DOKUMEN RASMI DASAR KURIKULUM SEKOLAH

DOKUMEN RASMI : DASAR KURIKULUM SEKOLAH

NAMA ORGANISASI :
SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN YUSSUF
ALAMAT ORGANISASI :
31000 BATU GAJAH, PERAK
MAKLUMAT PERHUBUNGAN ORGANISASI :
TELEFON / FAKS : 05- 3661366
EMEL : ABB2090@1bestarinet.yes.my
LAMAN SESAWANG : http://sksultanyussuf.weebly.com

PENENTUAN DAN PERUBAHAN DASAR KURIKULUM
Penentuan dasar yang ditetapkan di dalam Dasar Kurikulum Sekolah Kebangsaan Sultan Yussuf ini tidak akan
berubah melainkan sehingga berlaku perubahan di dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan.
Perubahan-perubahan lain yang tidak melibatkan Dasar Pendidikan Kebangsaan boleh dilakukan dari semasa
ke semasa mengikut keputusan pentadbir melalui mesyuarat pengurusan dan mesyuarat kurikulum.

DASAR KURIKULUM SEKOLAH

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------1.0 LATAR BELAKANG
Kurikulum adalah ’core business’ bagi setiap guru dan murid-murid yang belajar di sekolah ini. Penetapan

dasar ini mengambil kira kehendak, keperluan dan matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia, aspirasi
Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan serta matlamat, hala tuju dan
piagam pelanggan sekolah ini dan sebagai garis panduan kepada warga Sekolah Kebangsaan Sultan Yussuf
dalam memberi khidmat yang berkualiti kepada semua murid yang merupakan pelanggan. Dan adalah
menjadi tanggungjawab semua guru untuk mematuhi dasar-dasar yang telah ditetapkan tanpa krompomi.

2.0 OBJEKTIF
Penetapan dasar ini dilakukan bertujuan ;
2.1.
2.2.
2.3.
2.4.

Menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah.
Memantapkan pengurusan kurikulum peringkat sekolah.
Memenuhi standard kualiti pengurusan akademik Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan
Pendidikan Negeri Perak dan Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan.

3.0 DASAR
3.1.

3.2.
3.3.
3.4.

3.5.

Dasar Kurikulum Sekolah sepanjang masa mestilah selari dengan arus perdana sistem dan Dasar
Pendidikan kebangsaan.
Kurikulum yang dilaksanakan mestilah mematuhi kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia,
Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan.
Sebagai salah sebuah sekolah berstatus Sekolah Integrasi Pendidikan Khas segala ketetapan oleh
agensi
yang
berkuasa
akan
dipatuhi
sepenuhnya
pada
sepanjang
masa.

Semua guru mesti dan bertanggungjawab mendapat maklumat terkini dalam pelbagai cara yang
sah dan beretika mengenai pendidikan dan kurikulum semasa untuk mempastikan guru berada di
dalam arus dan kehendak sistem pendidikan semasa agar dapat memberi khidmat kepada setiap
murid selaras dengan hak mereka sebagai pelanggan.
Pada sebilang masa, program-program akademik diutamakan. Ini bermakna sekiranya program
akademik bertembung dengan program lain, laluan untuk program akademik hendaklah diberikan
keutamaan.

4.0 MESYUARAT
4.1.

4.2.
4.3.

4.4.
4.5.
4.6.
4.7.

Jawatankuasa Kurikulum akan bermesyuarat minimum 4 kali setahun mengikut standard piawaian

Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan Pejabat Pendidikan
Daerah Kinta Selatan.
Isi
kandungan
mesyuarat
mengikut
garis
panduan
yang
diberikan.
Mesyuarat Panitia – 4 kali setahun dan minit mesyuarat hendaklah siap dan diedarkan kepada
semua ahli dalam tempoh 7 hari bekerja dan difailkan ke dalam fail panitia masing-masing
setelah disemak dan disahkan oleh guru besar.
Penyediaan maklum balas mesyuarat hendaklah dilaksanakan untuk menyemak pematuhan
keputusan mesyuarat dan progres tindakan.
Surat Panggilan Mesyuarat diedarkan kepada semua guru minima 2 hari sebelum tarikh mesyuarat
dijalankan.
Kehadiran bagi setiap mesyuarat adalah wajib kecuali dengan pelepasan dan Kebenaran guru
besar sahaja.
Semua guru adalah tertakluk dan diarah untuk merujuk kepada tatacara pengurusan dan

pengendalian mesyuarat berkesan yang diletakan di dalam Laman Rasmi SK Sultan Yussuf.

DASAR KURIKULUM SEKOLAH

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------5.0 SISTEM FAIL
5.1.
5.2.

5.3.

5.4.
5.5.

Jenis fail diselaraskan kepada “hard file” bersais 2 inci.
Nama fail hendaklah dilabel secara melintang pada tetulang fail dan nombor rujukan fail
hendaklah dilabel pada kulit hadapan fail dibucu atas sebelah kanan dan nombor rujukan fail
hendaklah selaras dengan nombor dari buku daftar fail sekolah.
Fail Jawatankuasa Kurikulum diurus dan disimpan oleh Penolong Kanan Pentadbiran di manamana lokasi yang sesuai selaku Setiausaha Kurikulum Sekolah untuk memudahkan capaian bagi
semakan dan pemantauan.
Semua Fail Panitia asal diletakkan di bilik Guru Besar, Ketua Panitia hanya menyimpan salinan

fail sebagai “desk copy”
Setiap panitia mempunyai 2 fail sebagaimana berikut ;
- Fail 1 – Pengurusan : Isi kandungan fail (Indeks, carta organisasi, profil jawatankuasa, takwim
panitia, kewangan dan perancangan perbelanjaan, surat-surat pekeliling, surat
panggilan mesyuarat, minit mesyuarat,instrumen pencerapan guru, instrumen
pencerapan hasil kerja murid, program peningkatan mata pelajaran, pelan
perancangan strategik, taktikal dan operasi, laporan program mata pelajaran.
- Fail 2 – Dokumen Standard KurikulumPrestasi (DSKP) dan Dokumen Standard Kurikulum (DSK)
Modul atau bahan edaran kursus yang dibekalkan.

6.0 MATA PELAJARAN YANG DILULUSKAN
6.1. Senarai Mata Pelajaran Tahap 1 KSSR
1 Bahasa Melayu
2 Matematik
3 Bahasa Inggeris Dunia Sains & Teknologi
4 Pendidikan Islam
5 Pendidikan Moral
6 Pendidikan Seni Visual
7 Pendidikan Kesihatan
8 Pendidikan Jasmani

9 Dunia Muzik
10 Bahasa Arab
11 Bahasa Tamil SK (Elektif)

6.2. Senarai Mata Pelajaran Tahap 2 KSSR
1 Bahasa Melayu
2 Matematik
3 Bahasa Inggeris Dunia Sains & Teknologi
4 Pendidikan Islam
5 Pendidikan Moral
6 Pendidikan Seni Visual
7 Pendidikan Kesihatan
8 Pendidikan Jasmani
9 Dunia Muzik
10 Bahasa Arab
11 Bahasa Tamil SK (Elektif)
12 Sejarah
13 Teknologi Maklumat & Komunikasi
14 Reka Bentuk Teknologi


7.0 PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN
7.1.

7.2.
7.3.

Perhimpunan Rasmi (Isnin) adalah bukan mata pelajaran ajar. Tetapi wajib ditulis di dalam Buku
Persediaan Mengajar. Cukup hanya dengan maklumat tarikh, masa dan catatan pada ruangan Isi
Kandungan / Standard Kandungan “Perhimpunan Rasmi Mingguan”.
Kehadiran semua guru semasa perhimpunan rasmi adalah wajib dari awal sehingga perhimpunan
selesai kecuali atas kebenaran guru besar.
Penampilan guru semasa perhimpunan rasmi adalah dengan penampilan lengkap dan kemas
mematuhi kod etika pakaian penjawat awam dan kod etika pakaian guru yang berkuatkuasa
semasa. Guru digalakkan memakai blazer hitam.

DASAR KURIKULUM SEKOLAH

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------8.0 DSKP, DSK, RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN DAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN SERTA
PENGURUSAN BUKU PERSEDIAAN MENGAJAR
8.1.

8.2.

8.3.
8.4.

8.5.
8.6.

Semua guru harus mematuhi SPI Bil 3 1999 dalam Penyediaan Rancangan Pengajaran.
Sukatan Pelajaran Terkini yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia hendaklah
diperoleh dan disimpan dalam fail panitia oleh ketua panitia dan setiap setiap guru perlu
membawa bersama DSKP dan DSK semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Semua Rancangan Pengajaran Tahunan hendaklah disiapkan/lengkapkan tidak lewat dari 31
Januari pada tahun semasa.
DSKP dan DSK TIDAK boleh dikemukakan sebagai Rancangan Pengajaran Tahunan. DSKP dan DSK
hendaklah diolah semula bersesuaian dengan takwim semasa sekolah dan tahap kebolehan murid
untuk dijadikan sebagai Rancangan Pengajaran Tahunan.
Rancangan
Pengajaran
Tahunan

hendaklah
disahkan
oleh
Guru
Besar.
Isi kandungan Rancangan Pelajaran Harian mengandungi perkara berikut ;
i. Tajuk
ii. Tema
iii. Fokus Utama (Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran)
iv. Fokus Sampingan (Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran)
v. Objektif @ Hasil Pembelajaran
vi. Pengisian Kurikulum
vii. Sistem Bahasa (Untuk matapelajaran Bahasa)
viii. EMK
ix. Aktiviti
x. Impak (diruangan impak dengan dakwat merah)

8.7.
8.8.
8.9.


8.10.

8.11.

Rancangan Pengajaran Harian untuk LINUS hendaklah mengikut format yang diselaraskan oleh
FASILINUS PPD Kinta Selatan.
Buku Persediaan Mengajar dihantar setiap hari Jumaat pada setiap minggu tanpa gagal.
Semua guru mesti membawa buku rekod persediaan mengajar, DSKP dan DSK dan Modul
Perekodan Perkembangan Pembelajaran Murid Offline setiap kali masuk ke dalam kelas untuk
tujuan pengajaran dan pembelajaran.
Rancangan Pengajaran Harian hendaklah disediakan walaupun guru menghadiri kursus,
perancangan yang disediakan akan dijalankan oleh guru yang diarahkan mengganti pada masa
mata pelajaran tersebut.
Menghabiskan Sukatan ;
Sistem KSSR tidak menakankan kepada untuk menghabiskan sukatan tetapi adalah berfokuskan
untuk penguasaan kemahiran TETAPI atas rasional untuk menyediakan murid bagi menduduki
peperiksaan awam, topik atau unit sekurang-kurangnya hendaklah dihabiskan 3 minggu sebelum
peperiksaan akhir tahun bagi tahun semasa dan bagi Tahun 6, minggu pertama bulan Ogos bagi
tahun semasa.
Pendidikan Khas – kaedah pengajaran hendaklah kepada student centered/berpusatkan Murid
berdasarkan keperluan murid khas itu sendiri.

9.0 JADUAL WAKTU
9.1.
9.2.

9.3.
9.4.

Jumlah waktu setiap mata pelajaran mengikut ketetapan Akta Pendidikan yang berkuatkuasa
semasa.
Tambahan waktu setiap mata pelajaran dibolehkan mengikut keperluan sekolah dengan
persetujuan mesyuarat kurikulum dan dilaksanakan diluar jadual waktu rasmi.
Dasar pengagihan mata pelajaran adalah berpusat dan keutamaan kepada guru opsyen dan
kepakaran guru.
Jumlah waktu pengajaran maksima guru ialah 30 waktu seminggu tidak termasuk perhimpunan
dan bergantung kepada pengisian waran layak bagi tahun semasa.

DASAR KURIKULUM SEKOLAH

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------10.0 GURU GANTI / BERKURSUS / TUGAS LUAR DAN CRK
10.1.

10.2.

10.3.
10.4.
10.5.
10.6.
10.7.

Mana-mana guru yang mengambil CRK/ berkursus atau menghadiri tugas rasmi luar perlu
merekod di dalam Sistem E-Gerak dan memaklumkan kepada Guru Besar, Penolong Kanan
Pentadbiran atau Pembantu Tadbir yang menguruskan E-Kehadiran Guru serta mencatat di dalam
Buku Kehadiran dan Buku Pergerakan Staf.
Guru yang dipanggil berkursus dengan surat panggilan diterima awal digalakkan menjual waktu
kepada guru-guru lain dengan membuat tawaran dan memaklumkan kepada Guru Penyelaras
Jadual Waktu.
Menyediakan bahan untuk pengajaran guru ganti.
Menggantikan pelajaran yang tertingggal pada masa lain.
Penyediaan Guru Ganti disediakan dan direkod oleh Penyelaras Jadual Waktu dan slip akan
dikeluarkan.
Slip guru ganti hendaklah dilekatkan di dalam Buku Persediaan Mengajar.
Guru yang darahkan untuk mengganti kelas diwajibkan mematuhi arahan dengan berada di dalam
kelas berkenaan mengikut penetapan masa yang tercatat di dalam slip.

11.0 WAKTU PERSEKOLAHAN
Sekolah beroperasi dalam mod satu sesi dengan waktu persekolahan seperti berikut ;

Tahap 1:
Isnin & Selasa
Rabu & Khamis
Jumaat

:
:
:

07.30 pagi
07.30 pagi
07.30 pagi



12.50 petang
12.20 petang
11.50 pagi

Tahap 2:
Isnin & Selasa
Rabu Kokurikulum
Rabu (PdP)
Khamis
Jumaat

:
:
:
:
:

07.30
07.30
09.00
07.30
07.30

pagi
pagi
pagi
pagi
pagi




01.20
08.30
02.20
12.20
11.50

07.30 pagi
07.30 pagi

-

Pendidikan Khas Integrasi
Isnin & Selasa
:
Rabu & Khamis
:

petang
pagi
petang
petang
pagi

01.00 petang
12.30 petang
01.00 petang
Jumaat
:
07.30 pagi – 12.00 tengah hari
* Waktu boleh berubah mengikut keperluan atau situasi semasa dan juga akta / pekeliling ikhtisas
yang berubah dan berkuatkuasa semasa.
12.0 PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN
12.0.1.

12.0.2.

12.0.3.

12.0.4.

Peperiksaan rasmi bagi Tahun 1,2,3,4 dan 5 adalah 2 kali setahun iaitu PPT (Peperiksaan
Pertengahan Tahun dan PAT (Peperiksaan Akhir Tahun) dan dikendalikan secara pentaksiran
sekolah.
Pentaksiran Sekolah terhadap perkembangan pembelajaran murid adalah bersifat holistik dan
berterusan dari Januari hingga November.
Rekod atau data perkembangan pembelajaran murid hendaklah direkod masuk ke dalam Modul
Perekodan Perkembangan Pembelajaran Murid bagi semua mata pelajaran.
Bagi murid di tahun 6 semua murid adalah berhak dan layak menduduki UPSR mengikut syarat
kohort umur.
Peperiksaan adalah mengikut jadual dan format kertas soalan yang ditetapkan oleh Lembaga
Peperiksaan Malaysia.

DASAR KURIKULUM SEKOLAH

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------12.1 Format Peperiksaan
11.1.1.
11.1.2.
11.1.3.
11.1.4.
11.1.5.

JSU disediakan untuk menentukan aras soalan.
Tempoh masa dan penetapan mata pelajaran adalah mengikut kertas dan jadual sebenar
Peperiksaan Awam.
Format adalah mengikut format soalan kertas peperiksaan awam yang berkuatkuasa semasa.
Semua pengendalian peperiksaan adalah mengikut SOP dan standard peperiksaan sebenar.

11.2 Dasar Penggunaan Kertas Untuk P& P Dan Peperiksaan
11.2.1.
11.2.2.
11.2.3.

Guru-guru dinasihatkan mengamalkan dasar penjimatan dengan menggunakan Font Century
Gothic 10 bagi Tahap 1 dan Times New Roman 10 bagi Tahap 2 dan set-up kertas left & right 0.5
dan top & bottom pada 0.5
Percetakan lembaran kerja dan kertas soalan menggunakan mesin fotostat yang disewa atau reso
sekiranya melebihi 100 keping.

11.3 Target Peperiksaan Awam Dan Dalaman
11.3.1.
11.3.2.

Peperiksaan
dalaman
UPSR - Kuantiti Lulus


semua
murid
lulus
Keseluruhan 90% Kualiti Lulus

setiap
mata
pelajaran.
Cemerlang Keseluruhan 50%

11.4 Jadual Pengawasan
11.4.1.
11.4.2.
11.4.3.

Disediakan oleh Penolong Kanan Pentadbiran & Setiausaha Peperiksaan Dalaman.
Jadual pengawasan mengikut jadual peribadi guru bagi pada masa berkenaan
Masa adalah mengikut kebiasaan dan amalan peperiksaan awam sebenar.

11.5 Rekod Markah
11.5.1.
11.5.2.

11.5.3.

11.5.4.

Markah peperiksaan direkodkan ke dalam Buku Persediaan Mengajar.
Markah peperiksaan diisi ke dalam Sistem SAPS secara atas talian mengikut tarikh yang
ditentukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Perak atau Pejabat
Pendidikan Daerah Kinta Selatan.
Slip keputusan dari Modul Perekodan Perkembangan Pembelajaran Murid, Cetakan keputusan
dari SAPS atau Buku Rekod PKSR dilengkapkan dan diserahkan kepada semua ibubapa murid bagi
Peperiksaan Penggal 1 dan 2.
TOV dan headcount adalah wajib ke atas semua guru sebagai amalan profesionalisma keguruan.

11.6 Syarat Lulus
11.6.1.

Penetapan gred atau skor adalah sebagaimana berikut ;
A: 85-100 (Cemerlang)
B: 70-86 (Kepujian)
C: 60-69 (Baik)
D: 50-59 (Memuaskan)
E: 40-49 (Mencapai Tahap Minimum)
F:
0-39 (Belum Mencapai Tahap Minimum)

DASAR KURIKULUM SEKOLAH

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------11.7 Jadual Spesifikasi Ujian
11.7.1.

11.7.2.
11.7.3.
11.7.4.

Semua penyedia soalan ujian / peperiksaan penggal diminta menyediakan JSU mengikut tahap
kesukaran yang logik untuk para murid cemerlang dan bersandarkan format soalan semasa oleh
LPM
JSU yang disediakan akan dijadikan asas dalam penilaian pada ujian berikutnya.
Bagi soalan objektif – analisis Item mesti disediakan setiap kali selepas ujian / peperiksaan.
Semua soalan mesti disemak oleh Ketua Panitia dan Penolong Kanan Pentadbiran serta disahkan
oleh Guru Besar sebelum dicetak.

11.8 Post Mortem Untuk Peperiksaan
11.8.1.

11.8.2.
11.8.3.
11.8.4.

Post Mortem secara bertulis disediakan oleh Ketua Panitia setiap kali keputusan Peperiksaan
Penggal
1 dan
2 serta Percubaan UPSR. Pelaporan adalah menggunakan tapak slaid
pembentangan yang telah disediakan bagi tujuan pembentangan pelaporan dan kegunaan dialog
prestasi.
Kekuatan
dan
kelemahan
hendaklah
dikenal
pasti
secara
individu.
Setiap guru dimestikan menyimpan rekod murid cemerlang dan murid kritikal untuk diambil
tindakan sewajarnya.
Maklumat terperinci murid berkenaan perlu disalurkan kepada PK1, HEM, Guru Pemulihan dan
Guru Bimbingan & Kaunseling.

11.9 Pentaksiran Berasaskan Sekolah
11.9.1.
11.9.2.
11.9.3.

11.9.4.

11.9.5.
11.9.6.

Semua Ketua Panitia perlu memastikan perlaksanaan PBS mengikut tempoh yang ditetapkan.
Mana-mana murid yang berpindah perlu dipastikan fail atau pelaporan PBS dibawa bersama
untuk mengelak masalah di sekolah baharu murid berkenaan.
Dokumentasi berkaitan PBS hendaklah difailkan ke dalam fail berkaitan serta boleh
dikemukankan dengan serta merta kepada pencerap dalaman, Jabatan Pendidikan, Pejabat
Pendidikan atau Jemaah Nazir apabila diminta berbuat demikian bagi tujuan pencerapan dan
pemantauan tanpa gagal.
Isikandungan fail berkaitan PBS adalah sebagaimana format dan tatacara pengurusan yang telah
ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia yang telah didedahkan kepada semua guru
melalui kursus anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan Pejabat Pendidikan Daerah Kinta
Selatan serta melalui kursus dalaman anjuran sekolah.
Modul Perekodan Perkembangan Pembelajaran Murid perlu sentiasa dikemaskini.
Pengisian Modul Perekodan Perkembangan Pembelajaran Murid juga perlu diisi di dalam Laman
Rasmi Sekolah bagi tujuan penyelarasan lokasi data atau untuk tujuan pengumpulan data secara
“One Stop Centre”

12.0 PEMANTAUAN / PENCERAPAN
12.1 Jawatankuasa Pemantauan
12.1.1.
12.1.2.
12.1.3.
12.1.4.
12.1.5.

Guru Besar.
Penolong Kanan Pentadbiran.
Penolong Kanan HEM.
Penolong Kanan Pendidikan Khas.
Penolong Kanan Ko Kurikulum.

DASAR KURIKULUM SEKOLAH

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------12.2 Pengajaran dan Pembelajaran
12.2.1.
12.2.2.
12.2.3.
12.2.3.
12.2.4.
12.2.5.

Pengajaran dan Pembelajaran guru/ murid di bilik darjah akan dicerap 2 kali
secara rasmi.
Guru-guru akan dicerap oleh Guru Besar dan Penolong-penolong Kanan.
Jadual Induk pencerapan akan dikeluarkan setiap tahun.
Guru dinasihat berbincang untuk menetapkan tarikh dan masa yang sesuai
Ketua-ketua Panitia juga digalakkan mencerap guru-guru di bawah panita
Semua
Penolong
Kanan
dan
Guru
Kanan
akan
dicerap
oleh

dalam setahun

untuk dicerap.
masing-masing.
Guru
Besar.

12.3 Pengurusan Panitia
12.3.1.
12.3.2.
12.3.3.
12.3.4.
12.3.5.
12.3.6.
12.3.7.
12.3.8.

Pengurusan Panitia diletakkan sepenuhnya di bawah pengawasan Ketua Panitia Mata pelajaran
berkenaan.
Penolong
kanan
akan
menyelia
semua
panitia
2
kali
setahun.
Semua Fail Pengurusan Panitia akan disemak dari masa ke semasa dan diletakkan di bilik Guru
Besar.
Semua panitia perlu membuat Pelan Perancangan Strategik, Pelan Taktikal,dan Pelan Operasi.
Semua Panitia mesti menentukan sasaran tahunan berdasarkan TOV, ETR Kohort tertentu. Ini
termasuk mengambil kira OTI dan headcount murid.
Ketua Panitia bertanggungjawab menyediakan Anggaran Belanjawan Tahunan setiap tahun.
Ketua Panitia perlu memastikan panitia di bawah mereka membelanjakan peruntukan PCG
secara berkesan dan mematuhi peraturan kewangan.

12.4 Bilik-bilik Khas
12.4.1.
12.4.2.

Semua bilik khas termasuk bilik darjah mesti diurus dengan sempurna oleh guru yang
bertanggung
jawab
berdasarkan
Buku
Panduan
Pengurusan
Sekolah.
Penyeliaan adalah berdasarkan aspek dan criteria seperti berikut ;
i. Kebersihan
ii. Keceriaan
iii. Keselesaan
iv. Keselamatan
v. Susun atur perabut
vi. Pengurusan inventori
vii. Rekod kawalan penggunaan (kecuali bilik darjah)
viii. Papan informasi

12.4.3.
12.4.4.
12.4.5.

Rekod penggunaan dan peraturan penggunaan serta jawatankuasa mesti disediakan.
Arahan keselamatan, peraturan dan prosedur penggunaan perlu dipaparkan dengan jelas bagi
setiap bilik khas.
Bilik-bilik khas hendaklah sentiasa berada di dalam keadaan yang kondusif, selamat dan sesuai
sebagai fungsi bagi setiap bilik khas itu sendiri.

DASAR KURIKULUM SEKOLAH

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------12.5 Penyeliaan Buku Latihan Murid
12.5.1.
12.5.2.
12.5.3.

12.5.4.
12.5.5.

Tugasan murid akan dicerap oleh pihak pengurusan 2 kali setahun bagi memastikan penyemakan
dilakukan secara konsisten dan konstruktif.
Semua guru akan menyerahkan secara rawak 10 buah buku bagi setiap mata pelajaran dan kelas
yang diajar untuk semakan jawatankuasa.
Tugasan penyeliaan dan pencerapan buku latihan murid selain dari guru besar juga
dipertanggungjawabkan kepada semua penolong-penolong kanan dan ketua-ketua panitia mata
pelajaran.
Instrumen yang digunakan adalah PK06/1 (Borang Pengesanan Semakan Buku Latihan / Hasil
Kerja Murid) dan PK06/2 (Laporan Semakan Buku Latihan / Hasil Kerja Murid)
Pencerap hendaklah menilai ;
i- Bilangan latihan
ii- Kesesuaian latihan
iii- Ketelitian semakan
iv- Arahan pembetulan
v- Ulasan guru
vi- Kekemasan tulisan

12.6 Penetapan Dasar & Kuantiti Latihan Murid
12.6.1.
12.6.2.
12.6.3.
12.7.4.
12.6.5.
12.6.6.
12.6.7.
12.6.8.
12.6.9.
12.6.10.

12.6.11.
12.6.12.
12.6.13.
12.6.14.

12.6.15.
12.6.16.

12.6.17.
12.6.18.
12.6.19.

Minima 2 komponen berfokus penulisan seminggu bagi mata pelajaran bahasa.
Minima 20 latihan pelbagai format seminggu bagi aspek tatabahasa bagi mata pelajaran bahasa.
Minima 20 latihan peningkatan kosa kata bagi mata pelajaran bahasa seminggu.
Minima 20 latihan berbentuk struktur melibatkan kajiselidik / inferens / rumusan serta
penekanan kepada KPS bagi mata pelajaran Sains dalam seminggu.
Minima 2 projek sains berkumpulan dan 2 projek sains individu yang bersesuaian dengan tajuk /
unit semasa yang sedang diajar dalam 1 penggal.
Minima 20 soalan objektif seminggu bagi mata pelajaran Sains.
Minima 20 soalan objektif seminggu bagi mata pelajaran Matematik.
Minima 20 soalan penyelesaian masalah seminggu bagi mata pelajaran Matematik.
Minima 20 soalan seminggu bagi Pendidikan Islam merangkumi komponen ;
- asuhan tilawah (huruf hijayyah tunggal pelbagai baris, tanda)
- ulum as-syariah (akidah, ibadah, sirah)
- adab dan akhlak islamiah
- jawi
Minima 5 soalan pemahaman format subjektif/struktur dan 10 soalan pelbagai format bagi mata
pelajaran bukan teras dalam seminggu.
Minima 2 penghasilan folio bagi setahun untuk mata pelajaran sejarah dan pendidikan seni dan
minima 1 hasilan terbaik individu bagi setiap komponen / bidang dalam Pendidikan Seni Visual
sepanjang 1 bulan difailkan atau dipamerkan.
Minima 10 latihan seminggu pelbagai format bagi mata pelajaran Reka Bentuk Teknologi
merangkumi aspek peralatan, urus niaga, pengurusan dan teori dan minima 2 projek kumpulan
dan 2 projek individu 1 tahun bagi mata pelajaran Reka Bentuk Teknologi dan dipamerkan.
Minima 10 latihan teori pelbagai format soalan bagi mata pelajaran Pendidikan Muzik dalam
seminggu.
Lembaran kerja murid samada helaian yang dibuat sendiri atau menggunakan buku kerja
melalui tatacara yang dibenarkan sebagai instrumen hendaklah disimpan secara sistematik
sebagai eviden bagi sesuatu pentaksiran bagi tujuan pementoran dan penjaminan kualiti PS.
Semua Penolong Kanan akan mencerap 10 buah buku latihan murid bagi setiap mata pelajaran
dan setiap kelas pada setiap penggal.
Rekod Penyeliaan Buku Kerja Murid, Latihan Murid, dan Pengajaran Guru hendaklah difailkan
dengan kemas dan sistematik.
Guru Besar dan Penolong Kanan Pentadbiran akan memastikan tindak susul dibuat oleh Guru
Mata pelajaran dan Ketua Panitia Mata pelajaran.

DASAR KURIKULUM SEKOLAH

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------13.0 ANGGARAN PERBELANJAAN TAHUNAN PANITIA
13.1.
13.2.

13.3.
13.4.
13.5.

Dasar perbelanjaan dan perolehan akan ditentukan semasa Mesyuarat Kewangan Sekolah.
Setiap Panitia dikehendaki menyediakan anggaran perbelanjaan tahun berikutnya dengan
mengisi Lampiran PK 14/1(Borang Anggaran Belanja Mengurus-ABM) bagi mengemukakan
cadangan pembelian buku dan peralatan bantu mengajar kepada Penolong Kanan Pentadbiran
seminggu sebelum cuti akhir tahun persekolahan semasa.
Dasar perolehan, penggunaan, penyelenggaraan dan verifikasi tahunan mesti mengikut Arahan
Perbendaharaan (AP) yang sedang berkuat kuasa.
10 % peruntukan untuk tahun berkenaan perlu direzab untuk perbelanjaan awal tahun bagi
tahun berikutnya.
Bajet hendaklah berdasarkan peruntukan wang kerajaan dan wang suwa yang diturunkan.

14.0 BUKU TEKS, PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN BAHAN BACAAN
14.1.
14.2.
14.4.
14.5.
14.6.
14.7.

14.8.
14.9.
14.10.
14.11.
14.12.

Buku teks yang dibekalkan hendaklah dimaksimumkan penggunaannya oleh setiap guru.
Keselamatan dan keadaan buku teks hendaklah diselia 2 kali setahun oleh Jawatankuasa SPBT.
PSS hanya dibenarkan penggunaannya pada waktu pengajaran dan pembelajaran bagi mata
pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab bagi Program NILAM.
Bagi mata pelajaran selain dari bahasa dibenarkan masuk ke PSS dengan tujuan pengajaran
berfokus dan rujukan sekiranya telah dirancang di dalam Buku Persediaan Mengajar dan Bilik
PSS telah ditempah terlebih dahulu.
Kebenaran khas diberi waktu ketiadaan guru, guru ganti dibenarkan membawa murid ke PSS
untuk mencari maklumat atau menonton video berkaitan pembelajaran tetapi hendaklah secara
terancang dan terkawal.
Sewaktu mata pelajaran Bahasa Arab, murid bukan Islam diwajibkan untuk masuk ke PSS dan
menjalani aktiviti NILAM dan di kawal selia oleh Guru Media.
Program NILAM Pusat Sumber akan diselia sepenuhnya oleh Guru-guru Bahasa.
Penyemakan Buku NILAM murid dilakukan 2 kali setahun oleh Guru Bahasa.
Jadual Penyemakan akan dikeluarkan oleh Guru Media atau Penyelaras PSS.
Buku-buku rujukan percuma (Naskah Guru) hendaklah dijadikan aset panitia.

15.0 PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK
15.1.
15.2.
15.3.
15.4.
15.5.

Semua program utama yang berlangsung dalam pengajaran dan pembelajaran dibuat
berdasarkan keperluan panitia.
Dasar Kurikulum menyokong penuh semua program peningkatan akademik yang bertunjang ke
arah kecemerlangan murid.
Jawatankuasa Kecemerlangan Akademik adalah nadi membantu semua Panitia dalam
merancang dan melaksana program akademik.
Panitia diminta mengemukakan kertas cadangan yang relevan untuk program akademik panitia
berkenaan.
Penglibatan semua penolong-penolong kanan dan Kaunselor adalah wajib bagi penyelarasan
Program Akademik.

DASAR KURIKULUM SEKOLAH

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------16.0 PERKEMBANGAN STAF
16.1 Kursus Dalaman
16.1.1.
16.1.2.
16.1.3.

Semua guru yang menghadiri kursus mesti memberikan taklimat ringkas kepada Guru Besar dan
Penolong Kanan Pentadbiran apabila pulang berkursus menggunakan format minit curai.
Kursus dalaman akan dianjurkan oleh guru berkenaan mengikut keperluan dan budi bicara Guru
Besar dan Penolong Kanan apabila dirasakan perlu atau atas arahan penganjur kursus.
Bahan edaran kursus adalah aset sekolah guru menyimpan salinan untuk keperluan
sendiri dan guru lain.

16.2 Kursus Perkembangan Staf / Konsultasi
16.2.1.
16.2.2.
16.2.3.

Dirancang mengikut permintaan guru berdasarkan keperluan kursus dalam LNPT guru.
Lawatan ke sekolah yang cemerlang diadakan dalam kumpulan yang kecil untuk mendapatkan
maklumat dan perkongsian pintar.
Lawatan boleh diadakan oleh panitia semua panitia melalui permohonan kertas kerja serta
mematuhi SOP dan SPI yang berkuatkuasa semasa samada dalam aspek ikhtisas dan kewangan.

16.3 Bahan-bahan Ilmiah Kursus
16.3.1.
16.3.2.
16.3.3.

Diperbanyak untuk keperluan guru lain.
Disimpan untuk rujukan panitia.
Direkod terimaan sebagai milik sekolah.

17.0 KAJIAN TINDAKAN
17.1.

17.2.

Semua panitia mata pelajaran disarankan membuat satu kajian tindakan setiap tahun sebagai
membudayakan profesionalisme keguruan dan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan
mengatasi masalah pembelajaran murid.
Kajian tindakan yang berkualiti akan dihantar ke jabatan untuk penyertaan sekolah dan sebagai
inovasi guru.

20.0 PENYERTAAN PERTANDINGAN LUAR AKADEMIK
20.1.

20.2.

Peluang dan bakat murid untuk penyertaan dalam pertandingan berbentuk ko akademik di
peringkat daerah, negeri dan kebangsaan perlu diberi perhatian dan perancangan jangka
panjang dan juga sebagai KPI guru untuk bidang keberhasilan dan pada masa yang sama dapat
memangkin kualiti pencapaian murid di dalam kualiti akademik.
Guru-guru dan murid juga digalakkan mengambil bahagian dalam pertandingan yang dianjurkan
oleh agensi-agensi luar ke arah memartabatkan nama sekolah. Fokus dan strategi seharusnya
diatur di dalam bidang yang kurang disertai oleh sekolah lain dan bidang yang kepakaran
dikuasai guru dan bakat ada pada murid.

SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN YUSSUF-SENTIASA TERBAIK

Yusri Bin Zainol Abidin
Guru Besar
SK Sultan Yussuf