Activity Monitoring - Siti Alessa.pdf

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: KAJIAN KE ATAS PEMANTAUAN AKTIVITI PROJEK BAGI INDUSTRI PEMBINAAN

SECARA ATAS TALIAN

SESI PENGAJIAN: 2005/2006

Saya SITI ALESSA YAHYA

mengaku membenarkan kertas projek (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis ini adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi.

4. **Sila tandakan ( √)

SULIT

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan)

√ TIDAK TERHAD

Disahkan oleh:

____________________________ _____________________________ (TANDATANGAN PENULIS)

(TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap : Lot 19 Taman Teluk Likas,

88400 Kota Kinabalu,

EN MOHD NUR ASMAWISHAM BIN ALEL Sabah. Nama Penyelia

Tarikh : APRIL 2006 Tarikh : APRIL 2006

CATATAN:

* Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan sebab dan tempoh kertas projek ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kertas kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

“Saya mengakui bahawa saya telah membaca tesis ini dan pada pandangan saya tesis ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Kejuruteraan Awam”

Tandatangan

Nama Penyelia

: En Mohd Nur Asmawisham Bin Alel

Tarikh

KAJIAN KE ATAS PEMANTAUAN AKTIVITI PROJEK BAGI INDUSTRI PEMBINAAN SECARA ATAS TALIAN SITI ALESSA YAHYA

Laporan projek ini dikemukaan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam

Fakulti Kejuruteraan Awam Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2006

“Saya mengakui bahawa Projek Sarjana Muda yang bertajuk “Kajian Ke Atas Pemantauan Aktiviti Projek Bagi Industri Pembinaan Secara Atas Talian ” ini adalah

hasil kerja saya sendiri kecuali rujukan yang tiap-tiap satunya saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan

: …………………………………….

Nama Penulis

: Siti Alessa Yahya

Tarikh

: ……………………………………

hÇàâ~ ÇxÇx~ 9 wtàâ~ çtÇz àxÜátçtÇz‹

Kau penguat semangatku!

`tÅt 9 Utut çtÇz w|~tá|{|AAA

Kau pelita hidupku...

PENGHARGAAN

“Terimalah apa yang Aku kurniakan kepadamu, dan jadilah dirimu

dari orang-orang yang bersyukur.”

(Surah Al-A’raf: 144)

Segala puji bagi Allah s.w.t Tuhan yang mencipta kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. Syukur ke hadrat illahi akhirnya Projek Sarjana Muda ini akhirnya dapat disiapkan.

Ribuan terima kasih terhadap penyelia PSM En Mohd Nur Asmawisham Bin Alel yang banyak membantu dalam penyiapan projek ini. Tidak lupa juga kepada mama, baba, nenek dan datuk yang banyak memberikan kata-kata peransang dan sentiasa mendoakan kejayaan Siti.

Kepada rakan-rakan seperjuangan Ijan, Shima, Dayang, Awin, Sa’adiah dan Suzana terima kasih atas sokongan yang diberikan selama ini. Semoga semua yang membantu dalam penyiapan Projek Sarjana Muda ini akan sentiasa dicucuri rahmat dari yang Maha Esa dan semoga berbahagia selalu.

Akhir sekali Siti ingin memohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki kepada sesiapa yang terasa tersinggung sewaktu menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.

“Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberikan kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka. Kemaafan yang diberi secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi”.

ABSTRAK

Pemantauan aktiviti projek memainkan peranan yang penting dalam industri pembinaan. Laporan kemanjuan projek merupakan alat yang luas digunakan dalam menyampaikan perkembangan kerja melalui proses pemantauan di tapak pembinaan. Melalui perkembangan aktiviti di tapak bina yang dilaporkan, kontraktor akan menerima bayaran dari klien. Oleh itu, adalah penting untuk menyampaikan laporan pada masa yang tepat. Walaubagaimanapun, kaedah konventional ini tidak selalunya berkesan, kadangkala penyampaian maklumat perkembangan projek tidak efisien disebabkan kelemahan komunikasi. Sebuah sistem pemantauan atas talian dibangunkan bagi menangani masalah ini. Matlamat kajian ini adalah untuk membina sebuah sistem yang dapat menyampaikan maklumat dengan pantas dan sistematik. Sistem ini dibangunkan dengan mengikut enam fasa yang telah digariskan dan dipersembahkan dalam bentuk carta alir. Dengan wujudnya sistem ini, klien dan pihak yang terlibat dalam sebuah projek dapat mengakses dan melihat laporan di atas talian di mana jua mereka berada dan pada bila-bila masa yang mereka kehendaki.

ABSTRACT

Monitoring project activities is prominent in construction industry. Construction works progress report is a tool used widely to communicate the progress works through monitoring process in construction site. According to the progress activity, the contractor will receive the payment from the client. Therefore it is important to get the report delivered on time. However, the conventional method not always works; sometimes the delivering information of project progress is not efficient due to poor communication. A monitoring system via online is developed in order to solve the problem. The study aim to create a system that can deliver information faster and more reliable. The system is developed by following the six phases delineated and represented in flow chart. The development of system will help client and participants involve to easy access and view the report via Internet anytime and anywhere they prefer.

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i PENGAKUAN

ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv ABSTRAK v

ABSTRACT vi KANDUNGAN

vii

SENARAI JADUAL xi SENARAI RAJAH xii SENARAI SINGKATAN xiv

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Penyataan Masalah 2

1.3 Objektif Kajian 3

1.4 Skop Kajian 3

1.5 Aliran Bab 4

BAB II KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 6

2.2 Laporan Kemajuan Dalam Industri Pembinaan

2.2.1 Peranan Laporan Kemajuan Dalam

Aktiviti Pembinaan

2.3.1 World Wide Web

2.4 Open Source 11

2.5 Sistem Maklumat Atas Talian

2.5.1 Sistem Maklumat Atas Talian

Dalam Industri Pembinaan

2.6 Perisian Pengurusan Projek 15

2.5.1 dotProject

2.7 Kajian Lepas : Web Based Project 18

Managment And Information System

2.8 Kajian Lepas : IT Pemantauan Projek

Pembinaan di Lembaga Getah Malaysia

2.9 Ringkasan 20

BAB III TEORI LATARBELAKANG

3.1 Pengenalan 22

3.2 Maklumat Yang Terkandung Dalam Laporan

Kemajuan

3.3 Pemantauan Kemajuan Kerja 24

3.3.1 Carta Bar 24

3.3.2 Keluk S 26

3.4 Persekitaran Laman Web 27

3.4.1 Protokol Pemindahan Hiperteks

(HTTP)

3.4.2 Bahasa Mark-up Hiperteks (HTML)

3.4.3 Web Browser 28

3.4.4 Web Server

3.4.4.1 Apache

3.5 Laman Web Statik 30

3.6 Laman Web Dinamik 31

3.6.1 PHP 31

3.6.2 MySQL 32

3.7 Ringkasan 32 3.7 Ringkasan 32

BAB IV PEMBANGUNAN SISTEM

4.1 Pengenalan 34

4.2 Fasa I : Perancangan 35

4.3 Fasa II : Pengumpulan Maklumat

4.4 Fasa III : Penentuan Modul

4.5 Fasa IV : Kemasukan Maklumat

ke Dalam Modul

4.5.1 Maklumat Syarikat 40

4.5.2 Maklumat Projek 43

4.5.3 Memasukkan Fail 45

4.6 Pengubahsuaian Modul 46

4.7 Fasa V : Penentuan Akses Pengguna

4.8 Fasa VI : Pengubahsuaian Antaramuka

Laman Web

4.9 Ringkasan 53

BAB V OPERASI SISTEM

5.1 Pengenalan 54

5.2 Tahap Akses Pengguna 55

5.3 Halaman Utama 56

5.4 Halaman Companies 58

5.5 Halaman Projects 59

5.6 Halaman Tasks

5.7 Halaman Calendar 64

5.8 Halaman Files 66

5.9 Halaman Contacts 67

5.10 Halaman Forums 67

5.11 Halaman Smart Search 68

5.12 Ringkasan 69

BAB VI KESIMPULAN

6.1 Ringkasan 71

6.2 Kesimpulan 72

6.3 Cadangan 74

RUJUKAN 75

xi

SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Peratus industri yang menggunakan dotProject

17 dalam pengurusan projek

xii

SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Carta alir bab kajian 5

2.1 Komponen asas dalam persekitaran web

2.2 Laman web The American Society of

14 Civil Engineers

3.1 Gantt’s Chart 25

3.2 Keluk S 26

3.3 Hubungan antara web server dan web browser 29

3.4 Kaedah web statik 30

4.1 Aliran metodologi kajian 35

4.2 Halaman modul 38

4.3 Halaman kemasukkan maklumat syarikat 40

4.4 Halaman kemasukkan maklumat projek 41

4.5 Halaman Projek

4.6 Halaman memasukkan maklumat tugasan dan

42 tarikh mula serta tarikh akhir aktiviti

4.7 Halaman menentukan dependancy aktiviti 42 di tapak bina

4.8 Halaman memasukkan fail baru ke dalam laman

4.9 Pemilihan fail yang ingin dimuatkan ke dalam laman

4.10 Halaman bagi memasukkan maklumat

45 Contact pengguna 45 Contact pengguna

4.11 Halaman memasukkan forum baru 46

4.12 Halaman System Administration 47

4.13 Halaman System Lookup Values

4.14 Halaman Custom Field Editor

4.15 Halaman Add User

4.16 Halaman menambah Roles pengguna 51

4.17 Permission bagi pengguna baru 51

5.1 Halaman kata laluan 56

5.2 Halaman utama (Kontraktor) 57

5.3 Halaman utama (Pengguna lain) 58

5.4 Halaman Companies 59

5.5 Halaman Projects

5.6 Halaman bagi sebuah projek 61

5.7 Contoh Gantt Chart yang dihasilkan berdasarkan

62 aktiviti di tapak bina

5.8 Halaman Tasks

5.9 Halaman Calendar 65

5.10 Paparan untuk kalendar mingguan 65

5.11 Halaman Files

5.12 Halaman Contacts 67

5.13 Halaman Forums

5.14 Halaman Smart Search 5.14 Halaman Smart Search

SENARAI SINGKATAN

ASP -

Active Server Pages

CPM -

Critical Path Method

HTML -

Bahasa Mark-up Hiperteks

HTTP -

Protokol Pemindahan Hiperteks

IIS -

Internet Information Server

PERT -

Project Evaluation Review Technique

PHP -

Hypertext Preprocessor

PWS -

Personal Web Server

SPPD -

Sistem Pengurusan Pangkalan Data

WWW -

World Wide Web

Dalam industri pembinaan, aktiviti pemantauan projek memainkan peranan yang penting bagi mengelakkan dari terjadinya kelewatan menyiapkan projek. Isu kelewatan dalam projek pembinaan bukanlah satu isu yang asing bagi kita, malah ia merupakan isu lama yang berlaku saban masa dan berpanjangan sehingga ke hari ini. Baru-baru ini Perdana Menteri kita menyatakan perlunya projek pembangunan yang disiapkan mengikut masa yang ditetapkan. Ini kerana kelewatan dalam projek pembinaan akan membawa kepada lebihan kos yang secara tidak langsung akan membeban rakyat.

Tanggungjawab untuk memantau aktiviti projek perlu dijalankan dengan teliti dan memastikan ia mengikut apa yang telah dirancang untuk mengelakkan kelewatan. Pihak pengurusan perlu memastikan satu proses pemantauan dan pengawalan direkabentuk dan diamalkan di tapak bina. Salah satu kaedah yang digunakan dengan meluas bagi menyampaikan maklumat tentang proses pemantauan ini adalah dengan menyediakan laporan projek. Melalui cara tersebut pihak pengurusan dapat memastikan kelancaran dalam penyampaian maklumat projek.

Dalam era Teknologi Maklumat ini, penggunaan internet memainkan peranan yang besar dalam menyampaikan maklumat dengan lebih pantas dan efisien. Teknologi maklumat boleh disifatkan sebagai ‘utopian dream of paperless‘ yang Dalam era Teknologi Maklumat ini, penggunaan internet memainkan peranan yang besar dalam menyampaikan maklumat dengan lebih pantas dan efisien. Teknologi maklumat boleh disifatkan sebagai ‘utopian dream of paperless‘ yang

1.2 Penyataan Masalah

Pada masa kini, aktiviti pembinaan dipantau melalui cara yang paling konvensional iaitu dengan menyediakan laporan kemajuan projek. Melalui mekanisma ini, aktiviti pembinaan di tapak akan dipantau mengikut kala masa yang telah dipersetujui oleh kontraktor dan pihak klien. Melalui laporan yang disediakan ini pihak pengurusan akan dapat membuat penilaian terhadap aktiviti pembinaan dan merangka strategi untuk meningkatkan lagi aktiviti kerja di tapak bina.

Laporan ini kemudiannya dibentangkan kepada pihak-pihak yang terlibat dalam projek pada masa yang telah ditetapkan sebelum ini. Mesyuarat yang diadakan secara bulanan atau mingguan yang mana bergantung kepada persetujuan yang terdahulu akan menerangkan perkembangan aktiviti pembinaan di tapak bina. Segala masalah yang timbul di tapak akan dibincangkan semasa mesyuarat tersebut.

Tetapi seringkali terjadi beberapa pihak yang terbabit tidak dapat menghadiri mesyuarat tersebut dengan sebab-sebab tertentu. Ini merumitkan lagi keadaan jika pihak yang tidak hadir itu adalah merupakan orang yang akan dirujuk jika terdapat masalah di tapak bina. Selain itu pihak yang tidak hadir ini tidak dapat mengikuti perkembangan projek tersebut. Ekoran daripada masalah inilah, kajian ini dijalankan dan dibangunkan. Melalui laman sistem pemantauan secara atas talian, pihak yang terbabit dapat berinteraksi di antara satu sama lain secara terus tidak kira tempat dan masa.

Sebarang masalah yang timbul di tapak bina boleh dihantar terus kepada pihak tersebut. Pihak ini boleh memberi maklumbalas terus tanpa perlu Sebarang masalah yang timbul di tapak bina boleh dihantar terus kepada pihak tersebut. Pihak ini boleh memberi maklumbalas terus tanpa perlu

1.3 Objektif Kajian

Antara objektif yang ingin dicapai dalam kajian ini adalah:

a) Kajian ke atas fungsi sumber terbuka di dalam kejuruteraan awam bagi tujuan penyediakan maklumat tentang perkembangan aktiviti projek yang sentiasa dikemskini.

b) Memyediakan sistem pemantauan aktiviti projek secara atas talian yang membolehkan maklumat perkembangan projek disampaikan dengan lebih efisien, tepat dan sistematik.

c) Mengkaji keberkesanan penggunaan sistem pemantauan aktiviti projek secara atas talian.

1.4 Skop Kajian

Skop kajian yang telah ditetapkan bagi kajian ini adalah seperti berikut:

a) Sistem dibangunkan menggunakan dotProject yang merupakan perisian open source . dotproject memerlukan web server Apache, bahasa yang digunakan adalah PHP dan pangakalan datanya adalah MySQL.

b) Sistem dibangun adalah secara atas talian bagi membolehkan semua pihak terlibat dalam projek mengakses semua maklumat dalam sistem sebagai pengguna berdaftar.

c) Maklumat yang diperlukan adalah daripada maklumat sebenar kemajuan

projek. Maklumat-maklumat tersebut akan diperolehi dari syarikat kontraktor yang sedang menjalankan projek pembinaan.

1.5 Aliran Bab

Pada bab pertama ini secara keseluruhannya menerangkan tentang penyataan masalah dalam kajian ini. Selain itu ia mengariskan beberapa objektif yang ingin dicapai melalui kajian yang akan dijalankan. Bagi mengelakkan kajian ini daripada tidak menepati objektif yang disasarkan skop kajian turut dirangka.

Dalam bab dua yang juga merupakan kajian literatur pula akan menghuraikan tentang maklumat-maklumat yang berkaitan dengan teknologi maklumat, laporan kemajuan projek dalam industri pembinaan dan juga berkenaan dengan Internet. Selain itu, ia juga menyatakan beberapa kajian berkaitan yang pernah dilakukan sebelum ini.

Bagi menambahkan lagi pemahaman mengenai kajian yang dijalankan ini, bab bagi latarbelakang teori turut dimuatkan. Melalui bab ini beberapa topik berkenaan dengan pemantauan aktiviti projek dan teori berkaitan dengan teknologi maklumat akan dibincangkan.

Manakala dalam bab empat kajian ini pula akan menerangkan tentang langkah kerja yang akan dilakukan bagi pembangunanan laman web ini. Dalam bab ini langkah kerja yang dirangka dinyatakan dalam bentuk fasa berperingkat, bagi memudahkan perlaksanannya.

Bab seterusnya dalam kajian ini adalah operasi sistem yang merupakan bab yang membincangkan berkenaan dengan hasil penggunaan sistem ini. Hasil analisis ini adalah berdasarkan aliran fasa dalam bab empat kajian ini. Output yang dikeluarkan adalah berdasarkan input yang telah dimasukkan sebelum ini. Cara input-input ini dimasukkan akan dibincangkan dalam bab empat.

Di penghujung kajian ini, keputusan yang diperolehi dari pembangunan laman web tersebut akan dibincangkan di dalam bab enam yang merupakan bab akhir dalam kajian ini. Kesimpulan dan cadangan terhadap keseluruhan kajian yang telah dijalankan akan diterangkan dalam bab ini dengan lebih terperinci lagi. Rajah

1.1 menunjukkan aliran bab bagi kajian ini.

Mula

Bab I : Pendahuluan

Bab II : Kajian Literatur

Bab III : Latarbelakang Teori Kajian

Bab IV : Pembangunan Sistem

Bab V : Operasi Sistem

Bab VI : Kesimpulan

Tamat

Rajah 1.1 : Carta alir bab kajian

BAB II KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Kajian Projek Sarjana Muda ini adalah untuk membangunkan laman web dinamik yang akan digunakan dalam pemantauan aktiviti pembinaan bagi sesebuah projek. Salah satu cara yang diamalkan pada masa kini untuk memantau aktiviti projek adalah dengan menyediakan laporan kemajuan projek.

Melalui cara ini semua pihak yang terlibat dalam projek tersebut dapat mengikuti perkembangan projek dan pihak atasan samada klien mahupun perundiang dapat memberi maklumbalas terhadap projek yang sedang dijalankan. Memandangkan kepentingan laporan kemajuan dalam memantau aktiviti projek maka kajian ini dijalankan dan dibangunkan.

Dalam bab ini topik berkenaan dengan laporan kemajuan projek, Internet, World Wide Web dan sistem maklumat atas talian akan diberi tumpuan. Laman web dotProject yang akan digunakan dalam kajian ini juga akan diterangkan dengan lebih lanjut lagi. Selain itu, topik ini juga akan membincangkan beberapa lagi aplikasi pengurusan projek dalam Internet yang sesuai digunakan dalam pemantauan aktiviti pembinaan.

2.2 Laporan Kemajuan Dalam Industri Pembinaan

Laporan kemajuan berfungsi memberikan maklumat kepada semua pihak yang terlibat dalam sesuatu projek dan merupakan salah satu cara untuk memastikan kelancaran projek (Ritz, 1994). Dalam aktiviti pembinaan penyediaan laporan kemajuan merupakan satu keperluan bagi mengambarkan perkembangan prestasi projek semasa dalam peringkat pembinaan. Ia disediakan oleh kontraktor dan pihak pengurusan di tapak bina sebaik penyerahan tapak projek kepada kontraktor (Mohd Nordin Zakaria, 2002).

Semasa proses pembinaan, kegiatan dan aktiviti kerja yang dijalankan di tapak bina akan direkodkan oleh penyelia-penyelia dari pelbagai bidang. Aktiviti yang telah direkodkan ini kemudian dianalisis oleh jurutera tapak mengunakan perisian-perisian yang sesuai. Keputusan yang diperolehi kemudiannya dibandingkan dengan jadual program aktiviti yang telah dirancang sebelum pembinaan bermula. Melalui perbandingan ini jurutera dapat mengenalpasti samada projek tersebut berjalan mengikut jadual yang telah dirancang atau tidak (Mohd Nordin Zakaria, 2002).

Jurutera tapak akan mengemukakan laporan kemajuan kepada pihak pengurusan projek samada secara mingguan ataupun bulanan. Ini membolehkan pihak pengurusan memantau aktiviti pembinaan dan seterusnya merangka strategi untuk meningkatkan lagi aktiviti kerja di tapak bina. Selain itu, pihak pengurusan juga membuat tindakan terhadap sebarang masalah yang berlaku di tapak bina dengan menyediakan pelan tindakan dan cadangan bagi mengatasi masalah tersebut (Mohd Nordin Zakaria, 2002).

Biasanya laporan kemajuan projek dibentangkan dalam satu mesyuarat tapak yang diadakan secara mingguan, dwimingguan atau bulanan dan ianya terpulang kepada keperluan sesuatu projek. Laporan yang dikeluarkan ini akan memastikan perkembangan terkini di tapak bina dapat disampaikan kepada pihak klien. Laporan perlu disahkan terlebih dahulu oleh pihak pengurusan sebelum ia dibentangkan dalam mesyuarat tapak. Ini bagi membolehkan pihak klien dapat membuat Biasanya laporan kemajuan projek dibentangkan dalam satu mesyuarat tapak yang diadakan secara mingguan, dwimingguan atau bulanan dan ianya terpulang kepada keperluan sesuatu projek. Laporan yang dikeluarkan ini akan memastikan perkembangan terkini di tapak bina dapat disampaikan kepada pihak klien. Laporan perlu disahkan terlebih dahulu oleh pihak pengurusan sebelum ia dibentangkan dalam mesyuarat tapak. Ini bagi membolehkan pihak klien dapat membuat

2.2.1 Peranan Laporan Kemajuan Dalam Aktiviti Pembinaan

Melalui Kajian Penyediaan Laporan Kemajuan Projek Dalam Industri Pembinaan yang telah disediakan oleh Mohd Nordin Zakaria (2002), beberapa peranan yang dimainkan oleh laporan kemajuan dalam peringkat pembinaan adalah seperti berikut;

a) Sebagai rujukan kepada pihak pengurusan semasa mesyuarat tapak diadakan.

Memudahkan pihak pengurusan untuk menyampaikan maklumat tentang perkembangan dan perjalanan aktiviti projek kepada pihak-pihak yang terlibat dengan projek.

b) Laporan yang disediakan boleh dijadikan sebagai perantaraan pemberi maklumat dan penerimanya, jika pemberi maklumat tidak sempat bertemu secara langsung dengan penerima maklumat.

c) Digunakan dalam membuat penilaian terhadap prestasi projek oleh pihak

pengurusan. Melalui laporan tersebut pihak pengurusan dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan sesuatu perancangan kerja.

d) Dijadikan panduaan dalam perancangan aktiviti pembinaan yang seterusnya

dan mengkaji semula rangka kerja yang telah dirancang sebelum ini.

e) Membolehkan pihak pengurusan memantau kualiti kerja, penggunaan bahan

binaan dan menganggar jumlah kos projek. Ini dapat mengelakkan daripada pembaziran dalam penggunaan bahan binaan dan seterusnya dapat mengelakkan peningkatan kos projek.

f) Memastikan kontraktor dapat menyiapkan projek mengikut tempoh yang

telah ditetapkan. Sebarang kelewatan dapat dikesan sepanjang masa pembinaan dan suatu pelan tindakan dapat di rangka bagi mengatasi masalah tersebut dengan segera.

Selain itu Asmani binti Abu Bakar (2005), dalam kajiannya (Laporan Kemajuan Kerja Bagi Tujuan Pengawasan) juga ada menyatakan beberapa kepentingan mengapa laporan kemajuan perlu disediakan antaranya adalah seperti berikut;

a) Laporan tersebut menjadi bahan bukti jika wujud sebarang pertikaian terutama jika terjadi kegagalan struktur. Melalui laporan yang disediakan, pihak yang bertanggungjawab bagi sesuatu masalah dapat dikesan tanpa perlu menyalahkan antara satu sama lain.

b) Untuk mengenalpasti masalah pada peringkat lebih awal. Jika pihak- pihak dalam sebuah projek pembinaan mencatatkan laporan harian tapak, sebarang masalah wujud dapat dikesan pada tahap lebih awal. Dengan itu langkah menangani masalah tersebut dapat diambil sebelum ia menjadi lebih serius dan menelan belanja yang lebih besar.

c) Laporan kemajuan ini dapat bertindak sebagai mekanisma untuk

mengawal kos projek. Laporan ini digunakan sebagai alat untuk pengawalan kos kerana ia dapat menunjukkan kos yang digunakan secara berkala.

2.3 Internet

Ahmad Zaharim (1999), menyatakan bahawa Internet merupakan sebuah rangkaian yang mempunyai capaian global yang tidak mengenal sempadan negara. Bilangan komputer dan penggunanya amat besar dan hingga kini hampir seluruh negara di dunia mempunyai sambungan sistem Internet. Jika dilihat dari aspek teknikal, internet adalah terdiri dari gabungan rangkaian yang kecil dan akhirnya ia membentuk sebuah rangkaian yang lebih besar dengan protokol yang sama. Manakala dari segi penggunaannya pula Internet dikatakan sebuah rangkaian yang memberikan dua perkhidmatan utama kepada penggunanya iaitu perkhidmatan komunikasi dan capaian maklumat.

Daripada dua aplikasi utama ini pelbagai perkhidmatan Internet seperti perdagangan elektronik, perbankan elektronik dan lain-lain perkhidmatan dibina (Ahmad Zaharim Abdul Aziz, 1999). Di mana perkhidmatan tersebut beroperasi selama 24jam sehari. Disebabkan perkhidmatan yang disediakan dalam Internet adalah pelbagai, penggunaanya telah berkembang dengan pesatnya.

Sejak Jaring diperkenalkan pada tahun 1992, kadar pertumbuhan pengguna Internet di Malaysia semakin meningkat. Jumlah pengguna Internet di Malaysia sehingga Ogos 2005 adalah seramai 10,040,000 orang yang merangkumi 37.9% dari jumlah populasi penduduk Malaysia sebanyak 26,500,699. Malaysia telah mencatatkan peratusan perkembangan Internet sebanyak 171.4% dari tahun 2000 hingga 2005 (Internet World Stats, 2005).

2.3.1 World Wide Web

World Wide Web atau dikenali juga sebagai WWW adalah merupakan sebuah jaringan global yang terdiri daripada koleksi fail dalam talian iaitu laman web. Yang mana hompej-hompej tersebut menyediakan pautan ke dokumen-dokumen dan sumber maklumat yang terdapat dalam rangkaian Internet. Sistem yang membolehkan hompej-hompej ini dipautkan antara satu sama lain adalah berasaskan sistem hiperteks dan hiperpautan (Zainuddin Zakaria, 2001).

Selain itu web juga dikenali sebagai dokumen multimedia kerana ia berfungsi dengan mengabungkan teks, grafik, animasi, audio dan video dalam satu dokumen dan disalurkan melalui internet. Gabungan hiperteks dan multimedia menjadikan web sebagai satu aplikasi hipermedia yang unik dan menjadi faktor utama yang mendorong perkembangan Internet yang semakin pesat (Ahmad Zaharim Abdul Aziz, 1999).

Dalam persekitaran web, terdapat dua rangkaian iaitu rangkaian pelayan dan pelanggan. Pelanggan merupakan pihak yang berfungsi membuat permintaan terhadap maklumat dan pelayar bertanggungjawab untuk memenuhi permintaan Dalam persekitaran web, terdapat dua rangkaian iaitu rangkaian pelayan dan pelanggan. Pelanggan merupakan pihak yang berfungsi membuat permintaan terhadap maklumat dan pelayar bertanggungjawab untuk memenuhi permintaan

Maklumat dalam web kebiasaanya disimpan dalam dokumen yang menggunakan bahasa yang dikenali sebagai Bahasa Mark-up Hiperteks (HTML). Bagi membolehkan dokumen berkenaan dipaparkan, pelayar perlu memahami dan menterjemah arahan-arahan tersebut menggunakan protokol yang dikenali sebagai Protokol Pemindahan Hiperteks (HTTP) ( Mohd Shahizan Othman et al., 2005). Gambarajah 2.1 di bawah menunjukkan antara komponen asas dalam persekitaran web. Penerangan lebih lanjut berkenaan dengan persekitaran web ini akan diterangkan dalam bab tiga iaitu teori latarbelakang.

Pelayan Web

rangkaian

rangkaian

TCP/IP

TCP/IP

Rajah 2.1 : Komponen asas dalam persekitaran web (Mohd Shahizan Othman et al.,

2.4 Open Source

Aplikasi open source merupakan aplikasi percuma yang membenarkan penggunanya melihat kodnya (source code). Open source membolehkan sesiapa sahaja yang berminat untuk menyertai dalam pembangunan sesebuah projek.

Pembangunan ini tidak mengenakan bayaran kepada sesiapa yang menyertainya. PHP dan MySQL adalah antara perisian bagi open source (Jay Greenspan and Brad Bugler, 2001).

Antara beberapa syarat yang perlu dipenuhi untuk untuk sesebuah perisian dianggap sebagai perisian open source antaranya adalah (Wikipedia, 2006);

a) Pengagihan percuma (Free Redistribution) yang mana perisian tersebut boleh dijual mahupun diperolehi dengan percuma.

b) Kod sumber (Source Code), kod hendaklah disediakan atau boleh

diperolehi dengan percuma.

c) Kerja pengubahsuaian (Derived Works) iaitu perisian yang diedarkan

hendaklah boleh diubahsuai.

d) Intergriti penulis kod (Integrity of The Author's Source Code) lesen perlu

mengambil kira pengubahsuaian dan pengedaran hanya sebagai sebahagian (patches) sahaja dari keseluruhan perisian.

e) Tiada diskriminasi terhadap individu atau kumpulan tertentu untuk

menggunakan perisian.

f) Pengguna komersial tidak boleh dihalang dari menggunakan perisian

tersebut.

Perbezaan utama di antara perisian yang dibina oleh komuniti open source dan perisian komersial adalah open source di bawah lesen yang diterbitkan membenarkan kod pengguna menyemak (inspect), menggubah (change), memuat turun (download) dan menjelajah (explore) perisian mengikut kehendak masing- masing (Dan Woods, 2005).

2.5 Sistem Maklumat Atas Talian

Sistem Maklumat Atas Talian merujuk kepada laman web yang menawarkan pelbagai sumber maklumat dan servis contohnya e-mail, forum, enjin pencarian, membeli belah secara atas talian dan lain-lain lagi. Laman sistem maklumat atas Sistem Maklumat Atas Talian merujuk kepada laman web yang menawarkan pelbagai sumber maklumat dan servis contohnya e-mail, forum, enjin pencarian, membeli belah secara atas talian dan lain-lain lagi. Laman sistem maklumat atas

Alexandrou (2005), pula menyatakan sistem maklumat atas talian digunakan sebagai pertukaran kepada laluan get (gateway) ke WWW. Ia menjadi titik permulaan untuk pengguna melayari internet. Sistem maklumat atas talian boleh dalam bentuk yang umum ataupun khusus. Contoh sistem maklumat atas talian umum adalah seperti Yahoo, CNET, AOL dan MSN. Manakala sistem maklumat atas talian khusus pula adalah seperti Garden.com (untuk peminat tanaman), Fool.com (untuk pelabur) dan DPReview.com (untuk jurugambar).

Sistem maklumat atas talian bagi bidang kejuruteraan adalah dalam bentuk laman sistem maklumat atas talian khusus antaranya iCivilEngineer, ProjectGrid dan Web4engineers. Lazimnya sistem maklumat atas talian menawarkan akses ke dalam laman tersebut kepada pengguna sendiri atau berdaftar sahaja. Bagi kajian ini, pembangun akan menumpukan perhatian kepada beberapa sistem maklumat atas talian yang menawarkan servis khusus dalam bidang kejuruteraan awam dan industri pembinaan amnya. Ini adalah untuk, memberi gambaran yang lebih jelas kepada web yang akan dibangunkan kelak.

2.5.1 Sistem Maklumat Atas Talian Dalam Industri Pembinaan

Sejak Jaring diperkenalkan pada tahun 1992 di Malaysia, kadar pertumbuhan pengguna internet terus meningkat. Industri pembinaan juga tidak mahu ketinggalan mengaplikasikannya ke dalam bidang pembinaan. Pada masa kini terdapat pelbagai laman web yang menawarkan servis dalam bidang pembinaan seperti khidmt perunding dan pesanan bahan.

Terdapat banyak laman sistem maklumat atas talian yang menawarkan perkhidmatan dalam bidang kejuruteraan. Berikut merupakan sepuluh laman web Terdapat banyak laman sistem maklumat atas talian yang menawarkan perkhidmatan dalam bidang kejuruteraan. Berikut merupakan sepuluh laman web

a) The American Society of Civil Engineers

b) iCivilEngineer.com

c) Civil Engineering Virtual Library

d) The Construction Innovation Forum (CIF)

e) Engineering Software Center

f) Civil & Structural Engineering ResourceWeb

g) The Civil Engineering Research Foundation (CERF)

h) The Institution of Civil Engineers

i) Dr. Hubert Chanson's Website j) GuideMe.com's Civil Engineering Resources on the Internet

Rajah 2.2 : Laman web The American Society of Civil Engineers. (American Society of Civil Engineers, 2006)

Rajah 2.2 menunjukkan laman web The American Society of Civil Engineers yang merupakan salah satu laman yang kerap dikunjungi oleh penggunan yang menyediakan maklumat berkenaan bidang-bidang dalam kejuruteraan awam. Laman-laman ini memberikan banyak maklumat berhubung dengan bidang kejuruteraan awam selain menyediakan perkhidmatan lain yang sesuai dengan bidang kejuruteraan awam.

2.6 Perisian Pengurusan Projek

Terdapat pelbagai jenis perisian pengurusan projek yang terdapat di internet dan kebanyakkannya percuma. Perisian-perisian ini sedia digunakan secara percuma oleh pengguna yang ingin menggunakan kaedah pengurusan yang lebih sistematik.

Kaedah pengurusan yang disediakan boleh diimplementasikan dalam pelbagai jenis projek samada projek pengeluaran sehingga kepada projek pembinaan. Di antara perisian pengurusan projek yang boleh diperolehi dengan mudah di internet adalah seperti berikut;

a) Gantt Project

b) iTeamWork

c) php-Collab

d) phProjekt

e) Consultant Communicator

f) Taskjuggler

g) TeamSCOPE

h) netOffice

i) OpenSched

Setiap perisian ini mempunyai kelebihan masing-masing dan ia bergantung kepada pengguna untuk memilih perisian yang sesuai dengan keperluan pengurusan projek yang ingin digunakan dalam projek mereka. Contohnya Gantt Project adalah alat pengurusan projek yang dapat menghasilkan Gantt’s chart dengan mudah. Manakala iTeamWork adalah laman yang menyediakan ahli kumpulan dengan fail dan maklumat yang membolehkan tugasan dilakukan dengan pantas dan efisien.

Berdasarkan kepada www.SoftwareProjects.org (2006), terdapat beberapa matlamat yang ingin dicapai apabila menggunakan perisian pengurusan projek antaranya ialah; Berdasarkan kepada www.SoftwareProjects.org (2006), terdapat beberapa matlamat yang ingin dicapai apabila menggunakan perisian pengurusan projek antaranya ialah;

b) Meningkatkan kerjasama antara pihak yang terlibat dalam projek

Memudahkan kerjasama dijalinkan di antara pelbagai pihak yang terdiri daripada pelbagai displin.

c) Meningkatkan proses keseluruhan projek Setiap pihak dapat memahami tanggungjawab masing-masing dengan jelas.

2.6.1 dotProject

dotProject merupakan perisian percuma (Open source) bagi aplikasi pengurusan projek yang disokong oleh sukarelawan (volunteer). Ia diselanggara, dibangunkan dan disokong secara sukarela. (The Open Source Project Management tool, 2003) Ia mula digunakan pada tahun 2000 dalam dotmarketing.org, ia berfungsi sebagai alat pengurusan projek dari mula ia beroperasi. Bermula dari penggunaannya, beberapa keperluan telah digariskan dalam dotProject antaranya ialah;

a) Antaramuka pengguna yang kemas, ringkas dan konsisten

b) Fungsian adalah dalam persekitaran pengurusan projek

c) Penggunaan adalah percuma dan ia adalah open source

Di antara ciri-ciri yang disediakan dalam dotProject (dotProject Free Software, 2003);

a) Mengurus pengguna (User Management) Mengurusan pengguna yang mengakses laman dengan memberi kebenaran untuk menggunakan sesuatu modul dan jangka masa akses.

b) Pengurusan klien dan syarikat (Client/Company Management) Menyimpan maklumat berkenaan dengan klien dan syarikat.

c) Penyenaraian projek (Project listings) Menyimpan maklumat projek, perkembangan projek dalam Gantt’s chart dan menyenaraikan tugasan bagi sesuatu projek.

d) Senarai tugasan secara hieraki (Hierarchical Task List)

Tugasan yang diutamakan adalah tugasan yang perlu disiapkan terlebih dahulu.

e) Menyimpan fail (File Respository) Menyimpan sebarang fail yang diperlukan dalam sesebuah projek yang mana boleh dilihat (view) dan disimpan (save) oleh pengguna yang mengakses laman.

f) Senarai orang yang dihubungi (Contact List) Menyimpan maklumat berkenaan dengan orang yang dihubungi.

g) Kalender (Calender) Memasukkan acara dan aktiviti projek dalam kalendar bagi memudahkan ia dilihat oleh pengguna laman.

h) Forum (Discussion Forum) Membolehkan pengguna menggunakan ruang forum untuk berinteraksi antara satu sama lain.

i) Kebenaran akses pengguna (Resource Based Permissions) Menentukan tahap akses pengguna yang mengakses laman.

dotProject adalah perisian yang boleh digunakan dalam mana-mana jenis industri. Jadual 2.1 menunjukkan tinjaun yang telah dilakukan, bagi industri yang telah menggunakan dotProject . Melalui jadual tersebut didapati penggunaan dotProject tertinggi adalah bagi industri Teknologi Maklumat manakala industri paling terendah menggunakan dotProject adalah industri berbentuk perkhidmatan dan pengangkutan. Bagi industri pembinaan peratus penggunaan dotProject adalah sebanyak 3%. Ini menunjukkan bahawa penggunaan dotProject dalam industri pembinaan masih rendah berbanding dengan industri lain seperti industri Teknologi Maklumat.

Jadual 2.1 : Peratus industri yang menggunakan dotProject dalam pengurusan projek (The Open Source Project Management tool, 2003)

Industri Peratus

IT Industry - General Software Consulting

IT Industry - Web Design and Support

Manufacturing 8 IT Industry - Consultants

Government - Local

Architecture and Drafting

Telecommunications 4 Volunteer Organisations

Building and Construction

Government - Federal

Government - State

Personal / Home Use

Finance / Insurance / Real Estate

IT Industry - Hardware Sales

Personal Services

Transportation 1

2.7 Kajian Lepas : Web Based Project Managment And Information System

Najib bin Shahid pelajar kejuruteraan awam telah menjalankan kajian sarjana muda pada tahun 2001 bagi menghasilkan satu pengurusan projek dengan mengunakan laman web. Kajian kes beliau adalah projek pembinaan Kompleks Usahawan Teknologi (KUT) MARA, Technovation Park UTM Skudai. Kompleks tersebut dimiliki oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan kontraktor yang bertanggungjawab menyiapkan projek tersebut adalah Andromed Dinamika Sdn Bhd. Pembinaan bermula dari 14 Jun 1999 sehingga 14 Jun 2000.

Dalam kajian ini beliau telah membangunkan sebuah laman web bagi mengikuti perkembangan projek tersebut. Perisian yang telah digunakan untuk merekabentuk laman web tersebut adalah Microsoft Front Page 2000. Data Access Page digunakan untuk memasukkan segala data yang berkaitan dengan projek secara atas talian.

Laman utama bagi laman yang telah dibangunkan oleh beliau adalah seperti berikut;

a) Maklumat utama projek

b) Kemajuan kerja

c) Jadual bahan binaan

d) Jadual guna tenaga

e) Carta hujan

f) Carta bayaran kemajuan

g) Arahan kerja

h) Pelan lukisan

i) Gambar kemajuan kerja

Berdasarkan kepada laman web yang dibangunkan, terdapat dua kelemahan web tersebut. Pertama laman tersebut tidak menyediakan kata laluan bagi tujuan keselamatan. Semua maklumat boleh diakses oleh sesiapa sahaja yang mengunjungi laman tersebut. Maklumat seperti bayaran kemajuan boleh dilihat oleh pengunjung walaupun maklumat tersebut adalah sulit.

Kelemahan kedua laman tersebut adalah ia tidak membenarkan pihak yang terlibat dengan projek berinteraksi secara terus dengan laman tersebut. Pihak terlibat tidak dapat menyatakan masalah dan memberi cadangan kepada penyelesaian masalah dan keputusan yang dibuat melalui laman yang dibangunkan ini.

2.8 Kajian Lepas : IT Pemantauan Projek Pembinaan di Lembaga Getah Malaysia.

Kajian yang dilakukan oleh Zaidi bin Mohamed (2000) ini bertujuan untuk memperkenalkan penggunaan internet web-based bagi pengurusan projek pembinaan milik Lembaga Getah Malaysia. Selain untuk menyelesaikan masalah kekurangan jurutera awam dalam pengurusan projek pembinaan milik Lembaga Getah Malaysia pada masa kini dan untuk projek-projek pembinaan pada masa akan datang.

Perisian yang digunakan dalam membangunkan web ini adalah Cold Fusion dan perisian pangkalan data yang digunakan adalah Microsoft Access. Dengan menggunakan perisian-perisian ini data mengenai projek tersebut dapat dimasukkan dan boleh dikemaskini dari masa kesemasa dengan cara atas talian. Data tersebut adalah seperti di bawah;

a) Maklumat projek

b) Kemajuan program kerja

c) Status bayaran kemajuan

d) Senarai kontraktor

Data-data tersebut merupakan data penting yang perlu diketahui oleh seorang jurutera projek dan Pegawai Penguasa bagi memantau perkembangan projek pembinaan secara umum. Penggunaan data-data ini menurut beliau dapat memberi gambaran yang jelas kepada ahli lembaga pengarah untuk mengetahui kemajuan dan pemantauan projek pembinaan melalui internet.

Melalui kajian ini terdapat dua kelemahan utama yang dapat diperhatikan. Pertama maklumat atau data-data yang dipaparkan dalam laman tersebut hanya tertumpu kepada kemajuan fizikal projek yang dijalankan. Maklumat seperti rekod hujan atau buruh tidak dinyatakan. Selain itu isu keselamatan juga menjadi kelemahan kepada kajian ini sama seperti kajian yang dilakukan oleh Najib bin Shahid (2001).

2.9 Ringkasan

Dalam memastikan sesebuah projek pembinaan dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan sistem pemantauan yang efisien amat diperlukan. Ini akan dapat memastikan setiap aktiviti di tapak bina berjalan dengan lancar. Laporan kemajuan dapat bertindak sebagai alat yang penting dalam menganalisa dan memberi gambaran terhadap perkembangan projek berkenaan.

Maklumat yang disampaikan di dalam sebuah laporan dapat membantu pihak yang terlibat dalam projek untuk memantau aktiviti projek bermula dari penyerahan tapak kepada kontraktor sehinggalah penyerahan projek yang telah siap kepada klien.

Disebabkan perkembangan yang pesat dalam teknologi maklumat, maka sebuah sistem pemantauan aktiviti projek melalui laman web dibangunkan. Laman sistem maklumat atas talian merupakan salah satu mekanisme yang sesuai bagi menyampaikan maklumat kemajuan projek dengan menggunakan teknologi maklumat sebagai landasan utamanya.

Sistem yang baru ini akan dibangunkan menggunakan dotProject yang merupakan salah satu perisian open source. dotProject menyediakan ciri-ciri yang sesuai digunakan bagi membangunkan sistem pemantauan aktiviti projek ini. Berbanding dengan kajian-kajian yang lepas yang menggunakan perisian-perisian seperti Microsoft Front Page 2000 dan Cold Fusion terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki lagi.

BAB III LATARBELAKANG TEORI

3.1 Pengenalan

Dalam menjalankan kajian ini pengetahuan tentang latarbelakang teori berkaitan dengan pemantauan kemajuan kerja di tapak bina dan juga berkenaan dengan teknologi maklumat perlu diketahui terlebih dahulu. Pemahaman terhadap latarbelakang ini sedikit sebanyak akan membantu dalam pembangunan laman kelak. Melalui cara ini juga pembangun akan mendapat gambaran yang lebih jelas lagi tentang perkara yang berkaitan dengan kajian ini.

3.2 Maklumat Yang Terkandung Dalam Laporan Kemajuan

Dalam penyediaan laporan kemajuan maklumat-maklumat ingin disampaikan dalam laporan tersebut memainkan peranan yang penting dalam memberi gambaran sebenar terhadap perkembangan projek yang sedang berjalan. Jenis maklumat yang diperlukan dalam laporan juga selalunya dipengaruhi oleh kehendak dan keperluan pihak atasan dan klien. Antara maklumat-maklumat yang biasa terkandung dalam laporan kemajuan adalah seperti berikut; Dalam penyediaan laporan kemajuan maklumat-maklumat ingin disampaikan dalam laporan tersebut memainkan peranan yang penting dalam memberi gambaran sebenar terhadap perkembangan projek yang sedang berjalan. Jenis maklumat yang diperlukan dalam laporan juga selalunya dipengaruhi oleh kehendak dan keperluan pihak atasan dan klien. Antara maklumat-maklumat yang biasa terkandung dalam laporan kemajuan adalah seperti berikut;

b) Carta organisasi Ia disediakan bagi menunjukkan struktur organisasi dan aliran tugas setiap pihak yang terlibat dengan jelas. Carta organisasi ini adalah dalam bentuk carta alir dan terdiri daripada carta organisasi kontraktor utama dan pengurusan tapak projek.

c) Program kerja Perkembangan sesebuah projek dapat dipantau melalui carta program kerja. Program kerja ini disediakan menggunakan perisian-perisian penjadualan projek seperti Microsoft Project, Primavera dan Proplan. Kaedah penjadualan yang digunakan dalam memantau aktiviti pembinaan adalah seperti carta bar, garis imbang dan jaringan.

d) Peratusan kemajuan kerja Status kemajuan kerja semasa adalah dinilai berdasarkan kepada aktiviti kerja sebenar ditapak bina dan aktiviti kerja yang telah dirancang sebelum ini. Perkara yang perlu ada adalah peratusan kerja sebenar dan yang dirancang serta bilangan hari yang tinggal sebelum tamat tempoh projek disiapkan. Ia biasanya dalam bentuk lengkuk S.

e) Status bayaran Merupakan senarai bayaran yang telah dan belum diterima oleh kontraktor. Selain itu juga dinyatakan tarikh mengemukakan tuntutan, jumlah tuntutan dan tarikh bayaran diterima.

f) Rekod harian

i. Jadual tenaga buruh Melibatkan bilangan tenaga kerja dan bidang tugasan yang dilakukan di tapak bina dari masa kesemasa.

ii. Jadual jentera dan mesin Merujuk kepada bilangan logi dan mesin yang digunakan dan tempoh ia digunakan.

iii. Laporan cuaca Laporan cuaca sepanjang projek dijalankan akan dicatatkan dalam bentuk

jadual atau carta pai.

g) Fotografi kemajuan Gambar yang diambil di tapak bina semasa projek sedang berjalan.

3.3 Pemantauan Kemajuan Kerja

Jadual perjalanan aktiviti kerja di tapak bina yang biasanya digunakan dalam laporan kemajuan adalah carta bar dan keluk S. Kedua-dua kaedah ini mudah difahami oleh semua pihak yang terlibat dengan projek pembinaan. Selain itu terdapat dua lagi kaedah yang biasa digunakan dalam menerangkan kemajuan aktiviti di tapak bina secara grafikal iaitu CPM (Critical Path Method) dan PERT (Project Evaluation Review Technique ). Walaubagaimanapun hanya carta bar dan keluk S sahaja yang akan diterangkan dalam subtopik ini memandangkan penggunaannya yang meluas dalam pemantauan aktiviti projek.

3.3.1 Carta Bar

Seperti yang diterangkan dalam awal bab ini, perkembangan sesebuah projek dapat dipantau melalui carta program kerja. Program kerja ini biasanya disediakan Seperti yang diterangkan dalam awal bab ini, perkembangan sesebuah projek dapat dipantau melalui carta program kerja. Program kerja ini biasanya disediakan

Sept. Sept. Sept. Sept. Oct. Oct. Oct. Oct. Oct. 30

Phases Quantity Start

Finish

4-8 11-15 18-22 25-29 2-6 9-13 16-20 23-29 Nov. 3

Dig hole

8 cu. yd. Sept.

Obtain 2 cu. yd. Sept.

Fine ----------

Compact ----------

Place ----------

Excess ----------

Estimated progress

Actual progress

Rajah 3.1 : Gantt’s Chart (James J. Adrian, 1981)

Teknik ini diasaskan oleh Henry Gantt dan Frederick W.Taylor sekitar tahun 1900-an (Barrie, D.S. and Paulson, B.C. 1984). Ia mengandungi dua paksi yang menghubungkan antara senarai aktiviti yang dijalankan kepada skala masa (Surinders, 1994). Panjang bar menunjukkan tempoh masa yang diambil oleh sesuatu aktiviti untuk disiapkan.

Carta bar menyediakan kaedah yang dapat mengintegrasikan fasa projek ke dalam perancangan menyeluruh. Dengan itu ia dapat menganggar masa mula dan tamat bagi setiap fasa. Selain itu ia dapat menentukan samada perkembangan projek mengikut perancangan atau tidak dengan mudah (James J. Adrian, 1981).

Pada asasnya ia digunakan bagi mengawal elemen masa untuk suatu program atau projek. Carta bar dilambangkan oleh panjangnya suatu garisan tersebut garisan tersebut menunjukkan jangka masa sesuatu aktiviti.

3.3.2 Keluk S

Pengawalan dan pemantauan masa projek adalah merupakan elemen yang penting kerana ia akan menunjukkan samada projek berjalan dengan lancar atau tidak. Pemantauan bagi sebuah projek adalah dengan melakukan perbandingan di antara kemajuan sebenar dan kemajuan yang dirancang.

Bentuk lengkung S diperolehi daripada panduan kemajuan projek per unit masa (hari, minggu, bulan atau tahun) supaya memperolehi kemajuan projek kumulatif. Secara kasarnya, kebanyakan projek perbelanjaan untuk sumber per unit masa adalah cenderung pada permulan agak perlahan dan diikuti puncaknya kemudian berakhir dengan perlahan (Hanisah Ismail, 2001).

Projected

Current lead in

ce Progress

er

Actual Planned completion date

Projected completion date

Current time lead

Current date

Time

Rajah 3.2 : Keluk S (Hanisah Ismail, 2001)

Seperti carta bar, keluk S dalam Rajah 3.2 juga dapat menunjukkan perancangan projek. Apabila projek dilaksanakan, kemajuan projek sebenar dan projek yang dirancang dapat dibandingkan dan dapat mengenalpasti samada projek sebenar tersebut lewat atau tidak (Barrie, D.S and Paulson, B.C, 1984).

3.4 Persekitaran Laman Web

Bagi membangunkan sebuah sistem pemantauan secara atas talian persekitaran asas bagi sebuah laman web perlu diketahui bagi menambahkan lagi kefahaman berkenaan sistem yang akan dibangunkan. Berdasarkan kepada penerangan tentang persekitaran web di awal bab dua kajian ini, komponen asas bagi persekitaran web terdiri daripada Protokol Pemindahan Hiperteks (HTTP), Bahasa Mark-up Hiperteks (HTML), pelayan dan pelanggan web.

Dalam bab ini setiap komponen berkenaan akan diterangkan lebih lanjut lagi. Ini adalah bagi tujuan pemahaman tentang persekitaran laman web sebelum laman web bagi pemantauan projek dapat dibangunkan. Selain itu juga web server yang akan digunakan dalam pembangunan laman web ini iaitu Apache turut dibincangkan.

3.4.1 Protokol Pemindahan Hiperteks (HTTP)

Protokol Pemindahan Hiperteks atau HTTP adalah piawaian yang digunakan dalam menformat dan menghantar data atau maklumat yang kemudiannya disalurkan ke WWW. Dengan kata lain ia merupakan protokol yang digunakan untuk memindahkan laman web ke Internet. Yang mana pelayan utama WWW adalah pelayan HTTP dan pelanggan pula adalah perisian yang dikenali sebagai browser (Zainuddin Zakaria, 2001).

Pengguna boleh menggunakan browser ini untuk memperoleh maklumat atau sumber yang dingini yang terdapat dalam pelayannya. Walau bagaimanapun pelayan

HTTP ini tidak dapat menyediakan sebarang ingatan terhadap sebarang maklumat berkenan dengan permintaan maklumat yang lepas (Mohd Shahizan Othman et al., 2005).

3.4.2 Bahasa Mark-up Hiperteks (HTML)

Bahasa Mark-up Hiperteks atau nama singkatanya HTML merupakan bahasa yang digunakan untuk membuat laman web. HTML ini adalah dalam bentuk dokumen teks biasa dan ia mengandungi pelbagai arahan atau dikenali sebagai tag. Tag ini digunakan untuk memberitahu penyemak seimbas bagaimana teks tersebut harus dipamerkan (Zainuddin Zakaria, 2001).

Dr. Ahmad Zaharin (1999) menerangkan dokumen HTML adalah terdiri daripada dua bahagian iaitu kepala (head), dan badan (body). Bahagian kepala bermula dengan <HEAD> dan berakhir dengan tag </HEAD>. Ia mengandungi mengandungi tajuk dokumen yang bermula dengan tag <TITLE> dan berakhir dengan tag </TITLE>. Bahagian badan pula bermula dengan tag <BODY> dan berakhir dengan tag </BODY>. Dokumen HTML mesti terkandung antara tag <HTML> dan </HTML> masing-masing. Contoh bagi struktur dokumen HTML adalah seperti dibawah;

<HTML> <HEAD> <TITLE> Tajuk Laman Web</TITLE> </HEAD> <BODY>Penerangan</BODY> </HTML>

3.4.3 Web Browser

Web browser adalah perisian yang digunakan untuk memuat turun maklumat dari WWW. Keupayaannaya memaparkan dan menyimpan laman-laman web merupakan ciri utama bagi sebuah web browser.