Gaya belajar pelajar IPG

(1)

HUBUNGAN GAYA PEMBELAJARAN DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK DALAM KALANGAN PELAJAR PISMP TAHUN 3 DI INSTITUT PENDIDIKAN

GURU KAMPUS IPOH, PERAK MALAYSIA Habibah binti Mohd Samin (Ed.D)

Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Perak Malaysia [email protected]

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji gaya pembelajaran dan hubungannya dengan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar Tahun 3 yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Kajian ini berbentuk kuantitatif dengan kajian tinjauan sebagai reka bentuk. Data dikutip menggunakan instrumen soal selidik dengan skala empat mata bagi mengukur lima rangsangan gaya pembelajaran iaitu persekitaran, emosi, sosiologi, fizikal dan psikologi (Dunn dan Dunn, 1978). Nilai pekali Alpha Cronbach untuk kajian ini ialah 0.847 semasa kajian rintis dijalankan. Sampel terdiri daripada seramai 311 daripada pelbagai pengkhususan. Data dianalisis secara deskriptif menggunakan peratus, min dan sisihan. Dapatan menunjukkan bahawa dua gaya pembelajaran yang paling dominan yang diamalkan oleh responden ialah gaya pembelajaran rangsangan emosi (M=3.07, SP=0.25) dan rangsangan sosiologi (M=3.07, SP=0.31). Ini diikuti oleh rangsangan fizikal (M=2.87, SP=0.29), rangsangan psikologi (M=2.64, SP=0.33) dan yang terakhir rangsangan persekitaran (M=2.61, SP =0.21). Dapatan juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang rendah tetapi signifikan (r=0.157*, p <0.05) antara gaya pembelajaran keseluruhan dengan pencapaian akademik pelajar. Bagi gaya pembelajaran rangsangan emosi dengan pencapaian akademik pelajar dapatan menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang rendah tetapi signifikan (r=0.234*, p <0.05). Dapatan ini menunjukkan bahawa kepelbagaian gaya pembelajaran memberi kesan yang berbeza terhadap tabiat dan kesungguhan pembelajaran akademik pelajar.

Kata kunci: Gaya pembelajaran, pencapaian akademik, rangsangan emosi, rangsangan sosiologi, model Dunn & Dunn, pelajar PISMP

1.0 PENGENALAN

1.1 Latar Belakang

Bidang pendidikan guru semakin berkembang maju di Malaysia. Hal ini bertepatan dengan pertambahan bilangan institusi pendidikan guru sama ada awam atau swasta. Umumnya, bidang pendidikan kini merupakan satu bidang pekerjaan yang kompetitif. Oleh yang demikian, institusi pendidikan guru perlu sentiasa berperanan meningkatkan kualiti pelajar bagi menyediakan pelajar untuk pasaran kerja semasa yang kian mencabar. Tujuan penubuhan Institut Pendidikan Guru (IPG) di Malaysia adalah untuk melahirkan bakal guru yang cemerlang dan kompeten selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Menurut Stefani, Clarke, dan Littlejohn (2000), para pelajar mestilah bersifat fleksibel, mampu menyesuaikan diri serta bersedia untuk memikul tanggungjawab sendiri terhadap pembelajarannya dan memikirkan cara-cara bagi membangunkan diri masing-masing

(2)

secara profesional.

Bagi melahirkan pelajar yang kompeten, pendidikan yang berkesan perlulah bermula di dalam bilik kuliah. Hal ini kerana, menurut Chickering dan Gamson (1987), salah satu faktor yang mempengaruhi kualiti pengajaran dan pembelajaran di institusi pengajian tinggi ialah pembelajaran aktif dalam kalangan pelajar. Dalam konteks ini, pensyarah memainkan peranan mendidik para pelajar di samping menyediakan pendidikan yang berkualiti dengan cara mengkaji serta memahami gaya pembelajaran pelajar. Pensyarah perlu menyedari bahawa setiap pelajarnya mempunyai nilai, pandangan dan idea yang berbeza yang dibawa perwatakan tersebut ke dalam bilik kuliah (Billings dan Kolwaski, 2004). Di samping itu, Chin, M. H, Curlin, F. A., Sellergren, S. A. dan Lantos, J. D. (2007) berpendapat bahawa pensyarah juga perlu menerapkan pendidikan keguruan, mengetahui perkara yang harus dilakukan dan menyedari betapa pentingnya tanggungjawab untuk menyampaikan pendidikan yang terbaik kepada pelajar.

Kajian oleh Bass dan Greary (1996) merumuskan bahawa salah satu cara untuk menentukan kecekapan atau prestasi seseorang individu mempelajari dan menguasai ilmu adalah dengan cara menyedari gaya pembelajarannya. Hal ini kerana gaya pembelajaran yang dimiliki dapat membantu seseorang pelajar untuk mengenal pasti situasi pembelajaran dan mempertingkatkan prestasi pembelajaran (Dunn & Stevenson, 1995). Justeru, penyesuaian gaya pembelajaran dengan sifat individu dan penguasaan kemahiran belajar adalah penting untuk membolehkan pelajar mencapai keputusan cemerlang.

Oleh itu, kajian mengenai gaya pembelajaran pelajar di IPG perlu dibuat supaya proses dan prestasi belajar pelajar dapat dipertingkatkan. Di samping itu, pemahaman tentang gaya pembelajaran dan kecerdasan pelbagai adalah penting bagi memastikan pembelajaran berlaku secara optimum di dalam bilik kuliah (Wu & Sulaiman Alrabah, 2009) kerana para pelajar memberikan respons yang berbeza-beza kepada keadaan persekitaran bilik darjah dan amalan pengajaran guru/pensyarah (Baharin et. al, 2007). Hal ini boleh membantu pihak IPG dan pensyarah menyediakan persekitaran dan kaedah pengajaran yang lebih sesuai dengan kecenderungan belajar pelajar dan menjadikan proses PdP di dalam bilik kuliah mencapai tahap yang optimum.

1.2 Pernyataan Masalah

Pelajar IPG hari ini merupakan golongan pelapis pendidik yang menjadi harapan untuk meneruskan kecemerlangan pendidikan negara pada masa akan datang. Kecemerlangan hanya akan dapat dicapai sekiranya para pelajar mengamalkan pembelajaran yang bersesuaian. Dunn (1980) menyatakan bahawa kegagalan pelajar bukan disebabkan oleh kurikulum sebaliknya pelajar boleh belajar sebarang mata pelajaran sekiranya pembelajaran itu menekankan gaya pembelajaran yang digemari oleh mereka. Felder dan Silverman (1998) pula mengatakan bahawa gaya pembelajaran setiap pelajar adalah berbeza begitu juga dengan pengajaran guru atau pensyarah. Perbezaan yang berlaku antara gaya pembelajaran pelajar dengan gaya pengajaran guru atau pensyarah akan menyebabkan pelajar cepat berasa bosan dan tidak memberikan perhatian di dalam bilik kuliah, tidak menjawab soalan peperiksaan dengan baik, dan kadangkala ada dalam kalangan pelajar akan tertinggal atau tercicir dalam pelajaran dan menyebabkan kemerostan pencapaian akademik.

(3)

Antara punca berlakunya k e c i c i r a n a t a u kemerosotan pencapaian akademik para mahasiswa ialah mereka gagal menyesuaikan diri dengan cara pengajaran dan pembelajaran di universiti, di samping tidak mempunyai gaya pembelajaran yang betul (Baharin Abu, 2000 dan Abdul Ghani Awang, 1996). Akibatnya, ramai pelajar yang kurang berjaya atau gagal mencapai keputusan cemerlang mengakui bahawa diri mereka kekurangan pengetahuan dalam kemahiran belajar. Di samping itu, isu tentang cara pelajar belajar dan menyesuaikannya dengan gaya pembelajaran masing-masing merupakan masalah yang sering dihadapi oleh pelajar yang ingin mencapai kejayaan yang cemerlang semasa melanjutkan pelajaran di institusi pendidikan tinggi (Wu & Sulaiman Alrabah, 2009).

Berdasarkan fakta di atas, kajian ini dijalankan kerana penyelidik ingin melihat: Apakah tahap gaya pembelajaran keseluruhan yang diamalkan oleh para pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), IPG Kampus Ipoh? Apakah gaya pembelajaran yang dominan? Adakah terdapat hubungan antara gaya pembelajaran keseluruhan dengan pencapaian akademik pelajar PISMP? Oleh itu, satu penyelidikan saintifik harus dilakukan untuk mendapatkan kepastian tentang gaya pembelajaran manakah yang paling sesuai kepada pelajar supaya pembelajarannya menjadi lebih berkesan.

1.3 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk:

a. Mengenal pasti tahap gaya pembelajaran yang diamalkan oleh para pelajar PISMP tahun 3

b. Melihat gaya pembelajaran yang dominan dalam kalangan pelajar PISMP tahun 3.

c. Meninjau korelasi antara gaya pembelajaran rangsangan emosi dengan gaya pembelajaran rangsangan sosiologi.

1.4 Persoalan Kajian

Persoalan kajian adalah seperti yang berikut:

a. Apakah tahap gaya pembelajaran yang diamalkan oleh para pelajar PISMP tahun 3? b. Apakah gaya pembelajaran dominan dalam kalangan para pelajar PISMP tahun 3? c. Adakah terdapat korelasi antara gaya pembelajaran rangsangan emosi dengan gaya

pembelajaran rangsangan sosiologi?

Bagi penyelidikan ini, penyelidik hanya memfokuskan perbincangan terhadap gaya pembelajaran (berdasarkan Model Dunn dan Dunn (1978). Model ini dipilih kerana model ini dibuat secara spesifik untuk digunakan dalam bidang pendidikan dan telah digunakan untuk mengkaji pelbagai jenis pelajar dari peringkat tadika sehingga ke peringkat institusi pengajian tinggi. Bagi penyelidikan ini, penyelidik hanya memfokuskan penggunaan Model Dunn dan Dunn (1978) yang dibangunkan oleh Dr Rita Dunn dan Dr Kenneth Dunn daripada Universiti St John di New York atas oleh beberapa alasan model ini dibuat secara spesifik untuk digunakan dalam bidang pendidikan dan model ini adalah antara yang terlengkap dari segi skop dan diamalkan oleh ramai pendidik (DeBello 1990). Menurut Dunn dan Dunn lagi, kajian yang dijalankan oleh mereka sejak seabad yang lalu mendapati bahawa strategi belajar bagi seseorang sangat berbeza antara satu sama lain. Gaya pembelajaran boleh dikategorikan kepada lima rangsangan iaitu (1) Persekitaran, (2) Emosi, (3) Sosiologi, (4) Fizikal dan (5) Psikologi.

(4)

pembelajarannya. Dunn dan Dunn (1978) mendapati bahawa kaedah, sumber dan program yang disesuaikan dengan strategi pembelajaran seseorang pelajar dapat mempertingkatkan pencapaian akademik seseorang pelajar dan membawa individu mencapai tahap pencapaian yang lebih cemerlang. Strategi pembelajaran yang bersesuaian dengan jurusan atau kehendak kursus yang diambil juga akan memberi kesan positif kepada pencapaian akademik.

2.0 METODOLOGI

Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan secara soal selidik sebagai alat utama bagi mengumpul data secara kuantitatif. Populasi kajian terdiri daripada pelajar PISMP tahun 3 di 27 buah IPG seluruh Malaysia. Walau bagaimanapun, bagi penyelidikan ini penyelidik memfokuskan pengumpulan data hanya di IPG Kampus Ipoh. Pemilihan IPG Kampus Ipoh kerana IPG ini mempunyai ciri-ciri populasi yang homogen dengan 26 IPG yang lain. Penyelidik memilih kesemua pelajar PISMP tahun 3 IPG Kampus Ipoh iaitu seramai 311 orang (17 Unit). Pelajar tahun 3 ini terdiri daripada pelbagai pengkhususan. Pengkhususan tersebut ialah Bahasa Melayu Pendidikan Rendah - (BM), Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah - (TESL), Bahasa Cina Pendidikan Rendah - (BC), Bahasa Tamil Pendidikan Rendah - (BT), Sains Pendidikan Rendah - (SN), Matematik Pendidikan Rendah - (MAT), Pendidikan Islam Pendidikan Rendah - (PI) dan Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Pendidikan Rendah - (PKMP). Penyelidik menggunakan instrumen soal selidik yang dibangunkan oleh Baharin et al. (2007) yang berskala empat poin iaitu daripada sangat tidak setuju (STS), (TS), (S) kepada sangat setuju (SS). Soal selidik ini digunakan bagi mengukur lima rangsangan gaya pembelajaran berdasarkan Model Dunn dan Dunn (1978). Kebolehpercayaan soal selidik gaya pembelajaran pelajar adalah pada Cronbach Alpha = 0.847 yang diperoleh semasa kajian rintis dijalankan. Hasil keputusan statistik ini soal selidik ini mempunyai kebolehpercayaan (0.847) yang sangat baik (Devellis, 1991).

Penyelidik menganalisis kesemua data dan maklumat yang diperoleh menggunakan perisian komputer Statistical Packages for social Sciences (SPSS). Bahagian A soal selidik mengumpul maklumat latar belakang responden iaitu umur, jantina, pengkhususan, kaum dan keputusan peperiksaan semester yang lalu. Penyelidik menganalisis dalam bentuk kekerapan dan peratusan. Bagi bahagian B pula, iaitu sebanyak 50 item adalah untuk mengukur pola gaya pembelajaran menggunakan skala ordinal empat mata seperti jadual 2.1 yang berikut.

Jadual 2.1 :

Kategori Skala Ordinal Empat Mata

Skala Ordinal Sangat Setuju Setuju Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju

(5)

Skala yang paling tinggi ialah skala 4 yang menyatakan responden sangat setuju dengan pernyataan soalan yang diajukan manakala skala 1 iaitu terendah bermaksud pernyataan sangat tidak setuju. Analisis deskriptif dengan nilai min, dan sisihan piawai digunakan untuk menunjukkan gaya pembelajaran dalam kalangan pelajar PISMP tahun 3. Manakala untuk melihat korelasi penyelidik menggunakan Pearson r.

Jadual 2.2:

Nilai Pekali Korelasi Pearson Mengikut Tafsiran Davis (1971)

Nilai Pekali Tafsiran

0.70 atau lebih hubungan yang sangat kuat

0.50 hingga 0.69 hubungan yang kuat

0.30 hingga 0.49 hubungan yang sederhana kuat 0.10 hingga 0.29 hubungan yang rendah

0.01 hingga 0.09 hubungan yang boleh diabaikan

3.0 DAPATAN KAJIAN

Analisis data dan dapatan kajian adalah seperti yang berikut.

a. Tahap gaya pembelajaran keseluruhan yang diamalkan oleh para pelajar PISMP tahun 3.

Jadual 3.1:

Min tahap gaya pembelajaran keseluruhan yang diamalkan responden

Tahap Gaya Pembelajaran

Min (M) Sisihan piawai

(SP)

Skor minimum

Skor maksimum Rendah (1.00-1.99)

Sederhana (2.00-2.99) 2.89 0.16 2.30

Tinggi (3.00-4.00) 3.26

Jadual 3.1 menunjukkan tahap gaya pembelajaran keseluruhan yang diamalkan pelajar PISMP tahun 3. Keputusan menunjukkan bahawa gaya pembelajaran keseluruhan bagi responden berada pada tahap yang sederhana (M = 2.89, SP = 0.16).

b. Pola Gaya Pembelajaran yang dominan dalam kalangan responden PISMP Tahun 3

Jadual 3.2:

Min tahap gaya pembelajaran yang dominan bagi responden

Gaya Pembelajaran

Tahap Min

(n=311)

Sisihan Piawai

Minimum Maksimum Persekitaran Rendah - (1.00-2.00)

Sederhana - (2.01-3.00) 2.61 0.21 2.11

(6)

Emosi Rendah - (1.00-2.00)

Sederhana - (2.01-3.00) 2.14

Tinggi - (3.01-4.00) 3.07 0.25 3.79 Sosiologi Rendah - (1.00-2.00)

Sederhana - (2.01-3.00) 2.10

Tinggi - (3.01-4.00) 3.07 0.31 3.70 Fizikal Rendah - (1.00-2.00)

Sederhana - (2.01-3.00) 2.87 0.29 2.22

Tinggi - (3.01-4.00) 3.67

Psikologi Rendah - (1.00-2.00) 1.75 Sederhana - (2.01-3.00) 2.64 0.33

Tinggi - (3.01-4.00) 3.63

Jadual 3.2 menunjukkan pola gaya pembelajaran yang dominan dalam kalangan responden PISMP Tahun 3. Keputusan mendapati bahawa terdapat dua gaya pembelajaran yang paling dominan yang diamalkan oleh responden, iaitu gaya pembelajaran rangsangan emosi (M = 3.07, SP = 0.25) dan gaya pembelajaran rangsangan sosiologi (M

= 3.07, SP = 0.31). Kedua-dua min bagi gaya pembelajaran rangsangan emosi dan gaya pembelajaran rangsangan sosiologi masing-masing didapati berada pada tahap yang tinggi iaitu di antara skor min 3.00 hingga 4.00, diikuti oleh rangsangan fizikal (M = 2.87, SP = 0.29), rangsangan psikologi (M = 2.64, SP = 0.33) dan rangsangan persekitaran (M = 2.61,

SP = 0.21). Analisis data dan dapatan kajian adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.3 dan 3.4.

Min Item Gaya Pembelajaran Rangsangan Emosi

Jadual 3.3 menunjukkan skor min untuk gaya pembelajaran pelajar bagi rangsangan emosi. Pada keseluruhannya skor min bagi gaya pembelajaran rangsangan emosi berada antara nilai 2.46 hingga 3.66. Skor min keseluruhan gaya pembelajaran rangsangan emosi ialah 3.07 (SP=0.25). Nilai min yang tinggi melebihi 3.0 menunjukkan pelajar mementingkan gaya pembelajaran berdasarkan emosi. Item-item yang mempengaruhi gaya pembelajaran rangsangan emosi ialah B12, B10, B11, B23, B21, B16, B19, B15 dan B20. Item yang mendapat skor min tertinggi ialah 3.66 ialah item 12 (Maklum balas dan teguran daripada pensyarah dapat mendorong saya dalam proses pembelajaran).

Manakala item yang mendapat skor min terendah iaitu 2.46 ialah item (Saya melakukan sesuatu perkara yang telah saya janjikan). Item-item yang menunjukkan skor yang tinggi ini menunjukkan bahawa motivasi pelajar akan meningkat sekiranya mereka mendapat maklum balas daripada orang dewasa yakni pensyarah dan ibu bapa. Pelajar juga mementingkan markah yang baik dan bersemangat untuk melakukan kerja atau tugasan yang diberikan.

Jadual 3.3 :

Min bagi item-item rangsangan emosi

Bil. Rangsangan Emosi Min Tahap

B12 Maklum balas dan teguran daripada pensyarah dapat mendorong saya dalam proses pembelajaran.

(7)

B10 Saya mahu mendapatkan gred yang baik. 3.59 Tinggi B11 Maklum balas dan teguran daripada ibu bapa dapat mendorong saya

dalam proses pembelajaran.

3.52 Tinggi B23 Saya tidak lupa untuk membuat atau menghabiskan kerja rumah saya. 3.38 Tinggi B21 Saya menghabiskan kerja rumah saya tepat pada masanya. 3.28 Tinggi B16 Apabila saya belajar, saya akan menumpukan sepenuh perhatian

sehingga saya dapat menyiapkan kerja.

3.18 Tinggi B19 Saya tidak mudah bosan dalam melakukan sesuatu perkara. 3.08 Tinggi B15 Saya tidak dapat menghasilkan kerja yang terbaik dalam masa yang

singkat.

3.07 Tinggi B20 Saya akan menyelesaikan kerja yang saya mulakan. 3.01 Tinggi B18 Saya berasa tidak sukar untuk menyelesaikan semua kerja saya. 2.95 Sederhana B13 Saya berasa gembira apabila mendapat markah atau gred yang baik di

IPG.

2.91 Sederhana B14 Ada orang yang mengambil berat tentang pencapaian saya. 2.55 Sederhana B17 Saya suka mempelajari sesuatu yang baharu. 2.54 Sederhana B22 Saya melakukan sesuatu perkara yang telah saya janjikan. 2.46 Sederhana

Jumlah Purata Min 3.07

Min Item Gaya Pembelajaran Rangsangan Sosiologi

Jadual 3.4 menunjukkan skor min untuk gaya pembelajaran pelajar bagi rangsangan sosiologi. Skor min bagi gaya pembelajaran rangsangan sosiologi berada antara nilai 2.19 hingga 3.26. Skor min keseluruhan gaya pembelajaran rangsangan sosiologi ialah 3.07 (SP=0.31). Nilai min yang tinggi ini (lebih daripada 3.0) adalah bagi item-item B32, B25, B24, B 27, B33, B26, B28 DAN B29. Dapatan ini menunjukkan b a h a w a pelajar mementingkan gaya pembelajaran berdasarkan rangsangan sosiologi. Item yang mendapat skor min tertinggi iaitu 3.46 (SP=0.66) ialah item 32 (kadangkala saya suka bersendirian semasa belajar). Item yang mendapat skor min terendah iaitu 2.65 (SP=0.91) ialah item 30 (Saya suka belajar secara berkumpulan bersama ramai rakan sebaya). Daripada 10 item yang disediakan dalam gaya pembelajaran rangsangan sosiologi, hanya dua item s a h a j a ya n g mendapat skor min kurang daripada nilai 3.0. Item-item tersebut ialah item 31 (Saya tidak suka ditemani oleh orang dewasa semasa belajar) danitem 30 (Saya suka belajar secara berkumpulan bersama ramai rakan sebaya). Hasil analisis data mendapati bahawa pelajar lebih cenderung memilih pembelajaran secara bersendirian berbanding dengan belajar secara berkumpulan dan hanya kadangkala bersama-sama seorang atau dua orang rakan. Pelajar juga tidak memerlukan orang dewasa untuk mengawasi mereka.

Jadual 3.4 :

Min bagi item-item rangsangan sosiologi

Bil. Rangsangan Sosiologi Min Tahap

(8)

B25. Saya akan mendapatkan pertolongan rakan apabila saya menghadapi masalah pembelajaran.

3.40 Tinggi B24. Saya selalu memberikan kerjasama kepada pelajar lain untuk menyiapkan kerja

yang diberikan.

3.30 Tinggi B27. Saya suka melakukan kerja dengan cara sendiri. 3.23 Tinggi B33 Kadangkala saya suka belajar bersama-sama kawan saya. 3.20 Tinggi B26. Saya suka mendapatkan pandangan orang dewasa berhubung

dengan tugasan saya.

3.19 Tinggi B28. Saya suka belajar secara bersendirian. 3.15 Tinggi B29. Saya suka belajar dengan seorang atau dua orang rakan. 3.06 Tinggi B31. Saya tidak suka ditemani oleh orang dewasa semasa belajar. 2.91 Sederhana B30. Saya suka belajar secara berkumpulan bersama ramai rakan sebaya. 2.65 Sederhana

Jumlah Purata Min 3.07

c. Korelasi antara gaya pembelajaran rangsangan emosi dengan gaya pembelajaran rangsangan sosiologi

Korelasi antara Gaya Pembelajaran Rangsangan Emosi dan Sosiologi dengan Gaya Pembelajaran Keseluruhan

Walaupun min antara kedua-dua gaya pembelajaran iaitu rangsangan emosi dan rangsangan sosiologi adalah sama namun, korelasi antara kedua-ada rangsangan tersebut dengan gaya pembelajaran keseluruhan menunjukkan perbezaan. Keputusan analisis korelasi yang dipaparkan dalam jadual 3.5 menunjukkan bahawa ujian korelasi Pearson bagi gaya pembelajaran rangsangan emosi adalah signifikan, (r = 0.684**, p < 0.01). Ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang kuat dan signifikan antara gaya pembelajaran rangsangan emosi pelajar PISMP tahun 3 dengan gaya pembelajaran keseluruhan. Sementara itu ujian korelasi Pearson juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang kuat dan signifikan antara gaya pembelajaran rangsangan sosiologi pelajar PISMP tahun 3 dengan gaya pembelajaran keseluruhan (r = 0.669**, p < 0.01). Walaupun kedua-dua rangsangan gaya pembelajaran iaitu emosi dan sosiologi menunjukkan wujud hubungan yang kuat dan signifikan namun, nilai pekali Pearson r gaya pembelajaran rangsangan emosi adalah lebih tinggi berbanding dengan gaya pembelajaran rangsangan sosiologi. Dapatan ini menunjukkan bahawa gaya pembelajaran rangsangan emosi lebih mempengaruhi gaya pembelajaran pelajar PISMP tahun 3.

Jadual 3.5 :

Korelasi antara Gaya Pembelajaran Rangsangan Emosi, Gaya Pembelajaran Sosiologi dengan Gaya Pembelajaran Keseluruhan

(9)

Emosi Pearson Correlation 1 .280**

Sig. (2-tailed) .000

N 311 311

Sosiologi Pearson Correlation .280** 1 Sig. (2-tailed) .000

N 311 311

Gaya Keseluruhan

Pearson Correlation .684** .669**

Sig. (2-tailed) .000 .000

N 311 311

** aras signifikan 0.01 iaitu: +1.00 < r < -1.00

4.0 PERBINCANGAN

Berdasarkan hasil kajian, didapati tahap gaya pembelajaran keseluruhan yang diamalkan pelajar PISMP tahun 3 berada pada tahap yang sederhana (M = 2.89, SP = 0.16). Manakala pola gaya pembelajaran yang paling dominan ya n g diamalkan oleh pelajar PISMP tahun 3 ialah gaya pembelajaran rangsangan emosi (M = 3.07, SP = 0.25) dan gaya pembelajaran rangsangan sosiologi (M = 3.07, SP = 0.31). Kedua-dua min bagi gaya pembelajaran rangsangan emosi dan gaya pembelajaran rangsangan sosiologi masing-masing didapati berada pada tahap yang tinggi iaitu di antara skor min 3.00 hingga 4.00. Dapatan penyelidik ini menunjukkan persamaan dengan dapatan kajian yang dijalankan oleh b e b e r a p a p e n g k a j i l e p a s . D a p a t a n k a j i a n y a n g d i l a k u k a n o l e h Nur Sofurah Mohd Faiz et al. (2008)terhadap 146 orang responden yang terdiri daripada pelajar cemerlang kursus Sarjana Muda Pendidikan Teknik dan Vokasional di Fakulti Pendidikan Teknikal, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. Gaya pembelajaran yang menjadi keutamaan mereka ialah Gaya Pembelajaran Emosi (skor min 3.91), diikuti Gaya Pembelajaran Sosiologi (skor min 3.63), Gaya Pembelajaran Fizikal (skor min 3.61) dan Gaya Pembelajaran Alam Sekitar (skor min 3.53). Selain itu hasil dapatan Baharin Abu et al. (2007) terhadap 310 orang pelajar tahun dua program Ijazah Sarjana Muda daripada pelbagai pengkhususan di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) turut mendapati bahawa rangsangan emosi (M = 3.09, SP = 0.63) merupakan gaya pembelajaran yang paling dominan diamalkan oleh pelajar dan diikuti dengan rangsangan psikologi, fizikal, persekitaran dan sosiologi. Kajian yang dijalankan oleh Kartini Abdul Mutalib dan Ahamad Shabudin Yahaya (2013) juga turut menyokong dapatan kajian penyelidik. Hasil dapatan kajian mereka juga menunjukkan bahawa gaya pembelajaran utama yang diamalkan oleh pelajar PPG Sains ialah jenis rangsangan emosi (M = 3.41, SP = 0.98), diikuti dengan rangsangan jenis sosiologi (M = 2.80, SP = 0.40), rangsangan fizikal (M = 2.75, SP = 0.28), rangsangan psikologi (M = 2.69, SP = 0.40) dan rangsangan persekitaran (M = 2.51, SP = 0.33).

Berdasarkan dapatan kajian, walaupun kedua-dua rangsangan gaya pembelajaran iaitu emosi dan sosiologi menunjukkan wujudnya hubungan yang kuat dan signifikan menurut tafsiran Davis (1971) namun, gaya pembelajaran rangsangan emosi adalah lebih tinggi (r = 0.684**, p < 0.01). berbanding dengan gaya pembelajaran rangsangan sosiologi (r = 0.669**, p < 0.01). .

(10)

Dapatan ini menunjukkan bahawa gaya pembelajaran rangsangan emosi lebih mempengaruhi gaya pembelajaran pelajar PISMP tahun 3. Dalam kajian ini, penyelidik mendapati pelajar bersetuju bahawa maklum balas dan teguran daripada rakan, ibu bapa serta pensyarah adalah perlu untuk mendorong pelajar dalam proses pembelajaran. Low Xin Xin (2003) turut menyatakan bahawa motivasi dan dorongan yang diberi kepada pelajar dapat membantu pembelajaran mereka. Pelajar akan berasa gembira apabila mendapat markah atau gred yang baik. Kesannya emosi dan motivasi pelajar akan meningkat apabila pelajar memperoleh markah atau gred yang baik. Hal ini selaras dengan pendapat Siti Hawa Munji ( 1989) iaitu, apabila seseorang mendapat dorongan, dia akan mempunyai keinginan yang kuat untuk bertindak ke arah mencapai matlamat. Selain itu, berdasarkan dapatan kajian ini penyelidik mendapati bahawa pelajar mementingkan maklum balas dan teguran daripada pensyarah untuk mendorong mereka dalam proses pembelajaran. Ini menunjukkan bahawa motivasi pelajar akan meningkat sekiranya mereka mendapat maklum balas daripada orang dewasa yakni pensyarah dan ibu bapa. Pelajar juga mementingkan markah yang baik dan bersemangat untuk melakukan kerja atau tugasan yang diberikan.

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, hasil kajian ini memberikan gambaran tentang gaya pembelajaran pelajar IPG. Respons yang dipaparkan oleh pelajar dalam soal selidik jelas menunjukkan bahawa secara keseluruhannya pelajar mempunyai ciri-ciri atau gaya pembelajaran yang berbeza-beza. Setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran dan kemahiran belajar masing-masing. Sebagai seorang pensyarah dengan pelajar, ibu bapa dengan anak-anak ataupun pelajar itu sendiri perlu memahami gaya pembelajaran yang diamalkan. Dengan ini, pensyarah/pendidik guru boleh menyediakan kaedah pengajaran yang bersesuaian supaya boleh meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran yang diajar. Sebagai ibu bapa pula, mereka boleh memberi dorongan atau motivasi serta mementingkan emosi para pelajar, di samping menyediakan kemudahan serta persekitaran yang bersesuaian kepada anak-anak mereka supaya anak-anak mereka berasa selesa semasa belajar. Keadaan ini memberi implikasi kepada pihak pengurusan agar memberikan perhatian terhadap persekitaran yang kondusif agar pelajar dapat belajar dalam suasana yang selesa dan dapat membantu dalam peningkatan pencapaian akademik mereka.

RUJUKAN

Abdul Ghani Awang (1996). Kemahiran Belajar Di Institusi Pengajian Tinggi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Baharin Abu (2000). Teaching Effectiveness and Staff Professional Development Programmes in HEI in Malaysia. Published Doctoral Thesis, The University of Birmingham, UK.

Baharin Abu, Othman Md Johan, Syed Mohd Shafeq Syed Mansor dan Haliza Jaafar. (2007). Kepelbagaian gaya pembelajaran dan kemahiran belajar pelajar universiti di Fakulti Pendidikan,UTM Skudai Johor.Tidak diterbitkan. Projek Penyelidikan Pembiayaan RMC UTM (Vot Penyelidikan 71881).

Bass, G.M. dan Greay, W.T. (1996). Education Research Abstracts. Accounting Education, (1), 238-242.

(11)

DeBello, T.C. (1990). Comparison of eleven major learning styles model: Variables, appropriete populations, validity of instrumentation, and resesrch behind them.

Journal of Reading, Writing, and Learning Disabilities International 6(3): 203-222.

Dunn, R. & Dunn, K. (1980). What is your childs learning style? The Newletter of Parenting, 3(1): 4-58.

Dunn, R. and Biggs, S. (1995). A Meta-analytic validation of the Dunn and Dunn model of learning style preferences. Jurnal of Educational Research, 88(6): 353-362. Dunn, R., & Dunn, K. (1978). Teaching students throught their individual learning

styles: A practical approach. New Jersey: Prentice Hill.

Felder, R.M. & Silverman, L.K. (1998). Learning and teaching styles in engineering education. Journal of Engineer Education, 78(7): 674-681.

Kartini Abdul Mutalib dan Ahamad Shabudin Yahaya. (2013). Gaya pembelajaran dan kemahiran belajar dalam kalangan pelajar PPG Sains di sebuah institut pendidikan guru. Jurnal Teknokrat II, Jilid XV: 108-142.

Low Xin Xin (2003). Pola gaya pembelajaran pelajar-pelajar di kelas lukisan kejuruteraan Sekolah Menengah Sains Muar. Laporan PSM. Tidak diterbitkan. Universiti Teknologi Malaysia:

Nur Sofurah Mohd Faiz, Maziana Mohamed dan Rosfaszlizah Zahit. (2008). Gaya Pembelajaran Pelajar Cemerlang, Johor: Penerbit Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn, Johor.

Siti Hawa Munji. (1989). Strategi belajar: L ulus peperiksaan. K. Lumpur: Usaha C & L Sdn. Bhd.

Stefani, L.A. J., Clarke, J. and Littlejohn, A. H. (2000). Developing a student centered approach to reflective learning. Innovations in Education and Training International, 37(2): 163-171.

Wu, S., & Sulaiman Alrabah. (2009). A cross-cultural study of Taiwanese and Kuwaiti EFL

students’ learning styles and mulitiple intelligences. Innovation in Education and Teaching International,46(4), 393-403.

(1)

Emosi Rendah - (1.00-2.00)

Sederhana - (2.01-3.00) 2.14

Tinggi - (3.01-4.00) 3.07 0.25 3.79

Sosiologi Rendah - (1.00-2.00)

Sederhana - (2.01-3.00) 2.10

Tinggi - (3.01-4.00) 3.07 0.31 3.70

Fizikal Rendah - (1.00-2.00)

Sederhana - (2.01-3.00) 2.87 0.29 2.22

Tinggi - (3.01-4.00) 3.67

Psikologi Rendah - (1.00-2.00) 1.75

Sederhana - (2.01-3.00) 2.64 0.33

Tinggi - (3.01-4.00) 3.63

Jadual 3.2 menunjukkan pola gaya pembelajaran yang dominan dalam kalangan responden PISMP Tahun 3. Keputusan mendapati bahawa terdapat dua gaya pembelajaran yang paling dominan yang diamalkan oleh responden, iaitu gaya pembelajaran rangsangan emosi (M = 3.07, SP = 0.25) dan gaya pembelajaran rangsangan sosiologi (M = 3.07, SP = 0.31). Kedua-dua min bagi gaya pembelajaran rangsangan emosi dan gaya pembelajaran rangsangan sosiologi masing-masing didapati berada pada tahap yang tinggi iaitu di antara skor min 3.00 hingga 4.00, diikuti oleh rangsangan fizikal (M = 2.87, SP = 0.29), rangsangan psikologi (M = 2.64, SP = 0.33) dan rangsangan persekitaran (M = 2.61,

SP = 0.21). Analisis data dan dapatan kajian adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.3 dan 3.4.

Min Item Gaya Pembelajaran Rangsangan Emosi

Jadual 3.3 menunjukkan skor min untuk gaya pembelajaran pelajar bagi rangsangan emosi. Pada keseluruhannya skor min bagi gaya pembelajaran rangsangan emosi berada antara nilai 2.46 hingga 3.66. Skor min keseluruhan gaya pembelajaran rangsangan emosi ialah 3.07 (SP=0.25). Nilai min yang tinggi melebihi 3.0 menunjukkan pelajar mementingkan gaya pembelajaran berdasarkan emosi. Item-item yang mempengaruhi gaya pembelajaran rangsangan emosi ialah B12, B10, B11, B23, B21, B16, B19, B15 dan B20. Item yang mendapat skor min tertinggi ialah 3.66 ialah item 12 (Maklum balas dan teguran daripada pensyarah dapat mendorong saya dalam proses pembelajaran).

Manakala item yang mendapat skor min terendah iaitu 2.46 ialah item (Saya melakukan sesuatu perkara yang telah saya janjikan). Item-item yang menunjukkan skor yang tinggi ini menunjukkan bahawa motivasi pelajar akan meningkat sekiranya mereka mendapat maklum balas daripada orang dewasa yakni pensyarah dan ibu bapa. Pelajar juga mementingkan markah yang baik dan bersemangat untuk melakukan kerja atau tugasan yang diberikan.

Jadual 3.3 :

Min bagi item-item rangsangan emosi

Bil. Rangsangan Emosi Min Tahap

B12 Maklum balas dan teguran daripada pensyarah dapat mendorong saya dalam proses pembelajaran.

(2)

B10 Saya mahu mendapatkan gred yang baik. 3.59 Tinggi B11 Maklum balas dan teguran daripada ibu bapa dapat mendorong saya

dalam proses pembelajaran.

3.52 Tinggi B23 Saya tidak lupa untuk membuat atau menghabiskan kerja rumah saya. 3.38 Tinggi

B21 Saya menghabiskan kerja rumah saya tepat pada masanya. 3.28 Tinggi B16 Apabila saya belajar, saya akan menumpukan sepenuh perhatian

sehingga saya dapat menyiapkan kerja.

3.18 Tinggi B19 Saya tidak mudah bosan dalam melakukan sesuatu perkara. 3.08 Tinggi B15 Saya tidak dapat menghasilkan kerja yang terbaik dalam masa yang

singkat.

3.07 Tinggi B20 Saya akan menyelesaikan kerja yang saya mulakan. 3.01 Tinggi B18 Saya berasa tidak sukar untuk menyelesaikan semua kerja saya. 2.95 Sederhana B13 Saya berasa gembira apabila mendapat markah atau gred yang baik di

IPG.

2.91 Sederhana B14 Ada orang yang mengambil berat tentang pencapaian saya. 2.55 Sederhana B17 Saya suka mempelajari sesuatu yang baharu. 2.54 Sederhana B22 Saya melakukan sesuatu perkara yang telah saya janjikan. 2.46 Sederhana

Jumlah Purata Min 3.07

Min Item Gaya Pembelajaran Rangsangan Sosiologi

Jadual 3.4 menunjukkan skor min untuk gaya pembelajaran pelajar bagi rangsangan sosiologi. Skor min bagi gaya pembelajaran rangsangan sosiologi berada antara nilai 2.19 hingga 3.26. Skor min keseluruhan gaya pembelajaran rangsangan sosiologi ialah 3.07 (SP=0.31). Nilai min yang tinggi ini (lebih daripada 3.0) adalah bagi item-item B32, B25, B24, B 27, B33, B26, B28 DAN B29. Dapatan ini menunjukkan b a h a w a pelajar mementingkan gaya pembelajaran berdasarkan rangsangan sosiologi. Item yang mendapat skor min tertinggi iaitu 3.46 (SP=0.66) ialah item 32 (kadangkala saya suka bersendirian semasa belajar). Item yang mendapat skor min terendah iaitu 2.65 (SP=0.91) ialah item 30 (Saya suka belajar secara berkumpulan bersama ramai rakan sebaya). Daripada 10 item yang disediakan dalam gaya pembelajaran rangsangan sosiologi, hanya dua item s a h a j a ya n g mendapat skor min kurang daripada nilai 3.0. Item-item tersebut ialah item 31 (Saya tidak suka ditemani oleh orang dewasa semasa belajar) danitem 30 (Saya suka belajar secara berkumpulan bersama ramai rakan sebaya). Hasil analisis data mendapati bahawa pelajar lebih cenderung memilih pembelajaran secara bersendirian berbanding dengan belajar secara berkumpulan dan hanya kadangkala bersama-sama seorang atau dua orang rakan. Pelajar juga tidak memerlukan orang dewasa untuk mengawasi mereka.

Jadual 3.4 :

Min bagi item-item rangsangan sosiologi

Bil. Rangsangan Sosiologi Min Tahap

(3)

B25. Saya akan mendapatkan pertolongan rakan apabila saya menghadapi masalah pembelajaran.

3.40 Tinggi

B24. Saya selalu memberikan kerjasama kepada pelajar lain untuk menyiapkan kerja yang diberikan.

3.30 Tinggi B27. Saya suka melakukan kerja dengan cara sendiri. 3.23 Tinggi B33 Kadangkala saya suka belajar bersama-sama kawan saya. 3.20 Tinggi B26. Saya suka mendapatkan pandangan orang dewasa berhubung

dengan tugasan saya.

3.19 Tinggi B28. Saya suka belajar secara bersendirian. 3.15 Tinggi B29. Saya suka belajar dengan seorang atau dua orang rakan. 3.06 Tinggi

B31. Saya tidak suka ditemani oleh orang dewasa semasa belajar. 2.91 Sederhana B30. Saya suka belajar secara berkumpulan bersama ramai rakan sebaya. 2.65 Sederhana

Jumlah Purata Min 3.07

c. Korelasi antara gaya pembelajaran rangsangan emosi dengan gaya pembelajaran rangsangan sosiologi

Korelasi antara Gaya Pembelajaran Rangsangan Emosi dan Sosiologi dengan Gaya Pembelajaran Keseluruhan

Walaupun min antara kedua-dua gaya pembelajaran iaitu rangsangan emosi dan rangsangan sosiologi adalah sama namun, korelasi antara kedua-ada rangsangan tersebut dengan gaya pembelajaran keseluruhan menunjukkan perbezaan. Keputusan analisis korelasi yang dipaparkan dalam jadual 3.5 menunjukkan bahawa ujian korelasi Pearson bagi gaya pembelajaran rangsangan emosi adalah signifikan, (r = 0.684**, p < 0.01). Ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang kuat dan signifikan antara gaya pembelajaran rangsangan emosi pelajar PISMP tahun 3 dengan gaya pembelajaran keseluruhan. Sementara itu ujian korelasi Pearson juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang kuat dan signifikan antara gaya pembelajaran rangsangan sosiologi pelajar PISMP tahun 3 dengan gaya pembelajaran keseluruhan (r = 0.669**, p < 0.01). Walaupun kedua-dua rangsangan gaya pembelajaran iaitu emosi dan sosiologi menunjukkan wujud hubungan yang kuat dan signifikan namun, nilai pekali Pearson r gaya pembelajaran rangsangan emosi adalah lebih tinggi berbanding dengan gaya pembelajaran rangsangan sosiologi. Dapatan ini menunjukkan bahawa gaya pembelajaran rangsangan emosi lebih mempengaruhi gaya pembelajaran pelajar PISMP tahun 3.

Jadual 3.5 :

Korelasi antara Gaya Pembelajaran Rangsangan Emosi, Gaya Pembelajaran Sosiologi dengan Gaya Pembelajaran Keseluruhan

(4)

Emosi Pearson Correlation 1 .280**

Sig. (2-tailed) .000

N 311 311

Sosiologi Pearson Correlation .280** 1