sejarah perkembangan ekonomi daerah simu

BAB 1
Perkembangan Ekonomi di Daerah Simunjan dari Tahun 1960-1990
1.0

Pengenalan

Kesultanan Brunei telah memerintah Negeri Samarahan, seperti juga kawasan lain di
utara Borneo, selama lebih dari 500 tahun. Pemerintahan Kesultanan Brunei berakhir
apabila perbalahan di antara Pengiran Indera Mahkota Muahamad Salleh dengan Raja
Muda Hashim tercetus pada akhir tahun 1841. 1 Dengan menggunakan persenjataan yang
lebih canggih pada ketika itu, James Brooke dan rakan-rakannya telah membantu Raja
Muda Hashim menundukkan pemberontakan tersebut. Ekoran daripada itu beliau telah
diberikan jajahan Kuching Sarawak, dari Tanjung Datu hingga Kuala Sungai Samarahan
pada tahun 1846. Dengan satu perjanjian pada tahun 1853 Samarahan dan Sadong telah
diserahkan kepada James Brooke oleh Sultan Omar Ali Saiffudin. Negeri Sarawak di
bawah Tuan Besar James Brooke hendaklah membuat bayaran tahunan $1500 sebagai
gantian kepada kehilangan cukai dan ufti. Perjanjian ini hanya disahkan pada tahun 1855.
Pada tahun 1861 satu lagi perjanjian dibuat dan kali ini James Brooke hendaklah
membayar sebanyak $4500 setahun. Tidak lama selepas ini Samarahan dan Sadong
diletakkan dalam Bahagian Kuching Sarawak di mana pusat pentadbiran terletak di
bandar Kuching Sarawak. Di bawah kerajaan Brooke, pada tahun 1901 Daerah Sadong

telah dibentuk merangkumi kawasan Simunjan (Lower Sadong) dan Serian (Upper
Sadong) dengan Simunjan sebagai pusat pentadbiran. Pada tahun 1955, Serian telah
dipisah dari Daerah Sadong dan wujud menjadi sebuah daerah baru yang dinamakan
Daerah Serian. Setelah itu, Daerah Sadong telah diberi nama baru iaitu Daerah
Simunjan.2

1.1

Tajuk Kajian

Kajian ini dijalankan di kawasan Daerah Simunjan dengan mengkaji perkembangan
ekonomi Daerah Simunjan dari tahun 1960 iaitu pada akhir zaman pemerintahan dan
pentadbiran Brooke sehingga 1990.

1 Dr. Sulaiman Husaini. Samarahan Dari Kampung Terpencil ke Desa Ilmu. Kuching : Sarawak Press Sdn. Bhd,
2008.
2 Dr. Sulaiman Husaini, Op. Cit. hlm. 24.

1


1.2

Permasalahan Kajian

Sebagai generasi muda kini, saya ingin mengetahui ekonomi-ekonomi yang terdapat di
kawasan Daerah Simunjan, Samarahan yang menjadi sumber pendapatan penduduk
kampung sekaligus sebagai punca pendapatan daerah pada akhir zaman pemerintahan
dan pentadbiran Brooke iaitu era 60an sehingga selepas pemerintahan Brooke iaitu era
90an. Oleh hal yang demikian, maka betapa pentingnya kajian ini dilaksanakan untuk
meneroka dan mengenalpasti serta menerangkan persoalan yang bermain di minda
dengan lebih jelas lagi supaya dapat memahami serta mendalami tentang ekonomi yang
terdapat di Daerah Simunjan. Jika tidak dikaji maka mungkin tidak akan adanya sumber
untuk dimanfaatkan oleh generasi akan datang. Selain itu, masalah yang dihadapi
semasa menjalankan kajian ini ialah data dan maklumat yang diperlukan berselerak
seperti di pejabat daerah, majlis daerah, dan perpustakaan kerana belum ada kajian yang
khusus dan terperinci pernah dibuat berkaitan dengan tajuk kajian. Selain itu, segala data
dan maklumat yang diperoleh perlu dinilai dan ditapis terlebih dahulu untuk memastikan
kesahihan dan kebenarannya.

1.3


Tinjauan Kajian Lepas

Kajian ini berdasarkan oleh kajian yang lepas berkaitan dengan bagaimana Simunjan
menjadi sebagai sebuah daerah yang menjalankan aktiviti ekonominya tersendiri apabila
berpisah dengan Samarahan yang ditulis oleh Dr. Sulaiman Husaini yang bertajuk
Samarahan dari kampung terpencil ke Desa Ilmu 3 dan Puan Rodziah Morshidi & Dr.
Charles Lei bertajuk Kuching terus makmur yang membincang tentang ekonomi di sekitar
kawasan Daerah Kuching termasuk Simunjan.

1.4

Objektif Kajian

Kajian ini adalah bertujuan untuk mendedahkan kepada generasi akan datang mengenai
ekonomi di Daerah Simunjan, Samarahan dari akhir zaman pemerintahan Brooke
sehingga

selepas


pemerintahan

Brooke.

Selain

itu,

ia

juga

bertujuan

untuk

menyenaraikan ekonomi- ekonomi serta kegiatan yang terdapat di kawasan kajian.
Objektif terakhir kajian ini dijalankan adalah untuk menambahkan pengetahuan tentang
latar belakang kawasan tempat kelahiran saya. Dengan mengenalpasti dan menambah
pengetahuan yang sedia ada, ia dapat membantu saya dalam menjalankan kajian.

3 Dr. Sulaiman Husaini. Samarahan Dari Kampung Terpencil ke Desa Ilmu. Kuching : Sarawak Press Sdn. Bhd,
2008.

2

1.5

Skop dan Batasan Kajian

Kajian ini dijalankan di kawasan Daerah Simunjan Samarahan dari tahun 1960-1990.
Kajian ini menerangkan tentang 3 aspek dalam 2 bab iaitu bab 2, bagaimana Simunjan
mendapat nama (asal-usul nama Simunjan), latar belakang daerah (Simunjan sebagai
satu daerah) dan bab 3 tentang ekonomi pada tahun 1960-1990. Jenis-jenis ekonomi
yang dikaji ialah sumber asli (arang batu), pertanian (padi), perniagaan, (kedai runcit,
jahitan, batu-bata), penternakan (ayam, itik, lembu) dan perkilangan (beras). Dalam bab 3
juga akan menyentuh tentang usaha yang diambil oleh kerajaan dalam membangunkan
ekonomi di Daerah Simunjan dan kesan-kesan pembangunan ekonomi terhadap Daerah
Simunjan.

1.6


Metodologi Kajian

Bagi tujuan pengumpulan data, metod perpustakaan dan pelbagai bahan bacaan ilmiah
lain bagi memperoleh data skunder menjadi asas dalam mengolah persoalan pokok
mengenai ekonomi di Daerah Simunjan, Samarahan. Metod ini digunakan untuk mencari
maklumat dan data-data tentang perkembangan ekonomi. Kaedah temubual dijalankan
untuk mendapatkan maklumat-maklumat tambahan kepada penyelidikan. Sasaran
temubual adalah individu yang tahu mengenai sesuatu kejadian sejarah, ataupun orang
yang terlibat secara langsung dalam sesuatu kejadian sejarah, iaitu dipanggil sebagai
saksi. Kaedah temu ramah dan perbualan merupakan satu kaedah yang lazim digunakan
untuk mendapatkan maklumat tentang latar belakang atau pandangan daripada
seseorang. Dalam kajian ini, saksi utama ialah Pegawai Daerah Simunjan, ketua kaum
dan penjawat awam.

Selain itu, metod yang digunakan adalah dengan melayari laman sesawang yang
berkaitan dengan tajuk bagi mencari maklumat terperinci dan bagi mengukuhkan lagi
pemahaman pengkaji. Kajian-kajian lepas yang telah dilaksanakan juga merupakan satu
panduan pengkaji.Seterusnya metod melawat ke tempat kajian atau kajian lapangan iaitu
di Majlis Daerah Simunjan dimana penyelidik praktikkan bagi mengetahui dengan lebih

lanjut berkaitan hurian kajian kerja kursus ini.

1.7

Signifikan Kajian
3

Kajian ini dibuat untuk memberikan pendedahan kepada generasi muda tentang ekonomi
yang terdapat di Daerah Simunjan pada akhir pemerintahan dan pentadbiran Brooke
sehingga tahun 1990. Walaupun generasi muda itu sendiri yang berasal dari Simunjan,
namun mereka masih tidak mengetahui sejarah Simunjan serta bagaimana Simunjan
berkembang secara berperingkat oleh hasil ekonominya. Maklumat dari kajian ini diharap
dapat membantu pengkaji-pengkaji akan datang untuk dijadikan sebagai rujukan. Hal ini
kerana, maklumat-maklumat yang berkaitan dengan Daerah Simunjan adalah terhad.
Simunjan merupakan sebuah Daerah yang terpencil dan ada dalam kalangan masyarakat
luar tidak mengetahui tentang Simunjan serta kedudukannya. Sesungguhnya, perbuatan
yang baik dan murni perlu dicontohi ataupun diteladani dan dijadikan sebagai pedoman
dalam kehidupan kita. Manakala, amalan dan peristiwa sejarah tanah air yang difikirkan
tidak sesuai dengan arus perubahan zaman perlu dijauhi agar ia tidak berulang pada
masa yang akan datang.


Bab 2
4

LATAR BELAKANG EKONOMI DI SIMUNJAN DARI TAHUN 1960-1990

2.0 Latar Belakang Simunjan
Daerah Simunjan adalah salah sebuah daerah bawah pentadbiran Bahagian Samarahan.
Ianya terletak di antara Serian dan Sri Aman dan bersempadan dengan Sebuyau dan
Samarahan. Asal-usul nama Simunjan diambil berdasarkan kedatangan pedagangpedagang yang singgah di kawasan itu.

2.1

Asal Usul Nama Simunjan

Terdapat pelbagai versi cerita yang telah disampaikan oleh orang-orang tua di Daerah
Simunjan mengenai asal usul nama SIMUNJAN diperolehi. Antaranya :

2.1.1


Cerita Rakyat 1

Menurut cerita, Daerah Simunjan mendapat nama daripada seorang pedagang Cina yang
datang ke Simunjan. Pedagang Cina tersebut datang dengan menggunakan wangkang. 4
Pedagang Cina tersebut berhenti berehat dan melabuhkan wangkangnya di seberang
sungai Simunjan. Kemudian beliau terus naik ke darat dan menjemur jan 5 dalam
keadaaan cuaca yang mendung. Perbuatan pedagang Cina tadi telah menyebabkan
orang Melayu yang berada di situ tersenyum lalu berkata "Semunlah Jan" kau itu. Sejak
itu perkataan "Semun"6 dan "Jan" bermain dibibir orang Melayu di kawasan itu. Mulai dari
itu juga penduduk kawasan itu menggelar kawasan tersebut sebagai "SIMUNJAN".

2.1.2

Cerita Rakyat 2
Simunjan berasal dari perkataan Melayu Sarawak, di mana pada zaman dahulu,

penduduk asalnya terdiri daripada penduduk kampung seberang iaitu dari kawasan
Ensengei yang berhijrah ke sini. Kebanyakan penduduk pada zaman dahulu bekerja di
lombong arang batu. Ketika hendak menyalakan mancis untuk membakar arang batu,
mancis yang digunakan menjadi lembab atau dalam bahasa Melayu Sarawaknya

dipanggil “semun”. Keadaan ini berlaku akibat hujan yang seringkali turun pada ketika itu
4 Wangkang adalah sejenis kapal besar yang digunakan oleh pedagang cina semasa datang ke Simunjan dan
dipenuhi dengan tembakau dan garam untuk tujuan perdagangan dan kegunaan harian.
5 Jan merupakan sejenis tembakau dalam Bahasa cina yang digunakan untuk membuat rokok.
6 Semun merupakan salah satu bahasa yang digunakan oleh rakyat Sarawak yang bermaksud lembap.

5

menyebabkan mancis tersebut menjadi lembab dan memandangkan kawasan tersebut
masih belum diberi nama, maka penduduk asalnya menggabungkan perkataan “semun”
dan “hujan” hingga dinamakan Simunjan. Itulah asal-usulnya hingga diberi nama
‘SIMUNJAN’.

2.2 Simunjan Sebuah Daerah
Daerah Simunjan adalah salah satu daerah di bawah Pentadbiran Bahagian Samarahan.
Keluasan Daerah Simunjan ialah 2,077 km persegi. 7 Ia terletak kira-kira 176 km dari
Bandar Kuching berdasarkan jalan darat dan 103 km melalui jalan air. Manakala Sebuyau
dan Gedong adalah di bawah pentadbiran Daerah Simunjan. Bentuk muka bumi Simunjan
secara keseluruhannya adalah berbukit-bukau, pergunungan di kawasan paya dan
rendah di tepian pantai.8 Sungai Batang Sadong merupakan sungai utama bagi Daerah

Simunjan. Pekan-pekan penting di bawah pentadbiran Simunjan ialah Simunjan, Gedong,
Sebangan, Sebuyau dan Tebelu. Jumlah penduduk Daerah Simunjan ialah 38,098 orang
yang terdiri daripada pelbagai suku kaum.9

Secara keseluruhannya, pekerjaan utama penduduknya ialah petani, pekebun dan
nelayan. Ketua Pentadbiran bagi Daerah Simunjan ialah Pegawai Daerah. Manakala
Ketua Pentadbiran Daerah Kecil Sebuyau ialah Pegawai Pentadbir Sarawak. Di beberapa
buah pekan penting, telah ditempatkan seorang Pembantu Am Rendah untuk mewakili
jentera Pentadbiran Daerah di Kawasan tersebut. Pekan-pekan yang diwakili oleh
Pembantu Am Rendah ialah Gedong dan Sebangan.

Di samping itu, Pentadbiran Daerah dibantu oleh ketua-ketua masyarakat yang
dibayar gaji bulanan yang telah dilantik oleh Kerajaan Negeri untuk mentadbir hal-ehwal
adat istiadat kaum masing-masing mengikut kawasan yang telah ditetapkan untuk
mereka. Bagi Daerah Simunjan, terdapat 3 orang pemanca iaitu Pemanca Cina, Iban dan
Melayu.
Selain itu, Daerah Simunjan juga mempunyai lima orang Penghulu Melayu, enam
orang Penghulu Iban dan dua orang Penghulu Cina. Pentadbiran setiap penghulu dibantu
7 Rujuk Portal Rasmi Pejabat Daerah Simunjan yang menerangkan tentang keluasan Daerah Simunjan serta
jarak dari Bandar Kuching.
8 Dimana Letaknya Simunjan. Diakses pada 16 Februari 2015 dari http://www.simunjandc.sarawak.gov.my/
9 Perangkaan Bancian, Jabatan Perangkaan, 2007.

6

oleh ketua-ketua kaum yang telah dilantik Kerajaan Negeri untuk mewakili jentera
Pentadbiran

Daerah

di

kawasan

kampung

masing-masing.

Bagi

pentadbiran

pembangunan daerah, Pegawai Daerah selaku Ketua akan dibantu oleh Ketua-ketua
Masyarakat dan Ketua-ketua Jabatan dari Agensi Kerajaan dan badan berkanun.Semua
perancangan pembangunan daerah dibincang dan dirancang serta diselaras oleh
Jawatankuasa Pembangunan Daerah yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah
sebelum ia dibawa kepada Jawatankuasa Pembangunan Bahagian.

BAB 3
PERKEMBANGAN EKONOMI DAERAH SIMUNJAN TAHUN 1960-1990
7

3.0 Perkembangan Ekonomi Daerah Simunjan Tahun 1960-1990
Ekonomi merupakan tunggak utama dalam membangunkan sesebuah Bandar. Begitu
juga dengan Daerah Simunjan. Daerah Simunjan juga mempunyai hasilan ekonomi bagi
menampung kehidupan seharian penduduk sekali gus memajukan dan membangunkan
kawasan tempat tinggal mereka.

3.1 Perkembangan Ekonomi Tahun 1960-1990
Pada mulanya, ekonomi di Daerah Simunjan pada akhir pemerintahan Brooke tertumpu
kepada hasil bahan mentah iaitu arang batu. Namun, bagi memperkembangkan lagi
ekonomi di sekitar Daerah Simunjan, pelbagai usaha yang dilakukan antaranya ialah
pertanian, penternakan dan perikanan.

3.1.1 Ekonomi Bahan Mentah (Arang Batu)
Perlombongan arang batu menjadi bahan galian eksport yang utama bagi negeri Sarawak
selama sepuluh tahun selepas tahun 1889 apabila kerajaan akhirnya berjaya
mengusahakan lombong arang batu di Sadong. Daerah Simunjan memang terkenal
dengan Perlombongan Arang Batu. Bekas lombong masih lagi terdapat di kawasan
Gunung Ngeli, Simunjan. Antara khazanah yang masih dijaga sehingga kini ialah "Boiler"
yang kini di bawah penjagaan pihak Majlis Daerah Simunjan. "Boiler" ini telah wujud
sekitar tahun 1941-1945, pada suatu ketika dahulu berfungsi sebagai alat untuk
membakar batu arang sebelum ia bersedia untuk dijadikan bahan bakar. 10 Khazanah ini
kini diletakkan berhampiran dengan Majlis Daerah Simunjan dan dijaga dengan rapi.

Di zaman era pemerintahan British, daerah Simunjan merupakan kawasan
pelombongan arang batu yang terbaik di negeri Sarawak pada tahun 60-an.
Perlombongan arang batu di Gunung Ngeli dikatakan antara jenis arang batu yang
bermutu tinggi. Dan kerana itulah banyak penempatan-penempatan baru dibuka di daerah
Simunjan terutama sekali oleh penduduk-penduduk di sepanjang sungai Simunjan yang
ingin bekerja di lombong tersebut. Sehingga ke hari ini tinggalan sejarah perlombongan
10 Sejarah Lombong Arang Batu. Diakses pada 16 Februari 2015 daripada
http://simunjan.pi1m.my/index.php?option=com_content&task=view&id=122&Itemid=23

8

arang batu di Gunung Ngeli masih menjadi bahan bukti untuk tatapan generasi
sekarang.Daerah Simunjan pada ketika itu kaya dengan arang batu namun, pada akhir
tahun 1961, arang batu tidak menjadi sumber utama lagi di daerah Simunjan kerana
kehabisannya. Arang batu juga memberi kepentingan kepada kerajaan Brooke. Hal ini
kerana, galian ini amat diperlukan untuk kegunaan kapal-kapal wap pada ketika itu. Arang
batu menjadi galian eksport bahan mineral yang penting. Bagi memudahkan perhubungan
antara kawasan Daerah Simunjan dengan tempat yang lain, jalan air merupakan jalan
utama bagi menggerakkan kegiatan ekonomi di Daerah Simunjan.

Gambar di atas menunjukkan sebuah “Boiler” yang digunakan untuk aktiviti
perlombongan arang batu semasa pemerintahan British. Perlombongan arang batu suatu
masa dahulu giat dijalankan di kawasan Gunung Ngeli Simunjan pada awal 60-an. Kini
perlombongan tersebut sudah tidak berfungsi dan masih meninggalkan kesan
perlombongan di kawasan tersebut sehingga kini.

3.1.2 Ekonomi Pertanian
Jika diamati daripada fakta sejarah, kegiatan ekonomi di Sarawak dalam bentuk
pertanian bercucuk tanam dan penternakan telah bermula sejak dari zaman logam (iaitu
2500 tahun dahulu) lagi. Oleh itu beberapa peringkat perkembangan dapat dikenal pasti
yang secara umumnya boleh dibahagikan kepada beberapa era iaitu era pra penjajahan,
era penjajah, era kemerdekaan dan era baru kini. Pertanian pada ketika ini di Daerah
Simunjan tidak dijalankan secara besar-besaran. Ianya dilakukan hanya untuk
9

menampung kehidupan seharian penduduk sahaja. Antara hasil pertanian yang dijalankan
oleh penduduk kampung ialah padi biris, kelapa, lada hitam, koko dan ubi kayu. Padi biris
pula ditanam oleh penduduk kampung yang tinggal di sekitar pedalaman yang
mempunyai tanah yang luas. Manakala, penduduk yang tinggal dipersisiran sungai pula
hanya menanam kelapa, ubi kayu dan lain-lain. Namun, penduduk yang berada di
kawasan persisiran pantai lebih tertumpu kepada ekonomi perikanan.

Selain itu, penduduk yang tinggal di kawasan bukit pula menanam pokok getah,
ubi kayu, lada hitam, koko dan padi biris. Keistimewaan penduduk yang tinggal di
kawasan bukit ialah aktiviti ekonomi mereka lebih banyak berbanding penduduk yang
tinggal di kawasan pedalaman dan persisir sungai. Hal ini kerana, banjir yang berlaku di
kawasan tersebut menyebabkan aktiviti ekonomi mereka terbantut. Pertanian pada ketika
ini iaitu tahun 1960-1970 tidak dijalankan secara komersial kerana, ekonomi di Daerah
Simunjan pada ketika itu hanyalah bergantung kepada sumber asli iaitu arang batu.
Selain menjadi makanan utama penduduk kampung, padi biris juga dibekalkan kepada
tentera British sebagai bekalan makanan yang utama. British juga telah memperkenalkan
Jabatan Parit dan Tali Air yang sehingga kini wujud dikenali juga Jabatan Pengairan dan
Saliran. Hal ini bagi memudahkan pengurusan penanaman padi. Walaupun penanaman
padi dilakukan secara tidak komersial, namun padi merupakan sumber makanan yang
utama bagi membantu penduduk kampung, pekerja di lombong arang batu dan tentera
British untuk menampung kehidupan harian mereka.

Penanaman padi pada awalnya dilakukan secara tradisional iaitu para petani
hanya menggunakan kerbau untuk bercucuk tanam. Peningkatan berlaku apabila Dasar
Ekonomi baru diperkenalkan dan pertanian dijalankan dengan menggunakan jetolak
ataupun jentera padi. Pada akhir tahun 1970, hasil pertanian dijadikan sumber kewangan
iaitu, lebihan hasil pertanian dijual di Pasar Simunjan. 11 Kemudahan yang disediakan oleh
kerajaan melalui Dasar Ekonomi Baru, telah menjadikan penduduk membuat perniagaan
secara kecil-kecilan. Sekitar tahun 1970, bagi meningkatkan lagi mutu pertanian dalam
kalangan penduduk tempatan, satu badan bukan kerajaan iaitu perkilangan milik swasta
atau persendirian dibina untuk menghasilkan dan memudahkan petani. Kilang yang dibina
adalah untuk memantapkan lagi ekonomi dan memelihara pekerjaan meraka. 12 Padi yang
11 Pasar Simunjan dibina pada tahun 1979 adalah bertujuan untuk memudahkan penduduk melakukan
aktiviti perniagaan dan merupakan pusat pentadbiran utama Daerah Simunjan dan terletaknya semua
pejabat-pejabat kerajaan.
12 Kilang beras di Simunjan merupakan milik persendirian yang dimiliki oleh orang cina. Nama kilang
tersebut ialah Seng Chiong Rice Milling.

10

ditanam dan telah diproses menjadi beras dipaketkan dan dijual kepada penduduk
Daerah Simunjan serta penduduk di luar Daerah Simunjan. Pada tahun 1990, kilang
tersebut masih beroperasi seperti biasa bagi memberikan peluang kepada petani-petani
untuk menjadikan padi sebagai sumber pendapatan yang utama. Jelasnya disini, aktiviti
pertanian yang dijalankan bukanlah secara komersial melainkan hanyalah untuk
menampung kehidupan harian penduduk di Daerah Simunjan sahaja.

3.1.3 Ekonomi Penternakan
Penternakan merupakan satu kegiatan sara diri yang menandakan bermulanya
kehidupan yang saling berhubung dan bergantungan antara satu sama lain yang
dijelmakan melalui perdagangan. Namun, pada akhir zaman pemerintahan dan
pentadbiran Brooke di Daerah Simunjan, penternakan hanyalah sebagai ekonomi sara
diri. Antara jenis ternakan yang diternak ialah ayam, itik, lembu dan babi. Bagi
memastikan penduduk mendapat bekalan makanan yang mencukupi melalui sumbersumber makanan yang ada, sistem barter13 dijadikan amalan oleh penduduk setempat.
Misalnya, penduduk yang mempunyai lebihan beras akan menukarkan berasnya kepada
penduduk yang mempunyai hasil lebihan ternakan. Begitulah amalan yang dilakukan oleh
penduduk di Daerah Simunjan untuk meneruskan kehidupan harian mereka.

Pada akhir tahun 1970, kegiatan penternakan mula beroperasi sebagai ekonomi
yang utama iaitu hasil penternakan di jadikan sumber kewangan. Hal ini disebabkan
Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri yang pertama. Penduduk
diberikan peluang untuk berniaga secara kecil-kecilan. Misalnya, Pasar Simunjan dibina
untuk menjual segala jenis lebihan hasil ternakan. Disebabkan Daerah Simunjan
mempunyai kemudahan iaitu Pasar Simunjan untuk menjual hasil ternakan, para
penternak mengambil peluang untuk menternak binatang serta membuka ladang
ternakan.

Perkembangan dari segi penternakan pula iaitu sekitar tahun 1980-1990,

penternakan masih juga dijalankan secara kecil-kecilan. Bezanya, para penternak
memperbanyakkan lagi bilangan hasil ternakan mereka dan membuka luas ladang
ternakan. Aktiviti penternakan tidak dilakukan secara komersial iaitu tidak dijual ke
kawasan luar Daerah Simunjan. Secara kesimpulannya, penternakan yang dilakukan oleh
penduduk di Daerah Simunjan pada tahun 1960-1990 adalah secara kecil-kecilan sahaja
sebagai menampung kehidupan harian mereka.

13 Sistem Barter merupakan satu proses perniagaan yang melibatkan pertukaran barang.

11

3.1.4 Ekonomi Perikanan
Perikanan merupakan aktiviti utama penduduk yang menetap di tepi laut, sungai dan tasik
dengan menggunakan peralatan tradisional seperti bubu, lukah, serkap, jala dan kelong.
Begitu juga di Daerah Simunjan, aktiviti perikanan giat dijalankan oleh penduduk yang
mendiami kawasan tebingan sungai. Secara keseluruhannya, pekerjaan penduduk di
Daerah Simunjan pada tahun 1960-1970 merupakan nelayan. Perikanan merupakan
aktiviti ekonomi yang utama bagi penduduk yang menetap di kawasan persisiran sungai.
Antara kemudahan pengangkutan yang digunakan oleh penduduk untuk menangkap hasil
laut ialah perahu. Kebanyakkan penduduk menggunakan pukat14 untuk menangkap hasil
laut. Majoriti, penduduk yang berbangsa Melayu menjalankan aktiviti perikanan ini.
Mereka tinggal di kawasan tebingan sungai yang dipanggil sungai Batang Sadong.15
Antara hasil laut yang selalu mereka perolehi ialah, ikan bulu, udang, ikan toman, ikan
keli……

Hasil laut yang diperolehi bukan sahaja dijadikan sebagai sumber protein untuk
menjalankan kehidupan harian mereka, malahan ianya juga dijadikan sebagai sumber
ekonomi mereka. Hasil tangkapan juga dijual kepada penduduk-penduduk kampung
dengan harga yang berpatutan. Sehingga sekarang, hasil tangkapan yang jarang
diperolehi seperti udang dan ketam akan dijual kepada penduduk kampung dengan harga
yang berpatutan. Hasil laut yang diperolehi oleh nelayan kadang melebihi had keperluan
harian mereka. Bagi mengelakkan hasil tangkapan tersebut buruk, inisiatif yang diambil
ialah dengan menjemur ikan-ikan tersebut. Ikan-ikan tersebut dikeringkan dan dijadikan
sebagai sumber protein mereka dalam tempoh jangka masa yang panjang. Pada
mulanya, ikan-ikan kering tersebut hanyalah sebagai sumber protein untuk pendudukpenduduk setempat sahaja. Pada awal tahun 1980, permintaan dari penduduk luar
Daerah Simunjan untuk membeli ikan-ikan kering tersebut meningkat dari semasa ke
semasa. Dapat dilihat bahawa, ikan-ikan kering yang dijual menjadi sumber ekonomi
nelayan. Oleh kerana permintaannya yang meningkat, perkembangan dari segi teknologi
menangkap ikan juga turut berkembang. Nelayan menggunakan perahu yang mempunyai
enjin membolehkan perahu tersebut bergerak dengan pantas berbanding pada akhir
tahun 1960, mereka hanya menggunakan dayung untuk mendayung perahu. Selain
14 Pukat merupakan Bahasa Sarawak yang bermaksud jala.
15 Rujuk Jambatan Batang Sadong bukan gimik Kerajaan, dlm Utusan Borneo, 31 March 2013. Jarak
Simunjan melalui Sungai Batang Sadong ke Kuching adalah 103 km. Sungai Batang Sadong merupakan
sungai yang sangat penting sebagai pengangkutan terawal yang menghubungkan Simunjan dengan Kuching.

12

pertanian dan penternakan, perikanan juga turut mendapat sambutan oleh penduduk
kampung. Lebihan hasil tangkapan akan dijual di Pasar Simunjan. Ianya merupakan
bekalan makanan untuk penduduk bagi memenuhi kehidupan harian mereka.

3.1.5 Ekonomi Perniagaan
Pada tahun 1960, aktiviti perniagaan amat kurang memberansangkan. Penduduk hanya
menggunakan sistem barter untuk memenuhi kehidupan harian mereka. Namun begitu,
pada tahun 1970 kerajaan telah menggalakkan penduduk untuk membuat perniagaan
dengan mengesan bakat-bakat sedia ada penduduk. Contohnya, kelas-kelas menjahit
dan memasak diadakan di setiap kampung. Apabila penduduk mahir dalam menjahit dan
memasak, mereka mengambil upah untuk menjahit baju dan sebagainya. Pada awal
tahun 1980, penduduk kampung juga menjalankan perusahaan sofa dan batu-bata.
Mereka mengambil upah apabila adanya tempahan yang dibuat oleh penduduk kampung.
Kemajuan teknologi seiring dengan perubahan zaman. Dengan berbekalkan mesin
membuat batu-bata, ianya memudahkan lagi penduduk kampung memproses batu-bata
untuk membuat rumah, kedai dan pembangunan yang lain.16

Selain itu, perniagaan juga turut dilakukan oleh penduduk yang mendiami
kawasan pedalaman. Peniaga-peniaga ini mendapatkan bekalan barangan melalui
nelayan, petani dan penternak. Peniaga yang mendapatkan bekalan melalui nelayan,
petani dan penternak adalah mereka yang berniaga di Pasar Simunjan. Peniaga hanya
mengambil sedikit keuntungan daripada pembekal. Misalnya, peniaga menaikkan sedikit
harga barangan tetapi barangn tersebut masih mampu dimiliki oleh penduduk yang lain.
Peniagaan runcit juga dijalankan secara kecil-kecilan. Peniaga mendapatkan bekalan
daripada pembekal luar Daerah Simunjan. Peniagaan runcit dijalankan disemua kampung
iaitu setiap kampung memiliki sebuah kedai yang membekalkan semua kemudahan asas
yang diperlukan oleh penduduk kampung.
3.1.6 Ekonomi Perkilangan
Bagi memenuhi keperluan petani, sebuah kilang beras milik syarikat persendirian dan
swasta telah dibina untuk membantu petani dalam memproses padi untuk menjadi beras.
Kilang ini dibina sekitar awal tahun 1970 dan masih beroperasi sehingga sekarang. Kilang
ini dilengkapi dengan mesin padi yang dapat membantu petani untuk meringankan beban
16PPIK Simunjan Sarawak, Keusahawanan di Simunjan, dlm Pusat Perkhidmatan Ilmu dan Komuniti
Simunjan Sarawak, 16 April 2009.

13

mereka. Sekitar tahun 1960, penduduk hanya menggunakan alatan tradisional untuk
memproses beras. Ianya mengambil masa yang lama untuk memisahkan beras dari
tangkainya. Dengan adanya kemudahan yang disediakan, petani tidak memerlukan waktu
yang lama untuk memproses beras. Lebihan beras akan dibungkus dan dijual kepada
penduduk. Hasil daripada jualan tersebut, ianya digunakan untuk mengupah pekerjapekerja mereka.

3.2 Usaha Kerajaan dalam Membangunkan Ekonomi di Daerah Simunjan
Bagi memastikan semua penduduk mendapat pembangunan yang sewajarnya,
pelbagai usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan untuk membangunkan ekonomi di
Daerah Simunjan. Antaranya ialah, kerajaan telah memberikan peruntukkan untuk Projek
Mesra Rakyat. Selain itu, pelbagai projek menaiktaraf pembangunan yang ada di Daerah
Simunjan. Misalnya, termasuklah Projek Naiktaraf Gelanggang Tenis Majlis Daerah
Simunjan, Projek Menurap Jalan Kampung Tebuan, Naiktaraf Dewan Kampung Temiang,
Naiktaraf Surau Al-Mutaqqin Kampung Lot Baru Gedong, Naiktaraf Dewan Kampung
Semelatong, Bina Baru Balai Raya Kampung Sateman Simunjan, Bina Baru Dewan SK
Kepayang, Naiktaraf Parit Konkrit di Kg Nanas Hulu, Naiktaraf Jalan dari Kampung Benat
A dan Kampung Benat B ke Jalanraya Utama Engsengei/Lubuk Buntin, Projek Menurap
Kawasan Bawah Jambatan Baru Jalan Gedong-Simunjan di Gedong dan lain-lain. 17 Hal
ini untuk memberi peluang kepada penduduk di kawasan ini untuk memperbaiki
kehidupan sedia ada ke satu taraf yang lebih berjaya. Memetik kata-kata beliau iaitu
Hajah Nancy Shukri18 :
"Jika kita tidak mengambil peluang ini, kita juga yang akan rugi kerana peluang ekonomi
akan lebih terbuka lebih-lebih lagi selepas siapnya Jambatan Batang Sadong yang akan
menghubungkan daerah kecil Sadong Jaya, daerah Asajaya dan Simunjan pada tahun
2016”.19
Selain itu, kerajaan juga telah memberikan bantuan kepada penduduk yang
memerlukan. Bantuan bukan sahaja diberikan dalam bentuk BRIM malahan bantuan akan
diberikan dalam bentuk lain. Memetik kata-kata beliau, iaitu Datuk Haji Naroden Bin
Majais20:
17 Transformasi Ekonomi Parlimen Batang Sadong, dlm Berita Sarawak, 3 Januari 2015.
18 Hajah Nancy Binti Haji Shukri merupakan Ahli Dewan Rakyat P.200 Batang Sadong merangkap Menteri di
Jabatan Perdana Menteri.
19 Transformasi Ekonomi Parlimen Batang Sadong, dlm Berita Sarawak, 3 Januari 2015.
20 Datuk Haji Naroden Bin Haji Majais merupakan Menteri Muda Pembangunan Usahawan Bumiputera
merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N21 Simunjan.

14

“Kerajaan bukan sahaja memberi bantuan BRIM, malahan pelbagai bantuan lain
seperti subsidi baja, gula, bantuan pukat, enjin, bantuan pinjaman persekolahan
dengan kadar faedah dan seumpanya”.21

Bukan itu sahaja, pembukaan gerai Medan Selera di Pekan Simunjan nyata
merancakkan lagi aktiviti ekonomi serta usaha kerajaan terhadap penduduk di sekitar
Simunjan sejak ia dirasmikan pada Julai 2010 lepas. Menerusi Majlis Daerah Simunjan
(MDS), penduduk di Pekan Simunjan berpeluang untuk meluangkan aktiviti riadah di 10
buah lot perniagaan dalam gerai Medan Selera yang disumbangkan oleh pihak
Perbadanan Ekonomi Sarawak (PES). Terletak bersebelahan dengan stesen bas Pekan
Simunjan, gerai Medan Selera menawarkan pelbagai makanan, minuman dan lain-lain
produk yang menarik kepada pengunjung luar mahupun penduduk tempatan di Simunjan.
Gerai Medan Selera dirasmikan Ahli Parlimen Batang Sadong, YB Hajah Nancy Syukrie.22

3.3 Kesan-kesan Perkembangan Ekonomi terhadap Daerah Simunjan
Perkembangan ekonomi di Daerah Simunjan memberikan kesan terhadap
pekerjaan penduduk kampung, serta infrastuktur di Daerah Simunjan. Perkembangan
ekonomi banyak memberikan kesan yang positif terhadap pembangunan di Daerah
Simunjan yang sekaligus mencapai hasrat kerajaan dalam membangunkan ekonomi di
Daerah Simunjan seiring dengan perubahan arus masa dan setanding dengan kawasan
yang lain.23 Kemudahan-kemudahan asas kini diberi perhatian khusus agar segala aktiviti
ekonomi dapat dijalankan dengan jayanya sejajar dengan pakej ransangan.

3.3.1 Menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk kampung
Pada akhir era pemerintahan dan pentadbiran Brooke di Daerah Simunjan, ekonomi di
Daerah Simunjan hanya bergantung kepada sumber asli iatu arang batu. Selain penjajah
British, penduduk Simunjan juga bekerja sebagai pelombong arang batu. Namun, setelah
Daerah Simunjan tidak memiliki sumber asli, penduduk kampung hilang pekerjaan. Demi
menampung kehidupan ahli keluarga, mereka meneruskan kehidupan menjadi nelayan
21 Christina Ulau, Simunjan jadi Pusat Ekonomi Masyarakat, dlm Utusan Sarawak, 5 march 2014.
22 Laman Web Rasmi Komuniti Desa. Diakses pada 26 Februari 2015 daripada
http://portal.softbox.com.my/v6/kampunglubukpunggur/index.php/ms/sosioekonomi.html?showall=1
23 Rujuk Portal Rasmi Pejabat Daerah Simunjan yang memberikan peluang kepada penduduk Daerah
Simunjan dalam membangunkan ekonomi serta aspirasi kerajaan untuk menjadikan Simunjan setanding
dengan kawasan lain.

15

dan petani. Penduduk kampung yang tinggal di kawasan pedalaman dan tebingan sungai
menjalankan ekonomi sara diri iaitu mereka hanya bekerja sebagai petani dan nelayan
juga. Kegiatan pertanian dan perikanan pada ketika itu hanyalah menggunakan peralatan
tradisional. Dengan adanya perkembangan teknologi, pekerjaan sebagai petani dan
nelayan bertambah dari semasa ke semasa. Hal ini disebabkan penggunaan teknologi
yang memudahkan mereka untuk bekerja dengan mengambil masa yang singkat jika
dibandingkan dengan dahulu iaitu mereka mengambil masa yang agak panjang untuk
mencari rezeki.

Selain itu, peluang pekerjaan dapat dilihat dengan lebih drastik apabila wujudnya
kemudahan yang disediakan oleh kerajaan. Contohnya, kerajaan telah membina Pasar
Simunjan. Dengan wujudnya Pasar Simunjan, ianya memberi peluang kepada peniagapeniaga untuk berniaga di sana. Disebabkan pertambahan penduduk berlaku, permintaan
sumber protein semakin meningkat. Ini menyebabkan peniaga memerlukan lebih banyak
sumber protein daripada pembekal. Peluang pekejaan juga diberikan kepada perempuan
yang mempunyai bakat seperti menjahit dan memasak. Kerajaan telah membuka kelaskelas menjahit. Hasil daripada pembelajaran yang berlaku semasa kelas, mereka telah
mengambil peluang dengan mengambil upah menjahit baju daripada penduduk kampung.

Rata-rata penduduk Daerah Simunjan bertugas di syarikat-syarikat swasta dan
tidak kurang yang memilih bekerja di ladang-ladang kelapa sawit. Namun begitu, ada juga
di kalangan penduduk yang melibatkan diri dalam sektor pertanian, penternakan dan
perkhidmatan perahu tambang. Penternakan itik, ayam dan lembu dijalankan secara
kecil-kecilan dan dikomersialkan di samping untuk keperluan seisi keluarga. Di Kampung
Lubuk Punggur, terdapat seorang pemilik kilang pemprosesan padi yang sudah lama
menjalankan kegiatan ini. Perkhidmatan ini memberi kemudahan kepada penduduk
kampung untuk mendapatkan bekalan beras. Upah perkhidmatan dikira mengikut berat
padi yang dihantar.24

Di samping itu, penduduk juga menyediakan perkhidmatan perahu Tambang
kepada orang ramai atau penghuni di kampung ini. Perahu Tambang yang mereka miliki
mampu memuatkan pelbagai jenis barangan mengikut had tertentu. Perahu ini sering kali
24 Laman Web Rasmi Komuniti Desa. Diakses pada 26 Februari 2015 daripada
http://portal.softbox.com.my/v6/kampunglubukpunggur/index.php/ms/sosioekonomi.html?showall=1

16

berulang-alik ke destinasi utama penduduk kampung seperti di pekan Simunjan dan
pekan Gedong. Selain itu, perahu ini juga digunakan sebagai pengangkutan utama bagi
pelajar-pelajar yang hendak pergi ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gedong.

3.3.2 Perkembangan Infrastuktur
Perkembangan infrastuktur termasuklah penubuhan sekolah-sekolah, jalan raya, jalan
perhubungan

air

balai

polis

dan

hospital.

Kerajaan

sedar

bahawa,

bagi

memperkembangkan ekonomi serta meningkatkan kualiti kehidupan, kerajaan telah
membina sekolah untuk penduduk kampung. Dari segi pendidikan, di Simunjan turut
disediakan beberapa buah sekolah bagi mendidik anak tempatan. Pedidikan tidak hanya
tertumpu kepada golongan anak-anak, malah golongan dewasa turut dititikberatkan.
Sekolah rendah dibina di kawasan pedalaman dengan memberi pendedahan kepada
penduduk untuk membaca, mengira, menulis dan memberikan kemahiran-kemahiran
bekerja. Antara sekolah yang terawal dibina ialah SK. Sageng. Sekolah ini terletak di
Kampung Sageng. Pada mulanya, sekolah ini dibina dengan menggunakan kayu namun,
inisiatif kerajaan bagi memajukan sekolah ini dengan memberikan peruntukkan untuk
membina semula bangunan yang kukuh diperbuat daripada simen serta sekolah kabin
bagi menggantikan sekolah lama.25 SK. Abang Man juga merupakan sebuah sekolah
yang tertua di Daerah Simunjan dan di baikpulih untuk merancakkan tranformasi
kerajaan.26 Selain sekolah, Pejabat Pendidikan di Daerah Simunjan juga dibina untuk
berdekatan dengan SK. Abang Man.27 Di daerah ini terdapat 52 buah sekolah rendah dan
5 buah sekolah menengah. Kebanyakan sekolah rendah bertaraf daif dari segi
kemudahan pendidikan. Dengan keperihatinan yang tinggi kerajaan negeri Sarawak
menerusi SDI mengambil inisiatif untuk menggerakkan penyelidikan supaya masalah
pendidikan di daerah Simunjan dapat diulas dengan asas-asas data empiris dan bukti
penyelidikan yang kukuh.28

Selain itu, perkembangan kemudahan infrastuktur seperti jalan raya dibina atas
dasar kebaikan ekonomi dan memberi kemudahan kepada penduduk setempat. Dapat
dilihat bahawa, pada mulanya jalan raya di Daerah Simunjan dan di kampung-kampung
25 Bangunan lama SK. Sageng ranap, pembelajaran 125 murid terjejas, dlm Utusan Borneo, 5 Julai 2012.
26 Bandar Baru diwujudkan di Simunjan : Noraden, dlm Borneo Post, 11 Oktober 2011.
27 Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Diakses pada 19 Februari drpd
http://jpnsarawak.moe.gov.my/index.php/ms/ppd-simunjan
28 Prof Madya Dr. Mohd Daud Hamzah. Sedutan Dapatan Projek Penyelidikan Pendidikan Di Simunjan:
Ketrampilan Berfikir Dan Motivasi Pembelajaran. Penang : Universiti Sains Malaysia, 1999. Hlm. 2

17

hanya dapat dilalui oleh pejalan kaki dan motosikal sahaja. Bagi memudahkan penduduk,
kerajaan telah menaik taraf jalan kampung dengan membesarkan serta menurap jalan.
Kini, jalanraya boleh dilalui oleh kereta, lori dan kenderaan besar. Bukan itu sahaja, jalan
pintas juga dibina untuk memudahkan penduduk bergerak dari satu tempat ke tempat
yang lain. Kemudahan seperti feri juga disediakan bagi menjimatkan masa untuk ke pusat
Bandar iaitu Bandar Kuching.29

Jalan perhubungan Simunjan ke kawasan lain pada masa dulu ialah sungai.

Bagi memastikan penduduk mendapat rawatan kesihatan yang sewajarnya maka
hospital didirikan berhampiran dengan Pejabat Daerah Simunjan Jalan Gunung Ngeli. 30
Jabatan Kesihatan serta Klinik Kesihatan dibina di Pasar Simunjan bagi memudahkan
penduduk untuk memeriksa kesihatan mereka. Terdapat 7 buah klinik kesihatan yang
dibina di Daerah Simunjan.31 Manakala, sebuah hospital yang dibina pada tahun 1993
iaitu Hospital Simunjan.

Bagi tujuan keselamatan dan keamanan di Daerah Simunjan, sebuah Balai Polis
dibina pada awal era 50an di kawasan Simunjan. Terdapat sebuah Ibu Pejabat Polis
29 Jalan Penghubung utama ke Simunjan pada masa dahulu ialah sungai. Jadi, Ekspres dan kapal adalah
pengangkutan utama yang digunakan. Ia memakan masa kira-kira 8 jam perjalanan dari Kuching ke Simunjan
mengikut pasang surut air.
30 Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia. Diakses pada 19 Februari 2015 daripada
http://www2.moh.gov.my/pkds?pkd%5Bstate_id%5D=11&search=simunjan&commit=Cari
31 Maklumat Fasaliti Kesihatan di Bahagian Samarahan. Diakses pada 19 Februari 2015 daripada
http://www.ijknsarawak.gov.my/uploads/InventoryKemudahan/PKB_Samarahan.pdf

18

Daerah Simunjan, sebuah Balai Polis Simunjan dan sebuah Pondok Polis Gedong,
Simunjan.32 Bangunan polis lama yang wujud pada tahun 50an dan bertapak di Kampung
Sabun telah lenyap akibat hakisan di Sungai Simunjan. Oleh sebab itu, kerajaan
mengambil inisiatif dengan memindahkan bangunan polis tersebut ke tapak yang baru
iaitu di Jalan Tun Openg, Simunjan. Ibu Pejabat Polis Daerah Simunjan dirasmikan pada
8 Ogos 1995. Jelaslah bahawa, perkembangan ekonomi di Daerah Simunjan banyak
memberikan kesan yang positif terhadap penduduk di Daerah Simunjan sekaligus
menjadikan Simunjan sebuah pusat ekonomi yang setaraf dengan kawasan lain.

Bangunan Lama Balai Polis Daerah Simunjan
BAB 4
PENUTUP

Daerah Simunjan merupakan sebuah Daerah di bawah Pentadbiran Daerah Samarahan.
Kawasan Daerah Simunjan merangkumi satu perlimen, dua ADUN iaitu DUN N.21
Simunjan dan DUN N.2O Sadong Jaya. 33 Bagi DUN N.21 Simunjan, dipegang oleh Datuk
Haji Mohd Noraden Bin Majais manakala Parlimen P.200 Batang Sadong dipegang oleh
YB. Hajah Nancy Shukri.34 Perkembangan ekonominya yang pesat menjadikan Daerah
Simunjan ini membangun dan memiliki kemudahan-kemudahan yang cukup lengkap oleh
32 Portal Rasmi Polis Di Raja Malaysia. Diakses pada 20 Februari 2015 daripada
http://www.rmp.gov.my/direktori/direktori-pdrm/sarawak/simunjan
33 Laman Web Rasmi Pusat Internet 1 Malaysia. Diakses pada 28 Februari 2015 daripada
http://simunjan.pi1m.my/index.php?option=com_content&task=view&id=92&Itemid=23
34 Laman Web Rasmi Barisan Nasional. Diakses pada 28 Februari 2015 daripada
http://www.barisannasional.org.my/mp/mohd-naroden-bin-majais

19

pihak kerajaan. Kedudukannya yang strategik juga iaitu diantara Sri Aman dan Kuching
menjadikannya sebagai pusat persinggahan. Bentuk muka buminya yang berbukit bakau
sesuai untuk penanaman lada hitam dan ubi kayu. Di persisiran tebingan sungai pula
sesuai untuk aktiviti perikanan manakala, tanah jenis gambut yang sesuai untuk aktiviti
penanaman menjadikan penduduk di Daerah Simunjan dapat menjalankan aktiviti
pertanian. Selain itu, usaha-usaha kerajaan dalam membangunkan ekonomi di Daerah
Simunjan memberikan kesan yang positif terhadap penduduk setempat. Secara
kesimpulannya, jelaslah bahawa ekonomi utama di Daerah Simunjan ialah pertanian,
penternakan dan perniagaan. Perkembangan ekonomi di Daerah Simunjan adalah seiring
dengan perubahan arus masa yang menggalakkan penggunaan teknologi yang
sebelumnya hanya menggunakan peralatan tradisional.

20