Persoalan Kajian Persoalan kajian adalah seperti yang berikut:

Antara punca berlakunya k e c i c i r a n a t a u kemerosotan pencapaian akademik para mahasiswa ialah mereka gagal menyesuaikan diri dengan cara pengajaran dan pembelajaran di universiti, di samping tidak mempunyai gaya pembelajaran yang betul Baharin Abu, 2000 dan Abdul Ghani Awang, 1996. Akibatnya, ramai pelajar yang kurang berjaya atau gagal mencapai keputusan cemerlang mengakui bahawa diri mereka kekurangan pengetahuan dalam kemahiran belajar. Di samping itu, isu tentang cara pelajar belajar dan menyesuaikannya dengan gaya pembelajaran masing-masing merupakan masalah yang sering dihadapi oleh pelajar yang ingin mencapai kejayaan yang cemerlang semasa melanjutkan pelajaran di institusi pendidikan tinggi Wu Sulaiman Alrabah, 2009. Berdasarkan fakta di atas, kajian ini dijalankan kerana penyelidik ingin melihat: Apakah tahap gaya pembelajaran keseluruhan yang diamalkan oleh para pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan PISMP, IPG Kampus Ipoh? Apakah gaya pembelajaran yang dominan? Adakah terdapat hubungan antara gaya pembelajaran keseluruhan dengan pencapaian akademik pelajar PISMP? Oleh itu, satu penyelidikan saintifik harus dilakukan untuk mendapatkan kepastian tentang gaya pembelajaran manakah yang paling sesuai kepada pelajar supaya pembelajarannya menjadi lebih berkesan. 1.3 Objektif Kajian Objektif kajian ini adalah untuk: a. Mengenal pasti tahap gaya pembelajaran yang diamalkan oleh para pelajar PISMP tahun 3 b. Melihat gaya pembelajaran yang dominan dalam kalangan pelajar PISMP tahun 3. c. Meninjau korelasi antara gaya pembelajaran rangsangan emosi dengan gaya pembelajaran rangsangan sosiologi.

1.4 Persoalan Kajian Persoalan kajian adalah seperti yang berikut:

a. Apakah tahap gaya pembelajaran yang diamalkan oleh para pelajar PISMP tahun 3? b. Apakah gaya pembelajaran dominan dalam kalangan para pelajar PISMP tahun 3? c. Adakah terdapat korelasi antara gaya pembelajaran rangsangan emosi dengan gaya pembelajaran rangsangan sosiologi? Bagi penyelidikan ini, penyelidik hanya memfokuskan perbincangan terhadap gaya pembelajaran berdasarkan Model Dunn dan Dunn 1978. Model ini dipilih kerana model ini dibuat secara spesifik untuk digunakan dalam bidang pendidikan dan telah digunakan untuk mengkaji pelbagai jenis pelajar dari peringkat tadika sehingga ke peringkat institusi pengajian tinggi. Bagi penyelidikan ini, penyelidik hanya memfokuskan penggunaan Model Dunn dan Dunn 1978 yang dibangunkan oleh Dr Rita Dunn dan Dr Kenneth Dunn daripada Universiti St John di New York atas oleh beberapa alasan model ini dibuat secara spesifik untuk digunakan dalam bidang pendidikan dan model ini adalah antara yang terlengkap dari segi skop dan diamalkan oleh ramai pendidik DeBello 1990. Menurut Dunn dan Dunn lagi, kajian yang dijalankan oleh mereka sejak seabad yang lalu mendapati bahawa strategi belajar bagi seseorang sangat berbeza antara satu sama lain. Gaya pembelajaran boleh dikategorikan kepada lima rangsangan iaitu 1 Persekitaran, 2 Emosi, 3 Sosiologi, 4 Fizikal dan 5 Psikologi. Lima rangsangan ini mempengaruhi keupayaan seseorang individu terhadap persekitaran pembelajarannya. Dunn dan Dunn 1978 mendapati bahawa kaedah, sumber dan program yang disesuaikan dengan strategi pembelajaran seseorang pelajar dapat mempertingkatkan pencapaian akademik seseorang pelajar dan membawa individu mencapai tahap pencapaian yang lebih cemerlang. Strategi pembelajaran yang bersesuaian dengan jurusan atau kehendak kursus yang diambil juga akan memberi kesan positif kepada pencapaian akademik.

2.0 METODOLOGI