Isyarat Memfanakan Diri dalam Keseluruha

Isyarat memfana’kan diri dalam al-Quran melalui fana’ af’al, fana’ sifat dan fana’ asma’ Allah
(huraian ringkas sahaja)
Abismillah ArRahman Ar Rahim , assalamualaikum ilayaumilkiyamah ,
Sesungguhnya dalam surah al Hasyr 59:21 , Allah s.w.t memberi isyarat tentang kefana’kan:
“Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu
khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini
Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.”
Maksudnya di sini ialah “hancur lebur” atau “meleburkan diri” dalam memahami Realiti atau Hakikat
mesej yang ingin disampaikan , sehingga dengan cara begitu (sambil diiringi tangisan dan rasa penuh
takzim) mesej disampaikan oleh Allah s.w.t tentang makna sebenar ayat-ayat tersebut. Inilah yang
dinyatakan oleh ayat 282 surah al-Baqarah:
“Hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan (ingatlah), Allah akan mengajari kamu; dan Allah
sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu”
Bagaimana mungkin Allah s.w.t berkomunikasi dengan seseorang jika dia tidak dapat memfana’kan
dirinya? Kerana Allah s.w.t itu tiada bertempat dan tiada berwaktu .
Disepanjang surah Al-Quran , Allah s.w.t sentiasa mengingatkan kita tentang DiriNya . Allah s.w.t
memperkenalkan dirinya melalui perbuatan (af’al) , sifat dan asma’ (Nama)Nya. Maka, pada
hakikatnya af’al dan sifat itu dibawa dalam asma’Nya jua. Mari kita bermula dengan surah Al-Baqarah
. Allah s.w.t bermula dengan memperkenalkan perbuatanNya – contoh , “ Allah telah mengunci dan
pendengaran mereka “ (ayat 7) , “ Allah akan memperolok-olokan mereka ....” (ayat 15) seterusnya
sifatNya disebutkan “ Sesungguhnya Allah tidak segan membuat perumpamaan........” (ayat 26) dan

akhirnya asma’Nya “ Dia Maha Mengetahui ke atas segala sesuatu “ (ayat 29).
Kita akan lihat bahawa tren atau pola seperti inilah yang memenuhi al-Quran . Ini merupakan isyarat
agar insan sentiasa dapat bersamaNya dengan cara memfana’kan diri samada memfana’kan diri
kepada af’alNya mahupun kepada sifat dan asma’Nya . Inilah jalan tauhid ahli kasyaf . Mengapa
demikian? Tidakkah pada awal surah al Baqarah , ayat 3:
“Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan
(mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami
berikan kepada mereka”
Dan tidak mungkin seseorang dapat mencapai haqqul yaqin tentang perkara yang ghaib jika tidak
mencapai maqam kasyaf. Itu sebabnya Sheikh Ali al-Khawas (rah) guru kepada Sh. Abdul Wahab
Sya’arani (rah) berkata “ Tidak akan sempurna maqam makrifat seseorang itu sebelum dia dapat
bertemu dengan Rasulullah s.a.w dalam keadaan sedar dan berdialog dengan baginda “.
Jadi, kalau tidak kasyaf , bolehkah maqam ini dicapai? Malah Imam Junaid al-Baghdadi (lihat Rasail alJunaidi halaman 61) membuat klasifikasi orang bertauhid sebagai berikut:

(i)

Tauhid al awam –iaitu pengakuan tentang keesaan Allah dengan menyaksikan wujud
ciptaanNya

(ii)


Tauhid ahli hakikat – mengetahui ilmu zahir iaitu pengakuan tentang keesaan Allah
dengan menyaksikan ciptaanNya yang disertai pelaksanaan segala perintah dan larangan
secara zahir

(iii)

Tauhid al khawas min ahli makrifat –iaitu melakukan syuhud al-Haqq dan memfana’kan
diri.

Oleh itu, lakukankan insyaAllah . Tuan guru kami, Sh. AlFurqanis Sibghatullah (rah) selalu
berpesan kepada kami “jangan rampas kuasa Allah “ , “jangan perintah Allah “ “jangan paksa
Allah “........sehingga kami insaf dan menangisi diri kami sentiasa . Kerana Allah s.w.t berfirman
dalam surah As Saffat ayat 96:
“ Padahal Allah yang mencipta kamu dan perbuatan kamu !"
Semoga bermanafaat . Wama taufiqi illa billah.

Catatan : Shahidan Radiman , Bangi ( fajar 5 April 2014).