- TIKET PENERBANGAN ☆☆☆ – PINTU MASUK DAN KELUAR

NOTA UMRAH DIY, Ibnu Arabi 3

BAB 3 - TIKET PENERBANGAN ☆☆☆

Tiket penerbangan biasanya ditempah 7 – 8 bulan lebih awal dari tarikh cadangan. Harga panduan untuk membeli tiket penerbangan adalah antara harga RM2000 – RM2500 harga siling. Sekiranya jemaah mendapati ada tawaran harga kurang dari RM 1800 jangan lepaskan peluang untuk terus beli dengan syarat buat semakan status visa umrah dahulu samada boleh didapati atau tidak pada tarikh itu. Tiket penerbangan boleh ditempah dengan pelbagai cara, antaranya : 1. Website airlines, seperti : www.airasia.com www.malaysiaairlines.com www.saudiairlines.com 2. Website third party, seperti : www.skyscanner.com www.traveloka.com www.wego.com www.kayak.com Tips : Untuk mendapat tiket murah, jemaah harus kreatif dan rajin mencari dengan pelbagai cara. Tiada ketetapan cara A dijamin murah cara B dijamin mahal. Sehingga waktu membuat bayaran sekalipun harus bijak memilih kaedah bayaran yang lebih jimat. Sebagai contoh ialah Air Asia. Kadangkala tempahan tiket menggunakan mobile apps lebih murah dari website third party atau website airline itu sendiri. Sentiasa kreatif mencari yang terbaik Nota Umrah DIY ibnu arabi NOTA UMRAH DIY, Ibnu Arabi 4

BAB 4 – PINTU MASUK DAN KELUAR

☆☆☆ Jemaah ada 2 pilihan samada memilih penerbangan terus ke Madinah atau turun di Jeddah. Kebiasaanya penerbangan terus ke Madinah harganya lebih mahal berbanding turun di Jeddah. Namun pada waktu tertentu terdapat juga promosi daripada pihak airlines bagi penerbangan terus ke Madinah. Untuk Umrah DIY kami mengesyorkan agar jemaah memasuki Madinah terlebih dahulu selepas mendarat di Jeddah supaya perjalanan lebih selesa terutamanya jika membawa anak-anak yang masih kecil atau orang tua yang uzur. Sekiranya jemaah memilih untuk memasuki ke Mekkah dahulu, jemaah perlu memakai ihram sebelum berlepas dari Malaysia. Pilihan cara masuk dan keluar dari Arab Saudi untuk visa umrah : 1. Kuala Lumpur KUL – Jeddah JED – Kuala Lumpur KUL 2. Kuala Lumpur KUL – Jeddah JED, Madinah MED – Kuala Lumpur KUL 3. Kuala Lumpur KUL- Madinah MED – Kuala Lumpur KUL 4. Kuala Lumour KUL – Madinah MED, Jeddah JED – Kuala Lumpur KUL Airport Code : Ialah kod IATA, singkatan nama airport seluruh dunia Kuala Lumpur : KUL Jeddah : JED Madinah : MED Kota Bharu : KBR Alor Setar : AOR Airport Jeddah Terdapat 3 terminal di Airport Jeddah iaitu : 1. Terminal Utara : Dikenali juga sebagai terminal antarabangsa bagi semua international airlines 2. Terminal Selatan : Khusus untuk Saudi Airlines bagi penerbangan antarabangsa dan domestik 3. Terminal Haji : Khusus untuk musim haji. Kebiasaanya jemaah umrah juga diturunkan disini TIPS : Penerbangan terus ke Madinah dan pulang dari Airport Jeddah vice versa dapat menjimatkan kos transfer kerana hanya 2x transfer berbanding tiba dan balik dari Airport Jeddah iaitu 3x transfer. Nota Umrah DIY ibnu arabi NOTA UMRAH DIY, Ibnu Arabi 5

BAB 5 - TEMPAHAN HOTEL ☆☆☆