Bahan buangan domestik ialah sisa buanga

Bahan buangan domestik ialah sisa buangan pepejal dan sisa buangan toksid.
Bahan buangan toksid ialah bahan buangan yang mengandungi sifat – sifat
fizikal , kimia atau biologi yang memberi impak yang berbahaya kepada manusia
dan alam sekitar. Bahan toksid ini boleh menjejaskan kesihatan manusia dan
membawa bencana alam kepada dunia. Bahan buangan toksid ini mudah
terbakar , menghakis , beracun dan bertindakbalas atau meletup apabila
bercampur dengan bahan lain. Ia boleh wujud sama ada dalam bentuk cecair ,
pepejal dan separa pepejal. Selain itu terdapat banyak jenis buangan toksid yang
terdiri daripada sisa minyak seperti minyak hidraulik dan minyak gerundi serta
bahan buangan kimia organik yang mengandungi halogen atau sulfur yang
berupaya melarut bahan lain seperti trikloroetilena , tetrakloraetilena ,
kloroform , kloroetana , gendkleno dan freons. Di samping itu ,terdapat juga
beberapa jenis sisa buangan pepejal seperti sisa pepejal domestik iaitu sisa –
sisa makanan , sampah sarap dan benda – benda terpakai daripada kawasan
perumahan , perniagaan , sekolah dan kawasan- kawasan awam, barang –
barang buangan pukal seperti rangka / bingkai , barang-barang elektronik ,
perabot dan tayar buruk , buangan daripada perlombongan dan kuari , bahan
buangan daripada pengorekan dan pecahan bangunan – bangunan , sisa
buangan taman dan sisa buangan binatang dan pertanian seperti najis khinzir ,
lembu , sekam padi dan sekam kayu.
Bahan buangan domestik ini boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar.

Pencemaran terbahagi kepada dua iaitu pencemaran faktor semula jadi dan
pencemaran factor manusia. Pencemaran yang disebabkan oleh faktor
semulajadi adalah pencemaran yang berlaku dengan sendiri seperti letusan
gunung berapi , ribut taufan , gempa bumi dan tsunami. Manakala pencemaran
faktor manusia ialah pencemaran yang dilakukan oleh manusia samada sengaja
atau tidak sengaja. Antaranya ialah pencemaran udara iaitu gas-gas beracun ,
zarah –zarah yang terperangkap hasil dari asap kenderaan , jerubu dari kesan
pembakaran secara terbuka dan sebagainya. Selain itu, pencemaran air iaitu
melalui pembuangan air kumbahan , sisa – sisa kimia , haba dan pembuangan
sampah . Manakala pencemaran tanah berlaku melalui pembuangan sisa industri
terutama karbon dioksida, nitrogen dioksida dan sulfur yang menyebabkan
ketidaksuburan tanah akibat daripada peningkatan kekonduksian tanah yang
tidak sesuai untuk tumbuhan hidup.
Pembuangan bahan domestik telah menggangu keseimbangan semula jadi dan
menimbulkan pelbagai masalah kepada dunia. Bahan domestik terwujud
daripada pembuangan bahan – bahan buangan dari kilang seperi minyak , sisa
toksid dan sisa – sisa kilang. Kilang –kilang tersebut tidak memikirkan kesan
yang akan dialami ika membuang sisa – sisa toksid di merata tempat. Melalui
bahan buangan domestik ini boleh belaku pencemaran air , tanah dan udara.
Sebagai contoh , buangan domestik ini boleh mencemarkan tanah , jadi tanah

tercemar tidak sesuai untuk menjalankan pertanian kerana bahan toksid atau
kimia boleh membunuh tumbuhan yang ditanam dan habitat yang hidup di
kawasan tersebut. Di samping itu , bahan buangan domestik yang lain ialah sisa
sembelih dan najis binatang , buangan daripada pasar ,pencerobohan rizab
sungai dengan pelbagai aktiviti dan perlombongan . Hal ini berlaku di sebabkan
oleh sifat kepentingan diri sendiri manusia.

Melalui bahan buangan domestik terwujud hujan asid melalui pencerapan air-air
yang bertoksid dan kimia atau melalui pengabungan gas-gas sulfur dioksida dan
nitrogen oksida. Apabila gas sulfur dioksida (SO2) dan oksida nitrogen(NOX)
dilepaskan ke udara , ia mempunyai tindak balas dengan wap air yang terdapat
di atmosfera dan menjadi asid sulfuric dan asid nitric. Asid ini akan turun
bersama hujan dan menimpa kehidupan di bumi. Hujan asid ini boleh membunuh
tumbuh-tumbuhan dan hidupan air serta menghakis pakaian , kertas dan bahan
binaan bangunan. Selain itu , asid tersebut meresap ke dalam tanah dan
menyebabkan kualiti tanah kurang dan menjadikan tidak subur. Penyaluran terus
sisa kumbahan domestik ke dalam laut atau sungai boleh menyebabkan
peningkatan dalam jumlah kandungan bahan organic yang seterusnya
menyumbang terhadap peningkatan pertumbuhan bakteria , dimana
meninggalkan kesan bau busuk serta perubahan warna.

Terdapat banyak kesan yang dihadapi oleh masyarakat dan alam sekitar melalui
bahan buangan domestik. Kesan utama ialah mengancam kesihatan manusia
iaitu melalui pencemaran toksid yang masuk ke dalam air akan menyebabkan
simpton – simpton kebas , sakit kepala , kabur penglihatan dan pertuturan yang
tidak betul jika air tersebut digunakan oleh manusia. Jika pencemaran toksid itu
terbiar di kawasan pertanian atau tanah ia akan menyebabkan tanah tidak subur
dan membunuh binatang dan haiwan yang hidup di kawasan tersebut. Kesan
seterusnya ialah mengancam tumbuhan dan binatang , tumpahan minyak ke
dalam laut menyebabkan banyak organism laut di perairan cetak mati. Apabila
tumpaham minyak berlaku dengan banyak berhampiran persisiran pantai ia
membentuk lapisan minyak yang mengancam kehidupan laut serta burung.
Tumpahan minyak ini turut menjejaskan tumbesaran dan kesuburan plankton.
Sebagai contoh,kesan daripada buangan domestik ke dalam laut iaitu keracunan
raksa yang berlaku di Teluk Minamata,Jepun dimana burung –burubg yang
terbang tinggi tiba-tiba menjunam dari angkasa , kucing yang berjalan
terhoyang-hayang dengan mulut berbuih serta mati. Contoh lain ialah Kapal
Showa Maru yang menumpahkan 7700 tan minyak di Kepulauan Riau dalam
tahun 1975 , menjejaskan beratus-ratus hektar tanaman tropika di perairan
Indonesia. Walaupun empat tahun berlepas , kesan saki baki minyak masih
kelihatan dan telah memusnahkan ekosistem laut di Asia Tenggara yang dikenali

sebagai Akuakultur.
Amalan pengurusan sisa pepejal termasuk pengitar semula , pembakaran sisa
dan pelupusan di tanah isian. Pemilihan kaedah pengurusan sisa pepejal ini
dibuat oleh kerajaan dan dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti ketersediaan
kewangan , keadaan geologi dan ketersediaan tanah dengan kewujudan badan –
badan domestik yang menitikberatkan pengitaran semula dan pemerolehan
semula. Oleh yang demikian , pengunaan teknologi rawatan terma dalam
pelupusan sisa di Malaysia merupakan suatu pilihan yang munasabah , kerana ia
selaras dengan SPS memandangkan ia berlandaskan konsep pengitaran semula
dan berupaya menangani masalah – masalah alam sekitar yang dikaitkan
dengan penggunaan tanah isian.
Kaedah loji mesra alam iaitu melupuskan semua sisa yang digunakan secara
menyeluruh , tidak menghasilkan furan mahupun dioksin , menghasilkan tenaga
daripada sisa untuk boleh digunakan untuk tujuan lain dan tidak mengeluarkan
bau yang tidak menyenangkan. Sisa domestic iaitu sisa daripada aktiviti

pembinaan dan sisa makanan yang terhasil semasa proses pembinaan dan
operasi akan dikendalikan mengikut cara pengurusan yang efektif dan
dilupuskan di tapak pelupusan yang ikthiraf. Sehubung dengan itu, Sisa minyak
pelincir dan sisa minyak yang dihasilkan dari kerja –kerja pembaikpulih akan

dikendalikan mengikut prosedur yang ditetapkan di dalam Environmental Quality
(Scheduled Wastes) Regulations , 2005 dan akan dilupuskan di Kualiti Alam
melalui kontraktor yang berdaftar dengan Jabatan Alam Sekitar.Keadah lain yang
dapat megatasi buangan domestic ialah menyediakan tangki takungan bawah
tanah yang dirawat.
Untuk mengatasi masalah pelepasan air buangan domestik supaya tidak
dilepaskan terus ke dalam sistem perparitan maka adalah perlu disediakan
tangki takungan bawah tanah dan dirawat menggunakan bioteknologi selaras
dengan usaha negara menjadikan Malaysia sebagai pusat bioteknologi rawatan
air (Utusan Malaysia, 2006).Malah, pihak kerajaan seharusnya memperuntukkan
sejumlah wang supaya sistem perparitan daripada kawasan perumahan
terutama kawasan perindustrian dan juga pengusaha kedai makanan perlu
dibina saluran paip khas supaya air buangan dapat dikumpulkan di kolam
takungan sebelum disalirkan ke dalam sistem perparitan.Disamping itu, kempen
kesedaran melalui iklan televisyan perlu dipaparkan supaya ia dapat mengatasi
masalah sikap kebanyakan penduduk yang bersikap 'tidak apa' perlu ditangani.
kempen kesedaran melalui Iklan TV mengenai kesan sikap individu yang
membuang bahan domestik tanpa memikirkan kesannya. Oleh itu, adalah perlu
setiap individu berubah kita seharusnya tidak mementingkan diri sendiri. Kita
harus fikirkan keadaan generasi akan datang yang terpaksa menanggung hasil

tindakan yang kita buat hari ini. Adalah menjadi harapan agar individu mula
mencerminkan diri. Sudah tiba masanya kita kembali siapa kita sebenar yang
memerlukan 'soul reawakening'.
Alam sekitar adalah satu asset Negara yang bernilai dan peril dipelihara.
Sekiranya alam sekitar diurus dengan baik,ianya akan member pulangan dan
menana ekonomi Negara. Oleh itu program pemulihan dan pengurusan alam
sekitar perlu dijalankan secara berterusan bagi memastikan kesempurnaan ke
atas alam sekitar. Pengurusan alam sekitar secara bersepadu yang melibatkan
semua lapisan masyarakat adalah satu focus utama kearah pencapaian
matlamat tersebut.Hubungkait antara kuantiti ,kualiti dan persekitaran terutama
alam sekitar perlu dititikberatkan dan diseimbangkan di dalam proses
pengurusan dan pembangunan.
Masyarakat harus mengambil berat tentang alam sekitar kerana kesannya akan
dihadapi oleh mereka.Manusia tidak harus bersikap sambil lewa dengan
keadaaan alam sekitar. Hal ini akan menjejaskan kesihatan manusia serta habitat
di dunia akan pupus secara pelahan-lahan. Masyarakat harus bertanggungjawab
dan menjaga serta memulihara alam sekitar. Jika pencemaran ini dibiarkan
berterusan , bumi akan kehilangan keindahan dan kecantikan semulajadi. Jadi
masyarakat dan pihak tertentu harus mengambil langkah untuk mengatasi
pencemaran alam sekitar yang menyebabkan pemusnahan flaura dan fauna.