Fasa IV : Kemasukan Maklumat ke Dalam Modul
4.5 Fasa IV : Kemasukan Maklumat ke Dalam Modul
Setelah pemilihan modul dilakukan, maklumat bagi setiap modul perlu dimasukkan. Maklumat-maklumat berkaitan dengan perkembangan projek dimasukkan ke dalam modul yang sesuai. Antara modul yang digunakan untuk memasukkan maklumat adalah seperti modul syarikat (companies), projek (projects), tugas (task) dan lain-lain lagi.
4.5.1 Maklumat Syarikat
Rajah 4.3 menunjukkan halaman bagi kemasukkan maklumat bagi sesebuah syarikat. Setelah mengisi maklumat-maklumat yang diperlukan, butang submit Rajah 4.3 menunjukkan halaman bagi kemasukkan maklumat bagi sesebuah syarikat. Setelah mengisi maklumat-maklumat yang diperlukan, butang submit
Rajah 4.3 : Halaman kemasukkan maklumat syarikat
4.5.2 Maklumat Projek
Rajah 4.4 menunjukkan halaman bagi kemasukkan maklumat bagi projek yang dijalankan. Proses kemasukkan maklumat adalah sama seperti kemasukkan maklumat syarikat yang telah dinyatakan sebelum ini. Setelah maklumat projek dimasukkan, tugas baru (new task) akan dimasukkan bagi membolehkan gantt chart dapat dipaparkan. Berikut merupakan antara langkah untuk menhasilkan gantt chart tersebut. Rajah 4.5 menunjukkan halaman untuk memasukkan tugas baru, setelah maklumat mengenai projek telah diisi. Klik butang new task untuk memasukkan tugasan.
Rajah 4.4 : Halaman kemasukkan maklumat projek
Rajah 4.5 : Halaman Projek
Setelah mengklik butang new task, paparan seperti Rajah 4.6 akan dapat dilihat. Dalam halaman tersebut butiran tugas, seperti tarikh mula aktiviti dan tarikh berakhir perlu dinyatakan. Selain itu hubungan (dependencies) di antara aktiviti yang lain ditentukan. Rajah 4.7 menunjukkan paparan bagi memasukkan dependencies antara aktiviti.
Rajah 4.6 : Halaman memasukkan maklumat tugasan dan tarikh mula serta tarikh
akhir aktiviti
Rajah 4.7 : Halaman menentukan dependancy aktiviti di tapak bina
Setelah maklumat-maklumat berkaitan dengan aktiviti di tapak bina dimasukkan, butang save diklik dan gantt chart bagi aktiviti tersebut dipaparkan. Jika ingin membatalkan kemasukkan maklumat bagi aktiviti tersebut, klik butang Setelah maklumat-maklumat berkaitan dengan aktiviti di tapak bina dimasukkan, butang save diklik dan gantt chart bagi aktiviti tersebut dipaparkan. Jika ingin membatalkan kemasukkan maklumat bagi aktiviti tersebut, klik butang
a) Tarikh mula dan akhir aktiviti.
b) Task Parent menunjukkan aktiviti baru ini berada di bawah aktiviti yang
dinyatakan dalam Task Parent.
c) Target Budget merupakan kos bagi aktiviti yang baru.
d) Task Type adalah jenis aktiviti tersebut contohnya superstructure, finishing
works dan sebagainya.
4.5.3 Memasukkan Fail
Dalam modul Files, semua fail yang berkaitan dengan projek akan disimpan dan dipaparkan kepada pengguna yang mempunyai akses kepada projek berkaitan. Dalam modul ini beberapa maklumat dari laporan kemajuan projek tersebut dimasukkan ke dalam fail. Maklumat-maklumat tersebut antaranya adalah bilangan tenaga buruh, jentera dan logi, jadual cuaca dan lain-lain lagi. Bagi memuatkan fail ke dalam modul ini adalah seperti berikut;
a) Tekan butang new files untuk memuat turun fail baru yang terdapat dalam
modul Files.
b) Halaman bagi memuatkan fail akan dipaparkan seperti dalam Rajah 4.8.
c) Klik butang Browse bagi memilih fail ingin dimuatkan ke dalam laman contoh seperti dalam Rajah 4.9.
d) Isi semua maklumat yang diperlukan bagi fail kemudian klik Submit. Untuk
membatalkan kemasukkan data klik butang Cancel.
Rajah 4.8 : Halaman memasukkan fail baru ke dalam laman
Rajah 4.9 : Pemilihan fail yang ingin dimuatkan ke dalam laman
4.5.4 Contact
Rajah 4.10 menunjukkan maklumat yang perlu diisi bagi halaman Contacts. Halaman ini menyimpan maklumat bagi alamat dan nombor telefon bagi pihak terbabit dengan sesebuah projek. Maklumat yang diperlukan bagi halaman ini diisi dan klik Submit setelah semua maklumat dimasukkan. Cancel jika ingin membatalkan kemasukkan maklumat.
Rajah 4.10 : Halaman bagi memasukkan maklumat Contact pengguna
4.5.5 Forum
Sebuah forum disediakan bagi membolehkan semua pihak yang terlibat dengan projek tersebut dapat berinteraksi antara satu sama lain. Forum yang disediakan bertujuan untuk membolehkan pihak-pihak ini untuk melaporkan apa yang berlaku di tapak bina khususnya dan berkaitan dengan projek umumnya. Rajah
4.11 menujukkan halaman bagi memasukkan forum baru. Proses memasukkan informasi sama seperti yang diterang pada subtopik 4.5.1.
Rajah 4.11 : Halaman memasukkan forum baru