Penjajahan Inggeris di Tanah Melayu. Ben
1.0 PENGENALAN
Perpaduan kaum bermaksud semua kaum di dalam sesebuah
negara saling
bekerjasama atau berganding bahu dalam membentuk sesebuah negara yang aman dan
makmur. Perpaduan kaum ini sukar diwujudkan apabila Inggeris mula campur tangan
dalam pentadbiran di Tanah Melayu pada tahun 1824. Inggeris campur tangan di Negerinegeri Melayu yang lainnya bermula dengan Perjanjian Pangkor di negeri Perak. 1 Ini
disebabkan oleh dasar-dasar inggeris yang diperkenalkan untuk memperkukuhkan
kedudukan mereka di Tanah Melayu. Sebelum penemuan bijih timah oleh Long Jaafar di
Taiping Perak pada tahun 1948, kesemua penduduk di Tanah Melayu rata-ratannya adalah
orang melayu. Hanya sedikit sahaja golongan cina yang datang sebagai pedagang dan
membuka penempatan di Melaka,Kuala Terengganu, Sungai Johor, Sungai Pahang, dan
Kelantan. Dalam pada masa yang sama, terdapat juga kaum India yang bekerja sebagai
buruh di ladang-ladang kopi dan tebu yang terdapat di Pulau Pinang dan Seberang Perai.
Namun, sejak Inggeris mula bertindak untuk campur tangan dalam pentadbiran negerinegeri Melayu , berlaku penghijrahan secara beramai-ramai imigran Cina dan India ke
Tanah Melayu. Kemasukan imigran ini mendapat galakan malah dibawa oleh British
tanpa had.2 Fenomena ini berlaku disebabkan dasar kapitalisme penjajah Inggeris yang
membawa orang-orang asing masuk ke Tanah Melayu untuk bekerja di lombonglombong bijih timah dan juga di ladang-ladang getah. Penghijrahan beramai-ramai
tersebut telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu. Kemajmukan
1 Tajuddin Hussein, Robiah Alias (Ed.). (2009).Malaysia negara kita. :MDc Publishers Sdn.Bhd.ulu Kelang Kuala
Lumpur, hlmn 192
2 Percubaan telah dilakukan untuk menggalakkan kemasukan penduduk di Indonesia tetapi mereka begitu mudah
berasimilasi dalam masyarakat Melayu. Orang Melayu tidak memberikan kerjasama kerana keengganan mereka
dieksploitasi oleh British.
1
penduduk di Tanah Melayu telah menyebabkan Inggeris mentadbir Negara dengan
menggunakan dasar ‘Pecah dan Perintah’ ( Divide And Rule ) iaitu di mana kaum
Melayu,Cina dan India dipisahkan dari segi social dan ekonomi. 3 Kesan pengamalan
dasar ‘Pecah dan Perintah’ untuk jangka masa yang panjang ialah berlakunya
pengasingan penempatan, perbezaan agama, pengasingan pendidikan, kewujudan akhbar
pelbagai bahasa serta kewujudan Persatuan pelbagai kaum yang menjurus kepada jurang
perbezaan antara kaum yang menyukarkan perpaduan antara satu dengan yang lain.
2.0 SOSIAL
2.1 PENGASINGAN PENEMPATAN
Pengasingan penempatan iaitu kaum-kaum di Tanah Melayu tinggal berasingan
mengikut kegiatan ekonomi iaitu kaum cina tinggal dikawasan pemacu ekonomi iaitu di
bandar, kaum india pula diletakkan dikawasan perladangan aktiviti pertanian yang
terletak diluar bandar.4 Sementara kaum melayu, mereka tinggal di kawasan
perkampungan. Walaupun peratusan penduduk yang tinggal di kawasan bandar
meningkat dari semasa ke semasa, namun peratusan kaum melayu yang tinggal di bandarbandar baru kekal kecil. Hanya golongan elit Melayu sahaja yang diambil bekerja di
pejabat pentadbiran British. Perbezaan tempat dan pekerjaan menyebabkan satu kaum
dengan kaum yang lain kurang berinteraksi antara satu dengan yang lain kerana masa
banyak diluangkan di tempat kerja. Hubungan komunikasi hanya banyak berlaku sesama
kaum sahaja. Kesannya, wujud perasaan prasangka buruk antara kaum.
3.0 EKONOMI
3.1 PERBEZAAN TUMPUAN EKONOMI
3 Tajuddin Hussein, Robiah Alias (Ed.). (2009).Malaysia negara kita. :MDc Publishers Sdn.Bhd.ulu Kelang Kuala
Lumpur, hlmn 202
4 http://mohdkarimassigmentbloggerscom.blogspot.com/2009/10/sejarah-british-di-tanah-melayu.html
2
Pembawaan masuk tenaga kerja asing yang ramai dari Cina dan India pada awal
abad ke-19, telah mengubah struktur ekonomi masyarakat melayu. Perubahan ekonomi
ini telah membawa kepada kemunculan beberapa buah bandar baru seperti Por Weid
(Perak), Kuala Lumpur (Selangor) dan lain-lain sebagai sebuah pusat ekonomi baru.
Walaupun adanya bandar-bandar baru ini, namun kaum melayu masih dikekalkan di
perkampungan masing-masing. Akibat daripada sikap berat sebelah inggeris dalam
menguruskan pentadbiran ekonomi , prestasi orang melayu di zaman penjajahan inggeris
tidak mencapai kemajuan. Penjajah inggeris sengaja tidak mahu memajukan orang-orang
melayu terutamanya mereka yang tinggal di luar bandar. Keadaan ini mewujudkan jurang
pendapatan yang tidak seimbang dan seterusnya menimbulkan rasa tidak puas hati dalam
kalangan kaum. Inggeris hanya memberikan tumpuan kepada kawasan yang mempunyai
sumber-sumber kekayaan terutama sekali di bahagian Barat Semenanjung. Kegiatan
ekonomi yang hanya tertumpu kepada keuntungan ini, secara tidak langsung
menimbulkan masalah sosio-ekonomi. Ini mendorong kepada suasana ‘dual economy’
dimana dapat dilihat ekonomi moden adalah dibahagian Pantai Barat Semenanjung
dengan adanya ladang,lombong dan aktiviti perdagangan. Sementara, ekonomi secukup
hidup tradisioanal pula di kawasan luar bandar iaitu di Pantai Timur dimana kemajuannya
adalah kurang.
3.2 MASALAH EKONOMI
3
Pembangunan ekonomi Tanah Melayu sebelum campur tangan kuasa penjajah
adalah bergantung kepada sektor pertanian dan perikanan. Masyarakat melayu tidak
mempunyai masalah dalam mencari nafkah kerana adanya tanah-tanah yanag subur dan
laut yang banyak dengan ikan. Selain itu, sumber-sumber hutan juga senang diperoleh
seperti buah-buahan, kayu-kayuan, rotan dan sebagainya. Pekerjaan penduduk Tanah
Melayu kebanyakkannya adalah petani, pemungut hasil hutan dan terlibat dalam
mengeluarkan hasil-hasil bumi.
Namun setelah pengenalan dasar pecah perintah di Tanah Melayu, pembahagian
kawasan penempatan dan sektor pekerjaan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan
ekonomi antara kaum. Contohnya, orang melayu tidak digalakkan untuk terlibat dalam
industri bijih timah dan getah oleh Inggeris. Ini menyebabkan orang melayu hanya kekal
dalam kegiatan pertanian. Melalui bertani sahajalah mereka dapat menampung keperluan
makanan keluarga. Kegiatan ekonomi yang berbeza ini telah mewujudkan jurang
pendapatan antara masyarakat bandar dan luar bandar. Ketidakseimbangan ini
menyebabkan setiap kaum saling mencemburui satu dengan yang lain. Misalnya, orang
melayu cemburu dengan kemewahan dan kejayaan yang diperoleh oleh orang cina.
Manakala, orang cina dan India pula cemburu akan kelebihan orang melayu yang
mendapat peluang perkhidmatan dalam sektor pentadbiran dimana golongan elit melayu
diambil bekerja dalam pentadbiran British. Keadaan ini menyebabkan timbulnya rasa
tidak puas hati dan persaingan ekonomi yang tidak sihat. Setiap kaum tidak mahu satu
kaum yang lain lebih berjaya dan menonjol daripada mereka.
4.0 PENDIDIKAN
4
4.1 PENGASINGAN PENDIDIKAN
Sebelum kedatangan penjajah, kanak-kanak melayu mendapat pendidikan di
surau, masjid dan sekolah pondok. Pendidikan melayu ketika ini hanyalah tertumpu
kepada membaca dan memahami al-Quran, mempelajari bahasa Arab, hukum hakam
agama dan kemahiran menulis, membaca dan mengira. Dari aspek kurikulum, tahapnya
adalah sempit kerana pembelajarannya terhad kepada teks Al-Quran sahaja. Contoh
sekolah-sekolah seperti ini masih boleh dilihat di negeri Kelantan, Terengganu dan
Kedah.
Namun pada zaman pemerintahan Inggeris , tanah melayu langsung tidak
mempunyai sistem pendidikan yang jelas. Sistem pendidikan Vernakular yang
diperkenalkan oleh Inggeris telah menimbulkan masalah perpaduan antara kaum. Sistem
vernakular ini bermaksud pendidikan yang menggunakan bahasa ibunda kaum masingmasing sebagai bahasa pengantara dalam pelaksanaan penyelidikan dan pembangunan
(P&P) di sekolah. Antara sekolah vernakular tersebut ialah sekolah vernakular melayu,
vernakular cina, vernakular india dan vernakular inggeris. Inggeris melaksanakan dasar
pendidikan secara sistem Divide and Rule adalah untuk memecahkan perpaduan kaum
dan juga untuk menebalkan semangat kedaerahan dalam kalangan rakyat. 5 Dengan
demikian, inggeris sengaja untuk tidak menyeragamkan sukatan pendidikan dan
pendidikan guru. Bagi sekolah cina dan india, guru-guru diambil dari negara asal mereka.
Pada masa itu, orang-orang melayu tidak mendapat pendidikan yang tinggi. Mereka
hanya membuat pekerjaan sara diri sahaja. Tindakan inggeris ini jelas menunjukkan
bahawa inggeris hanyalah mementingkan kepentingan ekonomi dan kedudukan mereka
sahaja.
5 Nik Azis Nik Pa, Noraini Idris (Ed.).(2008).Perjuangan Memperkasakan Pendidikan Di Malaysia : Pengalaman 50
tahun Merdeka. Terbitan Utusan Publications & Distributor Sdn Bhd, Cheras Kuala Lumpur, hlmn 613
5
Inggeris menubuhkan vernakular melayu hanyalah untuk memenuhi keperluan
politik mereka sahaja disamping mengambil hati pembesar-pembesar melayu. Ini kerana
lulusan sekolah melayu hanyalah untuk memenuhi keperluan tenaga kerja di peringkat
rendah dan untuk menjadi pekebun dan nelayan sahaja sesuai dengan matlamat inggeris
yang ingin anak melayu sebagai petani yang lebih baik daripada bapanya. Kaum melayu
dengan sekolah pondok yang bersifat tradisional memperlihatkan kokurikulum dan mutu
pendidikan yang amat terbatas. Sekolah-sekolah melayu didirikan atas daya usaha
mereka sendiri. Contohnya, Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) yang diwujudkan
pada tahun 1922 bertujuan melatih guru sekolah melayu merupakan satu-satunya institusi
lanjutan sekolah rendah bagi orang melayu.
Vernakular cina juga wujud atas usaha kaum cina sendiri. Kebanyakkan sekolahsekolah itu menumpang di rumah-rumah ketua masyarakat cina, bangunan tokong atau di
rumah perniagaan.6 Sekolah cina mempunyai struktur sukatan pelajaran dan kokurikulum
yang sama seperti di Cina. Malah, guru-guru yang mengajar di vernakular cina ini
didatangkan dari negeri Cina. Sekolah-sekolah cina ini dibiayai oleh individu cina
sendiri, Persatuan Cina Daerah dan Persatuan suku kaum. Derma bulanan juga turut
diberikan kepada institusi pendidikan cina.
Sementara vernakular Tamil pula disediakan Inggeris di kawasan bandar.
Pembiayaan sekolah ini ditanggung oleh pihak pengurusan ladang. Kumpulan-kumpulan
mubaligh Kristian juga turut banyak memberi sumbangan kepada perkembangan
pendidikan formal dalam bahasa tamil. Pendidikan tamil ini berorientasikan sistem
pendidikan negara asal mereka. Sekolah ini menggunakan sukatan pelajaran , buku,
tenaga pengajar dari India. Manakala, bahasa tamil digunakan sebagai bahasa pengantar.
6 Shahril @ Charil Marzuki,2005,Mengurus & Membiayai Pendidikan di Malaysia. Terbitan PTS Professional
Publishing Sdn Bhd,Bentong Pahang Darul Makmur, hlmn 5
6
Sekolah tamil yang pertama diwujudkan di Tanah Melayu ialah Sekolah Tamil
Vivekananda iaitu pada tahun 1912 di Seremban.
Vernakular Inggeris pula pada peringkat awalnya adalah usaha para mubaligh
kristian dan badan sukarela sahaja. Pendidikan aliran Inggeris adalah terhad dan bermula
seawal pertengahan abad kesembilan belas, bermula di Pulau Pinang, kemudiannya di
Singapura dan Melaka.7 Pendidikan ini kemudiannya diperkenalkan di Tanah Melayu
pada awal abad ke-20. Sekolah ini dianggap sekolah elit kerana terletak di bandar dan
pelajar-pelajarnya adalah berasal daripada golongan atasan. Kokurikulum sekolah
inggeris pula disusun berasaskan sistem pendidikan di England. Universiti Malaya di
Singapura merupakan universiti yang terawal ditubuhkan oleh Inggeris di Tanah Melayu.
Disini dapat disimpulkan bahawa sistem pendidikan vernakular yang diamalkan
oleh Inggeris mendorong kepada perasaan prasangka dan prejudis yang menebal dalam
kalangan kaum di Tanah Melayu. Setiap kumpulan etnik menggunakan bahasa pengantar
masing-masing dan lokasi sekolah juga adalah berbeza mengikut sektor ekonomi yang
diceburi oleh kaum masing-masing. Keadaan ini jelas menunjukan jurang perbezaan
penerimaan tahap pembelajaran dimana dapat dilihat fikiran dan anspirasi setiap kaum
berbeza dimana masing-masing mengambil berat aspek mengagungkan tanah air sendiri
seperti di negara Cina, India dan England.
5.0 POLITIK
5.1 KEWUJUDAN AKHBAR PELBAGAI BAHASA
Akhbar merupakan media yang rapat dengan rakyat dan berkesan untuk memupuk
perpaduan masyarakat. Melalui akhbar, idea-idea berkaitan dengan perjuangan
7 Wang Gungwu. “Malaysia : Contending Elites”, kertas kerja yang dibentangkan dalam seminar Malaysia In
Perspective (1971) hlmn 3
7
kebangsaan dapat disalurkan kepada rakyat.8 Semasa penjajahan Inggeris, akhbar adalah
alat untuk meniup dan menyemarakan semangat perkauman di dalam kalangan pelbagai
kaum yang terdapat di Tanah Melayu. Akhbar-akhbar diterbitkan mengikut kemahuan
setiap
kaum
dimana
akhbar-akhbar
diterbit
menggunakan
Bahasa
Melayu,
Mandarin,Tamil dan juga Inggeris. Contoh akhbar-akhbar melayu yang diterbitkan oleh
kaum melayu ialah Wanita Malaya, Majlis dan Utusan Melayu. Sementara akhbar Cina
pula ialah Lat Pau, Nanyang Siang Pau, Sin Chew Jit Poh dan Modern Daily News.
Akhbar india pula ialah Ulaga Nesan, Tamil Nesan dan Tamu Murasu. Setiap akhbar ini
berperanan melaporkan berita tentang kegiatan sosial dan ekonomi suku kaum masingmasing. Disamping itu, akhbar-akhbar ini turut menyiarkan berita ringkas tentang
peristiwa yang berlaku di dalam dan luar negeri. Bagi akhbar Cina dan india, akhbarakhbar mereka turut menyiarkan peristiwa yang berlaku di negara asal mereka.
Kebanyakan akhbar-akhbar ini memberi tumpuan kepada perkara-perkara yang berkaitan
dengan hal ehwal dan masyarakat mereka sahaja.
Di sini jelas menunjukkan setiap kaum cuba untuk menonjolkan berita, budaya dan
perkembangan yang berlaku di sekitar kelompok kaum mereka sendiri dan di negara asal
mereka. Mereka ingin menunjukkan semangat kecintaan mereka terhadap tanah air dan
kaum mereka sahaja. Pandangan dan semangat yang sempit ini telah menyebabkan
mereka tidak ingin untuk memahami bahasa,budaya dan sensitiviti kaum lain.
Kesimpulannya, penggunaan akbar yang berbeza bahasa telah menyebabkan semangat
perkauman menyemarak dalam keadaan tertentu sehingga ianya kelihatan boleh
mencetuskan rusuhan antara kaum.
8 Lee Sin Lian, Aleeya Atiqah Ammar (Ed.).(2009).Focus Ace Pmr 2009 Sejarah. Terbitan Pelangi Publishing Group
Bhd,Malaysia, hlmn 262
8
5.2 KEWUJUDAN PERSATUAN PELBAGAI KAUM
Pelbagai persatuan kebajikan, sukan, dan pertubuhan-pertubuhan sosial ditubuhkan oleh
setiap kaum untuk mengendalikan aktiviti kaum masing-masing. Walaupun antara
persatuan dan pertubuhan sosial tersebut terdapat pertembungan dengan persatuan kaumkaum, tetapi pertemuan ini berlaku dalam bentuk hanya untuk menonjolkan identiti,
persaingan dan semangat kekauman masing-masing. Kebanyakkan persatuan ini
diadakan khusus untuk kepentingan satu kaum sahaja. Misalnya, pada tahun 1937 orang
India menubuhkan persatuan India. Persatuan ini ditubuhkan bertujuan untuk mendesak
kerajaan Inggeris mengambil tindakan untuk membaiki keadaan pekerja-pekerja India ke
arah yang lebih baik.
Terdapat juga parti-parti politik yang berbentuk perkauman kadangkala mengangkatkan
perbezaan-perbezaan yang wujud di kalangan kaum seperti membangkitkan isu-isu
sensitif yang berkaitan dengan bahasa, budaya, ekonomi, dan hak-hak keistimewaan. Hal
ini mewujudkan rasa tidak puas hati yang ketara antara satu kaum dengan kaum yang
lain. Selain itu, terdapat juga penubuhan persatuan-persatuan sukan. Pertandingan sukan
persahabatan kerap dilakukan antara kaum, namun ianya dianggap sebagai satu
persaingan antara kaum. Keadaan ini mendorong kepada semangat perkauman kerana
setiap kaum akan cuba untuk memenangkan persatuan sukan kaum mereka sahaja.
Dapat disumpulkan disini bahawa penubuhan persatuan yang berasaskan kaum masingmasing memperkuatkan lagi rasa syak wasangka antara satu dengan yang lain kerana
9
persatuan-persatuan
ini hanya
memperjuangkan
kepentingan kaum-kaum yang
diwakilinya sahaja tanpa menghiraukan kaum lain.
6.0 AGAMA DAN KEPERCAYAAN
Menurut Kamus Besar Bahasa Indonesia, agama adalah sistem yang mengatur
kata keimanan (kepercayaan) dan peribadatan kepada Tuhan Yang Mahakuasa serta
tatakaedah
yang
berhubung
dengan
pergaulan
manusia
dan
manusia
serta
lingkungannnya. Kepercayaan menurut Moorman (1993) ialah ketika seseorang
mengambil keputusan, ia akan lebih memilih keputusan berdasarkan pilihan daripada
yang kurang dipercayai. Sebelum penjajahan Inggeris pada awal abad ke-19, agama yang
terdapat di Tanah Melayu ialah agama Islam dimana penduduk asalnya adalah rata-rata
orang melayu. Namun, penghijrahan secara beramai-ramai imigran Cina dan India ke
Tanah Melayu ketika itu secara tidak langsung turut membawa sekali agama dan
kepercayaan mereka. Jadinya, agama Islam dianuti oleh kaum melayu, agama Buddha
pula dianuti oleh kaum Cina , sementara agama Hindu dianuti oleh orang India.
Bagi penganut agama Islam, mereka menunaikan ibadah mereka di surau dan masjid.
Masjid merupakan tempat untuk beribadah, berkumpul dan berdoa dalam melaksanakan
ajaran-ajaran Islam. Penganutnya dikehendaki untuk menunaikan solat 5 waktu satu hari
iaitu solat subuh, zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak. Kepercayaan agama Islam ialah kepada
Allah dan Nabi Muhammad sebagai Rasul. Bagi penganut agama Buddha pula, mereka
beribadah di Tokong. Mereka mengamalkan ajaran Siaharta Gautama Buddha yang
bermula di India. Penganut agama Buddha mempercayai kehidupan selepas kematian.
10
Selain itu, kaum Cina mempercayai nasib dan tuah yang disebut sebagai ‘Ong’ dan juga
‘Feng Shui’. Bagi agama Hindu, penganutnya mengamalkan kepercayaan kepada dewa
dewi. Mereka mempercayai balasan baik dan buruk selepas kematian. Di samping itu,
mereka mempercayai Sungai Ganges di India adalah tempat yang paling suci untuk
membersihkan dosa-dosa. Disebabkan masing-masing kurang memahami dan mengenali
agama dan kepercayaan kaum lain dan mereka senang menganggap bahawa mereka yang
terbaik. Ini menguatkan perasaan buruk sangka sehingga menghalang mereka untuk
bergaul baik antara satu dengan yang lain. Masalah perpaduan ini bukannya disebabkan
pengaruh agama yang dianuti untuk memusuhi agama lain tetapi disebabkan sikap jahil
terhadap agama lain hingga banyak perkara yang dilakukan secara tidak sengaja
menyinggungkan perasaan penganut agama lain.
7.0 PENUTUP
Disini dapat dirumuskan bahawa perlaksanaan dasar-dasar Inggeris di Tanah
Melayu menyumbang kepada penghalang perpaduan kaum. Faktor politik iaitu dasar
pecah perintah memberikan ketegangan yang buruk antara kaum. Perlaksanaan dasar ini
mewujudkan syak wasangka di antara kaum. Disamping itu,aktiviti ekonomi yang
berlainan juga menyebabkan pergaulan antara kaum terhad disebabkan mereka hanya
hidup dalam komuniti mereka tanpa ada pergaulan yang luas dengan kaum yang lain.
Perbezaan sosial seperti agama, bahasa, kebudayaan menjarakkan lagi jurang pergaulan
antara kaum. Mereka masing-masing jahil akan kebudayaan dan adat kaum lain selain
timbul persepsi negatif. Masalah pendidikan juga menyumbang kepada penghalang
11
perpaduan kaum melalui aspek sosial. Faktor-faktor ini boleh dirumuskan akibat sikap
orang Melayu yang ingin mempertahankan kepentingan mereka dan sikap kaum bukan
Melayu yang ingin menjaga kepentingan mereka juga. Kemuncak kepada keretakan
hubungan kaum ialah pada peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa pertelingkahan kaum
ini yang telah mengakibatkan kehilangan nyawa dan harta benda mempunyai perkaitan
yang rapat dengan Pilihanraya 1969.Hal-hal sensitif seperti bahasa kebangsaan,
kedudukan istimewa dan hak kerakyatan.
Oleh yang demikian, sebagai sebuah negara yang mempunyai kaum yang berbilang
kaum, kita seharusnya mengubah prinsip pecah perintah dimana kita haruslah bersatu dan
berganding bahu dalam menjaga keharmonian serta keamanan negara kita sendiri.
Dengan demikian, peristiwa pertelingkahan kaum ini tidak akan berulang untuk kedua
kalinya. Hal ini kerana sifat perkauman ini adalah punca utama keharmonian negara
terjejas. Keharmonian tidak akan dinikmati tanpa perpaduan ibarat ‘ bersatu kita teguh,
bercerai kita roboh’. Untuk mengelakkan kesan-kesan negatif timbul daripada masalah
perpaduan dalam masyarakat, penghayatan Rukun Negara amat penting dan perlu
dipraktikkan setiap hari kerana ia mengingatkan kita tentang kepentingan perpaduan dan
kedaulatan negara. Perpaduan kaum perlu dijadikan Rukun dalam kehidupan seharian
kerana tanpa adanya perpaduan , negara kita mudah dijajah oleh pihak luar.
BIBLIOGRAFI
12
Abd. Rahim Abd. Rashid (2004). Patriotisme Agenda Pembinaan Bangsa. Kuala Lumpur :
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Ahmad Ali Seman, Warti Bt Kimi (2013). Hubungan Etnik di Malaysia. Kuala Lumpur :
Freemind Horizons Sdn. Bhd.
Guru Kampung (2005). Sejarah Pendidikan Negara. Diperoleh pada Oktober 24 2013 daripada
http://gurusejarah.blogspot.com/
Hassan Ahmad (2006). Ke Arah Kelahiran Melayu Glokal. Selangor : Alaf 21 Sendirian Berhad.
Kassim Tukiman (Ed.).(1948). Orang-orang Cina di Tanah Melayu. Johor : Universiti
Teknologi Malaysia.
Lee Sin Lian, Aleeya Atiqah Ammar (Ed.) (2009). Focus Ace Pmr 2009 Sejarah. Malaysia :
Pelangi Publishing Group Bhd.
Mahzan Arshad (2008). Pendidikan Literasi Bahasa Melayu:Strategi Perancangan dan
Perlaksanaan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Mohamad B.Abd Karim (2009). Sejarah British Di Tanah Melayu. Diperoleh pada Oktober 18
2013 daripada
http://mohdkarimassigmentbloggerscom.blogspot.com/2009/10/sejarah-british-di-tanahmelayu.html
Mohd Syariefudin Abdullah, Mohamad Kamal Kamaruddin, Ahmad Sohaimi Lazim(2009),
Kenegaraan dan Ketamadunan, Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.
13
Nik Azis Nik Pa, Noraini Idris (Ed.).(2008). Perjuangan Memperkasakan Pendidikan Di
Malaysia : Pengalaman 50 tahun Merdeka. Kuala Lumpur : Utusan Publications &
Distributor Sdn. Bhd.
Noriah Dzen (2009). Skor A Dalam PMR. Selangor : Pelangi Sdn. Bhd.
Philippe Ries (2006). BADAI ASIA : Kisah di Sebalik Krisis Ekonomi Asia. Kuala Lumpur :
Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.
Shahril @ Charil Marzuki (2005). Mengurus & Membiayai Pendidikan di Malaysia. Pahang :
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Tajuddin Hussein, Robiah Alias (Ed.). (2009). Malaysia negara kita. Kuala Lumpur : MDC
Publishers Sdn.Bhd.
Tan Mee Hiang (2008). Skor A Dalam PMR. Selangor : Pelangi Publishing Group Bhd.
Wan Hashim (2011). Hubungan Etnik Di Malaysia. Kuala Lumpur : Institut Terjemahan Negara
Malaysia Berhad.
14