Kedudukan Geografi Yang Strategik

2. Kedudukan Geografi Yang Strategik

Dunia Islam menikmati keutamaan yang banyak memperlihatkan ciri kepentingan yang cukup berharga hingga dalam beberapa era sejarah menjadi medan rebutan antara beberapa kuasa besar dunia dengan dimensi penjajahannya. Dari sudut kedudukan geografinya yang strategik disebabkan ia berada hampir ditengah dunia, ia mengambil perkiraan sekitar 20 KM dari Timur ke Barat (dikira dari Aryan di Indonesia) ke Sanghal di Pantai Atlantik dan mengambil jarak sekitar 7 ribu KM dari utara ke Selatan (dikira dari Banjaran Aral di Utara ِinُُa ke Mu‟zambik di Selatan. Berasaskan kedudukan ini, dunia Islam merupakan pemegang kusa laluan perairan utama dunia dari laut, teluk dan selat disamping dunia Islam adalah pihak yang menguasai dan menyelia pintu-pintu masuk perairan laut utama. Diantaranya ialah;

i) Laut-laut utama di bawah pengawasan dunia Islam.

Antara laut-laut utama dan pintu masuk penyeliaan dunia dan pihak berkuasa politik dunia Islam adalah seperti berikut;

a) Laut Mediterranean

Laut Mediterranean adalah antara laut utama dunia sejak zaman klasik hingga waktu kini. Kedudukan menjadi lebih penting setelah pembukaan Terusan Suez yang menyambungkan Laut Mediterranean dengan Laut Merah hingga mencetuskan peperangan tiga serangkai antara Inggeris, Perancis dan Egypt bagi memperolehi penguasaan dan penyeliaan ke atas terusan tersebut. Pada suatu dekad tertentu Laut Mediterranean dianggap dan dikira sebagai Buhairah Islam ( Tasik Islam) kerana di bahagian utara dan selatan laut itu dan pantai-pantainya adalah negara-negara Islam termasuk di sebahagian Eropah ketika Sepanyol dan Portugis di bawah kekuasaan Islam. Sebahagian dari pantai sebelah utaranya terletak negara seperti Albania dan Asia kecil. Berikutan perkembangan sains dan teknologi perhubungan udara telah menjadikan Laut Mediterranean sebagai laluan utama dan perlu dilalui bagi hubungan udara dan laut moden.

b) Laut Merah

Laut Merah dari awal kebangkitan Islam hingga kini merupakan laut milik dunia Islam kerana hampir keseluruhan pantai di barat Asia dan utara Afrika terletak dunia negara-negara umat Islam. Perkembangan menjadi lebih penting, berikutan penyambungannya dengan Laut Mediterranean hasil penggalian Terusan Suez. Kedudukan ini menjadikan ia berkedudukan menjadi laluan perhubungan laut paling utama di dunia. Laut Merah ini dari ukurannya adalah kira-kira sekitar 3384 KM panjang dan lebarnya berasas ukuran paling luas pula adalah sekitar 240 KM sahaja. Manakala pintu masuknya di permulaan selatan sekitar Teluk Mendab pula jarak perairannya hanya sekitar 33 KM sahaja. Keadaan ini ia Laut Merah dari awal kebangkitan Islam hingga kini merupakan laut milik dunia Islam kerana hampir keseluruhan pantai di barat Asia dan utara Afrika terletak dunia negara-negara umat Islam. Perkembangan menjadi lebih penting, berikutan penyambungannya dengan Laut Mediterranean hasil penggalian Terusan Suez. Kedudukan ini menjadikan ia berkedudukan menjadi laluan perhubungan laut paling utama di dunia. Laut Merah ini dari ukurannya adalah kira-kira sekitar 3384 KM panjang dan lebarnya berasas ukuran paling luas pula adalah sekitar 240 KM sahaja. Manakala pintu masuknya di permulaan selatan sekitar Teluk Mendab pula jarak perairannya hanya sekitar 33 KM sahaja. Keadaan ini ia

Laut Merah dan Laut Mediterranean menjadi laluan perniagaan dan perdagangan utama dan asasi bagi dunia seluruhnya di samping laluan asasi ketenteraan dan paling dekat antara Laut Mediterranean dan Laut

Hitam dan antara Lautan Atlantik dengan Lautan Hindi dan Teluk Hindi. 4

c) Laut Arab

Laut Arab yang brmula dari teluk yang merupakan pintu masuk ke Laut Merah hingga ke India memperlihatkan hampir keseluruhan pantainya adalah dimiliki oleh dunia Islam. Ia juga merupakan antara laluan utama kerana menghubungkannya dengan Laut Merah dan selanjutnya ke Laut Mediterranean melalui Terusan Suez, berikut penggaliannya.

d) Teluk Arab

Teluk Arab merupakan Buhairah (tasik) milik dunia Islam kerana pada pantai-pantainya terletak Semenanjung Arab, Timur Iraq dan Iran.

e) Laut Hitam

Laut Hitam juga dapat dikira sebagai tasik Islam jika dikira sebelum perluasan kuasa Rusia hingga ke pantai-pantainya, kesan perjanjian Kunak Qinarjai pada tahun 1774M yang telah memberikan hak kepadanya menjadi laluan masuk bagi negaranya dan berjaya menjadikan laut tersebut untuk laluan kepada kapal-kapal dagangnya 5 . Hak laluan ini adalah amat penting kepada Rusia bagi pengeluaran hasilnya ke dunia luar dan kemasukan hasil keperluan rakyatnya, kerana sebahagian laut penyeliaannya di bahagian utara negara itu adalah membeku pada musim sejuk, oleh itu ia tidak sesuai dibangunkan pelabuhan utama.

f) Laut Cina Selatan

Hampir keseluruhan Laut Cina Selatan adalah juga antara laut dikuasai sebahagian besarnya oleh dunia Islam, kerana pada Laut Cina Selatan terletak negara-negara seperti Brunei sebahagian dari Malaysia (Malaysia Barat dan Timur), Borneo Indonesia, Sulawesi (Indonesia) dan Filipina Selatan dan lain-lain.

g) Laut Benghal

3 Amir Abdullah, al-Geographiah al-Tarikhiyah Li Hawdhi al-Bahru al- Ahmar, h. 9. 4 Abdullah al-Misri (1989), Hadhir al-Alam al-Islami Wa Kadhaya al- Mu‟asarah, Dar al-

Ummu al-Qura, Saudi Arabia, h. 4. 5 Al- Na‟imi, Dr Aِmad al-Nuri (1981), Turkia Wa Halaf Syimal al-Atlasi, Dar al-Wataniah : Baghdad, h. 61.

Laut Benghal juga ikut menjadi laut yang dikuasai dan diselia sepenuhnya oleh dunia Islam kerana padanya terletak negara Bangladesh, negara iklim Arakan yang sebahagian didiami umat Islam di negara Burma.

Berasaskan gambaran dan kedudukan ini jelaslah memperlihatkan bahawa masyarakat dan negara-negara dan umat Islam menjadi penyelia utama kepada beberapa laut utama dan asasi dunia. Dilihat dari sudut kedudukan laut sebagai antara sumber keperluan asasi manusia serta sebagai sumber ekonomi penghasilan makanan seperti ikan, mutiara dan lain-lain. Kedudukan ini dikuasai umat Islam semenjak memperlihatkan perkembangan Islam pada dekad awal lagi kerana agama Islam telah dianuti oleh masyarakat kawasan ini dan menjadikan hingga kini dihuni oleh lebih 80% masyarakat Islam. Ia merupakan kemurahan Allah meletakkan umat Islam dan dunianya berada pada kawasan strategik dunia. Jika dunia ini diperintah berasaskan sistem Islam akan mempertingkat keunggulan Islam, pada pandangan masyarakar dunia.

ii) Teluk-teluk kekuasaan dunia Islam

Disamping umat Islam dan dunia Islam terletak di kawasan laut utama dunia umat dan dunia Islam juga menguasai dan menyelia teluk-teluk utama dan strategik dunia antaranya adalah seperti berikut:

a) Teluk Hindi

Teluk ini yang terletak sebahagian besar dari pantai Afrika Timur melibatkan negara dari Somalia dan Tanzania dikuasai oleh negara Islam Afrika Timur dan di bahagian lain dari pantai-pantai Asia Selatan semenjak pintu masuk di Teluk Mendab ke Karachi di Pakistan hinggalah ke Pantai Semenanjung Malaysia dan Kepulauan indonesi adalah di bawah seliaan pihak berkuasa dunia dan negara dan umat Islam sepenuhnya.

b) Teluk Atlantik

Umat dan dunia Islam ikut menguasai dan menyelia sebahagian besar teluk di Lautan Atlantik yang melibatkan Pantai Barat Afrika bermula dari Tanjah di utara hingga ke Selat Biapra di selatan Afrika.

c) Teluk Di Laut China Selatan

Teluk utama di persekitaran Laut Cina Selatan di mana terletak negara seperti Indonesia, Malaysia dan sebahagian Filipina adalah juga antara teluk-teluk di kuasai sepenuh oleh dunia dan umat Islam. Ia aspek lain yang memperlihatkan dunia Islam menyelia kawasan strategik dunia yang merupakan laluan utama dunia pula.

iii) Selat-selat dan terusan seliaan dunia Islam

Selain laut utama dan teluk-teluk utama dikuasai dan terletak di bawah pengawalan dunia Islam, terdapat juga beberapa selat yang merupakan laluan utama yang dikuasai sepenuhnya oleh dunia dan masyarakat Islam antaranya ialah;

a) Selat Melaka dan Singapura

Selat Melaka dan Singapura adalah laluan penghubung antara Teluk Hindi dengan Laut Cina Selatan. Ia merupakan selat laluan utama dunia antara barat dan timur atau Asia Timur secara khususnya disamping ia antara laluan ke dunia selatan seperti Australia dan New Zealand. Berasaskan ini ia adalah antara selat laluan strategik utama dunia di mana padanya terletak negara Islam utama seperti Indonesia dan Malaysia.

b) Selat Jabal Tarik

Selat ini dinamakan berdasarkan pimpinan tentera Islam utama yang bertanggungjawab membuka Sepanyol dan Portugis dalam dekad sejarah lalu. Selat ini menjadi laluan penghubung utama antara laluan Atlantik dengan Laut Mediterranean di mana di sebelah utara barat Afrika adalah dunia Islam. Bahkan dalam dekad sejarah lalu ketika Sepanyol sebahagian dunia Islam bahagian Selatan Eropah juga adalah dunia Islam.

c) Selat Dardanil dan Bosfor

Selat ini menduduki penghubung kepada Laut Merah dan menjadi laluan utama penghubung antara Laut Mediterranean dan Laut Hitam.

d) Selat Mendab dan Teluk Edan

Selat ini menjadi penghubung antara Laut Merah, Laut Arab dan Lautan Hindi. Selat ini menjadi pintu laluan utama di mana keluasannya sekitar 33 KM sahaja.

e) Selat Hurmuz dan Teluk Amman

Selat ini merupakan penghubung utama antara Teluk Arab dan Lautan Hindi di Asia.

f) Selat Benzart

Selat Benzart adalah penghubung utama bagi Laut Mediterranean di sebelah barat dengan beberapa bahagian di sebelah timur.

g) Terusan Suez

Terusan Suez adalah laluan air hasil buatan manusia utama yang merupakan laluan utama dan strategik dibina atas bumi negara Islam Terusan Suez adalah laluan air hasil buatan manusia utama yang merupakan laluan utama dan strategik dibina atas bumi negara Islam

Berasas penyeliaan dan penguasaan dunia Islam dan umatnya terhadap lautan, teluk-teluk dan selat-selat serta terusan utama dunia telah meletakkan dunia Islam cukup utama dari sudut strategik dalam bidang ekonomi dan ketenteraan dalam menentukan perimbangan kuasa di dunia ini. Keadaan inilah yang menjelaskan tentang perselisihan dan percakaran yang terkadang menjadi panas antara beberapa pihak yang mempunyai kepentingan dan berkeinginan mempunyai pengaruh berkekalan di beberapa kawasan dunia Islam. Pihak yang merupakan kuasa besar dunia pula berkekalan bekerja dalam menentukan dunia Islam kekal dalam bercakaran dan sentiasa membangkitkan isu yang menimbulkan percakaran dan perselisihan untuk mereka mudah kekal menguasai umat dan negara Islam. Keadaan ini menjadi faktor yang boleh ditafsirkan menjadikan negara kuasa besar dunia antara faktor menimbulkan perselisihan di antara beberapa negara Islam di Maghribi al-Arabiy, perselisihan di Tesyad, Selatan Sudan, isu-isu umat Islam di Ethopia, Aritheria dan Sumal. Demikian perselisihan antara Yaman Selatan dan utara satu masa dan kini perselisihan di seluruh Yaman antara pimpinannya Ali Abdullah Salleh dan rakyatnya. Demikian tafsiran sebenar dari pergolakan yang berlaku dalam perselisihan Iraq dan Iran dan kesan lanjut hingga mengakhiri regim Saddam Hussien. Demikian dalam pergolakan di Lubnan dan sokongan barat khusus Inggeris dalam membangunkan negara Israel di sebahagian bumi Palestin, perselisihan di antara Malaysia dan Indonesia pada satu dekad lalu kesan penyertaan sebahagian dari Borneo ke dalam Malaysia. Demikian juga apa yang berlaku dalam isu pemisahan Bangladesh dari Pakistan dan dalam isu peperangan yang agak lama di Afghanistan. Sesungguhnya apa yang harus difahami oleh dunia Islam dari segala isu-isu berbangkit dari segala perselisihan itu ialah kedua-dua kuasa tentera terbesar di dunia semasa iaitu kuasa komunis di Soviet dan kuasa tentera barat cuba berusaha untuk mencegah atau menghalang kesatuan dan kerjasama serta persefahaman di antara beberapa bahagian dunia Islam. Walau betapa besar harga dan nilai sekalipun. Apa yang terpenting atau mungkin suatu yang dipersetujui bersama oleh kuasa besar kedua-dua ketenteraan dunia itu adalah melihat kekalnya dunia Islam atau antara dunia Islam terus kekal dalam pertentangan dalam memastikan secara bersama kepentingan masyarakat Islam dan keutamaan dunia Islam terus kekal hancur tanpa dinikmati sendiri umat atau untuk kemashalatan dunia Barat dan dunia timur dari kalangan tokoh politik dan penguasa ekonomi dunia.

Disamping hamper seluruh dunia Islam dilingkungi laut yang utama terdapat pada bumi negara-negara Islam diseluruh dunia sungai-sungai yang membantu mempertingkatkan kemajuan sektor pertanian. Antara sungai utama seperti Sungai Nil, Sungai Singhal, Sungai Neiger, Sungai

Conggo di Afrika, Sungai Indus,Sungai Euprates dan Sungai Tigris di Benua Asia, Sungai Kapuas, Sungai Mahakan dan Sungai Barito. Manakala di Malaysia, sebagai negara khatulistiwa terdapat banyak sungai seperti Sungai Pahang, Sungai Perak.Terdapat banyak sungai-sungai utama dan penting di dunia Islam. Boleh menjadi faktor kearah pencapaian kemakmuran yang menyeluruh kepada masyarakat Islam di seluruh dunia Islam jika terdapat kerjasama dan kesepaduan yang kukuh.