NASIHAT LUQMAN AL-HAKIM Nota Lengkap t4 Pendidikan Islam

 cara menjaga waktu solat  kerjakan solat apabila masuk waktu  menjaga segala rukun qalbi hati, qauli perkataan dan fikli perbuatan  bersungguh-sungguh tunaikan solat Pengajaran Ayat  solat hendaklah ditunaikan dengan khusyuk dan ikhlas kerana solat tiang agama  umat Islam hendaklah menjaga maruah dan kehormatan diri setiap masa  menunaikan janji dan amanah merupakan sifat yang mencerminkan peribadi Muslim

BAB 7 : NASIHAT LUQMAN AL-HAKIM

Intisari Ayat Luqman menasihati anaknya supaya bersyukur kepada Allah, tidak mensyirikkan Allah, berbakti kepada kedua ibu bapa, mendirikan solat, melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan, tidak bersikap sombong dan bersopan ketika berjln. Segala amalan baik dan jahat akan dibalas di akhirat kelak Huraian Ayat  Luqman ialah hamba Allah yang soleh lagi bertaqwa  beliau dianugerahkan pengetahuan, kebijaksanaan, kefahaman agama yang mendalam, kemuliaan dan kedudukan yang tinggi  beliau digelar Al-Hakim kerana kata-kata hikmat beliau. Kisahnya menjadi pengajaran dan teladan kepada manusia Nasihat Luqman kepada anaknya 1. jgn melakukan syirik 2. berbuat baik kepada kedua ibu bapa 3. bersabar terhadap bala bencana 4. jgn bersombong 5. melakukan kebaikan dan cegah kemungkaran 6. menunaikan solat pada awal waktu Tidak Melakukan Syirik  syirik ialah menyekutukan Allah atau menyamakan Allah dengan yang lain sama ada dari segi zat, sifat atau perbuatan-Nya  syirik termasuk dosa besar. Orang yang syirik terbatal iman, ibadat tidak diterima dan mendapat balasan neraka Bahagian syirik 1. syirik jali: syirik terang-terangan seperti sembah berhala, sembah pokok dan puja kubur 2. syirik khafi: syirik tersembunyi tidak nampak seperti percaya kepada azimat, tangkal, riak dan takbur Berbuat Baik Kepada Ibu Bapa Sebab anak perlu berbakti kepada ibu bapa  ibu bersusah payah mengandungkan anaknya  ibu bapa menjaga anaknya hingga dewasa dengan penuh kasih sayang  bapa cari nafkah untuk anak  sanggup bersusah payah demi kebaikan anak Contoh beradab dengan ibu bapa  merendahkan suara ketika bercakap dengan mereka  dengar nasihat mereka  mematuhi perintah mereka yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam  sentiasa menggembirakan mereka  orang yang buat baik kepada ibu bapa akan dapat balasan baik di dunia dan di akhirat manakala orang derhaka akan dapat azab di akhirat Menunaikan Kebaikan  setiap mukmin bertanggungjawab menyeru orang lain kepada kebaikan dan meninggalkan kemungkaran  bersyukur dan berterima kasih adalah amalan mulia dan kita hendaklah berterima kasih kepada Allah dan manusia Tegahan Bersifat Sombong  Islam perintahkan kita tegur sapa dan tunjuk wajah manis serta lihat muka ketika berbicara dengan orang lain  kita erlu berbicara dengan lembut dan berhemah agar pendengar memahami jelas dan menerima dengan hati terbuka Menghadapi Bencana Kepentingan sabar  memperoleh kejayan kerana tidak berputus asa  reda hadapi dugaan dan ujian Allah  melakukan pekerjaan dengan cermat dan bersungguh-sungguh  tidak mudah dihasut syaitan Pengajaran Ayat  Allah jadikan kisah Luqman sebagai panduan hidup bagi seluruh umat manusia  Islam memberi penghormatan tinggi kepada kedua ibu bapa  umat Islam hendaklah beradab sopan dan berbudi bahasa dalam pergaulan HADITH TINGKATAN 4 TAJUK : HADITH MAKANAN YANG BAIK Hikmah menjauhi makanan dan minuman yang haram 1. Menjaga kesihatan badan 2. Memelihara kewarasan akal 3. Dimakbulkan doa 4. Mendapat pahala kerana mengikut sunnah 5. Menjauhkan diri daripada seksa neraka Hubungan makanan, minuman dan pakaian dengan ibadah ialah sebagai penyebab dimakbulkan doa Syarat rukhsah memakan dan meminum makanan yang haram 1. Hanya terdapat makanan atau minuman yang haram sahaja 2. Makan atau minum sekadar menyelamatkan nyawa 3. Makan atau minum bukan untuk kenyang Hikmah rukhsah memakan dan meminum yang haram di dalam keadaan darurat 1. Islam mewajibkan umatnya menjaga nyawa sebagai sesuatu yang berharga 2. Melambangkan ajaran Islam tidak membebankan bahkan memudahkan umatnya. Pengajaran hadith 1. Umat Islam mestilah prihatin terhadap makanan atau minuman yang halal dan bersih. 2. Wajib menghindari makanan atau minuman yang haram. 3. Allah tidak menerima doa hambaNya yang mengambil makanan atau minuman yang haram. 4. Kita wajib memakai pakaian yang menutup aurat, bersih dan sesuai. Contoh Soalan 1. Jelaskan tiga hikmah memakan makanan yang halal. 2. Terangkan ciri-ciri makanan yang halal dan haram. 3. Islam mementingkan makanan yang berkhasiat dan halal Jelaskan tiga akibat mengabaikan tuntutan tersebut. 4. Jelaskan tiga pengajaran yang dapat di ambil dari haditj di atas. TAJUK : PERPADUAN TERAS KEMAJUAN Sifat-sifat umat Islam yang menghalang kemajuan 1. Dengki al-hasad 2. Benci-membenci al-ghadhab 3. Menipu al-najasy 4. Berpaling muka 5. Jual beli diatas jualan orang lain Sebab umat Islam haram bersifat hasad, menipu, berdusta dan membenci 1. Perbalahan dan permusuhan dalam persahabatan 2. Suka melihat orang lain susah 3. Mementingkan diri sendiri Cara memupuk perpaduan 1. Memupuk kasih sayang di antara anggota masyarakat 2. Mengamalkan sikap tolong-menolong dan saling bekerjasama 3. Memelihara hak orang lain dengan menghormati maruah dan budaya mereka 4. Bertolak ansur dan prihatin terhadap masalah jiran dan masyarakat 5. Mengamalkan budaya ziarah-menziarahi dan kunjung-mengunjung 6. Bersikap patriotik dan sayangkan negara. Pengajaran hadith 1. Semua orang Islam bersaudara 2. Perpaduan sangat penting kepada kestabilan bangsa dan negara 3. Mengekalkan perpaduan adalah tanggungjawab semua rakyat 4. Sifat dengki-mendengki akan menghancurkan ukhwah islamiyyah Contoh Soalan 1. Senaraikan larangan-larangan yang terdapat dalam hadith. 2. Jelaskan tiga sebab larangan berhasad dengki berdasarkan hadith di atas. 3. Huraikan tiga akibat mengingkari larangan berhasad dengki dan benci membenci. 4. Jelaskan tiga langkah untuk menyatupadukan ummah. AKIDAH

BAB 10 PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN