Dasar Ekonomi Baru 1 teori

PERANCANGAN AKADEMIK
SEMESTER APRIL2016 (JA161)

GMGA 1013
ASAS PENTADBIRAN AWAM

PROGRAM PENGAJIAN JARAK JAUH
PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)

NAMA PELAJAR:
NO ID MATRIK :

RAMIZAN BIN GAMOK
242551

NAMA PENSYARAH: Ali Hafizar Bin Mohamad Rawi

GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM
ISI KANDUNGAN

1.0


PENGHARGAAN............................................................................................. 3

2.0

PENGENALAN................................................................................................ 4

2.1

SEJARAH/LATAR BELAKANG DASAR EKONOMI BARU...................................5

2.2

RASIONAL DASAR EKONOMI BARU DIPERKENALKAN OLEH KERAJAAN.......9

2.3

ANALISIS KEJAYAAN DASAR EKONOMI BARU KEPADA NEGARA.................11

2.4

APLIKASI TEORI YANG TELAH DIPELAJARI TERHADAP DASAR EKONOMI
BARU 13
2.5

KRITIKAN TERHADAP DASAR EKONOMI BARU...........................................13

3.0

KESIMPULAN............................................................................................... 15

4.0

RUJUKAN.................................................................................................... 16

2

GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

1.0


PENGHARGAAN

Segala puji bagi Allah SWT sembah dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad
S.A.W keluarga dan para sahabat baginda. Permulaan kalam yang indah sebagai penghargaan
kepada Allah SWT kerana telah memberikan anugerah yang terindah dalam kehidupan saya
setiap hari dalam mencari ilmu pengetahuan. Tanpa keizinan dariNya tidak mungkin saya
mampu berada di tahap ini.
Penghargaan ini juga saya aspirasikan khas kepada kedua ibu bapa saya kerana doa mereka
yang membuatkan saya mendapat kekuatan untuk meneruskan langkah menyulusuri alam
ilmuwan. Mereka tidak jemu memberi kata-kata semangat dan kekuatan supaya saya sentiasa
yakin dengan setiap keputusan yang diambil.
Tidak mungkin saya lupakan Pensyarah saya Prof Dr Abdul Rahman Bin Abdul Rahim yang
sentiasa memberi motivasi dan inspirasi kepada kami saban hari agar sentiasa bersikap positif
dan berusaha untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Dalam dunia yang serba canggih ini kita sebenarnya masih lagi memerlukan bimbingan dari
insan yang bergelar Pendidik. Tanpa bimbingan daripada mereka saya tidak akan dapat
melaksanakan tugasan individu ini dengan baik dan sempurna.
Selain itu, saya dedikasikan ucapan ini buat rakan seperjuangan yang memberikan maklumat
dan pandangan dalam melahirkan cetusan idea-idea kreatif dan sokongan membina dalam
menghasilkan tugasan ilmiah ini. Segala bantuan yang dihulurkan amatlah saya hargai dan

mengucapkan ribuan terima kasih.
Sebagai penutup bicara izinkan saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung dalam melengkapkan tugasan ilmiah ini. Diharapkan

3

GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM
supaya setiap ilmu yang dititipkan dalam helaian ini menjadi panduan kepada kita sebagai
manusia ketika mengaplikasikan sesuatu ciptaan baru dalam kehidupan.

4

GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

2.0

PENGENALAN

Sesebuah Negara mempunyai strateginya tersendiri dalam membangunkan Negara dan
mengembangkan kepesatan ekonomi di era globalisasi ini. Pada kebiasaannya, dapat kita

lihat sesebuah Negara itu maju melalui pelbagai aspek iaitu merangkumi sistem pentadbiran,
sistem kehakiman, sistem sosial, sistem pendidikan dan sistem ekonomi. Di Malaysia,
semenjak kemerdekaan lagi pelbagai dasar awam telah diperkenalkan bagi memenuhi
keperluan semasa masyarakat mahupun meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam di
Negara ini. Ekonomi Negara di Malaysia telah berkembang pesat semenjak Negara mencapai
kemerdekaan. Keluaran dalam Negara kasar (KDNK) benar Malaysia telah semakin maju
secara purata 6.5% bermula pada 1957 sehingga 2005 [CITATION Cam96 \l 1033 ].
Kemajuan ekonomi yang memberangsangkan ini telah disumbangkan oleh perubahan
struktur ekonomi Negara daripada sektor pertanian tradisional kepada sector ekonomimoden
iaitu perindustrian, perkhidmatan dan yang terkini ekonomi berasaskan pengetahuan
[ CITATION KRa98 \l 1033 ]. Menurut [ CITATION Cam96 \l 1033 ], perkembangan pesat
ekonomi Negara adalah berpunca daripada pelbagai dasar ekonomi Negara yang telah
digubal dan dilaksanakan oleh kerajaan walaupun masih ada beberapa cabaran dan halangan
yang perlu kerajaan tangani. Misalnya untuk menilai sejauhmana perlaksanaan dan
keberkesanan dasar pembangunan dan dasar penstabilan seperti dasar fiskal, monetari dan
perdagangan yang telah dilaksanakan. Antara dasar-dasar yang diperkenalkan di Malaysia
seperti Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Penswastaan, Dasar
Pandang Ketimur, Dasar Pelajaran Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar
Wawasan Negara. Bagi tugasan ini, saya memilih Dasar Ekonomi Baru sebagai tajuk pilihan
kerja khusus ini. Antara objektif saya memilih tajuk ini, dapat memahami pengertian dasardasar kerajaan, menerangkan matlamat dan perkembangan dasar-dasar yang diperkenalkan

oleh kerajaan dan menjelaskan kepentingan dasar-dasar kerajaan. Definisi bagi dasar ialah
satu garis panduan pentadbiran mengenai sesuatu gagasan yang tersusun rapi. Ianya
merangkumi segala arahan dan peraturan untuk mencapai matlamat kepimpinan Negara ke
arah sebuah Negara yang maju. Ia berkepentingan kerana setiap dasar mempunyai objektif,
strategi pelaksanaan dan penilaian terhadap pelaksanaannya. Selain daripada itu, dasar
menjadi panduan pentadbiran kepada kerajaan untuk mengatasi masalah ketidakseimbangan
yang wujud dalam sesebuah Negara.
5

GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

6

GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

2.1

SEJARAH/LATAR BELAKANG DASAR EKONOMI BARU

[CITATION Off16 \l 1033 ] Dilihat dari perspektif sejarah Malaysia, penjajah British


menggalakkan perkembangan masyarakat secara 'plural' melalui amalan 'pecah' dan perintah.
Pihak British telah menggalakkan kedatangan tenaga buruh dari Negara China dan India
untuk kepentingan ekonomi penjajah dalam sektor perlombongan bijih timah, perdagangan
dan perladangan. [ CITATION Uni16 \l 1033 ] Dasar pembangunan Malaysia sebelum 1970,
disasarkan untuk menggalakkan perkembangan dengan penekanan kepada pasaran eksport.
Walaupun ekonomi berkembang dengan cepat dalam tempoh ini pada purata tahunan 6.0
peratus, aspek pengagihan kurang diberikan penekanan. Ini menghasilkan ketidakseimbangan
di antara kumpulan etnik yang memberi kesan negatif dalam bentuk rusuhan kaum pada
tahun 1969. Penambahan penduduk dan peningkatan kegiatan ekonomi telah menyebabkan
pertumbuhan bandar, jalan-jalan, rel-rel keretapi dan pembahagian kelompok kaum mengikut
sektor ekonomi. Keadaan ini telah menyebabkan jurang perbezaan antara kaum,
pembangunan bandar dan luar bandar bertambah besar. Selepas mencapai kemerdekaan,
Rancangan Malaya 5 tahun telah diperkenalkan. Rancangan Malaya Pertama, kedua dan
Rancangan Malaysia Pertama dirancang untuk menitikberatkan kepada segi pertumbuhan dan
pembaharuan ekonomi. Rancangan ini telah menunjukkan kelemahan dari segi strategi di
mana corak atau sistem semasa penjajahan masih berterusan.
Menyedari kedudukan ketidakseimbangan sosial ekonomi itu, kerajaan telah
mengusahakan supaya satu pendekatan baru dalam rancangan pembangunan negara yang
melibatkan program 20 tahun yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru. [ CITATION

Off16 \l 1033 ]. Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu program sosioekonomi di
Malaysia yang diperkenalkan pada tahun 1971 oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato'
Hussein. [ CITATION wik161 \l 1033 ] Matlamat utama dasar ini diperkenalkan ialah bagi
mewujudkan perpaduan Negara dengan mengurangkan perbezaan ekonomi, sosial,
kebudayaan, penempatan dan sebagainya.

Antara rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru adalah disusun dan
dijalankan menerusi strategi serampang dua mata. Ianya mengurang dan seterusnya
membasmi kemiskinan dengan memperbanyakkan peluang pekerjaan kepada semua rakyat

7

GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM
tanpa mengira kaum. Selain itu, penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan
seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

DAP dan Dasar Ekonomi Baru merupakan pandangan dan perspektif parti DAP
terhadap Dasar Ekonomi Baru yang dilancarkan dari 1970-1990. [ CITATION wik16 \l
1033 ] Sungguhpun Dasar Ekonomi Baru 20 tahun telah berlalu dan pencapaiannya ternyata
gagal mencapai matlamat Bumiputera 30 % dalam bidang ekonomi, tetapi semangatya masih

diteruskan scara tidak rasmi oleh kerajaan Barisan Nasional.

Perlaksanaan dasar pecah dan perintah Inggeris telah mengeruhkan perpaduan
masyarakat di Tanah Melayu. Pengelasan kaum merujuk pekerjaan dan sistem pelajaran yang
berbeza mengelakkan interaksi antara penduduk di Tanah Melayu yang terdiri daripada 3
rumpun utama iaitu bangsa Melayu, Cina dan India. Melalui dasar ini orang Melayu
kebanyakannya menetap di kawasan luar bandar (kampung) dan bekerja sebagai nelayan dan
petani, orang Cina menetap di kawasan bandar dan kawasan perlombongan serta bekerja
sebagai peniaga dan pelombong bijih timah, manakala orang India kebanyakannya tinggal di
kawasan ladang-ladang dan bekerja sebagai buruh, secara tidak langsung telah mewujudkan
perasaan curiga mencurigai antara satu sama lain yang merupakan bom jangka yang menjadi
teras peristiwa 13 Mei 1969.

Peristiwa berdarah yang berlaku pada 13 Mei 1969 telah mendedahkan manifestasi
sebenar perasaan tiga etnik yang terbesar di Malaysia [ CITATION Apa16 \l 1033 ].
Semenjak negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, didapati bangsa Melayu masih
tertinggal jauh dari segi penguasaan ekonomi dan pendidikan di Tanah Melayu
memandangkan majoriti orang Melayu tinggal di luar bandar. Manakala orang Cina pula
lebih terkehadapan dengan menguasai bidang perniagaan dan bidang ekonomi lain
memandangkan mereka tinggal di kawasan bandar dan menguasai kawasan perlombongan.

Lantas timbul kesedaran di kalangan orang Melayu yang dapat merasakan bahawa mereka
telah tertinggal dan tertindas di bumi sendiri akibat kemiskinan. Bagi masyarakat Cina dan

8

GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM
India pula, mereka bimbang tentang syarat-syarat hak kerakyatan walaupun sebahagian
daripada mereka telah bersedia untuk menumpahkan kesetiaan kepada Tanah Melayu.Bagi
masyarakat Cina yang terdiri dari golongan yang kaya, bersiap sedia untuk mengambil Tanah
Melayu kerana beranggapan bahawa merekalah yang banyak memberikan sumbangan
terhadap kemajuan Tanah Melayu, bukannya orang Melayu sendiri. Orang India pula tidak
terlibat dengan tragedi tersebut. Hal ini tidak dinafikan kerana pada ketika itu, orang Melayu
masih lagi dengan 'kampung dan bercucuk tanam', dan dilemahkan dengan dunia hiburan.

Selain daripada itu, semenjak pendudukan Jepun pada perang Dunia Kedua, pihak
Jepun mengamalkan dasar yang anti-Cina dan pro-Melayu telah membangkitkan kemarahan
dan prasangka orang Cina terhadap orang Melayu. Apabila Jepun menyerah kalah dan
sebelum ketibaan Inggeris, orang Cina yang kebanyakannya merupakan anggota Bintang
Tiga (Parti Komunis Malaya) telah mengambil kesempatan untuk membalas dendam. Turut
memburukkan keadaan adalah kerana, kebanyakan orang Cina menganggotai Parti Komunis

Malaya manakala Orang Melayu kebanyakan menganggotai pasukan keselamatan ketika
zaman darurat pada 1948–1960.

Penyingkiran Singapura dari Malaysia pada tahun 1965 akibat konsep "Malaysia
untuk orang Malaysia" yang yang secara tidak langsung turut mempertikai kedudukan dan
hak istimewa orang Melayu telah diapi-apikan oleh Lee Kuan Yew menyemarakkan perasaan
anti-Cina dan anti-Melayu. Kejadian-kejadian tersebut akhirnya menyebabkan berlakunya
peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969. Ia telah mengorbankan banyak nyawa dan harta-benda
adalah manifestasi hubungan antara kaum di Tanah Melayu yang sememangnya retak
menanti belah. Peristiwa 13 Mei 1969 berlaku sebaik sahaja keputusan pilihan raya umum
1969 diketahui.

Kacau-bilau dan pertumpahan darah yang berlaku pada 13 Mei 1969 itu telah
memaksa kerajaan untuk mengisytiharkan perintah darurat. DYMM Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong ketika itu dan atas nasihat Perdana Menteri dengan serta-merta telah

9

GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM
mengisytiharkan darurat di seluruh negara. berkuat kuasa 16 Mei 1969. Pengisytiharan ini
telah menyebabkan sistem kerajaan berparlimen digantung. Atas perakuan Perdana Menteri,
Yang di-Pertuan Agong telah melantik Tun Razak bin Dato Hussein, Timbalan Perdana
Menteri pada waktu itu sebagai pengarah Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang
bertanggungjawab menjalankan kuasa pemerintahan bagi Persekutuan berdasarkan kuasa
yang diwakilkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Majlis Perpaduan Negara telah ditubuhkan bagi memastikan keberkesanan
MAGERAN, Majlis Perpaduan Negara yang bertanggungjawab untuk membincang dan
meneliti isu-isu perpaduan negara serta mencari jalan menyelesaikan masalah masyarakat
berbilang kaum. Majlis ini mendapati satu masalah yang paling ketara yang dikenal pasti
ialah struktur masyarakat majmuk di Malaysia. Adalah didapati masyarakat Malaysia masih
terbahagi atas dasar keturunan, agama dan pekerjaan. Perpaduan yang hendak dicapai bukan
sahaja melibatkan penyatuan kaum sahaja tetapi adalah didapati penyatuan ekonomi dan
sosial juga perlu dilakukan. Sehubungan dengan itu Majlis Perundingan Negara telah
bersetuju membentuk satu ideologi negara yang kemudiannya dikenali sebagai Rukun Negara
yang mempunyai lima prinsip utama iaitu Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja
dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang serta Kesopanan dan
Kesusilaan.

Dasar Ekonomi Baru juga dibentuk menerusi Majlis Perundingan Negara sebagai
jentera penggerak untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Majlis
Perundingan Negara juga telah mencadangkan kepada kerajaan untuk mewujudkan Jabatan
Perpaduan Negara untuk melaksanakan aktiviti berbentuk muhibbah Majlis Muhibah dan
Pejabat Muhibah di peringkat pusat, negeri, daerah dan kawasan telah ditubuhkan di bawah
peruntukan Peraturan-Peraturan Perlu (Majlis-Majlis Muhibah) 1969 yang telah diwartakan
pada 18 Julai 1969.

10

GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

2.2

RASIONAL

DASAR

EKONOMI

BARU

DIPERKENALKAN

OLEH

KERAJAAN

Dari banci penduduk tahun 1970 didapati 49.3% dari semua keluarga di Semenanjung
Malaysia menerima pendapatan di bawah garis miskin. [ CITATION Off16 \l 1033 ] Dari
jumlah semua keluarga miskin 86% berada di kawasan luar bandar dan 14% di kawasan
bandar. Kadar Kemiskinan mengikut kaum seperti Rajah 1 adalah seperti berikut:
KAUM

Kadar Kemiskinan (%)

Pendapatan Purata Keluarga Sebulan (RM)

Melayu
64.8
172.00
Cina
26.0
394.00
India
39.2
304.00
Lain-lain
44.8
813.00
Rajah 1: Kadar Kemiskinan Mengikut Kaum

Dari kajian Tahunan Hakmilik Syarikat-syarikat Berhad merujuk Rajah 2, yang
dijalankan oleh Jabatan Perangkaan dan rekod dari Pendaftar Syarikat adalah didapati
hakmilik dan penguasaan sektor syarikat-syarikat pada tahun 1971 adalah seperti berikut:
Pemilikan
1. Bumiputera Perseorangan dan

Jumlah Pemilikan (RM juta)
279.6

%
4.3

168.7

2.6

110.9

1.7

2. Bukan Bumiputera

2232.2

34.0

3. Warganegara asing

4051.3

61.7

6564.1

100.0

agensi amanah
(a) Bumiputera Perseorangan
(b) Agensi Amanah

JUMLAH

Rajah 2: Kajian Tahunan Hakmilik Syarikat-syarikat Berhad

11

GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM
Merujuk Rajah 3, dilihat dari sudut pembahagian pekerjaan pada tahun 1970 pecahan
mengikut kaum adalah seperti berikut:
Sektor
1. Pertanian
2. Perlombongan
3.Perniagaan/ Perdagangan,

Melayu
67.6
32.1
42.6

Cina
19.9
58.7
45.5

India
11.5
8.5
10.7

Lain-lain
1.0
0.7
1.2

Pentadbiran Awam, Pelajaran,
Pertahanan dan Kemudahan Awam.
Rajah 3: Pembahagian pekerjaan pada tahun 1970 pecahan mengikut kaum.
Kepincangan diatas dipercayakan telah merupakan suatu sebab utama berlakunya
peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa ini merupakan satu perusuhan perkauman yang telah
memaksa satu dasar yang bersepadu diwujudkan. Dasar yang dikenali sebagai Dasar
Ekonomi Baru ini adalah satu dasar yang dilancarkan oleh kerajaan dalam tahun 1970
melalui Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975) untuk membetulkan ketidakseimbangan
sosial ekonomi yang wujud di Malaysia di antara kaum, di antara wilayah dan di antara
kawasan di wilayah yang sama.

12

GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

2.3

ANALISIS KEJAYAAN DASAR EKONOMI BARU KEPADA NEGARA

2.3.1 Membasmi kemiskinan
Kemiskinan adalah sebab utama yang menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam
kalangan rakyat. Ianya bukan sahaja terdapat di luar bandar tetapi juga di bandar. Keadaan ini
boleh mengugat perpaduan Negara kerana masalah kemiskinan adalah mengikut kaum
dengan kadar kemiskinan paling tinggi dalam kalangan orang Melayu yang tertumpu kepada
aktiviti pertanian tradisional. Usaha telah dijalankan untuk menyelesaikan masalah sosial
ekonomi dan projek pembangunan telah dirangka supaya:
a. Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat yang menganggur
b. Menambah daya pengeluaran dan pendapatan
c. Memberi peluang perpindahan orang yang bekerja di sektor yang rendah daya
pengeluarannya kepada sektor lebih lumayan.
d. Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum antara kawasan bandar dan
e.
f.
g.
h.

luarbandar dan antara wilayah
Memodenkan kehidupan di luarbandar
Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan bumiputera
Mengadakan suasana pekerjaan yang mencerminkan komposisi kaum di Malaysia.
Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan,
kemudahan-kemudahan infrastruktur dan lain-lain.

13

GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM
2.3.2 Penyusunan Semula Masyarakat
Adalah menjadi hasrat kerajaan supaya menjelang tahun 1990 pemilikan saham atau ekonomi
Malaysia akan melambangkan komposisi kepentingan kaum di Negara ini. Penyertaan
Bumiputera sebanyak 30%, manakala bukan Bumiputera adalah 40% dan bagi pelaburpelabur luar negeri adalah 30%.
Dalam mencapai matlamat penyusunan semula Dasar Ekonomi Baru, strategi berikut
telah disusun dan berjaya dilaksanakan:
a. Meninggilam daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin melalui proses
memodenkan kawasan luarbandar.
b. Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga yang
terdapat sekarang ini dengan cara yang progresif dan menerusi pertumbuhan ekonomi
seluruhnya supaya pada tahun 1990 kedudukan tenaga buruh mencerminkan bilangan
kaum
c. Menambahkan dengan lebih cepat lagi bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan
modal dalm stok syarikat dan pertumbuhan ekonomi
d. Membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian dalam kalangan orang
Melayu dan kaum Bumiputera supaya dapat membentuk dan memiliki 30% ekonomi
dalam tahun 1990 dan menubuhkan beberapa agensi seperti MARA, Bank
Pembangunan, Bank Bumiputera, Amanah Saham Nasional
e. Memajukan negeri dan kawasan yang dianggap mundur melalui pembangunan
wilayah baru seperti DARA, KESEDAR, KEJORA dan sebagainya.

14

GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

2.4

APLIKASI TEORI YANG TELAH DIPELAJARI TERHADAP DASAR

EKONOMI BARU
Salah satu aspek penting DEB adalah berteraskan premis ekonomi yang berkembang
pesat. Pertumbuhan ekonomi adalah satu keperluan bagi menyediakan peluang kepada
golongan miskin dan kurang bernasib baik untuk membolehkan mereka keluar dari
kemiskinan dan turut serta dalam aktiviti ekonomi. Aspek ini juga memastikan bahawa
pengagihan tidak diperuntukkan dari kekayaan sedia ada tetapi dari pengembangan dan punca
baru kekayaan. Pelaksanaan strategi pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula
masyakat menghasilkan kemajuan yang ketara menjelang 1990. Kadar kemiskinan
berkurangan dari 49.3 peratus pada tahun 1970 kepada 16.5 peratus pada tahun 1990 dan
seterusnya kepada 1.7 peratus pada 2012. [ CITATION Uni16 \l 1033 ]
Dalam istilah penstrukturan ekuiti korporat, 66.3 peratus ekuiti korporat di Malaysia
dimiliki oleh warga asing pada tahun 1970, sementara Bumiputera memiliki hanya 2.4
peratus. DEB menetapkan sasaran penstrukturan berupa 30:40:30, di mana menjelang 1990,
pegangan kaum Bumiputera patut mencapai 30 peratus, rakyat Malaysia yang lain 40 peratus
dan warga asing 30 peratus, di dalam konteks ekonomi yang berkembang. Pada tahun 1990,
bahagian ekuiti Bumiputera bertambah kepada 19.3 peratus dari keseluruhan jumlah ekuiti
korporat, dan pegangan rakyat Malaysia yang lain bertambah kepada 46.8 peratus dan 33.9
peratus untuk warga asing dan nomini. Walaupun Bumiputera tidak mencapai sasaran 30
peratus pegangan ekuiti menjelang 1990, kemajuan yang dihasilkan oleh mereka adalah
cukup besar berbanding dengan kedudukan mereka pada tahun 1970. Menjelang 2010,
jumlah nilai ekuiti telah berkembang dengan pesat dan meningkatkan nilai pegangan mutlak
semua kumpulan.

15

GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

2.5

KRITIKAN TERHADAP DASAR EKONOMI BARU

[ CITATION Sai14 \l 1033 ] Dasar Ekonomi berjaya mengubah hampir keseluruhan

sistem sosial masyarakat majmuk di Malaysia. DEB berjaya menjalankan strateginya dalam
menghadapi realiti “perbezaan etnik” dan dalam usaha mewujudkan keseimbangan dalam
pelbagai aspek kehidupan. Tidak dinafikan, hasilnya adalah positif dan ia berjaya mencapai
perpaduan nasional melalui falsafahnya, iaitu “Pembangunan Dengan Pengagihan Saksama”.
Menurut keratan akhbar [ CITATION Onl15 \l 1033 ] Timbalan Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak yakin unsur-unsur Dasar Ekonomi Baru (DEB), yang berakhir
pada 1990 dan digantikan dengan Dasar Ekonomi Nasional (DEN) pada 1991, boleh
dihapuskan secara beransur-ansur. Beliau berpendapat bahawa bumiputera sudah mempunyai
keyakinan diri seperti berkeyakinan untuk bersaing dan untuk berjaya di peringkat global dan
domestik. Tambahan lagi, beliau dan organisasi korporat lain ingin membina Negara
Malaysia yang lebih kukuh, yang mempunyai harapan rakyatnya yang lebih tinggi untuk
menjadi masyarakat yang lebih progresif, matang dan canggih. Kini masyarakat menjadi
semakin canggih dan prihatin terhadap kebebasan sivil, tentang kematangan demokrasi.

Pada 13 Mac 2008, Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru dilantik (ahli DAP), Lim
Guan Eng dikhabarkan menolak DEB dan DPN. Bagaimanapun beliau menafikan perkara itu
melalui siaran TV3. Antara langkah yang dianggap bercanggah dengan DEB/DPN ialah
'tender terbuka' [ CITATION AnN11 \l 1033 ]. Ada pihak yang beranggapan kegagalan
pencapaian kaum bumiputera dalam DEB disebabkan beberapa perkara seperti rasuah
mengalibabakan projek Modal kecil Pengalaman dan pengetahuan dalam bidang berkaitan
amat kurang.[ CITATION Das08 \l 1033 ]

16

GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

3.0

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, Dasar Ekonomi Baru yang bermatlamatkan perpaduan Negara
melalui proses pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat didalam konteks
keselamatan Negara yang kukuh. Segala program pembangunan Negara dan Dasar kerajaan
semasa yang diperkenalkan adalah dirancang dan dilaksanakan untuk mencapai matlamat
tersebut. Usaha ini memerlukan bukan sahaja usaha yang gigih dari kerajaan dan
kakitangannya, malah ianya memerlukan perubahan sikap, tenaga dan pemikiran rakyat dari
sektor swasta.

17

GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

4.0

RUJUKAN

Apa itu DEB Dasar Ekonomi Baru . (n.d.). Retrieved Jun 12, 2016, from
http://www.sistemguruonline.my/2014/11/apa-itu-deb-dasar-ekonomi-baru.html
K.Ratnam. (1998). Perkembangan Ekonomi dan Sosial Dalam Sejarah Malaysia.
Selangor: Pustaka Sarjana.
Nordin, S. (2014, September 13). Pengajian Malaysia. Retrieved Julai 9, 2016,
from Bab 13: Dasar Ekonomi:
http://pengajianmalaysiaikmtsya.blogspot.my/2014/09/bab-13-dasarekonomi.html
Nordin, S. (2014, Sept 19). Pengajian Malaysia. Retrieved Jun 10, 2016, from Bab
13: Dasar Ekonomi: http://pengajianmalaysiaikmtsya.blogspot.my/2014/09/bab13-dasar-ekonomi.html
Office of the Prime Minister Purajaya, Malaysia. (n.d.). Retrieved Julai 10, 2016,
from
http://www.pmo.gov.my/dokumenattached/Dasar/03DASAR_EKONOMI_BARU.pdf
Unit Perancang Ekonomi. (2016). Retrieved Jun 2016, 10, from
http://www.epu.gov.my/dasar-ekonomi-baru?
p_p_id=56_INSTANCE_Ia0Q&p_p_lifecycle=0&p_p_state=normal&p_p_mode=vie
w&p_p_col_id=column-4&p_p_col_count=1&page=1
Utusan. (2015). Unsur DEB dihapus beransur. Kuala Lumpur.
wikipedia. (n.d.). ensiklopedia bebas. Retrieved Jun 10, 2016, from
https://ms.wikipedia.org/wiki/Dasar_Ekonomi_Baru
wikipedia. (n.d.). ensiklopedia bebas. Retrieved Jun 9, 2016, from
https://ms.wikipedia.org/wiki/Dasar_Ekonomi_Baru

18