1 -
S emantik
Bahasa Melayu STPM Kertas 3 9103
1. PENGENALAN
Perkataan semantik berasal daripada kata Yunani, sema = “tanda” atau
“lambang”.
2. DEFINISI SEMANTIK
Semantik = bidang ilmu yang mengkaji makna atau erti dalam bahasa.
Kajian semantik meneliti makna yang terdapat pada morfem, kata, frasa dan ayat dalam sesuatu bahasa.
3. KONSEP MAKNA, PERKATAAN DAN RUJUKAN Makna, menurut kamus lazimnya didefinisikan sebagai erti atau maksud.
Makna perlu bergantung kepada konteks penggunaannya untuk mengelakkan
kekaburan makna.
Contoh:
Perkataan pokok
, biasanya bermaksud “pohon”, tetapi dalam
konteks lain boleh bermaksud modal dan dasar.
Konsep dan makna perkataan dianalisis berdasarkan tiga komponen:
Kata – dalam bentuk bunyi atau tulisan Konsep atau makna – bentuk abstrak yang tercipta dalam fikiran
Rujukan – benda konkrit yang dirujuk
Terdapat hubungan antara kata dengan makna kata.
Lazimnya apabila seseorang menyebut ayam kata, secara psikologi dan serta-merta akan tergambar binatang itu dalam fikirannya konsep atau makna, dan binatang itu
iaitu ayam secara konkrit rujukan.
Makna sangat subjektif dan arbitrari sifatnya: Bersifat tidak tetap, tidak berasaskan pertimbangan tertentu, serta
sewenang-wenang Boleh berubah berdasarkan faktor-faktor konteks, budaya, tabu larangan,
perkembangan bahasa itu sendiri, dan sebagainya.
Makna mempunyai medan makna, iaitu lingkungan makna bagi sesuatu
perkataan, atau persekitaran bagi sesuatu benda.
SEMANTIK Nota
PENGGAL 3
Konsep Makna referens
Kata Leksem Rujukan Benda yang dirujuk
2 -
S emantik
Perkataan MedanLingkungan maknanya
Universiti • pengajar • pensyarah • Naib Canselor • kuliah • buku •
kampus • akta Perpustakaan
• buku • akhbar • buletin • rak buku • majalah Jalan raya
• lampu isyarat • selekoh • papan tanda
3. PERUBAHAN MAKNA Makna perkataan boleh berubah kerana bahasa Melayu bersifat dinamik.
Perubahan makna terjadi kerana sebab-sebab linguistik, sejarah, sosial, psikologi, pengaruh luar, keperluan kepada perkataan baharu atau perkembangan dalam
bahasa, dan sebagainya.
Contoh:
Perkataan tangan
, asalnya ialah “anggota badan”, tetapi maknanya berubah apabila digandingkan dengan imbuhan, seperti menangani,
yang bermaksud “mengendalikan” atau “menyelesaikan”.
Makna boleh berubah menjadi luas atau sempit. a
Peluasan Makna
Peluasan makna dikaitkan dengan penambahan makna bagi sesuatu perkataan.
Perkataan Makna asal
Penambahan makna Taman
Kebun bunga atau taman bunga
1. Kawasan perumahan 2. Kawasan perindustrian
3. Kawasan alam semula jadi =
taman negara
Datuk Bapa kepada ayah atau ibu
1. Kurniaan
raja kepada
seseorang
Tuan
Panggilan kepada orang Eropah, Arab, dan guru
agama 1.
Ketua jabatan 2.
Penerima surat rasmi 3.
Dif jemputan
b
Penyempitan Makna
Penyempitan makna dikaitkan dengan:
perkataan yang asalnya mempunyai makna yang luas berubah menjadi terbatas
perkataan yang asalnya mempunyai makna yang umum berubah menjadi lebih khusus
Kebanyakan istilah pinjaman disempitkan maknanya dalam bahasa Melayu.
Perkataan Makna asal
Pengurangan makna 1. Daging
Isi pada manusia atau binatang
Merujuk kepada daging lembu sahaja.
2. Kitab Semua jenis buku