8 sifat pakaian wanita ISLAM

8 sifat pakaian wanita ISLAM
1. Pakaian itu mestilah menutup aurat
Rasulullah saw bersabda :
Telah berkata Aisyah .a “ Sesungguhnya, Asma’binti Abu Bakar menemui Nabi saw
dengan memakai busana yang nipis ” Maka nabi berpaling daripadanya dan bersabda
“Wahai Asma’ , sesungguhnya apabila wanita itu telah baligh (sudah haid) tidak boleh
dilihat daripadanya kecuali ini dan ini , sambil mengisyaratkan kepada muka dan tapak
tangannya”
2. Pakaian itu tidak terlalu nipis sehingga tampak bayangan tubuh badan dari luar
“Dua orang ahli neraka yang belum pernah saya lihat adalah : kaum yang memegang
pecut bagai ekor lembu digunakan untuk memukul orang (tanpa alasan), orang
perempuan yang berpakaian tetapi telanjang bagaikan merayu-rayu melenggok-lenggok
membesarkan cemaranya bagaikan punuk unta yang mereng. Mereka tidak akan masuk
syurga dan tidak akan dapat mencium bau syurga, sedangkan bau syurga dapat dicium
dari jarak yang sangat jauh”
(Riwayat Muslim)
3. Pakaian itu tidak ketat atau sempit , tetapi longgar atau selesa dipakai.Ia menutup
bahagian-bahagian bentuk tubuh yang menggiurkan nafsu lelaki dan ia menutup aspek
kehaiwanan dari insan itu.
Dalam sebuah riwayat dari Abdullah bin Abi Salamah bahawa Umar Bin Khattab .a
menghadiahkan kepada seseorang dengan pakaian nipis buatan Mesir Lama, kemidian

berkata , “Jangan dipakaikan kepada isteri-isteri kamu!” Lalu seseorang berkata “ Ya
Amirul Mukminin aku telah memakainya untuk isteriku, kemudian memutarkan
badannya tetapi tidak kelihatan auratnya .” selanjutnya Umar berkata, “Memanglah
auratnya tidak nampak, tetapi bentuk tubuhnya nampak”
4. Warna pakaian itu suram atau gelap, seperti warna hitam atau kelabu asap atau perang
sehingga tiada bernafsu lelaki melihatnya( terutamanyya pakaian seperti jilbab atau
abaya) . Menurut Ibnu Kathir di dalam tafsirnya pakaian wanita-wanita pada zaman Nabi
saw ketika mereka keluar rumah berwarna hitam)
5. Pakaian itu tidak sekali-kali disemerbakkan dengan bau-bauan yang harum, demikian
juga tubuh badan wanita itu, kerana bau-bauan ini ada pengaruhnya atas nafsu kelamin
lelaki yang ajnabi.Perempuan yang memakai bau-bauan ketika keluar rumah sehingga
lelaki mencium baunya disifatkan oleh Rasulullah saw sebagai zaniyah, yakni pelacur
atau penzina.“Wanita apabila memakai wangi-wangian , kemudian berjalan melintasi
kaum lelaki maka dia itu begini dan begini iaitu pelacur ”
(Riwayat Abu Dawud dan Tirmizi)
6. Pakaian itu tidak bertashabbuh dengan pakaian lelaki yakni tiada meniru –niru atau
menyerupai pakaian lelaki

Telah berkata Ibnu Abbas : “Rasulullah saw telah melaknat lelaki yang menyerupai
wanita dan wanita-wanita yang menyerupai lelaki”

(Riwayat Bukhari)
7. Pakaian itu tiada bertashabbuh (menyerupai) dengan pakaian perempuan-perempuan
kafir dan musyrik
8. Pakaian itu bukanlah libasu sh-shuhrah, yakni pakaian untuk bermegah-megah , untuk
menunjuk-nunjuk atau bergaya.
Aurat berasal daripada bahasa Arab, ‘Aurah’ yang bererti kurang. Di dalam fiqh, aurat
diertikan sebagai bahagian tubuh seseorang yang wajib ditutupi daripada pandangan
orang lain. (Wahbah al-Zuhayli (1989), al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, Damsyik: Dar alFikr, halaman 579). Walaupun ulama berkompromi mengenai had aurat yang perlu
ditutup oleh wanita, namun mereka bersepakat mengatakan hukum menutup aurat bagi
setiap wanita Muslim yang baligh adalah wajib. (JENDELA HIKMAH)
Terjemahan
Dalam
Bahasa
Malaysia
Tafsiran Ar-Rahman
Kaligraf
Surah Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan
yang beriman supaya menyekat pandangan mereka
(daripada memandang yang haram), dan memelihara
kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan

perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya
dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya
dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka
memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan
kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua
mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka,
atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudarasaudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudarasaudara mereka yang perempuan, atau perempuanperempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang
gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak
berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang
belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan
janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui
orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka
dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai
orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

TABARRUJ - Tabarruj bererti wanita menunjukkan dan merperagakan perhiasan dan
kecantikannya untuk menarik perhatian kaum lelaki dan meransang keinginan mereka.
Dalil: surah al-Ahzab ayat 33. - Tabarruj jahiliyyah bererti wanita membuka niqabnya
hingga mendedahkan muka, kecantikan dan perhiasannya. - Tabarruj hari ini tidak sesuai
diistilahkan dengan tabarruj jahiliyyah kerana wanita sekarang bukan setakat membuka

tutupan muka dan memperagakan kecantikannya tetapi lebih dari itu. Tabarruj hari ini
dengan memdedahkan separuh tubuh, malah lebih dari itu. - Istilah yang lebih sesuai
ialah istilah yang pernah digunakan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya yang
bermaksud �separuh telanjang� (al-kaasiaat al- �aariyaat). - Tabarruj yang
diharamkan ialah: - Tabarruj di luar rumah dengan berhias bukan untuk suami. Mendedahkan muka dengan tujuan meransang keinginan dan syahwat lelaki. - Bersolek
dan berhias belebihan. - Menggunakan alat-alat solek / make-up. - Mempercantikkan
bibir, alis dan pipi (mempercantikkan raut muka). - Dan lain-lain. - Termasuk dalam
istilah tabarruj ialah fesyen-fesyen pakaian. Ini kerana pada dasarnya pakaian wanita
sama dengan pakaian lelaki iaitu menutup aurat. Ciri pakaian syar�ie wanita ialah: pakaian mestilah meliputi seluruh tubuh wanita - pakaian itu mestilah longgar - tidak
nipis - bukan pakaian yang mempunyai nilai untuk bermegah-megah dengannya - tidak
menyamai pakaian lelaki - Pakaian yang tidak memenuhi ciri ini dikira sebagai pakaian
yang tabarruj. - Berpakaian kemas, smart dan ceria bukan dikira tabarruj. - Termasuk
dalam istilah tabarruj memakai barang perhiasan diri. - Perhiasan ialah semua yang
dijadikan perhiasan oleh wanita samada pakaian atau sesuatu yang dijadikan perhiasan
diri. - Antara perhiasan yang dibenarkan ialah membersihkan diri dari segala aspek,
termasuk membersih sesuatu yang fitrah. - Jenis perhiasan antaranya: - Barangan
perhiasan yang terdiri dari emas, perak dan permata. - Pakaian luar dan dalam - Hukum
berhias harus, malah ada kalanya sunat kecuali perhiasan yang telah dinaskan haram. Ia
sunat kepada isteri yang suaminya bersamanya, bukan isteri yang suaminya tiada di
sampingnya. - Semua jenis perhiasan ini harus selagi ia tidak termasuk ke dalam istilah

tabarruj. Termasuk ke dalam istilah tabarruj ialah bersolek dengan merubah sifat
semulajadi: - Mencabut atau dengan apa jua cara untuk menghilangkan bulu muka.
Boleh bagi yang berkahwin untuk suami. - Mencabut dan membentuk alis. Boleh
sekiranya alis yang asal hodoh dipandang. - Memerahkan muka. Boleh bagi yang
berkahwin, untuk suami. - Lain-lain seperti rambut palsu, wangian berlebihan, celak
berlebihan, �.. - Secara umum, berhias untuk suami dibolehkan dan tidak dikira sebagai
tabarruj. - Berhias keluar rumah bukan untuk suami adalah tabarruj. - Bersolek dan
berhias wanita hari ini telah melebihi dari maksud tabarruj. WaAllahualam

Pengertian Tabarruj

Imam Ibnu Mandzur, dalam Lisaan al-’Arab menyatakan;
“Wa al-tabarruj: idzhaar al-mar`ah ziinatahaa wa mahaasinahaa li al-rijaal (tabarruj
adalah menampakkan perhiasan dan anggota tubuh untuk menarik perhatian lakilaki non mahram.”
Di dalam kitab Zaad al-Masiir dinyatakan;
“Tabarruj, menurut Abu ‘Ubaidah, adalah seorang wanita menampakkan
kecantikannya.Sedangkan menurut al-Zujaj; tabarruj adalah menampakkan
perhiasaan, dan semua hal yang bisa merangsang syahwat laki-laki…
Sedangkan sifat-sifat tabarruj di jaman jahiliyyah ada enam pendapat; Pertama;
seorang wanita yang keluar dari rumah dan berjalan diantara lelaki. Pendapat

seperti ini dipegang oleh Mujahid. Kedua, wanita yang berjalan berlenggak-lenggok
dan penuh gaya dan genit. Ini adalah pendapat Qatadah. Ketiga, wanita yang
memakai wangian. Pendapat ini dikemukakan oleh Ibnu Abi Najih. Keempat, wanita
yang mengenakan pakaian yang terbuat dari batu permata, kemudian ia
memakainya, dan berjalan di tengah jalan. Ini adalah pendapat al-Kalabiy. Kelima,
wanita yang mengenakan kerudung namun tidak menutupnya, hingga anting-anting
dan kalungnya terlihat…..”
Larangan Bertabarruj
Pada dasarnya, Islam telah melarang wanita melakukan tabarruj (menampakkan
perhiasannya). Dengan kata lain, tabarruj adalah hukum lain yang berbeza dengan
hukum menutup aurat dan hukum wanita mengenakan tudung dan jilbab.
Adapun larangan tabarruj telah ditetapkan Allah swt di dalam surat al-Nuur ayat 60.
Allah swt berfirman:
“Perempuan-perempuan tua yang telah berhenti haid dan kehamilan yang
tidak ingin menikah lagi, tidaklah dosa atas mereka menanggalkan pakaian
mereka tanpa bermaksud menampakkan perhiasannya (tabarruj).”[alNuur:60]
Mafhum muwafaqah ayat ini adalah, “jika wanita-wanita tua yang telah
"menaphouse" saja dilarang melakukan tabarrauj, lebih-lebih lagi wanita-wanita yang
belum tua dan masih punya keinginan nikah.”
Perbuatan yang termasuk Kategori Tabarruj

Banyak hadits yang melarang setiap perbuatan yang dikategorikan sebagai tabarruj;
diantaranya adalah sebagai berikut;
1. Mengenakan Pakaian Tipis dan Ketat
Wanita yang mengenakan pakaian tipis, atau
merangsang termasuk dalam kategori tabarruj.

memakai

busana

ketat

dan

Nabi saw bersabda:
“Ada dua golongan manusia yang menjadi penghuni neraka, yang
sebelumnya aku tidak pernah melihatnya; yakni, sekelompok orang yang
memiliki cambuk seperti seekor sapi yang digunakan untuk menyakiti umat
manusia; dan wanita yang membuka auratnya dan berpakaian tipis
merangsang berlenggak-lenggok dan berlagak. Mereka tidak akan dapat

masuk surga dan mencium baunya. Padahal, bau surga dapat tercium dari
jarak sekian-sekian.” [HR. Imam Muslim]

Ketika mentafsirkan maksud “mutabarrijaat” yang terdapat di dalam surat al-Nuur
ayat 60, Imam Ibnu al-’Arabiy menyatakan;
“Termasuk tabarruj, seorang wanita yang mengenakan pakaian tipis yang
menampakkan warna kulitnya. Inilah yang dimaksud dengan sabda
Rasulullah saw yang terdapat di dalam hadits shahih, “Betapa banyak
wanita-wanita yang telanjang, berpakaian tipis merangsang,
dan
berlenggak-lenggok. Mereka tidak akan masuk ke dalam surga dan
mencium baunya.” [HR. Imam Bukhari].
Ini disebabkan, jika pakaiannya nipis, yang boleh menampakkan dirinya, dan ini
adalah haram.”
2. Mengenakan Wangian Di Hadapan Lelaki yang bukan Mahram
Nabi saw bersabda,
“Siapapun wanita yang memakai wangian kemudian melewati suatu kaum
agar mereka mencium baunya, berarti ia telah berzina.”[HR. Imam alNasaaiy]
Imam Muslim juga meriwayatkan sebuah hadits dari Abu Hurairah ra, bahwasanya
Nabi saw bersabda;

“Setiap wanita yang memakai wangian, janganlah ia mengerjakan solat
‘Isya’ bersama kami.”[HR. Muslim]
“Siapa saja wanita yang mengenakan bakhur, janganlah dia menghadiri
solat ‘Isya’ yang terakhir bersama kami.”[HR. Muslim]
Menurut Ibnu Abi Najih, wanita yang keluar rumah dengan memakai wangi-wangian
termasuk dalam kategori tabarruj jahiliyyah. Oleh kerana itu, seorang wanita
Mukminat dilarang keluar rumah atau berada di antara laki-laki dengan mengenakan
wangian yang dominan baunya.
Adapun sifat wangian bagi wanita Mukminat adalah tidak ketara baunya.
Ketentuan seperti ini didasarkan pada sabda Rasulullah saw;
“Ketahuilah, perfume lelaki adalah yang tercium baunya, dan tidak terlihat
warnanya. Sedangkan perfume wanita adalah yang tampak warnanya dan
tidak tercium baunya.”[HR. Imam Ahmad dan Abu Dawud]
3. Behias terhadap lelaki-lelaki asing (bukan mahram atau suaminya)
Seorang wanita diharamkan berhias untuk selain suaminya. Ini kerana, tindakan
seperti ini termasuk dalam kategori tabarruj. Dalam sebuah hadits diriwayatkan,
bahawa Nabi saw bersabda;
“Seorang wanita dilarang berhias untuk selain suaminya.” [HR. Imam
Ahmad, Abu Dawud, dan al-Nasaaiy]
4. Berdandan Berlebihan

Termasuk tabarruj adalah berdandan atau bersolek dengan tidak seperti biasanya.
Misalnya, memakai bedak denggan tebal, eye shadow, lipstik dengan warna menjolok
dan sebagainya. Sebab, tindakan-tindakan seperti ini termasuk dalam kategori
tabarruj secara definitif. Imam Bukhari menyatakan, bahwa tabarruj adalah tindakan
seorang wanita yang menampakkan kecantikannya kepada orang lain.”
Larangan tersebut juga telah disebutkan dalam al-Quran. Allah swt berfirman;

“Janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang
mereka sembunyikan.”[Al-Nuur:31]
Ayat ini juga menunjukkan keharaman melakukan tabarruj. Sedangkan definisi
tabarruj adalah idzhaar al-ziinah wa al-mahaasin li al-ajaanib (menampakkan
perhiasan dan kecantikan kepada laki-laki yang bukan mahram). Jika dinyatakan;
seorang wanita telah bertabarruj, ertinya, wanita itu telah menampakkan perhiasan
dan kecantikannya kepada orang yang bukan mahramnya. Atas dasar itu, setiap
perbuatan mengenakan perhiasan atau menampakkan kecantikan yang akan
mengundang pandangan kaum laki-laki termasuk dalam tindakan tabarruj yang
dilarang.
Berdandan minor(dengan kadar sedikit), baik dengan lipstik, bedak, eye shadow, dan
lain sebagainya dipandang merupakan tindakan tabarruj. Pasalnya, semua tindakan
ini ditujukan untuk menampakkan kecantikan dirinya, kepada orang yang bukan

mahram.
5. Membuka Sebahagian Aurat
Wanita yang mengenakan topi kepala tanpa bertudung; mengenakan celana tanpa
mengenakan jilbab, memakai tudung tetapi rantai dan anting-antingnya kelihatan,
dan sebagainya, termasuk dalam tabarruj.
Dalil yang menunjukkan hal ini adalah sabda Rasulullah saw;
“Ada dua golongan manusia yang menjadi penghuni neraka, yang
sebelumnya aku tidak pernah melihatnya; yakni, sekelompok orang yang
memiliki cambuk seperti ekor sapi yang digunakan untuk menyakiti umat
manusia; dan wanita yang membuka auratnya dan berpakaian tipis
merangsang berlenggak-lenggok dan berlagak, kepalanya digelung seperti
bonggol unta. Mereka tidak akan dapat masuk ke syurga dan mencium
baunya. Sedangkan, bau syurga dapat tercium dari jarak sekian-sekian.”
[HR. Imam Muslim]
Di dalam Syarah Shahih Muslim, Imam Nawawiy berkata,
“Hadis ini termasuk salah satu mukjizat kenabian. Sungguh, akan muncul
kedua golongan itu. Hadits ini membincangkan mengenai celaan kepada
dua golongan tersebut…. Sedangkan ulama lain berpendapat, bahawa
mereka adalah wanita-wanita yang menutup sebagian tubuhnya, dan
menyingkap
sebagian tubuhnya
yang
lain, untuk menampakkan
kecantikannya atau kerana tujuan yang lain.”
Menggelung rambut hingga besar seperti bonggol unta, juga termasuk tindakan
tabarruj yang diharamkan di dalam Islam. Sayangnya, perbuatan menggelung
rambut seperti telah membudaya di tengah-tengah masyarakat, dan mereka tidak
menyadari bahawa hal itu termasuk perbuatan yang diharamkan oleh Allah swt.
6. Menghilangkan Tahi Lalat dan Meratakan Gigi
Wanita dan laki-laki juga dilarang menghilangkan tahi lalat dan meratakan giginya
agar kelihatan lebih cantik. Dari Ibnu Umar ra diriwayatkan, bahwasanya Rasulullah
saw mengutuk orang yang menyambung rambut dan orang yang disambung
rambutnya, serta orang yang membuat tahi lalat dan orang yang minta dibuatkan
tahi lalat.” [HR. Bukhari dan Muslim]

Dalam riwayat lain dituturkan, bahwa Ibnu Mas’ud ra berkata;
“Allah melaknat orang yang membuat tahi lalat, dan orang yang minta
dibuatkan tahi lalat, orang yang menukur keningnya, dan orang yang
memangur giginya (meratakan gigi dengan alat) dengan maksud untuk
memperindah dengan mengubah ciptaan Allah”. Kemudian Ummu Ya’qub
menegurnya,”Apa ini?” Ibnu Mas’ud ra berkata, “Mengapa saya tidak
mengutuk orang yang dikutuk oleh Rasulullah saw; sedangkan di dalam
kitab Allah, Allah swt berfirman, “Apapun yang disampaikan oleh Rasul
kepadamu, laksanakanlah dan apa pun yang dilarangnya maka jauhilah”.
[HR. Bukhari dan Muslim]

Disampaikan oleh Ustaz Fathul Bari Mat Jaya
Sesungguhnya, perbuatan-perbuatan yang terkategori tabarruj masih banyak, tidak
hanya perbuatan-perbuatan yang telah dijelaskan di atas. Masih banyak perbuatanperbuatan lain yang termasuk tabarruj.
Kesimpulan
Melalui pemahaman terhadap dalil-dalil yang telah disebutkan, maka tindakan
tabarruj seorang wanita dalam hukum syara’ adalah setiap upaya mengenakan
perhiasaan ataupun menampakkan perhiasaan dan kecantikannya yang mampu
mengundang pandangan lelaki non mahram untuk memperhatikan dirinya (idzhaar
al-ziinah
wa
al-mahaasin
li
al-ajaanib)
Sedangkan berhiasnya seorang isteri di hadapan suaminya; atau berdandannya
seorang isteri ketika ada di rumah, adalah tindakan yang diperbolehkan tanpa ada
khilaf (perbedaan pendapat).
Tabarruj adalah perbuatan haram dan berbahaya bagi kehidupan kaum muslim.
Sudah seharusnya setiap muslimah memahami makna tabarruj ini, sehingga mereka
dapat memperhatikan pakaian, perhiasan, "perfume", gaya berjalan (sikap tubuh),
asesoris yang mereka gunakan pada pakaian mereka agar tidak menarik dan
mengundang pandangan lelaki non mahram kepada dirinya. Kerana jika hal tersebut
berlaku, maka perbuatan tersebut termasuk tabarruj.
Wallahu’alam

Nasihat Buat Muslimah Yang Berhias Ala
Jahiliyyah (Tabarruj)
December 14, 2011 by catatanmms

Tabarruj adalah maksiat kepada Allah dan Rasul.
Barangsiapa yang maksiat kepada Allah dan Rasul-Nya maka ia hanya akan
mencelakakan dirinya sendiri dan tidak akan mencelakakan Allah sedikitpun.
Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam bersabda:
“Semua umatku akan masuk surga kecuali orang yang menolak” Mereka bertanya: “Ya
Rasulullah! Siapakah orang yang menolak itu? Beliau menjawab: “Siapa yang taat
kepadaku akan masuk surga dan siapa yang maksiat kepadaku maka ia telah menolak.”
Tabarruj menyebabkan laknat dan dijauhkan dari rahmat Allah.
Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam bersabda:
“Akan ada pada akhir umatku nanti wanita-wanita yang berpakaian tapi telanjang, kepala
mereka bagaikan punuk unta, laknatlah mereka karena mereka adalah wanita-wanita yang
pantas dilaknat.”
Tabarruj adalah sifat penghuni neraka.
Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam bersabda:
“Ada dua golongan penghuni neraka yang belum pernah saya lihat; kaum yang membawa
cemeti bagai ekor sapi yang digunakan memukul menusia dan wanita-wanita yang
berpakaian tapi telanjang…”
Tabarruj penyebab hitam dan gelap di hari kiamat.
Diriwayatkan dari Nabi Shalallahu ‘alaihi wassalam, beliau bersabda:
“Permisalan wanita yang berhias untuk selain suaminya, adalah bagaikan kegelapan pada

hari kiamat, tidak ada cahaya baginya.”
Maksudnya adalah wanita yang berlenggak-lenggok ketika berjalan dengan menarik
pakaiannya, akan datang pada hari kiamat dalam keadaan hitam dan gelap, bagaikan
berlenggak-lenggok dalam kegelapan. Dan hadits ini walaupun lemah, tetapi artinya
benar, karena kenikmatan dalam maksiat adalah siksaan, wangi-wangian akan menjadi
busuk dan cahaya menjadi kegelapan. Kebalikan dari taat, bahwa bau mulut orang yang
berpuasa dan darah orang yang mati syahid lebih harum di sisi Allah dari bau minyak
kasturi.”
Tabarruj adalah kemunafikan.
Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalambersabda:
“Sebaik-baik wanita kalian adalah yang memiliki kasih sayang, subur (banyak anak),
suka menghibur dan siap melayani, bila mereka bertakwa kepada Allah. Dan sejelek-jelek
wanita kalian adalah wanita pesolek dan penghayal mereka itu adalah wanita-wanita
munafik, mereka tidak akan masuk surga kecuali seperti ghurab a’sham.”
Yang dimaksud ghurab a’sham adalah burung gagak yang memiliki cakar dan kaki
merah, pertanda minimnya wanita masuk surga, karena burung gagak yang memiliki sifat
seperti ini sangat jarang ditemukan.
Tabarruj mengoyak tirai pelindung dan membuka aib.
Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalambersabda:
“Siapa saja di antara wanita yang menanggalkan pakaian-nya di selain rumah suaminya,
maka ia telah mengoyak tirai pelindung antara dirinya dan Allah Azza wa Jalla.”
Tabarruj adalah perbuatan keji.
Wanita itu adalah aurat, dan membuka aurat adalah keji dan dibenci. Allah Shalallahu
‘alaihi wassalam berfirman:
“Dan apabila mereka melakukan perbuatan keji, mereka berkata: “Kami mendapati nenek
moyang kami mengerjakan yang demikian itu, dan Allah menyuruh kami mengerjakannya.” Katakanlah: “Sesungguhnya Allah tidak menyuruh (mengerjakan) perbuatan yang
keji.” (Q.S. Al-A’raf: 28)
Sebenarnya setanlah yang memerintahkan manusia melakukan perbuatan keji itu,
sebagaimana firman Allah:
“Setan menjanjikan (menakut-nakuti) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu
berbuat kejahatan (kikir).”
(Q.S. Al-Baqorah: 268)
Tabarruj adalah ajaran iblis

Sesungguhnya kisah Adam dengan Iblis memberikan gambaran kepada kita bagaimana
musuh Allah, Iblis itu membuka peluang untuk melakukan perbuatan dosa dan mengoyak
tirai pelindung dan bahwa Tabarruj itulah tujuan asasi baginya. Allah Subhanahu wa
Ta’ala berfirman:
“Hai anak Adam! Janganlah kamu sekali-kali dapat ditipu oleh setan sebagaimana ia telah
mengeluarkan kedua ibu bapakmu dari surga, ia menanggalkan dari keduanya pakaiannya
untuk memperlihatkan kepada keduanya auratnya.” (Q.S. Al-A’raf: 27)
Jadi iblislah yang mengajak kepada Tabarruj dan buka-bukaan. Dialah pemimpin utama
bagi para pencetus apa yang dikenal dengan Tahrirul Mar’ah (pembebasan wanita).
Tabarruj adalah jalan hidup orang-orang Yahudi.
Orang-orang Yahudi memiliki peran yang sangat besar dalam menghancurkan umat ini
melalui wanita, dan kaum wanita sejak dulu memiliki pengalaman di bidang ini, di mana
Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalambersabda:
“Takutlah pada dunia dan takutlah pada wanita karena fitnah pertama pada Bani Israel
adalah pada wanita.”
Tabarruj adalah Jahiliyah busuk.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku
seperti orang-orang jahiliyah.” (Q.S. Al-Ahzab: 33)
Nabi Shalallahu ‘alaihi wassalam telah menyifati ajakan Jahiliyah sebagai ajakan busuk
dan kotor. Jadi ajakan Jahiliyah adalah saudara kandung Tabarruj Jahiliyah. Rasulullah
Shalallahu ‘alaihi wassalam bersabda:
“Semua yang merupakan perkara Jahiliyah tersimpan di bawah telapak kakiku.”
Baik itu bernama Tabarruj Jahiliyah, ajakan Jahiliyah ataupun kesombongan Jahiliyah.
Tabarruj adalah keterbelakangan.
Buka-bukaan dan telanjang adalah fitrah hewan ternak, tidak seorangpun yang condong
kepadanya kecuali dia akan terperosok jatuh ke derajat yang paling rendah dari pada
derajat manusia yang telah dimuliakan Allah. Dari sini nampaklah bahwa Tabarruj adalah
tanda kerusakan fitrah, ketiadaan ghirah dan mati rasa:
Anda mengangkat baju hingga lutut
Demi Tuhanmu, sungai apa yang akan anda seberangi
Baju itu bagaikan naungan di waktu pagi

Yang semakin pendek, waktu demi waktu
Anda mengira bahwa laki-laki itu tidak memiliki perasaan
Padahal anda sendiri yang mungkin tidak punya perasaan

Tabarruj adalah pintu adzab yang merata.
Seseorang yang memperhatikan nash-nash syare’at dan sejarah (Islam) akan meyakini
adanya kerusakan yang ditimbulkan oleh Tabarruj dan bahayanya atas agama dan dunia,
apalagi bila diperparah dengan Ikhtilath (percampurbauran antara laki-laki dan wanita).
Akibat dan bahaya Tabarruj yang menakutkan
Wanita-wanita yang melakukan Tabarruj berlomba-lomba menggunakan perhiasan yang
diharamkan untuk menarik perhatian kepadanya. Sesuatu yang justru akan merusak
akhlak dan harta serta menjadikan wanita sebagai barang hina yang diperjualbelikan, dan
di antara bahayanya adalah:
1. Rusaknya akhlak kaum lelaki khususnya para pemuda yang terdorong melakukan zina
yang diharamkan ini.
2. Memperdagangkan wanita sebagai sarana promosi atau untuk meningkatkan usaha
perdagangan dan sebagainya.
3. Mencelakakan diri wanita sendiri, karena Tabarruj itu menunjukkan niat jelek dari apa
yang ia suguhkan untuk menggoda orang-orang jahat dan bodoh.
4. Tersebarnya penyakit, seperti sabda Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam :
“Tidaklah suatu perbuatan zina itu nampak pada suatu kaum hingga mereka
mengumumkannya kecuali akan tersebar di antara mereka penyakit menular dan
penyakit-penyakit lain yang belum pernah ada pada orang-orang dulu.”
5. Mempermudah mata melakukan maksiat, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi
wassalambersabda: “Kedua mata zinanya adalah melihat.” Serta menyulitkan ketaatan
ghadhul bashar (menundukkan pandangan) yang merupakan sesuatu yang lebih
berbahaya dari ledakan bom atom dan gempa bumi. Allah Subhanahu wa Ta’ala
berfirman: “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan
kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya menaati Allah) tetapi
mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku
terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu dengan
sehancur-hancurnya.” (Q.S. Al-Isra’: 16)

Dalam hadits juga disebutkan:
“Sesungguhnya manusia bila melihat kemungkaran dan tidak merubahnya, dikhawatirkan
Allah akan menimpakan mereka adzab.”
Wahai ukhti muslimah! Tidakkah anda memperhatikan hadits nabi : “Buanglah duri dari
jalan kaum muslimin.”
Dan bila membuang duri dari jalan termasuk cabang iman, maka duri manakah yang
lebih berat, batu di jalan atau fitnah yang merusak hati, menerbangkan akal dan
menyebarkan kekejian di antara orang-orang mu’min.
Sesungguhnya tidaklah seorang lelaki muslim terkena fitnah pada hari ini karena anda
yang telah memalingkannya dari mengingat Allah dan menghalanginya dari jalan yang
lurus -padahal anda sanggup mencegahnya dari fitnah itu- kecuali di hari esok nanti Allah
akan menghukum anda dengan adzab yang sangat pedih.
Segeralah taat kepada Allah, tinggalkan kritikan dan ejekan manusia, karena perhitungan
Allah kelak sangat ketat.