Bagaimana memfanakan diri?
BAGAIM ANA M EM FANAKAN DIRI ?
Pengenalan
Para ahli Sufi selalu membincangkan hal memfana’kan diri ? Buku-buku yang ditulis oleh Hj Yusof
Che Wook berdasarkan ilmu Tok Kenali juga membahaskannya , tetapi sebenarnya mudah
membincangkan daripada melaksanakannya. Setiap amal perlu ada ilmu ; tanpa ilmu amalan tidak
diterima. Bagi ahli Sufi , tidak kenal Allah s.w .t bermakna amalan juga sia-sia sebab bagaimana
mungkin seseorang hamba itu dapat menyembah dan beribadah kerana Tuannya ( Ya M aw laya ) jika
dia tidak kenal siapa Tuannya itu? Ke mana kita nak “ halakan” solat dan puasa kita , dan adakah
amalan kita itu sampai kepada yang Empunya amalan itu? Senang cerita , dapatkah kita
memulangkan amanah kepada Yang Empunya Amanah jika Yang Empunya Amanah itu kita tidak
kenal? Jika tak kenal , bagaimana nak berhubung atau berbual denganNya? Cita-cita kita untuk
mendapatkan dunia menjadikan kita lemah untuk bercita-cita mendapatkan Allah . Kita kejar
pangkat dan cari harta siang dan malam sehingga kita lupa untuk mendapatkan dan mengenali Allah
s.w .t . Kita peduli untuk kenal dengan M enteri dan orang kenamaan , tapi kita tidak bercita-cita
untuk berjumpa dengan para Nabi a.s , para malaikat a.s malah kita lupa untuk “ mencari dan
berjumpa “ dengan Allah s.w.t. Apabila seseorang sudah pencen , barulah terkenang/ terfanakan
(sedikit) betapa masa yang berlalu telah tersia-siakan . Anak berebut harta , duit yang ada tak
berguna lagi (sebab sudah sakit tua) dan seribu mungkin sejuta penyesalan timbul . Ini semua garagara mengejar dunia dan lupa untuk “ mengejar” ilmu , w alhal semua orang diberi oleh Allah s.w.t 24
jam dalam sehari . Allah s.w .t M aha Adil , yang sanggup berkorban untuk “ mencari dan berjumpa”
Allah s.w .t , Allah tunaikan janjinya , yang tak ada masa untuk “ mencari dan berjumpa” Allah , Allah
pun tak berkehendak untuk berjumpa dengannya.
Peringkat 1
Segala-galanya perlu bermula dengan niat yang ikhlas. Tanpa bibit ikhlas untuk mengenali Allah
s.w .t, sanggup berkorban apa jua ( kamu pasti diuji!) , bersusah payah mencari Ilmu M engenal Diri
dan mihnah yang lain, tak mungkin kamu mengenali dan berjumpa Allah s.w .t. Kita bermula dengan
niat yang sesungguhnya tanpa berbelah bagi, diikuti dengan muhasabah diri. Bagaimana mungkin
dapat menapaki jalan menuju Allah (liqa’ullah) jika ada kesombongan dalam diri (sedangkan
kesombongan itu sifat Allah s.w .t) , serta ada kebesaran dunia di dalam diri ? Sebab kebesaran dunia
akan menggelapkan kebesaran Allah dalam hati kita. Siapa yang masih cinta dunia dan pangkat tak
perlu cari Allah s.w .t sebab sudah pasti akan gagal menemuinya. Ya, pasti menemuiNya tapi di alam
akhirat (sudah terlambat) tapi bukan semasa hidup ini. Begitulah sukarnya nak berjumpa dengan
Allah s.w .t di dunia ini sebab Dia M aha Suci , sedangkan kita masih dikotori dosa dan maksiat . Sudah
tentu apabila kita muhasabah diri kita akan banyak beristigfar dan melihat kehinaan diri kita dan
oleh itu mula dapat “ melihat” Kesempurnaan dan Kebesaran Allah s.w .t di alam yang fana’ ini. Tanpa
dapat melihat Kesempurnaan dan Kebesaran Allah tak mungkin dapat berjumpa Allah . Sebelum
dapat berjumpa raja di dalam istana , kebesaran dan kehebatan istananya itu kita lihat dulu . Itu
sebabnya ilmu untuk mengenal Allah itu dipanggil ruh ilmu sebab yang belajar 100% itu ruh , bukan
jasad . Kekadang ada orang solat , tapi ruhnya tak solat atau ruhnya tidur atau ruhnya pergi
meneraw ang ke tempat lain – lalu solatnya direjamkan ke w ajahnya ! (Ini kerana janji palsu yang
diucapkannya iaitu “ ku hadapkan w ajah (ruh)ku ......” . )
Peringkat 2
Untuk dapat memfanakan diri suatu keadaan sukun (t enang) atau biqalbin salim harus dicapai.
Dalam paras nafsu ini dipanggil nafsu mutmainnah . Orang yang sudah mencapai biqalbin salim ini
hatinya lembut. Kalau baca Quran selalu menangis. Bila dengar cerita tentang penderitaan
Rasulullah s.a.w dia bersedih . Orang yang lembut hati ini memang selalu ikhlas, tidak mementingkan
diri sendiri , pemaaf , suka menolong orang dan dermaw an . Bibit cinta kepada Allah s.w.t dan Rasul
s.a.w amat mendalam . Dia menangis (baik di dalam solat mahupun di luar solat) sebab nama Allah
s.w .t dan Rasulullah s.a.w serta para salihin disebut. Senang cerita , dalam dirinya sudah w ujud satu
tekad dan kasih di mana “ Allah dan RasulNya mendahului segalanya” . Dia lebih suka berseorangan
daripada beramai-ramai , kerana dengan bersendirian hatinya lebih banyak “ membatin” atau
“ mengenang” Allah s.w .t . Sudah sampai untuk orang seperti ini diijazahkan “ zikir nafas” . Zikir nafas
ini boleh sekali mantap atau mungkin 70 kali tukar baru mantap atau melebihi 100 kali tahap
bergantung kepada isti’dad (kesediaan) seseorang itu. Kekadang , dalam satu kali ijazah zikir nafas
seseorang sudah boleh memfana’kan diri, tetapi sangat jarang. M ereka yang sudah melazimi zikir
nafas pula akan bergerak dari satu peringkat ke satu peringkat , tetapi bila sudah mencapai tahap
“ mengenal diri” atau boleh “ memfana’kan diri” zikirnya boleh tertukar kepada hurufiah atau hurufhuruf muqota’at . Pada w aktu ini juga atau mungkin sebelumnya lagi seseorang itu mendapat “ nama
rahsia” yang Allah s.w.t berikan kepadanya dan boleh digunakan di alam ghaib ( alam malakut dan
jabarut) malah alam-alam mahkluk halus ( diperlukan apabila perlu mengubat seseorang yang
kerasukan dan sebagainya)) . Sebenarnya orang yang tidak belajar Ilmu M engenal Diri tak guna
mengamalkan perubatan Islam . Banyak kes berlaku dimana seseorang itu “ mengubat” si-pesakit
dengan ayat Al-Quran dan sebagainya , tetapi sakit orang itu tak baik , iaitu sakitnya berulang.
M engapa demikian? Sebab makhluk halus yang dia “ buang” itu tidaka ke mana – ia hanya menyorok
dalam badan atau keluar sekejap kemudian masuk balik ? Sampai bila pun tak akan baik. Orang yang
tak belajar Ilmu M engenal diri amat berbahaya jika “ bermain” dengan alam ghaib. Ibarat orang
M elayu cuba melintas padang pasir Sahara tanpa unta dan bekal , tanpa “ guide” Baduw i , memang
pasti akan binasa atau membinasakan orang lain. Bukan saja makhluk halus pandai bermain w ayang
tetapi jenis dan perangainya beribu-ribu. Hanya orang yang sudah mengenal diri dapat mengenali
semua makhluk-mahkluk itu . Itu sebabnya Ilmu M engenal Diri sangat penting , khasnya diw aktu
sakaratul maut . Ia penting di dunia, dikubur dan diakhirat. Begitulah perjalanan yang akan kita
tempuh – jauh perjalanan , maka oleh itu , saya merayu kepada semua pembaca , carilah ilmu untuk
menyampaikan kita kepada Al-Haqq !
Peringkat 3
Selalunya guru yang murshid akan mengujinya dalam pelbagai tahap ujian termasuk ujian doa, solat
dan pelbagai ilmu dimana pada masa ujian itu kebolehan memfana’kan diri sangat diperlukan. Tanpa
kefana’kan 100% , pencapaian 100% tidak akan didapatkan . Kemudian si-salik ini akan
dianugerahkan pelbagai ilmu antaranya rahsia ayat-ayat Al-Quran , zahir dan batinnya al Quran ,
ayat-ayat mutasyabih dan rahsia huruf muqotaat . Apakah tanda bahaw a seseorang itu sudah
mencapai maqam M engenal Diri ? ( M endapat nama rahsia belum memastikan seseorang itu sudah
mengenal diri ). Antara ciri aw al ialah kasyaf dalam rasa , pandangan dan pendengaran . Sudah
mempunyai cahaya yang cukop untuk berjumpa para Nabi a.s dan Rasulullah s.a.w . Tetapi apabila
seseorang sudah boleh membuat “ pemecahan w ajah “ ( iaitu diri rohani keluar dari jasadnya dan
pecah Sembilan ) sahlah bahaw a orang itu sudah M engenal Diri sebab dirinya yang batin itu akan
keluar dan memberi salam kepada dirinya dengan pakaian jubah dan berserban , remaja dan tampan
(sebagai mana penampilan Jibrail a.s dalam bentuk pemuda tampan Dihyah Qalbi r.a) tetapi
berw ajahkan dirinya. Jika gurunya melaksanakan talqin kepada dirinya selepas ini , maka terbukalah
langit dan pelbagai rahsia dan kehebatan isi langit dapat dilihatnya . Orang yang mengenal diri
memang hebat – dia tahu bila terjadi Lailatul Qadr , dia boleh mengenali pelbagai jenis jin dan
syaitan , dia boleh berbual dengan semua makhluk termasuk pohon dan unggas . Senang cerita , jika
Rasulullah s.a.w adalah “ rahmatan lil alamin” , pengikut setia Rasulullah s.a.w ini adalah “ rahmatan
fil alamin “ . M engapa demikian? Sebab hati seseorang yang mengenali Allah tidak berdengki. Dia
berzikir nafas dan mendoakan manusia lain . Dia rela dan sanggup berkorban untuk orang lain tanpa
mendapat habuan. Dia tidak berapa dikenali didunia tetapi semua yang dilangit mengenalinya sebab
dia selalu / sentiasa ke atas , dalam solat dan majlis zikirnya , dalam doa dan tangisannya ......
Peringkat 4
Walaupun pada peringkat 1 dan 2 seseorang sudah melalui mujahadah nafsu , pada peringkat 3 dan
4 seseorang menuju kepada nafsu kamaliyah sebab tujuan kehidupan ialah untuk menjadi Insanul
Kamil seperti Rasulullah s.a.w . Ini bermakna ciri-ciri kenabian akan hidup dalam dirinya iaitu dia akan
diw ariskan ilmu kenabian ( menjadi w aliyullah ) dan menjadi ahlullah . Dengan sentiasa berzikir dan
mengingati Allah s.w.t seseorang boleh mencapai solahud da’im. Orang yang sudah mencapai
solahud da’im dapat berbicara dengan Allah s.w .t ( bukan sehala atau syok sendiri , tetapi )
mendengar pesan dan perintah Allah s.w .t samada w aktu solat mahupun di luar solat . Dia akan
diajari oleh Allah s.w .t sendiri sebagai gurunya . Banyak rahsia Allah dibukakan kepadanya , maka
alam semesta ini laksana Al-Quran yang terbentang luas. Jika seseorang itu telah dilantik menjadi
w aliyullah dan dapat mencapai hakikat dan makrifat ( dapat mengupas ilmu alam rohani dan
ketuhanan ) maka biasanya Sheikh Abdul Qadir Jilani rah. akan memijak bahu kirinya dengan kaki
kanan beliau. Tetapi , bukan semua w aliyullah rah. diberi penghormatan ini melainkan yang sudah
sempurna syariat, tareqat dan hakikat serta makrifatnya.M aknanya , ada juga w aliyullah yang masih
tidak dapat mengupas ilmu hakikat-makrifat , atau rahsia-rahsia Al-Quran dan hadith , maka
w aliyullah seperti ini hanya untuk dirinya sendiri (beribadah untuk Allah semata-mata) dan kurang
berkhidmat untuk manusia.
Peringkat 5
M ereka yang sudah mencapai kamil-mukammil boleh memfana’kan diri di mana-mana dalam semua
keadaan tanpa batas . Pemecahan w ajah (maknaw i) untuk berada di banyak tempat lebih tinggi
karomahnya daripada pemecahan jasad (hissi) untuk berada di banyak tempat, sebab yang maknaw i
disaksikan malaikat sedangkan yang hissi disaksikan manusia. Kebolehan memfanakan diri bermakna
seseorang itu sudah dapat memulangkan amanah kepada Yang Empunya Amanah – dia sudah dapat
memulangkan 7 sifat ma’ani yang dipinjamkan kepadanya oleh Allah s.w .t dan oleh itu sudah tidak
ada dakw a-dakw i lagi untuk dipersoalkan dikubur atau di akhirat. Tentunya sebagai manusia , dia
tetap berdosa (tidak maksum) tetapi biasanya , mereka yang sudah mencapai maqam M engenal Diri
Allah sw.t akan membekalkannya dengan Istigfar khusus . Lagipun untuk mencapai solahud da’im
(fana’ dan fana’ baqa’billah sepanjang masa) merupakan sesuatu yang sukar dilaksanakan terutama
bila seseorang mula berinteraksi dengan masyarakat . Itu sebabnya , seseorang yang sudah
mencapai nafsu kamaliyah , dia akan diperintahkan oleh Allah s.w.t untuk balik ke nafsu
mutmainnah dan menyebarluaskan ajaran syariat-tarekat-hakikat-makrifat kepada manusia , agar
mereka dapat mengenal Tuhannya dengan cara mengenal dirinya dulu.
Kesimpulan
Sebagai kesimpulan , prasyarat untuk membolehkan seseorang memfanakan diri ialah membuang
semua sifat mazmumah yang ada dalam dirinya , diikuti belajar ilmu syariat-tarekat-hakikat-makrifat
dengan guru yang mursyid , rajin menginsafi diri dan timbul rasa kasih-rindu-sejati kepada Allah dan
Rasulullah s.a.w sehingga menangis apabila membaca al-Quran dan membaca hadith , kasih kepada
semua makhluk Allah dan sentiasa muhasabah diri serta tidak luput berzikir kepada Allah s.w .t. Kata
kunci dalam kebolehan untuk memfanakan diri ialah “ mahabbah” iaitu cinta kepada Allah dan
RasulNya melebihi dirinya sendiri.
M anusia zaman sekarang memang suka bergelimang dengan kesenangan dan kemewahan sehingga
lupa diri , lupa Allah . Akan tiba w aktunya di mana teknologi dan ilmu moden tidak dapat menangani
bala taufan , banjir dan gempa bumi atau bala kelaparan dan musim kemarau. Walhal dalam
pemerintahan Saidina Umar al –Khattab , beliau menulis surat kepada sungai Nil agar airnya terus
mengalir dan melimpah dan menghentakan kakinya ke bumi agar gempa di luar kota M adinah
berhenti.
Wallahu ‘alam bissaw ab.
Catatan ringkas : Shahidan Radiman , Jumaat 14 Februari 2014.
Alhamdulillah , daku dan keluarga sempat pulang ke M alaysia sebelum gunung berapi meletus di
Jaw a setelah 5 hari melawat Solo dan Jogjakarta baru-baru ini.
“ M aka , yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhanmu yang kamu hendak dustakan? “
-surah ar Rahman