Perhubungan dengan Penutur Thai Asli Perpindahan Tempat Kemajuan Teknologi Nilai Dalam Masyarakat

menyebabkan unsur panjang-pendek dan nada leksikal Thai mulai diserapkan dalam dialek Melayu Patani. Berdasarkan sejarah penaklukan sempadan, bahasa regional sempadan selatan Thailand diwarisi oleh bahasa Melayu. Bahasa tersebut dapat dibahagikan kepada dua dialek iaitu dialek Patani dan dialek Satul. Dialek Patani merupakan dialek regional perbatasan antara wilayah Pattani, Yala, Narathiwat dengan negeri Kelantan, manakala dialek Satul merupakan dialek regional perbatasan antara wilayah Satul di selatan Thailand dengan negeri Kedah di utara Malaysia. Melalui kontak bahasa antara bahasa Melayu dan bahasa Thai yang kedudukan hierarki sosialnya tertinggi didapati struktur bahasa regional sepadan tersebut telah mengalami perubahan. Perubahan tersebut disifatkan sebagai perubahan divergensi yang menyimpang dari dialek-dialek Melayu yang lain sehingga sifat saling memahami di antara satu sama lain matual intelligibility hampir luput daripadanya. Di antara penyebab perubahan bahasa secara divergensi tersebut ialah i faktor sosial, ekonomi dan politik, ii faktor pengguna bahasa, dan iii faktor dalaman bahasa. Semua punca perubahan tersebut dapat dijelaskan seperti berikut:-

3.1 Faktor Sosial, Ekonomi dan Politik

Keadaan sosial, ekonomi dan politik yang berubah pesat merupakan faktor utama menyebabkan bahasa regional sempadan mengalami perubahan secara besar-besaran. Faktor utama tersebut dapat dibahagikan kepada 4 punca iaitu:-

3.1.1 Perhubungan dengan Penutur Thai Asli

Apabila penutur Melayu selatan Thailand berhubungan dengan penutur asing, khususnya penutur Thai asli yang mempunyai ciri-ciri budaya dan adat yang jauh berbeza, maka penambahan kosa kata boleh berlaku. Yang paling jelas ialah penyerapan kata-kata Thai ke dalam sistem perbendaharaan kata Melayu. Kata-kata yang digunakan untuk memanggil sesuatu benda atau perbuatan yang terkait dengan budaya Thai ternyata banyak diserapkan secara langsung. Dilihat dari sudut fonologi didapati fitur-fitur tertentu seperti fitur aspirasi dan fitur nada walaupun sifatnya tidak fonemik dalam bahasa Melayu tetapi ia dapat dikesan dengan jelas di dalam dialek Melayu Patani. Penambahan fitur-fitur bunyi tersebut dapat memperlihatkan ciri-ciri khusus yang didapati di dalam bahasa regional sempadan tersebut.

3.1.2 Perpindahan Tempat

Dalam abad-20 didapati penutur- penutur Melayu di selatan Thailand mulai berpindah dari selatan Thailand ke bahagian-bahagian lain, khusus di bahagian pusat atau pertengahan. Ini menyebabkan inti ayat dalam tuturan di antara mereka mulai dicampur aduk dengan kata-kata Thai. Berdasarkan pemerhatian, saya dapati setiap ayat mempunyai kata-kata atau istilah yang berasal daripada bahasa Thai, bahkan tidak terdapat sebarang ayat sederhana yang tidak diselit oleh kata-kata asing tersebut.

3.1.3 Kemajuan Teknologi

Setelah segala teknologi berkembang pesat, didapati penutur Melayu juga memerlukan istilah baru dalam sistem komunikasi mereka. Cara yang paling pantas dan lebih berpengaruh dan cepat difahami oleh masyarakat ialah pemakaian istilah yang tersedia ada di dalam bahasa Thai. Kata “thoratat” misalnya digunakan untuk kata “televisyen”

3.1.4 Nilai Dalam Masyarakat

Nilai dalam masyarakat yang dijadikan landasan dalam sesuatu zaman juga dijadikan penyebab bahasa Melayu di selatan Thailand berubah. Kata-kata Melayu yang pernah dipakai pada zaman silam boleh dipadankan dengan kata-kata Thai. Kata “masyarakat” sendiri misalnya, seringkali digantikan dengan kata “sangkom”.

3.2 Faktor dari Pengguna Bahasa