secara mekanik.

Kesan Air Terhadap Proses Tanaman

1. Fotosintesis

Kadar fotosintesis bergantung kepada jumlah air di persekitaran. Apabila sumber air di persekitaran tidak mencukupi makan akar tidak dapat menyerap air secukupnya untuk disampaikan kepada bahagian-bahagian tumbuhan seperti daun yang menjalankan fotosintesis.

2. Penyerapan dan Translokasi nutrien

Translokasi merujuk kepada pengangkutan bahan-bahan keperluan untuk pertumbuhan dari satu bahagian ke bahagian lain melalui sistem pengangkutan tumbuhan.

Dua proses pengangkutan berlaku dalam tumbuhan ialah :

a. pengangkutan air dan bahan-bahan terlarut dari akar ke bahagian lain (xilem)

b. pengangkutan bahan-bahan tersintesis dari daun ke bahagian tumbuhan lain (floem)

3. Transpirasi

Semasa proses transpirasi air dalam bentuk wap dilepaskan daripada permukaan daun atau daripada bahagian-bahagian tumbuhan lain. Air yang dilepaskan ini secara tidak langsung menyejukkan permukaan tumbuhan. Kehilangan air dari tumbuhan dapat diatasi dengan melakukan pengairan ladang.

4. Kesegahan sel

Apabaila air mencukupi semua daun pokok akan kembang dengan sempurna untuk menerima cahaya matahari Kaedah untuk mendapatkan air mencukupi boleh dilakukan secara :

a. melakukan pengairan yang sesuai

b. melakukan penyaliran yang sesuai

c. menanam pada masa yangs sesuai

2.2.4 Angin

Kesan-kesan angin terhadap pertumbuhan dan hasil tanaman ialah

1. Transpirasi

Apabila stoma terbuka, wap air dalam ruang udara akan meresap keluar. Ini akan membentuk satu kawasan kelembapan tinggi di sekeliling stoma (mengurangkan perbezaan kelembapan antara ruang udara dalam sel-sel daun serta udara di luar daun). Kesannya kadar transpirasi akan berkurangan. Apabila angin bertiup kelembapan dialihkan menyebabkan akdar transpirasi bertambah.

2. Pendebunagaan

Debunga halus yang diterbangkan oleh angin dipindahkan ke permukaan stigma ke bunga yang lain.

3. Penyebaran penyakit dan perosak

Angin ialah agen penyebar penyakit dan perosak. Spora-spora kulat mudah dipindahkan oleh angin kerana ianya ringan. Serangga juga boleh dipindahkan ke kawasan lain oleh angin. Misalnya afid, trip, rama-rama.

4. Fizikal tumbuhan

Tiupan angin yang kencang mampu menumbangkan pokok-pokok. Tanaman yang berdaun lebar lebih mudah dirosakkan oleh angin. Pokok yang masih muda akan patah di paras tanah kesan tiupan angin. Antara amalan untuk mengelakkan daripada cedera ribut ialah :

a. Mengadakan pengadang angin

Pengadang angin terdiri daripada sebarang struktur yang boleh digunakan untuk menghalang tiupan angin. Pokok besar boleh digunakan

b. Memilih tapak

Pokok yang mudah rosak seperti pokok pisang harus ditanam di kawasan yang kurang megalami tiupan angin kencang.

c. Menyediakan sokongan

Sokongan dalam bentuk kayu tunggal disediakan untuk anak pokok yang baru ditanam. Ini kerana anak pokok masih tidak mempunyai batang dan akar yang kuat.

d. Menanam pada jarak yang sesuai

Jarak penanam yang seasuai akan menghasilkan pokok yang tahan tiupan angin. Tanaman yang ditanam rapat akan menghasilkan tanaman yang berbatang tinggi dan kurus ( tidak kuat dan mudah patah bila ditiup angin kencang).

2.3 Tanah

2.3.1 Pengenalan

Istilah tanah merujuk kepada lapisan atas permukaan bumi. Tanah diperlukan untuk menyokong kehidupan benda-benda hidup di bumi Tanah terhasil melalui tindakan kuasa- kuasa semula jadi terhadap bahan semula jadi yang wujud di permukaan bumi. Tanah dapat dibezakan kepada beberapa lapisan dari segi kedalaman serta ciri fizikal dan biologi. Jadual di bawah menunjukkan lapisan tanah lazim dan ciri-cirinya.

Lapisan Tanah

Ciri-ciri

Lazim Tanah atas

# Terdapat sisa tumbuhan dan haiwan. # Lapisan ini mempunyai ketebalan lebih kurang 15 cm dan

merupakan tanah yang paling subur berbanding dengan lapisan lain. # Akar tumbuhan tumbuh dengan baik kerana pengudaraannya baik

dan kandungan bahan organi tinggi.

# Tempat tinggal hidupan tanah.

Tanah bawah

# Berada di bawah tanah atas. # Lebih padat. # Mengandungi bahan yang terkumpul melalui proses larut resap. # Lapisan yang keras ini menghalang pertumbuhan akar dan

pengaliran air. # Terdapat sedikit organisma hidup di lapisan ini. Batuan

# Bahan batuan ini mungkin menjadi bahan induk kepada tanah itu. # Bahan induk ini sedang mengalami proses luluhawa di bawah

lapisan tanah bawah.

2.3.2 Kepentingan Tanah

Terdapat tiga kepentingan tanah kepada pertumbuhan tumbuhan

1. Memberi sokongan mekanik kepada akar tumbuhan

Cengkaman akar yang kuat membolehkan tumbuhan tumbuh tegak untuk menerima cahaya matahari yang mencukupi .

2. Membekal nutrien kepada tumbuhan

Tanah menyimpan nutrien untuk tumbuhan. Kandungan nutrien yang dibekalkan melalui baja akan pantas bertindak balas dengan kumin tanah dan bertukar kepada bentuk yang disimpan di dalam tanah.

3. Membekal oksigen dan air kepada tumbuhan

Air tanah wujud dalam beberapa bentuk :

a. filem yang meliputi kumin tanah

b. wap dalam rongga tanah

c. cecair yang dapat mengalir dalam rongga tanah Berbanding dengan udara atmosfera, udara tanah mengandungi lebih banyak karbon dioksida tetapi kurang kandungan oksigen. Hal ini disebabkan oleh :

a. respirasi akar

b. respirasi organisma tanah

c. proses pereputan bahan organik.

2.3.3 Komponen Tanah

Tanah lazim biasanya mengandungi 45% bahan mineral, 5% bahan organik, 25% gas dan 25% air. Tanah juga mengandungi pelbagai jenis benda hidup di ruang-ruang tanah.

1. Bahan Mineral

Pepejal tanah terdiri daripada bahan inorganik dan bahan organik. Bahan inorganik terdiri daripada kumin mineral yang dihasilkan melalui proses luluhawa batuan. Kumin mineral

seperti pasir, kelodak dan liat merupakan sebatian semula jadi yang mengandungi dua atau lebih unsur yang digabungkan secara kimia.

2. Bahan Organik

Sisa tumbuhan dan haiwan, najis haiwan serta haiwan dan tumbuhan yang mati bercampur dengan tanah akan mengalami proses pereputan untuk membentuk bahan organik tanah. Humus terbentuk apabila bahan organik lengkap diuraikan oleh mikroorganisma. Bahan ini Sisa tumbuhan dan haiwan, najis haiwan serta haiwan dan tumbuhan yang mati bercampur dengan tanah akan mengalami proses pereputan untuk membentuk bahan organik tanah. Humus terbentuk apabila bahan organik lengkap diuraikan oleh mikroorganisma. Bahan ini

a. Membekalkan nutrien kepada tumbuhan

Bahan organik mengandungi banyak jenis nutrien dan hanya dapat diambil oleh tumbuhan setelah bahan organik itu reput.

b. Membaiki struktur tanah

Bahan organik yang mereput akan membentuk humus. Humus dapat bertindak sebagai bahan pelekat dan akan melekatkan kumin-kumin tanah supaya membentuk satu gabungan kumin-kumin tanah tanah yang dipanggil agregat tanah. Susunan agregat tanah ini akan membentuk struktur tanah butirapuh dan struktur tanah ini dianggap terbaik kerana menghasilkan pengudaraan dan penyaliran air yang terbaik.

c. Menambahkan daya penampungan air tanah

Satu ciri bahan organik ialah kemapuannya memegang air dengan banyak. Apabila dicampur dengan tanah yang bersaliran kurang baik, seperti tanah lombong atau tannah berpasir daya penampungan air tanah itu akan bertambah.

d. Menghalang kehilangan nutrien dalam tanah

Pereputan bahan organik menghasilkan bahan-bahan bercas. Bahan-bahan itu mempunyai sifat seperti kumin liat dan berupaya menarik ion-ion seperti ion kalium, ion kalsium dan ion magnesium ke permukaannya. Oleh itu bahan organik merupakan tabung simpanan untuk banyak jenis zat makanan tumbuhan.

Kini bahan buangan industri pertanian digunakan sebagai punca bahan organik. Ini akan dapat mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar.

3. Udara

Semua ruang dalam tanah yang tidak terisi oleh air akan dipenuhi dengan gas tanah. Gas tanah mengandungi lebih banyak karbon dioksida serta mempunyai kelembapan bandingan yang tinggi berbanding dengan udara atmosfera. Keadaan ini wujud kerana lebih banyak karbon dioksida dihasilkan dalam tanah.

4. Air

Tanah mengandungi air dan cecair yang mengalir antara rongga-rongga tanah. Rongga tanah yang halus dipenuhi cecair sementara rongga yang lebih besar terisi udara. Muatan air tanah dan ciri-cirinya ditunjukkan dalam jadual di bawah :

Jenis Air Tanah

Ciri

Muatan medan # Apabila sesuatu tanah disiram dengan air, rongga tanah (had basah tanah)

akan

mula diisi dengan air # Air yang berlebihan akan mengalir keluar daripada tanah

megikut tarikan graviti. Tanah yang mengandungi air yang tertinggal ini dikatakan dalam keadaan had basah

Tanah tepu air # Semua rongga tanah dipenuhi oleh air dan tiada gas oksigen Had layu (titik layu)

# Kuantiti air maksimum yang ditampung dalam tanah. Jika tanah itu dibiarkan air akan semakin hilang daripada tanah melalui sejatan atau pengambilan oleh akar tumbuhan.

# Air akan terus hilang iaitu sehingga tidak dapat diambil oleh akar lagi. Tumbuhan akan mula kelihatan layu kerana tiada bekalan air lagi. Tanah pada keadaan ini dikatakan dalam keadaan had layu.

Organisma Tanah

Organisma terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu mikroorganisma dan makroorganisma. Jadual di bawah menjelaskan tentang ciri organisma dan peranannya kepada tanah.

Jenis Organisma Ciri Organisma dan Peranannya Kepada Tanah Bakteria

 Populasi bakteria paling tinggi bertumpu di kawasan yang Berhampiran dengan akar-akar tumbuhan  Penting dalam peredaran karbon, nitrogen, fosforus dan

sulfur dalam tanah  Terlibat dalam proses pereputan sisa organik yang terdapat

dalam tanah

Aktinomisit  Mempunyai ciri antara bakteria dengan kulat  Mengeluarkan hifa tetapi lebih halus daripada hifa kulat  Penting dalam proses pereputan susa bahan organik

Kulat  Memainakan peranan penting dalam proses pereputan bahan

organik  Terdapat kulat yang membentuk hubungan simbiosis dengan

akar tumbuhan

Nematod  Hidup bebas dapat menggunakan bahan reputan daripada

bahan organik  Membantu pereputan bahan organik dalam tanah Alga

 Keperluan cahaya untuk menjalankan proses fotosintesis  Berperanan menukarkan karbon dioksida kepada oksigen di

kawasan sawah padi  Sesetengah jenis alga menyerap nitrogen daripada udara dan

menyampaikannya kepada pokok padi

Cacing tanah  Menggaulkan hasil reputan daun di atas tanah  Membawa tanah dari satu lapisan ke lapisan lain  Membaiki pengudaraan dan saliran tanah melalui lubang-

lubang yang digali  Tinjanya yang mengandungi kalsium menambahkan kesuburan

tanah

2.3.4 Sifat Fizikal Tanah

Tiga ciri fizikal tanah yang penting ialah a.warna tanah b.tekstur tanah

c. struktur tanah

Warna Tanah

Warna sesuatu tanah dapat menerangkan keadaan fizikal tanah dan kandungannya. Warna tanah di sesuatu kawasan berbeza daripada warna tanah dari kawasan lain. Warna yang wujud pada sesuatu tanah menggambarkan kandungan bahan organik, saliran tanah, aktiviti mikroorganisma dan kesuburan tanah. Warna tanah dapat dikenal pasti dengan membandingkan warnanya dengan warna yang terdapat dalam buku carta warna Munsell Kajian menunjukkan bahawa tanah yang gelap warnanya (hitam keperangan) mempunyai kesuburan yang tinggi. Tanah ini sesuai untuk kegiatan pertanian. Kebanyakan tanah tropika berwarna merah.

Ciri-ciri tanah berdasarkan warnanya Warna Tanah

Huraian Merah

 Menandakan kandungan oksida ferum di dalam tanah  Tanah jenis ini mempunyai saliran dan pengudaraan yang baik  Tanah ini biasanya terdapat di kawasan lereng bukit  Tanah ini sesuai untuk tanaman getah dan kelapa sawit

Perang  Tanah ini mengandungi oksida ferum yang bercampur dengan bahan

organik  Mempunyai salairan ayang abaik  Tanah ini subur dan sesuai untuk kebanyakan jenis tanaman

Kelabu

 Menandakan kandungan oksida ferum di dalam tanah  Tanah jenis ini mempunyai saliran dan pengudaraan yang baik  Tanah ini biasanya terdapat di kawasan lereng bukit  Tanah ini sesuai untuk tanaman getah dan kelapa sawit

Kehitam-  Mempunyai kandungan galian mangan oksida atau bahan organik yang hitaman

tinggi  Menakung air dan mempunyai nilai pH yang rendah  Bahan organiknya lambat reput kerana kekurangan oksigen  Tidak sesuai untuk kebanyakan tanaman kerana tidak mampu memberi

sokongan kepada aakar tumbuhan yang besar.  Tanaman yang sesuai untuk kawasan ini ialah nanas dan sayur-sayuran

Putih  Mempunyai banyak jenis galian tanah liat yang dikenali sebagai koalinit Kuning

 Warna kuning menunjukkan bahawa oksida ferum telah berpadu dengan molekul-molekul air  Mempunyai saliran yang baik Tanah ini adalah lebih lembap berbanding dengan tanah yang berwarna merah

Tekstur Tanah

Tekstur tanah merujuk kepada peratus kandungan kumin-kumin pasir, kelodak dan liat atau sifat kasar dan halusnya sesuatu tanah. Tekstur tanah dapat dikesan melalui cara merasa dengan tangan atau melalui cara makmal iaitu kaedah mendapan di mana kumin-kumin tanah dibiarkan mendak.

Pisahan tanah ialah lapisan kumin yang saiznya telah ditetapkan mengikut sistem pengelasan tekatur tanah. Sistem Atterberg menetapkan kumin yang mempunyai diameter 2.00 hingga

0.20 mm sebagai pisahan pasir kasar. Sebaliknya, sistem USDA menetapkan kumin yang mempunyai diameter antara 1.00 hingga 2.00 mm sebagai pisahan pasir kasar.

Ciri pasir, kelodak dan liat : Ciri-ciri

Liat Saiz kumin

Pasir

Kelodak

kecil Saiz kumin paling daripada kumin pasir halus Bentuk kumin

Paling besar

Saiz lebih

Bulat atau tiada Tiada bentuk tetap Kepingan nipis bentuk tetap Kandungan kimia

Kebanyakannya

Silikat (mengandungi kuarza (oksida silika)

Kuarza

silica, aluminium dan magnesium)

serta unsur lain Bercas atau tidak

Bercas Rasa

Licin seperti tepung

Berasa lekit apabila lembap, keras dan padat apabila kering

Daya penyimpanan Rendah

Tinggi air Saliran

Sederhana

Kurang baik Penyimpanan air dan Kurang baik

Baik

Sederhana

Kurang ketelapan air nutrien Pengudaraan

Kurang baik

Pengelasan kumin tanah : Nama

Pisahan Diameter Kumin Mengikut Sistem Diameter Kumin Mengikut Tanah

Persatuan

Pertanian Amerika Antarabangsa (Sistem Atterberg)

Sains

Tanah Jabatan

(Sistem USDA) (Diubahsuai) Pasir sangat kasar

Syarikat

2.00 – 1.00 mm Pasir kasar

Tiada

1.00 – 0.50 mm Pasir sederhana

2.00 – 0.20 mm

0.50 – 0.25 mm Pasir halus

tiada

0.25 – 0.10 mm Pasir sangat halus

0.20 – 0.02 mm

0.10 – 0.05 mm Kelodak

tiada

0.05 – 0.002 mm Liat

0.02 – 0.002 mm

kurang daripada 0.002 mm Berdasarkan jadual di atas, kita boleh membuat kesimpulan tentang :

Kurang daripada 0.002 mm

a.Persamaan antara kedua-dua sistem :

Mempunyai ukuran diameter liat yang sama dan mempunyai pisahan jenis pasir kasar, pasir halus, kelodak dan liat. b.Perbezaan antara kedua-dua sistem : Ukuran diameter bagi pasir kasar, pasir halus dan kelodak tidak sama. Sistem Atterberg tidak mempunyai pisahan jenis pasir sangat kasar, pasir sederhana dan pasir sangat halus.

Kelas tekstur tanah merujuk kepada satu kumpulan tanah yang mempunyai sifat kasar dan halus yang disebabkan oleh kehadiran pasir, kelodak dan liat mengikut peratusan yang tertentu. Sifat ini ditunjukkan oleh petak tertentu pada carta segi tiga tekstur tanah. Peratus pasir, kelodak dan liat sesuatu tanah ditentukan dalam makmal melalui cara pemendapan. Nilai peratusan ini kemudian digunakan untuk menentukan kelas tekstur bagi contoh tanah tersebut dengan merujuk carta segi tiga tekstur tanah.

Kepentingan tekstur tanah kepada tanaman : a.Tanah yang bertekstur kasar membenarkan air mengalir dengan mudah b.Tanah bertekstur kasar mempunyai lebih banyak liang untuk peresapan gas. Pertukaran

gas yang baik akan membekalkan oksigen yang mencukupi untuk kegunaan organisma tanah.

c. Tekstur tanah akan mempengaruhi kandungan gas dan air di dalam tanah d.Tekstur tanah yang lebih halus membolehkan tanah menyimpan nutrien dan melakukan proses penjerapan nutrien oleh kumin liat. Tekstur tanah mempengaruhi pemugaran. Tanah bertekstur halus mengandungi lebih banyak liat dan menyukarkan kerja pemugaran. Tekstur tanah tidak boleh diubah sekiranya kawasan tanah yang perlu dirawat terlalu luas.

Struktur Tanah

Struktur tanah ialah susunan kumin-kumin tanah yang terdiri daripada pasir, kelodak dan liat dalam bentuk tertentu. Susunan kumin tanah itu dinamakan agregat tanah dan wujud dalam pelbagai bentuk. Tanah yang mengandungi kumin-kumin pasir dianggap sebagai tanah tidak berstruktur. Kumin tanah boleh digabung dengan menggunakan bahan organik supaya ciri fizikal dapat diperbaiki. Semasa pereputan bahan organik pelbagai jenis bahan akan dihasilkan, termasuklah bahan- bahan yang bertindak sebagai pelekat. Bahan pelekat ini akan menyatukan kumin-kumin tanah kepada susunan tertentu sehingga membentuk struktur butir rapuh. Struktur butir rapuh adalah struktur terbaik bagi kebanyakan tanaman kerana ciri rongga.

Kepentingan struktur tanah kepada tanaman

a. Struktur tanah yang baik mengandungi rongga antara agregat yang membenarkan air dan

udara meresap dengan mudah. Keadaan ini menghalang air bertakung, oleh itu akar tanaman mendapat oksigen yang mencukupi

b. Struktur yang baik menambahkan daya tahan tanah daripada kerosakkan fizikal disebabkan hakisan oleh timpaan hujan yang kuat. Kumin yang terpisah mudah ditiup oleh angina atau dilarikan air.

c. Struktur yang baik juga dapat mengurangkan kesan ketoksinan gas karbon dioksida dalam tanah. Gas ini lebih mudah meresap ke udara apabila tanah mempunyai struktur yang baik.

Struktur tanah dapat diperbaiki dengan mencampurkan tanah dengan bahan-bahan organik. Semasa pereputan bahan-bahan organik berlaku, pelbagai jenis bahan dihasilkan, termasuk Struktur tanah dapat diperbaiki dengan mencampurkan tanah dengan bahan-bahan organik. Semasa pereputan bahan-bahan organik berlaku, pelbagai jenis bahan dihasilkan, termasuk

Sifat Kimia Tanah pH Tanah

Tanah tropika biasanya bersifat asid kerana mengalami larut resapan keterlaluan kesan hujan lebat. pH tanah merujuk kepada keasidan sesuatu larutan dan ditentukan oleh kepekatan ion hidrogen (H + ) pH tanah dapat ditentukan dengan

a.kaedah Kuhn b.meter pH

Tujuh Faktor Yang Mengubah Keasidan Tanah a.Kandungan bahan induk Banyak jenis tanah di Malaysia berasal daripada batu granit. Batu granit mengandungi mineral seperti kuarza, feldspar dan mika yang mengandungi aluminium. Aluminium mengalami tindak balas hidrolisis dalam tanah lalu mengeluarkan ion hidrogen yang

dapat menurunkan pH tanah b.Kehilangan bahan berbes Pengeluaran bahan kation berbes seperti magnesium (Mg 2+), kalium (K + ) dan kalsium (C + ) melalui larut lesapan menyebabkan penurunan pH tanah. Kation berbes ini. Kation berbes yang larut ini akan digantikan oleh ion hidrogen (H + ). c.Pereputan bahan organik Apabila bahan organik mereput, pelbagai jenis asid organik yang akan merendahkan pH tanah.

d.Penggunaan baja seperti ammonium sulfat

Apabila baja ammonium sulfat dicampur dengan tanah, ion ammonium, (NH + ) akan dioksidakan kepada ion nitrat (NO 3_ ) dan ion hidrogen (H + ) melalui proses nitrifikasi. Ion

H + akan menurunkan pH tanah. e.Penambahan asid karbonik dari atmosfera Karbon dioksida bertindak balas dengan air di atmosfera lalu membentuk asid karbonik. Asid akan menurunkan pH tanah.

f. Respirasi akar dan organisma tanah Respirasi akar dan organisma tanah akan menghasilkan karbon dioksida. Gas ini akan bertindak balas dengan air lalu menghasilkan asid karbonik.

g. Penghasilan gas nitrogen dioksida dan nitrogen oksida Kedua-dua gas ini dihasilkan daripada tindak balas kilat yang mengabungkan gas nitrogen dan oksigen di atmosfera. Gas-gas ini dapat bertindak balas dengan air lalu menghasilkan asid nitrik.

Kesan pH Tanah Kepada Tanaman Ketersediaan Nutrien

Nilai pH tanah mempengaruhi ketersediaan nutrien. Nutrien lebih mudah larut dalam larutan tanah pada pH tertentu. Ini memudahkan nutrien diambil oleh akar tumbuhan. Nilai pH terlalu rendah akan menyebabkan pembebasan ion ferum dan ion aluminium. Pada pH yang terlalu tinggi pula, ion kalsium dan ion magnesium akan dibebaskan. Keempat-empat ion tersebut bertindak balas dengan fosfat lalu membentuk sebatian fosfat yang tidak larut. Keadaan ini menyebabkan fosfat kurang tersedia dalam tanah apabila pH terlalu rendah atau terlalu tinggi.

Aktiviti Mikrob

Kebanyakan mikroorganisma yang bermanfaat kepada tumbuhan hidup dalam julat pH 5.5 hingga 7.8. Mikroorganisma yang menjalankan proses penitratan akan terjejas apabila pH tanaha dalah di bawah 5.5. pH tanah yang rendah juga akan merencatkan aktiviti cacing tanah.

Penyakit Tumbuhan

Patogen merupakan penyebab penyakit. pH tanah yang rendah akan menyebabkan :  Patogen seperti kulat mudah membiak  Tumbuhan sukar memperoleh nutrien yang diperlukan  Pertumbuhan akar terjejas apabila pH terlalu tinggi atau rendah.

Unsur Perlu Untuk Pertumbuhan Tumbuhan

Sesuatu unsur nutrien dianggap perlu jika a.tumbuhan tidak dapat membesar dengan sempurna tanpa unsur tersebut b.tindakan unsur nutrien adalah spesifik dan tidak dapat diganti dengan unsur lain

c. unsur nutrien tersebut bertindak secara langsung dalam tumbuhan. Unsur ini tidak mempengaruhi penyerapan unsur lain. d.apabila tumbuhan kekurangan sesuatu unsur nutrien tambahan, unsur tersebut akan memperbaiki keadaan kekurangan yang berlaku Nutrien-nutrien yang diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan dapat dibahagikan kepada makronutrien dan mikronutrien. Makronutrien diperlukan dalam kuantiti yang banyak, sementara mikronutrien diperlukan dalam kuantiti yang sedikit sahaja.

Peranan nitrogen, fosforus dan Kalium dalam tumbuhan Unsur Utama Peranan Dalam Tumbuhan

Gejala Kekurangan Nutrien Nitrogen

Komponen protein utama diperlukan untuk Klorosis (kekuningan) semua menghasilkan klorofil. Kehadiran nitrogen bahagian tumbuhan, bermula mempercepat proses tumbesaran tumbuhan dan pada daun tua dahulu melebihkan hasil daun

Fosforus Kehadiran unsur ini mempercepat pengeluaran Daun berwarna hijau tua pada akar,

dan buah, mempercepat amnya dengan kehadiran warna kematangan pokok dan menguatkan tangkai kemerahan atau ungu pada buah-buahan. Fosforus berperanan penting daun

bunga

atau petiol pada dalam penghasilan tenaga dan diperlukan di sesetengah tumbuhan peringkat awal pembesaran tumbuhan

Kalium Menolong mempercepatkan pengeluaran buanga Daun tua mengandungi tanda Kalium Menolong mempercepatkan pengeluaran buanga Daun tua mengandungi tanda

muda mungkin metabolisme kanji, protein dan pengaktifan menunjukkan klorosis antara enzim

urat daun

Amalan Untuk Membaiki Keadaan Tanah

Kesuburan tanah merujuk kepada keupayaan tanah untuk menampung pengeluaran hasil tanaman yang memuaskan.

Tanah Yang Bermasalah di Malaysia a.Tanah asid sulfat

Merupakan sejenis tanah yang mengandungi tanah liat dengan pH kurang daripada 3.5. Kandungan aluminium dan ferum yang tinggi menyebabkan tanah ini kurang subur.

b.Tanah gambut

Tanah gambut mempunyai kandungan bahan organik yang tinggi serta saliran yang kurang baik. Tanah ini tidak memberi sokongan kepada akar pokok besar. Tanah ini berasid dan kekurangan beberapa mikronutrien seperti kuprum, mangan, zink, ferum, mobidenum dan boron.

c.Tanah bris

Tanah bris mempunyai kandungan pasir yang tinggi dan tidak berstruktur. Tanah ini mempunyai lapisan keras yang menghalang penembusan akar dan kurang daya penyimpanan air. Kekurangan air pada musim panas dan pHnya adalah sekitar 4.3

hingga

d.Tanah bekas lombong

Mengandungi 80% pasir dan tidak berstruktur. Tanah bekas lombong terdiri daripada mineral kuarza dan tidak mengandungi air yang banyak kerana peratus ruang rongga yang tinggi.

e.Tanah lempung