Ayat-ayat al Quran tentang isteri Rasulullah s.a.w dan ayat tentang selepas kematian

Ayat-ayat al Quran yang diwahyukan berkaitan dengan isteri-isteri
Rasulullah s.a.w dan ayat selepas kematian
Bismillahi walhamdulillah ,
(i)

Ayat-ayat berkaitan isteri-isteri Rasulullah s.a.w

Isteri Nabi
s.a.w
Zainab binti
Jahsy
Zainab binti
Jahsy
Zainab binti
Jahsy

Ayat Quran
33:36
33:37-38
33:53


Zainab binti
Jahsy

33:53

Zainab binti
Jahsy

33:40

Aisyah , Hafsah

66 :1-4

Aisyah

24:11-17

Keterangan
Agar Zainab menerima nasihat Rasulullah

s.a.w untuk mengahwini Zaid bin Harithah
Allah s.w.t mengahwinkan Rasulullah s.a.w
dengan Zainab
Perintah Allah s.w.t kepada para sahabat
agar meninggalkan majlis walimah Zainab
agar tidak berlarutan lewat.
Perintah hijab kepada isteri Nabi s.a.w dan
sekaligus para wanita muslimin sekitar
selepas walimah Zainab bt Jahsy.
Kaum munafik menebar fitnah dan umpatan
perkahwinan Rasulullah s.a.w dengan bekas
menantunya lalu turun ayat ini
mempertahankan Nabi s.a.w
Rasulullah s.a.w minum madu di rumah
Zainab binti Jahsy tetapi dikatakan oleh
Aisyah dan Hafsah bahawa mulut baginda
berbau busuk (secara bergurau) , lalu
baginda bersumpah untuk tidak akan
meminum madu (demi menjaga hubungan
suami-isteri). Lalu turun ayat ini untuk

menegah baginda daripada
“mengharamkan” makanan yang dihalalkan
Allah s.w.t
Wahyu diturunkan oleh Allah s.w.t membela
Aisyah r.a daripada fitnah yang
mengatakan beliau berbuat sumbang
dengan Shafwan ibn Muatthal al Sulmi r.a
3 orang dijatuhkan hukum sebat kerana
menjadi pemfitnah iaitu Misthaa ibn Utsasah
, Hisan Ibn Tsabit dan Hamnah bt Jahsy .

(ii) Ayat-ayat tentang kehidupan selepas mati (yang kita disuroh
mentafakuri) .
Kata kunci pencarian di sini ialah “ ba’da mautiha” dan kebanyakkannya
menceritakan bagaimana Allah s.w.t menghidupkan tanah yang sudah mati ,
walhal dari segi mutasyabihatnya ia ditujukan kepada manusia iaitu
tanah=manusia.
Rasulullah Saw bersabda dalam sebuah hadis, “Perbanyaklah kalian mengingat
mati yang menghancurkan segala kelezatan “. Suatu kali Aisyah Ra bertanya
kepada Rasulullah Saw, "Ya Rasulullah, bilakah seseorang akan dibangkitkan


bersama para syuhada?" Beliau menjawab, "Orang yang akan dibangkitkan
bersama para syuhada adalah orang yang mengingat mati dua puluh kali
sehari." Dari satu segi, hadith ini bermaksud agar kita berzuhud terhadap dunia
dan mensyukuri serta redha terhadap pemberian Allah . Dari satu segi yang lebih
mendalam , ia bermaksud memfanakan diri kerana jika begitu kelazatan/rasa
duniawi akan hilang dan kita dapat memasuki alam Ketuhanan. Jadi, orang yang
telah dapat mengenal diri sama kedudukan dengan para syuhada’ kerana
mereka telah berjaya/menang dalam peperangan melawan nafsu (perang besar)
untuk hidup bersama Yang Maha Hidup.
Terdapat 9 ayat yang merujuk kepada kehidupan selepas mati , dan ini dikaitkan
dengan 9 wajah ruh yang harus “keluar” dari jasad untuk mempernyatakan/
mentajallikan dirinya kepada jasad sebagai tanda bahawa seseorang itu sudah
“mengenal diri”, sebagaimana sesuatu benih yang terpendam dalam tanah
tumbuh dan “keluar” ke dunia untuk bermanafaat bagi kehidupan . “Hujan”
yang menghidupkan tanah (manusia) bermaksud rahmat Allah s.w.t yang
dengannya manusia itu dapat mengenal dirinya dan oleh itu dapat mengenal
Tuhannya dan inilah sebesar-besar rahmat yang diberikan olehNya kepada
manusia didunia ini, tidak ada yang lebih tinggi nilaainya daripada itu ,
melainkan kebaikan dan anugerah tambahan selepas itu (selepas melalui ujian

serta mujahadah/kesabaran di alam musyahadah).
2: 164 (tanah)

2:259 (manusia)

16:65 (tanah)

29:63 (tanah) – terdapat pujian kepada
Allah iaitu “Alhamdulillah”. Jadi ayat ini
adalah ibu kepada ayat-ayat yang lain

30:19(tanah)

30:24(tanah)

35:9 (tanah)

45:5 (tanah)

57:17 (tanah)


Sekian, semoga bermanafaat kepada rakan-rakan semua.
Catatan oleh : AlMisbahu FilMisbah @ Shahidan b.Radiman , pagi Jumaat 30 Mei
2014.