Pengurusan Sumber Manusia dalam Konteks
PROCEEDINGS
INTERNATIONAL CONVENTION ON ISLAMIC
MANAGEMENT 2013
Realizing Islamic Management in the 21st Century:
Challenges & Prospects
27 & 28 November 2013
Academy of Islamic Studies,
University of Malaya, Kuala Lumpur.
© 2013
All rights reserved; no part of this publication may be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted in
any form or by any means, electronicly or mechanicaly through photocopying, recording or others without prior
official permission from the publisher.
Published by:
In cooperation with:
Department of Shariah and Management, YaPEIM Management Academy,
Academy of Islamic Studies,
No. 52 Tingkat 1, Bangunan YaPEIM,
University of Malaya,
Jalan Kg. Attap,
50603 Kuala Lumpur,
50732 Kuala Lumpur.
MALAYSIA.
MALAYSIA.
Tel: +603‐7967 6013
Tel: +603‐22747913
Fax: +603‐7967 6140
Fax: +603‐22724469
Email: api_pengurusan@um.edu.my
Email: akademi@yapiem.net.my
PUBLICATION COMMITTEE
Advisor
Associate Professor Dr Ab Mumin Ab Ghani
Editors
Dr Nor `Azzah Kamri
Dr Azian Madun
Mr Suhaili Sarif
Associate Editors
Dr Fadillah Mansor
Dr Kamaruzaman Noordin
Dr Mohd Rizal Muwazir
Mr Mohd Abd Wahab Fatoni Mohd Balwi
Associate Professor Dr Ilhaamie Abdul Ghani Azmi
Dr Nayel Shaker Musa al‐Omran
Production Assistants
Siti Fatimah Abdul Latif
Sumaiyah Bahri
Sumaiyah Mat Desa
Nurul Amrina Mohd Yazid
Nik Azimah Nik Li
Nur Izzati Jamaluddin
Sitinor Asfar Md. Derus
Siti Aishah Kasmon
Nuurshiraathal Firdaws Abd Rani
Norsolihah Mustaffa
Nurul Ashikin Zarul Fuad
Nurul Nabilah Noor Razman
Radhiah Alias
Norshida Abd Hamid
Ummi Aainaa Azimi
Anisah A.B. Rashid
Siti Fairuz Ramlan
TABLE OF CONTENTS
MANAGEMENT AND BUSINESS
1
Flexible Work Arrangements: The Use of Self‐Control in Managing Work‐
Family Conflict
Siti Syuhada Abd Rahman, Suhaily Md Shamsuddin
2
Implementation of Islamic Management: Case Study at As‐Sakinah
Supermarket, Surabaya
Pramita Agustin, Himmatul Kholidah
3
Infusing Islam in State Administration: Kelantan Experience
Mohd. Abd Wahab Fatoni Mohd Balwi, Sumaiyah Mat Desa
4
Islamic Human Resource Management: Case Study on the Implementation
of Calestial Management at Bank Muamalat Indonesia, Islamic Human
Resources Management Yogyakarta Branch
Ruspita Rani Pertiwi
5
Islamic Perspective of Residential Care Homes for the Elderly (RCHfE) in
Malaysia
Hamimatulakmam Hamdan, Noralfishah Sulaiman
6
Islamic Venture Capital in Malaysia: Development, Constraints and Way
Forward
Sa’id Adekunle Mikail, Mahamad Arifin, Rusni Hassan
7
Kajian Kefahaman Zakat dalam kalangan Golongan Muda: Pelajar Institusi
Pengajian Tinggi di Selangor
Noraini Shamsuddin, Teh Suhaila Tajuddin, Aza Shahnaz Azman
Siti Hawa Raden Eksan, Hairolfazli Mohamad Som
8
Management of Futures and Forwards Instruments from Perspective of
Shari’ah
Ehab Mohammad Mustafa Injadat, Mohamad Yazis Ali Bash, Muhammad Ridhwan
Abd Aziz, Khairil Faizal Khairi
i
9
Masjid dan Aktiviti Jual Beli: Prospek dan Cabarannya.
Sumaiyah Mat Desa, Suhaili Bin Sarif
10
Mobilizing Waqf Fund for Education: The Case of IIUM Endowment Fund
Norma Md Saad, Salina Kassim
11
Pendekatan Pembangunan Modal Insan Menurut Perspektif Islam: Satu
Sorotan Teoritis
Adnan Non, Nor ‘Azzah Kamri
12
Pengaruh Program Latihan Terhadap Prestasi Kerja Menurut Perspektif
Islam dan Empirikal
Noor Azmi Mohd Zainol, Daud Mohamed Salleh, Wan Mukhtar Wan Muda
13
Pengurusan Institusi Zakat dalam Konteks Prosedur Pemilihan dan
Pelantikan Amil Zakat di Malaysia
Azman Ab Rahman, Siti Martiah Anwar
14
Pengurusan Keselamatan Industri melalui Pendekatan Simbiosis Industri:
Memperkasakan Konsep “Halalan‐Toyyiban” di Taman Halal
Azizan Ramli, Mazlin Mokhtar, Badrulhisham Abd. Aziz
15
Pengurusan Kewangan Masjid di Daerah Kubang Pasu, Kedah.
Hydzulkifli Hashim Omar, Mohamad Yazid Isa, Noraini Yusuf
16
Pengurusan Sumber Manusia dalam Konteks Islam: Menyoroti Model
Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial (Spies)
Faizatul Najihah Mohd Azaman, Faudzinaim Badaruddin
17
Prospek dan Amalan Konsep Kendiri dalam Pengurusan Strategik
Organisasi: Analisis dari Perspektif Barat dan Islam
Fadillah Mansor, Tengku Sarina Aini Tengku Kasim
18
Religiosity in Brand Switching: A Comparative Study of Pakistan and
Malaysia
Munazza Saeed, Ilhaamie Abdul Ghani Azmi
19
Sharia Compliance in Hotel Management: A Conceptual Framework
Che Musa Che Omar, Noormuthaah Muhamad, Ali Adaha, Nor ‘Azzah Kamri
20
Peranan Undang‐undang Indonesia ke atas Pentadbiran Zakat : Ke arah
Memperkukuh Hak‐hak Ekonomi Masyarakat
Abdul Mujib
ii
21
Wanita dan Amalan Keusahawanan Islam: Satu Kerangka Konseptual
Ilhaamie Abdul Ghani Azmi, Mohamed Dahlan Ibrahim
ECONOMY AND FINANCE
22
Kefahaman Pelanggan Bank Muamalat Indonesia Terhadap Akad
Mudharabah
Iskandar, Ilhaamie Abdul Ghani Azmi, Azian Madun
23
Managing Cash Waqf Fund for Islamic Waqf Bank Institution
Muhammad Ridhuan Ab. Aziz, Mohd. Asyraf Yusof, Fuadah Johari
24
Managing Profit‐Seeking Motive in Islamic Insurance Institutions: The
Malaysian Perspective
Kamaruzaman Noordin, Azian Maidun, Mohd Rizal Muwazir @ Mukhazir, Fadillah
Mansor
25
Managing Shariah non‐Compliance Risk in Islamic Banking: Current
Practice and Challenges Ahead
Mohd Nazri Chik, Mohd Zikri Mohd Shairy
26
NGO dan Perkembangan Sektor Muamalat Indonesia: Pengalaman dan
Peranan Parti Keadilan Sejahtera
Ardiansyah Ashri Hussein, Suhaili Sarif
27
Pembiayaan Kenderaan di Bank Islam (M) Berhad dan Isu‐Isu Berkaitan
Mohd Usoff Zakaria, Ab. Mumin Ab. Ghani
28
Pengaruh Religiositi terhadap Tahap Penerimaan Pelanggan Bank
Muamalat Indonesia
Azian Madun, Ilhaamie Abdul Ghani Azmi, Iskandar.
29
Pengurusan Institusi Zakat dalam Pelaksanaan Program Usahawan Asnaf
di Malaysia
Azman Ab Rahman, Mohamad Yazis Ali Basah, Mohammad Noorizuddin Nooh
Mahdhir Abdullah
30
Perbezaan Fatwa Pelaburan ASNB: Kesan Terhadap Hibah Amanah ASNB.
Ahmad Faizal Abd Hamid, Suhaili Alma’amun, Mohd. Khairy Kamarudin, Mohd.
Zamro Muda
iii
31
Small Business Owners’ Response towards Patronage of Islamic Pawn
Broking Service in Pahang
Siti Aishah Mohamed, Ilyani Azer, Mohd Faizal Azrul Azwan Che Harun @
Mohammad
32
The Effect of Takaful Agents’ Islamic Relationship Marketing Practice on
Customer Satisfaction, Trust and Commitment: An Empirical Study on 800
of Family Takaful Customers
Marhanum Che Mohd Salleh, Riwan Ramli
33
The Management of Underwriting Surplus by Takaful Operators in
Malaysia
Kamaruzaman Noordin
34
Waqf Bank in Indonesia: A Dynamic Model for Cash Waqf Management as
One of Alternative Instruments for Poverty Alleviation
Gusva Havita, Safrina Fauziyah Rashor
35
Waqf Development Financing in Higher Education: Challenges and The
Way Forward
Mohammad Haji Alias, Fuadah Johari, Hisham Sabri
36
Zakat untuk Pemberdayaan Asnaf Sebagai Strategi Pembangunan Islam:
Cabaran dan Prospek
Suhaili Sarif
ETHICS AND QUALITY
37
Cabaran Pelaksanaan MS1900: 2005 (Sistem Pengurusan Kualiti menurut
Perspektif Islam) di Institusi Pengajian Tinggi Swasta, Malaysia: Satu
Kajian Kes.
Hasan Al‐Banna Mohamed, Ab. Mumin Ab. Ghani, Siti Arni Basir
38
Classic Ethical Theories: The Missing Link of the Modern Islamic Work
Ethics
Siti Fairuz Ramlan, Nor ‘Azzah Kamri
39
Etika di Institusi Islam: Penelitian ke atas Faktor Pendorong
Pelaksanaannya
Nor ‘Azzah Kamri, Siti Arni Basir
40
Integriti dalam Etika Kepimpinan Islam Menurut al‐Mawardi
Wan Mohd Azfar Wan Mohd Zain, Lizah Ismail, Nor ‘Azzah Kamri
iv
41
Kajian Kes Perlaksanaan Etika Kerja Islam (EKI) di Johor Corporation
(JCORP)
Muhammad Mustakim Bin Mohamed Noh, Siti Arni Basir
42
Keberkesanan Sistem Pengurusan Kualiti Berlandaskan Syariah (MS) 1900‐
2005 terhadap Pencapaian Prestasi dalam Organisasi: Konsep Rangka Kerja
( A Conceptual Framework)
Syaida Fauziatul Hana Yahya, Mohd. Roslan Ismail, Wan Mohd Azfar Wan Mohd
Zain
43
Kualiti Perkhidmatan menurut Perspektif Islam
Muhamad Faisal Bahari, Mohd. Rizal Muwazir
44
Measuring the Islamic Work Ethics: An Alternative Approach
Azharsyah Ibrahim, Nor ‘Azzah Kamri
45
Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti Islam MS1900: Kajian Kes di Pusat
Zakat Melaka.
Siti Arni Basir, Ilhaamie Abd. Ghani Azmi, Nor ‘Azzah Kamri
46
Profesionalisme Menurut Perspektif Islam: Penelitian terhadap Aplikasi
dan Implikasinya
Hazwani Mohamed Nor, Nor ‘Azzah Kamri
47
The Importance of Modesty Virtue in Islamic Communications: Ethics and
Islamic Management
Zohreh Sadatmoosavi, Mohammad Ali Shokouhi, Seyed Mohammad Hossein
Rassouli, Wan Zailan Kamaruddin Wan Ali
TECHNOLOGY AND ENVIRONMENT
48
Aplikasi Konsep al‐Jarh wa al‐Ta’dil dalam Pembentukan Konstruk
Kredibiliti Maklumat Acuan Islam
Muhammad Ahmad, Mohd Sobhi Ishak, Mohd Nizho Abdul Rahman, Mohamad
Khadafi Rofie
49
Aplikasi Laman Web dalam Institusi Zakat di Malaysia ke arah
Penambahbaikan Keberkesannnya
Muhsin Nor Paizin
50
Assessing Workplace Spirituality in the Academic Environment in
Malaysia
Norazuwa Mat, Norsiah Mat, Ruslan Romli, Norazila Mohd Noor
v
51
Computer Aided Facilities Management (CAFM) dan Institusi Masjid.
Kajian Kes: Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Miftahuddin Misri, Noralfishah Sulaiman
52
Peranan Teknologi dalam Pengurusan Harta Tanah Islam: Kajian
Penggunaan Sistem Maklumat Geografi dalam Pengurusan Tanah
Perkuburan Islam
Noor Shafiqah Mohamad Daud, Noralfishah Sulaiman
53
Prinsip dan Amalan Pengurusan Sisa Pepejal Secara Islam: Aplikasi
Kaedah Fiqh dalam Pengurusan Alam Sekitar Moden
Affendi Ismail
54
Strategic Planning: Does ESG Contribute to Higher Shareholders’ Value?
Siti Aqilah Talib, Norhanim Mat Sari
vi
International Convention on Islamic Management 2013
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DALAM KONTEKS ISLAM:
MENYOROTI MODEL SPIRITUAL PHYSICAL INTELEKTUAL
EMOSI SOSIAL (SPIES)
Faizatul Najihah Mohd Azaman
Faudzinaim Badaruddin
Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia
najihahelfaizah@gmail.com, fnaim@ukm.my
Abstrak: Pengurusan sumber manusia yang berkualiti mengikut etika Islam mampu
memberi impak positif yang cemerlang kepada masyarakat secara amnya.Kajian
kualitatif ini bertujuan menyoroti pengurusan sumber manusia yang diaplikasikan
di dalam latihan pembangunan sumber manusia yang menggunakan kerangka
konsep Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES). Oleh itu, sekretariat yang
juga penyelaras modul Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES), Dr.
Ruziah binti Ghazali, telah ditemu bual bagi mendapatkan maklumat asas
pembangunan sumber manusia yang digunakan dalam latihan pembangunan
modal insan di Selangor, khususnya. Dapatan kajian akhirnya mendapati
pengurusan sumber manusia di dalam Islam adalah digunapakai di dalam
membangunkan modal insan di Selangor menerusi model Spiritual Physical
Intelektual Emosi Sosial(SPIES). Kajian lanjutan seterusnya dicadangkan untuk
mengkaji aspek yang membangunkan modal insan dan peranan modul Spiritual
Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES) ini dalam kalangan rakyat Selangor.
Kata kunci: Modul Spiritual Physical Intellectual Emotional Social (SPIES),
pengurusan sumber manusia.
PENGENALAN
Model Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES) adalah sebuah kerangka
projek yang telah dicetuskan oleh Yang Berbahagia Dr. Halimah binti Ali, di dalam
memperkasakan modal insan di Selangor khususnya. Membawa slogan
‘Mengehsankan insan Selangor Darul Ehsan’, Spiritual Physical Intelektual Emosi
Sosial (SPIES) bermula pada sekitar Ogos 2008. Sejak tahun 2008 hingga 2012,
kesemua jumlah peserta adalah seramai 101, 239 orang. Aktiviti yang telah
dijalankan adalah sebanyak 1,252. Objektif umum Spiritual Physical Intelektual
Emosi Sosial (SPIES) adalah untuk melahirkan insan cemerlang di dunia dan
akhirat yang akhirnya akan menjadi asset kepada negeri. Selain memanifestasikan
kelompok insan kamil yang produktif, efektif, dan kreatif, ianya akan memberi
impak kepada Selangor sebagai visi ke arah hub-ilmuan yang maju, selamat dan
berdaya saing.
Paper 16| 1
International Convention on Islamic Management 2013
Model Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES) ini adalah pertama
di Malaysia yang merangkumkan kelima aspek kecerdasan iaitu spiritual quotient
(SQ), physical quotient (PQ), intellectual quotient (IQ), emotional quotient (EQ), dan social
quotient (SQ). Model Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES) ini
mempunyai banyak skop model yang meliputi remaja, keluarga, belia, siswa,
penjawat awam, pendidik, kepimpinan masyarakat, professional, bridged amal, dan
seterusnya alumni. Alumni Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES) inilah
yang akan memanifestasikan Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES)
yang terbaru, iaitu Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES) D’Village dan
Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES) Organisasi [1].
Pembudayaan Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES) bertujuan
untuk menjadikan ianya amalan tradisi yang diperkembang, dan diikuti oleh setiap
masyarakat. Justeru, pembudayaan ini bermula dengan program Spiritual Physical
Intelektual Emosi Sosial (SPIES) yang telah diinstitusikan di bawah naungan
kerajaan negeri. Oleh yang demikian, untuk merealisasikan misi tersebut, aktiviti
Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES) ini perlu dijadikan amalan harian
untuk mewujudkan penambahbaikan di dalam organisasi [2].
Setiap aktiviti tentunya mempunyai pengurusan yang betul, terutamanya
yang melibatkan manusia sebagai tunjang utama. Menurut Abd Rahman (2006),
program latihan dan pembangunan sumber manusia adalah sebuah organisasi yang
mewujudkan aktiviti yang terancang dan sistematik bagi membantu ahli-ahlinya
mempelajari kemahiran yang diperlukan semasa atau akan datang bagi
meningkatkan kecekapan struktur organisasi. Usaha-usaha ini melibatkan
peningkatan pengetahuan, menimbulkan semangat dan kesedaran mengenai
pekerjaan, perubahan sikap dan menambahkan kemahiran kerja. Pembangunan
sumber manusia melibatkan program utama iaitu program latihan dan
pembangunan individu, program pembangunan organisasi dan pengembangan
kerjaya, beserta program pembangunan kerjaya dan peluang kerjaya [3].
Latihan adalah berbeza dengan pembangunan. Latihan adalah lebih kepada
proses jangka pendek untuk seseorang mendapatkan ketrampilan secara sistematik.
Manakala pembangunan adalah proses didikan jangka panjang untuk individu
mendapatkan kefahaman yang abstrak secara berterusan. Pada umumnya, latihan
adalah sebagai tujuan untuk meningkatkan produktiviti, semangat dan keghairahan
untuk bekerja, mengelakkan dari bahaya serta mampu meningkatkan kestabilan dan
fleksbiliti sesuatu organisasi. Nilai-nilai inilah yang menunjukkan bahawa peri
pentingnya peranan latihan di dalam organisasi [4]. Bagaimanapun, latihan adalah
bertujuan untuk membangunkan sumber manusia. Justeru, ia memerlukan satu
sistem pengurusan untuk membangunkan sumber insan.
Oleh yang demikian, terdapat beberapa prinsip yang mesti dipatuhi di dalam
menguruskan latihan pembangunan modal insan menurut Abd Rahman (2006), iaitu
Paper 16| 2
International Convention on Islamic Management 2013
latihan haruslah dirancang terlebih dahulu, dilaksanakan, dan dinilai secara
sistematik dalam konteks keperluan organisasi. Objektif latihan pula adalah bentuk
yang boleh diuji pengukurannya dan bersesuaian dengan keperluan individu [3].
Latihan tidak boleh dilakukan secara pukal dan sama rata, kerana setiap individu
berlainan peringkat, latar belakang pengajian, dan keupayaan peribadi. Oleh yang
demikian, penyediaan program latihan yang teratur dan bersistematik mampu
menjadikan pengurusan sumber manusia lebih sistematik dan berimpak positif.
METODOLOGI DAN OBJEKTIF KAJIAN
Kajian kualitatif yang digunakan melibatkan temu bual separa struktur bersama
dengan penyelaras sekretariat Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES), Dr
Ruziah binti Ghazali. Selain itu, pengkaji menggunakan sumber dari buku yang
membincangkan mengenai pengurusan sumber manusia menurut Islam.
PERSOALAN KAJIAN DAN OBJEKTIF
Didapati, terdapat persoalan kajian iaitu yang pertamanya, apakah model Spiritual
Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES)? Kedua, bagaimanakah ia menggunakan
pengurusan sumber manusia secara Islam, memandangkan latar belakang
masyarakat Selangor yang mempunyai pelbagai lapisan. Objektif kajian ini yang
pertamanya adalah memperkenalkan model Spiritual Physical Intelektual Emosi
Sosial (SPIES) kepada masyakarat umum secara asasnya. Kedua, bertujuan untuk
mengenalpasti pengurusan sumber manusia yang digunakan untuk membangunkan
modal insan di Selangor selaras dengan konsep yang dikehendaki Islam.
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DALAM ISLAM
Di dalam perbincangan mengenai pengurusan sumber manusia dalam konteks
Islam ini, pengkaji mengklasifikasikan tiga skop perbincangan.Tiga skop mengupas
definisi pengurusan, matlamat pengurusan dan seterusnya konsep pengurusan
Islam yang meliputi etika.
Definisi dan Kaedah Pengurusan Sumber Manusia.
Auni (2010) Pengurusan merupakan bidang ilmu yang membincangkan mengenai
perlakuan manusia untuk memenuhi keperluan hidup. Boleh dikatakan juga sebagai
ilmu yang menuntun cara berurusan dalam hubungan sesama manusia dan
hubungan dengan makhluk lain [5]. Syed Omar (1994) mengatakan bahawa
pengurusan adalah proses menggunakan sumber untuk mencapai matlamat [6,1].
Ab Mumin (2006) menyimpulkan pengurusan adalah satu proses melaksanakan
sesuatu melalui orang lain dan proses merancang dan memelihara persekitaran
apabila individu sama-sama bekerja dalam satu kumpulan bagi mencapai matlamat
yang dikehendaki. Selain itu, ia turut berkemampuan memperoleh sesuatu hasil
Paper 16| 3
International Convention on Islamic Management 2013
dalam rangka mencapai tujuan melalui aktiviti orang lain [7,8]. Pembangunan
sumber manusia berkait rapat dengan aspek latihan, pendidikan dan pembangunan.
Oleh itu, ia memerlukan latihan sebagai aktiviti meningkatkan keupayaan,
kemahiran, dan perubahan sikap [8].
Pembangunan sumber manusia dilihat secara lebih holistik. Falsafahnya
dalam konteks Islam adalah lebih kepada memartabatkan kedudukan manusia
sebagai hamba dan khalifah Allah SWT yang membawa kepada pencapaian
matlamat yang bersifat kuantitatif dan kualitatif. Matlamat akhirnya adalah menuju
keredhaan Allah SWT. Apabila tercapainya redha Allah, maka akan terkurnia alfalah iaitu kejayaan di dunia dan akhirat. Untuk mencapai keredhaan Allah SWT,
adalah berusaha untuk menjadikan ibadah sebagai landasan kepada perlaksanaan
aktiviti pembangunan sumber manusia [9]. Bagaimanapun, menurut Buraey,
pengurusan Islam tiada perkataan yang khusus untuk menjelaskannya, namun, di
dalam Quran, sebagaimana etimologinya yang menggunakan perkataan yudabbir
iaitu mengarahkan, mengendalikan, menguruskan, melaksanakan dan membuat
perancangan [7]. Malah tambah beliau, model Islam adalah unik dan dinamik
kerana lebih menyeluruh dengan menekankan standard etika, keseimbangan
material dan rohani, membumikan tradisi tempatan, menentang ketidakadilan,
kerjasama yang kuat tanpa penindasan persaingan [10]. Ahmad Ibrahim Abu Sin
berkata bahawa pengurusan dalam Islam tidak banyak bezanya takrif dari segi
pendapat umum. Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa pengurusan
Islam bermaksud keupayaan individu organisasi untuk memaksimumkan kadar
penggunaan sumber kebendaan dan sumber perkhidmatan yang diinginkan.
Namun, dalam masa yang sama melandaskan nilai Islam di dalam pengurusan.
Mohd Affandi Hassan cuba memberikan definisi pengurusan iaitu, [7] “pengurusan
dan pentadbiran dalam Islam, ialah penyempurnaan amanah yang diterima
manusia daripada Allah SWT sebagai hamba dan khalifah-Nya di bumi, untuk
mengerjakan amal salih secara syura dalam organisasi. Tujuan pengurusan dan
pentadbiran ialah untuk membina peradaban yang diredhai Allah berlandaskan
ajaran tauhid; dengan itu pengurusan dan pentadbiran bertanggungjawab
menghapuskan al-fasad untuk menegakkan keadilan dalam organisasi dan juga
dalam masyarakat. Matlamat pengurusan dan pentadbiran ialah mencapai al-falah”.
Menurut Yusof (1991), teknik pengurusan sebagaimana yang telah digunakan
dan diimplementasikan oleh Barat sebenarnya sudah ada di dalam Quran. Lima
kaedah pengurusan adalah bersandarkan Quran dan Sunah [11].
i.
ii.
iii.
Perancangan di dalam memilih matlamat, polisi dan program untuk
mencapai matlamat (Quran Al-Taubah 9:122).
Pengorganisasian digunakan di dalam merekabentuk struktur tugas
dan hubungan antara tugas (Quran Al-Saff 61:4).
Pengambilan kakitangan untuk menempatkan individu di dalam
organisasi (Quran Surah Al-Baqarah 2:47, Yusuf 12:55).
Paper 16| 4
International Convention on Islamic Management 2013
iv.
v.
Pengarahan di dalam menguruskan secara interpersonal (Surah AlNisa’ 4:59).
Pengawalan iaitu di dalam menilai dan membetulkan aktiviti untuk
menuju matlamat (Surah Al-Baqarah 2:107-108, 257; Ali Imran 3:139;
Al-Mukmin 40;51 Al-Hujurat 49;17).
Matlamat dan Sumber Pengurusan Islam
Ideologi pengurusan Islam adalah asas kepada pembentukan sistem pengurusan
Islam adalah bersumberkan kepada Quran dan Sunah. Pengurusan Islam
mempunyai susur galur yang mempunyai tiga komponen asas, akidah, syariah dan
akhlak. Berikut adalah rajah susur galur bagi menjelaskan kefahaman mengenai
sistem pengurusan Islam [7].
Syariah
Akidah (Iman dan
kepercayaan)
Syariah (Amalan dan
kegiatan)
Ibadah (Hubungan hamba
dengan Pencipta)
Sistem Politik
Akhlak (Tatasusila dan
Etika)
Muamalah (Hubungan
Sesama Hamba)
Sistem ekonomi
Sistem
pengurusan
Rajah 1
Berdasarkan rajah di atas, syariah Islam yang berada di atas adalah konteks
kehidupan individu Islam.Ia meliputi tiga komponen utama iaitu akidah, syariah,
dan akhlak. Ketiga komponen yang lengkap akan menjadikan individu sebagai
umat yang terbaik. Daripada ketiga komponen tersebut, syariah meliputi konteks
amalan dan perlakuan manusia.Ia terbahagi kepada dua, iaitu ibadah dan
muamalat. Ibadah ialah berhubung dengan perlakuan manusia secara langsung
Paper 16| 5
International Convention on Islamic Management 2013
dengan Allah dalam konteks hubungan dengan sesama Pencipta. Hal ini kerana
ibadah mempunyai dua unsur iaitu ketaatan kepada Allah SWT dan kasih sayang
manusia kepada-Nya. Muamalah pula adalah tindakna manusia berinteraksi dengan
sesama mereka demi kemaslahatan dunia, ianya boleh dilihat menerusi dua aspek
[7,10,12] :
a) Tujuan asas pensyariatan adalah untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT
untuk mendapatkan pahala di akhirat dan ia adalah ibadah. Pensyariatan
yang bertujuan kemaslahatan dunia dan faedah untuk keduniaan, ia
termasuk di dalam mu’amalah.
b) Rahsia pensyariatan ibadah didatangi dalam bentuk abstrak (mujmal),
bagaimanapun Nabi ada menjelaskan dengan jelas melalui perbuatannya.
Manakala muamalah dapat dicungkil rahsia pensyariatannya kerana ia
berbentuk umum. Hal ini kerana bentuk perhubungan manusia meliputi
sistem pengurusan, sosial dan politik.
Secara keseluruhannya, falsafah pengurusan Islam adalah berasaskan konsep
Tauhid, konsep uluhiyyah dan rububiyyah, konsep amanah dan khilafah, ibadah,
kerjasama, keadilan, dan ukhuwah sejagat [7]. Paradigma tauhid di dalam
pengurusan ditegaskan lagi oleh Shahrom TM Sulaiman (1962), bahawa ia adalah
bertujuan memberi ukuran universal dan takrif dengan tepat mengenai sistem nilai
yang mesti diikuti oleh manusia. Asas pendekatan tauhid adalah realiti kewujudan
Allah SWT yang Maha Esa sebagai Pencipta, Pentadbir, yang akhirnya akan kembali
semula kepada-Nya. Serta dengan memahami kehidupan akhirat sebagai tempat
perhitungan terakhir [13, 10]. Memetik kata Prof. Dr. Mohd. Kamal Hasan,
“sekiranya pendekatan pengurusan moden membenarkan professional termasuklah pengurus,
pentadbir, berpegang teguh kepada ‘shared values’ sesuatu organisasi tanpa mengambil kira
sama ada ianya bercanggah atau tidak dengan sistem nilai yang lebih besar yang wujud di
luar profesion, maka di dalam Islam kesetiaan kepada perintah Allah dan Rasul menjadi nilai
utama yang mengatasi segala nilai-nilai lain yang wujud di dalam sesuatu sub-sistem atau
sub-budaya.”
Kesetiaan kepada Allah dan Rasul tentunya membawa kepada implikasi yang baik
seperti [13]:
i. Berkhidmat untuk kebaikan manusia dengan tujuan mendapat keredhaan
dan mengelakkan dari kemurkaan Allah SWT.
ii. Berkhidmat sebagai hamba Allah dan Khalifahnya dalam segala situasi.
iii. Menjalankan tugas atas dasar ibadah kepada Allah di samping menunaikan
ibadah khusus yang wajib dilakukan.
iv. Bertanggungjawab terhadap bukan sahaja kepada majikan, tetapi kepada
Pencipta khususnya.
Perkhidmatan yang cekap dan sempurna, datangnya dari hasil usaha yang
bersungguh untuk mencapai kesejahteraan. Mohd Affandi Hassan menyatakan
Paper 16| 6
International Convention on Islamic Management 2013
dengan terperinci dalam tulisannya [7], matlamat pengurusan pentadbiran adalah
untuk membina tamadun berdasarkan nilai-nilai etika tauhid. Dalam masa yang
sama, pengurusan perlu memastikan amalan rasuah, ketidakadilan dan mischief
dalam organisasi dibanteras untuk mencapai al-falah (felicity) sebagai matlamat akhir
(ultimate) pengurusan.
Konsep Pengurusan Sumber Manusia menurut Islam
Manusia sebagai khalifah di muka bumi adalah berperanan paling dominan di
dalam sistem pengurusan. Hal ini disebut di dalam Islam yang mengistilahkan
istikhlaf yang bermaksud ketetapan manusia yang ditugaskan dan menjadi wakil
Allah SWT di dunia. Fungsi khalifah dan istikhlaf menegaskan mengenai peranan
manusia sebagai wakil Allah SWT sejak dari fitrah lagi. Etimologinya dari perkataan
khalafa yang bermaksud mengganti atau mengambil tempat. Berdasarkan pengertian
ini, manusia bertindak sebagai penguasa, pemerintah, pentadbir dunia yang
memikul amanah Tuhan dan perlu bertanggungjawab kepada Pencipta yang
menciptakan [5]. Sebagai khalifah di muka bumi, Dr Shareff (1988) menegaskan;
“Muslim managers and Muslim workers simultaneously report to two supervisorsGod and the human manager in that order. This will create a successful team
approach.”
Nor Azzah (2006) menegaskan kepentingan pengurusan sumber manusia
dapat dilihat menerusi ucapan mantan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri
Abdullah Ahmad Badawi yang mengatakan, “untuk kebanyakan Negara sekarang,
PSM dan pembentukan modal manusia adalah amat penting, amat perlu atau satu
perkara yang berkaitan antara hidup dan mati. Bagi Malaysia, kami rasakan ia ialah
persoalan antara hidup dan mati. Kami percaya sumber yang paling penting untuk
sesebuah Negara ialah bakat, kemahiran, kreativiti dan kesungguhan rakyatnya.
Kemahiran serta keupayaan rakyat merupakan sumber asli muktamad dalam
membentuk sebuah ekonomi paling cekap, yang dapat menghasilkan pengeluaran
tinggi pada kos paling rendah.”
Terdapat beberapa etika yang mesti dipatuhi untuk membangunkan sumber
manusia. Etika pertama adalah amanah, iaitu Islam sangat memandang sesuatu
pekerjaan dan jawatan setiap individu sebagai tanggungjawab. Ia bukanlah
merupakan keistimewaan gelaran semata-mata tetapi lebih kepada taklifan yang
dipertanggungjawabkan dan bakal dipersoalkan di akhirat kelak. Amanah adalah
bermaksud menghargai kepercayaan orang lain terhadap diri seseorang dengan
melaksanakan tuntutan yang terdapat di dalam kepercayaan itu dengan sempurna,
tanpa mengambil lebih dari apa yang menjadi haknya, dan tidak mengurangkan hak
yang menjadi milik orang lain [9].
Etika kedua adalah adil iaitu, memetik kalam Allah SWT di dalam Surah AlMaidah (5:8), bahawasanya orang yang beriman haruslah menegakkan keadilan
Paper 16| 7
International Convention on Islamic Management 2013
kerana Allah.Malah, Allah melarang keras kebencian yang menyebabkan
ketidakadilan. Islam sangat menuntut keadilan dalam segala situasi. Adil adalah
bermaksud keseimbangan, pemberian hak kepada yang sepatutnya dan meletakkan
sesuatu pada tempatnya [9,11].
Etika ketiga pula adalah syura yang merupakan elemen penting di dalam
mengurus sebarang bentuk organisasi sama ada diperingkat tertinggi, jabatan,
mahupun unit kerja bagi merealisasikan firman Allah SWT di dalam Quran, AlSyura, (42:38) yang mengatakan bahawa segala urusan haruslah diputuskan dengan
mesyuarat sesama manusia [9,1]. Semangat berpasukan adalah salah satu daripada
hasil syura ini kerana ia melibatkan persetujuan proses membuat keputusan.
Penting kepada warga pekerja untuk mempunyai pengalaman dan maklumat yang
lebih kepada sesuatu pekerjaan. Justeru, peluang untuk memberi pendapat haruslah
diraikan untuk menimbulkan rasa kebersamaan dalam satu institusi atau organisasi
[6,11].
Etika keempat pula adalah al-ihsan. Maksud al-ihsan ini mempunyai tiga
definisi; iaitu pertama, perbuatan yang betul, tingkah laku yang baik, berkebajikan,
ikhlas, belas kasihan, mementingkan orang lain, berperikemanusiaan dan
sebagainya [1]. Kedua; ihsan yang difahami daripada hadis Rasulullah SAW,
“Diriwayatkan oleh Yahya bin Ya’mar, maka khabarkanlah kepadaku (Jibril) perihal
ihsan. Rasul menjawab: “Ihsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolaholah engkau melihat-Nya. Jika engkau tidak dapat melihat-Nya, maka sesungguhnya
Dia melihat engkau”.
Berdasarkan hadis ini, sekiranya pengurusan mengamalkan sikap sebegini, ia
mampu mencetuskan muraqabah (mendekatkan diri dengan Allah SWT) Di dalam
konteks pengurusan sumber manusia, mereka yang memiliki etika ini akan
melaksanakan tugas tanpa bertindak dengan tindakan penyelewengan dan
penyalahgunaan kuasa. Ketiga, maksud ihsan juga adalah melaksanakan perkara
dengan cara yang terbaik sebagaimana yang telah disebutkan di dalam hadis,
“Daripada Syaddad bin Aws katanya, dua pesanan Rasulullah SAW yang selalu
kuingat dengan baik, iaitu sabda baginda, “sesungguhnya Allah telah mewajibkan
supaya selalu bersikap baik (ihsan) terhadap segala-galanya. Jika kamu membunuh
(buruan), lakukanlah dengan cara yang baik. Dan jika kamu menyembelih
sembilahan, lakukanlah dengan cara yang baik, tajamkanla mata pisaumu sehingga
tidak terlalu menyakiti haiwan sembilahanmu.”
Merujuk hadis ini, definisi yang ketiga ini cenderung kepada dorongan supaya
pengurus gigih berusaha untuk mencapai kecemerlangan dengan cara yang baik
[9,11].
Paper 16| 8
International Convention on Islamic Management 2013
Etika kelima pula adalah berilmu. Penguasaan ilmu adalah kunci kejayaan
kepada individu. Justeru, Islam menggariskan dua bidang yang penting yang wajib
dikuasai oleh individu Muslim. Pertama, ilmu fardhu ain yang berkisar tentang ilmu
tauhid,fiqah, dan tasawuf. Ia adalah teras kepada perlakuan hidup individu Muslim.
Ilmu fardhu kifayah pula adalah keperluan menguruskan kehidupan untuk lebih
sempurna seperti ekonomi, pengurusan, undang-undang, teknologi dan sebagainya
yang bertujuan untuk melengkapkan survival manusia di dunia [9].
Etika keenam pula adalah sabar. Sabar bermaksud tabah, dan cekal, menahan
dan menyerah diri kepada Allah SWT. Tuntutan sabar ini perlu dalam konteks
perhubungan manusia dan Allah SWT. Kesabaran boleh dilihat dari tiga bentuk,
kesabaran rohani yang menuntut kepada kekuatan dan kecekalan di dalam
mengawal keinginan nafsu. Kesabaran fizikal pula adalah ketahanan diri daripada
kesakitan dan kesusahan. Kesabaran mental adalah lahir dalam kekentalan minda
untuk mengawal emosi dan sakit hati.
Etika ketujuh pula adalah muhasabah yang menjadi pelengkap
kesempurnaan etika yang telah disebutkan. Muhasabah adalah amalan kerohanian
untuk mengubat jiwa. Menerusi amalan menilai, memeriksa, dan memperbaiki diri
ini, segala yang dilakukan akan difikirkan kembali. Sebagaimana kata-kata Saidina
Umar al-Khattab yang menyebut, “hisablah diri kamu sendiri sebelum kamu
dihisab”. Amalan muhasabah dapat meningkatkan produktiviti individu untuk
mengenalpasti kelemahan, kekuatan, peluang dan ancaman dalam setiap aktiviti
untuk diperbaiki, dipertingkatkan atau dielakkan sekiranya ia mengundang
keburukan lebih dari kebaikan [9,11].
PERBINCANGAN
Menerusi perbincangan ini, pengkaji melihat beberapa aspek penting pengurusan di
dalam Islam, sebagaimana yang telah diperincikan di atas di dalam model Spiritual
Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES) di Selangor. Pengkaji mencerakinkan tiga
komponen pengurusan Islam sebagaimana yang telah dibincangkan iaitu kaedah
pengurusan, matlamat pengurusan serta konsep pengursan model Spiritual Physical
Intelektual Emosi Sosial (SPIES) yang dilihat bertepatan dengan pengurusan sumber
manusia menurut Islam.
Kaedah Pengurusan Sumber Manusia
Menurut Dr Ruziah binti Ghazali, Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES)
bermula pada bulan Jun 2008, selepas Pilihan Raya Umum ke 12 (PRU 12) penggal
lalu. Yang Berhormat Dr. Halimah binti Ali selaku Exco Pendidikan, Pendidikan
Tinggi dan Pembangunan Modal Insan telah menjemput profesor universiti dan
konsultan di negeri Selangor untuk mengadakan pertemuan kali pertama
membincangkan mengenai idea Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES).
Paper 16| 9
International Convention on Islamic Management 2013
Kemudiannya, perjumpaan kali kedua diadakan untuk mencerakinkan mengikut
kepakaran bidang masing-masing mengendalikan sumber manusia. Perjumpaan
ketiga akhirnya ditapis melalui ujian bertulis bagi melayakkan mereka untuk
mengendalikan modul latihan pembangunan modal insan yang menggunakan
model Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES) [2].
Sebagaimana yang telah dibincangkan, prinsip pengurusan sumber manusia
seperti yang telah dinyatakan oleh Abd Rahman (2006) Yusof (1991), bahawa setiap
aktiviti memerlukan perancangan, perlaksanaan dan penilaian [3,11]. Hal ini
bertepatan dengan rangka kerja perlaksanaan amalan Spiritual Physical Intelektual
Emosi Sosial (SPIES) di dalam organisasi. Rajah berikut menunjukkan rangka
tersebut.
Pembangunan S.P.I.E.S berterusan
PLAN
P
E
R
S
E
D
I
A
A
N
DO
CHECK
SPIRITUAL
ACT
Penilaian/
Audit dan
Persijilan
S.P.I.E.S
PHYSICAL
INTELEKTUAL
Peningkatan
berterusan
EMOSI
SOSIAL
FASA 2
FASA 1
FASA 4
FASA 3
Lakukan
Keputusan
Rajah 2
Rajah 2 ini mencerakinkan empat fasa, fasa pertama adalah ‘plan’ iaitu setiap
aktiviti haruslah menubuhkan sekretariat dalaman yang bertanggungjawab untuk
merancang aktiviti dan latihan yang berkaitan dengan pembangunan aktiviti
Paper 16| 10
International Convention on Islamic Management 2013
S.P.I.E.S. Fasa kedua pula adalah ‘do’ yang merujuk kepada perlaksanaan pelbagai
aktiviti untuk kategori yang pelbagai ke arah mencapai matlamat organisasi masingmasing. Fasa ketiga pula adalah ‘check’ atau pemantauan yang dilakukan oleh audit
secara dalaman atau luaran yang bertujuan untuk menilai kembali aktiviti yang
telah dilakukan untuk penambahbaikan. Fasa keempat akhirnya adalah ‘act’ atau
pembetulan dan penambahbaikan secara konsisten. Maklum balas daripada audit
dalaman atau audit luaran wajar diambil kira demi memastikan penambahbaikan,
pembetulan terus berlangsung [2].
Matlamat pengurusan sumber manusia
Di dalam konvensyen Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES) yang
diadakan pada 19 Februari 2013, terdapat empat objektif pengurusan di dalam
membangunkan modal insan yang ditunjukkan di dalam rajah 3 di bawah [14].
Finance
(Kewangan)
Stakeholder
(Pelanggan)
Internal Process
(Proses dalaman)
Learning
&
Growth
(Pembelajaran
dan
Perkembangan)
1. Menguruskan dana yang telus dan berkesan.
2. Mempelbagaikan sumber pendapatan.
1. Mencapai objektif dan kepuasan pelanggan secara
menyeluruh.
2. Mendapat manfaat dari khidmat perundingan yang
berkualiti tinggi.
3. Mencapai perkongsian strategik yang berkesan.
1. Menjalankan program latihan modal insan.
2. Menjalankan kajian dan penyelidikan berterusan.
3. Menguruskan pembangunan ISS.
4. Menawarkan perkhidmatan perundingan kepada lain-lain
organisasi.
1. Membina organisasi yang diyakini dan dihormati.
2. Meningkat kecekapan dan kemahiran warga kerja.
3. Mengamalkan nilai murni ke arah peningkatan iman dan
taqwa.
Rajah 3
Keempat-empat peringkat ini dijangkakan akhirnya akan mendapat manfaat
yang bukan sahaja dari segi keuntungan wang ringgit, tetapi juga nilai spiritual
sebagaimana yang sentiasa ditekankan di dalam model kerangka Spiritual Physical
Intelektual Emosi Sosial (SPIES). Bagaimanapun, objektif Spiritual Physical
Intelektual Emosi Sosial (SPIES) sentiasa berlandaskan matlamat yang asas dan akar
di dalam model Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES) iaitu nilai
spiritual. Ianya digambarkan di dalam falsafah dan logo Spiritual Physical
Intelektual Emosi Sosial (SPIES) seperti rajah di bawah.
Paper 16| 11
International Convention on Islamic Management 2013
Rajah 4
Spiritual yang berada di bawah piramid adalah yang menggambarkan
spiritual sebagai tapak kepada pembinaan quotient yang lain seperti Physical,
Emotional, Intelligent dan Social.Warna hijau adalah melambangkan kesuburan dan
kesegaran [15]. Sebagaimana yang diperincikan di dalam kertas kerja Pembangunan
Modal Insan (PMI) Selangor Program S.P.I.E.S, elemen spiritual rohani dan akidah
adalah meyakini kewujudan Tuhan sebagai Pencipta makhluk dan alam, serta hari
akhirat. Elemen spiritual akan membentuk dan menjadi penentu sikap dan tindakan
supaya tidak melampaui dari garisan Tuhan. Sebagai kesannya, spiritual yang baik
akan menjadikan individu mengalami peningkatan rohani, jiwa dan minda ke arah
yang diredhai oleh Tuhan [16].
Konsep pengurusan sumber manusia menurut Islam
Model Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES) mengamalkan ciri secara
holistik dan saling berkaitan antara satu sama lain. Berikut diterapkan etika
pengurusan cara Islam yang terhasil melalui model kepimpinan yang akan
melahirkan perwatakan, sifat dan tingkah laku yang cemerlang [2].
Secara keseluruhan, sememangnya latihan pembangunan modal insan Spiritual
Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES) menggunakan amalan pengurusan
sumber manusia mengikut konteks Islam. Sebagaimana yang telah disebutkan oleh
beberapa tokoh, pengurusan sumber manusia di dalam Islam sangat komprehensif
dan boleh digunapakai untuk segenap lapisan umum.
Paper 16| 12
International Convention on Islamic Management 2013
Rajah 5
Intelektual
- Memiliki pengetahuan dan kemahiran
yang bersesuaian.
- Sentiasa meningkatkan kemajuan dan
mencintai ilmu.
- Kreatif dan inovatif.
- Mampu menyelesaikan masalah dan
membuat keputusan dengan tepat.
Physical
- Berketrampilan dengan imej personaliti
yang sesuai.
- Meningkatkan pendapatan
menggunakan dana dengan telus.
Sosial
- Menghormati orang lain dan menjaga
hubungan sesama insan.
- Meminta pertolongan atau merujuk
kepada orang lain.
- Membantu dan bekerjasama antara
sesama insan.
- Bermesyuarat sekiranya ada keputusan
yang perlu dibincang.
Emosi
-
Mempunyai kebijaksanaan emosi yang
tinggi.
Mengenali kemampuan diri.
Tidak mendedahkan orang lain kepada
tekanan yang tidak perlu,
memudaratkan, menghina atau
ketidakselesaan.
Spiritual
Mempunyai kesedaran hidup berTuhan, amanah dan bertanggungjawab mengikut nilai ajaran
agama.
KESIMPULAN
Secara keseluruhan dapatlah dibuktikan bahawa pengurusan sumber Islam sangat
menepati universal manusia di mana ia boleh diaplikasi diperingkat lapisan
masyarakat umum. Sebagaimana yang telah dipetik dari beberapa tokoh yang
mengatakan bahawa pengurusan sumber Islam, bukan sahaja mementingkan
duniawi, malah ukhrawi kerana bermatlamatkan redha Allah SWT. Begitupun, buat
Paper 16| 13
International Convention on Islamic Management 2013
yang bukan Muslim, ianya masih boleh diaplikasikan mengikut kaedah yang telah
digarap dan dibentuk di dalam model Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial
(SPIES) ini untuk tujuan meningkatkan produktiviti individu. Hal ini tidaklah
bertentangan dengan agama Islam, kerana agama Islam sememangnya bersifat
syumul dan universal serta kaedahnya boleh diikuti oleh semua peringkat umum.
RUJUKAN
[1] Nasih, A.M., t.th. Pengurusan Menurut Ajaran Al-Quran. Kuala Lumpur:
Serambi Timur Sdn.Bhd.
[2] Informasi dari Temu Bual dan Kertas Kerja. Mengehsankan Insan Selangor Darul
Ehsan, Dr. Ruziah binti Ghazali, 2013.
[3] Abd. Rahman, 2006.Pembangunan Modal Insan – Apa dan Kenapa Perlu Dalam
Konteks Organisasi di Malaysia. Human Resources Academy.
[4] Tulus dan Agus, M., 1992. Manajemen Sumber Daya Manusia. Jakarta :
Percetakan PT Gramedia.
[5] Auni, 2010. Teras Utama Sistem Pengurusan Islam. KualaLumpur : Alam Raya
Enterprise.
[6] Syed Omar, 1994. Pengurusan Badan Korporat dan Nilai Islam. Kuala Lumpur:
Institut Perkembangan Minda (INMIND).
[7] Ab. Mumin, 2006. Sistem Pengurusan Islam : Tinjauan Menyeluruh dari Aspek
Konsep. Dimensi Pengurusan Islam.Mengurus Kerja dan Modal Insan. Kuala
Lumpur : Penerbit Universiti Malaya.
[8] Wan Rafaie dan Noran Fauziah, 1993. Pengenalan dalam Siri Psikologi
Organisasi Sumber Manusia dalam Organisasi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
[9] Nor ‘Azzah, 2006. Pengurusan Sumber Manusia Menurut Perspektif Islam:
Falsafah dan Etika Perlaksanaan. Dimensi Pengurusan Islam: Mengurus Kerja
dan Modal Insan. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
[10] Wan Omar, W.L.O., 1996. Pengurusan Islam Abad ke-21 – Revolusi Pengurusan
untuk Keunggulan Sektor Awam dan Korporat. Kuala Lumpur: Utusan
Publication & Distributors Sdn. Bhd.
[11] Ismail, Y.,1991. Mengurus Secara Islam.Model dan Prinsip-prinsip Pengurusan
Islam bagi Individu dan Organisasi. Kuala Lumpur: A.S Nordeen.
[12] Ahmad, K., dan Fontaine R., 2011. Management from an Islamic Perspective.
Selangor: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.
[13] Sulaiman, S. TM., 1962. Pengurusan Islam dan Pembangunan Manusia.
Selangor: Thinker’s Library Sdn Bhd.
[14] Informasi dari kertas kerja Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES),
2013. Pembudayaan SPIES dalam Masyarakat dan Halatuju Model Pembangunan
Modal Insan SPIES Selangor, Konvensyen SPIES.
[15] Informasi dari laman web S.P.I.E.S., 2012. Spiesselangor.Wordpress.Com/LogoSpies/.
Paper 16| 14
International Convention on Islamic Management 2013
[16] Informasi dari kertas kerja S.P.I.E.S, Pembangunan Modal Insan (PMI) Selangor,
Program S.P.I.E.S. dari Dr. Ruziah binti Ghazali.
Paper 16| 15