Kepentingan Akta Gangguan Seksual Kepada

Prakata
Dengan nama Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala
puji dan kesyukuran dipanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dengan limpah
kurnia dan inayahNya, kita masih lagi dapat merasai nikmat terbesar iaitu nikmat
Iman dan Islam.
Selawat serta salam diucapkan ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad
SAW, ahli keluarga Baginda, para sahabat baginda serta para tabi’in yang telah
berjihad mentauhidkan kalimahNya.
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan
kepada Puan Norizatini bt Norali, pensyarah subjek FLKP 2003 yang mana telah
memberikan saya tunjuk ajar dan bimbingan dalam mempelajari subjek ini. Tidak
dilupakan juga, jasa kedua ibu bapa saya yang sentiasa menyokong serta bantuan
dari rakan-rakan seperjuangan yang banyak menyumbangkan idea dan buah fikiran
bernas dalam proses pembikinan tugasan ini.
Jutaan terima kasih yang tidak terhingga saya tujukan untuk puan kerana
telah memberikan kami mahasiswa-mahasiswi pengajian asasi semester kedua,
kepercayaan untuk melaksanakan sebuah tugasan yang bertajuk “Kepentingan Akta
Gangguan Seksual Kepada Masyarakat Malaysia Umumnya Dan Di Tempat Kerja
Khususnya”.
Dalam tugasan ini, saya akan membentangkan serba sedikit mengenai
definisi gangguan seksual serta jenis-jenis gangguan seksual. Saya juga akan

menghuraikan beberapa kepentingan serta kesan negatif penubuhan akta gangguan
seksual di Malaysia. Pada penghujung tugasan ini, saya akan merumuskan
kesimpulan berdasarkan fahaman saya sendiri mengenai topik ini.
Akhir kalam, saya berharap agar tugasan ini dapat saya laksanakan dengan
jayanya. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Apa yang baik dijadikan teladan, apa
yang buruk dijadikan sempadan. Semoga tugasan ini dapat memberikan manfaat
buat semua. Segala yang baik datangnya dari Tuhan Rabbul ‘Izzati dan segala
kekurangan serta kelemahan, disandarkan kepada diri saya sendiri. Sekian.

2

Pengenalan
Apakah yang dimaksudkan dengan gangguan seksual? Gangguan seksual
merupakan tingkah laku yang tidak dapat diterima oleh buah fikiran manusia kerana
ia adalah tingkah laku berunsur lucah yang mana tidak diminta, tidak diundang serta
tidak ditawarkan oleh mana-mana individu yang terlibat samada secara langsung
mahupun tidak.
Gangguan seksual merupakan perlakuan tidak bermoral yang seharusnya
kita semua elakkan kerana ia meliputi gangguan yang tidak masuk akal yang hanya
membelenggu fikiran seseorang individu yang terlibat, bukan sahaja secara fizikal

malahan mental seseorang akan turut terjejas. Salah laku ini akan memberikan
impak yang besar terhadap diri mangsa, keluarga, agama, bangsa dan juga negara.
Secara umumnya, gangguan seksual boleh dikategorikan kepada lima
bahagian iaitu gangguan seksual secara lisan, isyarat, visual, psikologi dan fizikal.

1. Gangguan Seksual Melalui Lisan
Menuturkan teguran yang menyebabkan rangsangan di luar jangkauan
seseorang, mengutarakan komentar berbaur seksual secara sengaja,
mengucapkan kata-kata jenaka dan usikan-usikan bertujuan meluahkan
keinginan seks, mengeluarkan bunyi-bunyian yang tidak sepatutnya serta
menyoal seseorang mengenai perkara-perkara yang berunsur lucah serta
tidak menyelesakan.
2. Gangguan Seksual Melalui Isyarat
Menjelirkan lidah atau menjilat bibir dengan sengaja kepada individu yang
ingin ditujukan, memegang makanan dan memakannya secara provokatif,
menunjukkan isyarat tangan atau bahasa yang berbentuk lucah, renungan
mata dan perbuatan menggoda (body language) yang menyebabkan
mereka yang melihatnya akan merasa terganggu dan tidak senang.

2


3. Gangguan Seksual Melalui Visual
Menayangkan mangsa material-material berunsurkan pornografi, melukis
serta melakar karikartur yang tidak elok, menghantar surat, e-mail, sistem
pesanan ringkas (sms) dan sistem pesanan bergambar (mms) lucah serta
mempamerkan subjek berunsurkan seksual.
4. Gangguan Seksual Melalui Psikologi
Mengadakan undangan-undangan sosial yang tidak diingini, kekerapan
mengajak seseorang dan mengadakan temujanji atau ajakan untuk
melakukan intimasi secara fizikal.
5. Gangguan Seksual Melalui Fizikal
Perlakuan

menyentuh,

menepuk,

mencubit,

mengurut,


mengusap,

meraba, menggesel anggota badan dengan segaja, memeluk dengan niat,
menghidu, mencium dan sebagainya.

Mangsa yang telah mengalami gangguan seksual akan cenderung dalam
melakukan tindakan yang boleh merugikan diri mereka. Selain meninggalkan kesan
terhadap diri mangsa itu sendiri, mangsa salah laku seksual juga akan
menyumbangkan implikasi tidak baik terhadap individu lain mahupun sesebuah
organisasi.
Walaupun pelbagai langkah dan inisiatif telah diambil oleh pihak tertentu
sama ada badan-badan kerajaan mahupun pertubuhan swasta bagi membendung
gejala ini dari terus berleluasa, isu gangguan seksual masih acapkali dipersoalkan
dan ia berterusan menular dalam kalangan masyarakat.
Isu gangguan seksual tidak terhad kepada golongan wanita dan kanak-kanak
sahaja tetapi dalam masa yang sama, gangguan seksual juga boleh berlaku
terhadap golongan lelaki. Kebiasaannya, isu gangguan seksual ini lebih banyak
melibatkan golongan wanita dan kanak-kanak berbanding golongan lelaki kerana
mereka merupakan kaum yang lemah dan perlu dilindungi.


2

Kesalahan dan jenayah salah laku seksual merupakan perbuatan yang berat
dan tidak boleh dipandang ringan. Oleh yang demikian, akta khusus berkaitan
gangguan seksual wajar dipinda serta digubal dengan kadar yang segera.
Kebanyakan negara-negara maju dunia sudah lama menubuhkankan serta
menguatkuasakan akta gangguan seksual di negara mereka sendiri yang mana
dengan adanya akta ini, pesalah laku seksual tidak akan terlepas dari hukuman dan
mereka akan dihadapkan ke muka pengadilan.
Di samping itu dengan wujudnya penubuhan akta sebegini di Malaysia,
secara tidak langsung ianya dapat membela nasib mangsa-mangsa gangguan
seksual yang teraniaya serta melindungi golongan lemah dan tidak berkemampuan.
Dengan menguatkuasakan akta ini maka, keselamatan serta kesejahteraan
negara mereka terjamin. Permasalahan berkaitan dengan salah laku seksual dapat
dikawal serta ditangani dengan baik dan secara tidak langsung,ia dapat mengekang
isu gangguan ini dari terus berleluasa.
Antara contoh akta-akta dan perlembagaan yang berkaitan dengan salah laku
seksual yang dikuatkuasakan di negara-negara maju dunia adalah seperti berikut:










Amerika Syarikat: Equal Employment Opportunity Commission
Australia: The Sex Discrimination Act 1984
Denmark: Law number 1385 of December 21, 2005
Israel: The 1998 Israeli Sexual Harassment Law
Perancis: French Criminal Code Article 222-33
Russia: Article 118 of Criminal Code, Russian Federation
Switzerland: Article 4 Federal Act on Gender Equality 1995
United Kingdom: The Discrimination Act of 1975

Tidak dapat kita nafikan dengan tertubuhnya Akta Gangguan Seksual di
Malaysia akan mewujudkan fenomenanya tersendiri. Di bawah, saya akan
menyenaraikan kepentingan dan kesan negatif penubuhan akta ini.


Antara kepentingan penubuhan serta penguatkuasaan Akta Gangguan
Seksual di Malaysia adalah seperti berikut:
1. Memberi keadilan kepada mangsa yang terlibat.

2

2.
3.
4.
5.
6.

Mengurangkan kadar pesalahlaku gangguan seksual.
Mewujudkan persekitaran kerja yang harmoni.
Member jaminan keselamatan kepada yang lemah.
Meningkatkan imej dan nama Malaysia.
Mewujudkan kesedaran mengenai salahlaku seksual dalam kalangan
masyarakat.


Sudah menjadi adat dan kebiasaan, tiada ciptaan yang sempurna. Dengan
adanya kelebihan maka wujudnya kekurangan. Di sini saya dapat senaraikan antara
implikasi dan kesan-kesan negatif penubuhan Akta Gangguan Seksual di Malaysia:
1. Penyalahgunaan akta oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
2. Mewujudkan ketegangan dan suasana dingin sesama sendiri.
3. Menyebabkan golongan yang tidak menjaga sahsiah melampaui batas.

Kepentingan Penubuhan Akta Gangguan Seksual Di Malaysia

1.Memberi keadilan kepada mangsa yang terlibat.
Individu ataupun mangsa

yang pernah terlibat dalam fenomena seperti

gangguan seksual ini pastinya akan merasakan kesan yang mendalam terhadap diri
mereka. Mereka akan merasakan bahawa diri mereka sudah kotor dan tidak suci.
Dalam erti kata lain, mereka bagaikan sudah tiada maruah ataupun telah kehilangan
kehormatan diri.
Mangsa yang teraniaya ini akan berasa sangat marah, kecewa dan malu
dengan diri mereka sendiri, apatah lagi apabila si pesalah laku yang telah

melakukan perbuatan terkutuk tersebut terlepas bebas dengan begitu sahaja tanpa
mendapat pengadilan dan penghakiman yang sewajarnya.
Individu yang telah terkena dengan tindakan terkutuk tersebut akan merasa
tertekan sehingga membawa mereka ke arah kecelaruan minda dan keserabutan
fikiran dan menyebabkan diri mereka tidak akan terurus seperti sediakala.

2

Seperti yang telah saya nyatakan di atas, dengan tertubuhnya akta gangguan
seksual di Malaysia, maka nasib mereka yang teraniaya akan terbela. Mereka tidak
akan merasakan hidup mereka telah sia-sia kerana dengan adanya akta ini, ia akan
memberikan keadilan kepada mangsa. Justeru, mereka yang menjalankan aktiviti
tidak bermoral ini akan mendapat pembalasan yang sewajarnya di muka pengadilan
Seperti yang kita semua sedia maklum bahawa sistem perundangan dan
kehakiman di Malaysia merupakan sebuah sistem yang mementingkan keadilan dan
kesaksamaan. Maka dengan ini, individu yang bersalah tidak akan dapat meloloskan
diri dari muka pengadilan.
Mereka akan menghadapi hukuman yang setimpal dengan perlakuan mereka
yang telah mengucar-kacirkan kehidupan serta kestabilan emosi individu lain
dengan sewenang-wenangnya. Sememangnya mereka tidak perlu dikasihani agar

menjadi iktibar supaya tidak mengulangi perbuatan yang sama.

2.Mengurangkan kadar pesalah laku.
Walaupun telah lama wujud Kod Amalan 1999, Perundangan Seksyen 354
dan 509 Kanun Keseksaan di Malaysia, namun perlembagaan ini tidak berkuasa
untuk menjatuhkan hukuman ke atas mereka.
Mereka akan berterusan melakukan perlakuan yang sama berulang kali
kerana merasakan tiada pemantauan dari pihak yang bertanggungjawab. Justeru,
mereka tidak akan berasa serik untuk melakukan perbuatan yang sama.
Oleh yang demikian, dengan adanya akta gangguan seksual di Malaysia,
ianya dapat mencegah dari perlakuan terkutuk tersebut. Di samping itu, melalui
peruntukan akta berkenaan, pihak berkuasa tempatan boleh menghukum individu
yang telah dibuktikan bersalah dengan hukuman yang setimpal dan mereka dapat
menentukan ganti rugi yang boleh dituntut oleh mangsa terhadap mereka.

3.Mewujudkan persekitaran kerja yang harmoni.

2

Kewujudan akta gangguan seksual di Malaysia sudah semestinya akan

menjanjikan suasana dan persekitaran selamat terutamanya kepada golongan yang
lemah. Masyarakat dapat menjalankan aktiviti harian mereka dengan yakin tanpa
rasa bimbang dan gusar. Ini kerana risiko berlakunya salah laku seksual adalah di
tahap yang minima.
Persekitaran tempat kerja yang selamat dapat mewujudkan jalinan hubungan
yang harmoni dan sejahtera dalam kalangan masyarakat yang wujud di persekitaran
tersebut. Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, agama dan bangsa dapat
bekerja dan bergaul bersama dengan aman tanpa timbul rasa curiga dan syak
wasangka antara satu sama lain. Dengan ini, maka suasana tempat kerja yang
ceria, kondusif dan produktif terjamin.

4. Memberi jaminan keselamatan kepada yang lemah.
Marcapada ini, kita sering disajikan dengan berita dan laporan mengenai
salah laku seksual. Saban hari, kita dapat saksikan kes-kes gangguan seksual yang
disiarkan di dada-dada akhbar yang mana rata-ratanya dilakukan oleh golongan
yang tidak bermoral seperti golongan Filodofia. Dengan adanya akta seperti ini di
Malaysia, keselamatan mereka yang lemah terutamanya golongan wanita dan
kanak-kanak akan lebih terpelihara di masa akan datang.
Mereka akan diberi perlindungan oleh badan-badan berkenaan seperti
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), All
Women's Action Society (Awam), Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor
(Empower), Women's Centre for Change (WCC) dan sebagainya. Kesejahteraan
serta keselamatan rakyat juga akan lebih terjamin dengan tertubuhnya akta ini.

5.Meningkatkan imej dan nama Malaysia.
Imej dan nama Malaysia dapat dimartabatkan di persada antarabangsa. Ini
kerana dengan wujudnya penguatkuasaan akta gangguan seksual di Malaysia,
Malaysia akan diiktiraf sebagai negara yang mengambil berat serta menjaga hakhak dan kepentingan rakyatnya.
2

Malaysia dilihat sebagai sebuah negara yang bertunjang dan berpaksikan
ajaran Islam sebenar. Negara luar dapat melihat keharmonian perpaduan kaum
yang ada di Malaysia. Rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama dapat
hidup bersama dengan aman damai tanpa timbulnya pelbagai permasalahan.
Dengan adanya akta seperti ini, maka keharmonian dan kesejahteraan
negara akan lebih terjamin disamping dapat menjadi bukti serta petunjuk di mata
dunia bahawa isu gangguan seksual merupakan suatu perkara serius yang perlu
dititik beratkan serta diambil tindakan yang sewajarnya.

6.Mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat.
Seperti yang diketahui umum, Malaysia dikenali sebagai sebuah negara yang
mementingkan keharmonian dan kesejahteraan rakyat. Rakyatnya yang berbilang
kaum saling bekerjasama dalam menjaga keamanan dan kedaulatan Negara.
Dengan adanya kerjasama yang jitu dalam kalangan masyarakat, maka salah laku
seksual dapat dibendung.
Dengan wujudnya akta gangguan seksual di Malaysia, rakyat akan lebih
berhati-hati dalam tingkah laku serta pergaulan harian mereka khususnya di tempat
kerja. Penubuhan akta ini akan mewujudkan kesedaran terhadap individu itu sendiri.
Secara langsung, mereka tidak akan melakukan lagi aktiviti tersebut kerana takut
dengan undang-undang yang akan dikenakan terhadap mereka
. Antara langkah dan tindakan yang boleh dilakukan oleh pihak berwajib ialah
dengan mengedarkan risalah-risalah penerangan, mengadakan ceramah berkaitan
salahlaku seksual dan sebagainya bagi mendedahkan mereka dengan kepentingan
serta kebaikan penubuhan akta ini.
Apabila wujudnya kesedaran mengenai salah laku seksual dalam kalangan
masyarakat, natijahnya kadar pergaulan bebas antara kaum lelaki dengan kaum
perempuan akan berkurangan dan terbatas dengan sendirinya. Budaya salah laku
seksual yang berlaku di kalangan masyarakat di Malaysia khususnya di tempat kerja
akan dapat dibendung dengan jayanya.

2

.

Kesan Negatif Penubuhan Akta Gangguan Seksual Di Malaysia

1. Penyalahgunaan akta.
Pelbagai andaian dan pertikaian boleh berlaku dalam satu-satu masa dengan
tertubuhnya akta ini. Antara perkara yang mungkin berlaku ialah penyalahgunaan
akta. Tidak dapat dinafikan, akan ada kewujudan individu mahupun organisasi yang
cuba untuk menjatuhkan pihak lain dengan memanipulasi akta ini.
Sebagai contoh, mereka boleh mengemukakan kes palsu dan memfailkan
saman di mahkamah. Akan ada pihak yang menjalankan konspirasi dengan pelbagai
alasan yang tersendiri. Mereka sanggup menegakkan benang yang basah. Mereka
akan menidakkan kebenaran demi memenuhi kehendak jahat mereka.Bagi
mengaburi pandangan awam, mereka akan mengaplikasikan korupsi dengan
menghulurkan wang sogokan dan sebagainya.
Natijahnya, pihak ataupun individu yang tidak bersalah akan dikhianati.
Reputasi mereka akan tercemar. Kehormatan serta nama baik mereka akan
dipersoalkan umum. Dan akhirnya, individu yang tidak bertangungjawab ini akan
memperolehi keuntungan serta manfaaat daripadanya.Mereka akan mendapat apa
yang mereka mahukan. Maka, fenomena gangguan seksual ini akan terus
berleluasa tanpa mendapat pembelaan serta keadilan yang sewajarnya.

2. Mewujudkan ketegangan dan suasana dingin sesama sendiri.
Komunikasi merupakan elemen terpenting dalam kehidupan terutamanya di
tempat kerja. Sebagai manusia, kita memerlukan antara satu sama lain serta saling
bantu membantu sesama sendiri bagi mencapai kualiti kerja yang cemerlang. Ini
dapat memastikan bahawa jalinan persahabatan yang telah terbina akan terus kekal
buat selamanya.

2

Dengan wujudnya akta gangguan seksual di Malaysia, dibimbangi akan
adanya kesan negatif seperti ketegangan dan suasana dingin sesama sendiri.
Keterbatasan komunikasi di tempat kerja khususnya, akan mewujudkan suasana
keruh dan suram.
Ini adalah kerana mereka merasakan bahawa sekiranya tersalah langkah
dan tersilap bicara, maka interpretasi yang tidak baik akan terhasil lalu
menyebabkan ketegangan dalam kalangan ahli yang lain.
Keadaan ini akan menambahkan lagi tekanan dalam diri mereka. Mesej yang
cuba disampaikan tidak akan berjaya sekaligus komunikasi kurang berkesan akan
timbul. Mereka hanya menumpukan sepenuh perhatian terhadap tugasan mereka
sahaja tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.
Akibatnya, tiada lagi aktiviti sosial seperti bertegur sapa, bergurau senda,
keluar bersama dan lain-lain kerana mereka bimbang akan akta gangguan seksual
itu

sendiri

yang

mungkin

akan

diguna

pakai

oleh

individu

yang

tidak

bertanggungjawab untuk kepentingan diri.
Di samping itu, hubungan sesama komuniti seperti jiran tetangga dan
sebagainya mungkin akan berubah menjadi keruh kerana mereka tidak mahu
disabitkan di bawah akta ini.
Natijahnya, tiada persefahaman yang dapat dicapai. Akan hilangnya
semangat bekerjasama serta sifat bantu menbantu antara mereka dan yang paling
mendukacitakan adalah, mereka berkelakuan seperti saling tidak mengenali antara
satu sama lain.

3.Golongan yang tidak menjaga sahsiah melampaui batas.
Penggubalan akta gangguan seksual mampu memberi sumbangan dalam
usaha menangani masalah keganasan serta isu-isu lain yang berkaitan dengan
salah laku seksual yang berlaku di kalangan masyarakat Malaysia, khususnya
terhadap golongan wanita. Golongan wanita merupakan golongan yang lebih
terdedah terhadap ancaman fenomena ini. Dengan tertubuhnya akta ini, mereka

2

akan dilindungi dan nasib mereka akan lebih terbela. Akan tetapi, dengan
penubuhan akta ini juga, ia mampu menimbulkan permasalahan lain.
Dikhuatiri bahawa golongan wanita akan lebih berani mendedahkan aurat dan
tubuh badan mereka dengan mengenakan persalinan yang terdedah dan mencolok
mata. Mereka juga tanpa rasa bersalah dan segan silu berpelakuan tidak sopan
serta mengghairahkan.
Ini kerana, mereka merasakan bahawa mereka bebas untuk melakukan apa
sahaja menurut kehendak dan kemahuan mereka. Lebih menyedihkan lagi, mereka
sanggup berkelakuan dengan kelakuan yang sudah nyata menyimpang dengan
ajaran agama dan adab-adab kesopanan terutamanya dalam kalangan masyarakat
Melayu. Mereka beranggapan bahawa diri mereka terpelihara sepenuhnya di bawah
perlindungan akta ini.

Rumusan
Melalui kajian serta tinjauan yang telah dijalankan berhubung isu gangguan
seksual, dapat dirumuskan bahawa akta gangguan seksual merupakan satu akta
yang memainkan peranannya yang tersendiri dalam menjana serta membentuk
sesebuah negara maju yang aman lagi sejahtera.
Sudah terang lagi bersuluh, di samping kepentingan dan kebaikan,
penubuhan akta ini juga akan menyumbang ke arah implikasi yang negatif terhadap
negara yang menguatkuasakannya.
Pada pendapat saya, bagi memastikan akta ini dikuatkuasakan dengan
jayanya, semua pihak haruslah memainkan peranan mereka. Baik penguatkuasa
mahupun rakyat awam, tiada individu yang terkecuali.
Sebagai pihak berkuasa, mereka perlu bersikap adil dan telus. Mereka perlu
membuktikan keintegritian mereka. Seandainya pesalah laku telah terbukti bersalah,

2

hukuman wajib dilaksanakan ke atas mereka meskipun pesalah mempunyai
pertalian hubungan sesama sendiri.
Prosedur bagi menjalankan hukuman ke atas pesalah perlu dilaksanakan dengan
penuh adil dan saksama bagi mengelakkan berlakunya penganiayaan dan
ketidakadilan. Dengan ini, kita secara tidak langsung dapat mempamerkan serta
memperkasakan kewibaan perundangan negara kita yang mana tidak mengenal
siapa itu kawan dan siapa itu lawan.
Di samping itu, masyarakat harus menjalani aktiviti seharian mereka dengan
berpandukan etika dan tatatertib yang sebenar. Jauhkan diri dari menyerap budaya
dan fahaman dari Barat yang terlalu mementingkan kebebasan individu.
Sebagai umat Islam, kita seharusnya kembali ke jalan yang benar iaitu
dengan mengamalkan ajaran Islam yang hakiki serta mengaplikasikan budaya dan
nilai-nilai ketimuran yang amat menitik beratkan elemen kesopanan dan kesusilaan.

Penutup
Sebagai rakyat Malaysia, saya mahukan apa yang terbaik untuk kepentingan
semua, baik untuk kepentingan saya sendiri mahupun kepentingan masyarakat
sekalian. Sebagai pengakhirannya, harapan saya agar rang undang-undang
berkaitan akta gangguan seksual di Malaysia diluluskan da dipinda dengan kadar
yang segera kerana ia lebih banyak menyumbangkan kesan ke arah kebaikan
berbanding keburukan.
Dengan penubuhan akta ini juga, saya mengharapkan agar ia dapat mendidik
semua pihak dengan membentuk identiti dan jati diri mereka untuk menjadi insan
yang berhemah serta menjaga moral dan tingkah laku bagi menjamin komuniti dan
persekitaran yang sihat lagi berhemah. Dengan menjaga perlakuan mereka, gejala
dan fenomena tidak sihat seperti gangguan seksual dapat kita bending.

2

Dari sudut perlembagaan pula, diharapkan supaya akta yang bakal dipinda ini
dapat dikuatkuasakan dengan penuh kesaksamaan. Akta ini perlulah lengkap dari
segi perlaksanaannya, tiada elemen kesamaran dan unsur-unsur kesulitan.
Akta ini perlulah telus, berintegriti dan tidak bersifat berat sebelah. Pihak yang
bersalah akan dijatuhkan hukuman tidak kira pangkat, harta mahupun nama. Semua
individu adalah setara di sisi perundangan, tiada perbezaannya. Dengan ini, ia akan
menjamin keselamatan serta memberi keadilan buat semua pihak.
Penguatkuasaaan akta yang baik akan mempamerkan kewibawaaan dan
ketegasan pelaksanaan perundangan di Malaysia. Secara tidak langsung, imej dan
maruah serta kedaulatan negara kita dapat dimartabatkan di mata dunia. Persepsi
dunia terhadap Malaysia akan berubah dengan tertubuhnya akta ini. Semoga
dengan perlaksanaan dan penguatkuasaaan akta gangguan seksual di Malaysia
akan memacu negara kita ke arah kebaikan,kemajuan serta kemaslahatan ummah.

Lampiran
23 Feb - Akta Gangguan Seksual Diwujud
Berita Harian, November 14, 2008

2

KUALA LUMPUR: Akta Gangguan Seksual akan diwujudkan bagi menangani isu
keganasan dan gangguan seksual terhadap wanita, termasuk menghapuskan
gangguan seksual di tempat kerja.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Noriah Kasnon
berkata pihaknya sedang membincangkan akta itu bersama Kementerian Sumber
Manusia berhubung cara terbaik meningkatkan usaha menangani masalah berkaitan
wanita selain garis panduan sedia ada.
"Pada masa kini, Kod Amalan Pencegahan dan Penghapusan Gangguan Seksual
yang dilancarkan pada 1999 adalah satu-satunya garis panduan yang digunakan
kerajaan bagi menangani masalah itu," katanya selepas merasmikan Seminar
Keganasan dan Gangguan Seksual Terhadap Wanita di Dewan Bahasa dan
Pustaka, di sini semalam.
Beliau berkata gangguan seksual berlaku dalam apa juga bentuk sama ada fizikal,
lisan, isyarat dan gangguan psikologi, iaitu sesuatu sangat serius dan kesalahannya
diperuntukkan mengikut Kanun Keseksaan.
Noriah berkata kementerian juga sentiasa mengadakan perbincangan dengan
beberapa badan bukan kerajaan termasuk Majlis Peguam dalam membincangkan
mengenai isu berkaitan wanita khususnya gangguan seksual.

"Selaku wanita dan individu, saya yakin semua orang perlu privasi dalam kehidupan.
Cadangan akta itu akan dilihat dan dibincangkan lebih lanjut," katanya.
Beliau juga berkata bilangan kes gangguan seksual di kalangan wanita lebih tinggi
daripada yang dilaporkan memandangkan kebanyakan mangsa masih mempunyai
perasaan malu dan takut untuk membawa kes kepada pihak berkuasa.

2

Dari 2005 hingga 2008, 3,906 kes gangguan seksual termasuk kes rogol dan cabul
dilaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan 27 kes tindakan tatatertib membabitkan sektor awam dilaporkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD)
Ampang Jaya DSP Goh Lee Fook, berkata berdasarkan statistik, punca kes
keganasan rumah tangga yang dilaporkan kepada PDRM, sehingga Mac tahun
lepas antara lain akibat penagihan dadah (sembilan kes), mabuk dan judi (lapan
kes) dan perebutan anak (tujuh kes).
Bagi 2007 pula menunjukkan 60 kes membabitkan perselisihan faham disebabkan
pihak ketiga bagi pasangan suami isteri dan 25 kes bagi penagihan dadah, mabuk
dan judi serta 36 kes dalam perebutan anak.

276 Kes Gangguan Seksual Di Tempat Kerja Dilaporkan Sejak 1999
BERNAMA, Disember 15, 2009

2

KUALA LUMPUR: Sebanyak 276 kes gangguan seksual di tempat kerja dilaporkan
kepada Kementerian Sumber Manusia sejak Kod Amalan Mencegah dan Membasmi
Gangguan Seksual di tempat kerja dilancarkan pada 17 Ogos 1999.
"Daripada jumlah itu, 271 bilangan kes gangguan seksual diselesaikan manakala
baki lima kes masih dalam siasatan," kata Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk
Maznah Mazlan semasa menjawab soalan Senator Loga Chitra pada persidangan
Dewan Negara di sini.
Mengulas lanjut Maznah berkata, terdapat lima jenis gangguan seksual iaitu
berbentuk lisan, isyarat, visual, psikologi dan fizikal.
Menjawab soalan tambahan Loga yang meminta penjelasan mengenai tindakan
undang-undang sedia ada untuk melindungi gangguan seksual, Maznah berkata,
terdapat undang-undang sedia ada yang boleh digunakan untuk menyelesaikan
masalah terbabit.
"Mereka yang disabit kesalahan melakukan perkara seperti mengeluarkan perkataan
dan isyarat seperti yang dimaksudkan boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen
509 Kanun Keseksaan, yang boleh membawa hukuman penjara hingga tempoh lima
tahun atau denda atau kedua-duanya sekali," katanya.

Kod cegah gangguan seksual dalam Perintah Am
BERITA HARIAN, Ogos 6, 2002

2

KUALA LUMPUR, Isnin: Kod amalan mencegah dan membasmi gangguan seksual
di tempat kerja akan dimasukkan dalam peraturan Perintah Am untuk diguna pakai
oleh agensi kerajaan tidak lama lagi.
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang membuat beberapa pengubahsuaian
bagi memasukkan kod itu dalam Perintah Am. Ketika ini, kakitangan awam yang
terbabit dengan gangguan seksual hanya dikenakan tindakan tatatertib kerana
melanggar disiplin.
Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil,
berkata perbincangan mengenai kod itu sudah dibuat dan Ketua Setiausaha Negara,
Tan Sri Samsudin Osman, pada dasarnya sudah bersetuju.
“Perintah Am yang ada tidak memasukkan kod amalan untuk mencegah dan
membasmi gangguan seksual di tempat kerja. Malah, tidak ada pengertian
gangguan seksual yang jelas dalam peraturan itu.
“Apabila kod itu dimasukkan dalam Perintah Am, tindakan lebih menyeluruh dan
tegas boleh dikenakan kepada mana-mana kakitangan awam yang terbabit dengan
gangguan seksual berbanding tindakan sekarang,” katanya.
Beliau memberitahu pemberita demikian selepas melancarkan kempen kesedaran
bagi mencegah, membasmi dan menangani gangguan seksual di tempat kerja bagi
pekerja wanita sektor swasta 2002 di Hotel Nikko.
Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Buruh, Tan Gaik Kwan dan Presiden
Persatuan Pegawai Perhubungan Perusahaan, Abdullah Ahmad Ismail.
Kempen sehari itu dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita dan
Keluarga, Persatuan Pegawai Perhubungan Perusahaan Kementerian Sumber
Manusia dan Jabatan Buruh Semenanjung Malaysia.

Kod amalan untuk mencegah dan membasmi gangguan seksual di tempat kerja
diperkenalkan Kementerian Sumber Manusia pada 1999 bertujuan memberi garis
panduan kepada majikan mengenai penubuhan mekanisme dalaman pada peringkat

2

organisasi bagi menangani masalah itu. Bagaimanapun, kod amalan berkenaan
hanya diguna pakai oleh syarikat swasta setakat ini.
Shahrizat berkata, pihaknya masih lagi berbincang dengan Kementerian Sumber
Manusia mengenai cadangan mewujudkan Akta Gangguan Seksual berikutan
pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak supaya akta itu diperkenalkan segera.
“Satu jawatankuasa teknikal antara kedua-dua kementerian juga sudah dibentuk
untuk mengkaji cadangan itu dan kita harap penggubalan akta itu akan dibuat dalam
masa terdekat ini.
“Apabila kajian itu siap, kita akan kemukakan draf itu kepada Pejabat Peguam
Negara,” katanya.
Beliau berkata, banyak perkara perlu diteliti, khususnya dari aspek pelaksanaan bagi
memastikan akta itu benar-benar dapat membela wanita atau mangsa gangguan
seksual.
Setakat ini, sebanyak 310 dilaporkan ke Jabatan Buruh dengan satu kes
membabitkan gangguan seksual ke atas pekerja lelaki. Pada masa yang sama, 12
ceramah membabitkan 5,400 peserta sudah diadakan manakala 10 kempen
kesedaran diadakan membabitkan lebih 3,000 majikan mengenai perkara itu.

2

2

Risalah kesedaran gangguan seksual terbitan Pusat Kesedaran Wanita

2

2

Risalah kesedaran gangguan seksual terbitan Pusat Kesedaran Wanita

Bibliografi

 en.wikipedia.org/wiki/Sexual_harassment
 www.jobsdb.com.ph/MY/EN/V6HTML/.../sexual-harassment.htm
 http://thestar.com.my/fightcrime/resources/story.asp?
file=/2006/3/11/resoureso/20060316161439&sec=resources
 http://www.lawyerment.com.my/library/doc/empl/sxhr/
 http://www.wao.org.my/news/gangguseksual.htm
 http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Gangguanseksual/Articl
e/index_html
 http://members.tripod.com/pemudapas_b.bendera/Pekerja_Industri/
Gangguan_Seksual/gangguan_seksual.html
 www.jpa.gov.my/pekeliling/pp05/bil22/pp2205.pdf - 2010-03-30
 http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?
name=News&file=article&sid=2161
 http://www.eprints.uum.edu.my/449/

2