Bahasa Thai Standard HIERARKHI BAHASA DI

KACUKAN BAHASA REGIONAL SEMPADAN SELATAN THAILAND: PRODUK KONTAK BAHASA ANTARA PENUTUR MELAYU DAN THAI 1 Paitoon M. Chaiyanara Universiti Teknologi Nanyang, Singapura

1. PENDAHULUAN

1 Di Selatan Thailand, bahasa Melayu dapat diiktirafkan sebagai bahasa regional sempadan marginal regional language. Fenomena seperti percanpuran bahasa language mixing, alih bahasa language switching, peminjaman bahasa linguistic borrowing dan gangguan bahasa linguistic interference masing-masing mempengaruhi kedua-dua bahasa antara satu sama lain. Kontak bahasa sedemikian telah mencetus- kan perubahan bahasa dalam masyarakat berkenaan dan akhirnya telah menghasilkan bahasa kacukan Melayu dan Thai di Selatan Thailand. Didapati dua dimensi perubahan iaitu dimensi lencongan bahasa linguistic divergence dan dimensi pertembungan bahasa linguistic convergence berlaku ke atas dua bahasa tersebut. Fenomena lencongan dan pertembungan bahasa tersebut telah menjejas saling pengertian mutual intelligibility struktur bahasa antara penutur di Selatan Thailand dan penutur di Utara Malaysia. Dengan kenyataan di atas, kertas kerja ini akan membincangkan struktur bahasa kacukan di Selatan Thailand yang memberi tumpuan kepada sistem bunyi dan perbendaharaan kata akibat 1 Kertas kerja untuk “Seminar Kacukan Bahasa dan Bahasa Kacukan di Malaysia” anjuran bersama Bahagian Bahasa Malaysia, Terjemahan dan Interpretasi BMBATI, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. 17 September 2005 bertempat di Dewan Kuliah ADewan Persidangan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia. kepelbagaian, pergeseran dan perkembangan bahasa berkenaan.

2. HIERARKHI BAHASA DI

THAILAND Berdasarkan hieraki sosial, bahasa ibunda di negara Thailand dapat di bahagikan kepada 7 jenis iaitu i bahasa Thai standard, ii bahasa regional regional languages, iii bahasa regional sempadan marginal regional languages, iv bahasa anjakan displaced languages, v bahasa pekan dan bandar languages of towns and cities, vi bahasa sempadan marginal languages dan vii bahasa dalam lingkungan enclave languages. Secara ringkas, ketujuh-tujuh bahasa ibunda tersebut dapat dijelaskan seperti berikut:-

2.1 Bahasa Thai Standard

Bahasa Thai standard merupakan bahasa yang paling penting dalam masyarakat Thai. Ia berfungsi sebagai bahasa rasmi, bahasa kebangsaan, bahasa ibu kota, bahasa pendidikan dan bahasa kesusasteraan. Kebanyakan orang Thai dapat memahami bahasa Thai standard. Dengan ini, ia juga berfungsi sebagai bahasa lingua franca antara kaum di Negara Thai dan dianggap sebagai bahasa tinggi prestige language yang dapat dihierarki ke tahap yang paling tinggi di Negara tersebut. 2.2 Dialek Regional Dialek regional merupakan dialek yang ciri-cirinya dibatasi oleh daerah atau BAHASA THAI KACUKAN DIALEK MELAYU PATANI Universitas Sumatera Utara bahagian geografi tertentu. Dialek regional di Thailand dapat dibahagikan kepada 4 dialek iaitu i dialek Utara yang dikenali sebagai bahasa Kham Muang, ii dialek Barat Daya yang dikenali sebagai bahasa Isan Bahasa Lao, iii Dialek Thai Selatan yang dikenali sebagai bahasa Tai atau bahasa Pak Tai dan iv dialek Thai Pertengahan yang dikenali sebagai bahasa Thai Pertengahan. Keempat-empat dialek tesebut mempunyai banyak penutur, bahkan dijadikan lingua franca bahagian-bahagian tertentu di Thailand. Dialek regional ini dianggap penting bagi regional. Ia juga dijadikan sebagai bahasa kesusasteraan tempatan di Thailand. 2.3 Bahasa Regional Sempadan Bahasa regional sempadan merupakan bahasa penting bagi regional tertentu. Penutur bahasa regional tersebut bermastautin di antara sempadan Thai dan Negara jiran. Jumlah penutur bahasa regional sempadan lebih kurang daripada bahasa regional. Didapati 4 bahasa regional sempadan di Thailand iaitu i bahasa Khmer, ii bahasa Melayu, iii bahasa Chan Thai Yai dan iv bahasa Karen. 2.4 Bahasa Anjakan Bahasa anjakan di Thailand merupakan bahasa yang penuturnya berpindah dari luar dan pada akhirnya mereka menetap di Negara Thai. Bahasa tersebut berbeza dengan bahasa regional yang mereka mastautin. Kebanyakan bahasa anjakan yang didapati di Thailand terdiri daripada bahasa yang diturun dari keluarga bahasa Tai seperti bahasa Phu Tai yang dituturkan di bahagian barat daya, bahasa Tai Lue di bahagian Utara dan bahasa Lao Song di bahagian pertengahan Thailand. 2.5 Bahasa Bandar Bahasa bandar merupakan bahasa yang digunakan di kawasan Bandar atau pekan dan tidak didapati di daerah perdalaman. Bahasa Bandar di Thailand terdiri dari dialek-dialek Cina tertentu seperti dialek Kwangtung, dialek Taeciu, dialek Hakka, dialek Hainan dan sebagainya. 2.6 Bahasa Sempadan Bahasa sempadan merupakan bahasa yang penuturnya berintersaksi dengan Negara sempadan. Bahasa tersebut digunakan khusus bagi kumpulan- kumpulan tertentu seperti bahasa Kui di bahagian barat daya Thailand Isan, bahasa Mon di utara dan pertengahan Thailand, bahasa orang gunung yang terdiri dari bahasa Mong, Yao, Lisoe, Iko dan sebagainya.

2.7 Bahasa Dalam Lingkungan