Kitab Semua jenis buku Ustaz Semua kategori guru cikgu JENIS MAKNA a Makna Leksikal

2 - S emantik Perkataan MedanLingkungan maknanya Universiti • pengajar • pensyarah • Naib Canselor • kuliah • buku • kampus • akta Perpustakaan • buku • akhbar • buletin • rak buku • majalah Jalan raya • lampu isyarat • selekoh • papan tanda

3. PERUBAHAN MAKNA  Makna perkataan boleh berubah kerana bahasa Melayu bersifat dinamik.

 Perubahan makna terjadi kerana sebab-sebab linguistik, sejarah, sosial, psikologi, pengaruh luar, keperluan kepada perkataan baharu atau perkembangan dalam bahasa, dan sebagainya. Contoh: Perkataan tangan , asalnya ialah “anggota badan”, tetapi maknanya berubah apabila digandingkan dengan imbuhan, seperti menangani, yang bermaksud “mengendalikan” atau “menyelesaikan”.  Makna boleh berubah menjadi luas atau sempit. a Peluasan Makna  Peluasan makna dikaitkan dengan penambahan makna bagi sesuatu perkataan. Perkataan Makna asal Penambahan makna Taman Kebun bunga atau taman bunga 1. Kawasan perumahan 2. Kawasan perindustrian 3. Kawasan alam semula jadi = taman negara Datuk Bapa kepada ayah atau ibu 1. Kurniaan raja kepada seseorang Tuan Panggilan kepada orang Eropah, Arab, dan guru agama 1. Ketua jabatan 2. Penerima surat rasmi 3. Dif jemputan b Penyempitan Makna  Penyempitan makna dikaitkan dengan:  perkataan yang asalnya mempunyai makna yang luas berubah menjadi terbatas  perkataan yang asalnya mempunyai makna yang umum berubah menjadi lebih khusus  Kebanyakan istilah pinjaman disempitkan maknanya dalam bahasa Melayu. Perkataan Makna asal Pengurangan makna 1. Daging Isi pada manusia atau binatang Merujuk kepada daging lembu sahaja.

2. Kitab Semua jenis buku

Buku agama.

3. Ustaz Semua kategori guru cikgu

Guru agama sahaja 3 - S emantik

4. JENIS MAKNA a Makna Leksikal

 Makna leksikal = makna yang nyata bagi sesuatu perkataan, iaitu makna perkataan itu sendiri. Contoh: Buaya = sejenis binatang buas di dalam air, dan boleh juga di darat. Contohnya dalam ayat: Buaya di sungai itu belum ditangkap. b Makna Gramatikal  Makna gramatikal ialah makna yang terhasil daripada proses gramatikal pengimbuhan, penggandaan, dan pemajmukan, termasuk kata tugas. Contoh: • berasap pengimbuhan = mengeluarkan asap • sekolah-sekolah penggandaan = banyak sekolah  kerusi malas pemajmukan = kerusi yang boleh dilunjurkan c Makna Denotatif  Makna denotatif dikenali juga sebagai makna kamus, makna dasar, makna asli, makna kognitif, makna rujukan, makna konseptual, dan makna ideasional.  Maksud makna-makna tersebut ialah makna yang sebenar, yang bersifat tersurat, atau tiada maksud lain di sebaliknya. Contoh:  Perkataan cantik bermaksud “lawa”, sebagaimana yang wujud atau kelihatan pada mata orang yang memandang.  Ibu ayam bermaksud “ibu kepada ayam” d Makna Konotatif  Makna konotatif ialah makna yang bersifat tersirat.  Makna ini makna tambahan, iaitu makna lain selain yang tersurat.  Makna ini merujuk kepada konteks penggunaan. Contoh:  Perkataan cantik dalam ayat “Banyak cantik kerja kamu” tidak bermaksud “lawa” atau “indah”, tetapi “teruk”, “tidak tersusun”, atau seumpamanya. Ujaran itu satu perlian, atau memulangkan paku buah keras kerana sesuatu hal yang sebelumnya.  Ibu ayam simpulan bahasa bermaksud “perempuan yang memperdagangkan perempuan menjadikannya pelacur ”.  Makna jenis ini juga dikaitkan dengan “nilai rasa”. Contoh:  Antara perkataan perempuan dengan wanita, mempunyai makna leksikal yang sama, iaitu “orang dewasa yang bukan lelaki”. Namun, dari makna konotatif, wanita membawa nilai rasa yang lebih tinggi atau positif, berbanding dengan perempuan yang boleh membawa nilai rasa agak negatif bagi konteks tertentu. 4 - S emantik

5. PERKAITAN MAKNA