Islam di Sabah Muallaf dan Dakwah terhad

BAB DUA:
ISLAM DI SABAH, MUALLAF DAN DAKWAH TERHADAP MUALLAF

2.0 PENDAHULUAN

Islam merupakan agama yang kedua terbesar di dunia selepas agama Kristian. Jika kita melihat
ke alam melayu, Islam sinonim dengan orang melayu seperti mana di Semenanjung Malaysia.
Namun begitu berbeza di negeri yang mendapat jolokan “Di Bawah Bayu”, istilah “Melayu
Islam” tidak boleh diguna pakai kerana kepelbagaian bangsa dan etnik di negeri tersebut. Islam
merupakan agama terbesar di Sabah di samping agama Kristian, Buddha, Konfusius dan Tao.

Namun, beberapa tahun kebelakangan ini dilihat makin banyak organisasi bukan kerajaan (NGO)
Islam yang melibatkan diri dalam gerakan dakwah di Sabah. Salah satu daripada NGO tersebut
adalah Hidayah Centre, yang merupakan subjek kajian bagi penulis yang mana NGO ini
memegang amanah untuk membimbing golongan mualaf, iaitu orang yang baru memeluk agama
Islam disamping kerja-kerja kebajikan yang lain.

Dalam bab dua ini, penulis akan cuba menghuraikan beberapa definisi tentang mualaf,
menjelaskan serba sedikit jalur sejarah tentang kemasukan Islam ke Sabah, kesedaran dakwah di
Sabah, dan juga menghuraikan latar belakang Hidayah Centre yang merupakan organisasi yang


terlibat secara khusus dengan golongan mualaf di Sabah. Penulis juga akan cuba untuk
menerangkan secara umum tentang golongan mualaf di Sabah.

2.1 ISLAM DI NEGERI SABAH

Seperti mana yang telah dijelaskan di pendahuluan bab dua ini, penulis telah menyatakan
bahawa secara amnya, Islam merupakan agama terbesar di negeri tersebut. Menurut bancian
Negeri Sabah pada tahun 1991, jumlah penduduk yang beragama Islam di Sabah mencecah lebih
sejuta orang, melibatkan warga bumiputera Sabah mengikut kumpulan etnik, bangsa dan juga
kerakyatan.1

Namun begitu, Islam bukanlah agama yang pertama bertapak di Sabah sejak zaman dahulu.
Sebahagian penduduk asal Sabah merupakan penduduk yang tidak mempunyai agama, manakala
sebahagian yang lain menganut fahaman Atheis. Kemasukan Islam ke Sabah memerlukan satu
penelitian sejarah untuk mengenal pasti susur galur masuknya Islam ke Kepulauan Borneo, yang
melibatkan dua negeri terbesar di Malaysia iaitu Sabah dan juga Sarawak, Negara Brunei
Darussalam, dan juga Kalimantan yang merupakan sebahagian daripada Indonesia.

2.1.1 KEMASUKAN ISLAM KE SABAH


Permulaan Islam di Sabah bukanlah bermula daripada dalam negeri itu sendiri, tetapi ianya
merupakan peranan yang dimainkan oleh pemerintah Borneo pada satu ketika dahulu iaitu
Negara Brunei Darussalam. Menurut Alijah Gordon, penulis buku “The Propagation Of Islam in
the Indonesian-Malay Archipelago” menyatakan bahawa Islam telah masuk ke Kepulauan
Borneo melalui pengislaman raja Brunei pada abad ke-15. Raja Brunei pada ketika itu
berketurunan China, juga didakwa mempunyai pertalian darah dengan Laksamana Cheng Ho,
yang merupakan seorang pahlawan China yang hebat dan telah dilakarkan dalam sejarah
Melaka.2

Seperti yang tertulis dalam sejarah, Melaka pada satu ketika dahulu merupakan pusat
perdagangan di Asia Tenggara yang menghubungkan pedagang-pedagang dari seluruh dunia.
Brunei, yang terletak di Kepulauan Borneo menjadi pusat perdagangan di antara Melaka dan
juga Filipina. Pedagang-pedagang yang datang dari negara Arab merupakan penyumbang utama
dalam pengislaman raja di Brunei pada akhir abad ke-15. Kawasan Kepulauan Borneo pada
asalnya adalah pagan, iaitu tidak mempunyai agama dan Islam dinyatakan telah masuk ke
Kepulauan Borneo pada bahagian kedua abad ke-16 ataupun lebih awal.3 Penyebaran Islam ke
Sabah bermula daripada perkahwinan antara kerabat Diraja Brunei dengan suku kaum Bajau di
Sabah pada abad ke-16. Perkahwinan tersebut dilaksanakan mengikut syariat Islam.4

Kesultanan Brunei telah memainkan peranan penting dalam penyebaran Islam ke Sabah. Namun

begitu, bukan kesultanan Brunei sahaja yang menyebarkan Islam ke Sabah, tetapi Islam juga
datang dari penjuru yang lain iaitu Kesultanan Sulu yang merupakan pemerintah yang pernah

memiliki sebahagian daripada tanah Sabah satu ketika dahulu. Pengukuhan Islam di Borneo
berlaku setelah jatuhnya Kesultanan Melaka pada tahun 1511, setelah diserang oleh pihak
penjajah. Kesan daripada itu, Brunei telah menjadi salah satu pelabuhan tumpuan oleh
pedangang dunia dan Islam.5

2.1.2 BUMIPUTRA DAN AGAMA YANG DIANUTI

Sabah yang mendapat jolokan Negeri Di Bawah Bayu ini terkenal dengan keunikannya tersendiri
sama ada dari segi flora dan faunanya mahupun kepelbagaian etnik dan bangsa. Pada asalnya,
menurut catatan sejarah, penduduk asal Kepulauan Borneo iaitu Sabah, Sarawak, Brunei dan
Kalimantan adalah masyarakat yang pagan, yang bermaksud tidak mempunyai agama. Namun,
setelah kemasukan Islam pada abad ke-15, maka masyarakat mula menerima Islam sebagai
agama hasil daripada kerja dakwah yang dilaksanakan oleh Kesultanan Brunei.

Bumiputra Sabah terdiri daripada pelbagai kaum dengan latar belakang dan kebudayaan masingmasing. Penduduk asli atau lebih dikenali sebagai bumiputera, terdiri daripada sekurangkurangnya 30 kumpulan dengan menggunkan lebih dari 50 bahasa dan tidak kurang dari 90
dialek. Antara kumpulan penduduk bumiputra Sabah ialah Bajau, Kadazandusun, Murut, Iranun,
Suluk, Bisaya, Ida’an dan banyak lagi.6 Majoriti masyarakat Kadazandusun yang merupakan

masyarakat terbesar di Sabah adalah penganut agama Kristian, begitu juga dengan Murut.

Manakala masyarakat Bajau, Iranun, Suluk, Bisaya dan beberapa kumpulan yang lain adalah
penganut agama Islam.

2.1.3 KESEDARAN DAKWAH DI SABAH

Dakwah merupakan satu tanggungjawab seorang muslim untuk menyeru manusia ke arah
kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran. Tanggungjawab untuk berdakwah ini telah
termaktub di dalam Al-Quran melalui firman Allah Ta’ala dalam Ali ‘Imran:

        
           
    

110. Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat Yang
dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat
Segala perkara Yang baik dan melarang daripada Segala perkara Yang salah
(buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenarbenar iman). dan kalaulah ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman
(sebagaimana Yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi

mereka. (Tetapi) di antara mereka ada Yang beriman dan kebanyakan
mereka: orang-orang Yang fasik.7

Ali ‘Imran
(3):110
Berdasarkan ayat di atas, telah jelas bahawa Allah s.w.t memerintahkan
umat Islam supaya melaksanakan kerja dakwah dengan sebaik yang
mungkin.

Melihat kepada situasi di Sabah, pada awal zaman selepas kemerdekaan
Sabah yang turut sama dalam membentuk Malaysia pada tahun 1963, Islam
pada ketika itu masih lemah dan tidak berkembang. Hasil daripada cetusan
idea Ketua Menteri Sabah yang pertama iaitu Tun Dato Mustapha Harun
yang mencadangkan gerakan dakwah diteruskan dengan menggunakan
pelbagai saluran, maka tertubuhnya United Sabah Islamic Association
ataupun lebih dikenali sebagai USIA yang berusaha untuk menyebarkan
Islam pada masyarakat umum. USIA tertubuh pada 14 Ogos 1969. Kemudian
pada tahun 1970, sekolah-sekolah aliran Islam ditubuhkan dengan jumlah 68
buah sekolah pada keseluruhannya. Pada tahun 1971 pula, Majlis Ugama
Islam Sabah ataupun MUIS ditubuhkan untuk memberi tumpuan kepada

pembangunan sekolah-sekolah Islam di Sabah. Ini adalah di antara gerakan
dakwah Islam pada zaman pasca-kemerdekaan yang diketuai oleh Tun Datu
Mustapha sendiri.8

Hasil daripada inisiatif tersebut, maka gerakan dakwah di Sabah mulai berkembang dengan
adanya kemudahan serta bantuan daripada organisasi Islam seperti USIA dan MUIS. Di samping
itu, seperti mana yang termaktub di dalam perlembagaan Malaysia yang menyatakan bahawa
Islam sebagai agama rasmi negara, menjadikan kerja-kerja dakwah di Sabah tidak terbatas dan
tidak timbulnya persaingan dengan mubaligh Kristian yang juga cuba untuk menjalankan dakyah
mereka secara tersembunyi.

Gerakan dakwah di Sabah diteruskan sehingga kini, dengan tertubuhnya pelbagai organisasi
bukan kerajaan yang melibatkan diri secara khusus dalam gerak kerja dakwah di Sabah.
Organisasi-organisasi yang terlibat itu diantaranya ialah Angkatan Belia Islam Malaysia
(ABIM), Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM), Persatuan Kebajikan Islam Malaysia
(PERKIM) dan beberapa lagi organisasi yang lain. Diperingkat negeri pula, Jabatan Hal Ehwal
Agama Islam Negeri Sabah memainkan peranan sebagai badan berkanun yang menggalas tugastugas yang berkaitan dengan hal ehwal agama Islam di Sabah.

Kesedaran dakwah di Sabah kian meningkat dengan adanya pelbagai bentuk program yang
diadakan seperti ceramah agama bukan sahaja di masjid, bahkan dibuat secara umum untuk

masyarakat sekeliling, disamping aktiviti-aktivi pertandingan yang berbentuk islamik seperti
pertandingan nasyid sempena sambutan Maulidur Rasul, Ma’al Hijrah dan pertandingan tilawah
al-Quran diperingkat negeri dan sekolah-sekolah. Selain itu, program yang berbentuk “Street
Dakwah” ataupun dakwah jalanan semakin mendapat tempat dalam kalangan anak muda yang
berminat dengan dakwah.

2.2 GOLONGAN MUALLAF

Umumnya, masyarakat kita di Malaysia ini sudah terbiasa dengan panggilan Muallaf apabila
bertemu dengan orang yang baru memeluk Islam. Apakah yang dimaksudkan dengan Muallaf?
Memang diketahui Muallaf itu adalah orang yang baru memeluk Islam. Namun, adakah itu
takrifan sebenar bagi panggilan tersebut? Bagaimana jika mereka sudah lama memeluk Islam?
Adakah mereka juga masih dipanggil Muallaf? Apakah hak-hak mereka sebagai seorang
Muallaf?

2.2.1 SIAPAKAH ITU MUALLAF?

Terdapat pelbagai tafsiran mengenai muallaf sama ada tafsiran secara terus mahupun subjektif.
Muallaf secara umumnya diketahui oleh masyarakat sebagai orang yang baru memeluk Islam.
Panggilan lain bagi muallaf adalah “Saudara Baru”.


Muallaf menurut Kamus Dewan

didefinisikan sebagai seorang yang baru memeluk agama Islam yang dahulunya merupakan
orang kafir.9 Manakala menurut ensiklopedia Islam, muallaf didefinisikan sebagai orang yang
memeluk Islam, orang yang mempunyai harapan untuk memeluk Islam dan orang yang baru
masuk Islam tapi imannya masih lemah.10

Muallaf diklasifikasikan sebagai orang yang telah dilembutkan hati untuk memeluk Islam. Ia
merupakan perkataan bahasa arab yang membawa erti orang yang dijinakkan hati mereka untuk
memeluk Islam yang diambil daripada perkataan akhun manakala di dalam bahasa inggeris
disebut sebagai brother.11 Muallaf juga datang bersama-sama dengan perkataan “Muallafat
Quluubuhum” yakni keempat daripada lapan kategori yang layak menerima zakat seperti yang
diperkatakan dalam surah At-Taubah:
















        
         
60. Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orangorang miskin, dan amil-amil Yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf Yang dijinakkan
hatinya, dan untuk hamba-hamba Yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang Yang
berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan)
Dalam perjalanan. (Ketetapan hukum Yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang
datangnya) dari Allah. dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.12

At-Taubah (09):60

Menurut ilmuwan tafsir, muallafat quluubuhum boleh diterjemahkan sebagai ‘ambil hati’, yang

bermaksud mengambil hati mereka yang lemah imannya dan bukan hanya orang yang baru
memeluk agama Islam.13

Mereka ini memeluk Islam melalui lafaz syahadah yang mana mereka mengakui bahawasanya
tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Hal ini diperkuatkan lagi
dalam firman Allah Ta’ala dalam surah Yunus:

         
     
10. Doa ucapan mereka di Dalam syurga itu ialah Maha suci Engkau dari Segala kekurangan
Wahai Tuhan! dan ucapan penghormatan mereka padanya ialah: Selamat sejahtera! dan akhir
doa mereka ialah Segala puji dipersembahkan kepada Allah Yang memelihara dan mentadbirkan
sekalian alam!14
Yunus
(10):10

Melihat kepada pelbagai tafsiran mengenai muallaf, dapat disimpulkan bahawa muallaf itu
adalah orang yang dijinakkan hatinya untuk memeluk Islam dan mereka baru sahaja memeluk
Islam. Walaupun golongan muallaf ini baru sahaja memeluk Islam, tetapi Islam menganjurkan
umatnya untuk meraikan mereka seperti muslim yang lainnya. Golongan muallaf dalam Islam

bukanlah sesuatu yang baru bahkan telah ada sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w semasa
baginda memulakan dakwah baginda setelah mendapat wahyu daripada Allah s.w.t. Jika kita
melihat kepada jalur sejarah Islam lampau, golongan muallaf yang pertama adalah keluarga
terdekat baginda Nabi s.a.w seperti Saidatina Khadijah, Saidina Abu Bakar, Saidina Ali yang
pada ketika itu masih kanak-kanak dan juga Zaid bin Harithah yang merupakan muallaf dari

golongan hamba.15 Mereka ini diraikan, diberikan bantuan dan perhatian seperti orang yang telah
lama memeluk Islam.

2.2.2 MUALLAF DAN MUKALLAF

Muallaf dan Mukallaf merupakan dua panggilan yang berbeza untuk dua golongan yang berbeza.
Muallaf seperti yang telah dijelaskan tadi iaitu orang yang dilembutkan hatinya untuk memeluk
Islam, manakala mukallaf dideifinisikan sebagai seorang yang dipertanggungjawabkan dengan
kewajipan dan perintah untuk menjalankan hukum tuntutan agama Islam serta menjauhi
larangan-Nya atas dasar orang tersebut telah mencapai umur dewasa dan mempunyai akal
ataupun telah akil baligh serta telah sampai seruan agama yakni syariat Islam kepadanya.16

Timbul pertanyaan sekiranya seseorang yang telah memeluk Islam untuk beberapa tahun, adakah
mereka masih dipanggil muallaf atau mukallaf? Brother Lim Joi Soon (Brother merujuk kepada
muallaf lelaki) telah menjelaskan bahawa mereka yang telah lama memeluk Islam tidak lagi
dipanggil dengan panggilan muallaf tetapi mereka dikategorikan sebagai mukallaf kerana syarat
untuk seseorang itu menjadi mukallaf adalah telah sampai syariat Islam kepadanya dan mereka
telah memahami serta mengamalkan syariat Islam dengan baik.17

2.2.3 HAK-HAK MUALLAF

Golongan muallaf dalam Islam amat diraikan dan diberikan perhatian seperti mana yang telah
dilakukakn oleh Rasululullah s.a.w kepada ahli keluarga dan sahabat yang terdekat semasa di
awal tahun dakwah baginda bermula. Apabila telah memeluk Islam, seorang muallaf mempunyai
hak untuk diberikan perhatian, diraikan dan diberikan bantuan. Perhatian kepada golongan
muallaf ini adalah dari segi pendidikan asas mengenai Islam iaitu perkara-perkara tentang fardhu
ain dan fardhu kifayah, perkara asas yang lain mengenai Islam seperti mana baginda Nabi s.a.w
lakukan iaitu memberi bimbingan tentang Islam kepada golongan terawal yang memeluk Islam
pada ketika itu di dar al-Arqam bin Abi al-Arqam, pusat untuk baginda Nabi s.a.w
menyampaikan Islam serta memberi ruang untuk para sahabat berbincang mengenai Islam dan
mendapat bimbingan secara terus dari baginda.18

Namun begitu, dalam hal-hal yang berkaitan dengan muallaf, perkara yang menjadi tumpuan
ialah pemberian zakat kepada golongan ini. Hal ini telah dibahaskan oleh para ulama dan fuqaha
dalam menjelaskan tentang pemberian zakat kepada golongan muallaf. Harus diketahui bahawa
tafsiran muallaf itu bukan sahaja merujuk kepada orang yang baru memeluk Islam, bahkan
mereka yang lemah imannya, mereka yang lemah keinginan untuk memeluk Islam juga
ditafsirkan sebagai muallaf menurut pandangan ulama mazhab Hanbali dan Maliki. Pendapat ini
dikuatkan dengan perbuatan baginda Nabi Muhammad s.a.w yang bertindak untuk memberikan
sebahagian harta rampasan perang kepada golongan muallaf ini untuk menguatkan iman mereka
terhadap Islam.19

Berbeza pula dengan pandangan daripada ulama mazhab Hanafi dan Syafie, mereka berpendapat
bahawa pemberian zakat kepada golongan muallaf yang belum memeluk Islam bukanlah
bertujuan untuk menundukkan hati mereka, tetapi kerana pada ketika itu Islam masih lemah dan
Allah s.w.t ingin memuliakan Islam dan kaum muslimin, maka pemberian itu menunjukkan
kepada golongan ini bahawa Islam tidak memerlukan belas kasihan daripada mereka.20

2.2.4 CABARAN TERHADAP GOLONGAN MUALLAF

Tertulis dalam sejarah Islam lampau bagaimana dakwah baginda Nabi s.a.w di tentang oleh
kaum musyrikin Mekah yang diketuai oleh bapa saudaranya sendiri iaitu Abu Jahal. Islam
senantiasa mendapat tentangan yang hebat sehingga kini. Jika dikaitkan dengan muallaf,
memang wujudnya penentangan yang jelas terhadap golongan ini terutamanya dari kaum
keluarga mereka sendiri. Hal ini telah dibuktikan melalui perkongsian yang telah diberikan oleh
golongan muallaf sendiri dalam sesi ceramah, forum, perkongsian secara bertulis dan
sebagainya. Pelbagai ancaman diterima apabila mereka memeluk agama Islam, namun tidak
kesemuanya berkongsi nasib yang sama.

Terdapat beberapa cabaran yang dikenalpasti dalam hal yang berkaitan dengan muallaf seperti
cabaran dalam tempoh transisi yang melibatkan cabaran mental, psikologi dan emosi. 21 Hal ini
dikaitkan dengan perubahan atau perpindahan seorang muallaf dari gaya hidup yang sebelumnya
dan corak kehidupan yang baru menurut acuan Islam. Proses ini bukanlah sesuatu yang mudah

bagi golongan muallaf kerana mereka perlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan gaya
hidup yang baru. Ini memerlukan kepada kekuatan mental, psikologi dan emosi untuk melepasi
tempoh transisi ini.

Cabaran psikologi golongan muallaf diterangkan secara khusus oleh Nur A’thiroh Masyaa’il
Tan, seorang muallaf yang menulis jurnal tentang keperluan memahami psikologi saudara
mulsim, di mana seorang muallaf itu akan berdepan dengan cabaran psikologi yang
mengandungi lima peringkat iaitu peringkat tenang, peringkat konflik kepercayaan, peringkat
desakan dalaman, peringkat tenang semula dan peringkat pengukuhan penghayatan terhadap
Islam.22 Namun begitu, selain daripada lima peringkat tersebut, golongan muallaf akan
menghadapi satu peringkat desakan psikologi yang hebat sebelum mengalami peringkat tenang
semula iaitu peringkat desakan psikologi dalaman dan luaran pada ketika sebelum dan selepas
memeluk Islam.23 Desakan psikologi ini dimaksudkan dengan tekanan daripada keluarga dan
masyarakat serta desakan psikologi dalaman muallaf itu sendiri.

Cabaran yang seterusnya ialah cabaran keluarga dan masyarakat.24 Ini adalah perkara yang biasa
berlaku kepada golongan muallaf, terutamanya dalam hal kekeluargaan. Seseorang yang
memeluk Islam akan berhadapan dengan tekanan daripada pihak keluarga dan juga komuniti asal
mereka tanpa mengira latar belakang etnik. Seringkali masyarakat mendengar tentang pelbagai
bentuk ancaman yang diterima oleh golongan muallaf, selain konflik kekeluargaan yang timbul
setelah mereka memeluk agama Islam. Konflik kekeluargaan ini timbul apabila kurangnya
kefahaman tentang bagaimana Islam menangani dan menyelesaikan masalah yang melibatkan

hubungan kekeluargaan yang didalamnya terdapat perbezaan agama. Begitu juga dengan
sesetengah masyarakat yang seringkali memberikan tanggapan yang negatif serta tafsiran yang
salah terhadap golongan muallaf apabila mereka berbuat sesuatu. Masyarakat berpandangan
bahawa apabila seseorang itu telah memeluk Islam, maka cara hidupnya hendaklah berubah
mengikut Islam secara total. Masyarakat harus faham bahawa proses transisi seorang muallaf itu
bukanlah semudah yang disangkakan, sedangkan seorang muslim yang cuba untuk beristiqamah
juga berhadapan dengan kepayahan, inikan pula bagi golongan muallaf.

Antara cabaran lain yang dihadapi oleh golongan muallaf ialah keterbatasan bidang kuasa
institusi dakwah dan juga kurangnya sumber kewangan yang membataskan segala bentuk
program dakwah untuk golongan ini.25 Golongan muallaf perlu diberikan perhatian dari aspek
kebajikan dan juga pendidikan asas Islam bagi memastikan mereka sentiasa merasakan bahawa
Islam itu amat mengambil berat terhadap golongan muallaf. Kurangnya perhatian daripada pihak
tertentu menyebabkan ada dalam kalangan muallaf ini kembali kepada agama asal kerana
merasakan mereka tidak dipedulikan. Namun begitu, kekangan ini masih dihadapi oleh
sebahagian daripada pihak yang terlibat sehingga kini menyebabkan mereka tidak dapat
melaksanakan segala program yang telah direncanakan kepada golongan muallaf.

Cabaran yang terakhir terhadap golongan muallaf ialah jangkaan masyarakat muslim. 26
Masyarakat Islam di Malaysia terutamanya masyarakat Melayu merupakan majoriti penganut
Islam. Namun begitu, terdapat segelintir daripada masyarakat sendiri yang terlalu menekankan
aspek gaya hidup Islam terhadap golongan muallaf sehingga menimbulkan rasa tertekan dalam

diri seorang muallaf. Masyarakat terlalu memandang kepentingan melaksanakan syariat Islam
tanpa memikirkan kesannya terhadap golongan muallaf yang mana mereka ini baru sahaja
memeluk agama Islam. Melihat kepada situasi ini, masyarakat Islam terutamanya masyarakat
Melayu itu sendiri harus memahami tentang perlunya untuk melihat golongan muallaf ini dari
sudut pendekatan psikologi kerana bagi mereka bukan mudah untuk mengubah diri daripada
tabiat atau gaya hidup pada ketika mereka belum memeluk Islam dan selepas memeluk Islam.27

2.4 DAKWAH TERHADAP GOLONGAN MUALLAF

Perkara di atas telah membincangkan tentang siapa itu muallaf, perbezaan mereka dengan
mukallaf, hak-hak golongan muallaf dan juga cabaran yang dihadapi oleh mereka. Perkara yang
ingin diketengahkan oleh penulis dalam topik ini ialah dakwah kepada golongan muallaf serta
kaedah yang digunakan, disamping mennyenaraikan beberapa cabaran yang dihadapi oleh
golongan pendakwah dalam melaksanakan kerja-kerja untuk menyebarkan Islam kepada
golongan muallaf dan golongan Non-Muslim.

2.4.1 PENGERTIAN DAKWAH

Dakwah itu merupakan satu kewajipan bagi seorang muslim seperti mana yang telah dijelaskan
oleh penulis di awal bab ini. Menurut kamus dewan, dakwah diertikan sebagai kegiatan menyeru
dan membimbing serta meyakinkan secara baik dalam usaha mempengaruhi orang lain supaya

menyedari atau menghayati dan mengamalkan ajaran agama yang sebenar. 28 Dakwah juga boleh
ditakrifkan sebagai satu kegiatan ajakan yang baik dalam bentuk lisan, tulisan, tingkah laku dan
sebagainya yang dilakukan secara sedar dan berencana dalam usaha mempengaruhi orang lain
baik secara individu atau berkelompok.29

Secara umumnya, dakwah ditakrifkan sebagai satu kegiatan dalam mengajak orang lain ke arah
kebaikan dan meninggalkan perkara-perkara yang ditegah dalam agama. Dakwah bukan sahaja
tertentu kepada mereka yang ahli dalam bidang dakwah, tetapi ianya merupakan tugas seorang
muslim kepada muslim yang lain dan juga kepada mereka yang bukan Islam. Ini dijelaskan
melalui firman Allah Ta’ala dalam surah Ali ‘Imran:

        
           
    
110. kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat Yang dilahirkan bagi (faedah)
umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik dan melarang
daripada Segala perkara Yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah
(dengan sebenar-benar iman). dan kalaulah ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman
(sebagaimana Yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara
mereka ada Yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang Yang fasik.
Ali
(03):110

‘Imran

Islam merupakan agama yang terakhir diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w, dan umat yang
terbaik daripada umat yang sebelumnya ialah umat Islam kerana tugas yang disandarkan kepada
kaum muslimin iaitu tugas dakwah. Ini amat jelas dalam firman Allah di atas yang menyatakan
khaira ummah yang bermaksud sebaik-baik umat. Ini juga menunjukkan bahawa dakwah itu
bukanlah satu tugas kepada mereka yang ahli dalam bidang tersebut tetapi ianya adalah tugas
seluruh umat Islam.

2.4.2 DAKWAH KEPADA GOLONGAN MUALLAF DAN NON-MUSLIM

Dakwah kepada golongan muallaf melibatkan dua golongan iaitu dakwah kepada mereka yang
baru sahaja memeluk agama Islam dan juga dakwah kepada golongan Non-Muslim. Ini
memerlukan kepada pendekatan yang berbeza mengikut golongan yang hendak disampaikan
dakwah kepada mereka. Al-Quran merupakan sumber yang kaya dengan cara menyampaikan
dakwah seperti mana yang telah dilakukan oleh para nabi yang terdahulu sehinggalah Nabi
Muhammad s.a.w. Antara ayat yang mengetengahkan uslub pendekatan dakwah secara jelas
ialah melalui firman Allah dalam surah An-Nahl:

        
              
 
125. serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) Dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat
pengajaran Yang baik, dan berbahaslah Dengan mereka (yang Engkau serukan itu) Dengan cara

Yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang Yang
sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang Yang mendapat
hidayah petunjuk.30
An-Nahl (16):125

Ayat di atas jelas menunjukkan cara untuk berdakwah yang meliputi tiga cara iaitu pendekatan
melalui hikmah atau cara kebijaksanaan, kemudian diikuti dengan nasihat serta pengajaran yang
baik dan yang akhir sekali ialah melalui perbahasan atau perdebatan dengan cara yang baik. Tiga
cara ini boleh dieksploitasikan mengikut kebijaksanaan para pendakwah dalam memastikan
dakwah yang disampaikan itu berkesan.

Golongan muallaf yang baru memeluk Islam mempunyai keinginan untuk mengetahui Islam
dengan lebih mendalam ini. Berbagai persoalan timbul dalam usaha mereka untuk mencari
kebenaran yang hakiki setelah menganut agama yang baru. Perlu diketahui, golongan muallaf
terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti golongan profesional, orang-orang kampung dan
lain-lain lagi. Situasi ini memerlukan kaedah pendekatan yang berbeza mengikut latar belakang
muallaf tersebut. Antara pendekatan dakwah yang boleh dilaksanakan untuk golongan muallaf
ialah uslub targhib dan tarhib iaitu kaedah galakan dan latihan. Kaedah ini dilaksanakan untuk
memberi galakan kepada golongan muallaf melalui penjelasan tentang kebaikan dan ganjaran
yang menanti bagi setiap kebaikan tersebut serta balasan yang menanti bagi setiap perbuatan
yang buruk.31 Allah s.w.t berfirman dalam surah Ali ‘Imran:

         
  
133. dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal Yang baik untuk mendapat)
keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga Yang bidangnya seluas Segala langit dan
bumi, Yang disediakan bagi orang-orang Yang bertaqwa;32
Ali ‘Imran (03):133

Golongan profesional ataupun intelektual dalam kalangan muallaf merupakan mereka yang
memeluk Islam melalui diskusi ilmiah, kajian, pembacaan dan sebagainya. Mereka ini
memerlukan pendekatan dengan menggunakan kaedah interaksi dengan minda iaitu pendekatan
dalil-dalil aqli untuk menjawab setiap persoalan yang berbentuk logik akal. Al-Quran sebagai
wahyu telah menyediakan pelbagai dalil-dalil aqli untuk meyakinkan golongan ini tentang
kebenaran Islam serta kekuasaan Allah Ta’ala seperti mana firman Allah dalam surah AdzDzariyaat:

          
20. dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi
orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) Yang yakin,
21. dan juga pada diri kamu sendiri. maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan
(dalil-dalil dan Bukti itu)?33
Adz-Dzariyaat (51): 20-21

Kaedah ini juga boleh digunakan untuk tujuan memperlihatkan kebenaran Islam kepada
golongan Non-Muslim. Pendekatan-pendekatan ini boleh digunakan oleh para pendakwah
melalui aktiviti ceramah ataupun forum agama serta kelas-kelas bimbingan.

Institusi dakwah juga memainkan peranan penting dalam menjalankan dakwah kepada golongan
muallaf. Ini melibatkan pelbagai institusi dakwah dan organisasi bukan kerajaan (NGO) dalam
usaha untuk memastikan golongan muallaf mendapat perhatian dan bantuan yang secukupnya.
Pelbagai program direncanakan oleh organisasi-organisasi ini untuk melaksanakan aktiviti
dakwah dan penyebaran maklumat tentang Islam kepada golongan muallaf. Seperti contoh
program yang sering dilakukan oleh pelbagai institusi dakwah di Malaysia ialah dengan
mengadakan program-program yang berbentuk pendidikan seperti kelas bimbingan fardhu ain
untuk memberikan pendidikan yang asas mengenai Islam. Pusat Latihan Dakwah (PLD)
merupakan antara institusi dakwah yang menawarkan pendidikan diperingkat asas disamping
menyediakan pelbagai program lain untuk golongan muallaf. Program Keluarga Angkat juga
merupakan antara aktiviti-aktiviti berbentuk sosial yang direncanakan untuk golongan muallaf
bagi memudahkan mereka untuk mengenali Islam dengan lebih baik secara tidak formal melalui
program ini.34 Selain itu, program kaunseling serta khidmat nasihat juga disediakan bagi muallaf
yang berhadapan dengan masalah peribadi mahupun masalah yang berkaitan dengan agama.
Dakwah kepada golongan muallaf dan Non-Muslim bukan terbatas kepada program atau aktiviti
tertentu sahaja, bahkan ianya boleh dilakukan secara bebas seperti dakwah jalanan yang semakin
mendapat tempat dalam kalangan pendakwah kini. Dakwah jalanan ataupun Street Dakwah ini

merupakan satu aktiviti yang mana para pendakwah yang terlatih dalam kalangan belia dan
remaja terlibat untuk memberi penjelasan terhadap Islam di tempat-tempat awam. Ini sekaligus
memberi peluang kepada golongan Non-Muslim untuk mendapatkan informasi yang betul
tentang Islam. Aktiviti dakwah jalanan ini amat popular di negara-negara eropah di atas
kesedaran para pendakwah dalam mengatasi isu ‘Islamophobia’ yang semakin menjadi dalam
kalangan masyarakat barat. Mereka seringkali mempunyai tanggapan yang salah terhadap Islam
dan melabelkan Islam sebagai satu agama yang menggalakkan keganasan.

2.4.3 CABARAN DAKWAH

Dakwah bukanlah satu pekerjaan yang mudah untuk dilaksanakan. Ianya merupakan tugas yang
berat untuk dipikul namun disebaliknya ada ganjaran yang amat bernilai. Dakwah tanpa cabaran
bukanlah dakwah yang sebenar. Jika disusuri sejarah Islam pada zaman baginda Nabi s.a.w,
baginda sendiri berhadapan dengan tentangan yang amat hebat daripada kaum musyrikin Mekah
sehingga baginda berhadapan dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan. Ini meperlihatkan dakwah
itu bukanlah sesuatu yang mudah. Cabaran dakwah terhadap golongan muallaf boleh dilihat
daripada pelbagai aspek seperti aspek sosial, aspek ilmu pengetahuan para pendakwah dan
pemimpin, aspek keperibadian pendakwah serta aspek fizikal pendakwah.35

Cabaran dakwah dari aspek sosial melihat kepada keadaan sosial masyarakat sekeliling serta
senario yang berlaku pada masa kini. Tuan Haji Yaakob Lazim, yang merupakan Setiausaha

Agung Kehormat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) menjelaskan bahawa
timbulnya perasaan kurang selesa dalam kalangan muallaf terhadap masyarakat Islam
terutamanya orang Melayu kerana sikap orang Melayu itu sendiri. Masyarakat Melayu tidak
memperlihatkan kesejagatan Islam kerana terlalu menghubungkan diri dengan Islam, sehingga
ada yang merasakan golongan muallaf yang tidak mengamalkan budaya Melayu diragui
keIslamannya.36 Hussein Yee, seorang pendakwah terkenal juga turut memberikan pandangan
beliau mengenai perkara ini yang mana beliau menjelaskan bahawa ketidakmampuan masyarakat
Islam dalam membezakan budaya dengan agama membuktikan sempitnya fahaman mereka
terhadap agama sendiri dan boleh menimbulkan fitnah kepada Islam. beliau turut menasihati
masyarakat Islam khususnya orang Melayu untuk bersikap lebih terbuka dan sedia berkongsi
agama Islam bersama masyarakat bukan Islam yang berpotensi untuk menjadi seorang muslim.37

Cabaran dari aspek ilmu pengetahuan para pendakwah dan pemimpin pula tertumpu kepada
kemahiran dakwah serta tahap ilmu yang dimiliki oleh golongan pendakwah dan pemimpin itu
sendiri. Pendakwah dan pemimpin yang mempunyai ilmu yang cetek tentang agama akan mudah
membuat tanggapan yang berbeza serta membuat keputusan dengan logik akalnya sendiri. Ini
menyebabkan golongan muallaf keliru dan merasakan tiada perkara yang dapat menarik
perhatian mereka untuk mendalami agama Islam. 38 Melihat kepada situasi ini, keperluan kepada
ilmu yang mendalam tentang Islam itu sendiri perlu dalam kalangan pendakwah dan juga
pemimpin. Mengapa pemimpin perlu dilibatkan? Ini kerana pemimpin sebagai orang yang
mempunyai pengaruh yang besar dari aspek politik mampu untuk memberi pengaruh serta
tanggapan yang baik terhadap golongan muallaf apabila mereka melibatkan diri dalam perkaraperkara yang berkaitan dengan agama. Pemimpin yang mempunyai kefahaman yang mendalam

terhadap agama juga mampu untuk memudahkan gerak kerja dakwah bukan sahaja kepada
golongan tertentu, tetapi kepada masyarakat umum secara amnya.

Antara cabaran dakwah yang lain terhadap golongan muallaf ialah dari aspek keperibadian
seorang pendakwah tersebut. Dakwah Bil-Hal yang memerlukan kepada penonjolan
keperibadian muslim yang baik adalah amat perlu untuk mempengaruhi golongan muallaf dalam
menarik minat mereka untuk mendalami agama Islam. Namun begitu, kegagalan para
pendakwah dan pemimpin Islam dalam menonjolkan keperibadian dan akhlak yang mulia
menjejaskan dakwah dan Islam itu sendiri. Mereka yang tidak mempunyai ciri-ciri ini dianggap
sebagai orang yang terpengaruh dengan keduniaan dan nafsu. Malah, mereka dianggap sebagai
orang yang tidak mempunyai keimanan dan tidak memberikan contoh yang sempurna sebagai
ikutan.39 Hal ini menjadikan masyarakat tidak memandang tinggi dan menghormati Islam itu
sendiri. Kepercayaan masyarakat tidak akan wujud sehinggalah pendakwah itu mampu untuk
menjadi satu teladan yang baik dalam perbuatan dan pengetahuannya melalui amalan dan
muamalah harian.40

Salah satu daripada cabaran dakwah terhadap golongan muallaf adalah dari aspek fizikal
pendakwah itu sendiri. Aspek fizikal ini melibatkan kesihatan tubuh badan para pendakwah
dalam usaha untuk melahirkan kepimpinan dakwah yang efisien dan efektif. Pendakwah yang
kurang sihat tubuh badan akan menjejaskan prestasi mereka dalam melaksanakan tanggungjawab
dakwah. Ini sekaligus melemahkan masyarakat dalam apabila berdepan dengan pendakwah yang
lemah kredibilitinya dan sugul dalam penyampaian dakwah.41

Antara cabaran dakwah yang lain ialah keterbatasan institusi dakwah dan organisasi yang terlibat
dalam dakwah untuk menyediakan pelbagai kemudahan bagi kegunaan golongan muallaf akibat
daripada kekangan kewangan. Faktor ekonomi juga memainkan peranan dalam membataskan
segala gerak kerja dakwah yang telah direncanakan oleh pihak yang berkaitan. Ini kerana
ekonomi yang tidak stabil membawa kepada kurangnya sumber pendapatan golongan muallaf
yang mana tidak kesemua mereka itu tergolong dalam kumpulan masyarakat yang datang dari
golongan kaya. Keterbatasan ini juga menyebabkan sebahagian daripada organisasi dakwah tidak
dapat untuk menyediakan bantuan kebajikan yang bertujuan untuk membantu golongan muallaf.

Sebahagian daripada institusi dan organisasi dakwah ini juga menyediakan bukan sahaja bantuan
kewangan, bahkan bantuan dari sudut keperluan isi rumah juga turut diberikan. Sekiranya
ekonomi dan aspek kewangan pihak yang terlibat ini tidak kukuh, ini menjejaskan pemberian
bantuan kepada muallaf yang memerlukan. Walaupun pada ketika ini adanya organisasi dakwah
seperti ABIM yang menyediakan pelbagai bentuk kursus kemahiran untuk meningkatkan taraf
ekonomi golongan muallaf, itu masih tidak mencukupi kerana persediaan untuk menganjurkan
kursus kemahiran juga memerlukan kos yang tinggi. Perkara-perkara sebegini tidak seharusnya
dipandang remeh oleh pihak yang berkenaan kerana golongan muallaf adalah mereka yang
menjadi pewaris generasi Islam yang seterusnya.

Cabaran-cabaran dakwah terhadap golongan muallaf ini harus diberikan perhatian yang
menyeluruh bagi memastikan nasib golongan muallaf sentiasa terbela. Selain itu, tindakan ini

juga mampu untuk mengelakkan isu murtad dalam kalangan muallaf yang mana perkara ini
boleh berlaku apabila sebahagian daripada mereka tidak mendapat perhatian dan bantuan yang
secukupnya. Ini menyebabkan mereka rasa tidak dipedulikan dan timbul prasangka yang tidak
baik terhadap Islam lantas memberikan keraguan dalam keimanan mereka. Disamping itu, para
pendakwah juga harus bersiap sedia dari segi mental dan fizikal untuk memberikan sepenuh
perhatian mereka kepada golongan muallaf agar dapat menarik minat mereka untuk lebih
mengenali Islam.

Aspek kesanggupan para pendakwah untuk turun bersama dengan masyarakat, berinteraksi
secara terus merupakan salah satu kekurangan yang perlu diatasi. Jika dilihat kepada sejarah
dakwah baginda Nabi s.a.w dan juga para nabi yang terdahulu, mereka sanggup untuk berdepan
dengan segala bentuk ujian dan rintangan demi menjalankan amanah yang telah diberikan oleh
Allah s.w.t. Para pendakwah kini juga harus bersiap sedia untuk bersaing dengan golongan
mubaligh kristian yang sentiasa mencari ruang dan peluang untuk memurtadkan golongan
muallaf.

2.5 GOLONGAN MUALLAF DI SABAH

Golongan muallaf di Sabah kebanyakannya datang dari latar belakang yang berbeza. Majoriti
daripada mereka memilih untuk memeluk Islam disebabkan perkahwinan. Hanya segelintir
daripada mereka yang memeluk Islam melalui pembacaan ataupun diskusi ilmiah. 42 Data yang

didapati adalah berdasarkan statistic yang dikeluarkan oleh Hidayah Centre Sabah, salah satu
organisasi dakwah yang terlibat secara khusus dengan golongan muallaf dan non-muslim secara
amnya. Sehingga kini, jumlah golongan muallaf di Sabah hanyalah 340 orang, yang berdaftar di
lima cawangan Hidayah Centre di seluruh Sabah, dan hanya 236 daripada mereka yang terlibat
dengan program yang telah disediakan oleh pihak Hidayah Centre.

Sebagaimana golongan muallaf yang lain, muallaf di Sabah juga berhadapan dengan situasi
cabaran yang sama seperti konflik kekeluargaan, cabaran psikologi dan yang lain. Namun begitu,
terdapat beberapa isu kritikal yang telah dinyatakan oleh Ustaz Joanes dalam sesi temubual
bersama penulis di Sabah, di antaranya ialah isu berkenaan dengan kebajikan golongan muallaf
yang tidak dijaga, tidak ada aktiviti susulan terhadap golongan muallaf di Sabah, Isu hasutan
daripada keluarga untuk kembali murtad, isu perceraian dan pembahagian harta. Isu-isu yang
kritikal ini merupakan isu yang sering dihadapi oleh golongan muallaf di Sabah dan ianya
merupakan tugas Hidayah Centre untuk menangani setiap isu tersebut.

Golongan muallaf di Sabah datang dari kumpulan etnik yang berbeza, yang mempunyai pelbagai
adat resam dan latar belakang kebudayaan yang berbeza. Ini memerlukan kepada kemahiran
pendakwah dalam menyesuaikan dan menyampaikan kehendak syariat Islam tanpa perlu untuk
meninggalkan aktiviti kebudayaan tersebut.
NOTA HUJUNG

1

Alijah Gordon. 2001. The Propagation Of Islam in the Indonesian-Malay Archipelago. Kuala Lumpur: Malaysian
Sociological Research Institute.
2

Ibid.

3

Ibid.

4

Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abd. Rahman. 2007. Islam di Brunei Darussalam
Zaman British (1774-1984). Brunei Darussalam: Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei.
5

Ibid.

6

__________. 2013. Http://ms.wikipedia.org/wiki/Bumiputra_di_Sabah. 23 Mac.

7

Sheikh Abdullah Basmeh.2003.Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran.Kuala Lumpur: Darul alFikr.
8

Al-Habib Alwi bin Thahir al-Haddad. 2001. Sejarah Masuknya Islam di Timur Jauh. Terj. Drs. Ali Yahya. Jakarta:
PT. LENTERA BASRITAMA.
9

Hjh Noresah bt Baharom. 2005. Kamus Dewan. Edisi 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

10

Nurhafizah Bte Amir Salleh. 2011. Permasalahan Pentadbiran Harta Pusaka Muallaf Di Sabah. Latihan Ilmiah
Diploma Pengajian Islam, Jabatan Syariah, Akademi Islam, Koelj Universiti Antarabangsa Selangor, Selangor.
11

Nur Damia Husna Bte Nor Sad. 2010. Program Dakwah terhadap Golongan Muallaf: Satu Kajian di PERKIM
Kebangsaan, Kuala Lumpur. Latihan Ilmiah Diploma Pengajian Islam, Jabatan Dakwah dan Pengurusan, Akademi
Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Selangor.
12

Sheikh Abdullah Basmeh.2003.Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran.Kuala Lumpur: Darul alFikr.
13

Bro Lim Joi Soon. 2012. Http://m.facebook.com/permalink.php?story.html. 18 September.

14

Ibid.

15

Muhammad Al-Fath Bainuni. 1995. Al-Madkhal Fi ‘Ilm Al-Dakwah. Beirut: Ar-Risalah. Hlm 14.

16

_______. 2013. Http://ms.wikipedia.org/wiki/Mukallaf.html. 23 September.

17

Bro Lim Joi Soon. 2012. Op.cit.

18

Muhammad Al-Fath Bainuni. 1995. Op.cit.

19

Norazila Bte Ojee. 2012. Kaedah dan Keberkesanan Pemberian Zakat Terhadap Golongan Muallaf: Kajian di
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Latihan Ilmiah Sarjana Muda Syariah dengan Undang-Undang, Jabatan
Undang-Undang, Akademi Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Selangor.
20

Ibid.

21

Abdul Ghafar Hj Don. 2009. Dakwah kepada Non-Muslim di Malaysia. Bangi: Jabatan Dakwah dan Kepimpinan.
Hlm 173
22

Nur A’thiroh Masyaa’il Tan Bte Abdullah. 2009. Keperluan memahami psikologi saudara muslim. Jurnal Hadhari,
2: 83.97
23

Ibid. hlm 89

24

Abdul Ghafar Hj Don. 2009. Op.cit. hlm 174.

25

Nor Damia Husna Bte Nor Sad. 2010. Op.cit.

26

Ibid. hlm 38.

27

Nur A’thiroh Masyaa’il Tan Bte Abdullah. 2009. Op.cit.

28

Hjh Noresah bt Baharom. 2005. Kamus Dewan. Edisi 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

29

Dr. Abdul Aziz Bin Mohd Zin. 1999. Psikologi Dakwah. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia. Hlm 16.
30

Sheikh Abdullah Basmeh.2003.Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran.Kuala Lumpur: Darul alFikr.
31

Nur Damia Husna Bte Nor Sad. 2010. Op.cit.

32

Sheikh Abdullah Basmeh.2003.Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran.Kuala Lumpur: Darul alFikr.
33

Ibid.

34

Razaleigh Muhamat@Kawangit, Abd. Ghafar Don & Abu Dardaa Muhammad. 2012. Dakwah
kepada Golongan Muallaf Orang Asli di Kelantan. Jurnal Hikmah. 4: 87-105.
35

Nor Damia Husna Bte Nor Sad. 2010. Op.cit. Hlm 39.

36

Nur A’thiroh Masyaa’il Tan Bte Abdullah. 2009. Op.cit.

37

Ibid.

38

Nor Damia Husna Bte Nor Sad. 2010. Op.cit.

39

Muhammad A-Fath Bainuni. 1995. Op.cit. Hlm 155.

40

Usamah Bin Hussein. 1996. Pendakwah Masa Kini: Sikap dan Pendekatan. Kuala Lumpur:
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. Hlm. 63.
41

42

Nur Damia Husna Bte Nor Sad. 2010. Op.cit. hlm. 40.

Temubual bersama Ustaz Joanes Bin Lukas. Pengurus Hidayah Centre Cawangan Kota
Kinabalu, Sabah pada 22 Spetember 2014. Jam 2.30 petang.

Dokumen yang terkait

ANALISIS KOMPARATIF PENDAPATAN DAN EFISIENSI ANTARA BERAS POLES MEDIUM DENGAN BERAS POLES SUPER DI UD. PUTRA TEMU REJEKI (Studi Kasus di Desa Belung Kecamatan Poncokusumo Kabupaten Malang)

23 307 16

FREKUENSI KEMUNCULAN TOKOH KARAKTER ANTAGONIS DAN PROTAGONIS PADA SINETRON (Analisis Isi Pada Sinetron Munajah Cinta di RCTI dan Sinetron Cinta Fitri di SCTV)

27 310 2

DEKONSTRUKSI HOST DALAM TALK SHOW DI TELEVISI (Analisis Semiotik Talk Show Empat Mata di Trans 7)

21 290 1

MANAJEMEN PEMROGRAMAN PADA STASIUN RADIO SWASTA (Studi Deskriptif Program Acara Garus di Radio VIS FM Banyuwangi)

29 282 2

MOTIF MAHASISWA BANYUMASAN MENYAKSIKAN TAYANGAN POJOK KAMPUNG DI JAWA POS TELEVISI (JTV)Studi Pada Anggota Paguyuban Mahasiswa Banyumasan di Malang

20 244 2

PERANAN ELIT INFORMAL DALAM PENGEMBANGAN HOME INDUSTRI TAPE (Studi di Desa Sumber Kalong Kecamatan Wonosari Kabupaten Bondowoso)

38 240 2

Analisis Sistem Pengendalian Mutu dan Perencanaan Penugasan Audit pada Kantor Akuntan Publik. (Suatu Studi Kasus pada Kantor Akuntan Publik Jamaludin, Aria, Sukimto dan Rekan)

136 695 18

DOMESTIFIKASI PEREMPUAN DALAM IKLAN Studi Semiotika pada Iklan "Mama Suka", "Mama Lemon", dan "BuKrim"

133 700 21

KONSTRUKSI MEDIA TENTANG KETERLIBATAN POLITISI PARTAI DEMOKRAT ANAS URBANINGRUM PADA KASUS KORUPSI PROYEK PEMBANGUNAN KOMPLEK OLAHRAGA DI BUKIT HAMBALANG (Analisis Wacana Koran Harian Pagi Surya edisi 9-12, 16, 18 dan 23 Februari 2013 )

64 565 20

PENERAPAN MEDIA LITERASI DI KALANGAN JURNALIS KAMPUS (Studi pada Jurnalis Unit Aktivitas Pers Kampus Mahasiswa (UKPM) Kavling 10, Koran Bestari, dan Unit Kegitan Pers Mahasiswa (UKPM) Civitas)

105 442 24