Pengukuhan Ekonomi Ummah dengan Penggunaan Sistem Dinar
3. Pengukuhan Ekonomi Ummah dengan Penggunaan Sistem Dinar
Isu untuk memartabatkan penggunaan mata wang dinar emas telah mula dibincangkan secara meluas terutamanya sewaktu negara-negara Asia dilanda krisis mata wang pada tahun 1998-2002. Penggunaan sistem mata wang dinar juga mampu menjadi strategi untuk melenyapkan hegemoni dolar Amerika
16 Khalijah Mohd Salleh (2006), “Strateُies for Developinُ Critical & Scientific Tِinkinُ Amongst The Ummaِ” dalam Azizan Baِaruddin, Science and Religion : An Islamic
Perspective, Kuala Lumpur: Center For Civilisational Dialogue, Universiti Malaya, h.11
17 Ratna Roshida Ab Razak (2009), Menjambatani Sains Islam: Satu Keperluan Kritikal Dalam Pembentukan Tamadun Malaysia. Seminar Islam dan Sains Dalam
Pembangunan Tamadun. 26-27 Mac 2009. Auditorium Institut Pengajian Siswazah, Universiti Malaya Kuala Lumpur. h. 9.
18 Khalijah Moh Salleh (2006), “Strateُies for Developinُ…”
Syarikat dalam sektor ekonomi semasa dunia. Ibn Khaldun dan al-Makrizi juga bersetuju pendapat bahawa emas dan perak berupaya berperanan sebagai matawang. Ini adalah kerana umat Islam telah menggunakan dinar emas sebagai mata wang dalam transaksi perniagaan dan perdagangan semenjak zaman keagungan Islam sehinggalah kejatuhan Kerajaan Uthmaniyyah pada tahun 1924. Malah menurut Hasanuddeen, objektif utama penggunaan mata wang dinar ini adalah untuk mewujudkan satu kesatuan di kalangan umat Islam yang menggunakan satu sistem mata wang yang stabil sifatnya berdasarkan kepada nilai semasa emas atau perak. Ini juga sebenarnya dapat mengurangkan penguasaan ekonomi Barat melalui penggunaan mata wang dolar Amerika
Syarikat dan memberi kelebihan kepada Negara-negara kecil. 19 Sejarah telah membuktikan bahawa kerajaan Uthmani telah mengeluarkan mata wang Kerajaan
Islam yang terdiri daripada emas, perak dan tembaga. Percetakan mata wang kerajaan Uthmani menjadi lambang keutuhan ekonomi Islam ini yang pernah menguasai ekonomi dunia dari tahun 1281-1924. Namun, dengan kejatuhan kerajaan Uthmani berakhirlah penggunaan mata wang kerajaan Islam yang digantikan dengan sistem sekular Barat. 20
Kedua, dengan memperkukuhkan ekonomi melalui Islamisasi Sistem Ekonomi. Islamisasi Ekonomi Islam bermakna menggantikan segala bentuk sistem perekonomian sekular yang berasaskan riba, tipu daya (ghurur) dengan sistem ekonomi Islam yang berasaskan keadilan. Malah, menurut Hilmy Bakar mengislamisasikan sistem ekonomi memerlukan tahap-tahap tertentu menurut keadaan masyarakat tempatan yang mesti dilaksanakan dengan penuh kebijaksanaan. Dalam masa yang sama, peranan pakar-pakar ekonomi Islam wajar dipertingkatkan untuk mengkaji dan merumus teori ekonomi Islam yang sesuai dengan masyarakat Melayu, membuat perbandingan dengan ekonomi
19 Hasanuddeen Abdul Aziz (2010), Islam and Economic Globalization, Kuala Lumpur: University of Malaya Press, hlm. 67-73; Noradli Ridzwan Shah Mohd Dali et al. (2004),
berpendapat bahawa terdapat 3 faktor penting yang menghalang negara-negara OIC memberi kerjasama dalam hal ini iaitu terdapat perbezaan keadaan ekonomi antara negara, pergolakan politik dan kemudahan infrastruktur yang terhad. Buat masa ini hanya empat negara yang menunjukkan minat kepada penggunaan dinar emas iaitu Malaysia, Iran, Bahrain dan Sudan. Mata wang dwi sistem akan digunakan sekiranya empat buah negara tadi mengadakan perdagangan dengan negara yang tidak menggunakan dinar emas. Penggunaan dinar emas dalam perdagangan antarabangsa masih gagal dilaksanakan juga disebabkan masyarakat sudah sebati dengan sistem sedia ada. Nuradli Ridzwan Shah Mohd Dali, et al.( 2005), Fiat Money & Gold Dinar Application: An Online Survey, In COMT 2005 Managing Future Workplaces and Issues & Challenges in the Borderless World. Sunway Lagoon Resot Hotel; Salmy Edawaty Yaacob & Hailani Muji Tahir (2009), Realiti Semasa Penggunaan Dinar Emas di Malaysia. <http://www2.islam.gov.my/muamalat/kertaspersidangan/realiti-semasa- penggunaan-dinar-emas-di-malaysia>
20 Siti Zanariah Zakaria, Wan Kamal Mujani dan Noorsafuan Che Noh (2009), Penggunaan
Zaman Uthmani.
<http://www2.islam.gov.my/muamalat/kertaspersidangan/penggunaan-mata-wang- dinar-analisa-sejarah-zaman-uthmani>
Ketiga, Negara-negara Islam haruslah sepakat dan bersatu hati dalam membangunkan kegiatan ekonomi sesama mereka dan sekaligus meningkatkan ekonomi umat Islam. Ketidakstabilan ekonomi antara Negara-negara Islam yang kaya dan mundur juga turut membimbangkan. Ini ditambah dengan situasi kebanyakan Negara Islam kaya yang lebih cenderung untuk melabur dana mereka di Negara-negara Barat. Negara-negara Islam yang mundur turut menghadapi kesukaran menarik pelabur luar memandangkan kemudahan infrastruktur (pendidikan, pengangkutan, sistem kewangan) yang amat terhad. Kerjasama Negara Islam yang kaya dalam membiayai pembangunan infrastruktur dapat membantu meningkatkan pelaburan daripada pelabur-pelabur luar.