Masjid An Nahdhah sebagai Harmony Centre

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011
Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN) IV: Ulama Pemacu Transformasi Negara
disunting oleh: Azmul Fahimi Kamaruzaman, Ezad Azraai Jamsari, Ermy Azziaty Rozali, Farid Mat Zain, Hakim Zainal,
Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad, Maheram Ahmad, Md Nor Abdullah, Napisah Karimah Ismail & Zamri Arifin
© Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor
ISBN 978-983-9368-57-4 (2011), http://www.ukm.my/nun/prosiding%20atas%20talian.htm

Masjid An-Nahdhah sebagai Harmony Centre (Pusat Islam) di Singapura
1,2

Ezad Azraai Jamsari, 1Siti Noorasikin Tumiran & 1,2Kaseh Abu Bakar

1

Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam
2
Institut Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB)
Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor

Abstrak: Artikel ini membincangkan tentang Masjid An-Nahdhah yang mendapat perhatian secara meluas
sama ada daripada masyarakat Melayu-Islam dan bukan Melayu-Islam Singapura. Masjid tersebut menjadi

kepentingan kepada mereka bukan setakat untuk menunaikan solat fardhu lima waktu dan aktiviti-aktiviti
keagamaan. Bahkan, Masjid An-Nahdhah telah menawarkan pelbagai kemudahan lain terutamanya bagi
pembangunan sosial umat Islam Singapura sendiri di sekitar masjid itu. Selain itu, masjid tersebut turut
menjadi pusat penyebaran Islam di Singapura. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji sejarah penubuhan
dan peranan Masjid An-Nahdhah, di samping ia bertujuan untuk menganalisis Masjid tersebut sebagai
Harmony Centre (Pusat Islam) di Singapura. Keseluruhan kajian ini menggunakan pendekatan kaedah
kualitatif, menerusi instrumen kajian kepustakaan, observasi, analisis dokumen dan temu bual. Hasil kajian
mendapati bahawa Harmony Centre (Pusat Islam), Singapura di bawah kelolaan MUIS dapat berkembang
dengan pesat dan baik disebabkan sokongan serta dorongan masyarakat Islam dan bukan Islam Singapura.
Pengunjung-pengunjung yang datang ke sana adalah terdiri daripada masyarakat Islam dan bukan Islam,
mereka dapat mempelajari tentang komuniti Muslim dan Islam. Selain itu, pusat tersebut bergerak cergas
dalam mengajar Islam kepada masyarakat Islam Singapura dari segi pendidikan Islam dan agama Islam secara
mendalam. Hal ini, Masjid An-Nahdhah telah menyusun program-program yang bersesuaian dengan ajaran
Islam dan kehendak masyarakat Islam masa kini.

PENGENALAN
Masjid merupakan institusi utama dan penting
kepada umat Islam di mana peranan institusi masjid
adalah sebagai ‘jantung dan nadi’ masyarakat Islam.
Jika “jantung” lemah akan mengakibatkan ‘nadi’,

iaitu ia menjadikan seluruh anggota badan atau
masyarakat turut menjadi lemah dan lumpuh. Di
Singapura telah memperlihatkan masjid di sana
merupakan sebuah institusi strategik bagi
pembangunan, pembelajaran dan sosial umat Islam
Singapura. Justeru, masjid telah diletakkan di setiap
estet perumahan awam untuk kemudahan Muslim
Singapura menangani isu dan pembangunan sosioagama ummah. Kajian ini akan memberi fokus
terhadap Masjid Masjid An-Nahdhah yang diiktiraf
sebagai pusat Islam di Republik Singapura.
Sejarah Penubuhan: Masjid An-Nahdhah yang
terletak di tengah Siangapura, iaitu di Bishan.
Masjid tersebut merupakan sebuah masjid baru yang
dibina di Singapura bagi kegunaan masyarakat Islam
yang berada di sekitar Bishan. Tujuan pembinaan
masjid ini adalah sebagai tempat solat berjemaah
dan pusat yang menjalankan aktiviti keagamaan oleh
masyarakat Islam Singapura serta aktiviti sosial
yang lain. Masjid ini adalah masjid yang ke-6
dibangunkan di bawah Fasa III program MBF untuk


melayani keperluan komuniti Muslim di sekitar
Bishan.1 Masjid ini mampu menampung 4,000 orang
jemaah dalam sesuatu masa.2
Pelbagai syarikat bertanggungjawab atas
pembinaan Masjid An-Nahdhah, iaitu pengurusan
projek dipertanggungjawabkan Syarikat kepada
Warees Investments Pte. Ltd. Syarikat Consultants
Incorporated Architects and Planners pula bertindak
sebagai arkitek masjid, iaitu syarikat tersebut
bertanggungjawab sepenuhnya dalam menentukan
apa jenis reka bentuk yang sesuai untuk Masjid AnNahdhah. Reka bentuk masjid tersebut adalah
berdasarkan konsep yang menggambarkan sokongan
komuniti masyarakat Islam terhadap intergrasi
antara kaum yang hidup dalam keadaan aman dan
tenang dalam komuniti masyarakat yang besar di
Singapura. Selain itu, reka bentuk masjid tersebut
mempunyai reka bentuk yang menarik, unik dan
bukan bersifat tradisional. Hal ini menunjukkan reka
bentuk masjid ini lebih kepada reka bentuk moden

dan tidak seperti pada reka bentuk Masjid Sultan
yang lebih menampakkan ciri-ciri reka bentuk Islam,
Melayu dan tradisional. Namun, konsep reka bentuk
ini tetap mengambil elemen Islam sebagai asas reka
bentuk masjid dan bukan berkonsep moden
komtemperori moden semata-mata. Masjid tersebut
masih mengekalkan pembinaan menara sebagai
simbol Islam, iaitu lima rukun Islam. Namun,

507

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

pembinaan menara adalah berbentuk empat segi
tepat dan diletakkan simbol bulan dan bintang yang
memperlihatkan reka bentuk yang unik dan
tersendiri.3
Manakala Syarikat Web Structures dan
Syarikat Bescon Consulting Engineers Pte. Ltd.
bertindak sebagai jurutera perancang masjid.

Syarikat Inter-Zaqs Consultants dilantik sebagai
pengurus kualiti masjid, iaitu pihak syarikat tersebut
dipertanggungjawabkan untuk mengurus sebaik
mungkin kualiti pembinaan masjid tersebut sama
ada selamat dan dibina dengan baik atau sebaliknya.
Selain itu, Syarikat Aesthetix Interior Design diberi
tugas untuk meguruskan rekaan di bahagian dalam
masjid tersebut agar ruang dalam masjid ini
kelihatan menarik, tersusun, teratur dan selesa bagi
para jemaah dan pengunjung.4





Pembinaan Masjid An-Nahdhah di bahagikan
kepada tiga bahagian pembinaan, iaitu:5
 Bahagian Pertama: Kerja-kerja bagi memastikan
tempat yang sesuai untuk dibina saluran
longkang, laluan air dan najis. Kerja ini

mengambil masa selama 4 empat bermula pada
27 Jun 2033 dan siap sepenuhnya pada 19
September 2003.
 Bahagian Kedua: Kerja-kerja menanam cerucuk
besi sebagai asas pembinaan sesuatu bangunan
yang baru didirikan. Proses menanam cerucuk
besi ini mengambil masa selama empat bulan
juga, iaitu bermula pada 3 Oktober 2003 dan siap
sepenuhnya pada 10 Januari 2004.
 Bahagian Ketiga: Kemudian, proses membina
bangunan Masjid An-Nahdhah bermula pada 14
Jun 2004 dan siap sepenuhnya pada 10
November 2005. Akan tetapi, masjid tersebut
belum dibuka secara rasmi kepada umum kerana
pihak masjid mahu memastikan segala
perancangan pembinaan masjid sama ada dari
segi bangunan, kemudahan dan keselesaan
masjid telah dijamin baik dan selamat. Justeru,
Masjid An-Nahdhah telah dibuka secara rasmi
kepada masyarakat umum pada 6 Januari 2006

dan menjadi tumpuan bukan sahaja masyarakat
Islam, bahkan masyarakat bukan Islam di
Singapura.
Keunikan dan keindahan Masjid An-Nahdhah
ini bukan sekadar pada reka bentuknya sahaja,
bahkan terhadap kemudahan yang disediakan oleh
pihak masjid. Justeru, masjid tersebut mempunyai
empat tingkat bangunan utama, di samping satu
tingkat bawah tanah. Pembahagian tingkat dan
kemudahan yang disediakan adalah seperti berikut:6
 Tingkat bawah tanah: Tingkat ini dibina setinggi
110.80m persegi yang menempatkan kawasan
letak kenderaan. Kawasan letak kenderaan ini





mampu menampung sebanyak 26 petak kereta
dan 13 petak motorsikal.

Tingakat satu: Tingkat ini dibina setinggi
1,087.65m persegi dengan kemudahan ruangan
solat utama lelaki dan ruangan tambahan. Selain
itu, bahagian ini turut menempatkan tandas lelaki
(mempunyai tujuh buah bilik air) dan bilik
wudhuk lelaki (mempunyai 34 tempat wudhuk).
Kemudian,
menempatkan
sebuah
bilik
pengurusan masjid, ruangan pertanyaan, bilik
AV, dua bahagian pameran bagi pusat Islam
serta bilik Noja.
Tingkat dua: Manakala, tingkat ini dibina
setinggi 893.81m persegi dengan kemudahan
ruangan solat utama bagi wanita dan ruangan
tambahan (sebuah bilik dengan dua rungan). Di
samping itu, tingkat ini menempatkan tandas
wanita (mempunyai tiga buah bilik air) dan bilik
wudhuk wanita. Selain itu, ia menempatkan

pejabat pengurusan Masjid An-Nahdhah dan
ruangan untuk pusat Islam (pejabat pengurusan,
ruang pameran dan barang-barang bersejarah).
Tingkat tiga: Tingkat ini mempunyai ketinggian
sebanyak 792.85m persegi dengan kemudahan
ruangan solat utama bagi wanita yang boleh
menampung 200 orang jemaah dan ruangan
tambahan (sebuah bilik untuk 30 orang).
Tambahan pula, ia turut dilengkapi dengan bilik
seminar (100 orang), ruang pelbagai guna, tandas
wanita, pejabat IL dan SD serta pejabat pusat
pembangunan belia.
Tingkat empat: Tingkat ini pula hanya dibina
setinggi 570.36m persegi yang menempatkan
tandas lelaki dan wanita serta sebuah taman
terbuka di bahagian atas masjid yang boleh
menampung 200 orang. Di samping itu, bahagian
ini turut mempunyai lima buah kelas:








Kelas pertama boleh menampung seramai
30 orang pelajar.
Kelas kedua boleh menampung seramai 25
orang pelajar.
Kelas ketiga boleh menampung seramai 30
orang pelajar.
Kelas keempat boleh menampung seramai
18 orang pelajar.
Kelas kelima boleh menampung seramai 30
orang pelajar.

Masjid An-Nahdhah telah diterajui oleh 11
orang ahli lembaga pengarah masjid tersebut, iaitu
Ustaz Mohd. Ali Atan (pengurusi masjid), En.
Mohd. Rashid Abd Karim (naib pengerusi I), En.

Rahim Alias (naib pengerusi II), Puan Norizan
Mohamed (Setiausaha), En. Halil Hj. Mansor
(pembantu
setiausaha),
Sabeerullah
Habeeburrahman (bendahari) dan Wan Hamed
Mohd. Jubri (pembantu bendahari). Selain itu,
terdapat empat ahli lain, iaitu En. Abd Nasser Abd
Hague, En Sulaiman Raip, Puan Norjahan

508

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

Vapumarican dan Puan Paridah Yusof. Ahli lembaga
pengarah yang dinyatakan sebelum ini berkuat kuasa
pada bulan Mac 2010 hingga Februari 2012.7
Di samping itu, masjid tersebut mempunyai
tiga bahagian pengurusan, iaitu Jabatan Sistem dan
Operasi (tiga orang kakitangan), Jabatan Pendidikan
Islam (dua orang kakitangan) dan Jabatan Tadika
(tiga orang kakitangan). Kakitangan yang
berkhidmat di masjid ini adalah berstatus tetap dan
sambilan.8
Peranan Masjid An-Nahdhah: Dalam artikel ini
hanya membincangkan empat peranan atau fungsi
utama Masjid An-Nahdhah, iaitu sebagai ruang
solat, pusat pendidikan Islam, menjalakan aktiviti
keagamaan dan sosial serta Harmony Centre (pusat
Islam). Namun, Harmony Centre tidak dijelaskan
pada sub-topik ini kerana ia akan dijelaskan pada
sub-topik khusus untuk pusat tersebut.
 Ruang solat: Masjid An-Nahdhah dibina dengan
tujuan utama, iaitu untuk kegunaan solat umat
Islam yang bersolat berjemaah. Justeru, ruangan
solat utama masjid tersebut boleh menampung
seramai 330 orang jemaah dalam sesuatu masa
dan termasuk ruangan tambahan untuk solat bagi
300 orang. Ruangan solat utama ini dikhususkan
kepada golongan lelaki kerana ruangan ini lebih
terbuka. Manakala ruangan solat utama bagi
wanita di tingkat dua boleh menampung 200
orang jemaah dan ruangan tambahan (sebuah
bilik dengan dua rungan). Ruangan solat tersebut
diletakkan di bahagian atas adalah bertujuan
untuk menjaga aurat wanita dan ia lebih tertutup
daripada pandangan lelaki ajnabi.9
 Pendidikan Islam: Dalam menyebarkan Islam
dengan aturan yang betul, Masjid An-Nahdhah
telah
menyusun
program-program
yang
bersesuaian dengan ajaran Islam dan kehendak
masyarakat Islam masa kini. Justeru, di bawah
unit Pusat Pendidikan Islam di masjid ini
memiliki tiga jabatan yang berkaitan, iaitu:
Jabatan Dakwah dan Penasihat Keagamaan:
Pendidikan Islam yang dijalankan di masjid tersebut
bukan sekadar untuk menambah ilmu pengetahuan,
tetapi untuk mengajar anak-anak Islam di Singapura
mampu
berdakwah
menyampaikan
dakwah
Islamiah.10
Jabatan Program aL.I.V.E: Pendidikan Islam yang
dijalankan di masjid ini menggunakan program
aL.I.V.E. Pembahagian katagori dalam program ini,
iaitu Kids aL.I.V.E. (5-8 tahun), Teens aL.I.V.E.
(13-15 tahun) dan Youth aL.I.V.E. (17-24 tahun)
(MUIS 2008: 21). Masjid ini bertemakan Flatform
for Progressive Muslims di mana ia mampu
menjalankan program tersebut sebagaimana yang
dikehendaki oleh pihak MUIS.11

Pusat aL.I.V.E. yang dijalankan hanya
berlangsung pada hujung minggu, iaitu pada hari
Sabtu dan Ahad yang mana kebanyakan para
pelajarnya terdiri daripada pelajara-pelajar yang
bersekolah pemerintah. Mereka berlajar berdasarkan
tema yang diberikan dan sebagai contoh mereka
belajar bertemakan ‘solat atau saya dan keluarga’.
Justeru, para pelajar tersebut akan menggunakan
tema tersebut sebagai tajuk untuk dipelajari pada
hari yang telah ditetapkan. Sehingga kini, madrasah
masjid ini sudah mempunyai asatizah seramai 10
orang yang berkerja secara separuh masa.12
Sesungguhnya, ibu bapa sememangnya
memainkan peranan penting dalam memberikan
pendidikan Islam yang sebaiknya kepada anak-anak
mereka. Hal ini disebabkan tidak semua ibu bapa
memberikan pandangan yang positif terhadap
pendidikan Islam yang dijalankan dan program aL. I.
V. E.. Mereka menyatakan bahawa program ini
kurang membantu anak-anak mereka mengetahui
lebih mendalam tentang Islam. Sebenarnya, ia bukan
silap guru dalam memberikan ilmu sedaya yang
mampu kepada semua pelajar. Akan tetapi, ia adalah
berpunca daripada sikap ibu bapa yang mengambil
sambil lewa terhadap perkembangan pelajaran anakanak mereka kerana mereka sibuk bekerja sehingga
tiada masa untuk menyemak apa yang dipelajari oleh
anak-anak mereka. Maka, asatizahlah yang
dipertanggungjawabkan
sepenuhnya
untuk
mendidikan anak-anak ini sehingga faham dengan
betul agama Islam ini.13
Rentetan daripada itu, pihak madrasah masjid
telah menyusun suatu pendekatan lain yang boleh
memberikan kesedaran kepada ibu bapa terhadap
program aL. I. V. E. Pendekatan tersebut ialah
mengadakan Seminar for parents about aL. I. V. E.
programme yang berkemungkinan akan diadakan
pada bulan Disember setiap tahun. Seminar ini
bertujuan untuk menerangkan secara jelas kepada
ibu bapa apa yang terkandung dalam program ini
dan bagaimana program ini dapat memberikan ilmu
pengetahuan yang sebaik kepada anak-anak mereka
bahkan ibu bapa secara tidak langsung dapat
memperlajari agama Islam dengan betul. Seminar ini
turut mahu ibu bapa bersama-sama melaksanakan
tanggungjawab ini agar natijah dan kesan yang bakal
diperolehi adalah baik.14
Bukan itu sahaja, bagi meningkatkan prestasi
pelajar dan menangani masalah tidak puas hati
sebahagian para ibu bapa. Pihak madrasah ada
memberikan kerja sekolah yang perlu dibuat
bersama-sama ibu bapa di rumah tetapi tidak semua
ibu bapa berkesempatan untuk bersama-sama anakanak untuk menyiapkan kerja sekolah tersebut.
Selain itu, pihak madrasah akan mengadakan
perjumpaan dengan ibu bapa (report card) dua kali
setahun untuk memberitahu perkembangan para
pelajar dan perkara-perkara yang perlu diambil
perhatian para ibu bapa dalam meningkatkan
prestasi anak-anak. Namun, apa yang pasti

509

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

pendidikan Islam yang dijalankan oleh Masjid AnNahdhah
mendapat
sambutan
yang
memberangsangkan oleh masyarakat di Bishan dan
sekitarnya.15
Jabatan Tadika: Jabatan ini bertanggungjawab atas
pendidikan Islam kanak-kanak di bawah umur enam
tahun. Para pelajar di jabatan ini terdiri daripada
kanak-kanak berumur dua hingga lima tahun.16
Aktiviti Agama dan Sosial: Selain itu, Masjid AnNahdhah turut menjalankan aktiviti agama selain
daripada bersolat dan membaca al-Quran. Antara
aktiviti agama yang dijalankan seperti mengadakan
ceramah, sambutan Maulidur Rasul, forum dan
dialog. Manakala aktiviti sosial bagi pembangunan
masyarakat Islam di sekitar Bishan seperti program
untuk golongan remaja dan belia serta ceramah
motivasi.17
Harmony Centre (Pusat Islam) di Masjid AnNahdhah: Masjid An-Nahdhah turut terkenal
sebagai Harmony Centre kerana masjid tersebut
telah diberi fungsi sebagai Pusat Islam Singapura. Ia
telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Singapura
ke-3, Lee Hsien Loong pada bulan 7 Oktober 2006.
Pusat tersebut merupakan usaha pihak MUIS secara
rasmi dalam memberi kefahaman terhadap agama
Islam dan masyarakat Islam kepada masyarakat
pelbagai bangsa di Singapura. Justeru, pelbagai
aktiviti yang pihak pusat Islam adakan seperti
mengadakan majlis rumah terbuka, program lawatan
dan silaturrahim antara pihak masjid dan masyarakat
sekitar Bishan serta perkhimatan ejen sosial pusat
Islam.18
Tambahan pula, masjid tersebut telah menjadi
masjid Singapura pertama yang memiliki Harmony
Centre. Pusat tersebut terletak dalam Masjid AnNahdhah dan mempunyai dua tingkat bangunan.19
Tingkat pertama mewakili ruangan pameran
berkenaan Islam dan artifak tamadun Islam,
manakala tingkat kedua lebih memperlihatakan cara
hidup masyarakat Islam.20 Terdapat juga ruangan
pameran berkaitan dengan agama-agama yang
terdapat di Singapura, iaitu agama Buddism, Baha’i,
Faith, Christiannity, Hinduism, Jainism, Judaism,
Sikhism, Taoism, Zoroastrianism. Semua agama
yang diperlihatkan itu bukan bertujuan untuk
memperkenalkan agama-agama tersebut tetapi hanya
sekadar pengetahuan tentang agama-agama itu
kepada para pengunjung.21
Tema bagi Harmony Centre ialah ‘Pusat Ikatan
untuk Masyarakat’ yang bererti pusat pertemuan
bagi pelbagai agama dan kaum. Pusat ini beroperasi
pada hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 10.00
pagi hingga 12.00 tengah hari (sesi pagi) dan jam
2.00 hingga 4.00 petang (sesi petang). Program yang
diadakan di pusat ini, iaitu menerangkan secara
ringkas berkenaan dengan Harmony Centre,
persembahan video Harmony Centre serta kuiz

untuk para pelajar. Di samping itu, pusat ini turut
memperlihatkan
empat
bahagian
dalam
menerangkan tentang Islam, iaitu pandangan
terhadap Islam, tamadun Islam, Asas Islam dan cara
hidup Islam.22
Pengunjung-pengunjung yang datang ke sana
adalah terdiri daripada masyarakat Islam dan bukan
Islam. Kedatangan masyarakat Islam adalah
bertujuan untuk menambahkan ilmu pengetahuan
tentang Islam, bahkan ada juga sebahagian daripada
mereka kurang faham berkenaan dengan Islam.
Manakala pengunjung bukan Islam bertujuan untuk
mengetahui tentang Islam dan mewujudkan
hubungan yang baik dengan masyarakat Islam
kerana mereka dapat mempelajari tentang komuniti
Muslim dan Islam.23
Peranan Harmony Centre (Pusat Islam): Harmony
Centre @ An-Nahdhah turut mempunyai peranan
tersendiri sebagai pusat Islam di Singapura kerana ia
menjadi tumpuan pengunjung Islam dan bukan
Islam dari seluruh Singapura dan luar Singapura
untuk mengetahui Islam dan masyarakat Islam.
Peranan pusat tersebut adalah seperti berikut:
 Pusat Penyebaran Dakwah Islamiyyah:
Sesungguhnya, setiap masjid yang terdapat di
Singapura seperti Masjid An-Nahdhah telah
memainkan peranan besar dalam menyebarkan
agama Islam di Singapura. Namun, pusat Islam
di bawah kelolaan masjid tersebut lebih bersifat
utama dalam menyebarkan Islam kerana pusat ini
mempunyai pengurusan tersendiri yang tidak
dicampur dengan pengurusan masjid. Keadaan
ini lebih sistematik dan terbaik kerana pusat
Islam boleh mengendalikan segala objektif pusat
Islam. Hal ini, pusat tersebut dapat menyebarkan
dakwah Islamiyyah dengan jelas, rasmi dan
penuh yakin serta tidak berselindung sama ada
kepada masyarakat Islam dan bukan Islam.24
 Pusat Kefahaman Tentang Islam Sebenar:
Selain itu, pusat Islam ini berperanan sebagai
tempat mempromosi kefahaman yang sebenar
berkenaan
dengan
Islam
kepada
para
pengunjung. Para pegawai yang bertugas akan
mengajarkan secara mendalam dan jelas dari segi
pendidikan Islam dan agama Islam.25 Di samping
itu, demi memberikan gambaran yang jelas
tentang kefahaman Islam, pihak pusat Islam telah
mengaturkan beberapa audiovisual (audio
pandang dengar) berkaitan dengan gambaran
yang berbeza terhadap Islam sama ada
pandangan daripada pihak tempatan atau
antarabangsa.
Para
pengunjung
boleh
memperkayakan perjalanan dan mempelajari
benda baru yang mereka tidak pernah tahu
sebelum ini dalam agama Islam.26
 Pusat Asas Pengetahuan Islam: Seterusnya,
pusat Islam ini turut berperanan sebagai pusat
yang memberikan pengetahuan asas berkenaan

510

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

dengan Islam. Para pengunjung yang berminat
untuk belajar dan mengetahui tentang asas
melaksanakan Islam mengikut Islam sebenar
disarankan untuk mendapatkan maklumat yang
tepat di pusat tersebut. Hal ini memperlihatkan
pusat Islam yang diwujudkan di Masjid AnNahdhah ini adalah untuk mempermudahkan
masyarakat Islam Singapura khasnya dan
masyarakat bukan Islam Singapura umumnya
bagi mendapatkan info yang tepat dan
keterangan yang jelas terhadap Islam. Selain itu,
pusat ini turut menerangkan konsep hubungan
antara manusia dengan tuhan serta hubungan
manusia dengan manusia. Bahkan, pusat ini ada
memperkenalkan undang-undang syariah bagi
undang-undang dalam Islam yang menjadi
batasan bagi umat Islam, di samping
mengajarkan sifat belas kasihan serta kasih
sayang antara manusia.27
 Pusat Tamadun Islam: Selain itu, Harmony
Centre ini mempamerkan artifak dan informasi
mengenai sejarah kedatangan Islam di Singapura
serta sejarah dan tamadun Islam pada zaman
Rasulullah hingga zaman kerajaan Islam. Di
samping itu, terdapat juga pameran tentang
tokoh-tokoh Islam yang mencipta nama sebagai
tokoh yang menaikkan Islam di mata dunia.
Antaranya Ibn Sina dalam bidang perubatan, Ibn
Jubayr dan Zheung He (Cheng Ho) dalam bidang
pelayaran dunia serta ramai lagi. Manakala tokoh
ternama di Singapura seperti Syed Abdullah bin
Ahmad al-Jufra dan Hajjah Fatimah.28 Semua
tinggalan sejarah tersebut memberi kesan dan
sumbangan yang besar bukan sahaja kepada
masyarakat dunia, bahkan masyarakat di
Singapura. Hal ini memperlihatkan Islam bukan
sahaja digambarkan melalui pemerintan, malah
dapat dilihat daripada tinggalan sejarah sama ada
yang masih wujud atau tidak. Justeru, pusat
Islam ini masih menyimpan kesan serta
sumbangan sejarah dan tamadun Islam sebagai
paparan para pengunjung yang pernah
mengetahui tentangnya atau tidak. Ia menjadi
lebih menarik apabila para pengunjung bukan
Islam sangat mengagumi dan menghormati kesan
sejarah dan tamadun Islam.29
 Pusat tentang Cara Hidup Masyarakat Islam:
Pusat Islam ini turut menjadi tempat yang
mempamerkan gaya hidup masyarakat Islam
yang sebenar. Para pengunjung boleh melihat
dengan lebih dekat dan memahami bagaimana
masyarakat Islam menjalani kehidupan seharian
mereka. Lazimnya, masyarakat Islam dikenali
dengan cara mereka melakukan solat lima waktu
dan membaca al-Quran serta kehidupan mereka
berlandaskan ajaran Islam sepenuhnya. Antara
artifak yang dipamerkan seperti pelbagai jenis alQuran dari pelbagai negara, rihal, buku-buku
agama, tasbih, seni khat, seni tenunan karpet dan
sejadah serta seni ukuran pinggan mangkuk.30

Di samping itu, gaya hidup masyarakat
Islam di Singapura turut diperlihatkan melalui
logo halal bagi makanan dan minuman halal di
Singapura. Logo ini sangat penting sebagaimana
di Malaysia kerana mahu menjaga kualiti
makanan dan minuman yang diperbuat daripada
benda halal dan cara membuat makanan dan
minuman juga perlu halal. Seandainya logo ini
tidak dipaparkan di kedai atau resturan yang
mahu pengunjungnya terdiri daripada orang
Islam, orang Islam dilarang keras memasuki
permis tersebut. Ia mahu mengelakkan syubhah
yang dimakan dan diminum. Justeru, sijil logo
halal tersebut turut dipamerkan untuk tatapan
umum serta memberi kefahaman yang lebuh
banyak kepada pengunjung yang tidak pernah
tahu berkenaan dengannya.31
 Pusat Pertembungan Dialog: Pertembungan
dialog yang wujud memberikan kesan positif
terhadap perkembangan Islam di Singapura. Hal
ini menunjukkan para pengunjung sama ada
Islam dan bukan Islam telah memberikan respon
yang baik terhadap Islam. Diolag yang berlaku
adalah berkenaan dengan isu agama Islam dan
masyarakat Islam sama ada di Singapura,
mahupun masyarakat Islam dunia. Keadaan ini
telah membuka minda masyarakat agar lebih
memahami dan menghayati tentang Islam
sebaiknya. Pertembungan yang pernah wujud di
pusat Islam ini adalah ketika perdebatan yang
diadakan dalam seminar, bengkel, lawatan dan
pengalaman individu. Selain itu, pihak yang
kebiasaannya mewujudkan dialog antara agama
ini ialah pihak ketua masyarakat, masyarakat
sekitar, belia dan remaja.32
 Pusat Pertembungan Sosio-budaya: Akhir
sekali, pusat ini juga merupakan pertembungan
antara bukan budaya Islam dan bukan Islam. Hal
ini, pengunjung yang datang adalah terdiri
daripada
pelbagai
kebudayaan.
Justeru,
wujudnya pertukaran infomasi berkenaan dengan
sosio-budaya masing-masing. Ianya turut
membincangkan isu Islam dan isu semasa di
Singapura.33
KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, setiap masjid yang terdapat
di Singapura seperti masjid ini telah memainkan
peranan yang besar dalam menyebarkan agama
Islam kepada penduduk Singapura sama ada Islam
atau bukan Islam. Begitu juga dengan Masjid AnNahdhah ini dibangunkan daripada hasil usaha
masyarakat Islam, Singapura dalam mempertahan
Islam dan membangunkan masyarakat Islam di sana.
Di samping itu, mereka berusaha sendiri untuk
mencari dana demi membiayai segala perbelanjaan
masjid tersebut. Masjid tersebut berjaya menjadi
antara masjid cemerlang di Singapura dari segi
pengurusan dan pentadbiran, di samping Harmony

511

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

Centre @ An-Nahdhah bertempat di masjid ini
terkenal sebagai pusat Islam di Singapura.
Kerelevenan pembinaan Masjid An-Nahdhah
membuktikan masyarakat Islam Singapura turut
maju kehadapan dalam arus kemodenan Republik
Singapura. Ia merupakan simbol betapa Islam dan
umatnya sentiasa mengikut peredaran masa dan
tidak mahu ketinggalan.
Tambahan pula, Harmony Centre @ AnNahdhah yang diwujudkan oleh pihak MUIS adalah
merupakan projek terbaik yang perlu disokong oleh
masyarakat Islam khasnya dan masyarakat bukan
Islam amnya. Pusat ini dibina bertujuan untuk
memberi pemahaman dan penghayatan yang
menyeluruh kepada masyarakat berkaitan Islam dan
masyarakat Islam. Justeru, Harmony Centre @ AnNahdhah berperanan sebagai pusat penyebaran
Dakwah Islamiyyah, pusat kefahaman tentang Islam
sebenar, pusat asas pengetahuan Islam, pusat
tamadun Islam, pusat tentang cara hidup masyarakat
Islam, pusat pertembungan dialog dan pusat
pertembungan sosio-budaya. Oleh itu, keperihatinan
pihak MUIS membina pusat ini adalah untuk
memudahkan sama ada masyarakat Islam atau bukan
Islam mencari saluran dan mendapatkan maklumat
yang betul berkenaan dengan Islam.

15

16
17
18

19

20

21
22
23
24

25
26
27

NOTA HUJUNG

28
1

2

3

4
5
6
7
8
9
10

11
12
13
14

Siti Noorasikin Tumiran, 2009, Masjid sebagai
pusat pendidikan Islam di Singapura: Satu
pengamatan, Kertas kerja Seminar The 4th
ISDEV International Graduate Workshop
(INGRAW09), Anjuran Centre for Islam
Development Management Studies (ISDEV) &
Institute of Graduate Studies (IPS), Universiti
Sains Malaysia, Bayan Lepas, Pulau Pinang, 1819 Ogos, hlm. 34.
Anon, 2009, An-Nahdhah (Harmony Centre),
www.muslim.Ad.Network.htm, [19 November
2011].
Masjid An-Nahdhah, 2009, Info pembinaan
Masjid
An-Nahdhah,
http://www.mosque.org.sg/annahdhah/index.htm, [19 November 2011].
Masjid An-Nahdhah, 2009, [19 November 2011].
Masjid An-Nahdhah, [19 November 2011].
Masjid An-Nahdhah, [19 November 2011].
Masjid An-Nahdhah, [19 November 2011].
Masjid An-Nahdhah, [19 November 2011].
Masjid An-Nahdhah, [19 November 2011].
Mohd. Effendi Suparde, 2009, Masjid sebagai
pusat pendidikan Islam di Singapura, Singapura,
Masjid An-Nahdhah, Temu bual, 10 Jun 2009.
Mohd. Effendi Suparde, 2009.
Mohd. Effendi Suparde, 2009.
Mohd. Effendi Suparde, 2009.
Mohd. Effendi Suparde, 2009.

29
30
31
32
33

Siti Noorasikin Tumiran, 2009a, Laporan Kajian
Lapangan Ke Singapura Kali Pertama,
Pendidikan Islam di Singapura masa kini, Masjid
An-Nahdhah, Bishan, Singapura, 8-11 Jun, hlm.
17.
Siti Noorasikin Tumiran, 2009a, hlm. 17.
Siti Noorasikin Tumiran, 2009a, hlm. 18.
Harmony Centre, 2009, Harmony Centre @ AnNahdhah,
http://harmonycentre.sg/cms/HA/aboutus.htm,
[19 November 2011].
Muhammad Haniff Abdul Razak, 2009, Masjid
sebagai pusat pendidikan Islam di Singapura,
Singapura,
Harmony Centre@an-Nahdhah,
Temu bual,10 Jun 2009.
Muhammad Afdhal, 2008, Salam Bersambut
Ukhwah
Bertaut,
Singapura,
Harmony
Centre@an-Nahdhah, Temu bual,15 Februari.
Muhammad Afdhal, 2008.
Harmony Centre, 2009.
Muhammad Haniff Abdul Razak, 2009.
Tengku Suhaila, 2008, Salam Bersambut
Ukhwah
Bertaut,
Singapura,
Harmony
Centre@an-Nahdhah, Temu bual,15 Februari.
Muhammad Haniff Abdul Razak, 2009.
Harmony Centre, 2009.
Harmony Centre, 2009.
Tengku Suhaila, 2008.
Muhammad Afdhal, 2008.
Muhammad Afdhal, 2008.
Muhammad Afdhal, 2008.
Tengku Suhaila, 2008.
Anon, 2009.
RUJUKAN

Anon. 2009. An-Nahdhah (Harmony Centre).
www.muslim.Ad.Network.htm. [19 November
2011].
Harmony Centre. 2009. Harmony Centre @ AnNahdhah.
http://harmonycentre.sg/cms/HA/aboutus.htm.
[19 November 2011].
Masjid An-Nahdhah. 2009. Info pembinaan Masjid
An-Nahdhah.
http://www.mosque.org.sg/annahdhah/index.htm. [19 November 2011].
Muhammad Afdhal. 2008. Salam Bersambut
Ukhwah
Bertaut.
Singapura:
Harmony
Centre@an-Nahdhah. Temu bual,15 Februari.
Muhammad Haniff Abdul Razak. 2009. Masjid
sebagai pusat pendidikan Islam di Singapura.
Singapura:
Harmony Centre@an-Nahdhah.
Temu bual,10 Jun 2009.
Siti Noorasikin Tumiran. 2009a. Laporan Kajian
Lapangan Ke Singapura Kali Pertama.
Pendidikan Islam di Singapura masa kini. Masjid
Masjid An-Nahdhah, Bishan, Singapura, 8-11
Jun.

512

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

Siti Noorasikin Tumiran. 2009b. Masjid sebagai
pusat pendidikan Islam di Singapura: Satu
pengamatan. Kertas kerja Seminar The 4th
ISDEV International Graduate Workshop
(INGRAW09). Anjuran Centre for Islam
Development Management Studies (ISDEV) &
Institute of Graduate Studies (IPS), Universiti
Sains Malaysia. Bayan Lepas, Pulau Pinang, 1819 Ogos.

Tengku Suhaila. 2008. Salam Bersambut Ukhwah
Bertaut. Singapura: Harmony Centre @ anNahdhah. Temu bual,15 Februari.

513