Konsep Kemenangan Islam Yang Hakiki isti

Konsep Kemenangan Islam Yang Hakiki
Manhaj Dakwah 29 January 2013 Dunia Islam Kini ™ 2 65
Kemenangan Islam
Kemenangan adalah satu perkara yang sentiasa menjadi matlamat dalam setiap perjuangan. Tidak
kira perjuangan itu benar (haq) atau batil, pejuang itu Muslim atau tidak, masing-masing
meletakkan harapan untuk mencapai kemenangan dengan berusaha untuk mengatasi yang lain.
Islam mempunyai pandangannya yang tersendiri tentang kemenangan, berbeza dengan konsep
kemenangan dalam agama atau ideologi serta fahaman lain. Di dalam al-Quran, Allah Taala
menggunakan beberapa istilah kemenangan iaitu al-falah, al-fawz, al-nasr dan al-fath. Masingmasing mempunyai pengertian yang berbeza.
Kemenangan dengan istilah “al-falah” melambangkan kemenangan yang umum dan menyeluruh
meliputi segala aspek individu, masyarakat umum, dunia dan akhirat. Kemenangan “al-fawz”
pula digunakan secara lebih khusus kepada kemenangan atau kejayaan di akhirat.
Manakala kemenangan “al-nasr” pula adalah kemenangan dalam jihad kerana membela agama
Allah ke atas musuh-musuhNya. “Al fath” pula kejayaan yang diperolehi setelah melalui pelbagai
jenis ujian seperti kekalahan, kelemahan, kesedihan dan kesengsaraan.
A. Kemenangan di Dunia
Di dalam al-Quran, golongan yang memperolehi kemenangan dunia (al-nasr) ini disebut sebagai
ghalibun dan dzahirun. Ghalibun memberi maksud orang-orang yang mengalahkan, manakala
dzahirun bermaksud orang yang menang.
Kemenangan di dunia disebut juga al-fath. Istilah al-fath digunakan oleh al-Quran dalam banyak
ayat yang menyentuh tentang kemenangan besar. Contohnya, Allah Taala berfirman dalam Surah

al-Fath ayat 1 :
48_1
“Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan
kemenangan yang jelas nyata.”
Ulama’ sejarah menggunakan istilah al-fath (pembukaan) di dalam setiap kejayan tentera Islam
menawan sesuatu wilayah kerana mengambil pengajaran dari al-Quran. Sifat penaklukan itu
bukan pemaksaan dan penjajahan, tatapi ia adalah pendedahan manusia kepada Islam,

pemerintahannya dan keadilannya. Kemenangan di dunia dapat dilihat dari beberapa aspek
sebagaimana dinyatakan di dalam Surah al-Nur ayat 55 :

48_1
“Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai
Muhammad!) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa
pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka
khalifah-khalifah yang berkuasa dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka
dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan
(dari ancaman musuh).”
Tiga bentuk kemenangan al-nasr yang dijanjikan itu adalah :
Mendapat kuasa pemerintahan di muka bumi dengan penguasaan pendukung-pendukung ke

atas negara atau wilayah dan memegang tampuk pimpinan.
Menguatkan agama Islam dengan mengurniakannya kewibawaan untuk menentukan
kehidupan manusia. Dengan kata lain, Islam menjadi asas kehidupan dan undang-undang dalam
negara.
Mewujudkan keamanan dalam kehidupan setelah mereka berhadapan dengan pelbagai
ancaman, rintangan dan risiko dalam mengharungi perjuangan.
B. Kemenangan Di Akhirat
Kemenangan di akhirat (al-fawz) adalah kemenangan yang sebenar. Walaupun pejuang-pejuang
Islam itu kalah atau gugur di medan peperangan atau sebarang medan perjuangan lain, namun
pada hakikatnya mereka telah beroleh kemenangan. Kemenangan inilah yang menjadi matlamat
sebenar di dalam perjuangan Islam.
Allah Taala menawarkan kemenangan di dalam firmanNya dalam Surah al-Saff ayat 10-12 :
61_10
“Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh
menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?”
61_11

“Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan
menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih
baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.”

61_12
“(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam
taman-taman ( syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di
tempat-tempat tinggal yang baik dalam syurga ‘Adn. Itulah kemenangan yang besar.”
Berdasarkan ayat di atas, kemenangan di akhirat itu meliputi empat perkara :
Mendapat jaminan keselamatan dari azab yang pedih di akhirat.
Mendapat keampunan dari Allah Taala di atas segala dosa yang telah dilakukan.
Dimasukkah ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai yang mengalir.
Mendapat tempat tinggal yang baik khusus di yurga yang bernama ‘Adn.
C. Kemenangan Adalah Janji Allah
Di dalam Islam, kemenangan adalah suatu yang pasti dan perlu diyakini oleh setiap Muslim.
Mereka perlu mengimani masa hadapan yang baik dan gemilang untuk Islam. Ini kerana terdapat
banyak nas al-Quran dan al-Hadith yang memberitakan bahawa Islam akan berjaya pada suatu
hari kelak. Ayat 55 Surah al-Nur tadi dimulakan dengan lafaz - wa’ada - bermaksud “telah
menjanjikan”, di mana kemenangan di dunia (al-nasr) telah dijanjikan oleh Allah sebagai satu
kemestian kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh apabila tiba masanya.
Janji ini bukan sahaja dikhususkan buat umat Muhammad S.A.W, bahkan ia telah dinyatakan
oleh Allah Taala sejak zaman Nabi Daud alaihissalam lagi. Firman Allah Taala dalam ayat ke 105
Surah al-Anbiya’ :
61_12

“Sesungguhnya telah kami wartakan dalam kitab Zabur selepas peringatan bahawa bumi ini akan
diwarisi oleh hamba-hambaku yang soleh.”
Janji Allah Taala ini disebut pula dalam hadith Rasulullah S.A.W (maksudnya); Dari Tamim alDari katanya; Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda, “Akan sampai urusan ini (agama
Islam) ke setiap tempat yang sampai padanya malam dan siang. Dan Allah tidak akan
membiarkan walau sebuah rumah di bandar dan perkampungan mahupun di pedalaman
melainkan akan dimasukkanNya agama ini melalui kemuliaan orang yang mulia atau kehinaan

orang yang hina. Dengan kemuliaan Allah memuliakan Islam dan dengan kehinaan Allah
menghina kekufuran.”
Tamim al-Dari menyatakan bahawa aku telah mengalami perkara itu dalam keluargaku, yang
Islam mendapat kebaikan, kemuliaan dan kehebatan, manakala yang kafir mendapat kehinaan,
merasa kerdil dan membayar jizyah.
Hadith ini menerangkan bahawa agama Islam akan berkembang seluas-luasnya ke setiap penjuru
dunia. Janji Allah dan RasulNya ini telah berlaku untuk peringkat pertamanya dengan berlakunya
pembukaan-pembukaan negara Islam dan berkembangnya wilayah taklukan Islam sejak zaman
Rasulullah S.A.W hingga kurun ke-14 Hijrah.
D. Kemenangan Adalah Pertolongan Allah
Persoalan pokok dan perkara penting yang membezakan konsep Islam terhadap kemenangan
dengan konsep-konsep agama, ideologi dan fahaman lain adalah unsur pertolongan Allah, Islam
amat menitik-beratkan hubung-kait manusia Islam dengan Tuhannya dalam perjuangan bahkan

dalam setiap aspek kehidupan.
Para pendukung perjuangan Islam sentiasa diingatkan tentang peri pentingnya bergantung kepada
Allah dan menyakini bahawa kemenangan hanya datang dari Allah apabila dikehendakiNya.
Allah Taala berfirman dalam ayat 160 Surah al-Imran :
61_12
“Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat
mengalahkan kamu; dan jika Ia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong
kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah
hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri.”
Al-Nasr dalam ayat ini memberi pengertian pertolongan dan kemenangan di dalam perjuangan.
Allah Taala mengaitkan persoalan kemenangan dalam ayat ini dengan pernyataan bahawa Allah
Yang Maha Perkasa untuk menunjukkan bahawa Dia-lah yang berkuasa memberi kemenangan
kepada orang-orang beriman sekalipun jumlah mereka sedikit dan kelengkapan mereka kurang
berbanding dengan pihak lawan.
Manakala pernyataan bahawa Allah Maha Bijaksana menegaskan bahawa Dia-lah yang lebih
mengetahui bilakah masa yang paling sesuai untuk mengurniakan kemenangan dan sebab apakah
kemenangan itu tidak diberikan dalam semua keadaan.

Setiap pejuang Islam perlu menyakini bahawa kemenangan adalah kurniaan Allah dan
bergantung kepada izin dan kehendak Allah. Bila-bila masa Dia (Allah) boleh mengurniakan

kemenangan atau menarik nikmat itu dan memberikan kekuasaan kepada golongan lain. Justeru,
para pejuang Islam perlu mengambil berat hakikat ini agar kemenangan Islam itu dibina atas
dasar kefahaman dan penghayatan Islam dalam mengisi kemenangan.
Hakikat ini dinyatakan dalam firman Allah dalam Surah Ali Imran ayat 26 :
61_12
“Katakanlah (wahai Muhammad) Ya Allah! Engkau pemilik segala kekuasaan, Engkau memberi
kekuasaan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau mencabutnya dari sesiapa yang
Engkau kehendaki. Dan Engkau memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau
menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Padamu kekuasaan untuk mengurniakan kebaikan,
sesungguhnya Engkaulah yang meliputi segala kekuatan.”