TILAWAH DAN HADIS TINGKATAN 4
BAB 1 : MANUSIA PERLU BERSYUKUR
Intisari ayat
Allah beri peringatan kepada musyrikin Mekah mengambil iktibar terhadap kaum dahulu yang dibinasakan Allah kerana tidak bersyukur nikmat-Nya, bahkan melakukan kemungkaran dan
kekufuran. Mereka menerima azab yang pedih. Nikmat kurniaan Allah:
iman
Islam
kesihatan tubuh badan
akal fikiran
Cara bersyukur dengan nikmat-Nya
Hati
Sentiasa ingat Allah
Merendah diri terhadap kekuasaan-Nya Lidah
Ucap Alhamdulillah
Baca al-Quran, zikir, tasbih
Anggota badan
Guna nikmat ke arah kebaikan
Melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya
Kemusnahan kaum ‘Ad, Thamud, Lut
Kaum Ad : Allah beri nikmat tanah subur dan hasil tanaman mewah tetapi mereka kufur dan tolak ajaran Nabi Hus a.s. Mereka dibinasakan oleh Allah dengan puting beliung memusnahkan diri dan
harta
Kaum Tahmud : Allah beri kekayaan dan hidup mewah tetapi mereka angkuh, tidak beriman dan tuduh Nabi Soleh a.s pendusta. Mereka dibinasakan dengan halilintar dan gempa bumi
Kaum Lut : hidup mewah tetapi tolak ajaran Nabi Lut a.s. dan amalkan homaseks. Mereka binasa dengan diterbalikkan negeri mereka
1. Sebab umat terdahulu dibinasakan 2. Menorak ajaran yang dibawa oleh para nabi dan rasul
3. Menuduh nabi dan rasul sebagai pendusta 4. Melakukan kemungkaran dan maksiat
5.
Tidak mahu bersyukur dengan nikmat yang dikurniaka
n
Tugas manusia sebagai khalifah
beribadat kepada-Nya
menegakkan agama Islam
melaksanakan amar makruf nahi mungkar
membangun dan mengurus alam dengan baik berdasarkan syariat
Pengajaran ayat
Allah binasakan umat terdahulu kerana kufur dan ingkar
manusia mesti bersyukur nikmat Allah
orang tidak bersyukur diazab Allah
BAB 2 : RASUL PENYAMPAI WAHYU
Tujuan Allah mengutuskan Rasul peranan Rasul Membetulkan akidah daripada kesesatan kepada beriman kepada Allah
Menjelaskan syariat dan peraturan untuk kebahagian manusia Mengajar menunjuk cara ibadat yang betul
Mendidik manusia supaya berakhlak mulia Mengajar cara hidup bermasyarakat harmoni
Memberitahu berita gembira kepada orang yang taat dan azab untuk yang ingkar Menjelaskan adanya alam akhirat yang kekal
Bahagian alam ghaib Hanya diketahui Allah seperti masa berlakunya kiamat, rezeki, bentuk kejadian manusia
Perkara yang telah berlaku seperti kisah Nabi, kemusnahan umat yang derhaka kepada Allah Suatu yang wujud tetapi tidak boleh dilihat oleh pancaindera seperti malaikat, syaitan
Sesuatu yang akan berlaku seperti kemunculan Nabi Isa, Dajjal Perkara yang diketahui manusia melalui ilmu dan kajian seperti jenis tumbuhan yang boleh
dijadikan ubat jenis logam yang berharga di dalam bumi Tugas manusia
Mencari kurniaan untuk akhirat Berusaha mendalami ilmu pengetahuan
Memiliki kemahiran Melaksanakan perintah wahyu
Pengajaran ayat Rasul merupakan penyampai wahyu
Wajib mentaati Rasul Nabi Rasul manusia pilihan Allah
Kita hendaklah berfikir berlandaskan wahyu Contoh Soalan
1. Jelaskan tiga hikmat Allah mengutuskan para rasul walaupun manusia telah dikurniakan akal. 2. Kategorikan perkara-perkara ghaib serta contoh.
3. Mengapakah rasul dilantik dari kalangan lelaki? 4. Mengapakah manusia perlu berfikir berpandukan wahyu?
5. Jelaskan tiga pengajaran yang terdapat diambil dari ayat di atas. 6. Jelaskan dua perbezaan di antara wahyu dengan akal.
7. Senaraikan tiga ciri-ciri orang yang beriman dengan wahyu Allah.
BAB 3 : LARANGAN MEMPERSENDAKAN AGAMA