TEMUBUAL DENGAN GURU BERPENGALAMAN SEMAS

TEMUBUAL DENGAN GURU BERPENGALAMAN SEMASA PBS
a) Temubual 1: Temubual dengan (Cikgu Chew Ai Na)
Saya: Sudah berapa lama guru mengajar KSSR?
Guru: 3 tahun.
Saya: Darjah berapa yang guru mengajar?
Guru: Darjah 2 dan 3.
Saya: Adakah anak guru terlibat dalam program KSSR?
Guru: Tidak.
Saya: Adakah KSSR mampu mendorong kreativiti guru dan murid dalam P&P?
Guru: Ya.
Saya: Apakah pendapat guru terhadap pelaksanaan KSSR?
Guru: Masa kini, penerapan kemahiran kepada murid-murid tidak hanya sekadar
melibatkan penguasaan kemahiran asas, iaitu membaca, menulis dan mengira (3M)
tetapi telah ditambah dengan satu lagi kemahiran, iaitu menaakul.
Saya: Apakah usaha yang dilakukan bagi menyediakan guru bagi pelaksanaan
KSSR?
Guru: Selalu menghadiri kursus mengenai KSSR.
Saya: Pada pendapat guru, apakah kebaikan pelaksanaan program KSSR?
Guru: Lebih relevan dengan cabaran masa kini.
Saya: Apakah kelemahan pelaksanaan program KSSR?
Guru: Guru-guru tidak dibenar untuk membandingkan murid serta meletakkan skala

yang menunjukkan kedudukan mereka seperti digunakan sebelum ini.

Saya: Adakah pelaksanaan KSSR berkesan kepada murid berbanding dengan
kurikulum KBSR sebelum ini?
Guru: Ya, pelaksanaan KSSR dapat menerapkan elemen kreativiti dan inovasi,
keusahawanan, teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan
pembelajaran (P&P) supaya dapt menarik minat murid-murid untuk belajar.
Saya: Apakah masalah yang dihadapi oleh murid dalam pelaksanaan KSSR?
Guru: Murid tidak bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan yang baik.