Peranan Integriti Sebagai Mediator Antar

Peranan Integriti Sebagai Mediator Antara Kepuasan Kerja Menurut
Perspektif Islam dan Prestasi Kerja: Pendekatan Empirikal Menggunakan
Model SEM/AMOS
Halimatus Saadiah Mat Saad1
Baharom Mohamad1
Sharifah Hayaati Syed Ismail2
1

Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial, UMS, Kota Kinabalu Sabah
2
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Abstrak
Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh kepuasan kerja menurut perspektif Islam
(KKI) mengikut dimensi (KKI Ruhiyyah, KKI Intelek, KKI Sosial dan KKI Material) terhadap integriti
dan prestasi kerja. Di samping itu, kajian ini juga dijalankan untuk mengukur peranan integriti sebagai
variabel mediator dalam hubungan antara kepuasan kerja menurut perspektif Islam (KKI) mengikut
dimensi (KKI Ruhiyyah, KKI Intelek, KKI Sosial dan KKI Material) dan prestasi kerja. Kaedah
pengumpulan data dengan menggunakan borang soal selidik dilaksanakan terhadap 390 orang responden
yang terdiri daripada Guru Pendidikan Islam di Sekolah-sekolah rendah yang terdapat di negeri Sabah.
Data bagi kajian ini diperoleh melalui soal selidik yang diadaptasi daripada instrumen integriti InNi

(Amini Abdullah et.al, 2005) dan instrumen prestasi kerja (Mohd. Zakaria, 2005). Sementara soal selidik
kepuasan kerja menurut perspektif Islam dibina sendiri oleh penyelidik berdasarkan interpretasi unsurunsur kejadian manusia oleh Imam Al-Ghazali (1980 dan 1976). Data kajian dianalisis dengan
menggunakan perisian AMOS versi 18. Keputusan analisis Structural Equation Modeling (SEM)
menunjukkan bahawa KKI Ruhiyyah (=0.425, p0.90
TLI