Instrumen Kajian

3.6 Instrumen Kajian

Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk soal selidik. Menurut Azizi et al. (2007), perwujudan dan pengaturan daripada borang soal selidik adalah cara yang berkesan dan berjaya. Soal selidik yang dilakukan dengan betul dan berhati-hati meningkatkan jumlah maklum balas, memudahkan kesimpulan dan analisis data terkumpul. Soal selidik juga sesuai digunakan kerana soal selidik menjamin kerahsiaan dan menimbulkan respons yang lebih jujur disamping memerlukan kos yang rendah mendapatkan maklum balas yang besar.

Instrumen yang digunakan adalah mengandungi soalan tentang demografi responden, JEPI, Skala Konsep Kendiri Tennessee serta persekitaran keluarga.

Soal selidik dibahagikan kepada empat bahagian iaitu bahagian A, bahagian B,

C dan bahagian D. Bahagian A mengandungi soalan tentang latar belakang pelajar.

Bahagian B pula adalah skala Konsep Kendiri Tennessee manakala bahagian C dan D masing-masing adalah Inventori personaliti Eysenck Junior dan persekitaran keluarga.

3.6.1 Bahagian A: Soal Selidik Latar Belakang Responden Dan Keluarga

Bahagian A mengandungi item-item yang berkaitan dengan faktor demografi responden. Maklumat pertama yang diperlukan ialah maklumat diri iaitu jantina dan pengkhususan. Maklumat kedua yang diperlukan ialah latar belakang keluarga iaitu taraf pendidikan ibu bapa. Responden perlu mengisi ruang maklumat yang diperlukan dan juga menandakan ( √ ) pada ruangan yang disediakan mengikut kesesuaian maklumat yang ada. Manakala bagi maklumat pencapaian akademik, responden perlu Bahagian A mengandungi item-item yang berkaitan dengan faktor demografi responden. Maklumat pertama yang diperlukan ialah maklumat diri iaitu jantina dan pengkhususan. Maklumat kedua yang diperlukan ialah latar belakang keluarga iaitu taraf pendidikan ibu bapa. Responden perlu mengisi ruang maklumat yang diperlukan dan juga menandakan ( √ ) pada ruangan yang disediakan mengikut kesesuaian maklumat yang ada. Manakala bagi maklumat pencapaian akademik, responden perlu

Jadual 3.2: Pembahagian Markat Mengikut Tahap Bagi Pencapaian Akademik berdasarkan CGPA

Tahap Markat

3.6.2 Bahagian B: Soal Selidik Skala Konsep Kendiri Tennessee

Bahagian B soal selidik adalah Skala Konsep Kendiri Tennessee. Ia mengandungi item untuk melihat konsep kendiri pelajar.

Kebolehpercayaan soal selidik ini adalah antara 0.85 dan 0.90 (Burns, 1979). Chiam (1978) melaporkan kebolehpercayannya antara nilai 0.72 dan 0.086. Soal selidik ini sesuai digunakan untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas.

Menurut Azizi et al (2002), beberapa aspek yang merupakan sumber utama pembentukan konsep kendiri remaja boleh dikenalpasti dengan soal selidik ini. Aspek- aspek itu adalah seperti berikut :

i. Konsep kendiri fizikal - ini adalah pandangan individu tentang tubuh badan, kesihatan, perawakan fizikal dan kemahirannya.

ii. Konsep kendiri etika dan moral - ini adalah pandangan tentang diri yang menentukan perhubungan dengan orang lain.

iii. Konsep kendiri peribadi - ini adalah nilai diri yang dirasai iaitu perasaan, penilaian

individu terhadap personaliti dirinya yang tidak berkait dengan tubuh badan.

iv. Konsep kendiri keluarga - ini meliputi perasaan, persepsi individu terhadap

kepentingan dan fungsi diri kepada keluarga dan penerimaan keluraga terhadap diri serta kesedaran setakat mana bermakna diri mereka kepada keluarga.

v. Konsep kendiri sosial/rakan sebaya - ini adalah pandangan tentang diri yang menyentuh aspek perhubungan dengan orang lain. vi. Konsep kendiri sifat-sifat akhlak.

Terdapat sebanyak 62 pernyataan yang dibahagikan kepada enam dimensi seperti di bawah :

Jadual 3.3: Dimensi-dimensi Konsep Kendiri

Aspek aspek Konsep Kendiri Nombor Item

Konsep Kendiri Fizikal

1 - 11 Konsep Kendiri Etika dan Moral

12 - 25 Konsep Kendiri Peribadi

26 - 35 Konsep Kendiri Keluarga

36 - 47 Konsep Kendiri Sosial

48 - 57 Konsep Kendiri Sifat-sifat Akhlak

58 -62

Terdapat sebanyak 32 pernyataan positif dan 30 pernyataan negatif dalam soal selidik ini. Jadual spesifikasi ujian untuk itemnya adalah seperti di bawah :

Jadual 3.4: Jadual Spesifikasi Item SKKT

Dimensi Konsep Kendiri

Pernyataan Positif

Pernyataan Negatif

Nombor Item

Nombor Item

Konsep Kendiri Fizikal

3,5,6,9,11 Konsep Kendiri Etika dan

12,13,16,17,21,22,23, 14,15,18,19,20,24,25, Moral

Konsep Kendiri Peribadi

27,28,31,32,33,35, Konsep Kendiri Keluarga

38,39,42,43,44,47 Konsep Kendiri Sosial

49,50,52,53,56,57 Konsep Kendiri sifat-sifat

58,59,60,61,62 akhlak

Responden diberikan pilihan jawapan mengikut skala Likert iaitu menandakan jawapan mereka tentang sesuatu kenyataan berdasarkan satu skala dari satu ekstrim kepada ekstrim yang lain seperti dibawah.

Jadual 3.5: Skor Soal Selidik Bahagian B

Jawapan

Pernyataan Positif

Pernyataan Negatif Nilai Nilai

Tidak Benar Sama Sekali (TBSS) 1 5

Tidak benar (TB)

Tidak Pasti (TP)

Benar (B)

Sangat Benar (SB)

3.6.3 Bahagian C: Soal Selidik Inventori Personaliti berdasarkan Hans J. Eysenck

Bahagian C pula adalah soal selidik berkaitan personaliti seseorang pelajar. Soal selidik ini dibina berdasarkan kepada Inventori Personaliti Eysenck Junior (JEPI) yang telah diubah suai. Soal selidik ini menggunakan dua pilihan jawapan iaitu Ya atau Tidak. Menurut Habibah dan Noran (2002), penggunaan istilah ekstrovet-introvert menjadi popular sejak Jung memperkenalkan konsep ini. Kemudian, Eysenck telah membentuk soal selidik untuk mengukur personaliti pada dimensi inrovert-ekstrovert, yang dikenali sebagai Inventori Personaliti Eysenck Junior.

Menurut Azizi et al. (2002), Inventori Personaliti Eysenck Junior (JEPI) ini dicipta oleh H.J. Eysenck pada tahun 1965. Soal selidik ini sesuai digunakan untuk kanak-kanak berumur 12 tahun keatas.

Menurut Azizi et al. (2002) lagi, kebolehpercayaan instrumen ujian JEPI adalah tinggi. Eysenck pada tahun 1965 telah menggunakan kaedah bahagi dua ‘split half’ dan uji ulang uji ‘test-retest’ untuk mengukur kebolehpercayaan JEPI. Oleh itu, penyelidik menggunakan item-item JEPI yang telah diubah suai untuk menentukan personaliti pelajar. Soal selidik ini mengandungi dua bahagian iaitu ekstroversi dan neurotisme. Pembahagian item adalah seperti Jadual 3.6.

Jadual 3.6: Pembahagian Item Berdasarkan Dimensi Personaliti

Skala

No. Item Positif

No. Item Negatif

Jumlah

(Jawapan Ya)

(Jawapan Tidak)

33, 34, 35, 36, 37, 38, 39, 40 Jumlah Item

Bahagian ini mengandungi item-item yang menggunakan pernyataan positif dan negatif. Pemarkahannya pula berdasarkan jawapan responden sama ada Ya atau Tidak seperti Jadual 3.7 di bawah.

Jadual 3.7: Pemarkahan Item Bahagian C

Item Positif Negatif

Ya 1 0 Tidak

3.6.4 Bahagian D: Soal Selidik Persekitaran Keluarga

Bahagian D soal selidik adalah mempunyai item-item untuk melihat tahap persekitaran keluarga. Item-item yang digunakan adalah sebahagian dari soal selidik suasana keluarga dan sikap ahli keluarga antara satu sama lain.

Responden diberikan pilihan jawapan mengikut skala Likert iaitu menandakan jawapan mereka tentang sesuatu kenyataan berdasarkan satu skala dari satu ekstrim kepada ekstrim yang lain seperti dibawah.

Jadual 3.8: Skor Soal selidik Bahagian D

Jawapan Nilai

Tidak Benar Sama Sekali (TBSS)

Tidak benar (TB)

Tidak Pasti (TP)

Benar (B)

Sangat Benar (SB)