TAHAP SEJARAH PERKEMBANGAN KAPITALISME D

TAHAP SEJARAH PERKEMBANGAN KAPITALISME DI EROPAH
I.

Tahap masyarakat feudal


Ciri-ciri utama masyarakat feudal
a) Sebahagian besar penduduk bekerja sebagai petani kepada
pembesar @ tuan tanah
b) Sebahagiannya -> tukang, penenun dan bidang kemahiran lain.
c) Cukai tanah dan bayaran perlindungan dibayar kepada pembesar
@ tuan rumah.
d) Sekelompok penduduk dikenali sebagai saudagar (perniaga)
e) Aktiviti utama pedagang


Membeli barang dengan harga yang
menjualnya pada harga yang mahal.

murah


tetapi

f) Penemuan dunia baru dan VASCO DE GAMA seperti Selatan
Benua Amerika dan negeri-negeri di Lautan Hindi telah
membekalkan barangan seperti berlian, emas, rempah yang
diperlukan di eropah.
g) Para pedagang eropah mendapat barangan tersebut samada
melalui peperangan, perampasan dan kekerasan. Kepulauan
nusantara ditakluk Portugis. Penaklukan Sepanyol pula tertumpu
di Amerika Syarikat.
II.

Perkembangan awal perindustiran


Wilayah eropah telah dikuasai penguasa atau pembesar-pembesar
daerah mengikut sempadan masing-masing, terutama dalam hal
pengutipan cukai.




Dalam keadaan ini, golongan saudagar atau para pedagang telah
mendapati banyak masalah- pemerasan.



Maka, demi menjamin perniagaan mereka, para saudagar telah
menyokong raja-raja yang kuat untuk menggulingkan raja-raja wilayah
kecil. Maka berlakunya peperangan di Eropah yang memihakkepada
eperluan dan kepentingan golongan saudagar.



Apabila raja kecil yang lemah disingkirkan, sempadan wilayah telah
digabungkan dan wujudlah negara seperti ENGLAND, PERANCIS &
BELANDA.



Kestabilan wilayah sempadan negara ini telah menyemarakkan lagi

aktiviti perdagangan dan perniagaan terutama di luar Eropah:
o Saudagar portugis membuka ladang kopi di amerika selatan

o Saudagar sepanyol membuka ladang tebu di hindi barat
o Hamba abdi dipaksa bekerja di ladang kopi, tebu, tembakau dan
kapas, semua hasil bahan mentah ini dibawa balik ke eropah
untuk diproses menjadi barangan siap.
III.

Tahap revolusi indrusti (kapitalisme)
 Apabila tercetusnya Revolusi Industri pada akhir abad ke-18, hasil
keuntungan yang berganda melalui kegiatan tahap awal perindustrian
telah menyemarakkan lagi penciptaan mesin-mesin baru &
pembangunan peralatan saintifik. Ini telah meningkatkan lagi tahap
pengeluaran perindustrian.
 Rekaan2 baru seperti steam engine & mesin penenun kain (spinning
jenny) telah memberi kesan besar kepada golongan petani &
masyarakat eropah amnya – berlakunya transformasi ekonomi :



Buruh desa (peladang) berpindah ke bandar2 perindustrian baru
untuk menyertai sektor perkilangan



Pekerjaan di ladang mula dilakukan oleh mesin



Oleh kerana pekerja tidak memiliki sebarang modal, maka apa
yang mampu mereka tawarkan adalah tenaga buruh untuk dijual



Keadaan ini menjadikan mereka bergantung hidup kepada kilang,
terpaksa bekerja dalam tempoh yang lama dan menerima upah
yang rendah.

 Tahap inilah yang Marx panggil sebagai tahap Sistem Kapitalisme - iaitu
suatu corak pengeluaran secara besar-besaran di mana modal (capital)

menjadi unsur penting untuk mendapatkan keuntungan.
 Disamping masyarakat berkembang, sistem kapitalisme juga turut
berkembang dengan tertubuhnya syarikat pelaburan & perusahaan
seperti syarikat besi dan keluli & sistem kewangan seperti bank.
 Masyarakat industri pada waktu ini telah didominasi oleh dua
golongan kapitalis yang sangat berpengarauh iaitu KAPITALIS
INDUSTRI
(menguasai
kilang2
perusahaan)
dan
KAPITALIS
KEWANGAN (memiliki bank2 & sistem kewangan).
 Persaingan sengit telah berlaku antara para Kapitalis Industri dalam
memasarkan barangan kilang keluaran mereka. Kapitalis kecil yang
lemah dan tidak mendapat sokongan kapitalis kewangan-bankrupt.
 Hanya kapitalis yang boleh mengeluarkan suatu barangan dengan kos
yang paling murah mampu terus bertahan. Penutupan kilang-kilang
yang muflis ini telah meningkatkan kadar pengangguran. Akhirnya
berlaku krisis indstri dan kapitalisme di Eropah.


 Oleh sebab itu bagi menyelamatkan keadaan ini, sejarah eropah telah
mewujudkan tindakan imperialism & kolonialisme dilakukan oleh
kerajaan2 eropah yang disokong oleh para kapitalis in i- menjajah
NEGARA SEDANG MEMBANGUN (NSM) samada Afrika, Amerika Latin &
Asia.
 Ringkasnya, walaupun NSM telah merdeka, hubungan kerjasama dengan
bekas negara penjajah atau hubungan (core-perphery) ini telah
mencetuskan keadaan ketidakseimbangan antara Negara Maju dengan
Negara Mundur-menyukarkan NSM untuk berdikari & maju seiring
dengan Negara Maju.
 Dalam keadaan inilah lahir teori atau model pembangunan ekonomi
perindustrian yang cuba mencadangkan atau memberi gambaran
bagaimana kemajuan – pembangunan ekonomi dan perindustrian itu
boleh diaplikasikan oleh kebanyakan NSM.

BEBERAPA
PERSPEKTIF
PERINDUSTRIAN
i.


UTAMA

PEMBANGUNAN

EKONOMI

TEORI PERTUMBUHAN NEO-KLASIK


Pendekatan ini membela pasaran bebas dimana teori ini
menekankan konsep utama seperti ‘kedaulatan pengguna’,
pemaksimum keuntungan, perusahaan bebas & Pertandingan
Sempurna (harga produk ditentukan oleh pihak syarikat bkn
pihak kerajaan) – iaitu bagaimana sumber yang terhad bertindak
balas secara cekap melalui sistem harga & kuasa penawaran &
pemintaan di pasaran.




Mengikut teori ini, individu & firma adalah rasional dari segi
ekonomi – akan cuba mengumpul modal & keuntungan dengan
cara paling cekap. Inilah tujuan utama di sebalik pembangunan
ekonomi industri tersebut.



Kedaulatan pengguna dianggap sebagai titik utama teori ini
samada di peringkat mikro atau makro. Pengeluar akan
bertanding sesame sendiri terhadap barangan yang akan
dikeluarkan.



Harga, samada di peringkat kebangsaan atau antarabangsa
ditentukan oleh penawaran & permintaan – kuasa pasarran &
pertandingan bebas.




Negara mengikut pendekatan ini akan bergerak secara Linear
(Lurus) dari keadaan yang mundur ke tahap yang lebih maju.



ii.

Teori neo-klasik tulen atau konservatif tidak menggalakkan
campur tangan kerajaan dalam ekonomi- jika ada krisis, kuasa
pasaran akan membetulkan keaaan. Campur tangan kerajaan
kalau terpaksa hanya di paras minima sahaja.

TEORI NEO KLASIK ALIRAN LIBERAL – KEYNES
Setelah berlakunya ‘kemelesetan besar’ pada tahun
pandangan ekonomi Keynes menjadi lebih praktikal kerana :

iii.

1930-an,




Kerajaan harus campur tangan dalam aktiviti ekonomi demi
menghadapi masalah dan kelemahan sistem ekonomi bebas
laissez faire dalam usaha mencapai kebajikan sosial.



Akhirnya kebanyakkan negara kapitalis maju kerana kerajaan
campur tangan dalam pembangunan ekonomi terutama melalui
dasar fisikal, melabur dalam perusahaan yang boleh
mendatangkan pulangan keuntungan yang maksimum, tidak
membantu pengeluar yang kurang cekap – akhirnya mengiikut
andaian teori ini, taraf hidup akan meningkat secara automatik
dan faedah akan dinikmati oleh seluruh penduduk.



Di peringkat antarabangsa, Teori Ricardo menganjurkan
perdangan bebas berasaskan konsep ‘Faedah Bandingan’

(Comparatvie advantage). Mereka juga menyokong penghapusan
tariff serta perlindungan & menggalakkan NSM mengamalkan
strategi pertumbuhan yang berorientasikan eksport.



Ringkasnya, teori ini menerima keadaan politik & ekonomi dunia
yang sedia ada : tidak menuntut perubahan radikal ekonomi
tempatan – status quo – pertumbuhan tinggi korea selatan dan
brazil
dikatakan
kejayaan
teori
dalam
pembangunan
perindustrian.

TEORI MODENISASI (Pendekatan Tahap-Tahap Pertumbuhan
Oleh ROSTOW)


Tokoh utama ialah W.W Rostow dalam karya “The Stages of Economic
Growth” dan popular pada tahun 1960-an. Mengikut Rostow, masalah
utama pembangunan ekonomi perindustrian yang terpaksa dihadapi
NSM atau Negara Mundur ialah kekurangan modal.



Rostow kemukakan 3 saranan utama :

1) Pertumbuhan merupakan satu masalah dan tahap-tahapnya patt
dibahagikan mengikut jangka masa tertentu ;
 Tahap Masyarakat Tradisional – wujudnya fahaman tidak
saintifik
 Tahap Peralihan Prasyarat Untuk Pelancaran – perubaha
berlaku di sektor pertanian tetapi teknologi masyarakat masih
tradisional – biayai modal asing
 Tahap Pelancaran – tahap paling penting di mana
berlakunya revolusi industry dan perkembangan beberapa
sektor utama – pertumbuhan lebih dari 10% kemenangan
pihak modenis mengalahkan phak tradisi. Jangka masa 10-20
tahun.
 Tahap Kematangan – sektor ekonomi perindustrian
berkembang pesat dan teknologi moden dgunakan lebih
meluas. Sturktur & kualiti tenaga buruh berubah – tenaga
mahir bertambah & gerakan kesatua sekerja meningkat.
Muncul pentadbir & pengurus professional – matlamat lebih
tinggi.
 Tahap Penggunaan Massa Yang Tinggi – tahap kualiti
pengeluaran & perkhidmatan – banyak sumber diperuntukkan
untuk kebajikan & keselamatan.


Pendekatan pembangunan nilai (modenisasi)
o Tokoh MC CLELLAND


Menumpukan perhatian kepada beberapa factor asas
seperti nilai, perlakuan, sikap dan etika individu dan
komuniti
dalam
sesebuah
Negara
yang
boleh
mempengaruhi tahap dan bentuk pembangunan.



Pendekatan ini mengatakan perubahan sikap dan sifat-sifat
tertentu individu komuniti dan masyarakat.



Ciri2 utama
-

Individualism

-

Kerajinan dan ketekunan

-

Semangat bersaing

-

Kebebasan individu

-

Nilai-nilai positif- pembangunan perindustrian yang
dinamik.

-

iv.

PENDEKATAN
Modenisasi)

TEORI

PERGANTUNGAN

(mengkritik

Teori

 Teori ini diperkenalkan oleh ANDRE GUNDER FRANK
o Bukunya “The development of under development” (1966)
o Capitalism and under development latin America (1967)
 Pemikiran ini diteruskan lagi oleh DOS SANTOS (1969), Samir Amin
(1972) dan Wallerstein dalam konteks system dunia moden.
 Mengikut teori ini, perubahan ekonomi-politik dan sosial di dunia ke3adalah merupakan kesan utama dari perkembangan keluar system
kapitalis Eropah Barat melalui pembentukan suatu sistenm sasaran
dunia yang terbentuk dengan acara imperialism dan kolonialisme.
 Mengikut Frank (1967), tiada pilihan lain bagi NSM untuk maju slain
daripada terpaksa bergantung dengan negara maju. Bagaimana ini
terjadi? Frank mengemukakan analisis geo-ekonomi hubungan antara
satellite dan metropolis.
 Dunia ke-3 adalah merupakan kawasan pinggir (satelit) yang diserap
masuk ke dalam ekonomi dunia sejak awal zaman penjajahan lagi.
Penyerapan tersebut sekaligus merubah negara berkenaan menjadi
negara ekonomi kapitalis.
 Dengan penyerapan tersebut, wujud satu rangkaian hubungan antara
pusat (metropolis) yang mengeksploitasi modal ke atas kawasan
pinggir dan setiap lebihan yang terdapat di kawasan pinggir akan
dialirkan ke luar pusat.
 Oleh itu, mengikut Frank, tiadak banyak peluang bagi Negara Dunia
Ketiga boleh mencapai pembangunan yang berlanjutan dalam sistem
ini & Negara Dunia Ketiga akan terus bergantung.
 Wallerstein (1978) kemukakan konsep Sistem Dunia Moden. Analisis
beliau mirip dengan analisis Frank (1976). Bezanya, Wallerstain
kemukakan model tiga peringkat hubungan pengeluaran mengikut
tiga tahap pencapaian ekonomi iaitu;


Pinggir



Semi-Pinggir



Pusat

 Mengikut Wallerstein, dunia ekonomi kapitalis terbentuk melalui sistem
pensejarahan. Ia mula wujud pada abad ke-15/16 di Eropah.
 Dunia kapitalis adalah sistem yang berasaskan pengumpulan
modal, percaturan politik berdasarkan syarat paras harga (modal,

komoditi, buruh) dan proses polarisasi kelas-kelas & rantau
ekonomi (pusat-semi pinggir-pinggir) setiap masa.
 Sistem ini dibangunkan & berkembang meliputi seluruh dunia. kemajuan
yang dicapai oleh sistem ini adalah melalui hasil pusingan krisis yang
berterusan yang dialami olehnya (Macridis & Brown, 1986:483).
 Perkembangan dunia ekonomi kapitalis – melibatkan pencapaian institusiinstitusi utama dunia moden iaitu kelas sosial, kumpulan etnik/nasional,
keluarga hinggalah negara.
 Ringkasnya, sistem kapitalis bukan sahaja mampu membentuk tingkah
laku, pola hubungan sosial dan budaya sesebuah masyarakat malahan ia
juga mampu membentuk identity sesebuah negara iaitu negara ekonomi
kapitalis.
 Dalam keadaan begini, kuasa dan kemantapan sistem kapitalis sangat
sukar digugat kerana kekukuhannya sudah sampai ke akar umbi
pemikiran individu dan masyarakat.
 Penduduk sesebuah negara bangsa akan
mengamalkan sistem ekonomi kapitalis ini.

terus

bergantung

dan

 Dalam keadaan ini, tidak mudah untuk NSM tidak bergantung dengan
negara maju bagi pembangunan ekonomi dan perindustriannya.

KULIAH 3
(TAYLORISME & ISU KAWALAN BURUH)

1)


PENGENALAN

Kawalan pekerjaan biasanya menimbulkan 2 persoalan utama;
 Bagaimanakah kilang moden
merekabentuk pekerjaan ?

menstruktur

pekerjaan

atau

 Mengapa ia dibentuk sedemikian rupa?


Graeme Salaman (1992) dalam eseinya bertajuk Work Design and
Corporate Strategies mengatakan terdapat dua pendekatan utama
menjelaskan reka bentuk pekerjaan :
I.

Kawalan pengurusan yang ketat akan menyebabkan alienasi, terbiar
dan kualiti buruh yang rendah.

II.

Delegated control – terdapat darjah autonomi pekerja, melahirkan
kerja yang berkualiti tetapi akhirnya memungkinkan penurunan
kadar autoriti dalam pengurusan.



Friedman (1977) menamakannya sebagai Direct Control dan Responsible
autonomy.



Bagi kebanyakkan para kapitalis, isu kawalan terus pekerja penting, hal ini
kerana :
I.

Mencapai keuntungan maksima

II.

Memuaskan hati Shareholder

III.

Boleh mengekalkan paras pengeluaran kilang

IV.

Meningkatkan tahap kemahiran (skill)

V.

Menyeragamkan tingkahlaku pekerja

VI.

Kualiti pekerja meningkat

2. Ciri-Ciri Kemunculan Industri Birokrasi & Kawalan
Organisasi industri muncul secara evolusi sejak zaman Revolusi Industri
seperti berikut :
i. Pekerjaan telah menjadi suatu yang tersusun. Akibatnya buruh dijual
dan dibeli sama seperti komoditi pengeluaran yang lain dalam proses
pengeluaran. Maka timbul idea tentang The Design Of Work,
penstrukturan organisas, kontrak pekerjaan dan sebagainya.
ii. Wujud pengkhususan dalam pekerjaan di kilang-kilang. Bagi pihak
pengurusan, sikap dan tingkahlaku para pekerja boleh menyokong
kepada pencapaian matlamat keuntungan syarikat.
iii. Sebaik sahaja seorang pekerja memasuki kilang untuk bekerja, “masa”
bukan lagi menjadi milik mereka tetapi milik pihak pengusaha. Justeru
itu, kerja dapat mengoptimumkan guna tenaga buruh, mesin serta
ruang agar output meningkat.
iv. Sebaik sahaja rekabentuk kerja selesai, maka setiap bahagian dalam
kilang akan saling bergantung. Jika sesuatu bahagian tidak berfungsi
maka keseluruhan operasi kilang akan tergendala. Oleh itu, aliran kerja
yang
lancar
memerlukan
tenaga
kerja
yang
berdisiplin,
bertanggungjawab dan bermoral terhadap pekerjaan.
v. Walau bagaimanapun, pengenalan kepada pengkhususan kerja telah
menimbulkan pula masalah kawalan dan koordinasi yang terpaksa
dihadapi oleh para pengusaha kilang. Akhirnya Taylor memperkenalkan
Pengurusan Saintifik atau juga dikenali sebagai TAYLORISME.

3. PRINSIP² UTAMA TAYLORISME
i. Prinsip memaksimumkan pemecahan atau pemisahan kerja

 Pihak pengurusan mesti melihat kerja individu hingga ke tugas yang
sekecil-kecilnya
ii. Pemisahan antara pengurusan dan pengeluaran
 Bagi Taylor, pemisahan ini penting kerana Taylor selalu menganggap
pekerja terlalu bodoh untuk memahami kerjanya sendiri. Untuk itu
pekerja perlu diarah.
iii. Pemisahan antara direct & indirect labour
 Kerja bersifat intensif buruh perlu dilakukan oleh pekerja kurang
mahir.
iv. Tahap kemahiran pekerja yang minimum dan tempoh latihan oleh
organisasi
v. Pengurusan sumber/bahan mentah ke tahap paling minimum.

4. Tiga Konsep Utama Yang Dicadangkan Litler (1978)
Bagi Mengkaji Proses Buruh Dalam Taylorisme
i.

Pembahagian teknikal kerja buruh (the technical division of labour)
Majikan telah menetapkan jenis kerja, mesin, bangunan kepada
para pekerja dan para pekerja tidak perlu mencadangkan apaapa lagi.

ii.

Struktur ragam kawalan :
a. Kawalan birokratik
 Heirarki jawatan
 Prosidur/peraturan
b. Kawalan teknikal
 Koordinasi mesin
 Ruang
 Buruh
c. Kawalan ideologi
 Autokratik
 Patricialism

iii.

Hubungan pekerjaan
Hubungan hegemonic – kuasai pekerja secara halus seperti
insentif rumah dan bonus
Responsive – selalu mengutamakan kerjasama
Pemisahan pekerja
pentadbiran

5.

antara

aspek

ragam

pengeluaran

dan

Kritikan Terhadap Proses Buruh Taylorisme

 Braverman (1974) mengatakan akibat lima prinsip Taylorisme iaitu
deskilling.
 Sistem kawalan yang diamalkan oleh Taylorisme tidak cukup untuk
mengubah proses buruh melalui modal tetapi system kawalan tersebut
mengakibatkan deskilling.
 Persolannya, mengapakah timbul keperluan bagi para kapitalis untuk
deskill work?
 Sebab-sebab kata Braverman (1974) ialah :
Skill akan melibatkan persoalan kuasa dan kawalan;

 Asas kemahiran adalah pemilikan pengetahuan dan pengalaman
yang ada pada buruh.
 Kemahiran adalah asas kuasa – pekerja mahir boleh tawar
menawar.
 Pembangunan teknologi assembly line dalam kilang Ford telah
mengakibatkan buruh berada di samping mesin bukan bekerja
kreatif secara sendirian.
 Kawalan proses buruh secara keseluruhan berfungsi.
 Menurut Perrow (1979);
I.

Pengkhususan mengakibatkan seni kerja merosot

II.

Pengurusan sebenarnya tidak banyak
sebenarnya untung adalah juru teknik.

III.

Anggapan Taylor para pekerja bodoh telah merendahkan martabat
manusia.

untung

tetapi

yang

Kuliah 4
(KONSEP FORDISME DALAM PERINDUSTRIAN)
1. PENGENALAN
 Fordisme adalah merupakan simbol transformasi industri yang
berasaskan kraft kepada industri pengeluaran massa dan penggunaan
massa dalam ekonomi.
 Pegeluaran secara Fordism berkembang ke Amerika Syarikat (1940an1960an)
 Henry Ford pengasas kilang kereta Ford Model T di Michigan telah
berjaya mencipta suatu bentuk pengeluaran berskala besar dan
membangun organisasi industri besar yang berorientasikan fungsi
‘pengkhususan’ dalam pembahagian kerja buruh.
 Fordism – berdasarkan pelaburan modal yang tetap terutama
pelaburan bagi bangunan kilang dan teknologi - ‘assembly line’,
kuantiti pengeluaran yang besar, yang boleh mengurangkan kos
pengeluaran.
2. Perbezaan Antara Taylorisme Dan Fordisme :
 John Alien (1992) telah membezakan antara pendekatan Ford dan
Taylor dalam proses pengeluaran berikut:
a) Taylor menyusun para buruh mengelilingi alat-alat mesin tetapi
Ford menggantikan sebahagian besar tenaga buruh manual
dengan teknologi baru.
b) Kelajuan kadar kerja (the pace of work) – bagi Taylor ditentukan
oleh supervisor dan para pekerja tetapi di kilang Ford, kelajuan
kerja ditentukan oleh kelajuan aliran pemasangan (the assembly
line) itu sendiri.
 Pada zaman kemajuan kekemasan kilang Ford pada tahun 1941
berjaya keluarkan 300,000 buah kereta model T.
 Selepas perang Dunia Ke-2 berjayakeluarkan 2 juta buah kereta.
 Jesteru, zaman selepas perang, pengeluaran secara berskala besar ini
dikenali sebagai FORDISM.
3. Empat Makna Fordisme
 Sayer (1989) telah mencadangkan empat (4) perbezaan makna yang
boleh diaplikasikan oleh konsep Fordism ini:

1. Fordism sebagai suatu bentuk proses buruh – ia merujuk kepada
bagaimana tugas buruh dibangunkan oleh pengurusan kilang
melalui kawalan teknologi, kerja dilakukan oleh semi-skilled atau
unskilled labour, pengurusan menggunakan rantaian hierarki dan
autoriti untuk mengawal buruh – justeru proses buruh ini tidak jauh
berbeza dengan pengurusan Taylorisme.
2. Sektor fordis sebagai sektor industri utama yang mampu menjana
pertumbuhan industri lain dalam ekonomi.
 Sektor fordis mempu generate growth dalam industri lain yang
berkaitan dengan pengeluaran kereta.
 Contohnya, hubungan rangkaian dengan kilang pembekal
seperti besi keluli, kilang getah, kilang plastic, kaca dan
elektronik.
 Rangkaian industri perkhidmatan seperti bengkel baik-pulih
dan, alat ganti dan sebagainya.
3. Organisasi Fordis sebagai kuasa hagemoni dalam industri.
 Disamping bertindak sebagai sektor dominan, Fordis juga dilihat
mampu mempengaruhi industri di luar sektor pengeluaran
massa menyesuaikan kaedah pengurusan Fordis misalnya
prosidur ‘collective bargaining’, kontrak pekerjaan, hirarki
pengurusan dan inovasi teknologi pengeluaran – iaitu mampu
mempengaruhi perkembangan ekonomi perindustrian.
4. Fordisme sebagai sistem regulasi industri
 Peranan
pemerintah
dalam
polisi
memastikan pengeluaran massa stabil.

perindustrian

bagi

 Proses Buruh Fordisme – mirip proses buruh Taylorisme justeru
boleh mengakibatkan ‘deskilling’. Seperti kata Baverman(1974) :
‘….all possible brain work should remove from the shop and
centered in the planning or lay – of department (Thompson,
1983:89)

KULIAH 5
(KONSEP POST FORDISME)
1. PENGENALAN


Konsep pengeluaran Fordism akhirnya dikritik kerana proses dan
pengurusan pengeluarannya yang dianggap ‘rigid’. Misalnya:
“….The assembler...had only one task…to put two nuts and
two bolts or perhaps to attach one wheel to each car. He
didn’t order parts, procure his tools, repair his equipment,
inspect for quality, or even understand what workers on either
side him doing…the assembly workers had the lowest status
in the factory” (Womack, Jones and Roos, 1990)



Pekerja assembly line bekerja dalam suasana pengeluaran massa yang
tidak selesa.



Pekerjaan memerlukan tumpuan fizikal dan mental membosankan.



Ford mengalami kadar tidak datang kerja dan berhenti kerja yang
tinggi misalnya 380% dalam tahun 1913 (malahan pada masa kini
kilang jenis fordis mengalami kadar yang tinggi dalam kehadiran
bekerja terutama bila setiap kali pertukaran giliran shift kerja)



Bagi mengatasi masalah ini Ford memperkenalkan polisi bayar gaji
berganda iaitu $5.00 sehari kepada pekerja tidak mahir di kilangnya –
produktiviti meningkat tetapi ianya masih ‘degrading’ buruh.



Justeru akibat perkembangan masa dan perubahan corak pengurusan
kilang pengeluaran keran kecanggihan teknologi timbul konsep
pengeluaran baru iaitu POST-FORDISM atau Pengeluaran Fleksibel.



Post-Fordis mengandaikan bahawa zaman persaingan sengit para
buruh tidak boleh dianggap sebagai mesin dalam proses pengeluaran
kilang – tetapi assembly workers adalah sebagai nilai tambah dimana
mereka boleh berperanan sebagai ‘specialists’ dalam setiap peringkat
proses pengeluaran (TQM : Total Quality Management), boleh
mengurangkan lambakan stok barang (JIT : Just In Time), dan
menghasilkan produk akhir yang berkualiti tinggi (Piore and Sabel,
1985).



Pengeluaran Post-Fordis sebenarnya dibantu oleh teknologi terkini-ICTdan kemampuan pekerja menggunakannya.



Pada masa kini mana-mana organisasi yang berbelanja ke atas a
computer workstation and software ( $ 20,000.00) akan mempunyai
kelas pertama sistem fungsi utama. Sistem ini membolehkan reka
bentuk produk, harga pengeluaran diselaraskan dengan permintaan
pengguna dan pasaran.



IT – juga membolehkan rangkaian penggeluaran dalaman kilang
diselaraskan dan kebanyakan pekerja merasa mereka bekerjasama
dalam keseluruhan proses pengeluaran.



Seperti kata Shoshana and Zuboff (1988) dalam buku mereka, “The
Age of the smart machine”,
“efficient operations in the modern workplace call for a
more equal distribution of knowledge, authority, and
responsibility, This means “dismantling the very same
managerial hierarchy that once brought greatness”.



Contohnya, sistem pengeluaran IBM di Dallas, Texas adalah contoh
proses pengeluaran berasaskan ‘virtual network or self-organizing
system’. Setiap orang dalam organisasi boleh bertindak sebagai
samada pengguna atau pembekal kerana semuanya bergantung
kepada ‘transaction’ – keseluruhan kilang telah transform menjadi
jalinan permintaan pertukaran.



Akibat perubahan ini permintaan terhadap tenaga kurang mahir
merosot. Sistem pengeluaran fleksible memerlukan pekerja yang
berpengetahuan dan mempunyai kemampuan diri dan hala tuju yang
sangat tinggi.



Seterusnya keadaan ini mengurangkan jumlah tenaga kerja kurang
mahir di kilang dan seterusnya merosotkan pengaruh kesatuan sekerja
dan akhir mengurangkan upah di Negara-negara Maju.



Contoh Post Fordism : Jepun
 Post-Fordism berkembang di Jepun selepas perang dunia ke-2. Ini
berikutan :


Perubahan terhadap struktur syarikat dn pertukaran kesatuan
sekerja bebas kepada kesatuan sekerja pro-managemnet



Berkembang multi-skilled workers – lelaki dan jawatan tetap.



Berkembang unskilled workers – kebanyakannya wanita.



Teknologi import akhirnya membolehkan Jepun replicate, absorb
and improve barang pengeluaran mereka terutamanya kereta.



Prinsip asas POST FORDISM adalah memperkenalkan
pengeluaran yang fleksible dan reorganizing the labour force.

proses



Kereta Toyota – pengeluaran kilang secara kecil-keilan di merata
tempat misalnya enjin di Jepun, tayar di Petaling Jaya, dan assemble di
Segambut atau Shah Alam.

PERBEZAAN ANTARA FORDISME DAN POST-FORDISME

A. Proses Pengeluaran
Fordis / Just– In–Case (JIC)
(Berdasakan ekonomi secara
berskala)
Pengeluaran Secara Massa Dan
Barangan Homogenous
Uniformiry & Standardisation
Stok Simpanan Atau Inventori
Yang Besar
Penentuan Kualiti Selepas
Barangan Siap
(Kesilapan Lewat Dikesan)
Barangan Rejects Tersembunyi
Dalam Stok
Kehilangan Banyak Masa
Pengeluaran Kerana Masa
Ditumpukan Terhadap Barang
Yang Rosak Dan Masalah
Inventori
Ditentukan Oleh Sumber
Integrase Secara Menegak
(Dalam Sesetengah Kes Secara
Mendatar)
Pengecilan Kos Melalui Kawalan
Gaji

Post Fordis / Just–In–Time (JIT)
(Berdasarkan skop ekonomi)
Pengeluaran Secara Kecil-Kecilan
Flexible & Small Batch
Production Dan Jenis
Pengeluaran Yang Pelbagai
Tiada Stok
Kawalan Kualiti Adalah
Sebahagian Daripada Proses
(Kesilapan Boleh Dikesan Serta
Merta)
Barangan Yang Rosak Direject
Serta Merta
Tidak Banyak Masa Terbuang
Semasa Bekerja

Ditentukan Oleh Permintaan
(Quasi) – Integrase Menegak
Sub-Contracting
Learning-By-Doing Integrasi
Dalam Perancangan Jangka
Panjang.

B. Proses Buruh
Fordis / Just– In–Case (JIC)
(Berdasakan ekonomi secara
berskala)
Pencapaian tugas khusus oleh
pekerja
Bayaran mengikut kadar
(based on job design criteria)
Pengkhususan kerja yang tinggi
Tiada atau hanya sedikit sahaja
latihan semasa bekerja
Organisasi buruh yang
menegak (superior 
subordinate)
Tiada pengalaman
pembelajaran
Terlalu menekankan aspek
disiplin pekerja jika pekerja
gagal dalam
tanggungjawabnya
No job security

Post Fordis / Just–In–Time (JIT)
(Berdasarkan skop ekonomi)
Multiple task
Bayaran personal (system bonus
yag detail)
Tidak melakukan pembatasan
kerja
Tempoh latihan semasa bekerja
yang panjang
Lebih kepada organisasi buruh
yang mendatar
Pembelajaran semasa bekerja
Menekankan aspek coresponsibility pekerja
High employment security for
core workers (pekerjaan
sepanjang hayat)

C. RAGAM KAWALAN (MODE OF CONTROL)
1. Kawalan Teknikal
Fordisme
Pekerja ikut kelajuan mesin
Pekerja adalah sebahagian
daripada mesin
speeding
Pekerja alienated
Buruh hilang daya kreatif

Post Fordisme
Mengikut kelajuan kumpulan
pekerja
Mesin automasi
Mengikut kesesuaian kerja
Bekerjasama rapat
Multiskill atau Polyvalent sebagai
kemahiran sistem rotation

Bentuk kerja seragam

Kerja yang pelbagai

C. RAGAM KAWALAN (MODE OF CONTROL)
2. Kawalan Birokratik
Fordisme
Hierarki organisasi menegak –
formal
Jaringan perintah dari atas ke
bawah
Setiap tugas telah ditetapkan
oleh pengurus prosedur yang
seragam dan standart
Masa latihan yang pendek
Disiplin pekerja diutamakan –
pengawasan penyeliaan.

Post Fordisme
Hierarki mendatar – walaupun
kawalan ketat tetapi ada
autonomi
Semi outonomous – pekerja
diberi kebebasan menyelia
kumpulan mereka
Pekerja sendiri terlibat dalam
kawalan kualiti perancangan
serta pengawasan pengeluaran
Masa latihan yang panjang –
fungsi fleksibel
Disiplin diutamakan tetapi aspek
kerja kumpulan,
bertanggungjawab, membuat
keputusan sendiri.

C. RAGAM KAWALAN (MODE OF CONTROL)
3. Kawalan Ideologi (Pemerintah)
Fordisme
Regulation
Rigidity
Collective bargaining
Socialization of welfare (the
welfare state)
centralization
The subsidy state
Indirect intervention in market
– income and price policies
Industry-Led-Innovation

Post Fordisme
Deregulation re-regulation
Flexibility
Division individualization local or
firm-based negotiations
Privatization of collective needs
and social security
Decentralization
The entrepreneurial state
Direct state intervention in
market through procurement
State-Led-Innovation