Penggunaan ICT dalam proses pengajaran d

Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran banyak memberi kesan yang
baik kepada murid-murid khususnya yang di sekolah rendah. Namun begitu terdapat juga
kelemahan yang timbul kesan daripada penggunaan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan
kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran. Hal ini kerana guru dapat membuat
persiapan dan bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran. Melalui cara ini guru dapat mencari maklumat-maklumat berkenaan
dengan pengajaran dengan lebih baik seterusnya dapat menyampaikan kepada pelajar
secara berkesan. Melalui penggunaan alat ICT sebagai alat bantu mengajar maka proses
pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan dan berkesan contohnya
menggunakan alat seperti powerpoint, flash, video, visual dan mereka hanya perlu
mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui
cara ini proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih mudah,
ringkas dan padat kerana pelajar akan didedahkan dengan gambaran dan persembahan
menarik serta mudah untuk di fahami. Justeru itu pelajar tidak akan mudah merasa jemu
dan bosan dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran kerana tertarik dengan
gaya persembahan yang ditunjukkan melalui ICT.
Di samping itu kesan penggunaan ICT ialah dapat menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.
Dengan adanya ICT guru dapat mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran

dan bukan hanya tertumpu kepada teknik pengkuliahan sahaja bahkan dapat
mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan menggunakan pelbagai kemudahan yang
terdapat dalam ICT. Melalui penggunaan alat ICT guru dapat menerangkan kepada
pelajar dengan lebih terperinci serta mendalam mengenai sesuatu subjek. Contohnya
penggunaan internet sebagai alat untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini
mengenai dunia pendidikan. Kemahiran menggunakan internet membolehkan guru dan
pelajar mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat serta
efisen tanpa perlu menunggu masa yang lama seterusnya dapat di gunakan dalam aktiviti

pembelajaran. Melalui cara ini kualiti pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan
kerana maklumat-maklumat dapat terus di akses kedalam sistem.
Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat penting kerana ia dapat
meningkatkan kemahiran guru dan pelajar. Melalui penggunaan ICT dalam proses
pengajaran dan pembelajaran pelajar akan didedahkan dengan pelbagai alatan dan bahan
mengenai ICT seperti komputer, LCD, CD, pendrive, hardware, software, internet dan
sebagainya. Semua benda yang berkenaan dengan ICT mempunyai berbagai fungsi dan
kegunaannya yang tersendiri dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran
disekolah. Hal ini kerana melalui penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran
guru dan pelajar akan lebih menguasai teknologi-teknologi terkini yang dapat membantu
dalam memahami setiap subjek yang dipelajari serta menyimpan, memproses dan

merekod setiap maklumat yang diperolehi. Kemahiran dalam menggunakan ICT ini
mampu memberi nilai tambah kepada guru agar dapat menggunakannya untuk
menyampaikan ilmu kepada pelajar agar ianya mudah untuk di fahami. Di samping itu
guru juga dapat menambahkan pengetahuan mengenai sistem ICT melalui pengalaman
yang diperolehi semasa menjalankan proses pengajaran tersebut. Ini kerana semasa
proses pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar akan saling berinteraksi tentang apa
yang dipelajari serta bertukar pendapat mengenai keberkesanan menggunakan sistem ICT
ini disamping memberi cadangan bagi meningkatkan lagi kualiti penyampaian. Melalui
cara ini guru dan pelajar akan berusaha lagi menambahkan pengetahuan mengenai
teknologi ICT ini. Dalam era dunia tanpa sempadan ini guru dan pelajar perlu
menggunakan setiap teknologi yang ada agar tidak ketinggalan khususnya di dalam
bidang pendidikan yang banyak menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Pengetahuan yang mendalam mengenai ICT amat penting bagi guru agar
ianya dapat di aplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaranbagi memudahkan
lagi pemahaman murid.
Selain itu manfaat yang diperolehi kesan daripada penggunaan ICT dalam proses
pengajaran dan pembelajaran ialah dapat memberi peluang pembelajaran yang sama
kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan. Di dalam sesebuah kelas tidak semua
pelajar mempunyai kebolehan yang sama dalam menerima sesuatu yang diajar oleh guru.


Justeru itu melalui penggunaan ICT murid-murid dapat memahami apa yang diajar
dengan lebih jelas kerana proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik serta
berkesan hasil daripada penggunaan alatan ICT tersebut. Contohnya melalui pengunaan
alat seperti powerpoint, grafik, audio, video dan sebagainya maka murid-murid akan
lebih memahami setiap apa yang di ajar kerana di beri gambaran dan persembahan dan
persembahan yang lebih mudah untuk difahami berbanding dengan proses pengajaran
dan pembelajaran yang berbentuk pengkuliahan. Melalui cara ini setiap masalah yang
timbul dapat segera dimaklumkan oleh pelajar kepada guru kerana mereka mudah
bertindak balas terhadap sistem yang diajar menggunakan ICT.