AQIDAH TERAS KEHIDUPAN CIRI-CIRI MUKMIN BERJAYA

Pengertian Hidayah ialah cahaya petunjuk Allah yang diberikan Allah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya untuk menuju ke jalan yang benar Mengapa manusia wajib memohon hidayah 1. Mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. 2. Cara untuk memohon hidayah 3. Menghayati perintah agama 4. Berakhlak mulia Kesan hidayah kepada manusia 1. Berubah daripada seorang yang tidak beriman kepada yang beriman. 2. Peningkatan ketara dalam beribadah 3. Mengamalkan perbuatan baik dan meninggalkan perbuatan mungkar. 4. Rasa gembira dan tenang menjalankan perintah Allah dan menjauhi perbuatan mungkar 5. Tetap beriman walaupun disiksa atau diberi tawaran kesenangan. 6. Terdorong melakukan tugasan amar makruf nahi mungkar Pengajaran ayat 1. Kita wajib menjaga kesucian agama Islam 2. Agama Islam bukan alat kepentingan peribadi atau golongan tertentu. 3. Orang yang mempersendakan agama akan menerima azab yang pedih 4. Wajib menjauhi perbuatan yang boleh menjatuhkan maruah diri dan agama Islam. Contoh Soalan 1. Nyatakan maksud hidayah. 2. Jelaskan tiga cara untuk mendapat hidayah Allah. 3. Huraikan kesan orang yang mendapat hidayah Allah. 4. Senarai tiga perbezaan sikap antara orang yang mendapat hidayah dan tidak mendapat hidayah. 5. Jelaskan tiga pengajaran yang dapat di ambil dari ayat di atas.

BAB 5 : AQIDAH TERAS KEHIDUPAN

Matlamat hidup muslim ialah melakukan ibadah semata, untuk mendapatkan keredhaan Allah. Tugas dan tanggungjawab manusia 1. Diciptakan untuk mengabdikan diri kepada Allah. 2. Membina kekuasaan di bumi untuk menjalankan perintah Allah dan sistem hidup yang berteraskan pengabdian diri kepada Allah. 3. Membina prasarana dalam pelbagai bidang pembangunan spiritual dan material untuk membentuk negara maju, hidup dalam kemakmuran. Pengajaran ayat 1. Agama Islam sahaja yang benar dan diredhai Allah. 2. Matlamat hidup orang Islam berteraskan syariat. 3. Manusia bertanggungjawab terhadap segala perbuatannya. 4. Perbezaan taraf manusia merupakan satu ujian Allah kepada hambanya. Contoh Soalan 1. Terangkan tiga tugas manusia sebagai khalifah Allah di atas muka bumi. 2. Huraikan dengan ringkas mengapakah para rasul dan sahabatnya dimuliakan oelh Allah. 3. Jelaskan sifat-sifat manusia yang dimurkai oleh Allah. 4. Huraikan implikasi ingkar melaksanakan perintah Allah.

BAB 6 : CIRI-CIRI MUKMIN BERJAYA

Intisari Ayat Allah janjikan kemenangan kepada orang yang tunaikan solat dengan khusyuk, menjauhi daripada perbuatan sia-sia , mengeluarkn zakat, jaga kehormatan diri, bersifat amanah, menepati janji. Golongan ini pewaris syurga Firdaus dan kekal di dlmnya untuk selamanya. Islam menyeru umat mencapai kejayaan al-Falah dunia dan akhirat Huraian Ayat Ciri-ciri mukmin berjaya  beriman kepada Allah  solat dengan khusyuk  menjauhi perkara keji dan sia-sia  keluarkan zakat  jaga kehormatan diri  tunai amanah dan janji  jaga waktu solat Khusyuk Dalam Solat Khusuk dalam solat ialah tunduk dan rendah diri dengan tumpukan fikiran, hati dan angota ketika solat semata-mata kerana Allah Cara khusyuk dalam solat  mangagungkan kebesaran dan kemuliaan Allah  memahami maksud ayat dan lafaz  menumpukan pandangan ke tempat sujud  tidak bergerak atau berpaling ke kiri dan ke kanan  menunaikan solat dengan ikhlas  solat dengan tidak tergesa-gesa Mengeluarkan Zakat Peranan zakat dalam masyarakat  membangunkan ekonomi  memberi biasiswa kepada pelajar  membantu fakir miskin yang hidup dalam kedaifan  memberi latihan kemahiran kepada para penerima zakat Menjaga Kehormatan Diri Menjaga kehormatan diri adalah memelihara maruah diri daripada perbuatan yang dilarang Islam Cara jaga maruah diri  tutup aurat dengan sempurna  jauhi zina dan pergaulan babas  hindar diri daripada terlibat dengan perkara keji seperti rasuah dan penipuan  amal akhlak mulia Memelihara Amanah Dan Menepati Janji  orang yang mengkhianati janji termasuk dalam golongan munafik  tanda-tanda munafik  bercakap bohong  mungkir janji  pecah amanah  melampaui batas ketika bertengkar Menjaga Waktu Solat  cara menjaga waktu solat  kerjakan solat apabila masuk waktu  menjaga segala rukun qalbi hati, qauli perkataan dan fikli perbuatan  bersungguh-sungguh tunaikan solat Pengajaran Ayat  solat hendaklah ditunaikan dengan khusyuk dan ikhlas kerana solat tiang agama  umat Islam hendaklah menjaga maruah dan kehormatan diri setiap masa  menunaikan janji dan amanah merupakan sifat yang mencerminkan peribadi Muslim

BAB 7 : NASIHAT LUQMAN AL-HAKIM