TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2016
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2016
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
TEMA: “GURU PEMBINA NEGARA BANGSA”
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam Sehati Sejiwa
Tuan-tuan, puan-puan warga pendidik dan murid-murid yang dikasihi
sekalian,
1. Saban tahun, tarikh 16 Mei merupakan hari yang amat bermakna bagi
warga pendidik atau lebih sinonim dengan panggilan ‘cikgu’. Pada hari
istimewa ini, para guru akan diraikan oleh anak-anak didik demi menghargai
jasa dan menyanjungi pengorbanan guru dalam mendidik anak bangsa.
Guru-guru sekalian amat bertuah kerana ia merupakan pengiktirafan
tertinggi masyarakat dan kerajaan atas sumbangan tidak ternilai dalam
mencorak masa hadapan anak bangsa dan membangunkan negara. Kita
bersyukur ke hadrat Ilahi kerana pada tahun ini, dapat kita bersama-sama
menyambut Hari Guru kali ke-45 yang bertemakan “Guru Pembina Negara
Bangsa”.
2. Tema ini bertepatan dengan peranan guru sebagai pendidik dalam
membentuk murid yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi, memiliki
jati diri yang kukuh, berdaya saing dan berpegang teguh kepada ajaran
agama serta nilai sejagat. Para guru sekalian wajar berbangga kerana faktor
utama yang menyumbang kepada kemajuan negara dan kesejahteraan
rakyat Malaysia ialah tuan-tuan dan puanpuan sendiri.
3. Demi merealisasikan agenda pendidikan, gurulah yang bertungkus-lumus
memerah kudrat, berkorban masa bersengkang mata, cekal menempuhi
pelbagai cabaran. Bagi menjayakan misi murni ini, para guru sanggup
menabur bakti ke segala pelosok rantau – bandar, desa, merentas pulau dan
lautan hatta lurah dan gunung. Di sanubari guru tersemat satu iltizam – akal
budi murid mesti dibangunkan dan ditajamkan, sahsiah murid perlu dipimpin
dan diasuh, jasmani murid harus dicergaskan dan disegarkan, emosi murid
patut dibelai dan disentuh, rohani murid wajar dibimbing dan dimantapkan,
potensi murid layak dimajukan dan disuburkan. Syabas guru semua!
4. Dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia, prasyarat utama untuk
membina sebuah negara bangsa yang teguh, harmoni dan sejahtera adalah
melalui pengukuhan perpaduan, pembinaan identiti nasional, persefahaman
dan saling meraikan kepelbagaian resam budaya dan keutuhan semangat
kebangsaan bersesuaian dengan kepesatan pembangunan negara dalam
menghadapi era dunia tanpa sempadan. Tidak mungkin kepentingan
peranan guru dalam merealisasikan aspirasi ini boleh dikesampingkan dan
dipandang remeh apatah lagi perjuangan guru telah terpahat dalam sejarah
sebelum negara mencapai kemerdekaan lagi. Berdiri teguh di barisan
hadapan pendidikan, dengan bersanggakan semangat juang yang tulus,
tanpa mengharapkan ganjaran dan balasan, para guru gigih berjuang
melalui penulisan, persatuan malah berani menentang secara terangterangan pihak penjajah yang menafkan hak kedaulatan negara.
5. Pengorbanan guru mana mungkin dipertikaikan lagi. Pada zaman pasca
kemerdekaan ini, peranan guru telah berubah daripada menentang penjajah
kepada menyuntik bibit-bibit perpaduan dan pembangunan negara,
memperkukuh perkongsian nilai dan menyemarakkan semangat patriotisme
dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum. Sekolah menjadi agen
perpaduan dan medan penyubur nilai sosial seperti semangat kekitaan, sifat
toleransi, demokratik, saling menghormati dan menerima, taat setia kepada
negara dan mempunyai keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup
bersama dengan bersepakat, rukun dan harmoni.
Warga pendidik yang diraikan sekalian,
6. Sesungguhnya tugas seorang guru dipandang tinggi dan amat mulia. Guru
merupakan penggerak kepada pembangunan pendidikan dengan menyahut
cabaran transformasi pendidikan negara melalui Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Menerusi transformasi tersebut,
peradaban bangsa boleh diperkukuh apabila guru melaksanakan peranan
mereka menghasilkan modal insan yang memiliki kemahiran memimpin,
adil, berdikari, hidup dalam masyarakat demokratik, liberal, bertolak ansur,
prihatin dan penyayang. Nilai-nilai peradaban ini perlu disemai bermula pada
peringkat awal pendidikan kanak-kanak lagi. Peranan guru adalah
memastikan generasi pewaris negara diberikan pendidikan berkualiti seiring
era kemajuan terkini.
7. Justeru itu, guru perlu sentiasa bersedia untuk berubah, melaksanakan
tugas daripada cara biasa kepada yang luar biasa, berdaya tahan, futuristik
dan berfkiran aras tinggi. Guru juga berperanan membentuk murid agar
berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang
baharu, mempunyai daya tahan dan kebolehan untuk berhadapan dengan
persekitaran global yang dinamik. Sehubungan dengan itu, kita selaku warga
pendidik perlu melestarikan pembangunan profesionalisme keguruan melalui
nilai tambah dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan amalan profesional
keguruan bagi menyokong usaha pelaksanaan transformasi pendidikan
negara.
Guru-guru pembina bangsa sekalian,
8. Untuk bersaing dengan negara maju dunia, kita perlu menyediakan
pendidikan berkualiti dan mantap yang mampu menghasilkan murid bertaraf
dunia dan mempunyai pemikiran kritikal abad ke-21. Kurikulum pendidikan
disemak semula dari semasa ke semasa untuk membangunkan kemahiran
abad ke-21 yang dapat menggalakkan perkembangan sahsiah murid yang
holistik dan seimbang. Hasrat ini direalisasikan dalam Gelombang 2 PPPM
(2016- 2020), iaitu melalui Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)
dan penyemakan semula Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Selain
itu, pendidikan abad ke-21 ini turut memberikan penekanan kepada
pembangunan murid secara holistik yang menekankan pembangunan
intelek, rohani, emosi dan fzikal, seiring dengan pembinaan identiti nasional
yang kukuh dan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pihak
Kementerian Pendidikan telah mengenal pasti kemahiran abad ke-21 yang
mampu melahirkan murid yang seimbang, berdaya tahan, bersemangat jitu,
berprinsip, bermaklumat dan patriotik, juga mempunyai kemahiran berfkir,
berkomunikasi dan bekerja secara berpasukan seperti yang dihasratkan oleh
kementerian dalam melahirkan modal insan cemerlang dan berketerampilan.
Natijahnya, diharapkan modal insan negara pada era akan datang memiliki
keupayaan berdaya saing pada peringkat antarabangsa dan diiktiraf
pengetahuan, kemahiran dan nilai etika mereka dalam kelas tersendiri.
9. Untuk makluman para guru, kerajaan sentiasa berusaha menaik taraf
kemudahan pendidikan yang meliputi pembinaan infrastruktur bangunan
dan penyediaan bilik khas bagi mengupayakan sistem pembelajaran ke arah
pendidikan abad ke-21. Pihak Kementerian Pendidikan dalam usaha untuk
menambah baik kelengkapan makmal komputer, makmal sains dan bengkel
kemahiran agar dapat menyokong pembelajaran berteraskan projek yang
membolehkan murid mempunyai akses pembelajaran kendiri. Hal ini banyak
membantu menarik minat murid dalam pengajaran dan pembelajaran.
Transformasi pendidikan ini adalah selaras dengan perubahan sistem
pendidikan global yang diaplikasikan oleh kebanyakan negara maju.
10. Kementerian juga sentiasa berusaha untuk melengkapkan murid dengan
pengetahuan dan kemahiran terkini yang amat penting dalam mendepani
cabaran dunia tanpa sempadan, antaranya dengan memperkukuh inisiatif
pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik atau STEM.
Pendidikan sepanjang hayat ini merangkumi pembelajaran bersepadu sains,
teknologi, kejuruteraan dan matematik di sekolah dan juga di luar sekolah.
Pendidikan STEM akan mula didedahkan kepada murid seawal usia empat
atau lima tahun pada peringkat prasekolah. Sekolah memainkan peranan
utama dan pemangkin untuk menyediakan sumber graduan STEM yang
mencukupi dan berkelayakan bagi memenuhi keperluan tenaga kerja untuk
memacu Malaysia ke arah negara maju dan berpendapatan tinggi. Gagasan
kerajaan dan pihak kementerian ini tidak mungkin berjaya tanpa sokongan
dan daya upaya guru.
11. Melalui pelaksanaan inisiatif STEM di sekolah, nilai tambah yang dikenal
pasti boleh menyumbang kepada peningkatan minat murid dalam bidang
pendidikan STEM akan diberi penekanan dan diperluaskan manakala
pendekatan strategik yang optimum untuk pelaksanaan pendidikan STEM di
sekolah akan dimantapkan dari semasa ke semasa. Daya usaha ini
merupakan titik tolak ke arah mewujudkan masyarakat berliterasi STEM
yang mampu memahami sekurang-kurangnya konsep asas STEM dan
mengaplikasikan pengetahuan tersebut bagi memahami dunia sekeliling
juga menggunakan teknologi terkini serta prinsip matematik dan saintifk
dalam kehidupan seharian, terutamanya dalam berkomunikasi,
mempermudahkan urusan dan menyelesaikan masalah.
12. Selain itu, usaha meningkatkan kualiti penyampaian pengetahuan dan
kemahiran serta memperluas pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional
(TVET) menjadi fokus pihak kementerian. Inisiatif ini merupakan sebahagian
daripada transformasi pendidikan yang perlu dicapai dalam usaha kerajaan
meningkatkan kualiti pendidikan, modal insan dan daya saing negara.
Transformasi Pendidikan Vokasional (TPV) merupakan salah satu usaha
merekayasa sistem tersebut bagi menyumbang kepada agenda transformasi
negara bertujuan memenuhi keperluan industri dan kehendak pasaran kerja
supaya kita tidak terlalu bergantung kepada tenaga mahir dari luar negara.
13. Sekolah dan guru sekali lagi memikul amanah melahirkan modal insan
yang bukan sahaja berkemahiran tinggi, mempunyai kebolehkerjaan dan
kebolehpasaran tinggi selaras dengan keperluan industri negara malah
bersahsiah mulia. Kerjasama dan usaha semua pihak, termasuklah para
guru, telah mula menampakkan kemajuan dan keberhasilan positif. Antara
kejayaannya; semua program yang dilaksanakan di 15 buah Kolej Vokasional
rintis telah menerima akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia dan program
yang ditawarkan juga telah mendapat pengiktirafan daripada Jabatan
Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia. Peratusan pelajar
yang berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma Vokasional
Malaysia telah meningkat kepada 87.9 peratus pada tahun 2015 berbanding
83.6 peratus pada tahun 2014.
14. KPM turut mengatur langkah bagi melahirkan golongan berkemahiran
melalui Transformasi Pendidikan Vokasional dengan melaksanakan program
Pendidikan Asas Vokasional (PAV) melibatkan 81 buah Sekolah Menengah
Kebangsaan (SMK) dan 4 buah Sekolah Model Khas K9. Program kemahiran
vokasional ini dilaksanakan seawal pendidikan menengah rendah. Mulai
tahun 2016, Program Vokasional Menengah Atas (PVMA) diperkenalkan di
271 buah SMK terpilih di seluruh negara. Murid akan menerima dua
pensijilan iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan sijil kemahiran daripada
badan pentauliahan kemahiran seperti Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
selepas menamatkan program ini.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekalian,
15. Kerjaya sebagai guru memerlukan kita semua siap siaga melakukan
anjakan minda dan perubahan budaya kerja dengan memperbaharui
pengetahuan dan mempertingkatkan kemahiran agar pengajaran terus
relevan dan berkesan. Peliharalah akhlak dan budi pekerti supaya guru terus
dipandang tinggi dan menjadi suri teladan kepada anak didik dan
masyarakat. Sayangilah profesion keguruan kerana bakti luhur dan jasa
murni guru sesungguhnya tidak terbalas. Tanggungjawab kita sememangnya
semakin hari semakin kompleks serta mencabar selaras dengan
perkembangan yang amat pesat pada masa kini. Ingatlah bahawa setiap
gerak laku, tutur bicara dan tindakan para guru menjadi perhatian dan dinilai
oleh masyarakat, justeru, guru hendaklah memastikan martabat profesion
keguruan dipelihara, disanjung dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
16. Dasar dan etika penjawat awam seperti Peraturan-peraturan Pegawai
Awam (Kelakuan dan Tatatertib) Pindaan Tahun 2002 perlu dipatuhi demi
menjaga imej dan kepentingan negara, juga profesion keguruan. Guru
merupakan contoh kepada murid melalui nilai integriti yang dipamerkan
dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan. Guru yang berintegriti
menjadi pemangkin memacu sesebuah organisasi ke arah perkhidmatan
berkualiti dan cekap yang menyumbang ke arah pembangunan negara
dengan lebih berkesan. Dengan erti kata lain, integriti dalam diri seorang
guru amat penting kerana masa hadapan murid, malah masa hadapan
bangsa dan negara ditentukan oleh corak didikan yang disemai oleh guruguru pada hari ini. Integriti dalam pendidikan berkait rapat dengan
akauntabiliti. Akauntabiliti keguruan merangkumi tanggungjawab guru
terhadap murid, diri sendiri, sekolah, masyarakat dan negara. Oleh itu, guru
perlu melaksanakan tugas dengan amanah, adil, berdedikasi, prihatin, penuh
kasih sayang dan memiliki tahap kesabaran yang tinggi. Tuan-tuan, puanpuan dan murid-murid sekalian,
17. Barisan kepimpinan sekolah juga tidak terlepas menerima tempias
cabaran perubahan pesat dalam arus transformasi yang melanda
dunia pendidikan kita pada masa kini. Senario ini sudah tentunya
memerlukan perubahan yang radikal dalam aspek pengurusan di sekolah
khasnya dalam pengurusan profesional. Pihak pentadbir bertanggungjawab
menentukan iklim sekolah, suasana pengajaran dan pembelajaran, tahap
dan kualiti profesionalisme guru, semangat kekitaan, dan rasa
tanggungjawab terhadap kemenjadian murid. Pengetua dan guru besar
selaku peneraju tonggak kepimpinan sekolah perlu berubah dahulu dan
bertindak proaktif bagi melaksanakan transformasi di sekolah dan
memberikan sokongan jitu terhadap guru-guru di bawah seliaan mereka. Hal
ini kerana pengetua dan guru besar merupakan penggerak utama dalam
membina negara bangsa agar setiap murid memiliki jati diri yang kukuh,
patriotik, berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral, bertolak
ansur, hidup sebagai masyarakat penyayang, bersatu padu, berfkiran dan
berbudaya saintifk, demokratik serta liberal.
Anak-anak murid yang disayangi sekalian,
18. Saya yakin tanggungjawab berat yang digalas oleh para guru dan
pelbagai cabaran yang harus dihadapi tidak sedikit pun melunturkan rasa
kasih sayang kepada anak-anak didik semua. Kehadiran murid ke sekolah
tentulah dengan harapan dan semangat untuk menimba ilmu dan
mempertingkatkan kualiti diri. Setiap murid di mata dan hati seorang guru
adalah permata yang menanti untuk digilap sehingga bergemerlapan yang
akhirnya membentuk individu berdaya saing, berfkiran logik, berbudi pekerti
mulia dan berjati diri kukuh seperti yang dihasratkan dalam Rukun Negara.
Anggaplah para guru sebagai ibu dan bapa di sekolah yang sentiasa
mengambil berat dan menginginkan yang terbaik untuk murid-murid.
Jadikanlah nasihat dan teguran para guru sebagai pedoman dan bekalan
menuju kejayaan.
Para guru yang dihormati,
19. Besarlah harapan saya agar warga pendidik yang dikasihi sekalian terus
melaksanakan amanah yang diberi dengan tulus dan ikhlas, bertunjangkan
integriti dan berlandaskan etika perkhidmatan awam. Kegigihan guru dalam
mendidik anak watan dengan ikhlas tanpa rasa jemu tidak perlu
dipertikaikan. Kahlil Gibran pernah mengungkapkan bahawa “seorang guru
yang bijaksana tidak hanya mengalu-alukan murid meneroka domain
kebijaksanaan guru malah memimpin murid meneroka kecendiakaan
sendiri”. Sudah terang lagi bersuluh, jasa dan pengorbanan seorang guru itu
sukar untuk dibalas walaupun dengan segunung intan dan emas permata.
Sasterawan Negara, Datuk Usman Awang pula pernah menyatakan bahawa
lahirnya seorang perdana menteri, doktor, peguam dan pensyarah adalah
bermula daripada seorang guru biasa yang mengajarnya membaca dan
menulis. Inilah ungkapan yang mengangkat martabat seorang guru dalam
mendidik anak bangsa tanpa mengira masa, tenaga dan wang ringgit.
Mereka ibarat matahari yang menyinari kehidupan insan dengan cahaya
ilmunya.
20. Guru haruslah menjaga keperibadian dan menjadi contoh kepada insan
lain dengan mengamalkan apa yang diajarkan. Selaku pencetus, penggerak
dan pemegang amanah kepada proses transformasi sistem pendidikan
negara, warga pendidik sesungguhnya mempunyai kedudukan mulia yang
tersendiri dalam masyarakat, sentiasa disegani dan dipandang tinggi.
Perjuangan guru tetap berterusan dan merupakan satu perjalanan yang
masih jauh. Jadi, teruskanlah khidmat baktimu yang mulia ini. Terima kasih
‘cikgu’ dan sekali lagi saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Guru.
Akhir kata, saya sudahi ucapan dengan dua rangkap pantun:
Sekolah gudang pelita ilmu, Bekalan hidup aman sentosa, Selamat
menyambut hari guru, Guru Pembina Negara Bangsa
Kaulah pendidik perwira bangsa, Mendidik tanpa mengira masa, Segala budi
dan curahan jasa, Tak akan dilupa terpahat sentiasa.
Wabillahi taufk walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh.
Sekian. Terima kasih