Menghargai Penjawat Awam

Menghargai Penjawat Awam

217. Pada bulan Ogos lalu, sebelum menjelangnya hari Lebaran Aidil Fitri, bayaran bantuan khas kewangan sebanyak 500 ringgit dan 250 ringgit, masing-masing telah dibayar kepada penjawat awam dan pesara.

218. Hari ini pula, sukacita saya mengumumkan, untuk meringankan lagi beban golongan pesara, Kerajaan akan memberi bayaran khas kewangan sebanyak 250 ringgit.

219. Kepada para penjawat awam janganlah bimbang, apa yang ditunggu sudah pun tiba. Saya dengan ini mengumumkan bonus sebanyak setengah bulan gaji bagi tahun 2013, dengan bayaran minimum 500 ringgit. Bayaran bonus dan bantuan khas kewangan ini akan dibayar pada awal bulan Januari 2014.

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat,

220. Sesungguhnya, bajet ini merupakan dokumen pasca pilihanraya sebagai antara prakarsa penting memenuhi akujanji yang kita ikrarkan semasa pilihanraya baru-baru ini. Usaha kita tidak terhenti setakat ini. Bahkan inilah kesinambungan kepada sebuah perjalanan Barisan Nasional agar terus berkobar dan bersemangat dengan api perjuangan yang marak lagi menyala, menerajui negara untuk tempoh

50 tahun akan datang.

Tuan Yang di-Pertua,

221. Tapi biasalah, bak kata orang Pekan, “maaf bercakap, nak buat macam mane, sabor jerlah”. Apa pun kebaikan yang kita perbuat, apa pun amal kebaikan yang kita lakukan, ada saja yang tidak kena, ada saja yang tidak betul di mata kawan-kawan di seberang sana.

222. Namun biarlah, kata orang, kebenaran depan mata kadang-kadang kita tak nampak. Yang batil itu akhirnya akan terpasung jua. 223. Sedangkan, orang jauh, Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry yang datang baru-baru ini pun telah mengiktiraf kita sebagai negara model kepada dunia, dalam kepelbagaian kemajuan, ekonomi dan manusia. Hatta Presiden China, Xi Jinping juga telah memuji Malaysia sebagai rakan kongsi yang boleh dipercayai. Kita juga rasa tersentuh pabila Presiden China turut mengungkapkan pengertian peribahasa Melayu, ‘air dicincang takkan putus’, bahawa, Malaysialah sahabat negara China yang sejati, ketika susah dan senang.

Tuan Yang di-Pertua,

224. Satu demi satu tohmah dilontar, beraneka domba dituduh kepada kita. Namun, kita bukanlah barisan yang mudah mengaku kalah, apatah lagi tidak mungkin duduk bersimpuh dan berdiam diri. Barisan Nasional mengambil resminya padi, makin merunduk makin berisi. Bulan demi bulan, tahun demi tahun, dari masa hingga masa, kita terus bangun, bangkit dan berjuang demi rakyat, demi negara.

225. Dalam pada itu, diakui adat dan resam manusiawi, selama berpuluh tahun, Kerajaan Transformatif Barisan Nasional mentadbir, tentulah ada salah dan khilaf di sana-sini. Namun, mendahulukan kepentingan rakyat adalah segala-galanya buat kita. Dengan adanya sokongan dan dokongan rakyat pabila dirundingi, ternyata kelemahan-kelemahan terus kita perbaiki dan usaha dapat dimantapkan.

226. Sekaligus, segala penat lelah, letih lesu yang digemblengkan terasa hilang dan terasa lega, tatkala rakyat teramai dapat mengecapi nikmat kejayaan negara. Bak kata orang Iban di Sarawak, “Utai Besai Gaga’miet”, jika kita bersatu, berganding-ganding antara Kerajaan dan rakyat, tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan.

227. Apa yang pasti, kita tidak sekali-kali akan membiar dan merelakan orang-orang yang tidak bertanggungjawab untuk mengambil alih Kerajaan ini. Demi rakyat dan demi tanahair tercinta, Putrajaya, tetap akan kita pertahankan sampai bila-bila.

Tuan Yang di-Pertua,

228. Jelasnya, bajet ini ialah dokumen berevolusi yang dipersembahkan untuk tahun 2014, merupakan siri-siri bajet yang akan membawa Malaysia bertatih, menapak dan akhirnya kini berlari-lari anak, melayari bahtera ke mercu jaya dan kompetitif di persada antarabangsa. Insya Allah, kita akan membentangkan enam lagi bajet, sebelum negara ini dijulang menjadi sebuah negara maju 228. Jelasnya, bajet ini ialah dokumen berevolusi yang dipersembahkan untuk tahun 2014, merupakan siri-siri bajet yang akan membawa Malaysia bertatih, menapak dan akhirnya kini berlari-lari anak, melayari bahtera ke mercu jaya dan kompetitif di persada antarabangsa. Insya Allah, kita akan membentangkan enam lagi bajet, sebelum negara ini dijulang menjadi sebuah negara maju

Tuan Yang di-Pertua,

229. Demi kepentingan rakyat, moga-moga bajet kali ini juga, menjadi bajet yang disirami dan dilimpahi barakah yang tidak terhitung-hitung jumlahnya. 230. Akhir kalam, dalam segala kudrat manusia, kita telah berusaha sehabis baik.

Kepada Allah kita membuat segala penyerahan dan mengembalikan segala urusan. Moga-moga Tuhan Yang Maha Berkuasa memberi selamat dan sejahtera kepada Malaysia, zahir dan batin.

Tuan Yang di-Pertua, Saya mohon mencadangkan.

Dokumen yang terkait

Analisis Pengaruh Pengangguran, Kemiskinan dan Fasilitas Kesehatan terhadap Kualitas Sumber Daya Manusia di Kabupaten Jember Tahun 2004-2013

21 388 5

PENGALAMAN KELUARGA DALAM MERAWAT ANGGOTA KELUARGA DENGAN GANGGUAN JIWA (SKIZOFRENIA) Di Wilayah Puskesmas Kedung Kandang Malang Tahun 2015

28 256 11

Analisis Pertumbuhan Antar Sektor di Wilayah Kabupaten Magetan dan Sekitarnya Tahun 1996-2005

3 59 17

DAMPAK INVESTASI ASET TEKNOLOGI INFORMASI TERHADAP INOVASI DENGAN LINGKUNGAN INDUSTRI SEBAGAI VARIABEL PEMODERASI (Studi Empiris pada perusahaan Manufaktur yang Terdaftar di Bursa Efek Indonesia (BEI) Tahun 2006-2012)

12 142 22

Hubungan antara Kondisi Psikologis dengan Hasil Belajar Bahasa Indonesia Kelas IX Kelompok Belajar Paket B Rukun Sentosa Kabupaten Lamongan Tahun Pelajaran 2012-2013

12 269 5

Peningkatan keterampilan menyimak melalui penerapan metode bercerita pada siswa kelas II SDN Pamulang Permai Tangerang Selatan Tahun Pelajaran 2013/2014

20 223 100

Kewenangan LPPOM MUI dalam penentuan sertifikasi halal pasca berlakunya uu no.33 tahun 2014

4 90 0

Pengaruh kualitas aktiva produktif dan non performing financing terhadap return on asset perbankan syariah (Studi Pada 3 Bank Umum Syariah Tahun 2011 – 2014)

6 101 0

Peranan Hubungan Masyarakat (Humas) Mpr Ri Dalam Mensosialisasikan Empat Pilar Bangsa Tahun 2014

4 126 93

Makna Kekerasan Pada Film Jagal (The Act Of Killing) (Analisis Semiotika Roland Barthes pada Film Dokumenter "Jagal (The Act of Killing)" tentang Pembunuhan Anti-PKI pada Tahun 1965-1966, Karya Joshua Oppenheimer)

17 109 98